Tuesday, January 26, 2010

Kasih? Apa yang nak dikisahkan??

Ari tu aku bagitau korang yang aku nie sikiiitttt lagi nak jadi gile sampaikan nak kena jumpa kaunselor bagai. Tapi siyes dowhh... aku tertekan gile-gile time tu.

Tapi itulah orang cakap, alah bisa tegar biase.

Lama-lama hati aku nie dah terubat sikit-sikit. Kalu dulu aku tak suke kije berlambak kat opis, tapi sekarang neh aku jadi suke plak. Bos suh aku datang opis awal sikit dari biase pun, aku dah tak kisah. Lagi sibuk lagiii bagus.

Sebab ape??

Sebab aku nak lupakan kisah-kisah pahit aku. Bile banyak kerja, aku akan concentrate pada kerja. So, aku takde masa nak layan perasaan.

Pastu kalu weken plak, aku jumpe kengkawan. Hilang la stress aku jumpe kengkawan yang sekepala. Kengkawan Ganu aku neh gile-gile skett. Tu yang buat aku jadi hepi tu. Gelak je manjang bile dengan kitorang.

Oppss... ader yang suruh aku cari orang lain. Ok-ok, aku memang sedang mencari.

At the age of 25, aku memang struggle. Tapi orang kata, kalau ada jodoh tak kemana, kan?

Now, bukannya takde orang yang tengah usha aku. Aderr.. Aku layan gitu-gitu je la. Malas nak bersungguh-sungguh. Takut kecewa lagi...

Aku malas nak amik kisah sangat tentang kasih kekasih nie. Yang penting aku happy dengan kengkawan yang selalu buat aku happy dan family yang selalu support aku.

No man, woman cry
No woman, man die!

Tak gituu??

*saja nak update. bosan la malam nie... takde ape nak buat...

Monday, January 25, 2010

Berjimba lagi

Macam dah jadi rutin. Asal ari ahad je, mesti aku, Faras dan Faridah akan jumpe and hang out sama-sama.

Gini ceritanya dari awal.

Ari ahad yang indah (sebab tak kije. Indah la, kan? Cuba kalau ari kije, indah kee??) aku dan Faras bangun pukul 9 pagi. Sembang-sembang, pastu sambung tido balik. Memang kitorang nih kaki tido.

Bangun balik pukul 12. Mamat tuh datang lagi dalam mimpi aku! Setan tak?? Saje je nak bagi aku jadi gile.

Pastu aku turun bawah layan tv. Melodi. Takde cerita hangat lagi hangit pun. Biase-biase je... Pastu kitorang masak.

Errr... kitorang??

Faras jadi assistant aku je. Aku yang masak semua. Terror gak la aku masak ek? Hehehe... kenyataan gile perasan.

Aku buat kueh teow goreng. Serius, aku dah bertahun-tahun tak buat kueh teow goreng. Dah 2-3tahun jugak la since aku dah datang KL dan kije kat TTi dulu.

Aku masak cincai-cincai je...


Cincai-cincai pun, sedappp bro! Serius....

Lepas makan, rehat jap. Aku layan Nona. Pastu cerita melayu lama, suliman kera. Ntah ape maksud tajuk tu pun aku tak tahu.

Faras naik atas, tido. Aku plak duk sembang dengan akak serumah Faras yang baru balik dari jalan-jalan. Baik akak tu. Cantik plak tuuu tapi tak kawin lagi walaupun dah 30 tahun umonye.
Pukul 4 petang, aku bersiap-siap. Faras pun sama. Kitorang pergi Kajang sebab nak amik Faridah atau nama glamournye Fery.


Dalam kereta pun sempat amik gambar.

Lepas amik Faridah, kitorang pergi The Mines. Plan nak main boling. Bf Fery pun join sekali. Untung Fery dapat bf ensem lagi setia. Huhuhu...

Seperti biasa lah... Aku nie juara bertahan. Aku dapat mata tertinggi 140 meninggalkan bf Fery nama Firdaus dengan mata 85, kemudian Fery 84 mata, dan yang last Faras dengan 74 mata. -Aku nie ader gaya macam pembaca berita sukan tak? Hehehe...

Habis main boling, kitorang pergi makan. Menggeletar tangan Faras sebab lapar. Hahah... Sian dia.

Pastu dalam pukul 9 lebih malam, barulah hantar Fery balik. Pastu Faras hantar aku balik vista. Aku layan internet jap. Internet tengah bengong!!!! @#$%^!%^&$!!!! Panas betul hati aku.

Then, tido je la jawabnye.......

Mamat tuh datang lagi dalam mimpi aku!! Ape ntah yang dia nak, aku pun tak pasti. Ngaco tido aku je... Haihhh...

Suka-suka lama-lama jadi duka pastu jadi suka balik...

Mengong tak tajuk aku kat atas tuh?

Tajuk aku tuh lebih kurang macam kepala otak aku sekarang la... kepala otak tengah mengong. Huhuhu...

Kan aku stay kat rumah Faras. So, pagi hari Sabtu tu, aku just lepak je kat rumah sebab Faras kije separuh hari. Omputih kata half day.

