Monday, June 28, 2010

I got Flowers....

5 tahun yang lepas... *lebih kurang*

Aku : Lelaki pertama yang kasi aku sejambak bunga, dialah lelaki yang akan aku kahwin.
Sue : Susah nak jumpa lelaki macam tu sekarang.
Wahida : tu la...
Aku : Hmmm... Ye doh.

___________________________________________________________

Ahad pagi....

Telefon aku berbunyi.

Aku : Hellooppp... *sambil mengeliat.
FZ : Selamat pagi...
Aku : Pagi..... *dengan suara serak.
FZ : Tak bangun lagi ke?
Aku : Takk... Tengah tido...
FZ : Dah.. dah. Bangun la...
Aku : Takmo.. Ngantuk.
FZ : Hmm... Saya dah nak pergi kelas nie.
Aku : Ok... Take care.
FZ : Nanti bangun tau. Kata nak pergi Carrefour.
Aku : Iye... nanti orang bangun la.
FZ : Ok la... Pukul 9.30 nanti saya habis kelas. Nanti saya terus pergi sana. Saya tunggu awak kat guard tu eh.
Aku : Ok...

Aku sambung tido balik sebab time tu baru pukul 8. Aku ada masa 1 jam lagi nak tido.

Ok, aku mimpi buruk pasal FZ.

Gini mimpinye....

Aku dan FZ nak ke Mid Valley. Macam biase, kitorang pi lepak kat kolam dulu. Pastu kitorang gurau-gurau sambil berlari. FZ kejar aku. Aku plak berlari dan masuk dalam kereta. Aku duk kat seat belakang. FZ plak masuk jugak kat seat belakang. Kitorang gurau-gurau dan gelak-gelak kat situ.

Then, puas dah gelak FZ tukar tempat duduk. Dia duk kat driver's seat. Kitorang dah nak bertolak nih ke Mid Valley. FZ hidupkan enjin kereta. Aku plak still duk kat seat belakang kat bahagian tengah. Jadi seat sebelah FZ tu kosong.

FZ baru je nak tekan minyak nak reverse kan kereta, tetibe je ader sorang pompuan masuk dan duduk kat sebelah FZ. Terkejutlah kitorang kan...

Pastu FZ elok-elok je sembang dengan pompuan tu. Rupa-rupanya pompuan tu adalah ex-gf dier. Mesra okeh!

Pompuan tu ajak FZ hantar dia kat rumah aunty dia. Aku tak sure kat mana. FZ iya kan aje. So, sah-sah la kann tak jadi pi Mid Valley. Masa nie aku dah bengang dah. Tapi aku cam takde mulut. Senyap je... Padahal dalam hati dah panas membara neh.

Dalam kereta, pompuan tu duk pegang-pegang peha FZ. FZ plak gelak je. Berderau la darah aku kannn... Sape yang tak marah??? Tapi aku diam lagi. Sabar, Diana... Sabar. Dengan FZ bukan main lagi dia mesra. Tapi dengan aku, sepatah haram pun dia tak cakap.

Hujan lebat plak turun. Then, kitorang sampai kat rumah aunty pompuan tu. Dalam rumah tu ader 2 bijik sofa 3 seater. Aku duduk kat 1 sofa dan dalam hati aku kalau boleh FZ duk kat sebelah aku.

Tapii.....

Alih-alih FZ duk kat sofa lagi 1. Dekat dengan pompuan tuh...

Ya ALLAH, sakitnya hati aku! Tapi aku biarkan lagi.

Penyabar tul aku dalam mimpi nih. Kalau jadi betul-betul, mamposs la dua-dua orang tu aku kerjakan.

Pompuan tu pergi sembang dengan aunty dia kat dapur. Tak lama lepas tu, FZ plak pergi ke dapur.

Aku pun apelagi.... Bangun lah dan aku jerit, "Awak, saya nak balik! Biarkan saya sorang-sorang. Saya balik naik teksi."

Aku terus blah dari rumah tu. Geli mata aku tengok pompuan tu tergedik-gedik depan FZ. Uwek...uwekk...

Hati tengah sakit sampaikan hujan lebat pun sanggup aku redah. FZ kejar aku dari belakang.

FZ : Sayang, tunggu!
Aku : Takmo... Jangan kejar saya.
FZ : Tunggulah.
Aku : Takmo! Awak tak sayang saya...
FZ : Sape cakap?

Aku tak jawab. Aku berlari sampai jauh aku tinggalkan FZ kat belakang.

Aku berhenti kat bus stop. Tunggu teksi kat situ. Kat bus stop tuh ramai gile orang. Aku nangis teresak-esak. Tak sangka FZ buat aku macam tu.

Tak lama lepas tu, FZ datang. Merayu-rayu dan melutut dengan aku. Dia pun nangis sama. Dia menyesal sebab sakitkan hati aku. Tapi aku tak makan pujukan dia. Lama jugak dia try pujuk aku.

