Friday, April 30, 2010

?

Aku terkejut, terkesima, terpana

Langsung takde mood nak makan

Takde mood nak buat kerja

Takde mood nak gelak-gelak

Sekarang aku selalu tido awal

Kalau takleh tido, aku kena keluar jalan-jalan

Kalau tak,,,

Nanti aku duk ingatkan dia

Ingatkan saat-saat aku dengan dia

Walaupun baru beberapa kali keluar dengan dia

Ia melekat kat dalam hati aku

Now, aku kena kuat

Aku kena lupakan dia dan kenangan masa bersama dia

Aku nak buang dia dari hidup aku

Aku tak nak ingat kat dia lagi

Aku tak bencikan dia sebab aku tak mampu bencikan dia

Tapi aku tak nak ingat kat dia lagi... aku nak lupakan dia

Aku sedih tapi aku tak boleh menangis

Air mata aku susah nak keluar

Aku menangis dalam hati...

Aku tak tahu kenapa dia buat aku macam nie?

Susah sangat ke nak terus terang?

Mungkin dia tahu... kalau aku tahu kebenaran tentang diri dia, aku akan tinggalkan dia

Yup! Memang aku akan tinggalkan dia walaupun hati aku sendiri yang sakit

Sebab aku bukan perampas... aku bukan perosak kebahagiaan orang lain

Aku tahu dia memang betul-betul sayangkan aku

Dia serius dengan aku

Cume dier hanya sembunyikan sesuatu dari aku

Aku ralat

Sebab aku tahu tentang dia dari mulut orang lain

Bukan pengakuan dari dia sendiri

Mungkin Tuhan sayangkan aku

Sebab tu Tuhan terus bagi petunjuk kat aku

Supaya aku tak terjebak dengan dia lama-lama

Walaupun sekejap dengan dia

Ia dah meninggalkan kesan mendalam dalam hati aku

Apa-apapun memang aku kena pergi dari dia...

Biarlah dia dengan hidup dia

Aku?

Biarlah aku kat sini... Dan aku akan terus mencari

Monday, April 26, 2010

Aku nak ajak korang speku lagi

Nak kata besday aku, lambat lagi. Nak kata anniversary pun, lambat lagi. Nak kata ada event tertentu, tak de...
Hmm...


Ntah la. Tetibe je dia bermurah hati. Aku plak, kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan.. Hehehehe...



Siyes aku rasa pelik. Mungkin sebab sebelum ni dia pernah tanya aku,

"U rasa i tak jaga u ke?"


Then aku terus je jawab, "a'ah..."



Terus-terang okeh. Sekarang nie aku memang suke cakap terus-terang. Sape nak terasa hati, terasalah. Mulut aku nie dah tak boleh brek lagi dah... Direct je cakap. Bahaya tul mulut aku sekarang neh... Huhuhu...



And aku rase ini salah satu cara untuk dia ambik hati aku. Apapun, aku appreciate ape yang dia dah buat kat aku. He try to make me happy walaupun kadang-kadang tanpa dia sedar dia menyakitkan hati aku.


Semalam, aku dan dia pi jalan-jalan kat JJ. Plan nak main boling tapi waiting list pulak. Then, kitorang jalan-jalan kat kawasan sekitar. Sekali dia nampak 1 butik neh.


Dia : U minat lagi jenama nih?


Aku : A'ah... Kenapa?


Dia : Jom masuk. Tengok-tengok.


Kitorang pun masuk kat dalam butik tuh.


Dia : U pilihlah mana-mana 1 yang u nak.


Aku : ???
Terus aku pi survey kat dalam butik tu.


Nak tahu pe yang aku dapat?


>



>>>>



>>>>>>>



>>>>>>>>>>>>>>>



Tadaaaaa,,,,






Jeng jeng....



Dan akhirnya jam itu berada di tanganku...
Harga? RM599... Fuhh.. Huhuhu...

*Sila abaikan bulu-bulu di tangan aku tuh ye... Sepak kang...






Dan jam lama telah bertukar tempatnye.... Aku masukkan ke dalam kotak balik.


Pasni leh la tukar-tukar jam. Sekejap pakai yang tu, sekejap pakai yang nie.


Best-best....

Cube teka siapa yang bagi jam nie kat aku? Speku cepat!


Tapi apesal aku cam dapat agak korang leh teka dengan tepat ek?


Thursday, April 22, 2010

BLUR...





MY DEAR SAKIT DAN SAYA TAK TAHU SAMA ADA NAK CALL DIA KE TAK?





BLURRRR....






*hanya
orang yang tahu cerita sebenar saja yang akan paham...


Ijau Naung Sempene Ari Bumi

Sekali sekala buat tajuk dalam loghat Terengganu. Best la pulop...

