Sunday, May 30, 2010

Bila aku balik kampung- Part 2

Terengganu Day 2


Puasan aku duk rumah. Makan, tido, tengok tv, layan internet... Inilah kerja aku sepanjang duk kat kampung. Sangatlah heaven okeh.

Oleh sebab aku bosan, so aku godek-godek kamera Nikon aku. Jumpe laa gambar-gambar yang diambil masa aku on the way balik kampung tempoh hari. Aku memang terlupa yang aku ader snap gambar malam tu.




Gambar ni diambil ketika aku tunggu Faridah datang ke kolam. Tubuh aku rasa lenguh-lenguh. Mula-mula aku duduk je atas kerusi, lama-lama terus baring atas meja. Virus P datang menyerang. Gambar nie di snap oleh FZ...




Gambar nie plak di ambil di atas lebuhraya Karak. Ingatkan balik lewat-lewat tak jem. Sekali jem jugak daaa... Sangat memeningkan kepala aku time nih...



Faras mula pecut 100km/j...

Aku ok lagi. Standard ah kereta MyVi pecut 100km/j...

Tapi lama-lama....... >>>>



Ha, tengok... Faras tak sedar dier pecut makin laju.

FZ dah pesan, jangan bawak kereta laju-laju sangat. Katanya, biar lambat asal selamat. *Yelah, bang....

Gambar kat bawah nie yang paling mahal...



*Wajah terpaksa di blurkan...



Tabiat aku dari dulu.... Kalau nak balik kampung, aku takde nak make up segala. Bedak pun aku tak pakai. Kirenye muka aku free dari segala bahan kimia...

Ok, habis godek-godek kamera. Time to breakfast...

Aku bagitahu mummy, aku teringin sangat nak makan pulut kelapa... Tup-tup menu tu jadi makanan pagi aku. Best-best...




Ok, dari pagi sampai tengahari aku just duk rumah. Melepak. Petang, aku keluar dengan mummy, daddy dan anak saudara aku, Amisha... Kitorang saja jalan-jalan kat bandar K. Terengganu.

Tapi siyes aku angin!

Angin gile! Menyampah... Rasa cam nak gi tampor sekor-sekor...



Ni mat-mat moto Terengganu yang takde otak dan takde mase depan... *bagi aku la...



Lampu traffic still merah tapi diorang semua dah gerak... Bodo tak? Ramai plak tu... dan hampir-hampir nak langgar kereta dari arah bertentangan.

Lokasi : Jalan Pasir Panjang

Ingatkan diorang nie dah takde... Sekali aku round lagi kat Jalan Hiliran.

Tengok gambar di bawah...



Diorang still nak langgar lampu merah. Nampak tak ader sebuah kereta kuning yang sedang melintas jalan tu? Moto-moto tu hampir langgar kereta tu.



Ni plak giliran jalan aku yang hijau. Mat-mat moto yang takde otak nie still nak mencelah. Memang diorang nie babun tahap gaban. Memang takde otak nye orang...

Macam nie ke pemuda harapan bangsa? Ader hati nak kawin, tapi perangai cam sial...!

Kalau boleh elak, aku nak elak dari kawin dengan mamat-mamat Terengganu yang takde masa depan cam diorang nie...

Ingatkan kalau keluar rumah, bolehlah hilangkan tension dan bersuka-ria. Sekali,,,, aku jadi makin tension laaa...

Mengom la korang mat moto... Dah la takde klassss... Nak tunjuk bakat tak kena tempat. Lagi orang kata korang BODO ader la... Dah la memang terang-terang korang tu BODO... Kalau korang cerdik, korang tak buat benda-benda BODO camnie.

Aku memang anti mat rempit yang BODO...

Wednesday, May 26, 2010

Lepas rindu

Sejak aku rapat dengan FZ nie, aku dah jarang spend time dengan kawan-kawan aku. Bukan lupakan kawan tapi aku habiskan banyak masa aku dengan FZ. Kang kalu tak spend time dengan dia, dia sentap pulak.

Aku nie kalu bab pujuk-memujuk nie, malas sikit. Tapi kalau orang pujuk aku, aku sukee jee... hehehehe...

Ari Sabtu lepas, aku dah spend time dengan FZ. So, ari Ahad giliran aku luangkan masa dengan kawan-kawan aku plak.

Jam 3 petang, Fara dan Kak Dik datang amik aku kat rumah. Then pi rumah Fery kat Kajang. Serius dah lama tak jumpa Fery. Biasa contact kat Fb je.

Pastu kitorang semua pi The Mines. Jalan-jalan kat situ.

Faras call Y, skandal dia. Suh Y datang. Y plak memang beriya-iya nak kat Faras. So, mamat tu datang jugak. Pendek kata, untuk Fara, dia sanggup buat apa saje. Heheheh... Kire bagus jugak la mamat tuh.

Pusing-pusing dalam The Mines, aku sempat gak la beli kasut wedges. Maklumlah aku nie dah kekurangan kasut. So, kena tambah koleksi la... Asik-asik pakai kasut sama je.

Pastu pusing-pusing lagi. Bosan punya pasal, kitorang pi singgah kat Secret Recipe. Minum petang kat situ.




Aku dan Kak Dik



Korang tengok muka Y nie ader iras-iras Cat Farish tak? Aku tengok cam ader la skit-skit... *Sikitt je... Mungkin tang bentuk muka dan ke chubby an tu...


Fara...



Sorry, gambar Fery takde.
Nak tahu pe kitorang makan kat Secret Recipe?


Tadaaa....


>


>>>>






>>>>>>>



>>>>>>>>>>




Aku, Faras, Kak Dik dan Y makan kek ni...

Fery plak makan kek nie...



Terliur tak?



Jom pi secret recipe...

Kongkong - bukan kingkong ye

Eh, dah lama aku tak update pasal diri aku kan? *poyo! Cam la orang nak tahu sangat kisah ko!...

Takpe... Memandangkan hari ini bos aku takde dan aku plak free sikit *sikit je tapi de kije nak buat*, aku update pasal diri aku.


Cerita nie sebenarnye dah lama kepam duk dalam draft entri aku. Cume malas nak create ayat sebab duk sibuk nak mengomel pasal AF.