Last-last dia patah balik kat rumah aunty pompuan tu. Aku ingatkan dia dah putus asa. Sekali dia datang sambil heret pompuan tu dan dia paksa pompuan tu mintak maaf dengan aku.

Terkejut gak aku dia buat macam tu.

Then, aku maafkan dia...

Tapiii.. hati aku sakit sampai lah aku sedar dari tido okeh...

______________________________________________________

Realiti (Ahad, 27 Jun 2010)

Jam 9 pagi, aku mandi sebab dah janji dengan FZ nak pergi Carrefour. Siap-siap. Pukul 10 pagi FZ datang amik aku kat Vista.

Masa nak masuk kereta, dia hulurkan aku something.

Taraaa....



Bunga ros merah dan putih... 2 kuntum je. Tapi bunga jugak kann.. Heheheh...


FZ kata, maksud bunga nie adalah Cinta Suci... Ros merah tandanya Cinta. Ros putih tandanya Suci.

Wah..wahhh... Teruja aku...





Terus aku teringat kata-kata aku 5 tahun lepas...

Apakah???

Dan terus hilang sakit ati aku pada dia disebabkan mimpi tuh...

Tapi dalam kereta aku tetap soal dia macam-macam.

Aku : Awak, saya nak tanya something boleh?
FZ : Apa dia?
Aku : Awak ada curang dengan saya tak?
FZ : Tak ada. Kenapa?
Aku : Saja je tanya.
FZ : Ha, nie mesti ada apa-apa kan...?
Aku : Hmm... pandai awak pujuk kan?
FZ : Pujuk? Pujuk ape?
Aku : Pujuk la... Awak nie macam tau-tau je saya sakit hati dengan awak... *aku buat mulut muncung.
FZ : Kenapa plak nie, sayang?
Aku : Tadi saya mimpi pasal awak...
FZ : Mimpikan saya? Mimpi ape? Heheheh...
Aku : Mimpi buruk. Awak jahat...
FZ : Laaa... kan mimipi aje tuh. Awak mimpi ape?
Aku : Awak curang... Jahat.. jahat... jahat...
FZ : Ha, ceritalah mimpi awak tu... Awak nie macam-macam laa...

Aku pun cerita lah mimpi aku tadi. Tapi FZ nie gelak je...

FZ : Mimpi je la. Sumpah saya tak pernah curang dengan awak. Takde mase la saya nak cari yang lain. Nak jaga awak sorang pun payah, pening kepala. Ini nak pasang dua? Biarlah tak pun.. Lagi pening kepala saya nanti.
Aku : Yelah tu... Uwek...

Riangnye hati aku bile dia cakap macam tu. Harap dia cakap serupa bikin... Jangan tak bikin pulak.

Then, kitorang jalan-jalan dalam Mid Valley tu. Pi breakfast kat Killeney Kopitiam. Ok la makan kat situ.

Pastu barulah kitorang pi Carrefour. Aku nak beli barang-barang dapur untuk stok sebulan. Hihihi...

Banyak jugak barang yang beli. Macam-macam. Penuh troli... Macam biase, FZ yang akan tolak troli... Aku kan MEM besar.

Balik dari Carrefour, kitorang pi Pantai Dalam. Makan nasi ayam kat situ. Best jugak nasi ayam kedai tu...

Lepas makan, FZ hantar aku balik rumah.

Tapi aku balik, tak sempat rehat okeh. Terus siapkan bahan-bahan nak masak nasi lemak. Aku dah janji dengan FZ nak masakkan dia nasi lemak.

Tapi akhirnya, bukan aku yang masak. Kak Aiza yang masakkan. Aku mana reti buat nasi lemak. Hehehe...

Pukul 5 petang, aku pi kolam sambil bawak bekal nasi lemak yang Kak Aiza masak. Tapi pukul 5 tuh, FZ ada kelas.

Aku sebenarnye sengaja datang kat kolam tu awal sebab aku nak tengok FZ mengajar macam mana.

So sweet okeh tengok dia melayan karenah budak-budak... Sangat sweet... Eeee.... Suke sangat. Sumpah terserlah sikap penyayang sebab ader student dia nangis sebab penat berenang & FZ pujuk budak tu... :D

Pukul 6.30 petang, kelas FZ habis. Kitorang lepak-lepak jap. Pastu baru makan. Kitorang makan bertiga. Aku, FZ dan Farhan.

Habis makan, lepak-lepak lagi. Then, dalam pukul 10 malam, baru balik.

Aku kepenatan. Terus tidur... Penat...

Misi Sabtu - Batu Caves

Dalam seminggu, mesti aku dengan FZ ada plan apa-apa. Confirm. Saat aku menaip nie pun, aku tengah pikir ape plan kitorang untuk this weken.


Ok, Khamis lepas, Kak Long call. Dia mintak aku temankan dia kat rumah hari Jumaat malam sebab Abang Zam kena bekerja malam tuh.


