Monday, November 1, 2010

Tanda kasih sayang dari dia

Weken kali nie memang tak best sangat.


Why?


Sebab tak boleh ber aktiviti sangat...
Maklumlah hujan lebat dan ribut melanda.


Biasanya hari Sabtu mesti aku dan FZ akan ke TLL.
Tapi kali nie kitorang tak jejak pon kat sana.
Malah takde plan pon nak kesana.
Bukan sebab dah bosan main wau okeh.

Pagi hari Sabtu, aku bangun lewat.
Pukul 12 gitu laaa.
Dah lama betul tak bangun lewat.

Cume pagi tu FZ datang rumah aku hantar breakfast.
Dia belikan aku nasi lemak lauk kerang.
Pergghhh... best betul nasi lemak tu.
Tambah plak aku makan dengan keropok keping.
Lagi naik selera aku.

Sebenarnya masa mummy aku datang 2 minggu lepas, aku de kirim barang-barang sikit.
Aku kirim keropok keping, keropok lekor losong, cili giling (cili giling KL tak best sangat. Masam je lebih. Ader tu terlalu pedas) dan baju-baju kurung sikit.

Aku makan nasi lemak, sms FZ kejap, pastu tido balik.
Kul 12, aku bangun, mandi-mandi dan siap-siap.

Kitorang plan pergi ke AmCorp Mall je.
Sebenarnya aku nak baiki lappy aku tuh.
Lappy aku tuh OKU.
Dia bisu.
Langsung takleh kuarkan sound.


So, aku carilah external speaker untuk lappy kesayangan aku tuh.
Akhirnya lappy aku boleh bersuara semula.
Now bila lepak dengan FZ, confirm kena selalu bawak lappy sebab kitorang leh tengok movie.
So, pasni aku dengan FZ akan kurang pergi tengok wayang.
Jimat la sikit.


Ahad, aku bangun awal.
Aku dan FZ dah buat appointment dengan tukang urut.
Aku nak berurut seluruh badan.

Lately badan aku kerap masuk angin.
Tengah syok buat kerja kat opis, urut-urat tangan aku timbul.
Pastu badan mula rasa lemah-lemah.
Kadang-kadang aku rasa badan aku rasa berat semacam.
Benda-benda macam nie buat aku rasa cepat penat.

Kadang-kadang aku suruh FZ urutkan belakang aku.
Kat tulang belikat tuh..
Banyak gile angin.

Jadi, pagi tu aku dan FZ pergi ke Pantai Dalam.
Tukang urut tuh duk kat situ.

Tukang urut tuh muda lagi.
Baru 37tahun.
Opcos la pompuan.
FZ takkan kasi aku berurut dengan lelaki.

Nampak badan tukang urut tuh kecik je.
Comel okeh.
Rupa-rupanya tenaga dia mengalahkan lelaki.
FZ urut aku takdelah sesakit dia.

Terjerit-jerit aku dibuatnya.
Tuhan je yang tahu.
FZ yang duk kat luar bilik pon dengar suara aku menjerit.

Tukang urut tu cakap urat-urat pinggang aku teruk.
Tapi dia dah betulkan.

Urat lain okey cume masuk angin.
Itu kata dialah.

Nama tukang urut tuh Hamiza.
Aku panggil dia Kak Miza.
Dia nie orang Jawa.
Dah kawin dan beranak 4.
Tapi dia punya body, macam budak lepasan sekolah.
Kecik je.
Tak caya aku umur dia dah 37tahun.

Nak tengok tanda kasih sayang Kak Miza kat aku?









Sakitt owhhh...

Dia urut aku dekat 2 jam.
Lama, kannn...
Dia urut 1 tubuh aku.

Akak nie peramah.
Banyak cakap.
Sambil berurut tu, kitorang sembang-sembang.

Kesian FZ terpaksa tunggu aku 2 jam.
Sampai dia naik mengantuk.

Habis berurut, FZ bawak aku pergi makan kat PJ.
Aroshi Bistro.

Selesai makan, FZ hantar aku balik rumah.
Dia suruh aku rehat.

Owh, aku tak boleh mandi sampai pukul 5 petang.
Katanya untuk elakkan angin masuk balik.
That's why la FZ hantar aku balik rumah.
Kalau tak, kitorang plan nak tengok wayang.
Ishhh... Terus cancel program.

Balik rumah, aku terus tido.
Lenguh-lenguh badan aku.
Aku bangun pukul 4.30 petang.

Aku bersiap-siap nak masak untuk FZ.
Dah lama sangat aku tak masak untuk dia.
Kesian plak asik nak makan kat luar je.
Pokai jugak dia.

Selesai masak, mandi-mandi then turun pergi ke kolam.

Owh, tubuh aku nie takde orang boleh sentuh buat sementara waktu.
Masih sakit-sakit.
Semalam masa FZ nak hantar aku balik depan rumah, dia nak pegang pinggang aku pon tak boleh.
Sakit sangat.

Dalam masa 4-5 bulan akan datang, aku kena pergi berurut lagi.
Ouch, duit laagiii...

No comments: