Wednesday, March 31, 2010

Rating pembaca blog aku naik bile....

Sejak berkecimpung dalam dunia blog .... ~eceh, poyo ayat!~

Ok, sejak aku jadi blogger nih, aku akan check rating pembaca blog aku ni turun naik setiap hari. Aku nak tengok berapa ramai yang baca blog aku.

Aku tak kisah kalau takde orang yang suka baca blog aku ni sebab aku tahu blog aku nie bukannya best sangat pon. Sikit-sikit cakap pasal keDIVAan aku.... sikit-sikit cakap pasal pakwe dan skandal... dan sikit-sikit tunjuk yang aku nie mengada-ngada dan gedik.

Serius aku tak kisah apa yang korang kata sebab aku tulis blog nie hanya sebagai platform untuk aku meluahkan rasa di hati dan menjadikan ia sebagai diari online aku. Boleh aje aku nak privatekan tapi aku sendiri yang tak nak.

Kenapa?

Sebab aku memang taknak privatekan... hahahahaha... ~ok, tak kelakar~ Tiru ayat Kak Di jap.

Orang suka ke tak suka ke, tapi kalau orang nak baca blog aku...silakan. Taknak baca, tutup.

Dalam blog ni aku banyak ceritakan tentang diri aku dan pengalaman aku. Ader jugak entri yang mengutuk orang.

Ha, bila aku publish je entri kutuk-kutuk orang nie, terus rating blog aku naik... Pelik. Apakah orang sekarang suke mengambil tahu pergaduhan orang lain atau diorang suke membaca patah-patah ayat laser dari aku?

Erkkk.. agak-agak aku leh lawan keLASERan Azwan Ali tak? Hehehehe...

Dan aku perasan lagi rating blog aku naik bile aku cerita tentang aku dan A... Agaknya diorang suke pasal aktiviti-aktiviti "censored" aku dengan A kot... Betul tak?



Hal cintan cintun aku, ramai je yang nak tahu, kannn...

Ekceli, takde niat buruk pon aku buat blog nie. Aku nie jenis suke bercerita. Suke sangat... Tapi aku tak suka la bila apa yang aku sampaikan maksud lain tapi orang lain fikir lain.

Paham kan dulu cerita yang aku sampaikan then barulah judge aku... Ala, macam lah korang tak pernah buat dosa. Kannn?

Adik-beradik aku semua baca blog aku. Diorang tak kata apa-apa pun sebab diorang kenal aku. Apa yang aku buat mesti ada SEBAB yang kuat.

Aku takkan usik orang kalau orang tak usik aku.

Bile orang usik aku, aku akan 10kali lagi teruk usik dia.

So, salah aku ke? Korang semua pun ada perasaan marah. Malah hal yang kecik pun korang besar-besarkan. Kadang-kadang ader jugak yang terlepas cakap dalam blog. Taip macam-macam. Tengah marah katanya. Tapi bile giliran aku buat benda yang sama, kenapa korang nak mengata pulak?

Sebagai perempuan, mesti ader gedik-gedik. Amik gambar macam tu, macam nie. Pose gitu, pose gini... Pastu tayang dalam blog banyak-banyak. Tapi kenapa bile giliran aku buat benda yang sama, korang jadi menyampah?

Kisah pakwe-makwe, cintan cintun, skandal mandal nie semua.... Tipulah orang tak bangga bile dicintai dan menyintai... Tipulah kalau orang tak bangga bila saham diri naik mencanak. Tapi kenapa bile aku cerita benda-benda nie, orang jadi meluat?

Same case macam si SEPET... Dia happy dengan Qery. Aku suke tengok diorang berdua. Sweet sangat. Tapi aku tak paham kenapa ader yang kata SEPET tu mengada-ngada. Tak ke korang fikir, itu hak dia.. Dan bagi aku korang takde hak nak kata dia apa-apa. Biarlah dia happy... Dia happy tak menyusahkan korang pon, kan? Tapi korang je yang sakitkan hati sendiri.

And bile korang ceritakan ke EXCITED an korang bile dapat sesuatu atau keterujaan korang terhadap sesuatu peristiwa (birthday, anniversary and so on), korang tulis jugak sampai basi cerita tu. Tapi bile tibe aku publish entri macam nie, korang kata aku menunjuk-nunjuk... Kenapa?

Salah ke aku nak rasa TERUJA, HAPPY, MARAH, GERAM, SEDIH? Aku nie bukan manusia ke?

Tapi aku paham. Inilah resam dunia, bak kata arwah P.Ramlee. Salah orang, kite nampak. Salah sendiri, buat-buat tak tahu.
ATAU
Gaya penulisan aku yang tak kena?
Mungkin gaya aku tulis nie terlalu over? Atau terlalu DIVA katanya? Gitew?

Tapi tak semestinya korang boleh menidakkan hak aku, kan?

Tuesday, March 30, 2010

Setelah sekian lama, akhirnya aku di TAG jugak

Memang dah lama sangat aku tak di TAG. Maklumlah sekarang nie aku tak aktif sangat berblogging. Kalau ader yang tag pon, belum tentu aku buat. Heheheh... Baru sebentar tadi aku baca blog Ika. Tetibe rasa berminat nak buat tag nie. Lagipun dia Tag aku... Hehehhe...

Thanks Ika sebab tag aku. Sekurang-kurangnya boleh aku isi masa lapang aku nie dengan buat tag. Best jugakk...

1. Bekas kekasih saya adalah :
~ Ramai laaa... Huhuhu..

2. Saya sedang mendengar :
~ Bunyi printer yang membingitkan telinga. Ada orang sedang print sesuatu.

3. Mungkin saya patut :
~ Bekerja dari rumah saja sebab datang opis pun takde ape-ape...

4. Saya suka :
~ Layan Facebook sambil komen kat status kawan-kawan saya. Best...

5. Sahabat-sahabat saya :
~ Sekepala dengan saya dan sentiasa menceriakan saya.

6. Saya tak faham :
~ kenapa lelaki susah nak setia?

7. Saya kehilangan :
~ banyak wang sebab saya boros.... saya kan suke shopping

8. Ramai yang berkata :
~ ko nie tak tahu malu ke?? Well, ader aku kesah??

9. Makna nama saya :
~ Ntah... Nama aku campur. Islam + Barat....

10. Cinta itu adalah :
~ Satu perasaan yang sangat best... Aku pernah mengalaminye ketika aku bersama L dan A...

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
~ Bermesyuarat... Aku je yang duk ngadap PC sambil berjimba sorang-sorang..

12. Saya akan cuba :
~ Jadi kaya secepat mungkin tapi bukan dengan join MLM...

13. Ayat SELAMANYA bermaksud :
~ Sampai bile-bile... Ape punye soalan daaaa...

14. Telefon bimbit saya :
~ Ada 2... Satu untuk family. Satu lagi untuk kawan-kawan dan skandal.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
~ Tengok jam pukul berapa.. Kalau belum pukul 7, aku tido balik.

16. Saya paling meluat apabila :
~ orang beranggapan saya nie bodoh sedangkan terang-terang saya nie lagi pandai dari diorang.

17. Pesta/Parti adalah :
~ Masa untuk enjoy! Tapiiii... aku tak suke join sebab bingit! Urghhh...

18. Haiwan paling comel yang pernah saya temui :
~ Hamster dan kura-kura. Tapi saya geli nak sentuh...

19. Peringkat umur yg paling menyeronokkan bagi saya adalah :
~ Zaman kolej... Sangatlah best sebab ENJOY habisss!

20. Hari ini :
~ Tak ada apa-apa aktiviti... So bored!

21. Malam ini saya akan :
~ Bukak laptop, layan fesbuk, lepak dengan Kak Aiza. Kalau ada yang ajak saya keluar, saya ok saje..

22. Esok pula saya akan :
~ As usual. Pergi kije, balik kije, makan, layan fesbuk.

23. Saya betul-betul inginkan :
~ orang yang sanggup buat apa saja untuk saya... ~demand!~

24. Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini :
~ Owh, kulit saya masih tegang. Syukur!

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
~ Mestilah pusat membeli-belah. Boleh shopping dengan tenang sebab sejuk...

26. Makanan barat atau jepun :
~ Dua-dua saya tak kisah. Asalkan tak hanyir sangat...

27. Bilik yang terang atau gelap :
~ Terang.. Biar semua orang boleh nampak... Gelap itu menakutkan...

28. Makanan segera adalah :
~ Makanan kegemaran saya bile saya kekurangan duit...

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
~ I sayangkan u... I nak u tahu tu...

30. Siapa yang anda nak tag :
~ Ntah... Sape-sape ajelah yang baca blog nie, aku tag..

Mamat gila

Beberapa minggu lepas, aku ader la accept friend request dari sorang mamat nih kat Fesbuk. Aku nie jenis suke tambah kawan, sebab tu aku terima dia. Tambah pulak aku tengok mutual friend dia adalah Faras.

Last week, dia add aku kat YM. So, kitorang YM la sekejap.