La nie AF pon dah habis. So, boleh la aku cerita pasal diri aku plak.


Lately memang idop aku kena kongkong. Agak-agak siapa yang kongkong aku?


Eh, takyah speku. Sebab aku dah malas nak suh korang speku. Aku kena kongkong dengan FZ.


Adesss... Memang menguji kesabaran aku tul. Dah lama tak kena kongkong camnie. Bayangkan la aku kena report kat dia anything yang aku nak buat. Nak pergi kerja, aku kena bagitahu dia. Sampai opis, kena bagitahu dia. Nak lunch, kena bagi tahu dia. Nak balik rumah pun, kena bagitahu dia. Nasib baik aku nak pi berak, tak kena bagitahu dia. Kalau tak,


Paaanggg!! se das...


Every Saturday memang wajib aku keluar dengan dia. Wajib okeh. Takde sunat-sunat lagi dah.
Last Saturday, kitorang plan nak pi tengok Nightmare on Elms Street. Kitorang pi Mid Valley. Kul 12 pi sana. Beli tiket wayang kul 1 petang. Takde la lama sangat menunggu.


Serius movie Nightmare nie seram. Tapi takdelah seram melampau sangat. Cume aku penat terkejut.


Habis tengok movie, kitorang pi cari makan. Lapar la pulak. Kitorang pi Pizza Hut. Dah lama tak makan pizza. Kali nie aku belanja. Segan jugak asik-asik FZ je yang belanja aku. Lagipun gaji dah masuk.






Habis makan, pi ronda-ronda dalam Mid Valley tu.


Owh ye. Kitorang pi Carrefour sebab aku nak beli barang dapur.


video


*Sory ye.. video senget...


Jam 5.30 petang, FZ hantar aku balik. Penat laa jalan lama-lama. Lagipun malam nanti kan ader AF Final. Sebab tu kena balik awal.




Sekadar gambar tambahan *diambil ketika lepak dengan FZ kat tepi kolam.


Sekian.






Monday, May 24, 2010

Pilih kasih

*News credit to mstar.com
_____________________________________________________

Norman Tidak Setuju Komen Adlin: Adira Buat Persembahan Seorang Juara AF8

"Bukan kata Adira tidak buat persembahan yang baik, tetapi dia mempunyai persembahan yang sangat, sangat baik. Dan saya begitu terharu dengan persembahan dia.

"Tetapi semua finalis membawa genre muzik yang berbeza. Jadi kalau kita nak bezakan antara durian, oren, epal dan anggur malah apa-apa buahan lain pun, masing-masing bawa lagu cara mereka sendiri," katanya kepada sidang akhbar selepas konsert akhir AF8 selesai.

Secara keseluruhannya, semua finalis membawa muzik mengikut aliran berbeza-beza. Sekiranya hendak membuat perbandingan siapa yang buat persembahan paling baik, siapa yang patut menang, maka sememangnya ia adalah subjektif.

"Kalau saya peminat jazz, saya katakan Maulana menang. Kalau saya peminat indie rock, saya kata Iwan. Maka setiap orang mempunyai minat masing-masing. Mungkin Adlin mempunyai kecenderungan terhadap sesuatu aliran muzik," kata Norman.

Norman mengakui itulah kelainan yang dibawa dalam AF8. Malah katanya, Maulana membuat persembahan yang cukup baik dengan muzik jazznya.

"Adira dengan muzik R&B dan Soul begitu. Iwan dengan indie rocknya. Daus dengan fun dan popnya, Shahir dengan win pop rock yang diterima ramai iaitu satu melodi minor tetapi dikeraskan dengan muzik rock," jelas Pengarah Eksekutif KRU Studio itu.

________________________________________________________

Ni ulasan aku plak :

Kalau dah tak setuju dengan pengkritik, buat apa amik pengkritik? Ko kritik la sendiri...

Haihhh... geram betul aku. Apesal Norman KRU sekarang nie cakap tak serupa bikin?

And kenapa Norman asik nak bela si Maulana tu? Balik-balik puji Maulana. Balik-balik Maulana. Macam laaa pelajar lain tak best... Agaknya Maulana tu pelajar favourite Norman kot. Sebab tu bila Norman tahu Maulana minat jazz, Norman asik bagi Maulana lagu jazz... Sedangkan pelajar lain, Norman bagi macam-macam genre lagu.

Contoh Alif. Diberi lagu Dangdut sampai dier terkeluar. Maulana? Pernah ke dia diberi lagu dangdut?

Shahir - pernah diberikan lagu Ziana Zain. Maulana? Pernah ke diberi lagu berentak lain selain JAZZ?

Aku bukan benci sangat dengan Maulana. Tak benci pon. Cume tak suke bile PENGETUA pilih kasih macam tu.

Sekarang bila Adlin bagi komen Adira buat persembahan Juara AF8, itu hak ADLIN la. Buat apa plak Norman pepandai nak kata Setuju ke Tak...? Nak suh ADLIN puji Maulana, baru Norman setuju ke?

Menyampah okeh!

Memang tak dinafikan kesemua pelajar AF yang layak ke FINAL itu berbakat. Dan memang diorang layak pon masuk Final.

Ekceli aku tak setuju gak Daus dapat tempat no.3. Tapi dah rezeki dia,.. nak buat macam mana, kan...?

Ikut pandangan peribadi aku, Daus di tempat ke5, Iwan di tempat ke4, Maulana ke3, Adira ke2, dan Shahir JUARA. Ni pandangan aku je la...

Ishh.. sampai sekarang aku rasa pelik. Kenapa Norman tak setuju sangat dengan komen Adlin nie? Pelik aku... Tak masuk dek akal.

AF8 dah pon berakhir. Norman pon sudah-sudah la bagi kenyataan. Takyah nak puji Maulana sangat.

Pelajar lain pon terbaik jugak. Bukan Maulana sorang je...

NEXT PENGETUA AF : jangan la pilih kasih, okeh...

Thursday, May 20, 2010

Akademi Fantasia 8 - Takde aura pon

*Pics credit to Murai.com



Minggu nie adalah minggu final AF8. Tapi korang perasan tak, AF kali nie macam dah takde aura. Takde yang menarik sangat melainkan kisah cinta terhalang Ain dengan Maulana dan Iwan dengan Nad.