Aku layan la citer hindustan kejap. Pastu Faras balik.

Rehat-rehat, tunggu aku mandi, pastu kitorang keluar. Lagipun perut memasing dah lapar sangat. Singgah makan kat Restoran Sri Ketapang. Aku tak sure area mana.

Pastu kitorang pergi ke Cineleisure. Plan nak tengok wayang tapi tak tahu citer apa. Last-last decide tengok cerita Adnan Sempit.

Sementara tunggu waktu tayangan, aku dengan Faras pergi karaoke dulu. Saja la kan. Kate stresss... So, kenalah buat benda-benda yang boleh hilangkan stress...





Aku nie punyalah melalak sampai melompat-lompat dan menari-nari sampai tak sedar de 2 orang mamat tengah tengok dari belakang. @#%^$!&!!

Bile dah habis nyanyi, aku dengan Faras terus berlari pergi ke cinema. Dah lewat 10 minit dari tayangan. Tapi kitorang datang tepat pada masanya. Kitorang duduk je, terus filem tu start.

Macam blogger-blogger lain yang lebih awal tengok filem nih yang kata filem nih best, aku pun setuju. Memang tak kering gusi la... Nak-nak bile si Adnan ni speaking English. Kelakar siott...

Reunion jadi Reniuwen
Dato', selamba dia panggil pakcik.
Banana fruits two times.... yang nie memang tak boleh blah.

Yang lawak lagi, pakcik yang suke karaoke kat cafe uncle si Adnan nih. Cam siott je... Karaoke pakai kain pelikat. Hahahaha... Rasa cam nak tergolek je gelakkan dia.

Habis tengok wayang, kitorang ada misi lain plak. Cari boyfren Faras. Faras buat frenfinder, bf dia ada di UK Perdana. Faras syak bf dia ada kat rumah bos dia.

Tekaan Faras betul. Dari pukul 6.30petang kitorang tunggu bf dia keluar tapi sampai kul 7.30 tak keluar-keluar gak dari rumah bos dia. Last-last aku amik hp Faras dan send kat mesej kat bf dia tuh. Lama jugak. Pastu aku call. Barulahhh keluar.

Aku keluar dari kereta dan biarkan Faras dengan bf dia discuss. Aku paham. Masalah pakwe makwe nie memang orang luar takleh dengar. Peribadiii...

20minit la kot dioang discuss. Letih aku duk merayau-rayau kat luar tuh. Berdiri je... Huhuhu... Sian kan?

So, settle masalah Faras. Dia dah berbaik dengan bf dia. Alhamdulillah. Ni la orang kata. Suke-suke lama2 jadi duka. Pastu suke balik sebab dah berbaik dengan bf. Hehehe...


Gambar neh aku amik kat puncak bukit Ukay Perdana. Dari kawasan ni, leh nampak nun jauh kawasan KL... Cantikkk...

Pastu terus blah dari kawasan tu sebab kawasan tu dah jadi sunyi semacam.

Kitorang singgah jap kat kedai runcit Gombak. Beli bahan-bahan mentah untuk memasak. Malam ni kitorang bercadang nak masak nasi dengan kuah sardin. Dah lama sangat aku tak makan sardin neh.





Motipp gambar adalah untuk menunjukkan kepakaran aku masak sardin walaupun dah bertahun tak masak. Huhuh...
Motipp??
Ok la. Sekian saja kali nih. Chow!

Lepaking dalam ke "Stress" an

Rosak bahasa Melayu aku kerjakan. Huhuhu... Sori ya. Disengajakan. Huhuu...

Ari Jumaat tuh kan aku stress. Stress sesangat. Kije yang berlambak macam joget lambak. Pastu stress pasal kehidupan peribadi aku lagiii. Sikittt lagi aku nak jadi gile. Kalau aku jadi gile, sure aku tak update blog lagi dah.

Melalut la plak.

Ok, alkisahnya. Tengah aku syok buat kerja ari Jumaat tuh, Faras bagi mesej. Ajak aku tido rumah dia weekend nih. Memandangkan aku pun bosan, aku pun setuju je la. Plus Huda, budak baru rumah aku neh balik kampung sebab atuk dia meninggal. Innalillah....

Kak Aiza plak ader kursus kat Langkawi. Aku plak ingat Ira balik kampung. Rupa-rupanya tak.

Takpe. Sebab dah janji dengan Faras, aku pun bersiap-siap 1 bag penuh dengan pakaian. Padahal nak duk sana 2 hari jee...

Jam 10 lebih malam, Faras datang amik aku. Then, kitorang lepak kat Dataran Merdeka. Saja usha-usha orang kat sana.

Well, benda nih dah lama sangat aku tinggalkan. Dah bertahun-tahun aku tak lepak sesaja, tunggu orang datang mengorat.... Hahahah...

Tapi siyes dowhhh...

Ramai gak la yang datang usha-usha aku dengan Faras. Ada yang naik Waja, Estima... Siap mintak no phone lagi. Cume kitorang je jual mahal. Tak kasi no phone. Ekceli, tengah-tengah stress macam nie membuatkan keinginan aku untuk berkenalan tu agak berkurangan.

