Friday, June 1, 2012

Malam ini....

Salam readers...

Malam ni aku nak nyanyi sikit...
**
Malam ini....ku sendiri...
Tak ada yang menemani...
Seperti malam-malam....
Yang sudah-sudah...

Hati ini... selalu sepi..
Tak ada yang menghiasi...
Seperti cinta ini...
Yang selalu pupus...

****** 

Alamak ... sedap pulak suara aku menyanyi.
Hahaha... matik la puji suara sendiri.
Takpe... sape lagi nak puji suara kite dengan ikhlas kan?
Heheheeh...

Malam ni serius aku rasa bosan.
Takde citer best pon.
Astro kemain ada channel banyak tapi 1 pun tak memikat hati aku.
Adoyaiii!
Sekarang ni pun duk tengok Super Shark kat channel 412.

Nak kuar, ishhhh...takmo la...
FZ tak suka aku kuar malam.
Katenye duk rumah je.
Internet ada, astro ada.. so gunekan.. bukan jadi harta sesaje.
Yelah boss.... hamba menurut perintah.

Esok aku memang plan nak kuar jalan-jalan sensorang.
Lokasi takleh bagitahu.
Kang nanti ada makhluk-makhluk sibuk plan culik aku.
Kang bahaye tuh.
Huhuhu....

Asalnya nak kuar sebab nak hilangkan bosan.
Tapi last-last terpaksa kuar jugak sebab seseorang kirimkan sesuatu pulak suruh aku beli kat sana.
Hmmm... yelah...
Kuar awal pun ok jugak esok.
Time kedai baru bukak.
Baru best sikit nak shopping. :D

Ok la... aku nak rehat.
Esok-esok aku update lagi eh...
Terima kasih sebab baca blog yang tak berapa best ni.

Salam!

Pizza Hut, Mid Valley

Salam readers...

Sori laa lately entri aku meroyan rindu-rinduan kat FZ je...
Aku tahu korang tak suke/ meluat/ menyampah dan muntah dengan entri-entri tu semua.
Tapi aku tak kisah pon.
Ni kan blog aku.
Suke hati aku la nak buat entri apa-apa pun, kan?
Ada aku kesah?? Ha, cenggitu la kekdahnya kalau nak berdepan dengan haters ni...

Haters?
Wahh.... ramai bebenor haters aku ye.
Ya, aku tau aku ni tak perfect.
Tapi nak buat cane. Dah orang tak suke.
Takkanlah aku nak paksa-paksa orang sukekan aku pulak kann...

"Oit.. baik ko sukekan aku sekarang! Kalau tak aku sepak!"

Ewah...ewahh..
Ganas bebenor tuh.
Tapi bagi aku senang je...
Benci la kalu nak benci.
Hidup aku cenggini jugak.
Benci la selagi boleh benci.
Korang benci-benci pon, tetiap hari sibuk gak baca blog ni.
Sibuk gak nak tahu hal peribadi aku kan?
Tak gitu?

Ok, panjang benor mukadimahnya.
Berbalik pada cerita asal.
Korang ingat tak hari tu aku kena gastrik teruk sampai kena MC 1 hari?
Malam sebelum kejadian, aku kuar dengan FZ sebenarnye.
Balik kerja dia pick up aku kat opis, then kitorang pergi ke MV.
Dah lama tak dating lepas balik kerja. :)

Kitorang singgah kat Carrefour.
Aku beli barang-barang dapur.
Maklum la sepanjang ketiadaan FZ nanti, aku kena masak time weken.

Dah beli barang-barang semua, perut rasa lapar pulak.
Macam biase FZ akan tanya aku kat mana nak makan.
Dia tu memang tau!
Asik aku je kena pikir kat mana nak makan.
Bila aku bagitahu nak makan kat Kenny Rogers, dia cakap muak.
Bila cakap makan kat Fish Manhattan, katenya mahal.
Tensi mak okeh! T______T

Last-last decide pergi Pizza Hut.
Itupun dia cakap, asik makan pizza jee.....
Ahh.. tak kire..tak kire..
Dah senak dah otak duk pikir tempat makan.