Ijau naung.
Kuning sior.
Meroh nyale.
Itam legam.
Putih lepuk.

Hehehehe... Yang tak paham tu, buat-buat paham la ye...

Hari nie adalah Hari Bumi Sedunia. Sejak last week lagi opis aku ader hantar email tentang Hari Bumi nie. Dan hari nie staff semua digalakkan untuk memakai baju kaler hijau.

Dan aku juga tak terkecuali memakai baju hijau. Saje je la kan menunjukkan sokongan aku kat Kempen Hari Bumi nie. Bukan susah pun. Pakai baju kaler hijau je...

Bersemangat neh!





Hijau naung pemandanganku hari ini... Hehehe...

Tuesday, April 20, 2010

Nak tahu siapa boyfriend saya?

Saya? Hahahaha... Poyo!

Sejak bile Diana cakap saya-saya neh? Buang tabiat sudaa.. Hahaha....

Ekceli aku blur. Dun know wat to do... Yang aku tahu aku blur sekarang. Serius punya blur.

But thanks GOD, aku masih boleh mengawal perasaan aku.

Ingatkan kapel dengan orang kaya nie senang... Opss.. bukan orang kaya, tapi anak orang kaya. Rupe-rupenye susah. Macam-macam halangan. Ni baru awal hubungan. Tak di tengah hubungan lagi. Ntah lepas nie ape pulak halangan yang datang. Macam drama Erra dan Aqasha plak, "Mertua vs Menantu".

Dulu aku minat gile dengan drama tu. Terkena badi ke? -wakluuuuuuuu-

Mungkin korang semua nak tahu macam mana aku bertemu dengan si dia... Well, perlukah aku bagitahu? Penting sangat ke korang nak tahu?

Kang kalau aku tak bagitahu, korang pikir lain pulak. Tapiiii kalau aku bagitahu pun, korang pikir lain jugak kannn... So, aku tak yah bagitahu la...

Lagipun, tak penting. Yang penting korang tahu aku dah kapel...

Semua kawan-kawan aku tak pernah tengok wajah PAKWE aku sekarang kecuali FARAS. Hensem ke? Huduh ke? Bergaya? Selekeh? Tinggi? Pendek? Sementot?

Tadi aku cakap dia anak orang kaya...

YES! It's true. Mak bapak dia memang kaya. So, dia tumpang dua kaki. Tapi jangan fikir bukan-bukan. Dia jugak berdikari. Dia ada kerja sendiri. Dia cari duit sendiri. So far now dia memang berjaya. So, jangan nak memandai-mandai cakap dia hanya reti makan duit mak bapak je. He's not that type of man...

Dia rapat sangat dengan mak dia. Dia panggil mak dia mama. Best sangat bile dengar dier cerita pasal mama dia. Yang aku tahu mama dia sangat care about anak lelaki dia yang sorang nih. Sangat-sangat care. Anak lelaki dah dewasa. Memang la kena jaga. Takut "tersesat"...

Bagus mama dia nih. Aku pun setuju.

Pakwe aku nie memang kena kongkong dengan mama dia kaw-kaw punya. Malam-malam takleh keluar kecuali ader game. Pakwe aku nie atlit. Suke main futsal, bowling dan badminton. Nasib baik aku suke main boling dan badminton.

Dia dah janji nak ajar aku macam mana nak baling bola boling secara spinning... ~ntah betul ke tak aku sebut~.. Lantak ah.

Dia ada kasut dan bola boling sendiri. Dia ada set bola futsal sendiri dan set badminton sendiri. Abah dia memang sokong dia melibatkan diri dalam games... Sebab takut dia terlibat dalam game atas katil... Oppss... Hahahaha...

Dia rapat dengan along dia. Along dia banyak bagi nasihat kat dia. Dia pulak sangat tegas dengan adik-adik perempuan dia. Tapi tak adalah sampai nak pukul adik-adik. Well, adik-beradik dia semuanya jenis berjaya. Belajar tinggi-tinggi dan amik course yang hebat-hebat.

Ada sorang adik dia yang nak jadi macam abah dia. Fuhhh... kalah adik-beradik aku.

Dia sangat responsible pada pandangan aku. Dia try nak didik aku jadi seorang WANITA... Bukan wanita biase tapi WANITA yang BAIK...

Baik yang macam mana?

==> Dia dah tak kasi aku keluar malam-malam. Paling lama aku boleh keluar, limit 4 jam. Contohnya, aku keluar pukul 8 malam. So pukul 12 malam, aku dah kena balik rumah.

Aku pernah tanya,

"Dear, kalau b keluar pukul 12 malam, so b kena balik pukul 4 pagi la ek?"

Nak tahu apa dia jawab,

"Kalau b keluar pukul 12, baik jangan balik terus. Duk je kat luar sampai besok pagi..."