So, lepas balik kerja hari Jumaat, aku siap-siap untuk ke rumah Kak Long. FZ yang akan hantar. Dia tahu aku tak suka naik komuter. Dia kata tak sampai hati tengok aku berebut-rebut nak masuk dalam komuter.


Eleh, padahal dia takut aku main mata dengan mamat dalam komuter tuh. Tau dahhh... *pang se dasssss*


Sampai rumah Kak Long, FZ lepak jap sebab nak tengok berita. Lagipun dia tak kenal lagi dengan Kak Long dan Abang Zam. Cepat mesra betul Abng Zam dan Baby Fifi dengan FZ. Satu perkembangan yang baik.


Alia plak mengarut dengan Kak Long nak belajar berenang. Diorang semua dah tahu FZ nie cikgu renang. Siap mintak discount tuuu... Aku plak suh belajar free... Hehehe...


Pukul 9 lebih, FZ balik.


Esoknya, FZ datang amik aku balik pukul 2 lebih petang. Itupun sebab kitorang nak pergi ke Menara Celcom sebab aku nak hentikan broadband celcom pakej RM68 tu sebab aku dah pakai pakej RM98.


Pergi ke Menara Celcom, tengok-tengok kaunter dah tutup. Rupa-rupanya hari tu half day je. Hampesss...


Then, macam biase kitorang pi main layang-layang kat Taman Layang-layang. Seronok wooo...


Aku malas nak amik gambar sebab panas terik. Kul 4 petang tuu...


Then pukul 5.30 petang, FZ ajak pergi ke Batu Caves. Nak masuk dalam gua hikmat India tuh. Errr.. hikmat ke?


Whatever lah...




On the way ke Batu Caves. Muke ceria je...




Ok, peace.... Trademark FZ... Kitorang dah sampai kat Batu Caves.



Selamat datang ke Batu Caves. Yea!




Ape-ape hal pun, amik gambar puas-puas dulu selagi badan tak berpeluh. Sat lagi nak naik tangga tinggi.



Ok, dah dekat. Jom mendaki tangga....




Masa nie dah sampai dalam 100 anak tangga kot. Ntah la... Tak kira anak tangga. Tapi memang letih siottt....





Muke kena paksa senyum. Padahal time nih masing-masing dah semput.




Meh kita naik tangga lagi. Chayok...chayok!




Ini pemandangan dari atas. Saujana mata memandang kan...




Yea! I made it! Akhirnya aku berjaya naik sampai atas dengan hanya 2 kali berhenti. Itupun berhenti sekejap-sekejap je. Tak sampai 5 minit pun. Hebat tak aku? Hehehehe...


Masuk dalam gua yang cerah... Ramai betul orang kat situ. Tapi sebenarnya dalam gua tu takde apa-apa pun. Banyak patung berhala je. Tapi yang best, aku sempat tadah muka aku kat bawah mata air dalam gua tuh. Sejuk sangat air tuh. Hilang penat aku.


Ader la dalam setengah jam duk dalam gua tu, kitorang pun turun. Time turun tu, punyalah banyak beruk monyet duk bertenggek kat tepi tangga. Tapi beruk tuh tak kacau orang melainkan orang tu bawak makanan. Kalau bawak makanan, sure makanan tu tak kan selamat di tangan korang.



Panjang gile ekor beruk tuh...




Time turun tu, punyalah kaki sakit. Nak-nak kat peha. Fuhhhh... menggeletar peha nak turun tangga.
FZ minum air jap. Tetibe lak dia dahaga.



Yooo.. peace... *kalau tengok dekat, baju aku sebenarnya basah... bukan sebab peluh tapi aku mandi dengan mata air tadi...

10 minit je turun...


Then, balik. Puas hati gak dapat naik atas. Aku ingatkan aku tak mampu nak naik. Kuat jugak aku sebenarnya.


Sebelum balik rumah, singgah kedai makan kat Pantai Dalam. Alah... restorang yang femes dengan ayam golek 5 bintang tuh....


Tapi kitorang tak makan ayam golek sebab dah muak dengan ayam...


Kali nie kitorang makan....


>>


>>>


Nasi 3 pinggan... 1 pinggan tu sebenarnye nasi tambah.




Kerabu mangga the marveles...



Ikan siakap masak 3 rasa the slurrpppp... Nyum nyum...



Tomyam campur yang pedas the vasss.... *mengalir air mata uolss hirup tomyam nie...

dan...



telur dadar very berminyak...


*pepandai je aku letak nama makanan... reka jek.. lempang jap!

Habis makan, lepak jap kat restoran tu. Perut masing-masing dah memboyot. Tak larat okeh nak berjalan.


Pastu baru pergi bayar... Jumlah makanan yang kitorang makan tu hanyalah RM49 je... Aku bajet dalam RM60++ sebab ikan siakap tu besar okeh. Macam 4orang yang nak makan. Jenuh nak habiskan...

