Tuesday, December 29, 2009

Audition yang tiba-tiba menjadi

Pagi tadi aku syok gile buat kerja. Tak ada pun tanda-tanda kemalasan melanda. Ibaratnya gaji aku bulan nie agak berkat. Miahaha...

Tengah syok buat kerja, aku dapat 1 panggilan dari nombor yang tak dikenali. Aku jawablah. Rupa-rupanya diorang suruh aku datang untuk audition video TM. Hari tu aku busy. Aku memang tak dapat pergi. So, sekarang ni aku tak busy sangat.

Aku call Yani, dan Yani suruh aku call Najib. Najib je yang belum pergi audition nie. So, aku ajak Najib.




Muke cuak tengah tunggu turn. Haih... berdebar okeh. Ni pengalaman pertama audition berlakon. Sebelum nie untuk video TM Kristal tu, tak payah audition.

Takpe.. kutip pengalaman.


Cube tengok benda kat dalam bulatan merah tu... Jerawat! Owh, dah lama muke aku nie takde jerawat. Kaler merah plak. Terang-terang nampak.



Ha, nilah Najib. Partner aku untuk adegan couple...

Rase cam penah tengok tak muke Najib neh? Dia lah model untuk iklan KFC Hotrods tu... Tapi dia nie memang ader bakat berlakon la...

Memorial 2009

Lagi 3hari kite akan masuk ke tahun 2010.

Awal sangat ke aku buat entry nih ek? Ah, lantak. Aku tak kire. Aku dah tak sabar nak publish. Dipendekkan cerite (panjang-panjang takleh, nanti korang malas plak nak baca), tahun 2009 nie boleh dikatakan tahun "dajal" buat aku. Banyak sangat perkara buruk yang berlaku. Tapi opcos la ader jugak perkara baik. Semua nie akan tersemat sebagai sejarah dalam hidup aku. (gile skema ayat!)

Januari

- Permulaan tahun yang agak teruk. Aku ader problem dengan A. But tak lama lepas tu, i got M as my boyfren. Accept him after aku nampak kesungguhan dia nak kapel dengan aku.

Februari

Happy dengan M. Sometimes A give me a message untuk rujuk balik but aku kan ada M. So, tak berapa nak layan sangat A. This month, Daddy sakit dan masuk IJN. Thanks God ada M. Dia sanggup amik cuti sebab nak temankan aku pergi tengok daddy kat IJN. Thanks to bos sebab bagi aku cuti tanpa rekod 3 hari.

March

Got problem dengan M. Terlalu mengongkong dan aku kena buat report kat dia even i want to go to toilet. WTH! Since that, hati aku jadi tawar. Lama-lama i think he not suitable with me. Kematangan dia tak mencapai piawaian yang aku nak. Sikap dia makin menjadi-jadi.

April

Clash with M. Back to A since he merayu-rayu nak balik kat aku. Happy with the new life. Time nie memang nampak kesungguhan A. (Time nie je la...).

Mei

Pergi Langkawi with opismate. Then, buat plan nak bertunang with A. List semua benda yang nak dibuat hantaran but sayang, akhir bulan, tak jadi sebab bergaduh besar. A buat silap.

Jun

Berbaik semula dengan A. Start happy balik... But his ex-wife datang. So, jarang berjumpa. But masa daddy datang kL, sempat kenalkan A pada family. Thanks God, diorang setuju.

July

As usual. Life is just the same. Gaduh, baik, gaduh, baik... Family okey. And aku terlibat dengan penggambaran video Kristal TM. Memang happening

August

Uncle aku meninggal. Sedih gile. Dah la time nih aku gaduh besar dengan A. Memang dugaan...

September

Berbaik semula dengan A. Raya, aku balik kampung. Kazen aku kawin... Bulan September nie memang ok. Kurang masalah.

Oktober

Gaduh dengan kazen aku. Dia salah anggap. Niat aku lain, dia anggap niat aku buruk. Whatever la... Manusia... Aku tak ambil hati pun.

November

Aku gaduh dengan opismate aku sebab salah paham. Takpe. Dugaan dalam hidup. Aku yang buat silap. But antara aku dan A, kitorang happy. Bercuti ke PD, spend time on every weken. Going wedding, kenal dengan sedara-mara A... Dan akhir bulan, aku balik kampung. Happy dapat jumpa kawan-kawan. Memang heaven la this month...

Disember

Terrible month. A pergi vietnam. Kami tak jumpa langsung. Hanya berhubung menerusi chat room dan Facebook. Tapi itu diawal bulan. Di akhir bulan lain plak ceritanya... Aku dan A kemungkinan besar CLASH! Ada something yang berlaku membuatkan aku rasa kecewa gila vaviii dengan dia. Di saat aku mengupdate blog nie, keputusan untuk CLASH tak mendapat respon dari A. Tak apa... Hope dia faham. Kalau dia happy dengan gaya hidup dia sekarang, he can go on. I will never stop him.

Frust memang la frust. But life must go on. Aku baru je balik dari audition TM video. I deserve to get happy life.

Thursday, December 24, 2009

Audition yang tak menjadi

Tetibe last week TM ader keluarkan email tentang pencarian bakat lakonan untuk video TM. Aku nie beriya-iyalah nak join. Maklumlah aku nie minat bab-bab nih walaupun aku sedar aku nie takde bakat langsung.

Tapi aku nie kan perasan. Tetap nak join. So, 21hb baru-baru nie, aku, Yani, Nash dan Nasir berpakat nak join. Kitorang terus pergi ke tempat audition.

Sempat lagi kitorang snap-snap. Sindrom sawan kamera telah melanda aku. Dah lama sindrom nie tak menyerang aku..





Gambar perasan lawa wajib ader... Sila abaikan lemak di perutku. Sememangnye lemak tu dah sebati duk dalam tubuh aku nih. Liat nau nak keluarkan lemak tuh. Haihh... Cacat penampilan aku.




Ni plak gambar Nasir, aku dan Nash. Bosan sebab menunggu giliran lama sangat. Dts Y kitorang snap-snap. Last-last kitorang lapar, kitorang pergi makan kat riverside dulu. Yalah, lama sangat. Bukannye sorang dua yang datang nak audition. Ramaiii...

Ader yang pakai sopan laa... yang seksi, opcos la ramai... Tapi tak kisahlah. Benda-benda tu semua untuk markah bonus jee...

Lepas lunch je, aku naik opis. Kerja berlambak kat opis. Terus tak jadi nak pergi audition hari tu. Aku set time nak pergi audition esok hari plak.

Last-last aku busy gak. Haihhh... So, mimpi je lah nak artis pelakon TM... Huhuhu..

Ronda--ronda

Last weken, aku kan lepak rumah Kak Long. Bosan gile. Petang kami keluar pergi Bandar Sri Putra. Kak Long de beli rumah kat situ. Kitorang saje je la pergi jenguk-jenguk.

Ni la rumah Kak Long. Akan siap tak lama lagi. Jenuh plak aku nak datang sini nanti. Sure jauh.

Pastu kitorang blah. Pergi midvalley dan The Garden dan OU.. Saje je window shopping. Nak shopping lebih-lebih pun tak boleh sebab duit tak banyak sangat. Cume Kak Long je ader beli Handbag COACH RM 1500. Cantekkk... sebab harge pun sangat la cantekk.


Saje je nak update sebenarnye. Aku bosan neh. Tak tahu nak buat ape.. Huhuhu...

Thanks Abang Yu

Dua minggu lepas Abang Yu pergi Hong Kong dengan family member sebelah Kak Ejam. Sebelum pergi tu aku ader la perli-perli dia,,, "pergi sana belilah something kat Nana..."

Dia pergi hari Selasa dan balik semula hari Sabtu. Lama jugak dia pergi sana. Sebelum balik semula ke Terengganu, dia singgah KL dulu. Dia duk kat rumah Kak Long. Dia ada call aku, dia kata dia ada beli something untuk aku.

Hehehe... sukenye hati aku.

The nest weekend, aku terus pergi rumah Kak Long sebab nak amik barang tu.

Nak tahu ape yang dia beli?

Jeng..jeng....


Gelang kristal.


Cantik tak gelang nie kat tangan aku?