Dia sindir tuuuu...

==> Dia juga tak suke aku merokok... Well, aku memang tak merokok pun.

"Dear, kalau b merokok, ok tak?"

Pastu dia bisik kat telinga aku,

"B pilih antara dua. Nak kena lempang ke terajang?"

Fuhhyooo... Ganas siottt... Nasib baik aku memang bukan perokok. Kalau tak sia-sia je aku idop kena sepak terajang dengan dia. Huhuhu...

"Dear sanggup ke nak lempang terajang b?" Aku buat bibir muncung patblas.

Dia bisik lagi, "Boleh je tapi tak tergamak... Dear kan sayang b. Dear taknak b sakit. Merokok tu kan tak elok..." -sambil usap-usap pipi aku... Hehehehe... Pandai kan dia jawab.

Tahu pun merokok tu tak elok. Tapi dia merokok boleh pulak! Haihhh...

==> Dia taknak aku jadi kaki disko. Aku ingat lagi 1st question yang dia tanya aku masa mule-mule jumpe dier dulu.

"U kaki disco ke?"

Wakluuuu kaki disco! Ape barang!?

==> Aku boleh melepak tapi tak boleh menggatal. Ni common sense laa... Semua pakwe tak suke makwe dia menggatal. Aku pun reti la jaga batas kan...

==> Dia tak kisah aku seksi tapi jangan sampai terdedah sangat sampai luak...

Mak ooiii... Aku seksi biase je.. Heheheh...



Memang pada pandangan mata orang dia try nak ubah aku. Tapi bak kata Kak Aiza, dia try ubah aku ke arah kebaikan. Bukannya makin merosakkan aku. Dan tak salah kalau aku ikut kata-kata dia. Aku pun tak rugi apa-apa...

Well, aku nak berubah... No scandal anymore.

Eh, sebut pasal skandal, 3 ari lepas aku dapat perfume BVLGARI dari one of my scandals. Opsss.... Terbagitahu plak.. Huhuhu...

Apapun, aku sedang menuju ke pintu bahagia. Harap semuanya berjalan dengan lancar...

Monday, April 19, 2010

Hilang suda.....

Hilang... hilang... hilang...

Adess.. camne nih? Haruskah aku berduka lara? -eceh, poyo!-

Tapi hilang suda.. Huhuhu.... Tensi okeh! Tensi!!!! Dah la memang aku susah nak dapatkan dia and now senang-senang aku hilangkan ia... Fuhh,, ape nak jadi dengan aku nih? Diana, wat's wrong wif u, bebeh?

Huhuhu...

Bukan senang aku nak mulakan tapi sekarang aku dah tamatkannya. Macam mana aku nak start balik?

Ok-ok... Drama kejap...

Aku bukan hilang pakwe la... Pakwe aku still ader setia dengan aku.

Aku sebenarnya hilang diet! Ni semua gara-gara GIA buat majlis doa selamat aka Potluck... Adoii... Sekelip mata je diet aku hilang. Bukan main lagi aku diet nak kurus selama ini. Tup-tup tadi 2 pinggan nasi beriyani aku bedal.

Sape nak jawab tuh?





Ketika bacaan ayat suci pembukaan acara majlis... Muke masing-masing serius je. Maklum la masing-masing tak sabar nak bedal makanan yang best-best kat luar tuh...



Yeah! Makan time....
Antara dessert yang ada... :-













Itu cume antara, ok... Ader banyak lagi makanan yang ada cume aku tak snap je. Malas haihh...
Ini antara dessert yang IKA ambik... Hamboi, Ika... Meriah nau ye... Hilang diet ko.. Heheheh...
Ni yang paling special untuk majlis nie... Nasi beriyani kambing dan ayam. Dua-dua aku bedal. Memang betul kan... Diet aku dah hilang...
Pasni kena diet balik. Biarlah pakwe aku cakap, "B, dear tak kisah b macam mana pun. B lagi gemuk, lagiiiii la dear suke..."
Erk.... Camne ek?
Kompius...

Thursday, April 15, 2010

Update

Syukur...syukur... syukur...!


Serius aku rasa bersyukur sangat-sangat...

Aku memang tak sangka masih ada yang boleh menerima aku seadanya...


Masih ada yang boleh sayangkan aku... Masih ada yang sudi menghulurkan cintanya kepada aku...


Dan jejaka itu telah membuka hati aku semula untuk bercinta dengan serius buat kali ketiga.


Aku harap kali ini hubungan kami kekal selamanya.

DEAR untuk aku dan aku untuk DEAR...





*Weken nie kemungkinan kami jadi balik ke Terengganu... Debor wesss...

Monday, April 12, 2010

Orang nak kata aku apa, katalah...