Ice chocolate - FZ punya.
Ice chocolate float (buih yang duk meleleh kat gelas tu) - aku punya.

Kitorang tak order pizza pun sebab dah muak kan...
So, order spaghetti je.


Spaghetti meatballs (chicken) - FZ punya.
Spaghetti meatballs ni memang takleh lawan yang SR punya.
SR punya lagi best.
Meatballs pun banyak.
Yang pizza hut punye, meatballs ada dua je...
Kedekut!


Spaghetti arrabbiata - aku punya.
Ada rasa pedas yang tidak keterlaluan.
Tapi aku rasa aku kena gastrik mungkin sebab aku makan spaghetti ni.
Ada cili kot.
Agaknya perut aku tak boleh makan cili.

Sebenarnya makanan ni sampai lambat.
Sementara tunggu, aku snap-snap while FZ tengah melukis sesuatu kat paper.



Ralit sangat sampai tak sedar aku amik gambar dia.
Siap sembunyikan dengan tangan lagi.
Ntah ape yang dilukisnya tak tahu la....

Dah siap lukis, dia tunjuk kat aku...


Korang nak tengok?

-



-



-



-




-




-




-





-




-





-




-




-




-




-



-



-




-



-



-



-





Orang lidi - Aku dengan dia tengah makan pizza...
Aku bantai gelak dia lukis camtu.
Hahahah... kelakar okeh!
Comel jek! :D

Jurnal # 4

Salam...

Uihh.... hari ni sayang terlalu bizi kat opis.
Takde la banyak kerja tapi sayang sibuk mengemas.
Yelah, rasa sesak mata pulak bila tengok opis bersepah.
Dokumen tak tersusun.
Kotak sana-sini...
Huh!

Sambil tu buat kerja untuk bos dan manager sayang pulak.
So far, semuanya dah settle.
Tunggu after lunch pulak kot-kot ada kerja lain.
Semangat betul rasa nak buat kerja hari ni.

Ok, habis citer pasal hari ni.
Kite citer pasal semalam pulak.

Petang semalam sayang balik awal dari opis.
Singgah beli nasik kat kaki lima.
Pastu pegi kat kereta abang, panaskan enjin 10minit.
Sambil tu duduk dalam kereta pasang aircond.
Pastu mengelamun sorang-sorang. T_____T


Mengelamun tu mengelamun jugak.
Tapi sempat je amik gambor... heheh.

Erm...nak cakap jujur ke tak eh?
Huhu... semalam sayang makan 2 bungkus nasik.
Sebungkus nasi kerabu.
Sebungkus nasi lemak ayam.
Uikss.... best jugak rupanya nasi kerabu eh.
Dah la pedas.
Yummy!
Abang jangan marah sayang makan banyak ye.
Hehehe...

Lepas makan, sayang duduk-duduk tengok tv.
Takdan pukul 9, sayang dah selamat tido.
Ngantuk sangat-sangat laa...
Penat pulak tu.
Dah la cuaca sejuk.

Tapi tido sayang tak lena sangat.
Kul 11, sayang terbangun.
Ntah la tetibe je terjaga.
Pergi toilet jap, pastu sambung tido.

Kul 2, sayang terjaga lagi.
As usual, kalu terjaga, sayang akan bangun dan pergi ke bilik air.
Pastu sambung tido.
Kul 3, terjaga lagi. Tapi terlelap terus.
Dah malas nak pergi toilet.
Kul 4 pun terjaga lagi.
Bosan tul... Tak tahu kenapa asik terjaga je.
Paling benci masa tetibe je terjaga kul 5:55.
Adoyaiiii.......
Tapi sambung tido sampai kul 7 pagi tadi.

Lately tak tahulah kenapa sayang kerap terjaga dari tidur.
Mujur senang nak tido balik.
Tapi tu la, tido awal ni best sebab bangun pagi rasa segar je.
Yela kannn... terlebih tido..

