Tuesday, November 2, 2010

Tugas-tugas setiausaha

Korang dah sedia maklum kan aku nie kije sebagai setiausaha.
Kuli bos jek..

Orang kata jadi setiausaha nie kena pandai bodek bos.
Nanti bos makin suke kat kita.

Owh, aku tak suke bodek-bodek.
Kalau korang tak caye, korang tanya bos aku sendirik.
Aku tak pernah sekali pon bodek dia.
Nak kipas-kipas bos nie bukan kerja aku yee...
Tak reti.

Aku bersyukur sebab aku dapat bos yang baik, tak lokek dan sangat memahami.
Korang bayangkanlah masa aku nangis-nangis sebab gaduh dengan FZ hari tu, bos aku benarkan aku balik dan tenangkan fikiran kat rumah.
Padahal masa tu baru pukul 10.30pagi.
Bos ko ado macam nie?

Setiap kali aku period pain, bos aku senang-senang je luluskan mc.
Pastu masa aku single-single dulu, bos aku sibuk carikan jodoh untuk aku.
Hahahah... siot je bos aku nie.

Time aku takde duit, dia akan hulur sikit-sikit.
Kalau aku settlekan kerja cepat-cepat pon, dia akan hulur duit gak.
Bukan sikit.
Kadang-kadang RM10 okeh.

Patutlah rezeki dia makin bertambah-tambah.
Orang kedekut, rezeki liat sikit nak masuk.
Tapi bos aku nie rezeki mencurah-curah.

Ok, dah cukup cerita pasal bos kesayangan aku.
La nie kita cerita pasal tugas-tugas sebagai setiausaha.

Seperti yang kita tahu (waahhh, gile skema ayat!), jawatan setiausaha di conquer oleh perempuan.
Ada jugak setiausaha lelaki tapi tak ramai.
Setiausaha haruslah kelihatan cantik dan kemas.
Tak semestinya wajah harus jelita ye.
Wajah cantik tapi kualiti kerja out, nak buat apa?

Ok, sini aku nak berkongsi tugas-tugas setiausaha.

1) Datang awal daripada bos dan balik lewat daripada bos.
- Semestinya kerana kita akan pastikan bilik bos sentiasa kemas dan teratur bila dia datang awal pagi dan memastikan semua barang berada di tempatnya ketika bos balik. Dan jugak kita selalu ada untuk bos bila dia perlukan bantuan kita.
*AKU* - Tak susah nak jaga bos aku. Bilik dia, dia yang kemaskan sendiri. Dan bos aku datang awal. Pukul 7 pagi dia dah terpacak kat opis. Aku plak kul 8.30 tepat-tepat barulah nampak muka. Ape kejadahnnya aku nak datang awal dari bos aku? Takkan lah aku nak datang pukul 6.30 kot? Balik pun sama. Sharp pukul 5.30petang, aku dah blah. Bos ader ke takde ke, aku tetap balik... Nak tahu kenapa aku berani buat macam tu? Sebab masa mula-mula kerja dulu, bos aku cakap :-

"Nur, pukul 5.30 je, awak boleh terus balik. Tak payah tunggu saya. Nanti kita kena tangkap berdua, susah pulak."

Seeeeeee.... Aku suke statement dia okeh! Hakhak..

2) Buatkan minuman untuk bos di awal pagi, ketika bos ada tetamu dan masa-masa diperlukan.
- Setiausaha memang KENA PANDAI buat air. At least teh dan kopi.
*AKU* - Masa mula-mula kerja dulu, bos pernahlah suruh aku buatkan air untuk dia. Tapi aku punya gabra sampaikan kopi tu rase pahit sangat-sangat. Dia tak komplen tau. Cuma dia cakap,

"Pahit, Nur."

Hahahaha... Sejak tu dia dah tak suruh aku buat air lagi dah.
Cuma kadang-kadang aku buatkan air teh untuk dia.
Diulang, KADANG-KADANG.