Tuesday, December 22, 2009

Update - Para Isteri, pls jangan cemburu buta

This entry is related to the entry of Bengong, bengang dan bangang & Update - pengajaran kepada playboy2 di luar sana.

Pagi tadi aku YM dengan Eda kat opis. Hari nie kije aku tak banyak sangat. So, bolehlah aku berYM.


"Diana, aku nak tanya nih.." kata Eda
"Pe dia?" soalku.
"Nama Rehan dalam FB O***d S***t kan?"
"Rase-rasenyelah. Kenapa?"
"Dia view frenster aku.."
"Ye x?"
"Iye... Umo 26, female, reg October 2009..."
"Hahaha..."
"Frenster mu tekpun takleh bukak. Kalu dok, boleh tengok sama ada dia view ke dok frenster mu.. Mu tahu dok siapa fren dia?"
"Sape?"
"HAMNAH".

Seeeee............... ... .............. ......... . . . .


Segala persoalan sudah terjawab. Semua isu yang berlaku adalah direka sendiri oleh REHAN, cikgu di sebuah sekolah di Johor. Begitu bijak cikgu ini menyusun jalan cerita. Hebat!


Di awal cerita, dia bagitahu hubby kesayangan dia - KERY - ader orang yang hantar gambar KERY dan INAH kat Facebook dia.








Inilah gambar kontroversi tu... Padahal tak kontroversi pun... Setakat letak tangan atas bahu jee...


Gambar nie pun ader gak... Gambar-gambar diatas bertarikh 24 December 2004.


Then, si REHAN nie plak beriya-iya marahkan KERY sebab ader orang bangang yang hantar gambar tu kat dia kononnye nak memusnahkan rumahtangga dia. Bila KERY tanya REHAN, siapa yang hantar gambar-gambar tu, REHAN taknak bagitahu. Kononnye nak sembunyikan nama orang yang hantar.


Tak lama lepas tu, KERY terserempak dengan Eda kat tepi jalan. KERY pun tanya Eda, siapa antara kami yang aktif Facebook. Sah-sah la aku kan? Tambahan plak gambar yang disebarkan tu hanya kami berempat je yang ada. Menambahkan lagi bukti bahawa AKU yang hantar gambar-gambar tu.



KERY memang sah-sah tuduh aku. Dia tanya NISHA (adik dia), NISHA pun bagitahu aku yang hantar.

Aku dan geng berpakat nak cari siapa penghantar dan dari mana dia dapat gambar-gambar tu.

Siasat punya siasat, barulah dapat tahu dia ambil gambar tu dari FRIENDSTER aku. Kat sini tambah lagi 1 bukti AKU yang sebarkan gambar-gambar tu. Takpe... kitorang akan cari jugak kebenaran.

Kami siasat lagi. Dah jadi macam CIA plak kitorang neh.

Pendekatan paling senang adalah tanya REHAN siapa penghantar gambar tu. Sure ader nama kan? Aku hantar mesej ugut kat KERY.

"Mintak kerjasama dari wife awk untuk bgtau siapa nama penghantar gambar tu. Td nana dah rujuk pada bkt aman, diorang cakap nana kne bt report police atas sebab memanipulasikan ID orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Dan wife awk boleh ditahan atas sebab menyembunyikan fakta sehingga menyebabkan fitnah."

Mesej nie memang aku reka. Maaf polis.... saya cuma nak tahu kebenaran.

Tak lama lepas tu, KERY call aku. Dia cakap dia dah tanya wife dia siapa yang hantar. Namanya PRINCESS.

Terkejut jugak aku sebab PRINCESS tu nama lain untuk INAH. Aku dan geng tak percaya ini kerja INAH sebab INAH sekarang busy dengan tugasnya sebagai suri rumahtangga. So, memang INAH tak ada masa nak online-online neh.

Aku, Sue dan Wahida siasat lagi. Kami tak puas hati. Mula-mula tuduh AKU yang hantar. Pastu sekarang nie, nama INAH plak dikaitkan. Macam ader something wrong somewhere jee...

KERY ader bagitahu aku, REHAN tak letak nama sebenar dalam Facebook. REHAN letak nama O***D S***T.

Kebetulan tengahari tadi EDA check who view her Friendster. Dia nampak O***d S***t kat situ. Then, aku mintak password Inah pulak. Aku suruh EDA check akaun INAH. Ader jugak O***D s***t tuu... Dan sekarang memang yakin, tiada siapa-siapa pun yang hantar gambar tu pada REHAN. Sebaliknya REHAN yang reka cerita untuk memburuk-burukkan AKU dan INAH. REHAN sendiri yang copy paste gambar tu dari akaun aku dan buat cerita kononnye ader orang yang send gambar tu kat dia.

Yang aku rasa pelik, kenapa REHAN nak buat macam tu? Gambar tu dah lama, 5 tahun lepas. Kenapa dia nak ungkit lagi kisah lama?

KERANA CEMBURU? TAKUT HUSBAND DIKEBAS ORANG?

Ni semua alasan bodoh.

Kenapa aku kata bodoh? Sebab INAH dah kahwin dan bahagia dengan perkahwinan dia. REHAN tak perlu rasa takut. Terang-terang REHAN takut dengan bayang-bayang sendiri. Jealous tak tentu pasal sedang husband tu biase je.

Agaknye dia perasan husband dia yang terbaekkk kot? Korang tengok balik gambar kat atas. Hensem ke KERY tu? Dulu mase zaman belajar aku panggil KERY as DUGONG... Jahat aku, kan?

Apepun CASE CLOSED. Malam nie aku nak hantar mesej kat KERY suruh dia jaga bini dia elok-elok. Suruh bini dier jadi matang skit. Umo dah 26tahun tapi perangai macam budak-budak yang tak datang period lagi. Menyusahkan orang! Haihhh...

TQ REHAN COZ MENYUSAHKAN AKU DAN KAWAN-KAWAN... KO MEMANG CIKGU YANG PRO... WA TABIKK SAMA LUUU...

Tag cintan cintun

Aku baca blog Yani. Dia ader buat tag neh. Dia plak tanya aku, ko tak buat ke tag nie? Aku sebenarnye malas nak buat tag. Plus tag nie pun untuk orang-orang yang dah nikah dan kawen. Aku nie belom nikah lagi.

Tapi bile difikirkan balik, tak salah kot aku buat tag neh. Tukar je la perkataan 'hubby' jadi 'pakwe' ke 'boyfren' ke... same je kan... Lagipun at least bile aku buat tag nih, aku leh ingat memori lalu antara aku dengan si dia.

1.First time jumpa with your hubby bila & kat mana?

- Hari kedua lepas aku kije kat TM nih. Mase tu 3 Jun 2008. Dia amik aku kat opis time aku balik kije. Mase tu aku gamble je sama ader dier nih baik ke jahat sebab selama nie aku chatting je dengan dia. 3 tahun gak chatting, pastu baru jumpe.

2. Love at first sight?

- Tak jugak. Mase jumpe tu aku rase cam aku need him as a fren. Maklumlah aku kan orang baru kat KL nih. Dia plak dah berpuluh-puluh tahun duk sini. So, i need him untuk bagi tunjuk ajar dan selok-belok hidup kat KL nie. Tak sangka plak tak lama lepas tu terus jatuh hati. Ko ingat senang aku nak jatuh hati kat orang? Aku bukan desperado, okeh!

3. Who is he when the first time u met him?

- Kawan chatting. Pastu kitorang tukar-tukar gambar dan no phone. Tu je... Mase chatting dulu, sikitttt pun aku takde hati kat dia. Yelah, dia tua dari aku 19tahun, okeh! Ntah la camne bile banyak kali jumpe tu, TERjatuh hati plak. Love is blind, isn't it?

4. How long it takes for him to ask u out for a date?

- Sekejap je... Mase chatting dulu pun dia duk suruh aku datang KL dan jumpa dia. Tapi aku je taknak. Dah namanya takde hati mase tu kan... Macam-macam alasan yang aku bagi. Last-last dia merajuk. Setahun gak tak contact aku. Lantak ah kan. Mase tu dia bukan pakwe aku pun.

Bila aku masuk TM, aku check akaun yahoo aku. Tup-tup ader email dari dia. Aku bukak la... Kitorang berbalas email jap pastu terus dia ajak keluar. Memang dia nih jenis tak menyabor...

5.First place dating di?

