Tuesday, November 24, 2009

Fire drill session

Aku baru je selesai deal dengan pihak hotel kat Ipoh untuk booking bilik untuk bos aku. Letak aje phone, terus fire alarm berbunyi. Pasru pengumuman kecemasan kedengaran.

Jantung aku usah cakap laaa... Dug dag dug dag untuk bergendang lagu dangdut. Kaki pun dah naik menggeletar.

Ader kebakaran ke?

Aku cepat-cepat masuk dalam bilik bos aku dan maklumkan tentang hal tu.

Bos aku cakap, itu cuma latihan.

Leeerrrrr....

Tapiii... bos aku cakap, kita kena turun gak sebab nanti bomba akan datang check.

Sah-sah la kan time macam nie lif tak berfungsi. Nak tak nak aku kena turun tangga. Yang jadi masalahnya, aku nie duk tingkat 51.

Diulang... TINGKAT 51.

Mamposs la kena turun tangga. Sure patah kaki aku. Tapi kena turun gak. Aku ikut je bos aku. Kitorang turun sampai tingkat 32. Kaki bos aku dah cramp. Kaki aku plak rasa macam nak patah. Dah terketar-ketar dah.

Memang tak larat. So, kami decide nak tunggu kat level tu. Rupa-rupanya ada ramai yang tak turun lagi. Sempat gak la aku berkenalan dengan beberapa orang staff kat level tu. Ader hikmahnya jugak, kannn?

Dekat 40 minit jugak tunggu lif bomba berhenti. So, kami turun dengan lif. Lega jap kaki aku.

Pastu kena berjalan kaki plak pergi ke assembly area. Jauh lak tu... Hadoiii... Hazab!

Baru je sampai kat bawah, alarm berbunyi lagi.

"Anda semua boleh naik ke pejabat sekarang..."

Lahabau......!!!

Aku baru je sampai.. Kalau aku tahu macam nie, aku tak payah turun tadi. Sakit kat kaki aku nih pun belum hilang lagi. Hampes gedebuss tul.

On the way balik, jumpa dengan Kak Era. Minum-minum jap dengan dia. Hilang dahaga aku.

And now, aku dah ada kat opis. Tengah melunjur kaki. Penat siot.

Dah la malam nie ada banyak aktiviti nak buat dengan A dan Dada. Agaknye malam nie ada kemungkinan aku pengsan.

A, sila bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melayan karenah aku malam nie...

Monday, November 2, 2009

Aku bukan penjual kain

Cerita nie dah lama. Kepammm....

Tapi aku tetap nak cerita dan upload. Tak kire..tak kiree....

Beberapa minggu yang lepas, b4 aku pergi PD dengan A, aku de la pergi rumah kakak aku. Kakak aku ajak pergi rumah mak sedara aku kat Batu 3 tuh. Malam tuh, aku tido rumah kakak aku.

Keesokan harinya, aku, kak long dan Alia jalan-jalan kat Jalan TAR dan Masjid Jamek. Plan nak jalan-jalan je. Sekali kak Long aku ajak pergi Jakel...

Alamak. Kepantangan betul aku kalau pergi tempat nih. Sure aku akan membuang duit disitu.

Terserempak plak dengan Kak Romaidah. Dia nih memang kamceng dengan pemilik Jakel tu. Aku jalan-jalan lagi. Sekali terjumpa 1 kain nih. Organza. Cantekk.. Tengok harga jap.

Mak aihhh! Rabak poket aku nih. Tapi sangat la cantik. Berkenan jiwa raga dah nih. Tak leh jadi.

Aku sambar gak... Tak kiree...

Taraaa....







Kain nie berharga RM360 ++ tapi tolak campur, tawar-menawar, tinggal RM310 plus free linen.

Pastu pergi jalan-jalan lagi. Kak Long masuk plak kat Gulati's.

Haihhh... Sengaja nak mengabihkan duit aku ler nih. Biasanye aku berkenan kain jenis chiffon kat Gulati's nih sebab kain jenis tu cantik-cantik kat sini.

Jalan-jalan lagi. Tup-tup.....

Aku ternampak plak sehelai kain nih. Memang menarik kalbu aku. Sekali lagi aku jatuh hati pada kain itu.

Tak kira.. Aku sambar gak. Nanti orang lain amik plak...

Taraaa....




Cantik kan? Sangat la colorful. Harga RM290++ plus free linen.
On that day, hampir RM600 aku perabih. Sure pasnih aku pose + diet. Huhuuhu... Next gaji lambat lagi.. Waaaa.......