Pastu, FZ hantar aku balik.


Malam tu aku mandi bersih-bersih. Takut jugak jadi apa-apa sebab tadi kan aku mandi dengan mata air kat Batu Caves tuh. Kang aku histeria malam-malam kang, susah plak. FZ pun suruh aku mandi.

Masa nak tidur tu risau jugak. Takut bermimpi dewa-dewi. Sape tahu kannn....

Tapi nasib baik takde apa-apa... Hehehe...


Lain kali bolehlah naik Batu Caves lagi. Exercise...







Thursday, June 24, 2010

Sakit

Lately aku suke nau buat entri pasal sakit. Sakit tu lah, sakit nielah... Macam-macam sakit ader.

Now FZ plak yang sakit. Dia demam. Kesian dia. Malam nie aku kena temankan dia pi klinik.

FZ : Awak, malam nie kita pi klinik eh.
Aku : Ok, saya temankan awak.
FZ : Sayang awak.
Aku : Hehehe...
FZ : Nanti awak temankan saya masuk dalam jumpa doktor eh.
Aku : Ok. Nanti saya suruh doktor cucuk bontot awak. Hehehe...
FZ : Jahat gila kan... Takmo...takmo.. Takut.
Aku : Penakut nau dia neh.
FZ : Memanglah. Sakit tau kena cucuk.
Aku : Biar ah. Padan muka.. Hahaha...

Aku selalu usik FZ. Suke tengok dia menggelabah.

So far, aku dengan dia ok. Cume gaduh-gaduh manje tuh biase la. Aku betul-betul appreciate dengan apa yang dia dah buat kat aku.

Kawan-kawan semua setuju dengan hubungan kitorang. Tapi parent aku plak lain. Tanpa usul periksa, diorang tak setuju serta-merta. Kenal pon tak, tapi dah judge macam-macam. Aku betul-betul terkilan dengan parent aku.

Well, dah 3 minggu aku tak contact parent aku kat kampung. Aku rindu kat mummy dan daddy tapi biarlah dulu. Hati aku tengah sakit; tengah kecewa dengan diorang. Bagi aku, diorang langsung tak amik kira perasaan aku. Diorang tak tahu betapa happy nya hidup aku sejak bersama dengan FZ.

Semalam, aku jumpa FZ.

FZ : Awak...
Aku : Iye...
FZ : Saya sayang awak.
Aku : (",)
FZ : Kalau kita ada jodoh nanti, saya janji saya takkan sia-siakan awak.
Aku : Betul? *aku tenung mata dia.
FZ : Saya janji.
Aku : Semua lelaki akan curang walaupun sekali dalam hidup diorang. Saya membesar dengan pemikiran lelaki memang akan curang.
FZ : Saya akan cuba takkan buat macam tu dengan awak.
Aku : Betul?
FZ : Iya... Saya betul-betul sayangkan awak.

Then, peluk... Hehehe... Peluk je eh. Takde lebih-lebih sebab kawan dia Nazir ader kat situ.

Owh, malam aku masak untuk FZ tu, dia lamar aku tau. Hehehe... Lupe nak citer. Sebab terkejut.

FZ : Awak, kita nikah? *dia bisik kat telinga aku.
Aku : Hah??
FZ : Kita nikah je dulu. Jadikan yang haram tu halal.
Aku : Err... Serius ke?
FZ : Serius la nie. Takkan la main-main pulak.
Aku : Tak menyesal ke kahwin dengan saya? Saya takde keistimewaan tau.
FZ : Tak. Saya kan sayang awak. Saya memang berniat nak jadikan awak isteri saya.
Aku : Err.. boleh bagi masa tak?
FZ : Berapa lama?
Aku : Nantilah saya bagitahu.
FZ : Janganlah lama sangat. Saya sayang awak tau.
Aku : Ok.

Padahal, ikutkan hati dan-dan tu jugak aku cakap YES! Tapi bila fikir pasal family aku, terpaksa aku pendam dulu.

Sakit jiwa aku, okeh.

Wednesday, June 23, 2010

TAG : Aku tak suka bila....

Tag nie aku reka sendirik... Puasang la katakan... Tetibe je kuar idea nak buat tag macam nie... Tag nie diberi nama "AKU TAK SUKA BILA....." sebab dalam dunia nie pasti ader benda yang kita tak suka dan menyampah. Betul tak? So, luahkan ketidakpuasan hati anda di dalam tag nie.

Ok... Let's start it!

AKU TAK SUKE BILA

1) Time Shopping :

- Ada jurujual duk mengekor aku dari belakang sepanjang aku jalan-jalan dalam kedai diorang. Memang aku cukup menyampah. Aku tak tahu apa motipp diorang nak ikut aku. Bukannya aku nak mencurik pon. Tak payah ikut aku pon sebenarnya. Sebab kalau aku nak bantuan ko, pandai-pandailah aku carik ko nanti.