- Restoran Lambaian, Sentul Boulavard. Aku bagitahu dia, aku taknak pergi tempat yang takde orang. Mase tu malu-malu kucing la, kan... Bajet sopan laa... Lama-lama.. huh... tak hengat dunia!

6.How he proposed?

- Kitorang tak kawin lagi. Tapi pernah la plan ke arah itu. Takdenye dia nak proposed aku sambil melutut dan hulurkan cincin kat aku dan berkata, "will you marry me?". Aku berani kerat jari la kalau dia buat cenggitu. Si dia nie bukannye jenis romantik. Dia nie jenis "pakat hentam jee..".

Cara dia nak discuss dengan aku tentang kawin-kawin nie, dia akan cakap, "u list kan la barang-barang yang u nak untuk hantaran."

Terkesima aku, okeh! Paham-paham je la maksud dia time tu...

7.Special date with your hubby?

- Everytime when he beside me. Masa terasa cepat kalau dia bersama aku. Tak pernah puas nak berkepit berdua-duaan dengan dia. Walaupun time tu kitorang gaduh. Tapi yang paling best bile kitorang melepak kat rumah sambil layan dvd. Pastu ........ ... ..... ..... . . . . . Tak yah la aku citer. Kang kontroversi pulak. Tak pasal-pasal nanti aku kena bukak blog baru.

8.Changes that he asked you to do?

- Jangan pakai kasut crocs. Dia haramkan aku pakai kasut tuh, okeh. Tak tahu pe sebab. Padahal aku selesa je pakai kasut tu. Simple...

- Kurus sikit. Dia taknak aku gemuk-gemuk. Nanti tak lawa. Haihhh...

-Tak kasi aku potong rambut pendek. Dun know why. Aku dah rimas rambut panjang nih. Payah nak jaga.

9.What is about him that you love so much?

- Dia buat aku rase selesa jadi diri sendiri. Kalau terkentut depan dia pun, dia buat dunno je. Kalau depan orang lain, sure dah lama kene gelak.

- Pemurah. Time aku sesak, dia ader untuk tolong aku. So, tak risau la hidup kat sini. Sure aku tak kebulur.

10.What is about him that u wish he would change?

- Kegatalan dia. Dia nie leh dikategorikan sebagai quite gatal jugak. Sikap dier nih selalu merimaskan aku. Serabut kepala otak aku. Pantang tengok pompuan cantik, sure dier puji-puji. Kalau aku puji laki lain, tahu plak dia marah.

Bila aku marah dia puji pompuan lain, dia selalu cakap, "i cakap je.. bukannye i dapat pun.."

@#$%^#$%^&*...

Memang patut pun setiap kali dia gatal, aku cubit lengan dia kuat-kuat. Padan muka. Kalau aku buat muka, mulelah dia nak pujuk aku. Jalan pegang tangan la... ape la... Ko ingat aku terharu ke bile ko pujuk aku camtu?? Lain kali kalau nak pujuk, belilah gelang emas ke.. cincin mata satu kee... Sure lepas tu hilang rajuk aku. Hahaha...

11. You will lose your mind n crack your head when he?

- Curang. Aku benci lelaki curang. Pada si dia, aku bagi dia one last chance. Kalau dia buat hal lagi, no more chance. Siyes... Ko tak payah nak menangis-nangis merayu-rayu kat aku. Aku punya harga diri untuk dihormati. Ko bagi la aku banglo patplohpat tingkat pun, aku takkan terime ko balik.

12.You will smile tru your eyes for the whole day when he?

- said I LOVE YOU. 3 hari 3 malam ayat tu akan terngiang-ngiang kat telinga aku. Bukan senang tau dia nak sebut benda tu.

13.Complete below sentences...My love towards my hubby is as big as

-EVERYTHING. Tapi kan menyintai dia menyakitkan hati aku. Tapi membenci dia lagiiii laaa menyakitkan hati aku. So how? Pendek kata (panjang takyah kata apa-apa... duk diam jee..) dialah intan, dialah kaca. Dialah segala-galanya...






Sunday, December 20, 2009

Sebab rindukan dia

Sebab rindukan dia, aku datang ke sini...
Haihhh.. rasa cam nak kenyekkk jee... Geram plak. Macam-macam karenah. Tapi best melayan dia.
Paling best bile aku pasang lagu "Chicken Dance", dia akan menari. Hahaha...
Dia dah pandai sebut mama, colorland dan spongebob... Perkataan lain dia tak pandai sebut lagi. Kat laptop aku nie ader sticker spongebob. Setiap kali aku tanya, mana spongebob, dia mesti cari laptop aku. Sangatlah pandai... Weeeeee.........
Aku sangat sayangkan dia. Comelllll....

Lepaking dengan my oldskool frens

Jumaat kan cutiii sempena MAAL HIJRAH... Aku bosan gile duk kat rumah. Tak tahu nak buat apa. Tengah duk masak, hp aku berbunyi. Faras yang hantar mesej. Aku sms jap dengan dia. Last-last aku bosan bersms, *sebenarnye aku lambat taip mesej... *

aku terus call Faras. Dia ajak aku keluar. Dia pun bosan gak. Pucuk dicita ulam mendatang la kann... Aku pun setuju je la.. Dah namanye bosan duk rumah, kenalah keluar. Jam 3, aku keluar dari rumah. Aku dan Faras pergi amik Faridah * nama glamournye Ferry * kat Kajang. Hujan dowh... Tapi takpe... Keluar tetap keluar. Sejam gak dari Sentul pergi ke Kajang. Nasib baik tak jem. Kalau tak sure mental...


Gambar pompuan gile perasan wajib ader... Jangan meluat. Aku tak suruh korang baca pun blog aku kalau setakat nak cari bahan mengumpat aku.

"Ko tahu Ferri, ada orang kata aku culture shock...."
"Kenapa?"
"Dari pakaian aku laa..."
"Kan dari dulu ko pakai macam nie... Dari sekolah lagi.."
"Diorang tak tahu... Blog aku nie adik aku baca, abang aku baca..."
"Ye doh.."
"Sebab tu bagi aku diorang semua takde hak nak cakap macam-macam kat aku. Abang aku dan adik aku semua tak kata apa-apa. Diorang tahu ape yang aku buat kat sini,..."
"Lantak diorang la, nana."

YES,,, Lantak korang nak kata apa-apa pun. Aku tak mati pun kalau korang mengata aku kaw-kaw punya. Hidup aku macam nie jugak. Tak untung, tak rugi. Cume bila korang mengata kat aku, korang yang dapat dosa...

Faridah dan Faras nie sekelas dengan aku mase tingkatan 4. Kitorang contact balik selepas aku sign up akaun Facebook. Lepas tu, aku terus aktif Facebook. Rupa-rupanya ramai kengkawan sekolah aku dulu yang ada Facebook. Aku semakin aktif Facebook bile aku join games Farmville, Cafe World, Happy Aquarium dan Fish Ville.

Lepak dengan diorang memang best. Kami ke The Mines. Tapi seriuosly, The Mines tak ada apa pun. Plan nak karok tapi tak jadi sebab harga kat situ.

13 lagu = RM30... Bermakna RM2.30++ untuk sebuah lagu. Ape kess??

Last-last kami lepak je kat situ. Lapar, kami pergi ke McD... Bayangkan kami lepak kat situ dari pukul 4.30 sampailah pukul 9 malam. Hahaha... Takde hala tuju langsung.

Pastu barulah hantar Ferri balik dan Faras hantar aku ke vista.

My GUESS Collection

Salam namaste... Morning semua... Hari nie aku nak menayangkan 1 lagi koleksi handbag Guess aku. Lantak ah kalu korang nak kata aku berlagak ke ape. Aku tak mati pun...

Kengkawan yang rapat dengan aku memang tahu aku memang peminat setia barangan Guess. Aku beli time sale je... Kalau tak sale, takdenye aku beli barang-barang nie sume. Aku nie pun bukannye banyak duit sangat. Gaji aku pun ciput je...

Semalam 19 Dec, aku lepak rumah kak long aku kat Segambut. Petang, kitorang kuar pergi mid valley. Kan sekarang nie tengah ada sale sempena YES. So, semua barang murah.

Tengah syok berjalan-jalan dalam metrojaya, aku ternampak beg nie.