Dia : hai, awak..
Aku : Hai...
Dia : Buat apa?
Aku : Kije...
Dia : Awak kije ape?
Aku : Kuli bos jek...
Dia : Awak kije kat mana?
Aku : KL
Dia : Tahulah kat KL. Tapi kat mana?
Aku : Ader la.. Mana leh cakap. Awak kije ape?
Dia : @#$%^
Aku : Ooo.. So, sekarang nie ada kat mana?
Dia : Kat london
Aku : Uiks... Yeke ni? Mesti sejuk kat sana, kan?
Dia : Sejuk la jugak. Takleh mandi nie.
Aku : Ooo.. yeke? Kat sana pukul berapa sekarang?
Dia : 7 pagi...

Aku pun check jam dunia kat dalam hp aku. Time tu London pukul 4.30 petang...! Sah dia tipu!

Aku : Bukan ke sekarang nie London pukul 4.30 petang??

Lama gile pastu baru dier reply.

Dia : Awak,, sebenarnya saya bukan kat London.

Seee... PENIPU! Aku dah start angin!

Aku : Awak jangan ingat saya nie bodoh ek...
Dia : Awak, maafkan saya. Sebenarnya saya ada kat Lubenan...

Hahaha.. TIPU LAGI! Eja LUBNAN pon salah!

Aku : Dah la tu. Ingat hebat sangat ke duk oversea?? Bodoh ah awak nie.
Dia : Ok, saya ada sempadan. Yang ini betul
Aku : Ingat aku nak caya kat ko lagi ke?
Dia : Betul... saya ada kat sempadan sekarang. Awak, jangan la marah. Saya mintak maaf.
Aku : Dah lah!

Lepas tu, terus aku tak layan dia. Malas! Penipu macam tu tak layak pon jadi kawan aku.

Sejak dari hari tu, dia tak putus hantar mesej minta maaf dalam YM. Tapi aku tak layan. Last-last semalam, dia hantar mesej lagi.

Dia : Berlagak la ko! Pi mamposs laa...

Hahaha... Aku gelak je baca mesej dia. Dia geram sangatlah tu... Padan muke! Lagipun aku nie kan DIVA. Diva takkan berkawan dengan orang-orang macam dia tu. Nanti hilang la keDIVAan aku.

Petang semalam aku buat kerja aku. Tengah syok buat kerja, Faras YM aku.

Faras : @#$%^&*& tol mamat nie.... Dia tanya soalan bodo bodo kat aku.
Aku : Sape?
Faras : Mamat mana ntah.. Dia kije @#$&*&*
Aku : Hoh? Aku ader gop sorang mamat kije @#$&*&*.... Nama dia *^%$E^&^
Faras : Dia la... Camne mu tahu?
Aku : Dia YM aku ari tu. Dia nie budak yang add kita dalam fesbuk.
Faras : @$%^&* tol! Kalau aku tak balas YM aku, dia buzz aku. Bodo goh la..
Aku : Memang dia bodo pon. Dia penipu. Dier kata dia duk london. Pastu bile aku kata dier tipu, dia kata dier duk Lubenan. Eja Lubenan pon salah.
Faras : LUBENAN.... yela. Dia kata gitu gop kat aku.
Aku : Cara dia tipu tu sama je.
Faras : Memang nak kena mamat nih! Geram aku! Mesti ramai lagi orang yang dia tipu.
Aku : Memang pon! Meh kite sembur dia!
Faras : Jom!

Maka bermulalah misi aku dengan Faras. Aku nak sembur mamat bodo nih. Biar dia rasa down, biar dia serik.

Bodoh betul. Hebat sangat ke duk oversea? Speaking pon tunggang-langgang. Ader hati kata duk London?? Bengong!

Ni ke cara nak ngorat pompuan?? Tak sangka masih ada orang bodoh tahap cipan kat dunia nie!

Nak tengok muke dier?

>
>>
>>>
>>>>


>>>>
>>>
>>
>





Sorry... muke kena di blur kan... Takkanlah aku nak tayang muke dier... Taknak la mengaibkan dier pulak. Setakat tunjuk body tu, ok laa...

Moral of the story : JANGAN JADI PENIPU! ORANG TAK SUKE! RETI???

Monday, March 29, 2010

Evolusi KL Drift 2 - Buat aku rasa cam nak jadi drifter jek

Sape yang dah pergi tengok movie Evolusi KL Drift 2, sila angkat lutut sekarang...



Hehehe... Saje je. Gurau.


Semalam aku dengan Faras pi tengok movie nie kat The Curve. Best wooo.... Aksi, jiwang, lawak, sedih semua ada... Sangat-sangat-sangat best. Aku bagi 5 bintang!


Aku rasa inilah filem aksi terBAEKKK untuk tahun 2010 (stakat nie la.) Tak tahu la kot-kot lepas nie ada filem aksi yang lagi best.


Masa Evolusi KL Drift 1 dulu aku tak tengok sebab ader Fasha senduk. Aku tak suke Fasha Senduk. Sebab bagi aku dia tak sesuai langsung berlakon filem macam nie. Muke dier tak "keras". Macam Scha, memang sesuai. Suara pon garau, beb.


Tapi serious, filem nie memang best. Sepanjang masa ada drift. Drift plak yang terbaeekk punya. Aku plak rasa cam terpengaruh. Rasa cam nak pi drift same. Hehehe...


Pelakon dalam filem nie semua best-best - walaupun aku tak minat langsung dengan Hetty Sarlene ... cam salah je aku eja nama dia, kan?


Lakonan Shaheizy Sam (adnan sempit tuuu) memang malatopp! Pandai pulak dia buat sleng Cina cakap Melayu. Lawak pon ada. Mafia ganas tu, beb!


Paling aku ternanti-nanti watak idola aku Aaron Aziz... Si handsome jadi ketua mafia... Fuhyooo... Gile keji watak dia kali nie. Kaw-kaw punye dia seksa Farid Kamil di akhir cerita. Memang MAFIA habis laa...


Syamsul anak Yusof Haslam pun best. Muke selamba dia sebagai King of the Drift kat trek. Muke ganas beb tapi jiwang... Sempat jatuh hati dengan Scha..


"Aku pun sayangkan kau, Alya. Setiap masa aku duk perhatikan kau. Kau aje yang tak sedar..."


Hamboiii..... Mamat jiwang rupenye.


Pakwe Abby Abadi sekarang nie (aku tak tahu nama dia) pun berlakon gak. Tapi watak sampingan aje sebagai polis. Remy Ishak plak sebagai Inspektor. Hensem plak aku tengok bile Remy ada misai.. Hehehe...


Farid Kamil sebagai orang cacat. Kaki dia patah. So, dalam filem nie dier jadi sensitif. Selalu emo sebab dia rasa diri dier tak berguna dan tak boleh bagi sumbangan kat kawan-kawan.


Pendek kata, pelakon TIPTOP!






Paling sedih bile dah nak akhir cerita. Si mafia-mafia duk belasah Scha dan Farid Kamil. Sedihnye bile part Syamsul tengok Scha terbaring dan berdarah-darah sebab kene belasah dengan Shaheizy.


Tapi malangnya Syamsul tak boleh buat apa-apa. Just tengok je makwe dia kesakitan sebab dia dikelilingi oleh geng-geng Mafia. Mengalir air mata aku beb...





Aksi tembak menembak plak macam real. Takde la berasap-asap macam dalam drama Gerak Khas. Effect bunyi plak best.


Hmm.. terlebih-lebih la plak aku review filem nie.


Tapi aku memang suggest korang pi tengok. Tak rugi beb. Betul..


BTW, tahniah kat Syamsul Yusof atas kejayaan menghasilkan filem yang best nie. Hidup Filem Melayu!


Eh, terlebey sudaa... Hiks..

Sunday, March 28, 2010

Aku nak buat apa- itu aku punye pasal

Ader sorang minah yang baru nak kenal dunia gedik-gedik dan stylo - tapi dia tak boleh stylo pon sebab dia memang tak boleh... Kenapa tak boleh? Aku malas nak cakap kat sini sebab nanti ader pulak yang sentap.. Kang susah pulak...

Orang kata aku gedik... YES, memang aku gedik... Kenapa? Ko meluat ke? Kalau meluat, jangan tengok gambar aku!

Orang kata aku berlagak DIVA .... Kalau iye pon, kenapa korang nak susah?? Ader aku menyusahkan korang ke??

Orang kata aku suke bukak hal peribadi aku sendiri... so what?? Aku punye suke laa... Bukannya aku bukak aib orang lain. Kalau aku bukak aib orang lain, bolehlah kalau uolss nak marah-marah..

Ini tidak! Family aku baca blog aku. Diorang tak cakap apa-apapun. Tapi ader sorang minah nie duk sibuk-sibuk menyusahkan kepala otak sendiri duk fikir pasal aku... Pastu nak create issue jaja kisah aku kat orang lain.

Sekarang nie sape yang JAHAT? Sape yang BODOH? Sape yang KURANG AJAR??

Dah berbuih-buih mulut aku cakap, sejahat-jahat aku, aku tak kacau orang lain. Tapi kenapa "ORANG LAIN" itu suke sangat nak amik tahu dan memburuk-burukkan aku? Kalau orang tu aku tak kenal, tak apalah jugak. Ini orang yang pernah rapat dengan aku!