Bagi aku, budak-budak ni semua bukannya masuk AF sebab nak belajar untuk menjadi penghibur terbaik tapi hanya nak cari glamor dan cari jodoh. Erk....

Aku nie bukannya nak lantang sangat bersuara dalam blog nie tapi aku nie peminat tegar AF... Dari AF1 sampailah AF7 aku ikut perkembangan pelajar-pelajar. Cuma AF8 nie je yang tak mampu sangat nak tarik minat aku. Kirenya AF8 nie tak mampu buat aku gile tiap-tiap ari Sabtu takkan kuar gi mana-mana sebab nak mengadap tv.

Pemilihan pelajar pun macam ntah apa-apa. Aku tak tahu kriteria yang macam mana yang layak masuk AF. Sedangkan masa aku tengok sesi ujibakat AF dulu, ramai lagi orang yang berbakat. Tapi tak boleh masuk AF pun... Memang tak paham.

Pemilihan lagu AF8 :

Norman duk jaja, dia kasi lagu atas bakat pelajar. Contoh Maulana yang sesuai dengan irama jazz. So, setiap kali konsert Maulana akan diberi tugasan untuk menyanyikan lagu berentak jazz walaupun lagu tu asalnya lagu rock.

Nak tanya, kenapa perlu bagi contoh Maulana je? Pelajar lain macam mana? Adira dan Shahir selalu diberikan lagu-lagu berentak berbeza setiap minggu. Ini barulah dipanggil "menguji bakat pelajar". Kalau Maulana asyik diberikan lagu irama jazz, macam mana nak menguji dia? Well, aku sokong Maulana diberi lagu "Anok tupai" (wakakaka...!) untuk persembahan di konsert akhir nanti. Tengok macam mana dia menyanyi nanti. Hope dia boleh menyampaikan lagu tu dengan baik.

Sepanjang AF8 berlangsung, kebanyakan lagu tak best. Tiap-tiap minggu mesti ada lagu dari KRU (sama ada nyanyian atau ditulis oleh KRU). Aku tabik spring pada Tiara masa AF7. Lagu-lagu yang dipilih semuanya best-best dan fresh. Ramli MS pon sama. Pemilihan lagu sangatlah best.





Kelainan dalam AF8 :

Takde ape yang berlainan pon KECUALI pelajar kali nie lebih suka bercinta. Masa AF1 dulu, Khai dan Rosma bercinta gak tapi takdelah havoc macam AF8 nie.

Dan jugak pemilihan lagu untuk konsert terakhir. AF yang lepas-lepas, bila tiba konsert terakhir, para pelajar diberikan lagu kesukaan diorang tapi AF kali nie diberi lagu yang dipilih oleh produksi. Itu saja kelainannya.

Pelajar-pelajar yang berjaya masuk final :

Aku agak bersetuju dengan pemilihan pengundi untuk pelajar yang layak masuk ke final. Tahniah kepada mereka!

Tapi aku ader beberapa komen tentang diorang.

1) Maulana






Terkenal dengan lagu-lagu berentak jazz. Tapi sejujurnya, aku dah muak dengan gaya jazz Maulana. Ni tak jadi artis sepenuhnya lagi. Bila dah jadi artis nanti, lagiiii la muak dengan irama jazz tu.

Hope lepas nie Maulana boleh try irama lain plak ye... Artis kenalah versatil kalu nak menapak lama dalam industri muzik. Tak gitu?

Owh ye, kisah cinta dengan Ain buat orang makin menyampah dengan Maulana. Sebab orang dah tahu Maulana dah ada makwe kat luar sana yang lagiiiii cantik dari Ain. Cobalah untuk setia ye, dik.

2) Iwan





Suara unik, best. Ada pakej untuk menjadi penghibur terkenal. Bakat perlu diasah lagi. Dalam diari, dia nampak macam banyak main-main. Pada pandangan aku, dier sesuai menyanyi lagu rock. Sangat attitude.

Kisah cinta dengan Nad. Erkkk... better setia je dengan makwe kat luar tuh. Ada apa pada Nad?

3) Daus



Bila dia senyum, fulamak! Cair hati aku... Dia nie ada bakat cume dier suka main-main. Dari konsert pertama sampai konsert minggu lepas, ada la peningkatan sikit. Dia nie ader energy. Pandai menguasai pentas.

Nasib dia baik sebab walaupun sering berada di tangga bawah, dia berjaya jugak sampai ke final. Kuat jugak pengaruh budak nie.

Eh, dia minat kat Adira, kan? Pandai ko pilih ek, Daus....

Juara? Erm... tak kot. Tapi kalau dia tak menang pun takpe sebab dia dah dapat motor modenas tu, kan? Takdelah frust sangat.

4) Shahir



Pelajar favorite AF8. Pakej lengkap. Boleh menyanyi sebarang genre lagu. Pernah terkeluar tapi diundi masuk balik. Bersahaja. Pemalu tapi masih boleh kawal sifat pemalu bila berada di pentas. Aku suka dia sebab ada semangat nak belajar dalam akademi.

Layak jadi juara. Itupun kalau ada rezeki la. Kalau tak ada, nak buat macam mana, kan?

5) Adira



Satu-satunya pelajar perempuan yang layak ke final. Aku sangat minat dia. Sempoi. Pakej lengkap jugak. Boleh, menyanyi, ada rupa... Dia tak kisah pasal cinta ke ape sebab dalam diari, nampak kesungguhan dia bila time belajar. Bila time main, dia main. Bila time belajar, dia belajar. Saingan terbesar Shahir. Aku setuju jugak kalau dia jadi juara sebab dia memang layak pon...




*Ni semua sekadar pandangan peribadi aku. Takde niat nak menjatuhkan sesiapa, okeh.

Monday, May 17, 2010

Mesti Mau

Wahh.. tajuk aku dah macam tagline Twisties plak. Hihihi...

Ni cerita hari Jumaat lepas. Aku, Kak Nolly dan Yan dan berpakat nak ke Stables Restaurant kat Kampung Baru.

Dulu aku pernah cerita pasal restoran nie yang makanannye best dan harga pun murah.