Cantik dan aku terus berkenan. Kak Long pun cakap handbag nie cantik. Aku pun apelagi...sambar teruslah. Hari tu A ada kasi aku duit suruh aku beli handbag Guess yang baru.




Alamak, terbalik la pulak gambar nih. Terlupe nak edit... Harganye RM389.00. Sale = RM156.00.
Berbaloi tak?

Friday, December 18, 2009

Update - Pengajaran untuk playboy-playboy di luar sana

This entry is update to the entry "Bengong, bengang, bangang".

Tengahari tadi Kery call aku. Ni antara perbualan kami :

"Semalam Kery jumpa Eda. Kery tanya dier, siapa antara korang yang main Facebook. Pastu Eda kate, nana yang aktif. Yang lain takde Facebook. Eda layan Friendster je..."
"Memang nana aktif Facebook pun. Sangat2 aktif. Tiap-tiap hari nana bukak akaun Facebook nana."
"Tu la... Sebab gambar tu kite je yang ada. Orang lain tak ada."
"Habis tu, kenapa tuduh nana plak?"
"Kery tanya Nisha (adik) sebab Nisha rapat dengan Rehan. Nisha kata nama orang yang hantar tu, Diana. Sebab tu Kery kata nana yang hantar gambar tu..."
"Kery, kalo inilah jadinye,,, maknanye ader orang yang guna nama nana. Kalau gitu, nana kena buat police report."
"Sape yang buat nie, nana? Pelik Kery..."
"Mana nana tahu..."

YES! Aku decided untuk buat police report atas sebab memanipulasi ID orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Mana boleh dibiarkan. Karang macam-macam pulak yang PEMANIPULASI buat. Balik-balik nanti aku plak yang terkena. Tak ke naya?

Pastu aku call Eda.

"Eda, Kery cakap Nisha yang sebut nama aku yang hantar gambar tu..."
"Ye ke?"
"Iyee..."
"Diana, ko tahu tak orang tu amik gambar tu dari mana?"
"Dari mana?"
"Friendster ko..."
"Hah???"
"Dalam Friendster ko, ader gambar tu..."

P**imak!

"Friendster tu dah setahun aku takleh bukak... Ko ingat tak yang aku kata L tukar password aku dulu?"
"Ingat. Aku ingat yang tu. Masalahnye sekarang, siapa yang tahu nama ko dalam Friendster? Aku rasa orang tu dekat je dengan kite dan Kery..."
"Usaha betul orang tu. Macam mana plak dier tahu ID aku nih? Aku rasa diorang nih nak pedajalkan Kery nih. Tapi tak pasal-pasal aku terbabit sama."
"Tu la pasal. Sakit kepala aku duk fikir. Entah-entah nie kije ex-ex Kery yang dulu."
"Hmm..."
"Itu yang aku bagitahu Kery. Dulu dia playboy sangat. Sekarang ni dah jadi macam nie."
"Terimalah padahnya..."

Inilah akibatnya dari perbuatan dulu. Dulu bukan main lagi playboy. Sekejap dengan pompuan tu, sekejap dengan pompuan ni. Sekejap foya-foya dengan itu, pastu dengan ini plak. Sekarang...pe dah jadi. Kan akuuuu jugak yang susah.

Rehan tu pun satu. Nak sorok-sorok plak. Bagitahu je la sape yang hantar gambar tu... Bukannye susah sangat pun. Bengang betul aku. Kalau dia bagitahu, takde la isu nie leh jadi sebesar ni.

PENJAHAT tu plak (orang yang hantar gambar tu) bengong gak. Hantar gambar-gambar segala. Tak baik okeh merosakkan rumahtangga orang. Cube kalau orang rosakkan rumahtangga ko nanti, pe yang ko rasa? Mesti ko sedih, kan?

Aku rasa PENJAHAT nie rapat dengan Kery dan kenal aku dari jauh. Sebab dia tahu nama aku dalam Friendster (yang dah bertahun aku tak bukak) dan dia tahu nama Rehan dalam Facebook. Aku tak rasa makhluk nie orang lain. Nie mesti orang-orang terdekat yang jeles tengok Kery dan wife dier.

Wahai PENJAHAT, redha je la dengan apa yang berlaku. Mungkin jodoh ko dengan orang lain. Ko jangan plak mendajalkan rumah tangga orang lain. Berdosa besar meruntuhkan masjid, tahu??

Paling aku terkejut, PENJAHAT nie sangatlah berusaha untuk mendapatkan gambar-gambar sensasi untuk dihantar kepada wife Kery. Haihhhh.... Tapi Tahniah kepada dia sebab usaha dia berbaloi-baloi... Dan aku nak mengucapkan terima kasih sebab apa yang dia buat telah memburukkan nama aku. Tak semena-mena aku difitnah melakukan kerja bodoh lagi tak berfaedah tu.

Maghrib tadi Kery call aku. Kebetulan time tu aku tengah syok layan FB walaupun line internet wengg... *memang menyakitkan hati aku betul internet nih. Apesal line celcom sekarang nie asyik K.O. je..? Ke kat vista nie je macam nie?

"Kery dah tanya Rehan, sape nama orang tu..."
"Hah, sape?"
"Princess? Itu email Inah..."
"Hah?? Biar betul nana...!"
"Tapi bukan dia la...Dia sekarang nie sibuk. Nak-nak dia pregnant sekarang nih."
"Sapelah yang jahat sangat nih?"
"Nana baru dapat tahu orang tu amik gambar dari mana..."
"Dari mana?"
"Friendster nana... Eda dah check Friendster nana. Dia cakap ader gambar tu 2 keping kat page nana..."
"Hah???"
"Masalahnye page tu nana tak bukak lame dah... Kena blocked. Nana rasa orang tu copy and paste gambar-gambar kat situ."
"Bukan salah nana letak gambar tu. Sekarang nie Kery nak tahu siapa yang usaha sangat tu..."
"Tu lah, awk! Dulu playboy sangat! Sekarang padan muke... Sekarang nie awak dah ada banyak musuh..."
"Silap saya gak. Tapi kenapa orang tu buat macam tu?"
"Dia sakit hatilah awak tak pilih dia. Nana kesian kat awak. Awak baru lagi kawin. Dah jadi macam nie.. Baik awak hati-hati..."
"Dah banyak dugaan, nana..."
"Yeke?"
"Tapi yang sebelum nie biase-biase aje..."
"Inilah yang paling teruk?"
"Yup.."
"Hmmm...."

Seeee.... silap sendiri. Nilah pengajaran buat playboy....

"Sekarang nie bini saya sedang merajuk..."
"Ala... pandai-pandailah awak pujuk dia. Malam nie kan malam Jumaat. Hahahah..."

Sekarang nie aku kena siasat siapa dalang disebalik semua nih. Kalau aku dapat, agak-agak boleh tak aku bagi penampar?

Thursday, December 17, 2009

Bengong, bengang dan bangang

Aku tengah marah nih! Siyes tengah marah. Jantung aku nie dup dap dup dap duk tahan marah. Muke aku pun dah naik merah. Eeeiii....

Nak tahu kisahnye? Ok, korang duk diam-diam. Biar aku citer...

Once upon a time, in a big and femes town... Hehehe... loyar buruk jap.

Gini......... ...... . . . . . . .

Semalam aku dapat call dari my BFF, Wahida. Dia paksa aku online YM lepas maghrib nanti.

"Ko online je la..."
"Ko nie apehal? Kalau de mende penting, kabo je la..." bentak aku.
"Dok boleh. Kite kena discuss dengan Sue jugok."
"Malas aku layan mu... Kabo la slalu. Alang-alang aku tepon mu doh nie..."
"Ni antara sek-sek kite dengan kery..."
"Citer je la..."
"Mu ingat x gambar kite kat pantai. Gambar kery peluk Inah tuu..."
"Ingat. Gambor tu sehari sebelum tsunami. Nape?"
"Mu ader bagi kat sape-sape dok?"
"Takdok... Kenapa?"
"Ader orang bagi gambor tu kat Rehan, bini kery..."
"Hah?"
"Orang tu bagi kut Facebook... Kery tanya sape antara kita yang ader Facebook."
"Aku sorang je la.."
"Yela,, Kaku kabo kat Kery. Kery bagitahu aku, bini dia kata ko yang seborkan gambar tu..."
"WTF!"