**Miss u, abang.

________________________________________________________________

To readers,
Salam.

Jurnal ni aku akan update setiap hari.
Kononnye sebagai report apa yang aku buat sepanjang ketiadaan FZ disini.
Jadi, diharap semua reader faham dan kalau tak suka, silalah jangan baca.
Aku tak nak korang ada perasaan meluat/menyampah dengan aku disebabkan entri ni.
Terima kasih. :)


Thursday, May 31, 2012

Jurnal # 3

Salam....

Thanks abang sebab call sayang pagi tadi.
Abang janji petang nanti nak call lagi..
Sayang tunggu panggilan abang eh.
Hilang rindu kat abang. *ewahhh!

Semalam sayang balik lewat.
Pukul 8 baru kuar opis.
Padahal bukannya sayang terlibat dengan meeting bos dengan staff exec pon.
Saje je dia suruh tunggu.
Sampai sayang tak sempat nak panaskan enjin kereta abang.

Nasib baik semalam sayang dah beli makanan malam awal-awal.
Balik je dari opis, terus menonong ke rumah.
Tak pandang kiri kanan dah.
Sampai je rumah, terus masuk dapur.
Makan aiskrim coklat 1 cawan penuh...
Pastu baru makan malam.
Lupa nak snap gambar.
Tapi makanan malam yang sayang makan 2 hari lepas sayang snap pulak...
Hari tu sayang makan :-


Kueh teow Kungfu.
Sayang beli kat gerai kaki lima tu.
Sedap...

Tengahari tadi manager sayang belanja 1 opis.
So, takyah susah-susah turun lunch.


Saya order nasi ayam.
Tapi tu la, mana ada selera makan sangat.
Sayang makan sikit je.

Petang ni tak tahu lagi balik awal ke lewat.
Kalau boleh nak laa balik TEPAT WAKTU sebab nak rehat.
Kalau asik kena balik lewat je, matii laaa...
Dah la OT tak pernah nak kire.

Jujur sayang cakap, kekadang sayang bosan kerja camni.
Balik tepat waktu pun nak jeling-jeling.
Kite ni bukannye macam orang Jepun yang memperhambakan diri kat syarikat.
Macam takde private life.. Kan?

Eh, lari tajuk pulak...

_______________________________________________________________________

To readers,
Salam.

Jurnal ni aku akan update setiap hari.
Kononnye sebagai report apa yang aku buat sepanjang ketiadaan FZ disini.
Jadi, diharap semua reader faham dan kalau tak suka, silalah jangan baca.
Aku tak nak korang ada perasaan meluat/menyampah dengan aku disebabkan entri ni.
Terima kasih. :)

Wednesday, May 30, 2012

I miss him :'(

-Copyright pic-

Just to share my feeling tonight..

Im just...miss him damn much!

Petang tadi dia ada call through public phone.
Now, aku dah save nombor public phone tu.
Tu je satu-satunya telefon yang boleh digunapakai kat situ.
Line telefon bimbit adalah yilek!

Telefon tu duk jauh dari penempatan dia.
Katanya telefon tu duk berhampiran dengan sekolah dan klinik desa.
Mustahil dia boleh call aku malam-malam sebab dia kena redah hutan untuk telefon aku.
So, dia boleh call petang je.
Lagipun dia guna kad phone.
Kad phone tu ada jual kat bandar je.
So, kene jimat kredit.
Takleh cakap lama-lama.
5minit pon dah cukup.

Takpelah.
Sekali sehari pun takpe.
At least ok la daripada takde langsung.

Sunyinya malam ni...
Hp memang senyap terus.
Biasenye time-time macam ni kitorang call atau sms.
Tapi malam ni........................ T_______T

Sabar...sabar...
8 hari je lagi....
8 hari sekejap je kan?
T______T

Bila buat kerja tak ikhlas

Salam readers...