Jam 12.30 tengahari, kitorang bertolak dari opis ke Kg. Baru dengan menaiki LRT... Nasib baik ader LRT. Kalau tak, susah aku nak kemana-mana.

Pukul 1, sampai kat restoran. Kitorang memang dah order dari awal. So, sampai je kat restoran makanan dah siap dah. So, boleh la terus makan.

Nak tengok menu aku?



Nasi putih beserta sepotong tomato...


Ikan masak masam manis... Very delicious okeh... *tak caye boleh cube sendiri.



Sup kosong yang very marvellous... *tak tawar, tak masin... best jek..


*Telur dadar, belacan, timun...
Semuanya best-best... Dan kali nie ader desssert...



Aiskrim vanilla - pilihan Kak Nolly dan Yan...
Dan aku plak...



Opcos la aiskrim coklat....


Inilah Kak Nolly...


Yan...
Dan


Aku la...
Nak tahu berapa ongkos bagi semua makanan di atas?
>
>>
>>>
>>>>>
>>>>>>>
RM 7.50 saje okeh...
Murah, kan??
Bagi yang tak tahu restoran nie kat mana, silalah bawak aku sekali. Boleh aku tunjukkan. Dan alang-alang dah bawak aku tuh, belanja lah aku sekali ye.. Hehehehe...

Penjaga

Mungkin bagi sesetengah readers, entri ini agak mengarut. Tapi aku tetap nak cerita. Sekadar nak berkongsi pengalaman.

Aku tak sure sama ada korang pun ader pengalaman yang sama. Kalau ader, bolehlah berkongsi cerita.

Semalam aku lepak dengan Lyn kat ruang tamu sambil tengok telemovie Astro, "Cerita Hantu". Cerita nie bukannya cerita seram tapi cerita kelakar. Tak lama lepas tu hujan turun. Lebat pulak tuh...

Biasalah astro... Kalau hujan lebat, mesti tak dapat siaran. So, aku borak-borak dengan Lyn pasal hantu.

Elok sangat la kan... Tengah-tengah malam, pastu hujan lebat pulak, kitorang leh sembang pasal hantu.

Alang-alang dah cerita, so aku bukak kisah lama.

Sepanjang aku hidup memang aku pernah berdepan dengan "benda" yang menakutkan itu. Tapi nasib baik la aku tak nampak rupa dia cume kitorang pernah bertentang mata je...

Erk, seram pulak.

Ceritanya macam nie. Masa aku masuk tingkatan 3, aku dan family berpindah ke Kuala Terengganu. Sebelum pindah, kami duk kat daerah Dungun. Well, sebut pun pindah. Barang-barang sume berterabur. Almari yang besar semua sumbat dalam bilik aku. Dah la bilik aku kecik.

Alkisahnya, satu maghrib, adik aku Shahril dan Shazrin main sembunyi-sembunyi (org ganu kata main 'tang nusuk'). Aku pulak masa tu baru sudah mandi. Aku jalan-jalan nak masuk bilik.

Suiz lampu bilik aku duk kat belakang pintu. Aku selak daun pintu bilik sebab nak on kan lampu. Masa tu la aku nampak Shahril sembunyi kat situ. That time memang bilik aku gelap sangat-sangat. Aku nampak mata Shahril je yang kurang sejengkal dengan mata aku. Memang masa tu dia dekat sangat dengan aku.

Aku : Oit, pi tempat lain. Aku nak pakai baju nih. (*tangan tekan suiz lampu)
Shahril : *diam...

Bila lampu dah on je, aku tengok Shahril dah takde. Pelik siot.... Dan bile aku kuak pintu bilik, aku nampak Shahril tengah baring sambil tengok tv.

Agak-agak korang, mata sape yang aku tenung tadi?

Tu kisah pertama...

Kisah kedua pulak takde kena mengena dengan saka ke, or something like that. Benda nie pun terjadi masa aku tingkatan 3 jugak.

Aku demam teruk sampai takleh bangun. Sepanjang masa terlantar kat katil. Tak makan cume minum je. Takde selera la katakan.

Malam pertama aku demam, aku tido kat ruang tamu kedua; depan TV. Rimas tido dalam bilik. Pukul 11 lebih malam, semua orang masuk tido. Aku pun sebenarnya dah tido time tu. Sedar tak sedar pukul 12 tengah malam.

Tapi masa tu aku perasan ader ramai orang keliling aku. Ader yang pakai jubah putih, ader yang pakai jubah hijau pekat. Semuanya berserban dan duduk bersila keliling aku. Dan diorg semua sedang membaca sesuatu seperti orang yang sedang ratib.

Then aku dengar ader suara dari sebelah kiri kepala aku,

"Tak apa, Diana. Kau tidurlah. Kami akan jaga kau malam nie..."

Terus aku pun terlelap sampai pagi. Esoknye, aku bangun tido terus sihat macam biase.

Itu kali pertama "DIA" datang. Kali kedua dia datang masa umur aku 22 tahun. Masa tu aku kerja dengan aunty aku. Aku demam teruk jugak. Terlantar je. Tido sepanjang masa.

Malam tu, (aku tak sure pukul 12 malam atau 2 pagi), aku terjaga. Aku celik dan aku nampak "DIA" berdiri kat kaki aku. Dia senyum kat aku. Aku senyum balik. Fuhhh, hensem okeh. Dia pakai jubah putih, berserban putih, tinggi... kulit dia putih jernih je... Muka dia bujur. Pendek kata memang hensem habis lah...


Sekadar gambar hiasan...

Kitorg telepathy... Ader benda yang kitorang sembang tapi seriously aku dah lupa apa yang disembangkan. Lama jugak. Lepas tu dia hilang macam tu je...

Esok pagi, aku sembuh dari demam.

Itu kali terakhir dia datang. Seriously, aku rindu sangat kat "DIA". Mungkin dia dah tak nak jumpa aku sebab sekarang aku bukan lagi Diana yang innocent. Diana sekarang kan dah jahat. Huhuhu...

Ada orang kata, dia tu penjaga aku... Tapi bukan saka. Erk... Huhu..

Kisah ketiga...