Cam bodoh je kan?

Ok, fine! Aku rasa dia jeles tengok aku... Maklumlah aku nie CANTIK MENARIK MACAM DA BOOM!

Tapi dia?? Hahahaha... Bukan nak mengata okeh!

Aku ada hak nak buat apa yang aku suke selagi benda tu tak mengaitkan orang lain.

Aku pakai sunglasses hitam depan dier pun, dia jeling sampai nak terjuling-juling mata. Aku pakai dress pun, dier mencebik semacam sampai nak terjuih mulut... So, semua nie salah aku ke?

Hmm... mungkin salah aku sebab aku dress up depan dia. Sedangkan dia tak boleh dress up depan aku.

Tapiiii, aku kacau dia ke? Pelik ah... Niat aku dress up bukan nak menunjuk-nunjuk. Aku dress up sebab aku selesa.

Dia tengok gambar aku seksi pon, dia meluat gile... Sedangkan memang aku suke seksi. Diana kalau tak seksi, memang tak sah! Aku cume sopan bile kat opis... Sebab itu tempat aku mencari rezeki.

Dia memang ada hak nak jeles dengan aku. Semua perempuan nak cantik. Aku faham itu. Aku pun jeles bile tengok ader perempuan cantik lalu depan aku. Tapi jeles tu simpan dalam hati ajelah. Ataupun jadikan ianya azam untuk mengubah diri. Ini tidak! Lagi dia duk jaja kisah aku seantero dunia. Apa motipp dia???

Aku sikittt pun tak sentuh hal-hal dier. Dulu pun dier duk tuduh aku sebarkan gambar bf dia sedangkan aku tak buat pon! Pukimakio betul! Sesuke hati tuduh pastu tak reti nak mintak maaf. Pastu melarat sampai sekarang.

Mungkin dia nak perhatian. Dia tak ada isu nak tayang kat kawan-kawan, pastu mulalah meroyan cari isu tentang orang lain semata-mata nak tarik perhatian. Tapi yang buat aku gelak, kawan-kawan dia semua mengata balik kat dia.

TUHAN BAYAR CASH LA, WEII...

Ko buat jahat. Ko akan dapat balasan.

Aku agak kawan-kawan dia pon, baik lelaki atau pompuan, memang tak berapa suke kat dia kot... Kalau tak, mesti kawan-kawan akan bela dia. Ini tak, kawan-kawan dia kutuk dier balik. Buat malu diri sendiri je. Nak aib kan orang tapi last-last diri sendiri yang aib. Hahahaha.. Bodo!

Dulu zaman dia susah, dia cari aku. Aku dengan tak kisah, terus tolong dia. Gigih aku tolong dia. Now, dia sesuke hati buat macam-macam kat aku. Jaja kisah aku, buruk-burukkan aku... Aku sendiri pon tak tahu apa niat dia.

Benci sangat ke dia kat aku?

Kalau benci.....


MEH SINI AKU BAGI DIA LAGI BENCI KAT AKU....


>>
>>>
>>>>


>>>
>>
>




Cantik kan body aku? Menggelegak tak hati ko nak pakai macam nie? Asyik-asyik ko pakai baju kurung aje kan?? Kesian...


Ratu jelita lagi ayuu... Wahhh... Boleh ke ko pose macam nie?



Muah muah untuk ko yang suke jeles... Tengok kulit muka aku... Halus mulus suci bersih, kan? Kulit ko, ader ke macam nie? Yang adooo....



Baju jarang lagi terang benderang... Boleh ko pakai macam nie?? Macam mana kalau ko pakai macam nie ek? Tak terbayang aku... Aku pakai pon nampak lemak segala, ko pakai lagiiii la kan...


Owh, i'm naked! I'm naked! Owh, aku dah aibkan diri sendiri nih. Pi jaja kat kawan-kawan ko cepat! Kang basi plak isu nih...

Muke baru lepas main.... CEPAT-CEPAT pi bukak akaun ko pastu taip status kat situ... Ko kan kata aku nie pompuan tak sedar diri...
MEMANG PON! ADER AKU KESAH???

Kahwin


Feeling pengantin pulak kann.. walhal, adooo...


Semalam (Sabtu) aku pergi ke rumah Kak Long. Nak spend time weken kat sini. Lagipun aku rindu sangat kat Baby Fifi dan Alia.


Semalam just duk rumah. Tak keluar mana-mana pon. Lagipun best jugak melayan karenah Baby Fifi yang tak pernah kenal erti penat. Berlari sana sini. Aku plak yang terjongkang tido lepas penat layan dia.


Malam plak tengok AF ramai-ramai... Hmm... AF kali nie kurang ummpphh laa... Tak best macam AF yang lepas-lepas. Nad macam tak layak pon masuk AF. Suara tak best. *sori ye peminat-peminat Nad*


Malam, aku tido awal. Nak main fesbuk, fesbuk plak sunyi sepi je. Tak ramai yang online. So, better aku tido.


Tup-tup aku mimpi... Mimpi yang paling best aku rase... Kan best kalau mimpi nie jadi kenyataan... Huhuhu.. verangan sudaaa,,


Aku mimpi aku kawin! ~Padahal sebelum tido, aku tak fikir pon bab-bab kawin nih.~


Ya, aku kawin! Tapi bukan dengan HM.. huhu..


Dengan siapa?

SMH!


Takpe, yang penting aku kawin dan takkan jadi andartu. Itu lebih penting...


Tak sangka tetibe SMH lamar aku dan kami terus kawin. Yang paling best tu bile ader mak andam tolong solekkan aku dan ramai jugak yang datang ke majlis itu. Best tuuu... Rase macam the real event je...


Dan di majlis itu aku pakai gaun putih kembang tapi bertudung.. Wahh.. nampaknya aku sudah mendapat Hidayah!


Gaun tu plak berlengan panjang dan sangatlah menutup aurat. SMH plak pakai kot dan seluar putih. Very handsome... I likeee...


Malam pengantin tiba tapi aku dan SMH berpakat tak nak tido sebilik dulu. Biar SMH balik rumah mak ayah dier dulu. Aku plak duk rumah family aku dulu.


Masih terasa perasaan teruja jadi pengantin baru.


Tapi, aku pernah dengar kalau kite mimpi kita kawin, maknanya kita takkan kawin... Betul ke?


Kalau gitu, aku takkan kawin la ek?? Huhhuuhuu....



Makkkkkk, aku nak kawin!!!

Friday, March 26, 2010

I'm in the mood of jiwang-jiwangan

Rindu kat DIA dan DEAR... Muah muah gituu..




Adesss... Dua2 serentak takde dekat dengan aku sekarang. Mana diorang pergi??

Sorang, macam biaseee.... Bizi dengan kerja. Tak habis-habis dengan kerja. Lepas kerja jumpa dengan teammate. Mencik! Mase tengah-tengah bizi lepak dengan teammate tu la, dier sms aku sampailah dia balik rumah. Lame tuu... Masalahnya sekarang aku dah tak berapa lancar nak sms. Lambat dah menaip. Takut jugak dia hangin...

Tapi berani ke dia hangin kat aku?? Kalau dia hangin - REJECT!-

Sorang lagi plak bizi nak panjat gunung. The latest news, dia bagitahu aku esok dia and the gang nak panjat gunung Naung.. Mana ntah... Watever! Itu minat dia. Aku taknak halang. Lagipun dia panjat gunung betul... Bukannya gunung tak betol... Ehem...!

Well, nampak gayanya kemungkinan besar weken nie aku duk melepak aje kat rumah. Lepak dengan Kak Aiza. Maybe aku masak-masak dengan dia. Best jugak. Erm... atau aku pergi ke rumah Kak Long?

Nampak macam gud idea je...

Tengoklah camne... Untung-untung esok aku pergi sana. Itupun kalau aku rajin. Aku rindu jugak kat Baby Fifi dan Alia... Huhuhu...

Wednesday, March 24, 2010

Layanzzzz

Tersentuh hujan membasahi
Mengalir air mata
Hangatnya pelukan cintamu
Membisu dalam tangisanku

Terbakar cinta yang berlabuh
Di dalam bahteramu
Ku pendam suatu perasaan
Tersirat agar kau kembali

Pernahkah kau melafazkan
Darah yang mengalir cinta setia
Langkah yang telah kita tempuh
Suka dan duka
Masihku nanti

Dan telah aku menyesali diri
Hingga kau melepaskan biduk
Cinta yang masih beralun
Meniti di ombak resah

Ku tak rela melepaskan lagi
Dirimu yang selalu ku rindu
Maafkan diri ini
Usahlah kau menyendiri
Tak sanggup berpisah

Biarkan aku menangisi
Menanggung rindu lukaku
Ku genggam suatu kesalan
Tersirat agar kau kembali
Padaku

Lagu : Asyira - Di ombak resah click here to view the video
-------------------------------------------------------------------------
Syahdu betul dengar lagu nie. Faras selalu nyanyi lagu nie kalu kitorang pergi karaoke. Serius best.