2) Time memandu / naik kereta :

- Ader pemandu lain bawak kereta cam cibai. Yang bawak slow tu teramatlah slow. Tak tahu la apa yang diorang buat kat dalam kereta tuh. Ko pegang 'gear' dia, dia pegang 'gear' ko eh? *paham sendirik la ye...* Yang bawak laju tuh plak, tak ingat orang kiri kanan. Cilok sesuka hati. Mulut aku memang bising kalau jumpa orang-orang macam nie. Kalau tak caya, tanya FZ dan Faras.

3) Time makan

- Orang lain makan, tapi dia melantak. Makan tak hengat orang. Semua makanan dia nak balun sensorang. Adik aku ader sorang macam nie. Rasa cam nak lempang patploh kali pon ader...

4) Time naik public transport

- Aku biase naik LRT pagi-pagi nak gi kerja. Aku paling menyampah kalau bila pintu LRT bukak, ader orang terkedek-kedek nak masuk dalam macam siput. Menyampah gile... Biasenye pompuan la yang buat macam nie. Control ayu la kononnye. Cam nak bagi penyepak pon ader. Tobat aku menyampah. Pastu dulu time aku naik komuter. Cibai orang-orang Indon. Dalam gerabak dah penuh, dia lagi mau masuk. Dah la bau badan diorang, MASYAALLAH... boleh buat aku pitam. Orang lain pagi-pagi bau wangi. Diorang? Yarkkkk....

5) Time kerja

- Aku call orang, tapi tak dijawab. Sekali dua takpe lagi... Tapi kalau dari pagi sampai petang aku call tak di angkat, memang kena maki la dengan aku. Tapi dalam hati jelah. Dan aku jugak tak suka orang push aku buat kerja. Aku tahu nak buat kerja aku. So, tak yah nak push aku. Lagi kau push, lagi aku malas nak buat kerja... Paham?

6) Time masak

- Ader orang sibuk duk complaint cara aku masak. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tambah tu lagi sedap, letak nie nanti tak sedap.... Aku tahu lah cara aku masak. Aku takleh tiru cara kau masak, okeh. Yang penting, masakan aku sedap dan bersih.

7) Time tengok tv

- Ader orang duk tukar siaran tu, siaran nie sesuke hati. Nyampah okeh.

8) Time tidur

- Ader orang sms. Pastu bila sms tak reply, dia call pulak. Selagi dia tak angkat, selagi tu dier akan call. Kalau kecemasan takpelah jugak. Ini semata-mata nak sembang kosong. Ini memang kepantangan aku. Aku memang mementingkan tidur yang berkualiti. Off hp? Aku nie memang jarang off hp. Aku takut family dari kampung yang call.

9) Time dating

- Boleh hilang mood romantik aku kalau hp dier asyik berbunyi tapi dier ignore. Memang boleh buat fikiran aku pusing fikir benda yang bukan-bukan. So, kalau hp ko bunyi, silalah jawab. Kalau dia sms, sila bagi aku baca mesej ape yang sampai. Kalau tak, memang confirm syak wasangka akan timbul dalam hati aku. Hehehe...

10) Time beratur kat kaunter pembayaran

- Ader orang buat bodoh potong que... Selamba badak je kann... Yang nie memang paling aku pantang. Kalau rasa nak kena terajang, silalah buat depan aku. And aku tak suka bila dah sampai kat depan kaunter, ko baru terhegeh-hegeh nak keluarkan beg duit ko dari handbag... Sekian hal plak kena tunggu ko cari purse ko. Pe lah salahnya kalau ko keluarkan awal-awal purse ko tuh?


Ok, kerja terakhir....

Sila tag 5 orang yang ANDA TAK SUKA untuk buat tag nie... Hehehehe... Gurau je la...

11) Sila TAG 5 orang yang anda suka untuk buat TAG nie... Ermmm.. aku tag :-

i - Ika
ii - Mimy
iii- Yanie
iv - Kak Maria
v- Ain - pari Chantek

Orang lain yang nak buat tag nie pon boleh... Silakan yee... Tak marah pon...

Tuesday, June 22, 2010

Ulu yam oh ulu yam

Jakun okeh.

Ini pes time aku pi Ulu Yam. Over excited betul. Yalah, sepanjang aku duk KL tak pernah sorang pun ajak aku pi picnic kat kawasan terdekat. Dulu pernahlah A bawak aku pi PD. Masa tu pun seronok gak.

Hari Sabtu lepas main layang-layang, FZ bagi cadangan nak ke Ulu Yam.

FZ : Esok kite gi Ulu Yam, nak?
Aku : Nak nak nak....
FZ : Ok... Esok pagi saya ader kelas. Lepas habis kelas, baru kita pergi ye.
Aku : Pukul berapa kelas habis?
FZ : 10.00. Tanya nie mesti nak bangun lewat, kan?
Aku : Hehehe... Biase... U know me.
FZ : Dah tahu sangat dah.
Aku : Hiks... :D

So, esoknya lepas FZ selesai mengajar, dia terus amik aku kat Vista. Aku macam biase lah. Janji pukul 10 tapi selesai berkemas pukul 10 lebih.

