Tuesday, February 23, 2010

Kalau tak nak orang mengumpat, baik ko sembunyikan benda-benda yang berkaitan peribadi ko kat tempat lain

Ha, amik ko... Kan tajuk entri aku kali ni dah panjang...

Catat rekod untuk entri-entri blog aku. Tak pernah lagi aku buat tajuk panjang macam nie...

Adelah sorang "mamat" nih... Aku memang nyampah betul laa dengan dia. Bukan nyampah sikit tau,, tapi nyampah banyak.

Aku nie kalu bercakap memang kena straight to the point je. Malas dah nak kona-kona kat lain. Biar orang lain dan dia sendiri boleh paham.

Kan sekarang nie kannn zaman facebook dan twitter. Maka, dengan ini... masing-masing pun tayang la gambar masing-masing. Yang perempuan, tergedik-gedik. Yang lelaki plak kontrol hensem. Well, tak kisahlah, kan. Hak masing-masing.

Aku pun tergedik-gedik gak. Hak aku, gambar aku, muke aku... suke hati aku la kan? Well kalu korang nak mengumpat pun, ader aku kisah? Sikittt pun duit aku tak terjejas.

Berbalik kepada cerita asal, "mamat" nie perasan hensem. Tapi hak dier la kan nak perasan ke hape. Dia nie ada awek... Dia duk tayang-tayang gambar dia dengan awek dia kat Facebook. Siap dengan kata-kata bunga-bungaan lagi, "i lap u so strong" laaa.... " i miz u so much" laaa... Honey, bunny, kitty... and so on lah.

Watever la kan... Bukan aku jeles pun.

Yang menyakitkan hati aku nih bile aku jumpe dia last week. Depan kawan-kawan dia dowhhh dia tanya aku,

"Weh, Diana. Mu tahu tak siapa yang tunjuk gambar aku dengan awek aku dalam Facebook kat kengkawan?"

Cara dia tanya tu macam dia kata kat aku. Well, kenapa ko tak tanya kawan-kawan ko sendiri. Tapi memang kengkawan dia yang lain tu takde Facebook.

So, aku tanya dia balik, "Kenapa?"

"Semalam D ada usik-usik aku. Malu aku...", dengan nada bengangnya dia menjawab.

"Bukan aku ekk.. Aku tak tengok pun gambar-gambar ko kat dalam tu.."

Memang pun aku tak pernah tengok gambar dia. Buat apa nak tengok. Bukannya dia hensem pun. Kalau muke macam Salman Khan tu, nak jugak aku tengok.

"Habis tu, siapa? Geram sungguh aku! @#$%^ mulut #$%^&".

Dia duk kerling-kerling kat aku.

So wat? Mentang-mentang dalam ramai-ramai geng ko, aku sorang je yang ada Facebook, so itu bermakna aku lah yang tunjuk gambar ko dengan awek ko kat orang lain??

Memanglah soalan yang ko aturkan tu tak merujuk kat aku tapi gaya ko tanya tu seolah-olah ko memang tuduh aku...

Weiii, please laa... Dah ko tayang gambar korang kat dalam Facebook dan Twitter, sesape pun boleh tengok weiii. Dan of course dalam banyak-banyak gambar yang ko tayang, mesti ada yang mengutuk.

Kalau ko taknak orang lain kutuk atau amik tahu hal peribadi ko, ko tak payah la letak gambar-gambar tu... Tak susah kan?

Ini tak,.... Dah ko letak kat situ, pastu bile orang usik dan mengejek ko,,, ko nak marah-marah plak.

Grow up la, bro! Mature la sikit...

Ni sesuke hati je tuduh-tuduh aku. Aku tak ada masa laaa nak layan gambar-gambar tak semenggah ko tu. Nyampah aku, tau tak?

N.Y.A.M.P.A.H!!!

Lebih baik aku layan Farmville dari duk melayan gambar-gambar ko. At least boleh gak aku renovate ladang aku tuu... Lagi berfaedah..

*Err.. layan farmville tu kire berfaedah ke ek?

Friday, February 19, 2010

Mari terjah dalam rumah aku kat kampung pulak

Hari nie aku nak marathon update blog. Dah lama tak bukak blog nie. Tapi still ada orang yang stalk blog aku neh. So, untuk tidak menghampakan diorang semua, aku update la banyak-banyak.

Entri kali nih berkenaan rumah aku kat kampung pulak. Aku pernah buat entri nie kat blog lama aku but now aku nak buat kat blog ni plak.