Ni antara conversation aku dengan Wahida petang semalam. Sebenornye panjang agi kitorang nyembang.. *eh TERcakap terengganu plak.

Motipp aku nak bagi gambar tu kat Rehan. Pe jadahnye? Pe faedahnye untuk aku? Aku nie tak hingin langsung kat Kery tuh.

Okay, senang citer aku bagitahu korang dari mula sampai akhir. Biar korang paham betul-betul. Aku de kawan... Sue, Inah dan Wahida. Inah kapel dengan Kery dari tahun 2004 sampai 2007. Secara automatik, Kery join group kitorang.

Time tu, kitorang nie selalu kuar sama-sama. Kire enjoy sangat-sangatlah. Sampailah ke satu peristiwa berlaku dimana aku terserempak Kery kuar dengan pompuan lain, Liza. Kery suruh aku rahsiakan tapi aku tak boleh. Inah kawan aku. Mana boleh aku biarkan kawan aku kena tipu dan dicurangi. Inah kecewa dan mereka putus. Sebenarnye sebelum perpisahan mereka, Kery ader meluahkan perasaan dia kat aku.


Ape kes???


Dah la aku kawan Inah. Pastu ko ader hati plak kat aku? Padahal mase tu aku dah ader pakwe, L.


Beberapa tahun berlalu, aku tercampak kat KL, kerja kat sini. Sue plak tercampak kat Shah Alam, amik master kat UiTM. Eda plak praktikal kat Muzium. Inah plak dah jadi suri rumah kepada Musa. Kery plak jadi hubby kepada Rehan dan ayah kepada seorang baby perempuan. Masing-masing dah ada life sendiri.


Tu lah... semalam Eda call aku. Dia kata Rehan tuduh aku yang sebarkan gambar tu. Bengang tak? Dan aku rasa Rehan tu bengong dan bangang. Why aku kata macam tu?


Sebab :


i- Dia bangang sebab sesuke hati tuduh aku yang bagi gambar tu kat dia. Kery tu pun bangang gop sebab cepat percaya cakap bini tanpa usul periksa.


ii- Dia bengong sebab gambar tu diambil pada tahun 2004. Sehari sebelum tsunami besar melanda. Sekarang nie tahun 2009. Dah 5 tahun, beb! Mase tu pun Kery baru je kapel dengan Inah dan tak pernah kenal siapa itu REHAN. Why Rehan nak jeles???? Tambahan plak Inah pun sekarang sedang berbahagia, bersuke ria dengan hidup dia sekarang dengan Musa. Malah Inah pun dah mengandung. Apalagi yang nak dijeleskan?


Orang lain pun ader gak prasaan jeles. Tapi tak adelah seteruk minah tu. Ini ke pemikiran seorang cikgu berkelulusan Degree?? Jeles tak kena tempat!


Yang buat aku sakit hati, kenapa dier tuduh aku? Kenapa dia tak kata Sue atau Eda ataupun Inah sendiri? WHY ME!? Dan kebetulan plak dalam ramai-ramai, aku sorang je yang ada Facebook. Masalahnye, gambar yang disebarkan tu,,, hanya kami berempat saja yang ada.


So, terang-terang seolah-olah memang aku yang sebarkan.


Aku nie pun baru 2kali jumpa REHAN. Itupun secara tak sengaja. Kali pertama mase raya 2 tahun lepas. Aku tak tahu minah tu pun ader kat Kery mase tu. Niat hati aku nak datang beraya je...


Kali kedua jumpa mase kat Giant time aku balik kampung raya haji ari tu. Tu pun secara tak sengaja. Dia yang tegur aku dulu. Mase tu elok-elok je dia tegur aku. Takde pun nak bertelingkah dengan aku ke ape...


Dan yang buat aku sakit hati, kenapa dia tak bagitahu orang sebenar yang sebarkan gambar tu?

Sebab apa yang aku tahu, mestilah ader nama penghantar gambar tu. Tak tahulah pulak leh hantar gambar as anonymous dalam Facebook.


Kenapa perlu tipu hubby sendiri? Bagitahulah orang sebenar. At least, Kery bolehlah talk personally dengan orang tu.


Aku and the gang pun buat andaian sendiri.


1- Mungkin NINI yang cedok gambar tu kat mana-mana sumber (Friendster/ Facebook/ so on)dan bagi pic tu kat Rehan.


Nini? Sape plak Nini?


Ok, Nini nie psycho person. Dia amat tergila-gilakan Kery. Bayangkanlah, pernah Kery keluar tanpa pengetahuan dia, dia bleh hunus pisau nak bunuh diri. Gile tak? Dan aku and the gang tak tahu apa jadi kat Nini selepas Kery decide nak kawen dengan Rehan.


Korang rase boleh jadi tak si NINI adalah pedajal dalam hal ni? *Ni andaian saje.. Now kitorang tengah duk siasat.

2- Rehan tuduh aku sebab mungkin... diulang... MUNGKIN dia tahu Kery pernah ada hati kat aku dulu. Dia nak buat Kery benci kat aku. Sebab tu dia tuduh aku. Dia nak tuduh Inah, tak boleh sebab Inah dah kawen. Aku je yang single-mingle. Dia takut aku nak rampas Kery dari dia. Jadi baik dier buat Kery bencikan aku dulu.

Entahlah belalang. Aku tak tahu nak cakap apa. Tapi apepun memang aku bengang sebab aku dituduh melakukan sesuatu yang langsung aku tak buat. Aku try call Kery, tapi tak dijawab. Takpe... Mende nie aku nak settle jugak. Tunggu je lah...

Wednesday, December 16, 2009

Don't know wat to write

Kengkawan aku sekalian, adalah dimaklumkan bahawa.. (alamak, skema gile ayat!)


Gini, lately aku busy. Teramat-amatlah busy. Sampaikan tiap-tiap malam aku tido lewat sebab buat kerja. Kalau dulu aku selalu tulis dalam entri tentang aktiviti goyang kaki aku kat opis. Tapi sekarang.... huhuhuhu.... letih, okeh!


Nak tahu ape yang dibizikan sangat?


Siang = aku bizi dengan kerja-kerja aku kat opis. Opis aku sekarang sedang direnovate atas sebab penambahan "rakyat" di dalam unit aku nie. Tapi aku still balik awal. Sharp 5.30, sure aku dah terpacak depan lif opis aku.


Malam = aku bizi dengan kerja-kerja aku jugak... Kerja ini juga meletihkan. Nak tahu kerja apa? Aku kini adalah pekebun, penternak dan tauke restoran tegar yang berjaya. Hahaha... Aku bizi dengan Facebook la... Sibuk sangat sampaikan kadang-kadang aku tido sampai pukul 1.

Walaupun akaun Facebook aku, A yang jaga sekarang, tapi sebagai tauke yang baik, aku kene jugak turun padang. Tak gitu? Hohoho...

Aku saje je nak update neh sebab kengkawan aku sume duk sibuk suh aku update. Baik yang duk kat Terengganu, kat KL dan opismate pun ader. Haihhh... Best sangat ke blog aku neh? Aku pernah dengar orang cakap, blog aku nih bukannye best sangat pun. Blog perasan diri sendiri. Hahahaha... Whateverla...

Sekarang nie aku duk menghitung hari. Lagi 14 hari A dan Dada akan balik ke Malaysia. Rindunye kat diorang... Sejak dari diorang berada kat Vietnam, aku dan A berhubung kat dalam chat room je. He told me that HE MISS ME SO MUCH! Hahaha... I MISS U 2,3,4..SAYANG! Hehehe...

Owh, new year dah tak lama dh. Azam korang yang tahu nie dah tercapai ke belum? Aku nie jenis orang yang tak ada wawasan. So, tiap-tiap tahun aku memang tak ade nak berazam-azam segala. Aku tahu mesti takkan tercapai punye sebab aku nie jenis malas nak berusaha. Haihh... pemalas betul aku ni kan.

Nasib la sape buat aku jadi bini....

Hmm... korang dah pikir belum ape azam korang untuk tahun depan? Nak kurus? Nak kahwin Datuk? Nak jadi kaya? Nak naik pangkat? Nak dapat boyfren hensem? Nak jadi artis? Hahaha...