Masa tu aku overnite dengan L kat Terengganu. Masa tu pukul 4 pagi. Aku duduk atas bonet kereta L. L plak berdiri menghadap aku. Sambil-sambil sembang, aku terpandang kat tepi jalan. Aku nampak ader 3orang kelibat memakai baju serba putih. Sorang lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa dan sorang budak laki berdiri seolah-olah sedang menunggu teksi.

Aku perhatikan je 3orang tu. Lama jugak la... L plak tengah potpetpotpet cakap macam bertih jagung. Aku perasan diorang pun pandang aku gak.


Seram iols...

Sekali ader satu kereta Saga lama, kalau tak silap aku... lalu kat depan 3orang tu. Sekali pandang, 3orang tu dah hilang.

Takkan la sekejap sangat orang tu naik kereta? Memang tak lojik.

Aku tanya L, dia nampak tak orang tadi... L cakap, takde sape-sape pun. Lagipun time tu pukul 4 pagi. Mana ader orang yang berkeluarga nak keluar pagi-pagi nih?

Lojik jugak...

Tapi my best fren (COMBI) ader cakap, aku nie sebenarnya ada penjaga tapi tak mustahil orang nie semakin lama semakin jauh dengan aku sebab makin lama perangai aku cam setan.. huhuhu...

Friday, May 14, 2010

Soping, dating

Bila bos tak ada, haruslah kite berjimba walaupon sensorang. Tak gitu? So, aku amik peluang nie untuk update blog aku. Suke hati okeh. Lagipun kengkawan yang terdekat mahupun di kampung (poyo!) dah bising-bising tanya kenapa aku tak update blog.

Keterujaan aku untuk update blog sebenarnya dah pudar sikit-sikit. Sikit je, tak banyak pon. Sebab ape yang aku tulis mesti di salah anggap. Nak je aku join 1 group dalam Fesbuk, "Mulut aje macam puaka, tapi hati baik..."

Tapi orang-orang sekarang nie kalau dia dah ader pandangan serong terhadap seseorang, sampai bila-bila pon 'seseorang' itu akan dipandang serong walaupun dia berubah jadi baik. Sebab tu better aku jadi jahat je selalu. Takmo dah mengalah dengan orang tak tentu pasal. Nanti dah la aku nie jadi kuli bos, sat lagi aku jadi kuli untuk semua orang pulak. Tolongggg sikit ye.

Eh, terpesong pulak dah. Aku nie kalu mengarang, memang tak sah kalau tak terpesong. Patutlah markah karangan aku masa sekolah dulu selalu rendah. Cikgu suruh buat karangan pengalaman masuk hutan, aku pi cerita mandi sungai dalam hutan laa... Tapi hutan jugak kan... Hiks...

Ok-ok. Jangan merapu, Diana!

Cerita nie 2 hari lepas punye. Hari Rabu - 12/05/2010.

Hari Khamis - 13/05/2010, FZ kena menghadiri kursus BTN di Kuala Lipis. So, hari Rabu tu dia ajak aku temankan dia shopping barang-barang untuk ke kursus. Aku on je since aku memang takde apa-apa aktiviti lepas balik opis.

Plan punya plan, lepas habis waktu kerja FZ datang amik aku kat opis. Kitorang terus pergi ke Mid Valley.

Rupe-rupenya bukannya nak shopping barang untuk dia tapi untuk aku! Hampess kan...?

Korang tahu tak apa yang dia nak belikan untuk aku?

FZ : Sebenarnya saya dah beli semua barang-barang untuk kursus tu.
Aku : Dah tu kenapa datang sini?
FZ : Saja nak spend time dengan awak.
Aku : Hek eleh....
FZ : Kenapa? Tak boleh?
Aku : Boleh jekkk...
FZ : Sebenarnya.... erm...
Aku : Sebenarnya Dragon Ball ader 7 bijik semuanya. Kan?
FZ : Hahaha... *dia picit hidung aku.

Aku pun gelak sekali laa...

FZ : Saya nak belikan awak baju.
Aku : Ler... nak buat apa?
FZ : Saya nak awak pakai la.
Aku : Hehehe... Singlet?
FZ : Singlet? Takmo... Nak belikan baju besar dan labuh.
Aku : Takmo laa... *hoh!

FZ nie memang tak suka nau tengok aku pakai pakaian seksi-seksi. Aduss..... habis la skirts dan singlets aku masuk store nanti buat frame. Huhuhu...

Lagi 1 tentang FZ nie, dia sangat-sangat-sangat laaaa kuat jeles. Dia tak kasi aku pegang lelaki lain sesuka ati.

Pernah la 1 hari tu aku TERpegang lengan M masa nak langkah longkang besar. Well, namanya pon TERpegang. Bukannya sengaja.

FZ : Tadi saya nampak awak pegang M.
Aku : Oloh, bukan sengaja pon!
FZ : Tapi saya tak suka.
Aku : Hek eleh... Itu pun nak jeles ke? Awak duk jauh sangat. Dia plak duk sebelah saya. So, saya pegang dia laa...
FZ : Cube kalau saya pegang pompuan lain, awak marah tak?
Aku : Tak tahu!

Huhuhu... Aku tahu dia banyak sabar dengan aku. Takpe, ini baru ujian pertama. Heheh...

*Nasib baik dia tak tahu blog ni.

OK- sambung citer.

Lepas jalan-jalan kat Mid Valley, kami ke Pertama Kompleks. Nak beli beg untuk dia. Kul 9 malam, kami beredar ke Tasik Titiwangsa. Nak lepak kat situ jap sambil makan-makan. Kat Mid Valley tadi kitorang ada belikan Dunkin' Donuts.



Tadaaa.. kotak pon sempena World Cup...


Terliur tak? Heheheh... Aku nie chocoholic. Haruslah kebanyakan donut ada chocolate. Yang perisa peanuts dan rasberry, itu FZ punye. Nyum..nyum...

Keluar dengan FZ nie memang tak leh seksi-meksi. So, haruslah kesopanan dan tatasusila *bukan sosilawati yee... * harus dijaga.

Kalau hari tu aku pi Muzium dengn SMH aku pakai tudung, kali nie pon aku pakai tudung gak.


Aku bertudung dan berbaju kurung... Keayuan disitu... Hehehe...