Dalam dunia nie, semua orang nak hidup happy. Semua orang ada hak nak rasa bahagia... Semua orang ada keinginan nak dicintai dan menyintai..

Begitu jugak dengan aku. SERIOUSLY, aku memang masih mencari... Dan aku rasa aku takkan rasa penat mencari dalam masa terdekat nie sehinggalah orang yang memenuhi kriteria aku, mummy dan daddy aku ditemui...

Orang kata, CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DICARI, CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TAK MEMBERI...

Readers (ekceli ramai yang jadi stalker) yang memang dah lama follow blog aku tahu aku pernah memberi cinta aku yang SERIUS pada 2 orang lelaki iaitu A dan L. Yang lain-lain tu hanya skandal dan cinta sementara je.

Now L pun dah nak kawin bulan 6 nie. Itupun dia masih contact aku. Tak kisah la kan... Kawan. Aku takkan lebih-lebih dengan bakal laki orang ataupun laki orang...

A? Aku dah serik la kot... Luka yang pernah dia buat kat hati aku nie still aku terasa sampai sekarang. Pedih wooo... Sampai sekarang aku tak paham kenapa dia buat aku macam tu... Nak kata aku tak setia dengan dia dulu, aku nie setia bukan main lagi. Sampaikan aku dah tak pandang dah mamat-mamat lain.

Eh, kenapa ek tetibe aku nak cerita tentang benda nie?

Ok-ok... Aku tak nak ungkit lagi dah... Nanti aku nangis lak... Aku tau la kalu aku nangis pon takde orang yang kisah, kannn... Ada hati yang lagiiii suke kalau aku nangis. Ada hati yang lagiiii suke bile tengok aku sedih. Kannn...?




Eh-eh, menyimpang plak. OK, sambung citer.

Aku tahu korang sedia maklum yang aku sedang berpacaran dengan HM. Kawan-kawan terdekat tahulah sape itu HM. Macam mana rupe dier, apa kerja dia dan sebagainya. Korang yang tak tahu, buat-buat tak tahu ajelah ye... Hehehe...

Well, aku tahu korang mesti pelik dengan hubungan aku dengan HM. Yalah, kitorang kapel tapi jarang berjumpa. Kitorang kapel tapi jarang contact. Kalau contact pun, pukul 11 malam ke atas. Itupun sms. Jarang sekali call aku. Last aku jumpa dia hari Sabtu baru-baru nie. Kitorang overnite sampai Ahad pagi; pukul 2. Faras tahu dan housemates aku tahu. Aku happy, cume.... Ntahlah. Susah nak cakap.

Oleh sebab mood aku tak menentu, aku call Faras. Aku tahu Faras mesti tengah lepak lone ranger kat kat town. Aku call tapi tak dijawab.

Sampai Vista, aku lepak dengan Kak Aiza. Kak Aiza pun tido lewat kalau weken. Tup-tup Faras call. Dia memang ada kat town dan dia nak ambil aku. So, aku bersiap-siap nak keluar semula. Memang aku nie tak reti penat.

Faras datang dan ajak aku round town. Saat itulah aku kenal dengan someone... Aku panggil dia F.

Aku malas nak layan sangat F nie. Aku pun cakap kasar-kasar je dengan dia. Lantak ah, kan...

1st question yang dia tanya aku, "U kaki clubbing ke?"

Ewah-ewah... Enak bahasa sesuke hati disukai ramai je dia tanya aku camtu. See the body la, beb! Tak main ar kelab-kelab nih... Tu semua orang tak bertamadun. Tempat bising camtu pun dikatakan tempat hilangkan stress.. Agak-agak ah...

Aku tak sangka plak statement aku nie buat dia terpikat kat aku.

Bukan nak cakap ar... Dia nie memang tak hensem pun. Siyes...

Now, aku berkawan dengan dia. Kenal hati budi dia dulu. Malam ari Ahad 1st time aku date berdua dengan dia. I'M CRYING PADA DATE PERTAMA KITORANG! Hampess gedebuss tul. Tak tahu kenapa aku sensitip sangat malam tu.

Macam-macam yang dia bagi nasihat dan macam-macam jugak dia cerita tentang family dia. Apa yang pasti, family dia di kalangan orang yang baik-baik dan agak berada.

Ni yang aku segan neh... Haihhhh.....

Aku nie apelah sangat. Pompuan yang miskin lagi hina. Huhuhu...

Aku memang tak sangka boleh jumpa dia. Memang tak hensem tapi hati budi kire ok laaa... Tak kisahlah, kan... Yang penting hati aku senang. Peduli apa aku pada paras rupe...

Untuk menunjukkan kesungguhan dia kat aku, weken nie dia ajak aku balik Terengganu. Jumpa parent aku. TERKESIMA aku kejap. Terkesima okeh!