Faras pun stress gak. Dia pun bergaduh dengan boyfren dier. Macam-macam hal la lelaki neh. Datang bila nak, pergi bile tak nak. Sesuke hati je. Sepak kang! (Eh, ter emo plak. hehehe...)

Layanzz gambar jap. Gambar aku je la...




Bibirku tersenyum tapi dalam hati, terluka hanya Tuhan sajork yang tahu. (ayat tak leh blah!)

Lepak kat situ sampai pukul 11.45 malam. Pastu kitorang balik rumah Faras kat Gombak. Sembang-sembang, sesi luahan perasaan tu semestinya ada.... Pastu kitorang tido...

Terganggu jap tido aku bile aku mimpi MAMAT tuh. @#$!^%&*!!! Haisyooo... Tak suke... Kenapa dia harus muncul dalam mimpi aku gak??? Haihhhh... Mencikkkkk!

Thursday, January 21, 2010

Paranoid

"I tak tahu mana perginya Nuradiana yang dulu; Nuradiana yang ambitious, yang ada semangat. Nuradiana sekarang lebih suka mengeluh dan tak ada semangat. Sikit-sikit haihh... uhh... hmm..."

"U ada 50 tahun lagi nak hidup. U tahu tak 50 tahun tu lama mana? Diri u ada dua. 1 side, Diana yang panaroid, yang ada negative thinking, yang emo, yang sensitif. The other side, Diana yang ambitious, yang ada semangat, yang happy, yang selalu tersengih... Tapi sekarang nie Diana yang pertama tu sedang hidup dalam diri u sedangkan Diana yang kedua tu dah mati..."

--------------------------------------------------------------------

Aku akui memang aku paranoid.

Sebab?

Apa yang aku alami sejak umur aku 19thn sampailah sekarang, dah buat jiwa dan hati aku "rosak".

Kekecewaan, penderitaan, kekesalan, ketakutan, semuanya beraja dalam jiwa aku dari dulu sampai sekarang.

I need to see counselor...

Wednesday, January 20, 2010

Menu lunch hari nie

Diet ku sudah ke CHINA. Hahaha...

Sekian lama aku tak berapa ada mood nak makan nasi. Asal makan nasi je, mesti tak habis. Mungkin saiz perut aku dah semakin kecik. Heheh...

Tapi tengahari tadi, macam biase la aku akan dating dengan Cik Puan Syarifah Atiqah, tuan punya blog http://redlife2love.blogspot.com.

Aku memang tak tahu apa aku nak makan. Mood nak makan nasi tu memang takde langsung. Minah indon yang bekerja kat gerai yang biase kami makan tu datang minta order.

Haihhh... pikir punya pikir, laju je aku jawab,

"Nasi putih, tomyam campur, telur dadar ngen ayam goreng..."

Gile tak menu untuk orang diet cam aku? Huhuhu...








Menu kat atas tuh nampak menyelerakan, bukan? Heheheh... Saje je aku tunjuk gambar makanan. Biar sesape yang baca blog nie (yang sedang diet), terliur. Hahahaha... Gile jaat kan aku?
So, malam tadi aku beli burger je tapi tak sempat makan sebab ader somebody yang ajak aku keluar.
Somebody? Sape tuh?
Hahahah... Biarlah rahsia, k.
Aku tengah online dengan dia kat kedai makan nih. Aku takleh lama-lama. Nanti dia marah plak sebab aku tak layan dia. Hehehe...
Chow... Adios!

Monday, January 18, 2010

Alamanda

Hari Sabtu, aku jadi Nirmala Bonat. Kemas bilik (tapi still bersepah lagi. hahaha). Sampai aku selsema kejap. Aku nie ader penyakit resdung. Aku alah pada debu. Kalau bab-bab makanan laut tu, aku ok je... Takde alahan pon.

Seharian duk kat rumah, memang membosankan. Internet pulak wenggg tetibe. Sakit jiwa aku kejap. Nak layan youtube pun, tak boleh. Last-last aku makan tido, makan tido.

Hari Ahad pun sama. Tapi internet ok sikit. So, aku layan citer hantu, "The haunting". Best gile citer ni. I try to find this movie quite some time tapi akhirnya jumpe jugak. Huhuhu...

Hari Ahad pun sama. Pagi, tak tahu nak buat apa. Layan facebook je kejap.

Tahap kebosanan dah berada di tahap maksima. So, aku ajak Faras dan Faridah kuar jalan-jalan. Nasib baik orang berdua free.



Kitorang ke Alamanda Putrajaya. Saje je la round-round kat dalam tuh. Aku jarang datang sini. Tapi kat situ tak ada apapun. 1 jam jalan-jalan, dah habis 1 alamanda aku round.

Pastu kitorang pegi makan kat gerai mana ntah. Gerai takde nama kot. Kat tepi jalan. Sedap gak la masakan dia.

Lately aku memang tak habis makan sepinggan nasi. Mesti separuh je aku makan. Kalau dulu, dua pinggan pun aku leh balun. Macam alien makan pun ader...

Tapi bagus jugak. Aku boleh la kuruskan badan yang dah gemuk gedempol nih. Masa balik raya haji ari tuh, ramai yang tegor aku gemuk. Haihhh... teruk tul.