Aku berada dalam mood happy sekarang dan aku mintak maaf kalau aku merapu gaban. Maklumla aku sendiri pun tak tahu apa yang aku cerita kali ni. Takde idea langsung nih. Blur...

Apepun, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab korang setia dengan blog aku nih walaupun blog nie tak best mana pun.

Sekian...

Thursday, December 10, 2009

Budaya di kalangan masyarakat MELAYU yang aku 'nampak' dari aku kecil sampai sekarang

* all pictures are credit to google.com

Hai uolls...

Malam nie aku rasa macam nak blog marathon jee... Sebab internet malam nie slow yang teramat sangat. Mungkin sebab result exam UiTM dah kuar. So, budak-budak UiTM semua online nak tengok result diorang.

Kepada yang dapat 4flat, tahniah! Kepada yang dapat cukup-cukup makan tu, nasib la kan. Sape suh ko tak belajar rajin-rajin hari tu... Hahaha... Gile keji aku.

Sori-sori... Korang leh cuba lagi next sem. Lepas nie belajar tekun skit. Sure korang berjaya, k...
*dulu aku suke gak main-main. Esok ader paper, malam nie baru study. Time study week, aku berjimba dengan kawan-kawan. Sebab tu result aku k.O... hahaha...

Sebut pasal budaya, kite nih memang didedahkan dengan pelbagai budaya. Kerajaan sekarang pun berTAGLINE 1MALAYSIA... Yalah, negara kite nie kan ader bermacam-macam budaya.

Apa yang aku nak bincang neh adalah tentang budaya yang tak elok. Budaya berpuak-puak. Meh aku citer...

Masa aku sekolah rendah dulu, takde pun budaya nie. Mungkin sebab aku duk kat kampung kot. Dungun.... Manalah membangun sangat masa tu.


We olls berkawan dengan semua orang. Tak kirelah rambut ko itam ke koko ke kerinting ke lurus ke... yang penting, ko suke main, takde gaduh-gaduh.

Cume mase aku darjah 6, aku dah nampak ada sesetangah cikgu mengamalkan favoritism. Budak-budak yang cerdik bijak pandai je yang diorang tumpukan. Aku nie termasuk dalam kategori ok, so, takde la dipinggirkan. Tapi aku sedih tengok kengkawan aku yang duk kelas belakang. Memang ketinggalan.

Takpe... aku tak salahkan cikgu. Mungkin budak-budak kelas belakang tu nakal-nakal dan malas nak belajar. Sebab tu cikgu malas nak layan.

Bile menginjak ke sekolah menengah, masa nie aku dah nampak sistem berpuak-puak di kalangan kawan-kawan. Yang perasan muka cantik tu, mesti nak berkawan dengan kawan-kawan yang muka cantik je... Orang gemuk takleh berkawan dengan orang kurus. Nanti group jadi tak femes. Group yang perasan cantik tu plak, wajib pakai seksi-seksi dan mengancam. Diorang akan try ngorat Ketua pengawas yang ensem... IQ rendah takpe... yang penting cantikkk....


Mentang-mentanglah muka haku camnie, korang taknak kawan dengan aku ekk... Sampai ati... waaa.....!

Bile dah masuk kolej, time nie lagi laaa aku nampak budaya berpuak tu... Tapi time nie aku dah bosan berkenalan dengan orang sebab orang sombong-sombong. Bile aku senyum, ada yang tak balas balik. Agaknye ada emas patploh tongkol kot dalam mulut diorang sampaikan berat sangat nak senyum. So, aku create puak aku sendiri. Kami terdiri daripada aku, Sue, Inah dan Wahida. Dalam puak nie, aku jadi ketua. Cumenye keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan bersama. Aku tak conquer semua.

Aku ingat lagi. Masa aku semester 2 & 3, student pompuan ada lebih kurang 4 puak (termasuk puak aku). Dan kami tak rapat sangat sesama puak. Mesti ader gap. Duk dalam kelas, kadang-kadang je bertegur sapa. Itupun kalau ada benda penting. Kalau tak, harammm nak bertegur sapa.

Yang paling teruk, de puak yang tak berapa suka dengan aku and the gang. Tak tahu kenapa.


Say cheeesseee... Uolls yang tak cantik or hensem are not allow to join this group. Motippp??

Paling pelik bile orang tu dikategorikan sebagai NERD. Lagilaahh orang taknak bertegur sapa dengan dia. Padahal nerd-nerd nie semua orang bijak pandai...


kenapa takde orang nak berkawan dengan aku neh...? Padahal aku selalu dapat 4flat dalam exam...

Bile dah habis belajar, tiba masa menginjak ke alam pekerjaan. Still ada budaya yang sama. Budaya berpuak-puak. Masa aku kerja kat Taman Tamadun Islam dulu, macam tu la...

Tapi kali nie lagi hebat.

Puak-puak tu suke menjatuhkan orang lain. Suka nau kutuk idea orang. Kononnye idea yang diorang kasi lagi tiptop dari idea orang lain. Dan kalau bos tak terima idea dia, dia bising-bising. Kononnye orang lain tu kuat bodek. Haihhh...

Aku pun tak paham kenapa harus berpuak-puak dan mengamalkan sikap tak adil.

Dapat emas setongkol ke kalau buat macam tu? Atau rasa bangga bile ada klik sendiri...?


Hai uolls... Kenapa uolls taknak berkawan dengan i? Sebab i bapuk ke? Walaupun i bapuk, muke i lawa uolls... Lagi meletopp dari uolls semua. Jangan jeles yee...

Wednesday, December 9, 2009

Cerita ini sudah kepammm

Aku tak kire. Aku nak publish gak citer nih. Padahal mende dh seminggu berlalu. Ader aku kisah?

Last Friday, Azyla de datang opis. Nak amik kasut dier n ape benda lagi ntah. Pastu aku, Ika dan Azyla terus plan pergi Mid Valley.

Saje la makan-makan kat sana. Destinasi pilihan adalah Pizza Hut. Aku dah lama tak makan pizza. Teringin la plak.

Makan-makan n sembang-sembang. Pastu kitorang jalan-jalan sekitar Mid Valley. Meriah okeh. Kat centre court, kitorg nampak dekorasi sempena MERRY CHRISTMAS... Cantikkk... Kami, gadis-gadis gedik... pe lagi, terus serbu dan snap-snap. Hehehe...



Gambar aku mestilah ader... Nak bergaya lebih pun tak boleh sebab kat atas tu ramai sangat orang. Walaupun aku nie jenis muke tak malu, tapi sebenarnye aku ader gak kemaluan skit-skit... ~eh, ayat pe yang aku pakai nih?~

So, resultnye... itu je yang mampu aku gayakan. Oh, adalah dimaklumkan body aku dah makin chubby. Oleh itu, aku dan Kak Aiza berpakat nak kuruskan badan. Aku memang rase sangat tak hot kalau body aku makin chubby. Memang kena diet... Mummy pun dah bising sebab badan aku makin chubby. Daddy okey je sebab bagi dia, anak gadis dia chubby ke tak, tak perlu dirisaukan sebab anak gadis dia dah ada yang nak. Seeee........ Hehehe...


Ini dia gadis-gadis dara yang cun dari TM... Silalah mengorat. Diorang memang baik-baik dan manis gitu. Tak macam aku. Keji...



Opss... gambar aku lagi. Sorry ye... aku memang gedik. Lantak ah kan...
_____________________________________________________
Thanks korang yang follow blog aku. Korang nih macam meroyan kalau aku tak update blog, kan? Haihh... Sekarang aku dah update, suke la hati korang. Hehehe... Takpe-takpe. Aku suke korang happy.
Aku nie bukannye apa. Takde semangat sebab kekasih hati duk jauh nun Vietnam. Rindu sangat-sangat kat dia. Tapi nasib baik ada kemudahan internet. Leh gak malam-malam aku chatting dengan dia. Chatting pun jadilah. At least aku tahu dia happy kat sana.
Tapiiii....
Aku yang meroyan kat sini. Waaa....

Monday, December 7, 2009

Layout baru

Ok tak layout baru aku? Cantekk tak?

Dimaklumkan, ini bukan hasil kerja tangan aku. Ini adalah kerja tangan Ika, pemilik blog http://redlife2love.blogspot.com. Sila view blog dia (promote blog Ika kejap).