Hubungan masih terlalu awal. Orang kata buah masih lagi putik, tak masak pun lagi. Tapi dia dah nak go to the next step...

Kawan-kawan terdekat memang tahu apa perasaan aku sekarang. Malah Kak Aiza sendiri rasa senang dengan hubungan aku dengan F nih. Tapi entahlah... Masih baru. Aku malas nak citer panjang-panjang. Citer sikit-sikit je dah cukup...

Asalkan aku update. Tak gitu...?

Friday, April 9, 2010

Speku

Hahaha... Lawak-lawak... Korang tak yah ketawa sebab korang tak tahu apa-apa. Biar aku gelak sensorang jek. Hehehe...

Ekceli macam nie kisohnya...

Semalam aku cuti. Oleh sebab aku cuti, so aku jadi eksyen. Kengkawan semua duk bekerja keras kat opis, aku lak duk berjimba bangun lewat. Fuhhh nikmat beb.

Aku jadi eksyen tahap gaban sampaikan aku tulis status yang aku cuti kat dalam Fesbuk. At the same time aku bukak YM.

Maka, sebaik saja aku tulis dalam Fesbuk, ramai la yang tegur aku. Tanya kenapa aku cuti. Tetibe lak tu... Aku sengaja laa tak cakap. Biar diorang speku sendiri. Hahaha.. Jahat kan aku?

Ramai jugak yang komen kat Fb. Tapi paling ramai yang YM aku. Masing-masing tanya kenapa aku cuti tetibe. Wahhh, glamour gak aku ni ek? Hahaha.. Pasan!

Semua buat speku sendiri.

Ada yang kata, aku cuti kawin la... Cuti balik kampung laa... Cuti sakit la...

Paling ramai yang speku aku keluar dengan HM. Yang ado, okeh! HM sibuk dengan kerja sampai bulan 5 nanti. Kadang-kadang weken pon dier kena kerja. Selalu gak aku merajuk. Last-last dia kata nak jumpa aku weken nanti. Aku nak tengok je.... Wait and see... Huh!

Paling tak tahan, ada gak yang speku kata aku cuti bersalin. Hahahaha... Aku dah kawin ke sampai bersalin? Yes, dah kahwin. Nikah je belum. Hahaha... Mengong!

Pepandai jek korang buat speku ek...

Sebenarnya aku temankan daddy aku balik kampung laa... Takde orang nak temankan daddy aku pi Hentian Putra tuh. Daddy aku datang KL ari Isnin lepas. Datang sorang-sorang. Dia malas nak drive. Sebab tu dia datang naik bas.

Semalam dia balik. Biasenye kakak aku yang pi hantar dia tapi semalam Kak Long ada majlis Anugerah Khidmat Cemerlang. So, dia tak boleh nak temankan. Aku yang tawar diri nak temankan Daddy.

Tak sampai hati la plak nak biarkan orang tua tu duk melangut sorang-sorang tunggu bas datang.

Pagi semalam, aku call teksi. Suh datang amik kitorang kat rumah Kak Long. Pukul 9 .30 pagi, kitorang dah sampai kat Hentian Putra. Duk situ sambil sembang dan baca surat khabar.

Owh, ader benda yang buat aku angin pagi semalam.

Dah terpampang kat merata-rata tempat "DILARANG MEROKOK", tapi ader 2 ekor mamat hanj**g huduh lagi bodoh, still isap rokok kat situ. Kat blakang aku lak tuh. So, asap rokok tu sure la datang kat aku. Busuk, okeh! Ringan je mulut aku nak sound 2 ekor tu tapi kang tak pasal-pasal gaduh plak.

Kenapa aku panggil diorang ekor?

Sebab kalau diorang tu manusia, mesti la diorang paham sign tu. Ini tak... Buat tak paham. Pastu cara berjalan lak kononnye cam HENTIAN PUTRA tu dia yang punye. Kengkonon gengster kat situ. Dah la muke sekor-sekor tuh huduh. Tambah plak perangai huduh. Sekor gemuk cam beruang terlebih makan; perut macam orang pregnant setahun... Sekor lagi kurus kering cam cicak kubing.

Nasib baik bas sampai awal. Terus aku suh daddy naik bas cepat-cepat. Daddy pon angin gak dengan mamat 2 ekor tuh.

Pas daddy naik bas, terus aku pi Sentul.

Opssss.... SentuL? Apa yang aku buat kat sana ek? Hmmm.... Sila buat speku ye... Hahaha...

*Korang memang lawak la... Thanks sebab menceriakan idop aku. Hehehe...

Monday, April 5, 2010

Pujuk? Tak kuase...

Ahad...

Aku bangun pukul 12.30 tengahari. Itupun sebab aku nak tengok Melodi. Turun ke tingkat bawah nak tengok tv. Nampak plak Kak Dik masak. Dia buat masak lemak cili api. Best wooo...