Macam biase, entri macam nie akan dipenuhi dengan gambar-gambar. Explanation tetap akan diberikan tetapi se simple yang mungkin...

Zasssssss......


Yang ini ruang tamu utama. Ruang ni akan dibuka kepada orang-orang tertentu dan ketika ada majlis-majlis je... Kalau tak, takdenye nak bukak... Family aku sendiri pun jarang duduk kat area nih.


Ni salah 1 kabinet kat ruang tamu utama. Aku suke kabinet nih... Cantik...



Ni lampu siling kat ruang tamu utama...


Ni meja makan yang digunakn untuk event-event tertentu je... Bukan untuk kegunaan harian... Kalau masa hari raya, kuih muih akan diletakkan kat atas meja nie.



Salah 1 area dalam rumah aku. Dalam rumah aku nie memang banyak bunga kaca, tembaga dan kabinet kayu jati...





Ni living area. Tempat family aku lepak ramai-ramai...


Mummy aku memang suke tampal frame kat dinding... Kat situ ada gambar aku konvo, daddy terima anugerah dari Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan,,, gambar mummy dan daddy serta gambar wedding Abang Yu dan Kak Ejam.


Memang dalam rumah aku nih banyak gambar... Ini adalah rak kasut daddy aku..


Seee.. satu lagi bukti rumah ni banyak gambar...


Ni tv kat area menonton. TV nie biasenye diconquer oleh anak-anak sedara aku di siang hari sebab diorang nak tengok Cartoon Network dan Disney Channel. Jangan harap la korang leh tukar channel lain. Kang ader yang meraung.
Malam plak biasenye orang lelaki yang conquer sebab nak tengok bola. Kadang-kadang daddy aku bukak channel Zee tv sebab nak layan hindustan.
But now sejak ada Facebook nie, bola pun dah tak layan... Asyik=asyik duk depan laptop je kije. Tv dah tak laku...

Ni rak yang menempatkan koleksi cd dan dvd kitorang... 80% daripada cd dan dvd adalah filem-filem hindustan. Kami anak beranak memang peminat filem-filem hindustan yang tegar...



Ni antara koleksi cd dan dvd hindustan yang ader.... Sikitttt baru nih. Ader banyak lagiiii....



seeeee... sampai dah tersusun dah.



Ok, pegi ke bahagian dapur plak. Ni dry kitchen. Menempatkan almari menyimpan makanan dan meja makan harian. Tv kat belakang tu dah takleh pakai... Saje je la letak kat situ..


Ni wet kitchen... Ader mesin basuh dan peti ais...


Inilah tempat mummy menunjukkan skill memasaknye... Selama aku hidup, aku membesar dengan masakan mummy yang best gedebusss tu...
Oven kat tepi tu dah takleh pakai. Dulu, time takde oven, menggelegak mummy nak beli oven. Sikit-sikit, nak beli oven. Bile daddy dah belikan, sayang pulak nak pakai. One day bile nak pakai, dah rosak.... HUhuhu.. mummy..mummy...

Ni kabinet yang menempat pinggan mangkuk semua... Tersusun kan?



Ok, now kite terjah bilik tidur aku plak. Gambar kat atas nie adalah katil aku. Dinding pink, cadar pink... Girl girl la katakan. Haruslah pinkk.



Yang ini almari aku. Besorrr...



Yang nie sepatutnya rak sisi katil. Tapi oleh sebab bilik aku sempit, so rak nie diletakkan disebelah almari. Menempatkan hadiah-hadiah yang aku dapat sempena konvokesyen, dan barang kenangan wedding orang.



Ada lagi 1 rak. Rak ni menempatkan hadiah-hadiah yang kawan aku kasi sempena besday aku dan konvo. Semuanya aku simpan dengan rapi...



Inilah cermin azimat aku... Tempat aku bersolek dan berdandan... Dan tempat aku bercakap sorang-sorang sambil mengadap cermin...

Inilah rumahku, syurgaku...

Meh jelajah luar rumah aku kat kampung...

Entri nih ada banyak gambar... Aku malas nak taip panjang-panjang. Explanation aku pendek-pendek je...


Ni jalan nak masuk ke lorong rumah aku... Jalan nie boleh sampai ke Durian Burung...


Jalan nie pun sama. Cuma jalan nie menghala ke kampung-kampung Losong yang lain...