Petang-petang hari ni rasa cam nak meroyan pulak.
Yela, aku tak suka tau bekerja dengan orang yang tak ikhlas bekerja.
Bila tak ikhlas, mulalah buat kerja sambil lewa je.
Pastu mulalah itu tak kena, ini tak kena.
Bosan!!

Benda senang pon susah nak buat.
Dah banyak kali dah tegur, tapi tak reti-reti bahasa gak!
Manusia jenis hape ntah!
Kalau rasa kerja luar tu lagi penting, dah kau berhenti kerja je!
Ramai lagi orang nak bekerja kat sini!

Hadoiii...
Dah naik pening kepala aku dengan perangai kau ni la!
Bila KPI rendah kau bising!
Tapi kau tengok la ape yang kau dah buat.

Sekarang ni kerja aku dah stuck.
Kau punya pasal!
Ape pun tak boleh!
Benda ni memang kecik pon tapi kalau dah terlalu banyak kau buat silap dalam hal kecik, lama-lama benda ni jadi besar jugak.
Eeiii... bosan lah!

Readers, ape aku nak buat dengan staff camni eh??
Bagi cadangan sikit.
Takkan nak buat bodo je kott...


Jurnal # 2

Salam abang...

Pagi tadi adalah last kite communicate.
Saat ni dah tentu abang dah masuk hutan belantara.
Alamakk.... dah tiba sayang duk sorang-sorang kat sini.
Henset sayang pun kompem akan sunyi selama beberapa hari.
Yela, sape yang nak call sayang kan?

Semalam sayang tido awal abang.
Sayang kan tak sihat.
Kul 8 sayang dah tido. tapi kul 10 sayang bangun sekejap pergi toilet.
Lepas tu terus tak sedar diri sampai lah pagi tadi.

Owh, petang semalam sayang sempat hidupkan enjin kereta abang.
Sambil tu lap-lap kereta sikit.
Ada taikk burung laaa... eeeiiii.....
Tengok la petang nanti ke sayang cuci...*walaupun gelii....

Pagi tadi sayang sempat check gitu-gitu je kereta abang.
Sayang lambat ke opis tadi.
Sayang sempat check pintu dan naikkan wiper je.
Pagi tadi kat sini hujan lebat.
Nasib baik sayang sempat sampai opis sebelum hujan.

Sayang dah bagitahu abang pagi tadi sayang dah breakfast nasi lemak.
Tapi sayang tak sempat nak sms abang bagitahu lunch ni sayang tak makan.
Kul 10 tadi sayang try hantar sms, tapi mungkin line kat sana dah takde......
Takpelah...
Abang bagitahu sayang tadi abang dah beli kad phone.
Abang call la sayang kalau ada masa terluang.
Harap-harap public phone kat sana tak rosak dan line senang nak dapat. T______T

Ok... ini je la report yang sayang boleh buat.
Takde ape sangat yang sayang buat hari ni..
Tapi tak tahu la petang nanti cane.
Sayang doakan abang selamat kemana-mana je abang pergi.


__________________________________________________________

To readers,
Salam.

Jurnal ni aku akan update setiap hari.
Kononnye sebagai report apa yang aku buat sepanjang ketiadaan FZ disini.
Jadi, diharap semua reader faham dan kalau tak suka, silalah jangan baca.
Aku tak nak korang ada perasaan meluat/menyampah dengan aku disebabkan entri ni.
Terima kasih. :)


Tuesday, May 29, 2012

Kalau dah bajet-bajet masuk syurga.....

Salam readers....

Hari ni aku ada terlebih masa untuk rehat.
Memang tak banyak kerja yang nak dibuat.
So, apelagi mase terluang camni la kite amik peluang untuk up entri banyak-banyak.
Rajin pulak aku menaip hari ni ye...

Aku ada cerita nak kongsi.
Aku bukan nak hentam sesape tapi sama-samalah kita fikirkan mana 1 baik, mana 1 yang buruk.


Dah tengok gambar diatas?