Masa kat Mid Valley tadi gak, kitorang sembang-sembang sementara makanan Portugis yang kami order tu siap.
Aku : Rimaslah awak. Rambut asyik terkeluar je nih.
FZ : Biarkan aje. Kan cantik pakai tudung dengan baju kurung. Nampak ayu je. Solehah je. Padahal..........
Aku : Padahal ape? Siot je kan...
FZ : Tuhan je yang tahu siapa awak.
Aku : Awak pun tahu gak. Tapi kenapa awak sayang saya jugak?
FZ : Dah sayang, nak buat macam mana?
Aku : Hahaha... menjadi jugak mandrem saya.
FZ : *picit hidung aku lagi.


Nak tengok rupe FZ tak?



Sila scroll ke bawah ye...



>





>>





>>>>>






>>>>>>>



Sorry ye. Takleh reveal sangat. Dan sila abaikan mural kat penyandar kerusi simen tuh. Susah jugak kalau ader manusia yang terlebih kreatif nie sampai tak tahu naik menunjukkan kekreatifan diorang kat mana.

Wednesday, May 12, 2010

Ader kelasss

Sorry la... lately memang kebizian melanda. Memang bizi sebizi-bizinye... Sampai nak jenguk blog orang lain pun takde mase. Huhuhu...

Kerja aku kat opis semakin bertambah. Alhamdulillah akhirnya berkat jugak gaji aku bulan nih. Biasenya aku dapat gaji tak berkat jek. Yelah, datang opis duk melangut depan pc layan fesbuk dan blog. Kalau tak update pun, mesti aku blog walking. Blog wajib aku masuk tiap-tiap hari adalah blog Kak Diana dan Beautifulnara.

Itu siang hari punya aktiviti.

Balik kerja, aku terus pergi ke kolam. Praktis berenang. Dah 4 kali kelas dah tapi aku still tak reti-reti. Kenapa?

Sebab aku banyak berendam berbanding berenang. Banyak bergurau senda, gelak ketawa... Bukannya serius nak belajar pon sedangkan FZ tu beriya-iya nak ajar aku sampai aku pandai. Kalau boleh dia nak aku pandai berenang dan satu hari nanti leh tubuhkan kelas untuk perenang perempuan.

Gile tinggi cita-cita...

Aku nie dah reti berenang cara kampung pon dah kire baik, okeh. Takdenye keinginan nak bukak kelas ke ape. Kang lemas anak orang, sape nak jawab?

Last, semalam aku berenang. Sejam lebih gak la praktis main-main. Balik kerja, balik rumah jap. Tukar baju, prepare baju renang dan terus pergi ke kolam. Sampai je kat kolam, terus pakai baju renang dan terus terjun kolam.

"Ok, as usual... 10 times bubbles..."

Ayat nie la yang biase aku dengar FZ cakap sebelum start praktis. Hoh, nyampah okeh! Skit-skit bubble...

"Awk nie... Saya dah tahu bubble lah..."

*aku memang suke bangkang dia pon. Saje je... Hehehee...

"Buat aje. Ni kan basic. Eeee... awak nie. Anak murid saya ikut je ape yang saya suruh..."

Aku jelir, "Itu anak murid!"

"Eeee.. Nasib baik sayang. Saya garang tau..." Dia membeliakkan mata.
"Tak takot... Garang-garang saya balik nanti kang."
"Eh, eh! Janganlah. Ok, jom start..."
"Dengan saya, awak memang kena sabar... Kalau tak sabar, boleh blah..."
"Yela.. yelah... Eeee, dia nih. Sabar jelah aku."

Aku gelak-gelak tengok dia gosok kepala dia. Dia memang kena sabar dengan aku sebab aku selalu buat perangai kat dia. Kesian jugak tapi aku malaslah nak jiwang karat & berlembut-lembut dengan dia.

Semalam, aku syok layan fesbuk sambil dengar lagu kat kolam tuh. Tiba-tiba ada lagu jiwang lama. Aku lupe apa tajuk dan kumpulan yang nyanyi lagu tuh. Tapi memang jiwang habislaa...

Secara spontan aku nyanyi lagu tuh.

FZ : Layan jugak lagu jiwang macam ni rupenye.
Aku : Eh, saya kan jiwang.
FZ : Apesal dengan saya awak kasar je..?
Aku : Suke dengar lagu jiwang. Saya tak jiwang pon. *alasan.

Geng-geng yang duk area Vista duk ingat aku dengan FZ nie kapel. Pepandai je speku. Nyampah aku...

AB, CM, M... Semua duk sibuk gosipkan aku dengan FZ. Suke nau diorang kalau aku dan FZ nie bercintan-cintun. Ekceli aku sedang fikirkan. Semua tentang FZ aku suka kecuali 1 - kerja dia.

Kerja dia tak melepasi apa yang mummy aku nak sebagai menantu. Hoh! Payah-payah.

Sambung cerita...

Oleh sebab 4 ari berturut-turut aku swim, rambut aku dah mula jadi keras kejung siap berminyak-minyak lagi. Kusut tu jangan cakap laaa... Giga vavi nye teruk.

Rambut kan mahkota wanita. So, memang aku menggelabah gila la bila mahkota aku dah rosak semacam je.

Terus aku call Cilla dan set appointment untuk buat treatment rambut malam tu jugak. Aku tak kire. Aku nak rambut aku jadi lembut balik.

So, pukul 11 malam aku pi rumah Cilla. Sejam dia treat rambut aku. Nasib baik rambut aku jadi lembut balik.

Then hari nie pakai tudung cam siot... Rambut asik terkeluar dari tadi. Hampesss...

Monday, May 10, 2010

Pssttt... Aku spend time dengan siapa ek weken ari tu?

Macam la aku nie DIVA sangat sampaikan orang sibuk nak tahu dengan siapa aku keluar, kan? Heheheh...

Takpe..takpe.. aku tetap nak citer gak.

FZ...

Masih ingat dengan nama nie? Well, nama nie masih baru kat dalam blog aku. Masih mentah. Ini baru kali kedua nama dia terpampang kat blog nih.

Ok, dia kerja kat DBKL... Kerja tetap. Tapi aku takmo cerita pasal kerja tetap dia. Aku nak citer pasal kerja sambilan dia. Dia bekerja sebagai cikgu.

Owh, bukan cikgu kat sekolah rendah dan menengah tu ye... Dia cikgu renang. Dia mengajar orang berenang.