Aku jamin korang mesti ingat ingat lupa kat penyanyi nih. Dia nie pernah la popular kejap 10 tahun lepas. Dia nie sanggup berhenti sekolah semata-mata nak jadi penyanyi. Kije gile, kan? Tapi mana dia sekarang ek? Dah kawin ke? Hiks...


Masa aku dengar lagu nie, serius aku teringatkan dia. Ala, DIA tuu... Dia nie busy betul dengan kerja. ~sentap kejap... huhuhu~


2 ari lepas (Selasa), aku just lepak kat rumah. Heaven okeh. Ni tak... tiap-tiap malam ader je program. Aku lepak dengan Kak Aiza dan Lin kat ruang tamu sambil layan tv dan internet...
Sekali hp aku berbunyi. Daddy call.


Daddy : Buat apa?
Aku : Tengok tv ngen main internet. Daddy?
Daddy : Tengok tv.
Aku : Citer pe?
Daddy : Si capek.
Aku : Hahahaha... Daddy layan citer gitu oa...
Daddy : Sedap citer nie. Lama tak call daddy...
Aku : Ader je. Nana selalu call mummy kat umah. Daddy je selalu tak ada. Asal tengahari je, kuar. Asal kuar je, tengahari.
Daddy : Daddy gi Masjid la... Duk situ sampai Asar. malas nak ulang alik.
Aku : Oloh... ye ye je... Pdahal gi kat mansur..
Daddy : Tak lah. Daddy gi masjid.
Aku : Yelah. Daddy bile nak datang sini?
Daddy : Daddy datang 4hb.
Aku : Ari Ahad? Kenapa tak datang ari Sabtu?
Daddy : Kak Long kata dia mungkin ada family day ari Sabtu. Dia nak ajak anak-anak dia jalan-jalan la tuh.
Aku : Oloh... lain kali boleh bawak jalan-jalan...


Lama gak sembang dengan Daddy. Yea.. teruja tul aku daddy nak datang.


Then, aku sambung main internet dan tengok tv. Lepas habis tengok diari AF ulangan, aku dengan Kak Aiza layan movie ADNAN SEMPIT sambil sms dengan HM.


AM opis aku, Rais, tolong download kan movie tu kat aku. heheheh... Tenkiu.


Kul 12.30 pagi, Hp aku berbunyi lagi. HM call.


HM : Buat apa?
Aku : Tengok movie.
HM : U tak tido lagi?
Aku : Tak. Tak ngantuk. U, kenapa plak tak tido lagi?
HM : I baru sampai rumah. Tadi kije.
Seee.... kije lagikkk.... Kije ..kije...kije...
Aku : Lewatnya balik.
HM : Tulah. Busy sekarang nie.
Aku : U curang ek....?
HM : Eh, mana ada.. I banyak kerja. Macam semalam i balik pukul 11malam. Tapi pagi tadi i masuk opis pukul 10pagi. Malam nie i balik pukul 12, so esok i masuk opis pukul 11 la...
Aku : Owhh.... Nak tanya, bile last u jumpe P?
HM : Ermm.. weken.
Aku : U tipu i, kan?
HM : Tipu?
Aku : Yalah. Ari tu u kata u kena pergi Seremban. Tapi u tak pergi.
HM : Hahahah...
Aku : Ape?
HM : Memang i kena pergi Seremban. Tapi one nite b4 kite kan overnite. So, i penat. Pagi tu, i pergi opis. I check email dan job task. Tapi i memang mengantuk sangat-sangat. I bagitahu my team, i tak nak pergi. My team cakap ok je. So, i tak pergi la...
Aku : U tak bagitahu i pun...!
HM : Hahahaha... Terfikir gak pasal u. Tapi bile dah balik rumah, i terus tido. Petang, i jumpe P. Kan malam tu i sms u...
Aku : Yelah... Erm.. payment kereta u macam mana?
HM : Orang tu dah bayar. Settled. Tapi u jangan bagitahu orang lain tau.
Aku : Ok...



Lama gak aku sembang dengan dier. Dalam 30minit. Hilang rindu aku... Macam-macam yang kami sembang. Dari hal kitorang sampailah hal kawan-kawan dia. Tergelak-gelak aku dibuatnya.


Owh, dia dah jual kereta Wira turbo dia sebab ikut plan dia nak beli Honda Civic. Tapi dia kata nak hold on dulu. Nak pakai kereta Wira kakak dia dulu. Aku tak kisahlah. Dia kata nak jadi mat rempit balik. Aku gelak je... Tak pe.. Kalau dia jadi mat rempit, aku plak jadi minah rempit. Tapi aku tak suke jadi minah rempit lama-lama. Tak best... Hehehehe...

Tuesday, March 23, 2010

Masak

Dah sekian lama aku tak menunjukkan kepakaran aku di dapur (pakar ke ko??)

Habis barang-barang dapur aku kena gigit lipas. Hampeh tul lipas nie! Nanti ko.. aku beli penyembur anti-lipas nanti, pastu aku sembur banyak-banyak. Biar ko mati sekor-sekor... Huh, emo!

So, ari Jumaat lepas ader pasar malam. Dengan gigihnya aku pergi beli balik barang-barang dapur yang tak ada.

Wahhh... dah layak jadi bini orang kan? Hiks....

Plan nya nak masak weken tuh tapi tak jadi sebab aku pi rumah Faras.

Udang, sotong yang aku beli ari Jumaat tuh tersimpan dalam peti ais. Plan nak masak next weken plak.

Tapiiii.... memandangkan semalam (ari Isnin) hujan turun dengan lebatnye sampai aku takleh pergi pasar malam, so aku plan nak masak.

Menu yang terlintas dalam kepala aku time tu adalah kuah sardin... Dah lama sangat aku teringin nak makan kuah sardin. Yummy...!

Semalam plak aku stuck kat opis sebab VP aku ada. Sebagai secretary, tak elok la kalau aku balik awal dari dia. So, aku pun tunggu sampai dia balik dulu, then barulah aku balik.

Sebelum balik, aku chatting la dengan SMH dulu.

SMH nie adalah kenalan aku dalam Tagged. Kemudian berlarutan ke Facebook. Dan bila aku yakin dengan dia, barulah aku bersetuju untuk keluar dengan dia. Itupun banyak kali betul tertangguh. Hmm...

Aku bagitahu SMH yang aku nak masak. Terus dia cakap dia nak jugak. Haihhh...

So, nak tak nak, aku kena jugak masak. Balik kerja, terus aku masak dengan bantuan co-chef iaitu Kak Aiza. Hehehe...

Malam tu aku masak sardin, udang sotong dan ubi kentang masak sos plum, dan jugak telur dadar. Cukup la tu...

Aku makan dulu dengan Kak Aiza. SMH balik kerja lewat. So, lepas makan aku dengan Kak Aiza layan tv sambil surf internet. Bosan dowh...

Pukul 11 lebih malam, SMH sampai kat vista then bawak aku pergi ke area Pandan Jaya. Baru aku perasan, rumah SMH dekat dengan rumah HM! Huhuhu...

Kat sana, aku berkenalan dengan kawan SMH, nama Gigs dan girlfriend dier, seorang model nama Ain. Lepak, makan-makan...

Nasib baik SMH nie kata masakan aku ok... See... aku pandai masak okeh.. Vangga...

"Takut la nak bagi u rasa masakan i. Takut tak sedap..."
"Kalau tak sedap, i kutuklah..."
"Jahat..."
"Kalau i kutuk, camne?"
"Sampai kiamat i tak masak untuk u..."

SMH gelak... Dia nie selalu gelakkan aku.

"Tadi kalau i cakap i tak jadi datang, camne?"
"Ha, buatlah! Pastu u tak payah call, tak yah sms, tak yah YM dengan i sebab i takkan reply..."

Dia gelak lagi.

"I ingat nak main-mainkan u tadi. I nak hantar sms kata i tak dapat datang... Tapi tak jadi sebab Gigs sms i.." Dia gelak lagi.
"Ha, buatlah. Nanti i merajuk, baru tahu..."

Aku tepuk lengan dia.

Bukan aku nak katalah, tapi dia nie memang suke melayan karenah aku...

1 hari kalau dia tak sms aku, mesti aku merajuk. Then, dia dengan redha nya akan pujuk aku. Pernahlah dia tanya aku,

"U rasa i ignoring u ke?"

Terus aku rasa sedih. Sensitip di situ...

SMH bawak laptop. So, kitorang layan citer Transformers Revenge of the Fallen. Tak sempat abis pon. Bile masing-masing dah ngantuk, dia hantar aku balik. Lagipun dia nak balik rumah mak ayah dia.

Pukul 3.30 pagi, barulah sampai rumah. Penatnye usah cakap lah. Balik kerja, terus masak. Bile selesai masak, barulah rehat. Pastu bile SMH dah bertolak dari opis nak ke rumah aku, aku panaskan lauk-lauk balik. Mana tak penat....

Tapi at least aku puas hati sebab dia tak komplen masakan aku. Lain kali bolehlah masak lagi untuk dia. Lagipun dia tak kisah makan apapun. Pedas tak pedas, semua dia balun.