Lokasi gambar diambil adalah di tempat kerja FZ.
Time ni aku tengah lepak dengan FZ sambil layan fb.

Kesahnya lelaki diatas (aku namakan dia sebagai LT).
LT? Apa tu?
LT tu stand for lelaki tua.

LT tu datang dengan family dia.
Kalau tak silap aku, ada la dalam 6orang.
Semuanya pompuan kecuali dia.

Uiks.. pakaian alim-alim...
Dia pakai jubah....
Anak-anak pakai tudung labuh walaupun baju singkat nampak bontot.
Tak kisahla kan...
Hak masing-masing.

1 hal nye pulak, taknak ikut rules.
Dah peraturan kolam, kalau nak mandi, kena pakai pakaian renang.
Tak pun pakai T-shirt dan seluar tight.
Tapi dia biarkan aje anak-anak dia pakai seluar track.
Kawan FZ tegur suruh pakai tight labuh, tapi diorang buat derk.
Last-last semua staff kat situ biarkan.
Kang nanti kate tak sensitif pulak.

Mase tu aku dan FZ duk lepak kat meja staff.
Kirenye dari meja staff tu boleh la nampak 1 kolam.
At least boleh pantau kalau apa-apa jadi kat kolam tu.
Si LT ni pulak tetibe berjalan menuju ke meja staff kedua.
Kebetulan pulak atas meja tu ada paper Harian Metro.
Dia dengan selambanye duduk dan baca paper tu WITHOUT mintak izin.

Uiks.... pakai jubah kopiah kemain lagi..
Tapi perangai jenis suka guna barang orang tanpa mintak izin.
Aku ni pantang sebenarnye dengan orang-orang macam ni.
Berat sangat mulut tuh.
Walaupun tu bukan paper aku, tapi aku geram la jugak.
Sesama Melayu Islam kott..
Takkan la sampai tak reti jaga adab?

Dah la sesuka hati duk kat meja staff.
Pastu baca paper orang.
Sungguh aku tak faham dengan manusia macam ni.

Memula dia sorang je duk kat situ.
Pastu, datang la lagi 4 orang family dia berhimpun melepak kat situ sambil makan-makan.
FZ dah jeling-jeling kat aku dah.
Aku just geleng kepala.
Opis orang tapi buat macam tempat sendiri.
Haih........ meluat laaaa aku tengok orang-orang macam ni..

Sebab tu aku selalu bertegas, ape-ape hal jangan judge orang dengan pakaian dia.
Berjubah, berkopiah, bertutup litup tak semestinya perangai elok.
Kadang-kadang yang pakai baju tak cukup kain tu lebih reti bahasa dengan orang lain.

Kite duk laung-laung kite ni Islam.
Tapi nama adab kite sebagai seorang Islam?
Islam suruh kite berperangai baik...... bukan suruh bajet baik...
Jangan kerana pakaian kite keIslaman, kite ingat orang akan hormat kite.
Jaga dulu perangai kite, jangan nak bajet ahli syurga sangat.
Pakai tutup litup, tapi perangai macam hampagas, satu sen pon tak gune!

Uikss... teremosi pulakss..
Dah la aku demam nih.
Tapi tu la... menyakitkan hati dengan manusia-manusia macam ni.
Buat sesuke hati dia je...
Gune barang orang without permission, masuk tempat orang without permission, tak ikut rules....
Ape jadahnye macam tu?
Mulut tu ada emas bertongkol-tongkol ehh sampai berat sangat nak mintak izin??

Aku dah kenal dengan ramai orang yang jenis bajet ahli syurga.
Pakai jubah, tudung labuh kemain.
Tapi mulut cam cibai.... perangai poyo jek....
Ahli syurga la katakan....
Aku ni ahli neraka.
Tak pakai tudung.
Reti bahasa cemana pon, tetap ahli neraka.
Diorang pakai pakaian elok..... Tuhan suke.
Perangai hampeh pon tetap masuk syurga.
Tak gitu?