Aku bukak blog Ika.

"Ika, cantiknye layout blog ko. Ko buat sendiri ek? Nuffnang pun ko buat sendiri ke?"
"Yelah. Semua aku buat sendiri.."
"Buatlah untuk aku sekali..."
"Ko buatlah sendiri..."
"Aku pernah buat dah. Tapi lambatlah dia loading. Tak jadi... Ko buatlah nuffnang aku sekali. Aku tak reti laaa...."
"Nantilah aku ada masa, aku buat."
"Ok, nanti aku bagi ko ID ngen password aku, k..."

Hahaha... Sanggup okeh aku bagi ID dan password sekali. Takpe, Ika. Aku percayakan ko... Aku tahu ko boleh dipercayai...

"Ko nak yang macam mana?"
"Aku nak somtething yang nampak girly. Pink-pink gitu... Aku tak nak yang serabut sangat. Yang simple-simple je. Yang penting girly... Nak yang kerawang-kerawang. " Ha, amik ko aku bagi arahan kat Ika.
"Ok-ok..."

Malam tu jugak, Ika tolong buatkan layout untuk aku...

Dan inilah hasilnye... Ok tak? Nampak serabut sangat tak?

Bagi aku, layout nie ok. Pandai Ika pilihkan untuk aku... Nuffnang pun Ika dah tolong buatkan untuk aku. Pepun, thanks Ika. Lunch hari Isnin ni aku belanja ko makan, k.

Sekian.

Thursday, December 3, 2009

Gambar2 aku yang dicuri dari hp adik-adik aku...

Kan aku balik kampung hari tu. Biasenye kalu balik kampung, adik-adik aku gatal tangan check hp aku. Banyak benda rahsia dalam hp aku. Ader gambar pelok-pelok, ader video 3gp... eh, ter bagitau plak. Tapi betul ke benda-benda tu semua ada dalam hp aku? Jeng...jeng..jeng....

Tapi oleh sebab hp aku nie rosak, so, diorang semua takde lah tergedik-gedik nak godek hp aku. Benda rosak, sape yang nak sentuh, kan??

So, kali ni aku plak yang check hp diorang. Dan hasil dari penge'check'an aku ^rosak bahasa^, aku temui gambar-gambar yang aku tak tahu dan lupa.

Let's check it out...

*Gambar-gambar di bawah adalah tidak mengikut susunan yang sepatutnya. Korang tak payah nak komplen. Layankan ajeee....



Gambar ni diambil kat Gulati's. Nampak tak benda yang tergantung kat leher aku tuh. Korang jangan pikir yang bukan-bukan yee... Itu adalah kipas buatan jepun. Aku beli kat Langkawi time bercuti dengan Mimie, Kak Masni dan Lin.

Kak Long syok tengok kain. Dia memang gile kain skit. Pantang tengok kain lawa, mesti dia sambar.


Ini plak gambar time raya pose yang lepas. Hujung sekali tu mummy. Yang tengah tu, Kak Long. Yang tepi sekali ni, yang tengah bercelup makan satay dan nasi impit tu adalah daddy aku.

Gambar nie di ambil kat rumah kazen aku sebelah daddy, Kak Da tokei emas... Kalau nak tahu harga emas naik ke turun, aku call je Kak Da nih.


Yang nie pun gambar masa raya pose hari tu. Aku adalah sopan sebab pakai legging. Tak elok plak pakai skirt camtu je sebab nak pergi ke rumah kazen aku, Lily Mazrina. Nak tolong diorang buat persiapan terakhir sebab abang Rina, Saiful nak kawen.



Gambar nie diambil kat rumah Kak Da gak... Aku tak ingat langsung pasal gambar nie... Tengok rumah tokey emas. Semua barang dari vantage... Langsir, pinggan mangkuk sampailah ke kerusi.



Pic nie mase raya jugak. Aku dan Baby Fifi. Time nie baby Fifi tak nakal lagi macam sekarang...

Jangan memandai nak cakap betis aku besor... *tapi memang besor pun.


Ni kat rumah Ma, aunty aku sebelah mummy...Tokey Carpet kat Maimai Carpet Sdn. Bhd. Jutawan neh... Mase nih kitorang lepak kat dry kitchen rumah dia. Dry kitchen nie pun lebih besar dari ruang tamu aku kat vista tuh... Aunty aku yang sorang nih memang kaya....

Anak-anak dia sume laki dan still single. Nak ngorat bleh. Email aku dulu, okeh. Attach resume sekali.

Yang pakai baju hitam tu, abang aku. Abang Yu. Sporting dan kurus cekeding.. Hahaha... *mati aku kalau dia baca entri nih.


Yang ini Amisha Arieana. Anak bongsu Abang Yu,,, anak sedara aku. Gedik semacam je aku tengok... Haihh... kecik-kecik pun gedik. Bile dah besar nanti, lagiiii la gedik agaknye... Lately dia manja dengan aku. Mungkin rindu kot sebab aku jarang balik. Setahun 2 kali je aku balik kampung.



Yang nie plak Alyssa Adriena, anak sulung Abang Yu. Cerdik + comel. Tapi degil skit. Budak-budak. Biase laaa... Manja gak dengan aku. Gedik macam Angah dia gak. *Angah = aku la...


Yang nie plak Nur Alia Shahirah, anak sulung Kak Long. Kecik-kecik dah pakai barang berjenama. Tengok kasut dia, Guess tu. Gedik jugak. Agaknye anak-anak sedara aku nih mewarisi sifat gedik aku kott...

Ader gaya macam Kajol dalam filem Kuch Kuch Hota Hai tak gambar di atas?

Ok, sekarang sesi gambar solo aku plak.... Gambar gedik haruslah ader... So, jangan meluat. Kalau meluat, jangan tengok. Kalau nak tengok, boleh. Tapi jangan mengada-ngada nak kutuk-kutuk aku.





Ini gambar masa raya pose gak. Ni kat rumah Mak dik Nab. Raya pertama.


Ni gambar kat rumah Kak Da. Raya kedua. Jangan zoom kat perut aku. Mase ni perut aku dah macam orang mengandung 3 bulan...


Yang nie lagi hampehh... Perut aku dah macam orang mengandung 6 bulan dah. Effect baju punye pasal...


Jangan gelak tengok bedak terlebih kat muke aku tuh. *padahal aku sendiri pun gelak...
Ntah macam mana aku make up sampaikan muke aku tu dah macam opera cina dah. Nasib baik tak pakai blusher dan lipstik merah.

Manusia bajet ayu, camnilah gayanye... Sawan kamera pun iye gak...


Ni kat luar rumah aku kat kampung. Shahril sempat lagi enterprem. Rosak keayuan aku...


Ni gambar last... Kat Sogo. Aku tak sedar plak mummy duk termenung kat blakang. Mummy tengah pikir ape tuuu?? Macam pk jauh jeee....
SEkian....



Wednesday, December 2, 2009

Balik KL daahhh

Wahhh.. malam nie aku marathon tulis blog. Amboi.. mentang-mentang laa dah ader broadband. ~ayat Wahida~

Kannn....

Dah 3 hari duk kat kampung. Hari ke-4 dah kena balik. Tak puas lagi menapak kat kampung tu. Nasibb...

Pagi, aku bangun awal. Plan nak pergi tempah baju. Pukul 9 pagi, pergi tempah baju dengan Kak Long dan Iwan. Pastu balik, makan, minum, lepak... Kemas-kemas barang.

Faras kata nak bertolak pukul 11. Aku yakin sesangat, mustahil dia datang pukul 11. Aku nie punyalah tunggu. Last-last dia sampai pukul 11.30pagi.

Salam-salam, cium-cium semua ahli keluarga pastu terus pergi. Amik Faridah plak. Pastu pergi rumah Faras kat Chendering.

Makan tengahari kat sana. Pukul 1 tengahari baru bertolak ke KL. Konvoi dengan abang Faras. Hujan lebat gile... Sejuk gile duk dalam kereta.

Dari Terengganu sampai la ke Kemaman, jalan ok je. Bile dah sampai kat Bukit Kuang, jalan jem teruk. Gile vavi nye teruk. Kereta tak bergerak langsung. Faras plak terdesak nak buang air. Last-last dia buat lampu emergency dan berhenti kat Petronas yang kebetulan dekat dengan jalan jem tu.