Kepantangan betul FZ kalau menunggu orang. Tapi aku punya pasal, dia sabar je. Hehehe...

Then, kite orang bertolak ke destinasi..

Yea, Ulu Yam... Here i come! *kan aku dah cakap, aku nie jakun...

Sampai ke kat Ulu Yam, pi beli makanan dulu. Maklumlah aku nie tak masak. Jenuh FZ suruh aku masak.

FZ : Awak, kalau picnic macam nie best tau kalau bawak masakan sendiri.
Aku : Saya mana reti masak.
FZ : Ala, setakat mee hoon ke takkan tak tahu?
Aku : Saya tahu makan je...
FZ : Huh...!


Ok, ini FZ... Peneman merangkap driver saya sekarang. Kalau saya nak ke mana-mana, dia yang akan bawakan... *tetibe je "saya". Gile sopan.*


Ini tempat yang kitorang mandi-manda. Redup kan... air pon paras peha. Takdelah cetek sangat. Syok wooo...

Tapi dia punya air, fuhhh... sejuk gilos. Tak tahan aku dibuatnya. Macam ais...


Ini aku... Kalau korang tak kenal, tak tahu la...



Gambar dar bawah pokok tempat kitorang rehat... Sangatlah redup.


Kulit aku nie dah la itam... So, tak boleh lah berjemur kat tengah panas lagi. Kang jadi makin itam. Jadi, aku kenalah cari tempat yang teduh sikit.

Jahat oh FZ... Dia selalu kacau time aku nak terapung dalam air. Mesti dia simbah air kat muka aku. Pastu mulalah hidung dan telinga aku masuk air. Banyak kali gak aku merajuk manje dengan dia. Dia plak duk gelak je manjang.


Sejam lebih gak berendam kat dalam air tuh. Pastu kitorang naik. Lagipun orang makin ramai. Tak best mandi kalau ramai orang. Tak feel.


Senang betul jadi orang laki. Tak payah susah-susah nak pergi ke bilik persalinan kalau nak salin baju. FZ tukar baju kat belakang pokok je. Itupun mujur aku terdetik hati nak bawak kain batik. Lagi laa senang dia nak tukar pakaian. Pastu giliran aku plak nak salin pakaian. Of course la kena pi bilik persalinan.


Sekali bila dah sampai kat bilik persalinan, punyalah ramai orang tengah beratur. Haihh... malas betul aku nak beratur. Masing-masing plak salin baju berjam-jam. Jenuh menunggu.



Kesian FZ... Kena tunggu aku. Time nie aku tengah beratur kat luar bilik persalinan.

Baik kan boyfren saya. Sanggup tunggu saya di tengah panas... Huhuhu....


Lepas balik dari Ulu Yam, FZ bagi cadangan singgah kat rumah Faras plak.


FZ : Awak tak nak jumpa Faras ke?
Aku : Nak la... Dah lama tak jumpa dia.
FZ : Ok, awak call dia. Bagitahu kita nak pergi rumah dia.
Aku : Ok. Yeaa....


Aku call Faras. Nasib baik dia ada kat rumah.


Lepak kat rumah Faras jap. Kebetulan Kak Dik masak asam pedas ikan pari. Terus dia ajak kitorang makan. Best wooo masakan Kak Dik.


Habis makan, kitorang lepak lagi kat rumah Faras.


FZ : Kak Dik, sedaplah asam pedas tu.
Kak Dik : Masakan Kak Dik memang sedap je. Tak pernah Kak Dik masak tak sedap. Hehehe...
FZ : Akak ajarlah Diana nie, kak. Saya sanggup bayar.
Kak Dik : Dia nie bukannya tak reti. Tapi malas. Bangun tido je dah tengahari. Time tu akak dah siap masak.
FZ : Tak apa, kak. Akak ajar je dia. Saya sanggup bayar berapa aje.
Kak Dik : Dia nie tahu masaklah.


Aku menyampuk, "Akak, syyhhhh...."


FZ : Dah tu, dia selalu kata dia tak reti masak.
Kak Dik : Bukannya dia tak reti. Ari tu elok-elok je dia masak kueh teow. Sedap jugak.
FZ : Yeke?

FZ terus jeling kat aku. Satu cubitan ala-ala manje hinggap kat lengan aku. Sakit dowhhh...


FZ : Oooo... tipu eh... Kata tak reti masak.
Aku : Hiks.... :D
FZ : Pasni kalau pegi picnic, kena masak.
Aku : Adoi... malasss...
FZ : Takde..takde... Kena masak.
Aku : Uwekkk...


Mencik... ha, kan dah kantoi. Hadoiii...