Faras bangun. Terus kitorang makan. Tak reti-reti nak mandi dulu. Lantak ah kannn...

Layan tv jap. Then aku dengan Faras bersiap-siap nak keluar. Tak tahu hala tuju. Aku sms HM..

"Hai. Buat apa? Sihat?"
"Hai. Semalam kan baru sms. Mesti la sihat... u watpe?"

Seeee... nampak dier masih marah. Haihhh... Malasnye nak pujuk!

"I kuar dengan Fara. Tak tahu hala tuju. U kat luar ke kat rumah?"
"Baru je kuar."
"I see.. Kalau gitu takpelah. I taknak kacau u."
"Ek? Yeke? Yela tu? Tak ader la.. Baru aje nak kuar."
"Oooo... u nak jumpa geng-geng tu ke?"
"Geng-geng tu? Sape? Aik, cam marah aje..."
"Mana ader. I tak suke marah-marah orang neh." Aku menyindir.
"Nape cam something je.."
"Tak ader ape la. I ok je. U dah makan?"
"Ermm...k. Dah tadi. Diet."
"Diet? Kan u dah kurus. Tak best la kurus-kurus sangat. Tak best peluk."
"Diet tuk perut jangan boroi."
"Hahaha... U nie... Biarlah. Boroi kan seksi.."
"Tau takpe..."

Aku tak balas. Tetibe je takde mood. Ntah la... Rase malas nak sms dengan dia. Apakah???

Aku dengan Faras pi Selayang Mall. Pi karok sampai pecah suara. Serius telinga aku sakit gile. Sound dalam pusat karaoke tu memang bingit.

Then, kitorang pi McDonald Titiwangsa-Sentul. Makan malam kat situ.

A call aku. Bergayut dengan dier sekejap.

Pukul 8.45 malam, aku sampai Vista. Then, lepak kat ruang tamu sambil tengok ABPBH dengan Kak Aiza dan Lyn.

Pukul 12, masuk bilik. Aku sms HM.

"Hai..."
"Yup... Dah nak tido ke?"
"Baru baring-baring. U buat apa?"
"Tengok tv je..."
"Ooo... Ganggu ke?"
"Tak pun. Esok u kerja ke?"
"Kerja. U?"
"Esok i kerja pagi. Tadi u pergi mana?"
"I pi Selayang Mall. Karok dengan Faras. Nak tanya, i ada hantar pic i yang u nak ari tu. Dapat tak? N petang tadi u pergi mana?"
"Ooo.. Dapat. Tadi i jumpa Y."
"Ooo... I see. U tak ngantuk lagi ke?"

Time nie memang aku dah mengantuk.

"Lum lagi. U ngantuk ke? Pi la tidur.."
"Ok, I tido dulu.. Nite."
"Ok, tido la tuan puteri..."

Wahhh.. tuan puteri nih. Terus aku tido lena.. Hiks... ~gediksss~

Overbite... hahaha... salah taip daa.. OVERNITE

The same day aku jumpa dengan skandal Faras. Kitorang lepak kat sana sampai pukul 3 pagi. Time tu aku dapat mesej dari P.

"U ader dengan Fara ke?"
"Yup. Kenapa?"
"Kat Titiwangsa?"
"Taklah. Taman Desa."
"Laa... ingatkan tadi uols."
"Kenapa?"
"Kitorang nampak macam uols je."
"Taklah. Uols kat sana ke? Lepak?"
"A'ah... Meh la datang sini."
"On the way..."

Terus aku dengan Faras pecut ke Titiwangsa dari Taman Desa. 10minit je dah sampai.

Lepak dengan geng-geng mat bumbung nie memang best. Diorang suke buat lawak dan suke usik aku dan Faras.

Paling best, diorang pun camwhore jugak. Sporting la geng-geng nie. Serius aku dah lama tak jumpa diorang. Rindu pulak rasenya.

Tapi aku cuak bile jumpe R. Nampak je R, terus teringatkan HM. Kan R nak kat aku. Kalau HM tahu aku jumpe R, mesti dia...erm....aku tak tahu apa perasaan dia.

Mase Faras dating dengan skandal dia tadi, aku ader la sms dengan HM.

"I dengan Faras sekarang."
"Buat apa?"
"Temankan dia jumpa kawan."
"Ooo.. Lepas tu pergi mana?"
"Tak tahu lagi. Balik rumah la kot. Tak pun pergi Dataran."
"Meriah ke kat sana malam nie?"
"Ntah. Tak pergi lagi nih."
"Malam nie tido rumah sape? Rumah Faras?"
"A'ah. Faras ajak tido rumah dier."
"Tido rumah Fara takpe. Jangan gi lencong laen tempat k..."
"Ok. Dun wori..."