Sama macam HM, semua dia makan. Redah jeeee......

Monday, March 22, 2010

Hot air balloon- Satay Kajang (sure air liuq menceceh jap lagi) - dan Lepaking @ Y's house

Tajuk kat atas adalah aktiviti aku sepanjang hari Ahad (semalam).

Ahad pagi memang aku tido. Bangun tak bangun pukul 12.30 tengahari. Itupun sebab aku teringat kat Melodi.

Hari nie pon Kak Dik masak lagi. Best2... Rehat-rehat, makan-makan, lepak-lepak kat rumah memang best. Tengahari Faridah hantar mesej kat Faras ajak kuar pi Putrajaya. Kononnya nak tengok hot air balloon tu. Kitorang on je. Terus mandi dan bersiap-siap amik Faridah kat Kajang.

Dalam pukul 5 lebih petang, kitorang sampai kat Putrajaya. Cuaca macam tak elok je. Macam nak hujan lebat. Langit pon gelap je... tapi aku and the gang sempatlah amik gambar segala. Itu kerja wajib!


Ramainye orang kat sini... Tapi yang tak tahan tu bile kene kacau dengan 1 group lelaki nie.. Haihhh... bosan aku!


Nampak tak belon besar kat belakang tu?

Masa nie aku and the gang cube menyelamatkan diri dari hujan. Masa nie angin tiup kencang... Berlari-lari aku nak pergi kat kereta. Kereta plak parking jauh. Tak pasal-pasal baju aku ader design polka dot bile kena hujan.

Jalan-jalan kat area Kajang, then singgah kat ..... . . . . . . . . .



Tiba-tiba aje Faras nie teringin nak makan satey. Aku plak dah lama tak makan satey. Nyum..nyum...


Aku sempat usha-usha mamat-mamat yang ader kat situ. Kot la ader yang sangkut. Leh buat skandal. Hahahaha.. gile gatal!




Masa nie kitorang tengah tunggu Faridah pergi order satey. Tak sabar dah nie nak makan satay. Perut pon dah berdangdut dah...




Nasi impit... Sedap gile nasi impit nih... Kalau dier bagi berpinggan-pinggan pon, aku boleh habiskan...


Kuah kacang nie pon best... Sllruuupppp....





Satay ayam dan daging. Best gileee... menceceh la air lir korang tengok gambar nie.. Serius best...
Habis makan, kitorang pergi Metro Kajang. Saja jalan-jalan. Puas jalan-jalan kat situ, kitorang pon hantar Faridah balik. Lagipun masa tu dah pukul 9.30 malam.

Faras ajak pergi rumah Y pulak sebab nak ambil gambar dia yang ada kat rumah Y... Aku nie tak kisah sebab badan tak penat lagi...
So, kitorang pergi kat rumah Y kat area Balakong. Sekali masuk dalam rumah bujang, aku terkejut gile. Kemasss tuuu... Tak sangka plak. Pastu siap hidang air teh bagai. Hehehe...

Inilah Y... Skandal Faras. Hehehehe...


Saje je la amik gambar dengan housemate Y... Saje nak beramah-tamah.

Lepak kat situ sambil tengok tv3.. Citer ape ntah. Jackie Chan yang berlakon. Pastu sambung tengok Bang Bang Boom plak. Lawak gile rancangan tu. Then, Faras hantar aku balik Vista. Penattt...
Sampai rumah, sembang dengan Kak Aiza jap. Bagi dia makan satay yang tak sempat nak habiskan tadi. Mata aku memang dah ngantuk. So, aku masuk bilik dan terus lentuk... tak ingat apa-apa dah time nih.

Karok sampai pekak telinga & pecah sore

Oleh sebab malam hari Jumaat tuh aku keluar jumpa HM, so hari Sabtu memang aku tak nampak bayang waktu pagi. Aku bangun pukul 11.30 pagi. Itupun terlentang lagi atas tilam. Rasa cam nak tido tapi keinginan meluap-luap nak masak. So, gagahkan diri bangun dari tilam dan melangkah keluar dari bilik.

Ini je cara untuk mengelakkan aku dari tido balik.

Aku duk kat luar. Tengok-tengok Kak Aiza dan Lin duduk bersembang kat situ. So, join la sekali. Aku kan memang suke buat "ketupat". Hobi aku sejak azali lagi tuuu...

Aku online Fesbuk. Tengok-tengok Faras hantar something kat wall aku.

"Jom lepak rumah aku"

Aku balas la... Since aku bosan, aku pun setuju nak pi rumah dia weken nie. Pukul 2 petang, aku bertolak ke rumah dia.

Aku tak jadi masak tadi sebab kalau aku masak, pukul 3 pon belum tentu aku siap.

Tak sempat rehat pon, kitorang bertolak ke Selayang Mall. Karok di situu...





Sori to say la... aku dengan Faras kalau pegi karaoke, memang tak hingat dunia. Menari bukan main. Lantak ah, kan? Kata nak release tension. Sambil tu, leh exercise. Menari kan leh kuar peluh. Tak gitu?

Habis karaoke, kitorang balik rumah. Rehat-rehat la plak, kan... Lagipun Kak Dik dah pesan sebelum kitorang keluar tadi. Kak Dik kata jangan makan dulu. Kak Dik nak masak. Bile habis karok nanti, baru makan.

Kitorang ok je.. Muah to u, Kak Dik.

Telinga aku dah rase semacam sebab karok tadi. Suara aku pon dah garau-garau dah. Tekak kering. Huhuh...

Petang, rehat... Malam, layan tv. Tapi tengah malam...... jeng..jeng..jeng........

Lets go to the Zoo...!

Macam biase aku lepak kat Dataran. Meriah sangat... Family pun ramai yang datang sini bawak anak-anak kecik. Seronok je tengok diorang...

View gambar dibawah...

Warna-warni Dataran Merdeka!







Gambar aku dengan Faras memang wajib ader...




Puas lepak kat dataran, aku ajak Faras pi makan. Lapar siottt... Then, lepak kat Tasik Titiwangsa pulak. Mata dah ngantuk... So, dalam pukul 3.30, kitorang balik ke rumah. Bile dah jumpa tilam dengan bantal, aku terus tido.
Penat usah cakaplah. Sampaikan aku tido tak sempat cuci muka... huhu..

Dating mating di tengah malam...

Masa kapel dengan A, aku keluar mesti tak balik rumah. Masa dengan M plak, tiap-tiap hari nak jumpa. Dengan L, tiga bulan sekali baru jumpa. Tapi bile dengan HM, aku dating seminggu sekali tapi keluar lewat malam.

Haihh... macam-macam stail la. But watever la kan... Yang penting, jumpa. Kalau tak jumpa kang, aku jugak yang meroyan.

Malam hari Jumaat, aku memang tak leh tido. Nak kata tak penat, aku penat gile buat kerja kat opis siang tadi. Kat opis tadi, aku bukan main mengantuk lagi... now, bila dah kat rumah mata nie tak reti-reti plak nak tutup.

So, aku sembang macam-macam dengan Yani, rumate baru aku.

Tengah syok sembang tu, HM hantar mesej. Masa tu dah pukul 11 malam. HM pon tak leh tido jugak rupenye. Dia ajak jumpa. Tapi dia suruh aku tunggu sebab dia malas nak turun lagi sebab bawah rumah dia tu ramai budak-budak yang sedang melepak.

Dia plak jenis tak suke bergaul dengan budak-budak tu.

"Hai..."
"Hai..."
"U buat apa?"
"Sembang dengan rumate. U? Kenapa tak tido lagi?"
"Takleh tido la."
"Tak keluar ke?"
"Tadi tak keluar. Malas."
"So, sekarang nie rajin la nak keluar?"
"Jom?"
"Hah? Dah lewat nie..."
"Takpelah... Esok kan cuti.."
"Memang lah.. Pukul berapa nak datang amik?"
"Nanti i bagitahu. Kat bawah tu ader budak-budak tengah lepak.."
"Ok... apa-apa hal, u bagitahu i ek..."
"Orait."

So, aku tunggu lah. Then dalam pukul 2 lebih pagi, dia sms aku lagi. Katanya dia dah bersiap dan on the way amik aku. Masa keluar dengan dia, aku bawak laptop sebab aku dah janji dengan abang aku nak main Farmville tengah-tengah malam tu.

Singgah kat satu tempat kat area Pandan Jaya, then main Farmville kejap. Sekali internet down daaaa..... HM gelak-gelak je. Hampesss tul.

Dia lagi suke kalau aku tak ngadap komputer tu. Yalah, aku memang tak layan dia sepanjang aku duk depan laptop. Opcos la dia bosan. Hehehe... kesian dia.

Lepak kat situ sampai pukul 4.30pagi. Then, kami bertolak ke Bangsar. Lapar la pulak.

Kami singgah kat Restoran Pelita. Mati-mati aku ingat takde orang kat restoran tu time-time macam nie. Rupe-rupenye ramai jugak.