So, inilah peluang keemasan untuk aku kuruskan badan. Nak la aku rasa berat badan 48kg balik macam dulu. Agak-agak ada peluang tak? Huhuhu...

Tapi apapun, usaha tu tangga kejayaan, kan? Ye ndak?

Wednesday, January 13, 2010

Temptation in love and life

Susahnya aku nak hadapi semua ni. Tapi kena hadapi jugak. Mujurlah selama ni aku dah ada banyak pengalaman. Jadi takdelah aku meroyan sangat. Tuhan dah buat hati aku nie makin keras, makin tabah dan makin tenang dalam menghadapi semua ni.

Life is just the same. Balik-balik itu je yang berlaku. Aku dah ubah cara aku, tapi the result is still the same. Takpe, mungkin belum sampai seru untuk aku lagi. I'll wait.


Aku tak tahu sama ada aku dah kena declare ataupun belum. Tapi aku rasa this is the right time. Tak perlulah aku nak sembunyi-sembunyi lagi. Atas nasihat kawan-kawan aku, better aku announce,


I'M SINGLE...


Why aku takleh get long dengan dia?


Banyak sebabnya. Dan aku fikir inilah keputusan yang terbaik untuk aku, dia, keluarga dia dan keluarga aku sendiri.


Kalau dilihat dari perjalanan hubungan kami, suka dan duka sama banyak peratusan. Suke 2-3 hari, pastu duka seminggu... Kerana sayang, aku still bersabar. Aku yakinkan dalam hati, pasti ada sinar menanti hubungan kami. Tapi sayang, dah setahun lebih aku menunggu, tapi still macam tu jugak.


Aku hargai setiap apa yang dia buat sampai aku tersenyum dan senang hati. Tapi disebalik semua tu hati aku still terluka. Depan aku, dia oklah. Tapi belakang aku?? Aku perempuan. Aku ader naluri yang kuat.


Hari tu dia pergi Vietnam. Jumpa ex-wife dia. Aku memang dah agak mesti ex-wife dia akan tanya tentang aku kat Dada.


Sangkaan aku betul. Dada sendiri yang beritahu aku. "Mama tak suka kat umi."


Ok, finelah. Patutlah budak tu makin kurang dengan aku sekarang. Rupanya ada yang menghasut. Yang aku geram, dia langsung tak fight for me! Ex-wife dier punyalah maki-maki aku kat sana, dia boleh buat diam. Penakut bini ke ape?

Depan mak bukan main lagi dia kata, "saya tak nak kacau, mak. Biarlah dia dengan hidup dia."


Habis sekarang nie, ko nak marah-marah, apesal?? Kalau ko nak balik kat bekas laki ko, silakan. Aku takkan menghalang. Lagipun korang dah ada anak-anak. Aku faham. Tapi kalau ini caranya, macam mana aku nak rasa redha? Dah la depan aku pun kau kurang ajar dengan bekas laki kau. Takde rasa hormat langsung.


Umur dah 30tahun lebih, tapi perangai macam budak-budak. Haihh...


Aku malas nak fight dengan BEKAS bini orang sebab biasanya orang macam nie selalu anggap diri tu betul... Plus dengan sikap si dia yang berdiam diri bila aku kena kutuk macam tu, aku rasa better aku undur diri. Aku dah tawar hati.


Better aku blah... Cari yang lain, boleh?


Banyak hal tentang dia yang aku tak boleh nak "masuk". Tak perlulah aku cerita kat sini. Biarlah aku dan kawan-kawan terapat je yang tahu.

Frust???


Memang aku frust. Macam tajuk lagu "Pelamin Anganku Musnah".


Aku memang mengimpikan untuk berkahwin dengan dia. Untuk hidup dengan dia selagi hayat dikandung badan. Tapi aku redha je lah. Mungkin ada yang lebih baik untuk aku walaupun aku sedar aku nie bukanlah baik sangat.




Kalau dulu hati aku nie macam Kristal. Sekali terjatuh, pecah. Bila nak dicantumkan balik, memang susah. Sebab tu bila aku frust je, mesti ada benda bodoh yang aku akan buat. Kalau tak caya, korang tanyalah kawan-kawan aku.

Tapi apa yang dah berlaku, aku jadikan pengajaran. Mungkin bila ada teman disisi, aku akan jadi happy. Aku tak boleh bersendirian sebab sure punye aku akan menangis.



Kusedar siapalah diri ini
bagaikan pipit disisimu
Dan kau merak kayangan
kutak di senangi
Kusapu air mata tanda perpisahan

Katakanlah, one day nanti aku berkahwin jugak dengan dia. Itu maknanya jodoh kami kuat. Tapi aku rasa tak kot... Dengan apa yang aku dah lalui sekarang, buat aku jadi serik. Bukan takde orang yang tunggu turn. Ramai... Tapi aku je yang taknak. Biarlah dulu...

Tuesday, January 12, 2010

Ini ke dinamakan LELAKI??? Huh!