JANGAN LENCONG LAIN TEMPAT....

La nie sah-sah aku dah lencong lain tempat. Huhuhu... Tapi aku tetap akan bagitahu HM yang aku jumpa geng-geng dier. Hope dier faham.

Cuak gak sebenarnye nak bagitahu nih. Tapi better aku bagitahu dulu sebelum HM dapat tahu dari kawan-kawan dia.


Aku dengan N. N nie memang kelakar. Kelakar tahap 18sx.... Tak boleh blah dengan dia nie... Hahah...


Faras dengan P.

Geng-geng diorang tak tahu yang P kerap sms dengan aku jugak. Time jumpe nih aku dengan P buat-buat tak rapat. Well, P nie baik orangnye. Jujur. Cakap tak pernah menipu.


Salah satu kereta geng mat bumbung (GMB) kitorang. Wira yang telah di 'transform'. Sporty beb...




Aku dengan N lagik.. N nie suke nau enterprame. Suke nau amik gambar dengan aku.


Baju oren tu la pemilik kereta kuning tadi. Viva kat belakang diorang tuh adalah VIVA DIVA Faras.


Aku dengan R. Cuak tu memang la cuak tapi aku try to be selamba.


*Gambar-gambar diatas diambil pada jam 5.30 pagi - 4 April 2010.


Pukul 6 pagi, kitorang pakat balik. Aku dengan Faras still tak mengantuk. Matik laaaa....
Sampai aje kat rumah, aku terus sms HM.


"I baru sampai rumah. Tadi jumpa P, R dan N..."
"Hahaha... bagus la tu. Diorang tak bawak Y ke?"
"Tak. Dengar citer gaduh... eh, u tak tido lagi ke?"
"Lum... u pon tak tido lagi ke?"
"Baru nak tido. Now baring-baring. Eh, u tak tido dari malam tadi? Biar betul??"
"Takde la.. I baru bangun nak pergi kije."
"Oic. U kerja hari nie?"
"Yup. Tapi sampai pukul 11 aje..."
"Ooo... ok. Tapi jangan nakal-nakal ekk..."
"Laki-laki tak nakal tapi miang."
"Hoh! Yela !"
"Hahaha.. Nanti takde la segan lagi sebab dah berbaik dengan R, kan? Huhu..."


Aku dah perasan dah. Sms dia lain macam aje kali nih.. Rupe-rupenye jeles aku jumpa R. Haiyakkk!


"Berbaik? Tak la. Biase-biase aje. I banyak sembang dengan N tadi."

"Oklah... I nak racing dulu. Dah lambat ni."
"Ok, take care.."
Dia tak balas.


Adesss... dier merajuk ke? Haihhh... Takpe. Yang penting, aku nak tido dulu. HM plak dah pergi kije. Aku tido pukul 7.30 pagi... Esok baru pujuk HM.



Skandal Baru

Hari Sabtu, aku bangun lewat. Weken, mestilah bangun lewat kannn...

Aku tau, aku tau. Tak elok anak dara bangun lewat. Erkk.. dara ke? Huahaha...


That afternoon, Kak Aiza masakkan nasi goreng campak-campak. Why panggil nasi goreng campak-campak?


Sebab Kak Aiza pakat letak je apa yang dier nak letak dalam nasi goreng tu. Tup-tup menjadik. Best jugak... Hehee



"Akak, saya plan nak pi jalan-jalan kat Mid Valley la..."
"Nak buat apa?"
"Saje jalan-jalan..."
"Kalu nana nak pergi, akak pon nak pergi jugak la..."
"Ha, meh-meh..."


So, lepas makan, kitorang terus bersiap-siap nak pi Mid Valley. Serius aku dah lama tak jejak kaki kat sini.
Mula-mula aku plan nak pi Carrefour sebab nak beli barang-barang dapur. Almaklumlah aku nie tengah bersemangat nak buat kerja-kerja dapur. Time nie ajelah bersemangat. Pastu hilang laa...


Kak Aiza plak teringin nak makan aiskrim kat Baskin Robbins. Aku nie ikutkan ajelah kehendak dier tu...


Seronok betul Kak Aiza bila dapat makan aiskrim yang dia nak tuuu...


Nampak tak keterujaan Kak Aiza bile dapat aiskrim BR? Seee...



Ni aiskrim Kak Aiza punye...



Orang nie aku dah yah kenalkan... Orang gile glemer kat dalam blog nie... Ader aku kesah??




Ni aiskrim aku punye... Nyum nyum...


Terliur tak??


Pi beli cepat...!


Tengah syok shopping, HM call aku.