Aku plan tengahari esok nak ajak HM lunch sama-sama. Aku akan masak. Dah lama sangat dah tak masak. Teringin plak nak jamu si dia. Tapi sayangnye, HM tak dapat join sebab dia kena ke Seremban. Ader tugas katanya.

Tak apalah. Nak buat macam mana... huhuuhu... ~sentap~



Dah habis sekeping roti telur. Kenyang dowhh...


Seeeee... malu nak amik gambar. Kononnya rambut dia berserabai & muke tak hensem malam tu. Eh, bukan malam...,,pagi tuh.

Cincin kat jari manis dia tu menandakan dia sudah dimiliki... Tapi oleh siapa? Akukah?? Hmmm... ntahlah. HUhuhuu...

Thursday, March 18, 2010

Bila terasa rindu...

Bersemangat betul nak update blog tapi takde topik. Tak kire la... nak update gak.

Ekceli aku sedang merindui seseorang. Adehh.. tapi takleh, takleh. Aku kena tahan rindu aku nie. Aku tak boleh buat perangai macam dulu. Asal rindu je, aku paksa orang tu jumpa aku. Kalau tak jumpa, aku memberontak.

Owh, aku dah 25tahun dah this year. So, aku kena bersikap matang.

Now, setiap saat aku rindukan dia. Hanya sms yang menghubungkan kami. Bile terasa rindu, aku tengok gambar-gambar aku dengan dia. Tak sangka, walau kami baru je kenal, kami dah ada banyak gambar bersama. Mana taknya, dua-dua camwhore.

Bila terasa rindu, aku sms dia. Nak harapkan dia, biasenya dia akan start sms aku pada lewat malam. Kadang-kadang dia akan mesej aku dalam pukul 9.

Walaupun baru aje kapel, aku dah tahu sedikit sebanyak tentang diri dia. Yang aku tahu, dia memang suke melepak kat rumah and family man. Sometimes bila kawan-kawan ajak dia keluar, barulah dia keluar. Kalau tak, dia just duk rumah and melayan anak-anak sedara dia aje.

Dia nie memang suke minum. Oppss... minum air la. Bukan minum a**k... Time lepak dengan aku ari tu, banyak betul dia minum air. Padahal masa dia temankan aku makan, dia baru je lepas minum nescafe ais 1 gelas.

Dia jugak bukan jenis berkira. Setakat nie tak pernah dia mintak aku bayarkan dia apa-apa.

Romantik. Wah..wah...wah... Memang tak dinafikan. Aku suke bile dier belai rambut aku. Serius. And cara dia tenung aku bile dia belai rambut aku... Iskkk... Menusuk kalbu. Hahaha... Sampaikan aku kena kata, "janganlah tenung i camtu..." Lepas tu barulah dia senyum dan berpaling kat tempat lain. Aku nie malu bile mata bertentang mata nih. Kang jadi lain plak. Ehemmm....

Soft spoken. Dia tak pernah tengking-tengking aku. Sebelum kapel dengan aku, pernah jugak aku buat silap. Ader la tragedi yang berlaku sehingga memburukkan nama dia depan kawan-kawan dia. Tapi dia sikiittt pun tak marah dan tinggikan suara. Dia cool jek. Hope lepas nie pun dia takkan tinggikan suara. Kalau tak, REJECT!

Kemas. Aku ader masuk bilik dia masa nak tukar baju ari tu. Bilik dia kemas gile. Habuk pun tak nampak. Serius aku tak tipu. Dalam bilik dia ada tv. Atas tv tu pun takde habuk. Dan yang paling aku terkejut bile dia kata dia gosok baju kerja untuk seminggu terus dan gantungkan dalam almari.

Dia suruh aku bukak almari dia. YES! Semua baju dia digosok dan digantung kemas dalam almari. Kalah almari aku. Dalam almari aku tu bersepah baju. Berlonggok-longgok. Malu kejap. Huhuhu...

Jujur. Ini 1st impression aku kat dia masa mule-mula kitorang dating berdua. Semua tentang kisah silam dia, dia bagitahu sedangkan aku tak tanya pun. Dia duk pompampompam sorang-sorang cerita tentang dia. Aku iyakan aje la... Kalu tak dengar kang, ader yang sentap plak.

Pandai pujuk. Malam tu 2 kali aku merajuk. Tapi dia pandai pujuk. Alaaa... mule-mule kan. Cuba dah 2-3 bulan nanti. Sure dia takkan pujuk dah. Balik-balik aku jugak yang kena pujuk diri sendiri.

Dan yang paling aku suke tentang dia...........

Dia ada lesung pipit. Ini kali pertama aku kapel dengan someone yang ada lesung pipit. Comeelllll... Dan ini jugak kali pertama aku kapel dengan org yang kurus. Selama nie aku kapel dengan orang yang berbadan besar dan ada jugak yang perut buncit. Hehehe...

Hope sangat dia okey. I mean, dia nie setia dan betul-betul sayangkan aku. Bukannya hanya nak main-mainkan aku. Please doakan kebahagiaan aku, ye...

Wednesday, March 17, 2010

Ini bukan skandal, ini betul punya...

Hallo everibadi... Welcome to my blog.

Hehehehe... Teruja betul aku hari nie. Rasa cam nak jerit-jerit je. Uuuuuuuuuu...yeah! yeah! Yeah! Yes! Yes! yes! yessssssssssssssss!

Hehehe.. lagak cam orang gile la plak, kan?

Ok, calm down, Diana! Jaga keayuanmu...

_________________________________________

Semalam aku buat entri tentang Skandal. Entri kali nie bukan pasal skandal tapi yang betul-betul punya.

Am I belong to someone now?

Takut nak confirmkan lagi. Mungkin ya, mungkin tidak. Aku taknak berharap sangat. Takut nanti kecewa lagi. Tapi honestly, aku happy sekarang.

I belong to whom?

Should i tell u?

Ok-ok... HM. The one yang aku suke and makin berbunga-bunga sekarang. Hehehe... BUT, aku still "takut" dengan dia. Takut dia main-mainkan aku.

Takpe, at this moment, aku memang happy. Tak nak spoil the mood.

Semalam HM ajak kuar. Since aku bosan duk rumah, internet pon slow, then aku pon setuju keluar dengan dia.

Tapi sebelum tu, dia keluar dulu dengan R. Mungkin untuk cover line supaya R takkan tahu aku dan HM keluar sama-sama.

Aku tahu lambat-laun R akan tahu jugak tentang aku dan HM... Tapi biarlah masa yang menentukan. Biar R tahu sendiri...

Jam 10 lebih malam, HM amik aku kat rumah.

"I keluar dengan R tadi..."
"Ooo.. i see..."
"Dia kerja malam ari nie. So, tadi dia mintak i temankan dia minum-minum time rehat."
"Owh, so u dah minum la nie..."

HM mengangguk. "U dah makan?"
"Dah. Petang tadi."
"Malam?"
"Tak..."
"Kalau gitu, jom kite gi makan..."
"Dengan syarat..."
"Ape?"
"U kena la makan sekali..."
"I dah kenyang. Takpe, i temankan u makan..."

Aku buat mulut muncung patplohpat inci.

"Nak makan kat mana?"
"Ala, stall pon takpe... Taknak la restoran-restoran. Nak makan benda simple je.."

HM bawak kereta menghala ke Cheras. Dia berhenti kat 1 stall tepi jalan. Then, kami lepak kat situ sekejap.

Habis makan, kami singgah kat rumah HM. Kakak HM pon ada kat dalam rumah tu. Kakak HM dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Sorang laki, sorang pompuan. Masa aku sampai tu, budak-budak tu semua dah tidur.

"Nasib baik diorg semua dah tido. Kalau tak, nakal habis..." kata HM.
Aku gelak-gelak je.

HM sengaja malas nak hantar aku malam tu. Dia kata nak hantar aku subuh-subuh. Gile tak? Segan la dengan kakak HM tu. Nanti pe pulak kata kakak dia. But nasib baik kakak dia okay.

Tapi memang sebelum kuar tadi pon HM cakap dia taknak hantar aku awal-awal dan dia nak lepak kat rumah. So, memang aku bawak baju tido siap-siap dan sumbat je baju tido tu dalam handbag besar Guess aku tuh.


Baru sampai rumah HM.. eh, bukan. Rumah kakak HM... HM tumpang je. Jimat katanya.

Bila aku tanya kenapa dia tak duduk je kat kuarters, dia cakap dia taknak sebab nanti elaun rumah kena potong. Betul jugak kata dia tuh.


Masa nie aku dah tukar baju. Kakak HM la yang suruh. Tetamu kena la ikut kata tuan rumah. Kan?

Aku dah penat. So, terlentang aje la. Dah malas nak bangun. HM plak macam takde kije lain. Duk amik gambar aku je. Ader banyak gambar lain tapi biarlah jadi simpanan aku je. Hiks...

HM nie memang mengada pon. Gedik-gedik suruh aku hidang air bagai kat dia. Aku nie tetamu. Sepatutnya dia la yang kena hidangkan aku minum. Ngade nak manja-manja... Wekkk...