KUALA LUMPUR: Menyayat hati apabila seorang isteri diseret suaminya sejauh beberapa meter dari kereta dinaiki hingga menyebabkan mangsa berlumuran darah tidak sedarkan diri selain mengalami gegaran otak.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 39, yang ditemui wartawan semalam berkata, kejadian malang yang menimpanya itu rentetan pelbagai bentuk penderaan mental dan fizikal yang dialaminya sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, suaminya yang juga seorang anggota tentera di Kem Batu Kentomen, Jalan Ipoh di sini sudah sekian lama bersikap dingin terhadap dirinya dan anak-anak selepas dipercayai menjalin hubungan intim dengan seorang gadis.

“Sikapnya itu menyebabkan saya mula mengesyaki suami menyembunyikan sesuatu apatah lagi selepas mendapati sikap anehnya yang kerap tidak berenggang dengan beg dibawa. Malah, empat telefon bimbit miliknya turut ‘pantang’ disentuh sesiapa.

“Namun, kesempatan ketika dia sedang lena tidur petang kelmarin, menyebabkan saya cuba memeriksa satu telefon bimbitnya sebelum menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) mencurigakan jam 8 malam,” katanya.

Bagaimanapun, tindakannya itu disedari suami yang kemudian memaki hamunnya.

“Tidak cukup dengan itu, suami saya menumbuk pintu almari hingga pecah menyebabkan anak-anak saya menjerit ketakutan kerana bimbang dicederakan,” katanya.

Katanya, suaminya kemudian mengunci pintu rumah sebelum beberapa minit kemudian membuka pintu dan terus menghamburkan kata-kata kesat kononnya dia sengaja ingin memalukannya kepada jiran.

“Suami saya kemudian bergegas menuju ke arah kereta sebelum saya mengekorinya dengan niat cuba untuk meredakan ketegangan berkenaan. Namun, sebaik saya cuba membuka pintu kenderaan dan masuk ke dalamnya, suami menekan minyak sekuat hati menyebabkan saya yang ketika itu masih memegang pintu kereta terheret sebelum terhumban jatuh ke atas jalan raya.

“Akibat kejadian itu, kepala saya terhantuk ke atas jalan hingga menyebabkan saya hampir pitam,” katanya.

Dia berkata, kejadian itu menyebabkan dahi, lengan kanan dan kakinya berdarah selain ubun kepalanya sakit akibat hentakan kuat.

“Saya tidak percaya suami tergamak melakukan perkara itu, malah langsung tidak berhenti menolong walaupun menyedari saya terpelanting selepas kereta terbabit dipecut laju.
“Dengan bantuan kakak dan ibu bapa mentua, saya dibawa mendapatkan rawatan kecemasan di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan di Balai Polis Jinjang jam 12.30 tengah malam semalam,” katanya.

Menurutnya, walaupun pemeriksaan X-Ray mendapati dia tidak cedera serius namun kesan kemalangan itu menyebabkan dia muntah selain mengalami rasa sakit pada seluruh tubuh.

“Ini bukan kali pertama saya diseksa berikutan sebelum ini mata saya pernah ditinju hingga lebam berdarah pada Aidiladha lalu di hadapan anak-anak hanya kerana kesilapan kecil. Sikap panas baran suami semakin menjadi-jadi sejak dua tahun lalu hingga langsung tidak mahu bertegur sapa dengan saya dan anak-anak.

“Jika ditanya, suami kerap mengherdik dan memberi alasan `saya lelaki dan saya boleh buat apa saya suka’ atau `awak jangan ambil tahu’. Pernah saya cuba mengambil hatinya namun kepala saya sebaliknya dihentak pada dinding rumah dan peti sejuk hingga bengkak,” katanya.
-----------------------------------------------------------------------------

Korang bengang tak baca artikel nie? Artikel nie aku copy paste dari harian metro online.

Tak tahu la sama ada aku jiwang terlebih ke atau memang kisah ni menyedihkan aku. Tapi memang apa yang dialami oleh wanita di atas sangatlah teruk. Menitik air mata aku, okeh! Dajal nye lelaki.

Ini ke LELAKI yang bernama suami??? Bila curang je, mulalah nak dera-dera bini. Ko tak pikir ke masa ko curang, ko dah dera perasaan bini ko? Pastu ko dera lagi secara fizikal... Ape jenis jantan ko nih?? Ini ke perangai kaum Nabi Adam yang diamanahkan untuk menjaga kaum Hawa???

Vavi betullah!!!

Masa ko kawin dulu, bini inilah yang ko duk tatang. Tapi bile bini ko dah tak cantik macam gf ko sekarang, ko mula buat dia macam sampah!

Banyak kesalahan yang ko dah buat kat family ko. Ko tak sedar ke? Haihhh... Ko memang jantan durjana!

Kesalahan pertama : Ko curang. Secara tak sengaja, ko dera bini ko secara mental. Ko ingat bini ko tak sakit hati ke ko buat dia macam nie???

Kesalahan kedua : Ko tak bertegur sapa dengan anak-anak ko. ~eh, ko ni bapak jenis hape hah??? Buat anak je reti. Jaga anak, ko taknak pulak. Tak bertanggungjawab langsung!

Kesalahan ketiga : Ko dera wife ko. ~ lelaki yang menaikkan tangan kat pompuan memang DAYUS! So, ko memang dayus lah!