Dan aku adalah salah seorang anak murid dia. Tapi aku tak yah bayar. Hehehehe... Free of charge sebab dia nak kat aku. Dia yang sukerela nak ajar aku. So, aku pun dengan sukerela nak diajar sebab bab-bab renang nih aku memang kurang diajar sikit. Kalau duk dalam air dalam skit, mesti tenggalam.

Dah la tubuh aku nie berat... Kalau duk dalam air, mesti takkan terapung.

Semalam, 1st class aku. Seronok la jugak. Dia ajar aku teknik bubble...

Ko ingat dalam kelas vokal Cikgu Siti Hajar je ke ader teknik bubble..? Kelas renang pon ader tau. Bezanya, bubble FZ nie dalam air... Blub blubbb...

Semalam ader 2 teknik renang yang dia ajar aku. 1- frog kick. 2- terapung. Punyelah takut aku nak terapung.

Fara dan Kak Dik pun join sekali. Tapi dia ajar aku sorang ajelah...

Ekceli, FZ nie memang dah tangkap cintan la dengan aku. Rupe-rupenye dia dah lama aim aku. Cume dia tak berani. Dia cakap dia berkenan kat aku sebab dia tengok aku nie manis bila pakai tudung dan tutup aurat. Tambah plak aku nie jenis happy go lucky.

Tutup aurat laaaa........ . . . . . . . Dia tak tahu aku nie macam mana.

Sekali malam hari Jumaat, aku lepak kat kolam dia. Aku pakai jeans paras lutut yang aku beli kat Nichii dengan Mimy, dan T-shirt lengan pendek.

Dia terkejut dowh tengok aku...

"Owh, gini rupenye awk..."

Hahaha... baru ko tahu siapa aku. Aku takmo hipokrit. Aku akan tunjukkan sape diri aku. Sorrylah kalau depan ko aku nak tunjuk baik padahal hati aku cam setan.

Yes, aku mengaku itu.

Dan korang nak tahu pe yang dia cakap kata aku semalam??

"Saya tetap sayang dan sukakan awak walaupun hidup awak sebelum nie teruk... Dan sekarang saya tak nak awak pandang belakang dan ulang balik ape yang awak dah buat sebelum nie..."

Erk???

Well, aku akan fikirkan kemudian. Boleh?




Selamat Hari Mummy...!

Mummy aku bernama Samsiah Binti A. Bakar. Tahun nie berusia 56 tahun tapi masih kuat. Takde ape-ape penyakit selain dari darah tinggi... Dia kena darah tinggi pon sebab anak-anak dia yang pelbagai karenah nie buat darah dia naik.

Dia suke membebel tapi aku suke dengar dia membebel sebab bila dia membebel, aku akan buat muka toya. So, lagiii laaa darah dia naik.

Mummy aku hebat. Dari muda sampailah ke tua, dia mengabdikan dirinya untuk keluarga kami. Dia tak perlukan orang gaji atau Nirmala Bonat untuk tolong dia buat kerja rumah. Semua benda dia buat sendiri.

Mummy aku pandai masak. Paling best kalau dia buat nasi ayam. Fuhhh... tetibe kecur liur plak teringat nasi ayam Mummy.

Mummy aku pandai menjahit. Dier pernah menjual skarf rambut bermanik yang dijahitnya sendiri.

Mummy aku sporting. Semua benda tentang aku, dia tahu. Takde rahsia antara kami. Aku kapel dengan orang itu, dia tahu. Aku kapel dengan orang ini, dia tahu. Apa aku buat kat KL nie, dia tahu.

Mummy aku tak reti sangat bahasa omputih. Aku selalu main-mainkan dia.

Aku : Mummy, cube teka. Take care tu ape?
Daddy : Mummy ko tuh bukannye tahu... *daddy aku pon selalu usik mummy. daddy aku pandai cakap omputih.
Mummy : Eleh, macamlah orang tak tahu.
Aku : Apa dia?
Mummy : Jaga diri elok-elok.
Daddy : Aik? Tahu pulak...
Mummy : Ingat orang bodoh sangat???
Aku & Daddy : Hahahaha....

Semalam aku kol dia.

Aku : Selamat hari mummy... selamat hari mummy.... *nyanyi cam lagu hepi besday.
Mummy : Ucap je buat pe? Hulur laa...
Aku : Erk???

Mummy... mummy...

Apapun, My Mummy is the best mum in the world...! Love u, mum...

Friday, May 7, 2010

Apa aku buat di hari cuti ganti wajib?

Semalam (Khamis - 6/5/2010) adalah hari cuti ganti wajib bagi semua staff kat Menara TM sempena hari pekerja (1 Mei) yang jatuh pada hari Sabtu minggu lepas.

Hari Rabu (sehari sebelum cuti), aku dah plan dengan SMH nak keluar dengan dia hari Khamis. Tapi tak plan pon mana nak pergi. Kebetulan dia plak memang cuti on that day.

Nasib baik aku dah putus dengan F tuh. Ikutkan plan asal masa kapel dengan F, kitorang nak pergi bercuti ke Cherating (plan awal) sampai weken. Maknanya aku akan amik cuti 1 hari pada hari Jumaat.

Since dah putus dengan F, so dengan senang hati aku boleh keluar dengan SMH.

Tak paham betul dengan mata neh. Time cuti, mesti nak bangun awal. Time hari kerja, mesti liat nak bangun. Haihhh...

Seawal jam 8 pagi mata aku dah terbukak cume aku still layan tido tak lena sampai pukul 9. Malam semalam SMH cakap nak datang amik aku pukul 10pagi. So, ader lagi 1 jam nak bersiap. Lepak-lepak dengan Kak Aiza jap pastu berulah terhegeh-hegeh nak mandi dan bersiap-siap.

Tup-tup SMH cakap paling lewat pukul 11 pagi dia sampai kat rumah aku sebab lepas aku sms dia pagi tadi, dier terlena balik. Hmmm....

Seperti yang dirancang, pukul 11 dia sampai. Then, jalan-jalan tak tahu hala tuju. Last-last dia ternampak banner "Pameran Keranda" di Muzium Negara.