HM beriya-iya sangat nak amik gambar sama-sama. Nyampah aku... Rupe-rupenye dia pon camwhore cam aku gak. Hehehehe... Ader lagi gambar lain, tapi biarlah gambar nie je yang aku tayang kat sini.

Masa duk terlentang kat ruang tamu sambil layan citer "Chuck" (kat tv2 kot), aku dengan dia sembang la pasal pakwe makwe dan pilih memilih.

"I pilih orang jugak kalau nak keluar..." kata HM.
Aku berpaling kat dia. "Then why u pilih i untuk date dengan u malam nie?"
Dia diam sambil tersenyum, "entahlah..."
Then , kami diam seketika.

Tak lama lepas tu, aku bisik kat telinga dia, "Can I ask u one serious question?"
Pastu dia buat-buat tido. Jahat tul...

"Ha, tengok tu. Orang baru je nak tanya, dia dah tido..."

Then, aku berpusing membelakangkan dia. Buat-buat merajuk.

"Oloh... merajuk. Meh sini..." Dia pegang bahu aku. Huhuhu... Maluuu...

Pastu aku berpusing balik kat dia. Then, dia buat-buat tido lagi. Siap buat bunyi krooohhh krooohh lagi.

Aku cubit pipi dia. Padan muka! Pastu dia ketawa.

"Apa dia?"
"U kena jawab dengan jujur dan betul-betul."
"Ok..."
"U suke i ke?" Aku picit dagu dia.
Dia gelak. "Ni mesti tak puas hati pasal tadi nie. Soalan kenapa i pilih u, kan?"
Aku ketawa kecil. "Memang la... U tak jawab betul-betul".
Dia diam. Tak lama lepas tu dia jawab, "Suke sangat..."

Weeeeee...... Suke suke..

Then dia cium pipi dan tangan aku. Nasib baik kakak dia tak nampak. Kalau tak, naya je. Pastu kami sambung sembang lagi sampai la kul 5 pagi. Then, dia hantar aku balik Vista.

And di saat nie, aku memang rasa mengantuk sangat sebab tak tido semalam. Kalau dapat bantal nie, mesti best. Sure aku dah lentok..

Tuesday, March 16, 2010

Mengapa perlu ber SkaNdaL?

Agak-agak kontroversi tak tajuk kat atas tuh? Agak-agak naik tak rating blog aku? Hahaha... Gile kentang betul aku nih.

Sebut pasal skandal, aku pasti semua orang tahu apa itu skandal. Tak payahlah aku terangkan kat sini ye. Paham-paham sendirilah. Kalau ader yang tak paham, silalah buat-buat paham ye.

Semua orang dah tahu aku nie dulu ramai skandal. Dulu laa... Sekarang dah tak ade. Insaf sudaa.. Huhuhu...

Tapi bile aku insaf nie, mesti ader dugaan. MESTI...

Ader ex aku nih. Now dia dah bertunang. Aku ingatkan dia happy la dengan tunang tersayang dia tuh. Rupa-rupanya tak.

And apa yang mengejutkan, dia tawarkan diri untuk berskandal dengan aku.

Aku memang tak sangka. Bak kata kawan-kawan aku, "He still love u. Kalau tak, takkanlah sampai sekarang masih cari ko lagi..."

Nak kata aku baik sangat kang ader yang meluat. Tapi aku tepis tawaran dia tu walaupun dulu dialah manusia yang paling aku sayang kat dunia nie.




Cintaku terhadapmu ibarat emas. Makin hari makin tinggi nilainya... ~jiwang kejap~

Aku tolak sebab aku bukan FASHA SANDHA yang suke kacau rumah tangga orang; yang suka kacau tunang orang; dan yang suke kacau boyfren orang hanya sekadar untuk test market sendiri.

Maybe aku murah tapi aku tak desperate... Aku faham perasaan pompuan bile tahu orang yang dia sayang ader skandal dengan pompuan lain. Sebab aku pernah alami. Bukan sekali, bukan dua kali tapi banyak kali. Beribu-ribu lemon...

Kalau sekadar nak bertemu sebagai seorang sahabat atau sekadar tempat untuk dia meluahkan perasaan ketika dia ada masalah, aku tak kisah. I'm here for him. Tapi untuk menjadi lebih dari itu, memang agak mustahil.

Dulu... DULU... D.U.L.U.... aku pernah ader skandal dengan seorang berpengaruh di Kuala Terengganu. Orangnya memang dah berusia tapi dulu aku suke dengan DUIT (sekarang pon still suke.. hehehe). Aku berdamping dengan dia bukan sebab aku sukakan dia tapi sebab DUIT. Jahat kan, aku...

Masa aku rapat dengan dia, dia selalu bercerita tentang wife dia. Wife dia itu, wife dia ini. Luar dalam semua dier cerita. Well, aku tak amik port sangat. Tak penting bagi aku untuk dengar semua tu. Tapi yang buat aku tak sedap hati bile dia cerita keburukan isteri dia. Mungkin dia sengaja mereka cerita untuk menarik simpati dari aku ATAUPUN benda tu memang berlaku.

Tibe-tibe aku terfikir, kenapa dia cerita semua kat aku? Inikah lelaki?? Bila isteri dah "tak boleh pakai", dia mula "makan" di luar. Kalau "makan" saja tak apalah. Ini tidak, habis luar dalam isteri dia cerita.

Benda-benda nie semua memang buat aku fobia untuk buat komitmen dengan lelaki.


Adakah cinta ini ibarat buih? Tahan sekejap, lepas tu pop! pecah...

Bak kata Rossa "Bukanlah semua laki-laki busuk namun ladies tetaplah harus waspada". YES... Ayat nie memang aku setuju.

Macam kawan aku, Inah. Dia beruntung bersuamikan Musa. Dah la good looking, alim ala-ala ustaz, baik... Tapi susah kan nak cari lelaki macam Musa sekarang. Adess...

Ade 1 kisah..

Aku kenal mamat nie through laman web sosial, Tagged.

Dah lama kenal dia dan baru sekali keluar date. Itu pun lepas banyak kali plan tapi tak jadi. So far, he's a nice guy dan sepanjang kawan dengan dia, dia selalu buat aku gelak. Simple je hidup dia dan dia nie jenis tak suke meng"complicated" kan hidup dia.

So far, aku senang dengan dia.

Ini dikira skandal aku ke ek?? Oh, nampaknya aku memang tak insaf lagi. Huhuhu...

Opss... ader 1 lagi kisah.

Aku dan Fara kan baru je kenal dengan 1 geng nie. HM, R, N, P dan Yo... Alkisahnya honestly, aku suke kat HM... Gambar dia pernah aku publish dalam blog nie. Korang cari sendiri dalam entri yang lepas-lepas ye...

At the same time, R suke kat aku dan R plak memandai-mandai declare aku nie hak dia. Aku tahu HM juga suke kat aku sebab kitorang selalu bersms dan beremail. Y plak minat kat Fara. N tu just main-main dan suke menyakat. Dan semalam aku dapat tahu P jugak minat kat aku. Dia yang mengaku sendiri. Maknanya at the same time 3 orang suke kat aku.

Bulan lepas, HM bergaduh dengan R sebab R berasa HM mengganggu "line" dia dengan aku. Aku dengar macam teruk aje diorang bergaduh. Aku rasa tak sedap ati sebab diorang dah berkawan lama dan disebabkan aku, diorang mule bergaduh. Tanpa sedar, aku terima R sebagai teman. Aku tipu R. Aku kata HM tak lebih dari seorang kawan sedangkan hati aku masa tu untuk HM...

Seminggu aku dengan R, aku mula memberontak. Tambahan lagi R masih menunding jari kat HM. Tak dinafikan HM dan aku selalu bersms. Yup!

Lepas seminggu, aku dengan R bergaduh. Dan aku mengambil peluang ini untuk "lari" dari R. And at the same time, aku dengan bantuan Fara jumpa HM secara senyap-senyap. Last kami jumpa di area Ampang.

From that nite, kami makin kerap bersms. Pernah kami bersms sampai pukul 5pagi. Hebat, kan? Huhuhu... Nasib baik weken. Kalau weekdays, mesti mata aku dah rabak nak pergi kerja.

Till now, kami duk sms aje. Sometimes, call.

A? Dia pun ada skandal. Cuma aku buat-buat tak tahu aje. BTW, aku dah malas nak berharap kat dia lagi dah. Aku setia pun, dia still buat hal. Nasib baik Tuhan kurniakan aku hati yang keras. Tapi keras-keras pun, dalam hati ada taman, beb.


Monday, March 15, 2010

Ceritera

Hari Sabtu malam, Fara datang amik aku kat rumah. Fara ajak aku tido rumah dia lagi. Aku tak kisah. Aku ikut je. Lagipun aku bosan.


Before pergi rumah Fara, kitorang singgah kat Tasik Titiwangsa. Lepak-lepak jap. Tapi hujan renyai-renyai plak turun. So, tak lama kitorang lepak. Then, kitorang beransur ke Dataran plak. Tapi malam tu, tak berapa meriah sebab orang tak ramai. Dalam pukul 1pagi, kitorang balik rumah Fara kat Gombak.