Kesalahan keempat : Ko memang tak sedar diri. Cermin diri tu sikit! Ko kerja tentera je... Tapi impian tinggi. Nak kawen dua... Hohoho... Perangai macam ko nih memang tak layak jadi suami orang pon. Jadi manusia pun tak layak. Better ko jadi binatang!

Ko marah bini ko check sms ko. Tapi cuba bini ko pulak yang curang, pe perasaan ko? Sepatutnya bini ko yang heret ko dengan kereta sampai ko mamposs! Konek ko nie memang dah gatal sangat. Senang-senang kerat je biar tinggal separuh.

Kalaulah aku jadi hakim, nak je aku hukum kerat konek separuh. Biar padan muka. ~emo nih!~

Ko ingat ko lelaki, ko boleh buat apa yang ko suke???? Boleh blah la ko, jantan. Ko tak tahu lagi penangan wanita!

Monday, January 11, 2010

Baby Fifi





video

Tengok gelagat baby Fifi. Dah macam makcik-makcik dah. hehehe...

Marathon

Ari Jumaat, aku tido pukul 4 pagi. Ape kess??


Aku takleh tido. Panass... Pastu awal pagi Sabtu, Baby Fifi kejutkan aku. Sekali dia lempang pipi aku, terus aku terjaga. Terus aku tak jadi nak tido balik. Pelempang dia tu bisa, okeh.. Adehhh....

Mandi, makan dan bersiap-siap. Aku join mummy, daddy, Kak Long dan Alia ke Jalan TAR. Adik-adik, abang ipar dan Baby Fifi kena tinggal kat rumah.

Sehari suntuk duk kat sana. Dari pukul 10.30 pagi sampailah ke pkul 3 barulah sampai kat rumah.

Sampai rumah, makan + rehat kejap. Pastu adik-adik aku ajak pergi Bukit Bintang plak. Hadoiii... Aku baru je nak rehat.

Pukul 4 petang, aku keluar lagi. Naik komuter ke KL Sentral dan dari KL sentral tukar naik monorail.


Aku tengah tunggu komuter. Cuaca panas gile. Takde angin langsung.

Pergi ke Bukit Bintang Plaza dan Sungei Wang. Rasa cam nak patah kaki aku. Nasib baik la adik-adik aku nie tak banyak karenah. Shahril tolong bawak handbag aku, Iwan plak tolong bawak barang. Haihh... Lemah longlai kaki aku neh.

Duk kat sana sampai pukul 9 malam...

Sampai rumah, rehat jap. Makan malam... dan tengok tv. Layan carekarama jap. Pastu pukul 10 malam, keluar lagi...

Kali nie pergi ke Danau Kota plak.


Gambar aku dengan Shahril. Diambil sebelum pergi ke Danau Kota.


Gambar aku dengan Iwan.

Aku ingatkan aku larat la nak berjalan. Rupa-rupanya dah nak flat dah. Huhuhu... Aku berpaut je kat lengan Shahril. Rase cam pakwe makwe la plak.

Ah lantak ah! Bukannya sape pun. Adik aku gak. Rupa-rupanya malam tu manager opis aku ternampak aku kat sana. Aku memang tak perasan manager aku tuh. Hampess... Kantoi jap..

Pukul 12.30 malam, barulah kitorang balik. Bile sampai je rumah, aku terus terjongkang tidur. Penat seyyy...



Sekadar gambar hiasan. Gambar ini diambil ketika anak beranak aku duk berkumpul kat meja makan.

Mere Parewal

Mere Parewal? Ape tu? Bahasa ape lak yang Diana pakai neh?
Ha,kalu korang nak tahu inilah bahasa Hindi yang bermaksud KELUARGAKU.
Keluarga aku datang KL last Wednesday. Diorg menetap kat rumah Kak Long aku. Hari Jumaat memang aku plan nak ke sana. Tengahari Jumaat, adik aku call. Ajak aku pergi main boling kat MidValley.
Plan punya plan, balik opis terus aku ke MidValley. Penat tu jangan cakap la... Kije opis tu berlambak-lambak. Pastu kena entertain adik plak.
Sampai MidValley, terus ke Cosmic Bowl.

Ni la adik-adik aku. (Gambar 1 & 2). Terror gak diorang main boling. Aku je yang K.O.

Sebab aku penat. Lagipun dah lama sangat aku tak main boling. Skill pun dah hilang...


Tengok gaya masing-masing baling bola. Macam-macam gaya ader.

Habis main boling, aku ajak adik-adik aku pergi makan. Kesian gak kat diorang. Mesti lapar. Cari punya cari, kitorang decide makan kat McD je...


Ini adik aku - iwan. Single... Kije kat Aadk (Agensi dadah kebangsaan) Kemaman. Nak ngorat, leh. Heh.


Ini aku. Single gak KOT. Hahahaha... Nak ngorat, sila isi borang dulu yek.




Ini adik aku jugak - Shahril. Single gak. Nak ngorat dia pun boleh. Tapi minat awek stylo mylo cam dia gak.

Wednesday, January 6, 2010

Love...love...love...