Petang, balik vista. Tapi malam, janji nak jumpa FZ lagi sebab dia nak lepak kat kolam. So, aku plan malam tuh aku nak masak. Nak buat nasi goreng dan telur dadar je... Pastu nak bagi FZ rasa.

Punyalah gigih aku masak walaupun badan penat giler

Pukul 8, pergi kat kolam. Terus bagi FZ dan Farhan rasa nasi goreng aku.



Aku : Pe komen?
FZ : Ok.
Aku : Kira lulus ke tak?
FZ : Lulus.
Aku : Yea! Errr.. Farhan, sedap tak?
Farhan : Sedap...
Aku : Hehehe...
Farhan : Makwe saya dulu tak pernah masakkan saya apa-apa tau.
Aku : Takpe, lepas nie suruh makwe masak eh.


Malam tu aku balik awal. Esok kan Isnin, kene pegi kije... Malasnye..... Huhuhu...


something untuk next weken... Hehehe... :D

Monday, June 21, 2010

Layang-layang

Petang hari Sabtu, aku keluar dengan FZ. Kitorang plan nak main layang-layang kat Kepong. Excited jugak aku nak pergi sana sebab aku tak pernah lagi jejak kaki kat situ. Lagipun sapelah nak bawak aku pergi sana kann... Mase kapel dengan A dulu, mane dia suke pergi tempat-tempat macam nie. A lagi suke pergi shopping complex.

Pukul 4.30 petang, kitorang dah sampai kat taman layang-layang tuh. Panas ohhh... On that time, orang tak ramai lagi. So bolehlah pilih layang-layang dengan tenang.


Kat kedai ni la kitorang beli layang-layang...


Ini dia, FZ... Aku reveal lah muke dier.. Senang.. Malas dah nak sembunyi-sembunyi. Takde faedah gak... Bukannya dia cacat ke ape.


Yang kaler biru tuh layang-layang kitorang.... Helang mariii...



Suke nau dia ader yang temankan dia main layang-layang. FZ memang suke main layang-layang.

FZ : Pasni tiap-tiap minggu kita datang sini eh.
Aku : Eh, nak buat apa tiap-tiap minggu?
FZ : Main layang-layang la...
Aku : Takmo..takmo... Nanti kita dah takde mase nak tengok wayang ngen shopping.
FZ : Laa... lepas kite tengok wayang dengan shopping, kita datang lah sini...
Aku : Owh, ok... :D



Aku nak snap view kawasan nie tapi gambar nie seolah-olah aku nak snap budak yang duk kat tengah padang tu je...



ni gambar candid... dekat gilos...


Aku rasa cam cantik je gambar neh... *pasan...*


Relax je FZ main layang-layang...
Tengah-tengah main tu, ader la budak-budak Thai (kot) main layang-layang jugak. Punyelah riuh-rendah diorang main. Pastu lari sana sini... Kelakar ader, sakit ati pun ader sebab tali diorang asyik sangkut kat tali kitorang je...
Nak hangin pon tak boleh sebab budak-budak lagi... Lagipun pergi sini nak bersuka-ria. Bukannya nak marah-marah dan cari gaduh...
Habis main layang-layang, kitorang jalan-jalan kat sekitar taman tuh. Aku nampak 1 tempat tinggi, macam rumah api.. Terus aku ajak FZ naik atas.
FZ nie sebenarnya gayat. Dia pegang kemas tangan aku... Kelakar gile...



Angin plak kuat....
FZ : Awak, kite boleh jatuh ke tak nie? Angin kuat betul...
Aku : Ishh... mana leh jatuh. Kan ader pagar nih.
FZ : Manalah tahu...
Aku : Kalau dah gayat....macam tu la jadinya. Penakutlah awak ni.
FZ : Memanglah. Bahaya tau.



Bila dah bosan duk kat atas, kitorang turun. FZ nie punyelah takut sampai mase turun tu, dia langsung tak pandang bawah... Penakuttt...

Ini kereta FZ...
Pastu terus balik Vista...

Sirim tak lepas

Tajuk pe pulak yang aku letak neh? Sirim mirim pulak dah...

Ape-ape ajelah...

Entri nie sekadar luahan hati aku terhadap family aku. Bukan untuk memburukkan sesiapa tetapi ianya tak lebih kepada apa yang aku rasa saja.

Selama aku hidup, dah banyak kali aku temukan lelaki dengan keluarga aku. 1st lelaki yang aku bawak adalah R. Dia adalah senior aku masa kat kolej dulu. Itupun dia datang masa hari raya tahun 2003.

Ok, dia orang pertama yang family aku reject. Sebab : tak hensem.

Lelaki kedua aku bawak jumpa parent aku, L. 1st aku bawak dia masa Hari Raya Cina tahun 2004. Dia duk 1 hari kat rumah aku. Then, Hari kedua raya cina, aku bawak L jumpa sedara-mara aku plak. Kebetulan masa tu kazen aku, Engku Maizurin (Aku panggil dia Abg Yin) buat majlis sanding.