Yang nie depan rumah aku... Nampak tak ada longkang besar kat bawah tu? Sebelum ada longkang tu, depan rumah aku nie selalu banjir. Tapi takdelah sampai air masuk dalam rumah... Now, masalah banjir tu dah takde... Syukur... Takdelah risau sangat kalau hujan seminggu berturut-turut pun...


Ni tanah kosong kat sebelah rumah aku... Kalau tak silap aku tanah sekangkang kera nie dah mencecah harga RM 100k... Maklumlah kawasan rumah aku nie dah tak jauh dari bandar Kuala Terengganu...

Aku sendiri pun tak tahu siapa tuan punya tanah nie...


Kat belakang tu ampaian rumah aku... Mummy jemur pakaian-pakaian kat sini la...





Nampak kerusi rehat kat atas tu? Kerusi tu la tempat aku berjiwang-jiwangan di malam hari. Sekitar jam 10 malam ke atas, best lepak sorang-sorang kat sini sambil dongakkan kepala tengok bintang dan bulan kat langit... Fuhhh.... syahdu je rase. Tambah plak kawasan nie sunyi sepi...




Buai laju..... buai ku laju......
Ha, buaian nie tempat aku lepak sorang-sorang sambil nangis. Jauh sikit dari pintu utama... Malam-malam kat sini gelap. So, takde orang nampak aku tengah nangis...
Kalau petang-petang, aku suka gak lepak kat sini sambil mengadap jalan tengok motor dan kereta lalu lalang...


Ni antara motosikal yang ada kat rumah aku... Ader lagi yang lain tapi dah dibawak keluar oleh adik-adik aku...



Ni kereta abang aku... Baru lagi dibeli..

Ni antara koleksi pokok bunga kertas mummy aku... Mummy selalu risau kalau pokok-pokok bunga dia tak disiram 1 hari...


Ni rumah aku dari pandangan sisi...


Dari pandangan depan...
*aku amik gambar-gambar nie masa aku dengan abang aku terpaksa duk luar sebab kitorang terlupa nak bawak kunci rumah... Terpaksa tunggu daddy dengan mummy balik dulu. Huhuh...

Lappy baru Faras

Hari Selasa Faras ajak aku pi survey lappy untuk dia. Maklumlah sejak berladang dan bercafe dalam Facebook nie, ramai yang terkejar-kejar nak beli lappy sebab takut tanaman dan masakan rosak... Heheheh...

Aku on je kalau ader yang ajak keluar. Then aku ajak la dia gi survey kat Mydin Mall. Kat situ ada banyak kedai yang menjual lappy.

Survey punya survey, ader la yang berkenan.

Hari Rabu, kitorang pergi lagi ke Mydin Mall. Kali nie Faras memang nekad nak beli. Berkobar-kobar jiwa raga nak beli lappy tuh.

Deal punya deal, dapatlah beli lappy Comapq Presario ape ntah model nye... Aku pun tak sure... Tapi yang bestnye banyak gift yang kitorang dapat. Tu pun mujur aku yang tanya. Kalau ikut Faras tu, hmmm..... takde gift la jawabnye...



Lappy wif pinky hello kitty cover...



Cleaning kit = free, pad = free


egg mouse = free, headphone = free, cd = free, screen protector = free..
Banyak kan hadiah free....
Boleh la lain kali kalau frens aku nak beli lappy, aku suggest kan kedai nih.
Then esoknye, Hari Khamis, Faras ajak aku lepak kat Food court Mydin Mall... Kat sini ada wi fi..


Now aku dah kureng suke bermake up... Lebih suke nampak natural. Orang kata natural beauty... Beauty ke aku nie? Ke beast?

Kat Mayang Village... Ramai gak budak-budak main lappy kat sini... Macam-macam gelagat ader. Yang buat aku dengan Faras gelak bile ader sorang mamat tuh duk tersenyum simpul depan lappy. Agaknya tengah syok YM dengan makwe la tuh... Heheheh...



Cik Faras Fadiati....





Cik Nuradiana...
Now, aku tengah ahsut Faras suh beli broadband plak..
"Kalau lappy takde broadband ibarat berus gigi takde ubat gigi... Gosok gigi pun tak cuci..."

Berdating-datingan dengan COMBI ku kat TTI

Bosan seharian duk rumah. Nasib baik Wahida ajak aku keluar. Kalau tak, sure aku meroyan... Sekarang nie aku selalu keluar jalan-jalan. Kalau tak keluar rumah 1 hari, mesti tak best.