Setengah jam gak berhenti kat Petronas tu. Orang ramai nak guna toilet. Kena beratur. Aku malas nak keluar sebab hujan. Kang demam plak aku.

Sambung perjalanan.

2 jam stuck dalam jem. Mental tak??

Jem sebab jalan rosak. Tapi takkan la sampai berpuluh-puluh kilometer jem. Ingatkan accident ke, banjir ke... hape. Hampeh tul la... Jalan rosak pun, bukannye teruk sangat. Setakat berlubang kecik je. Pastu bukannye banyak pun. Sikit je... Tak paham la aku.

Lepas dari jem, Faras pecut.
Pernah Faras tak sedar, dia pecut 160km/j. Fuhhh... Ganas-ganas. Nasib baik tak melambung kereta nih.
Gambar muke berkarat wanita @ perempuan @ gadis ini memang wajib ada di dalam blog ini...
Sampai KL, singgah rumah Faras kejap sebab kereta dia dah berbau ikan kering. Pastu, kami ke Sentul Boulevard. A ajak kami makan sama-sama.
Ekceli, A nak pergi Vietnam selama sebulan. Diulang... SEBULAN!
Lama tu... Meroyan lah aku. Sebab tulah aku beli jugak broadband. Kalau ada masa terluang, kami akan chat sama-sama. Huhu...
Sebenarnye dari 2-3 hari lepas lagi aku rasa tak ada semangat. Kekasih hati akan berjauhan, siapa yang tak sedih kan...
Malam tu, aku tukar kereta. Faras akan hantar Faridah ke Kajang. A plak akan hantar aku balik Vista. Mula-mula plan nak balik Seremban. Tapi badan aku penat. So, tak jadi.
A bagi aku duit stok untuk sebulan masa dia tak ada. Aku nak nangis tapi ntahlah... Air mata tak keluar.
Sampai rumah pukul 10 malam. Terus online. Test broadband. Alhamdulillah, bleh guna. Terus layan online sampai lewat malam. Aku tak boleh tido sebab teringatkan A.

Balik kampung Day 3

Macam biase, aku akan bangun awal. Tapi tak buat kerja pun. Menu hari nie nasi minyak. Best tul kalu balik kampung. Dijamu dengan makanan yang best-best. Sebab tu badan aku tembam.

Lepak kat rumah sampai tengahari.

Hari nie plan jumpa kawan-kawan TERBAEKK aku. Sue, Inah dan Wahida. Opss... tertinggal sorang. Musa, hubby Inah.

Inah sekarang dah pregnant. 2 bulan. Tahniah, Inah!

Kitorang plan nak melawat Kak Siti yang baru je bersalin bulan lepas. Sementara tunggu Sue dan Inah sampai kat Ganu, aku dan Wahida jalan-jalan kat Giant dan Mydin Mall. Sambil-sambil tu cari broadband untuk aku. Aku desperate. Kena beli gak broadband on that day. Kalau tak, aku menyesal.

Kenapa?

Nanti aku cerita.

Hilang rindu aku jumpa kengkawan aku. Masing-masing still macam dulu. Sue montel dan cute, Wahida dah kurus, Inah dan aku je makin tembam. Inah tembam sebab pregnant, aku tembam sebab kuat makan. Huhuhu...

Jam 3.30 petang, berkumpul kat rumah Kak Siti. Kak Siti nie kawan kolej aku. Suami dia kebetulan sepupu mummy aku. Kirenye suami kak Siti nie pak sepupu aku la... Jadi aku dan Kak Siti dah jadi sedara bau-bau bacang gituu...

Anak Kak Siti perempuan. Kirenye baby tu dua pupu aku. Uikss... dekat lagi tu.

Umi kak Siti memang rapat dengan aku. Cium aku segala bagai. Dah macam mak aku sendiri dah. Tapi memang umi baik. Baik dengan semua orang.

Kitorang dijamu plak dengan makanan. Meriah tul. Padahal kitorang datang nak melawat je...

Sejam lebih gak duk kat sana. Pastu kami beredar.

Pergi KFC kat depan stesen bas Terengganu. Lepak kat situ sampai maghrib. Sembang-sembang, gelak-gelak. Memang happening. Yang peliknye, aku plak jadi tukang lawak. Asal aku cakap je, mesti diorang gelak. Padahal aku biase je.

Inah is totally different. She's become like ustazah. Huhuhu.... Dalam ramai-ramai aku je yang terang-terang nampak sesat. Tapi memang dari dulu aku sesat pun cume sekarang nie dah terpesong lagiii jauh.

Teruk aku kan? Huhuh... ~memang teruk ponnn...~

Pukul 7.30malam, masing-masing beredar. Sue nak balik Dungun. Inah dan Musa plak nak balik Marang. Aku dan Wahida plak sambung merayap. Hahaha....

Kitorang nak pergi cari broadband aku. Jalan-jalan cari broadband, akhirnya jumpa.

Alhamdulillah...

So, hajat aku dah tercapai. Pasni boleh lah berbroadbanding... Yes!

Balik kampung day 2

Hari nie aku bangun awal jugak atas sebab yang sama macam semalam. Baby Fifi buat bising. Nak tak nak, aku kena bangun jugak.

Hari nie Kak Ejam buat nasi lemak. Nasi lemak Kak Ejam memang TERsangatlah best. Tak muak makan nasi lemak dia walaupun dah berpuluh-puluh kali tambah.

Tak caye, acu try rase.

Aku just lepak kat rumah. Tak tahu nak buat apa. Balik-balik layan laptop sambil main dengan budak-budak.

Petang, aku dah janji dengan Suhairi (aku panggil dia Combi) nak pergi jenguk dia kat Taman Tamdun Islam. Dia kata kalau aku tak datang, dia taknak kawan dengan aku lagi. Ugutt tuuu...

So, dalam pukul 3.30 petang, aku pergi ke Taman Tamadun Islam. Shahril yang hantar aku kat sana. Adik aku nie memang boleh diharap skit.

Lepak-lepak, makan-makan, round-round dalam Taman secara free... Heaven tak? Jangan jeles k.

Round taman naik buggy. Best. Kawan baik aku, Zie dan adik dia, Sara pun join sekali. Besttt...

Dalam lama aku tak jejak kaki kat situ. Rindu gile woo...

Tapi aku ralat sebab banyak cerita tak best yang aku dengar dengan staff kat situ. Hmm... Masing-masing perasan betul dan ader sikap PhD. Memang susahlah, kannn...

Apepun, Zie dan Suhairi memang the BEST...

Layan gambar...


Ni aku laaa.... Kat entrance Taman Tamadun Islam.







Cantik Taman Tamadun Islam sekarang.
Rindu woo tempat nih. Kenangan yang paling aku tak boleh lupakan kat sini ialah....
Sejak aku bekerja kat sini, kulit aku makin rentung. Pakai la sunblock patploh lapis pun, still cuaca kat sini merentungkan kulit aku yang memang dah sedia rentung. ~apehal banyak sangat perkataan rentung nih...?~
Apepun, kije kat sini tak stress. Best jee.. Aku enjoy kerja kat sini.

Menyesal gak sebab berhenti. Kalau tak sure gaji aku dah naik. Hidup mewah aku kat sana. Yalah, gaji seribu kat sana macam 3ooo kat sini. Nak shopping, tak ader benda menarik kat sana. Sewa rumah, tak ada. Makan, free.... Gaji leh simpan je buat beli topup.
Suhairi hantar aku balik rumah pukul 6.30petang. Dia nie memang baik. Nakal tapi dia okey. Tahu batas berkawan dan tanggungjawab dia sebagai suami dan ayah kepada 2 orang anak.
Zie pun makin lawa aku tengok. Kulit muke dia, fuhhh..... licin. Tak ada jeragat mahupun jerawat. Cantik..... Dia still gile-gile macam dulu. Sukeee...
Hilang rindu aku kat diorang. Thanks Zie sebab bagi aku makan free. Hahaha...
And Suhairi, thanks sebab bawak aku ronda-ronda dalam taman. Rase macam VVIP lak. Hahaha...
Malam, layan astro dengan family. Tengok Sehati Berdannnnsaa....
Esok, ader lagi aktiviti. Jadual aku memang padat.