Aku pinjam dari Kak Siti (housemate aku) beberape cd movie Korea. Aku jarang layan cerita Korea neh. Tapi oleh sebab aku kebosanan tahap gaban duk kat rumah, aku pinjam la cd-cd nih semua. Kak Siti neh memang tauke cd dalam rumah aku. Cd Korea sume dier ada. Sebut je movie apa.

Last week (citer nie dah lama sebenarnye. Tapi aku malas nak update), aku layan citer "Sky of Love", lakonan Haruma Miura (sebagai Hiro) dan Yui Aragaki (sebagai Mika). Sesape yang jiwang tuh, leh la tengok citer neh. Best jugak la... Boleh tangkap leleh, okeh.

Kisahnye Mika nie student pompuan yang cantik. Hiro plak jenis student yang agak nakal. Once, Mika kehilangan handset. Rupa-rupanya handset dia ada kat dalam library. Sejak dari itu, dia dapat panggil misteri dari SECRET. One day, diorang plan berjumpa kat sekolah. Rupa-rupanya SECRET tu adalah Hiro. Sejak tu lah, cinta diorang berputik sehinggalah Mika mengandung anak Hiro.

Hiro memang seorang lelaki yang bertanggungjawab. Dia plan nak kawen dengan Mika bila dah habis sekolah nanti. Tp one day, Mika keguguran sebab ditolak hingga jatuh oleh bekas girlfriend Hiro, Saki. Tapi cinta Mika dan Hiro tetap utuh. Satu hari, Hito meninggalkan Mika tanpa sebab. Puas Mika menghunbungi Hiro tapi selalunya orang lain yang akan jawab.`Sejak itulah Mika stop berkapel-kapel neh sehinggalah dia bertemu dengan Yu (lakonan Keisuke Koide) yang suke membuatkan Mika ketawa. Namun pada satu malam pada hari Christmas, Mika dapat tahu jawapan kenapa Hiro meninggalkannya.....

Nak tahu kenapa?

Korang tengok sendiri movie neh. Aku dapat tahu ader satu laman web yang tayang movie Korea. Klik disini



Tapi kan sebut pasal CINTA, apa sebenarnya maksud CINTA? Ada orang kata, CINTA itu indah. Ada plak orang kata CINTA itu menyakitkan. Mana satu yang betul neh?

Kalau cinta itu indah, kenapa ada orang sanggup bunuh diri kerana CINTA?

Dan kalau CINTA itu menyakitkan, kenapa orang berani untuk bercinta?

Tapi apapun, aku tabik springgg pada Shah Jehan yang sangat cintakan isterinya Mumtaz Mahal. Korang tahu tak apa maksud disebalik 4 tiang yang dibina di sekeliling Taj Mahal?

Aku tahu.. aku tahu... Aku kan dulu kije sebagai In-House Tour Guide kat Taman Tamadun Islam.

OK... Taing-tiang itu melambangkan 4 janji Shah Jehan terhadap Mumtaz Mahal sebelum Mumtaz meninggal dunia.

Janji pertama - Shah Jehan mesti membina 1 taj untuknya (Mumtaz Mahal)
Janji kedua - Shah Jehan harus berkahwin lain selepas kematiannya
Janji ketiga - Shah Jehan mesti menjaga anak-anak mereka dengan sebaik mungkin
Janji keempat - Shah Jehan mesti melawat makamnya disetiap "ulangtahun" kematiannya...

Shah Jehan memang amat sedih dengan kematian Mumtaz Mahal. Mumtaz adalah seorang isterinya yang sangat dicintainya.



Untung Mumtaz dapat husband macam Shah Jehan. Kan bagus kalau aku dapat lelaki macam Shah Jehan yang menyintai aku sepenuh hatinya... ~jangan nak berangan, Diana!

Sepanjang aku hidup bermacam-macam kisah cinta yang aku hadapi. Tapi kebanyakannye cinta monyet. Dan kebanyakan lelaki yang pernah menjadi teman aku ader yang dah kahwin, dah bertunang, nak bertunang dan nak kawin. Apapun, aku doakan yang terbaik untuk diorang semua.

Aku??

Tak tahulah bila. Bila tak berteman, sunyi. Bila berteman, menyakitkan hati. So, camno? Follow the flow??

Tapi umur aku dah 25tahun (terasa cam dah tua.. huhuhu...). Aku tak mintak lebih. Cukuplah sekadar dia menyintai aku sepenuh hatinya.

SEbabnya, bila dier cintakan aku, opcos la dia takkan buat perkara-perkara yang menyakitkan hati aku. Betul tak?




Bagi aku CINTA itu BUNGA... sebab ada bunga yang wangi, ader jugak bunga yang busuk. Ader bunga yang cantik, ada bunga yang hodoh. Ada bunga yang kembang mekar, ader bunga yang layu....

Aku mengandung dan ada anak sendiri!

Ini pengakuan berani aku! Yes, aku memang dah ada anak perempuan seorang.

Namanya Darisya. Kulit dia cerah sikit dari kulit aku yang itam neh. Dia suke ketawa bile orang agah dia. Persis aku yang suke tersenyum @ tersengih. Mata dia memang macam mata aku. Tapi bibir dia macam ayah dia. Comel sangat-sangat.