"Hai..."
"Hai..."
"U katner?"
"Kat luar. Mid Valley..."
"Ooo... Buat apa kat sana? Pegi dengan sape?"
"Dengan Kak Aiza. Akak Kelantan yang penah i cerita kat u dulu. I nak beli barang dapur. U katner?"
"Kat rumah."
"Tak keluar?"
"Malaslah nak keluar... Tak tahu nak pergi mana..."
"So, u duk kat rumah buat apa?"
"I basuh baju... Kemas dalam almari. Kan hari tu i balik kampung. Banyak baju yang kena cuci... Ni nak gosok baju plak. Esok i kerja pagi..."



Seee... baik tak boyfren aku? Duk rumah aje... Tapi girlfren dier nih, memang tak reti duk rumah...


Sembang-sembang, pastu letak tepon. Time nih aku duk kat luar surau The Garden. Kak Aiza nak sembahyang. Aku takleh join Kak Aiza. Bendera Merah! Huhuhu...


Bile Kak Aiza dah selesai solat, tetibe je Hp aku berbunyi lagikk.. Hm call lagi.


"U ader kat Mid Valley, kan?"
"A'ah la.. Kenapa?"
"Nak mintak tolong boleh?"
"Tolong apa? Cari skandal?"
"Hahaha... taklah. Buat apa cari skandal?" HM gelak-gelak.
"Habis tu? Hehehe..."
"Tolong tengok kat Butik Levi's, tengok jeans kat situ ader sale tak?"
"Ok. Nanti i pi tengok..."
"Orait. Apa-apa hal nanti u misscall. Pastu i call, k."
"Okay..."
"Take care..."


Terus singgah kat Butik Levi's. Tak sale maaa.... Sale untuk baju je.. Jeans takde.. Frust la ko, HM.


Aku call dier terus. Tapi takdenye dier nak angkat. Mesti nak suh aku miskol je. Bile miskol, dia call aku balik. Ape punye pelik la tabiat dier nih..


"Ader sale tak?"
"Sorry ye... Tak de sale. Baju je sale up to 60%."
"Ooo... yeke? Hmm... takpelah kalau macam tu."
"Ok."
"Take care... Ada apa-apa nanti, i call u k.."
"Ok."


Hmm... Itulah HM aku. Tapi serius, kami saling sayang tapi tak macam kapel lain. Kitorang jarang berjumpa. Bile rindu, call... sms... Masing-masing buat hal sendiri. Dengan dia, aku tak kisah dia nak jumpa sesape pun. Kawan-kawan dier pun kawan-kawan aku gak. Sebab tu aku tak kisah.


Sometimes aku selesa macam nie. Aku tak kongkong dia, dia pun tak kongkong aku. Orang kata, buatlah pasangan kite seperti kawan.



Maghrib barulah aku dengan Kak Aiza balik rumah. RM100 lebih jugak aku habis beli barang-barang dapur. Haihhh... Kaya Carrefour.


Malam, lepak dengan Kak Aiza dan Lyn kat ruang tamu sambil main fesbuk. Sekali hp aku berbunyi lagi... Ader mesej.


'Aku otw ke rumah mu. Bersiap sekarang...' - Faras.



Hampeh... Tak cakap awal-awal. Cepat-cepat aku bersiap. Ala kadar ajelah. Ingatkan nak pi Dataran. Rupe-rupenye......


"Oit... ko nak pi mana nie?"
"Taman Desa..."
"Nak buat apa?"
"Jumpa skandal."
"Hah? Yang ko cakap tu ke?"
"Yela..."
"Nak jumpa kat mana?"
"Pub."
"Hah,?? Oit, aku tak pernah masuk tempat-tempat gitu."
"Aku pun. Aku takut nih, Diana."
"Ok, relax-relax. Calm down. Erm, hensem ke?"
"Ntah."
"Haihhh... Dia kije ape?"
"Ntah..."
"Haihhhh.... Dia kaya tak? Hahaha..."
"Ntah..."
"Haihhh... ko ni! Semua tak tahu."
"Hahahaha..."


So, kitorang pun jumpa skandal Faras.


Mesti masa korang tengok tajuk kat atas tu, korang ingat aku yang ader skandal baru, kan?? Yela, yela. Aku kan jahat.


Kitorang jumpe dier bukan di PUB tapi dekat dengan pub. Mamat nih buat part time kat pusat snoker situ.




Well, aku tengok mamat tuh ok la... Caring dan aku suke tengok cara dia layan Faras. Gentleman je... Cume aku pesan kat Faras jangan bagi mamat tu apa-apa. Sayang adalah sayang. Cinta adalah cinta. Benda nie adalah dua benda yang berbeza. Dengan skandal, sayang. Dengan boyfren, cinta.


Mamat tuh ajar Faras main snoker. Aku? Tak nak la join. Tertonggek-tonggek depan orang. Nak tonggek, dalam bilik ahh...





Kitorang lepak kat situ sampai pukul 3 pagi...