Malam ti, Fara tido awal. Tinggal aku sorang-sorang duk layan Facebook. Tapi malam tu memang aku busy. Aku bersms dengan 4orang sekaligus. Penat tangan aku duk menaip sms. Sampaikan konfius mana 1 yang patut aku hantar dulu. Dah la layan chatting dalam Facebook lagi.


Pukul 5pagi, barulah aku tido.


Tengahari Ahad....


Pergi ke rumah Kak Yah tukang masak. Pergi makan tengahari kat situ. Pastu kuar pergi rumah mak angkat Fara kat mana ntah. Aku pon tak sure. Dalam kul 2 petang, bertolak ke S. Alam plak. Nak pergi rumah aunty Kak Dik.


Kak Dik nie housemate Fara.


Lepak-lepak kat situ sampai pukul 4 petang. Then kitorang dan family aunty Kak Dik nie plan nak main boling kat Summit Subang.


So, pergi kat sana dengan 2 buah kereta.






Masa main boling tu, tak sempat nak amik gambar. So, amik gambar selepas habis main. Tapi memang spoil mood aku main kat sini. Orang lain punyelah ramai tak pakai stokin, group aku nie jugak la yang diorang duk bagi warning... Cam hampeh tul la! Aku nie memang sah-sah la pakai stokin tapi family aunty Kak Dik nie tak pakai, Fara pon tak pakai... Staff kat situ memang tak adil...


Pas main, kitorg singgah kat kedai makan Thai Food... Best jugaklah makanan kat sini.





Budak yang pakai baju hijau tu selalu pandang-pandang muka aku. Namanya Nazatul Sofea.




Ini Fara. My best buddy...





Ini lak aku... Sopan sikittt...



Dalam pukul 9 lebih malam, Fara hantar aku balik. Tapi kat tengah jalan, Kak Dik dapat 1 call dari someone. Then, terus tukar arah ke Hotel KL International.


Time nie aku dah tukar baju...


Jeng..jeng...







Aku nie bukannya boleh pakai sopan lama-lama.. hiks...

Saturday, March 13, 2010

Rujuk kepada blog Kak Di yang selalu aku follow :

Sekiranya anda sudah ataupun mahu berumahtangga, dan ingin mengetahui sama ada anda serasi atau tidak, dan boleh bermuafakat atau tidak dengan suami anda, bolehlah anda mencuba cara dan juga petua ini :Eja nama anda dan namanya (teman lelaki) dalam huruf JAWI. Hitung nama anda mengikut hitungan ABJAD, kemudian hitung nama lelaki itu dengan kaedah yang serupa. Jumlahkan keduanya. Kemudian tambah 7 . Sesudah itu, tolak 9 sehinggalah bakinya menjadi 9 atau kurang.

Kemudian rujuk kepada jadual di bawah ini:-Bakinya Interpretasi

1 Tidak baik, dipandang rendah
2 Baik
3 Mulanya rendah, akhirnya buruk. Setelah sempit, senang
4 Baik lagi kuat
5 Rumah kemakmuran, telaga di bawah gunung
6 Mula baik, akhirnya dukacita
7 Rumahtangga bahagia, hamparan terbentang,sekaya-kayanya
8 Rumah terbalik
9 Berpindah, berbantah, berpecah.

Petikan daripada buku
MENGENAL LELAKI.
Karya Ibnu Yusof.

Aku dah test nama aku dengan beberapa orang yang aku kenal... hehehe...

the results are :

1- Aku dgn A : (2) baik

2- Aku dgn HM : (1) Tidak baik, dipandang rendah

3- Aku dengan R :(2) baik

4- Aku dengan S : (2) baik

Kenapa aku dengan HM tak baik nih? Huhuhuhu... Waaaa....

Takpe, jangan percaya sangat... Dengan A, R dan S,.... baik. Ok la tu... Hehehe...

Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t... kepada umat-umat Islam seluruh dunia yang membaca blog ini... ~Tetibe feeling macam ustazah.~

Wah..wah... lately banyak betul gambar aku yang pakai tudung. Owh apakah aku sudah mendapat rahmat dari NYA...?

Yang ado! Manuasia macam aku nie dapat rahmat?? Orang gile dengar pon leh gelak tergolek-golek tepi jalan...

Cerita kali ni sebenarnya dah lama berlaku. Cume aku malas nak update. Kang ader plak yang kutuk-kutuk aku. Yelah kan.. Rambut sama itam tapi hati lain-lain. Maklumlah aku nie kan sekejap pakai tudung, sekejap tak pakai... Macam main-main plak. Pastu perangai aku macam setan pulak. Tak gitu??

Watever la...

Korang fikir la apa yang korang nak fikir...

Ini kisah malam Maulidur Rasul ari tu.. Bln lepas...

COMBI aka Suhairi beriya-iya sangat nak aku datang ke majlis yang diadakan di Taman Tamadun Islam. Mule-mule aku refuse jugak nak pergi sebab majlis tu habis lewat malam.. Tapi Combi punye pasal, aku datang jugak. Plus dier kata dier sanggup amik aku naik buggy dari luar pagar Taman tu. -Kereta takleh bawak masuk. so kalau nak masuk, kena park kereta kat luar dan kena jalan kaki sejauh hampir 500meter.-

Jam 9 lebih malam, aku bertolak dari rumah dan pergi ke TTI. Combi datang amik aku dari pagar masuk dengan buggy... Ramai gile yang tengok. Kesian pulak tengok makcik dan pakcik tua yang kena jalan kaki untuk masuk ke dalam... Yang muda-muda tu lantak la, kan...

Macam biase aku akan bawak makanan untuk combi... kali nie aku bawak cucur udang femes kat Terengganu. Petang sebelum aku ke TTI tadi, aku sempat ke pasar malam Terengganu kat Shahbandar.

Macam biase jugak, bile pergi ke TTI, ramai la kawan-kawan lama yang aku jumpe. Sembang-sembang.... Aku plak perasan macam VIP..

Yelah, bile sampai kat kiosk jualan TTI, aku dapat makan free... Pastu bile nak ke gerai-gerai jualan lain, aku naik buggy... Driver aku siapa lagi kalau bukan COMBI... Hahahaha...

Ibaratnye malam tu aku jdi PA Combi la. Iyelah, kemana-mana Combi pergi, mesti aku ikut. Kalau bini Combi tahu, mati aku!

Aku sempat lah snap beberapa keping gambar masa majlis diadakan...


Ramai jugak yang datang... Semua generasi ader.. Tua, muda, kanak-kanak... Bagus orang-orang Ganu nih...


Kak Pah (Syarifah Aini) - pakai jubah itam- sedang membuat persembahan...



Ok tak aku pakai tudung nih? Ni tudung mummy. Aku pinjam... Aku nie manalah bawak tudung balik kampung...




Ini Fan... Masa aku kerja kat TTI dulu, dier nih jadi budak praktikal kat situ. Sekarang dia dah jadi salah seorang staff bahagian F&B kat TTI...
Bile dah bosan, Combi ajak aku pergi survey-survey barang kat gerai-gerai yang disewa... Aku sempat la beli kasut Crocs RM20.. design terbaru, okeh.
Masa pilih-pilih kasut tu, aku jumpe la bos lama aku, Encik Khairil.
"Cam lagi ke dok dia nih?" soal Combi kat Encik Khairil.
"Cam-cam..." balas En. Khairil.
"Nasib baik cam.." sampuk aku.
"Aik, berhemah plak pakai malam nie..." kata En. Khairil sambil gelak-gelak.
Aku dan combi pun sama-sama gelak.
"Tengok majlis la, bos...." balas Combi..
En. Khairil nie memang suke mengusik aku. Masa aku kerja kat situ dulu, akulah pekerja paling HAMPEH... Kata je pekerja TAMAN TAMADUN ISLAM, tapi tak macam Islam langsung.. Masa bekerja tu memang la sopan. Tapi bile di luar office hour, memang hampeh.. Seksiiiii... Semua staff kat situ tahu aku seksi...
Tapi diorang semua tak amik port.. Yang penting, aku tak menyusahkan diorang...
Malam tu aku pakai tudung + baju punjabi kaler oren + seluar panjang kaler krim... Kan nampak sopan dan ayu je... Sure la En. Khairil rasa pelik.
Majlis Maulidur Rasul ni tamat jam 11.15malam. Tapi aku kan suke lepak-lepak dengan Combi. Merata-rata kitorang pergi dalam taman tu. Dalam pukul 12 malam, aku suruh Combi hantar aku balik rumah. Kesian plak kat daddy yang tunggu aku kat rumah...




Gambar diatas adalah papan iklan untuk kedai-kedai yang terdapat dalam kawasan TTI... Menarik! Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, pergi la sendiri kat Taman Tamadun Islam...!
*aku menyampah dengan sorang staff baru TTI... Pompuan. Aku tak tahu nama dia apa. Tetibe je jeles bile aku rapat dengan Combi. Dia tak sedar yang aku memang dah lama rapat dengan Combi... Takpe, lain kali nak gedik-gedik dengan Combi depan dia. Biar dia makin jeles.. Hahahaha... - laugh like a devil-