3) Sentiasa memberi pertolongan kepada bos bila dia memerlukan.
- Setiausaha harus tahu banyak perkara so that boleh tolong bos dalam apa juga masalah yang dia hadapi.
*AKU*- Bos aku tak banyak songeh. Dia jarang mintak tolong dari aku. Kalau ader pun, bila dia ada masalah dengan mirc.word. Itupun jarang-jarang sekali.

4) Menjawab panggilan telefon.
- Mesti jawab telefon untuk bos. Kena tahu dulu siapa yang call before pass the call to boss. Takut ada orang yang kacau bos pulak, kannn... Itonasi suara mesti lembut dan ala-ala ramah gitu. Jangan buat terlebih ramah pulak. Tanya dengan cara yang lembut.
*Aku* - Part nie memang aku selalu malas. Tak suke dengar telefon berdering. Hadoiii... Aku leh migrain bile selalu dengar bunyi telefon. Bos aku pun sama. Dia sebenarnya tak suke sangat orang call dia. Dia malas nak jawab. Nak dial nombor phone orang pun dia malas.




Muke mesti manis macam nie bila jawab call ye...

5) Simpan dokumen penting & hal-hal peribadi bos.
- Sebagai setiausaha, kitalah orang yang paling banyak tahu hal-hal mengenai bos. So, kena simpan elok-elok. Jangan kasi pecah. Nanti kena buang kerja!
*Aku* - Bos aku takde rahsia. Apa yang aku tahu, semua staff dia tahu. So, aku takyah susah-susah nak simpan segala rahsia mak datuk nenek dia. Alhamdulillah, bos aku ni baik orangnya. DAN BERTERUS-TERANG.

6) Menjalinkan hubungan & melayan dengan baik dengan tetamu-tetamu bos.
- Bukan bermaksud menjadikan tetamu bos as a scandal okeh! Jangan salah paham. Maksudnya melayan dengan baik. Kenalah jaga nama baik bos, kan? Takkan nak layan acuh tak acuh je tetamu bos tu. Lainlah kalau tetamu tu gatal.
*AKU*- Setakat ni Alhamdulillah. Hubungan aku dengan tetamu-tetamu bos berjalan dengan baik. Bos aku nie banyak deal dengan orang atasan.

7) Mengendalikan jadual dan masa bos dengan baik.
- Namanya bos, kan? Mestilah dia selalu kena attend meeting situ sini. So, kita sebagai setiausaha perlu manage jadual bos dengan baik. Jangan sampai kita buat bos tergesa-gesa nak pergi meeting situ sini. Bos pun perlu rehat jugak.
*AKU* - Setakat nie bos aku tak banyak sangat pergi meeting. Bos aku memang suke berkurung dalam bilik dia dan buat kerja sendiri. So, jadual dia tak la pack sangat. Senang untuk arrange meeting untuk dia. Dia banyak masa free.

8) Menyediakan minit mesyuarat.
- Ini WAJIB. Semua setiausaha harus pandai dan lancar menaip dan menulis. Menulis mesti laju okeh. Boleh je gune recorder masa meeting tu. Tapi nampak macam tak pro laaa...
*AKU* - Aku selalu kena buat minit mesyuarat. Jenuh okeh. Tapi aku dapat bantuan dari opismate aku. Memang kena pandai gune short form dan menulis mesti laju. Kalau tak, mesti tak dapat tangkap point-point penting. Sambil menulis, sambil mendengar. Susah oooo...

Setakat ini itu je la tugas aku untuk bos.
Yang lain tu aku tak tahu sangat.

Mungkin setiausaha lain kena ikut bos pergi outstation laa...
Booking tiket flight bos laaa...
Ikut bos 24jam laaa...
Aku tak kena buat semua tu.

Apapun aku bersyukur sebab dapat bos macam bos aku sekarang.
Boleh dikatakan bos aku nie sangat sangat sangaaatttt memahami.
Tapi.......... . . . . tahun depan kemungkinan aku dapat bos baru.
Owh, bukan kemungkinan...
Tapi dah confirm!
Huhuhu...

Takut nak dapat bos baru. :-(

1 comment:

Anonymous said...

Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.