SMH : Jom pi Muzium. Ader pameran keranda.
Aku : Nak..nak. Jom!

So, kami pon menuju ke Muzium Negara. Siyes, aku dah berpuluh-puluh tahun tak jejak kaki kat muzium neh. Pucuk dicita, ulam mendatang la, kannn...

Ok, first amik gambar dulu.



Owh, aku mengigau nak keluar pakai tudung kali nih.

Dalam kereta masa on the way ke muzium :

SMH : Aik? Tudung?
Aku : A'ah. Saja nak try tudung baru. Ok tak dengan I?
SMH : Ok je. Cantik.
Aku : Hiks... Betul ke ni?
SMH : Iye, dear.
Aku : *kombang lobang idung...

Ekceli kitorang pergi ke pameran keranda tuh dulu. Kebetulan masa tu ader YB mana ntah buat lawatan kat situ. Ader la shooting sket-sket. Kamera situ sini...

Budak-budak sekolah pun ramai yang datang melawat. Tempat yang gelap kat dalam muzium tu dah tak jadi seram sebab ramai sangat orang.

Now, aku dah tahu rupa-rupanya macam-macam cara menanam, mengebumikan dan mem"proses"kan mayat. Erk, betul ke bahasa yang aku gune? Huhuhu...

Keranda pun ader macam-macam jenis. Ader yang bentuk macam lembu, tempayan, macam bentuk rumah pon ader. Memang pelik-pelik.

Better korang pi tengok sendiri. Tiket RM2 je sorang. Takkanlah RM2.00 pun korang nak berkire. Dapat ilmu pe...

Then, kitorang masuk plak ke Pameran Tetap. Tiket pon RM2.00 gak.

First masuk, aku dah nampak patung-patung neh :-


Dari kiri : Baju perkahwinan Amber Chia (putih mutiara), Baju Anita Sarawak sempena Konsert Diva (Baju merah), Baju perkahwinan Datuk CT Nurhaliza (putih), dan yang tepi sekali (kaler biru), itu adalah baju perkahwinan Ning Baizura.

Tapi, baju yang paling aku berkenan ialah :-



Baju ulangtahun pertama perkahwinan Winnie... Material yang digunakan memang cantik...

Dan....



Kasut bersulam mutiara Amber Chia... Fuhhh... memang cantik.

Then, kami masuk ke kawasan sejarah awal manusia.

Jalan punya jalan, aku ternampak patung-patung nih :-






Siyes patung-patung nih menakutkan aku. Nampak macam orang real jek. Sekali dia hidup, mau nye aku histeria 4 malam berturut-turut. Huhuhu...


Kami jalan-jalan lagi sambil menimba ilmu... Uweekk!
Masuk ke kawasan ape nama ntah. Tapi kawasan nih menunjukkan salasilah diRaja Melayu.



Apa-apa hal, amik gambar dulu...


Motip gambar : kaki saya nampak kecik, kan? Hehehehe....


Then, jalan-jalan lagi...


Aku lalu kat jalan kaca. Aku tak tahu ape benda yang duk kat bawah jalan kaca nih...


Macam bekas ais jek kan... Huhuhu...


Ok, then aku nampak plak patung-patung neh :-



Patung-patung neh pon nampak macam real. Tapi aku takot. Oleh sebab aku tak takot, aku berani nak amik gambar sama-sama dengan patung-patung neh.

Penat jugak eh jalan-jalan dalam muzium nih walaupun muzium nie kecik je. Dulu aku pernah la masuk dalam Muzium Negeri Kuala Terengganu. Memang sangat-sangat besar dan menyeramkan sebab muzium Terengganu tuh gelap... Ada cahaya kuning yang samar-samar jek. Pastu ader lak bunyi muzik lagu lama... I mean muzik tu slow dan ergghhh.. memang seram la.


Pastu paling seram bile pi kat bahagian potret-potret diRaja dulu-dulu. Potret-potret tu semua besar dan bile kite tenung kat potret tu seolah-olah orang dalam potret tu tenung kite balik. Bile kite ke kiri, mata orang dalam potret tu ikut tenung kite ke kiri. Bile ke kanan, mata dia pon ke kanan gak. Memang seram wa cakap lu!


Lagi 1 part kat dalam muzium Terengganu yang sampai sekarang aku tak berani nak jejak adalah kat bahagian mayat. Orang kata kat bahagian tu memang ada mayat betul. Memandangkan kat hall muzium tu pon dah gelap dan menyeramkan aku, so better aku tak pergi ke bahagian mayat tu. Sure lagi seram.


Muzium tu besar dan tak ramai orang kat dalam. Memang aku tak berani amik risiko. Silap-silap aku disembunyikan bunian ke ape ke... tak ke naya...


Ok, habis bab muzium.


Balik dari muzium, aku dan SMH ke Ampang. Join kawan SMH nama Gigs dan Juju lunch kat Ayam Bakar Wong Solo. Siyes, aku rasa restoran nie gah pada nama je. Menu limited dan biase-biase je... Lupe nak amik gambar makanan. Order sotong goreng tepung pun, tepung yang banyak. Sotongnye kecik-kecik je... Huh!


Then, balik Ampang sebab aku dah kepanasan. Sampai rumah, aku layan DVD 7 Pounds, SMH plak terus layan Facebook, tagged dan YM... Dia nih memang kaki internet. Nyampah aku!


Last-last aku tertido sorang-sorang kat depan tv sampai kul 6.30petang. Then, mandi-mandi jap. Layan Adamaya. Then, SMH hantar aku balik.


Dah sampai rumah, rasa macam nak mengunyah plak. Aku turun balik dan ke gerai burger kat bawah rumah tuh. Since aku dah kamceng gile dengan budak-budak tuh, aku lepak jap kat situ. Bosan gak duk rumah. Nak main internet, internet plak takleh on.


Lepak sampai pukul 10malam. Then, balik rumah, rehat-rehat dan lepak dengan Kak Aiza. Siyes penat.


Kul 12 lebih, barulah aku masuk tido. Itupun takleh lena sangat sebab HM, R dan FZ duk sms aku.


Eh, nampak cam ader nama baru kan? FZ!


Sape pulak FZ nie?


FZ = kawan AB, kije kat DBKL...


Ok, itu saje... Babai...