Wahida ajak aku temankan dia pergi cari charger untuk IPhone adik dia kat Supermarket Astaka. Aku ikut je la...

Cari punya cari, tak jumpa. Bukan senang nak cari charger IPhone. Pastu dia ajak aku pergi Taman Tamadun Islam. Dah lama aku tak ke sana. Macam biase, aku call skandal aku kat sana. Aku nak dia escort aku. Tak kire...

Sampai je kat sana, Wahida jumpa kawan dia. Dia biarkan aku berdating-datingan dengan skandal aku. Hiks...

Kalau trip yang lepas, dia ajak aku ronda-ronda kat kawasan Taman Tamadun Islam tu dengan buggy... Now dia ajak aku naik bot plak...

Weeeeeee... suke sukee... Kalau ikutkan, tiketnya RM10 seorang. Perjalanan selama lebih kurang 45minit merentasi sungai Terengganu. Dan kat atas bot tu disertakan tour guide..

Best... Kalau korang tak pernah naik, pi la Taman Tamadun Islam... Jangan ingat kawasan nie kawasan yang membosankan. Ianya tempat beriadah yang sesuai untuk seisi keluarga...

~adehhh.. promote TTI lak aku neh..~



Masa naik bot... Nasib baik aku nie bukan jenis mabuk laut..

Inilah dia combi ku.... Suhairi... Skandal aku kat sini... ~mati aku kalau bini dia baca blog aku nih~.



Berdua-duaan... adehh.. romantis banget.

Hahahaha.. menggeletis tul kan aku nie...

Ekceli aku dengan Combi aka Suhairi tu tak lebih macam laki bini .. eh, silap.... Kitorang nie dah macam abang dengan adik.

Dia pun dah kawin n ada anak-anak. Takkan la aku tergamak nak rampas laki n ayah orang. Kitorang rapat dari dulu lagi; sejak mula-mula aku kerja kat Taman Tamadun Islam nie. Korang jangan la salah faham tentang aku. Aku tak sejahat yang korang sangka.

Bile dah habis belayar, lepak jap kat Wan Man Cafe. Minum-minum jap. Tekak rasa dahaga plak bile belayar tu...

Dekat ngen maghrib, barulah aku dengan Wahida balik...





Semapt lagi amik gambar kat pintu gerbang nih... Kat belakang tu adalah konvokesyen centre... Kat dalam tu ada banyak dewan kecik dan 1 main hall yang besar.. Sesape yang nak buat kenduri kawin kat situ, bolehlah call Suhairi @ pihak TTI lain untuk booking. Berapa bayaran sewa, aku tak tahu.
Acara akad nikah pun boleh dibuat kat Masjid Kristal. Kena booking jugak untuk mengelakkan dari pertembungan majlis.
~eh, TERpromote lagi.... dapat komisen tak?~

Weds Liyana & Fauzi

Kenduri kedua yang aku attend = Wedding Liyana n Fauzi.


Inilah dia kedua mempelai... Sama cantik, sama padan.

Aku pegi wed nie dengan Wahida. Aku bawak sekali anak sedara aku, Alyssa. Nanti kalau ada yang tanya, siapa budak nie, leh la aku cakap dia anak aku. Hahahaha...

Aku perasan tak ramai yang datang. Tapi takpe. Senang sikit aku nak makan banyak-banyak. Kalau ramai orang, seciput je nasik yang aku makan. Segan la katakan.. Kang orang kata aku melantak plak kalau amik nasik banyak-banyak.

Cuaca plak panas gile. Berpeluh aku dibuatnya. Alyssa plak dah merah-merah kulit dier. Dia nie bukannya leh panas sikit. Kulit dier tuh jenis kulit orang antartika.. Haihh.

So, aku tak duduk lama kat situ. Cepat-cepat jumpe pengantin, mak pengantin, then terus blah. Tapi sempat gak la amik gambar barang-barang hantaran diorang.


Hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki....

Hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Jumlah wang hantaran = RM11k... Fuhyooo...



Ni pelamin diorang. Tema kaler merah sempena Valentine's Day dan Tahun Baru Cina. Ada ong maaa....




Sempat gak jumpa kawan lama aku, Amalina. Dah ada anak pun dia.. Hehehehe... Bestnya..


Apapun, semoga perkahwinan kawan-kawan aku yang dah kawin kekal selama-lamanya. Aminnn....