Mummy dan Daddy sangat sayangkan dia. Sepanjang aku dalam pantang, mummy dan daddy yang jaga Darisya.

Selepas melahirkan Darisya, aku hanya terlantar atas katil. Sakit la katakan... Muke aku pucat je... Seminggu gak duk kat hospital. Then, barulah leh kuar. Sepanjang seminggu duk kat hospital, aku tak pernah tengok Darisya.

Bila kat rumah, barulah aku leh tengok Darisya. Aku ambil dier dari pangkuan mummy. Aku cium dier banyak kali. Rindu. Anak kandung la katakan. Sure lah aku sayangkan dia.

Bayangkan baby baru berusia seminggu leh tersenyum bila tengok umi dia. Terharu sangat-sangat. Tak sangka dalam usia muda, aku dah jadi umi. Memang seronok tak terkata. Tambahan plak sepanjang aku sakit, orang-orang disekeliling aku tak pernah berkira nak tolong aku jaga Darisya.

Kasih sayang aku terhadap dia memang tak berbelah bagi. Tapi aku kesian kat Darisya. Kecik-kecik dah tak ada ayah. Tapi takpe... Aku akan jadi umi mu yang terbaik.

Bila waktu pantang aku dah habis dan kesihatan aku dah elok, aku dan Kak Long pergi shopping kat The Store Kuala Terengganu. Masa tu Darisya dah agak besar. Dia suke bermain dan ketawa terkekek-kekek.

Kat sana, aku belikan dia bermacam-macam barang mainan. Sure Darisya suke. Teddy bear, barbie... semua aku beli untuk anak kesayangan aku. Bila aku balik rumah, aku dengar bunyi bising.....

Tong...tong...tong.....!

Aku bukak mata perlahan-lahan. Tengok suasana gelap jee...

CEH! @#$%^&*&^%$%

Aku bermimpi rupenye tadi! Hampess gedebusshhh tul. Ingatkan betul-betul aku ada anak tadi. Bunyi bising tu sebab Ira sepak botol air yang tergolek atas lantai dalam bilik aku tuh.

Tapi serius, baby dalam mimpi aku tadi memang comel. Aktif... suke gelak.

Agaknye macam mana kalau mimpi tadi jadi kenyataan... Ngeri plak rasenya.

Monday, January 4, 2010

Misi Sony Vaio

Dah lama sesangat aku tak update blog nie. Dah penuh dengan sarang labah-labah dah... Haihhh, aku busy sesangat sekarang nih. Sampaikan kije opis pun aku bawak balik ke rumah. Maklumlah tahun baru... So, semangat pun baru lah... Konon-konon nak jadi pekerja cemerlang, gemilang dan terbilang... Haisyoo...

Benda yang aku nak cerita nie perkara lama... Dah berminggu-minggu dah. Aku nak upload tapi takde masa. Kdang-kadang bile ada semangat nak update blog, internet plak slow. Ader je halangan...

2minggu lepas, Abang Yu call aku. Pagi plak tuh. Nasib baik time tu aku sakit perut. So, aku bangun awal la.. Kalu aku sihat walafiat, sure tengah membuta lagi time tuh.

"Mu boleh dok tolong beli laptop sony vaio kat aku..."
"Hah? Err..."
"Aku tengok dalam youtube..."
"Err.. ok.. Tapi camne nak bagi? Tunggu daddy mari KL ke?"
"Eh, lama ngat tu. Mu pos..."
"Hah? Rosok kang..."
"Takpe. Mu pandai-pandai ah bungkus..."
"Adehhh..."

Abang Yu bagitahu aku ciri-ciri laptop yang dia nak. Banyak kali dia hantar mesej kat aku. Hari tu memang aku bosan. So, aku plan pergi ke MidValley sorang-sorang. Aku nak survey dulu laptop tu camne. Kalu bleh reserved kan dulu, aku reserve. Tak boleh beli dulu sebab Abang Yu belum masukkan duit dalam akaun aku.

Takpe, yang penting survey!

Survey punya survey, akhirnya aku berjaya jumpe laptop yang dikehendaki. Penat jugak... Deal punya deal, aku berjaya pujuk tuan kedai tu untuk kasi aku pouch dan mouse free. Aku pergi kat sony centre pun diorang tak kasi barang-barang free tuh. Ape punye kedekut daaa....

Aku bayar deposit RM500. Aku booking laptop tu dulu...

Keesokkannya, aku dan Kak Aiza pergi amik laptop tuh.

Tadaaa...


Kak Aiza yang anggun lagi menawan feeling-feeling jadi model mini laptop Sony Vaio... ~Cantekk la akak dalam pic nie... weee...~


Kaler brown... Susah nak dapt kaler nih. Kat Sony Centre MidValley pun ader kaler pink je...

Misi tamat. Sebenarnye aku tak reti sangat nak beli barang-barang camnie.. Tapi sebab abang kandung mintak tolong, so, sebagai adik yang baik lagi taat, aku redah jeee... Nasib baik semuanye mengikut spesifikasi yang Abang Yu nak. Kalau tak, sure aku kena maki. Huhuhu...