Yang ni family aku setuju.

Tak lama lepas tu, L buat hal. Macam-macam yang berlaku dalam hubungan kitorang. Then, aku kapel dengan orang tu, aku kapel dengan orang nie... Sampailah aku kapel dengan Z, staff kat TTI. Aku terbukak hati nak bawak jumpa dia dengan parent aku.

Family aku terang-terang reject. Sebab : Taraf hidup "kureng"...

Then, aku datang KL. Jumpa A. Lebih kurang setahun berkawan dengan A, aku bawak A jumpa parent aku. Alhamdulillah, parent aku setuju. Tapi sayang, A pulak yang buat hal. Curang sana-sini. So, kali nie aku yang reject A. Banyak kali sangat hati aku disakiti. Enough!

Ok, itu ANTARA lelaki-lelaki yang pernah aku bawak jumpa parent aku.

List kat bawah nie plak adalah lelaki-lelaki yang tak pernah aku bawak jumpa parent, tapi my parent tahu aku kapel dengan lelaki nih dan my parent REJECT.

1 - SZ = di reject sebab :> masih belajar, tak ada kereta dan selalu bawak aku keluar rumah malam-malam naik moto. Sedangkan SZ nie baik gile... Tak pernah amik kesempatan kat aku, dan dia sangatlah prihatin kat aku. Sekarang dia dah jadi engineer di Petronas Kerteh.

2- SR = di reject sebab :> dier bekerja sebagai opis boy kat Pejabat SUK Trg. Dia nie kawan abang aku. Abang aku kata dia nie baik dan jaguh badminton kat Trg.

3 - HM = di reject sebab :> dia kije polis. Family aku kata orang yang kije polis nih semua panas baran. Kawan-kawan aku plak kata ramai yang tak aman kawin dengan polis. Aku nak deny pon tak boleh sebab kak long cakap kawan dia yang kawin dengan polis selalu kena belasah.

Yang lain tu, aku tak berapa ingat. Ramai lagi sebenarnya.

_______________________________________________________

Yang terbaru....

Aku kapel dengan FZ. Declare bulan lepas. Aku lupe tarikhnya.

So far, makin lama aku makin selesa dengan FZ. Dia pun selalu cakap makin hari dia makin sayang kat aku.

Mula-mula dulu aku susah gak nak terima dia tapi lama-lama aku rasa dia nie okey... Bila dihitung didarab bahagi tambah tolak semua.... Aku memang yakin he is the one.

Nak tahu macam mana aku buat perhitungan?

Aku gune PRINCIPLE 4 P's milik A...

Pleaser, protector, pak imam and provider.

1- pleaser = means orang tu boleh meluangkan bila-bila masa saja dengan kite.

=> FZ selalu meluangkan masa dengan aku. Bila ada masa terluang je, mesti kitorang jumpa. Lepas aku balik kerja, mesti kitorang jumpa. Weken je, mesti kitorang ada program.

2- Protector = means orang tu prihatin dan menjaga diri kite

=> Pernah aku balik lewat dari opis. Dan-dan tu jugak FZ datang amik aku kat opis sebab bimbang aku balik sorang-sorang waktu malam.

Dulu aku pernah harapkan A protect aku masa ex-wife dia kutuk-kutuk aku. Tapi harammmm... Lagi dia sokong ex-wife dier, ader laaa... Patut tak aku rasa bengang??

3- Pak Iman = tak kan korang tak paham kott...?

=> FZ selalu bagi nasihat kat aku. Dia selalu galakkan aku pakai baju yang sopan-sopan dan tutup aurat. Dia paling suka kalau aku pakai baju kurung. Pernah dia wish aku pakai baju kurung bila keluar dengan dia tapi sampai sekarang aku tak tunaikan lagi wish dia tuh.

4 - Provider = Menyediakan apa yang kita nak...

=> Aku ingatkan FZ tak ader kategori nih. Tapi rupe-rupenye ader. Aku pernah dilanda ketiadaan duit baru-baru nie. Dan FZ cepat-cepat hulurkan duit buat aku belanja. FZ siap pesan lagi, kalau aku takde duit bagitahu dia. Nanti dia hulur lagi. Dia pesan, jangan cuba pinjam duit dengan orang lain.


So, ape pendapat korang tentang FZ...? Ok ke tak ok?

Itu aku hitung dengan prinsip A.

Aku hitung plak dengan prinsip aku, 3K...

Kesetiaan, kejujuran, keikhlasan.

1- Kesetiaan => Apa yang aku rasa sekarang, FZ sangatlah setia dengan aku. Kalau keluar dengan aku, tak adernye mata dia tuh nak melirik kat pompuan lain. Mata dia asik pandang aku je... Dan nyata, dia tak ada kawan perempuan. Student pompuan dia ada. Ramaiii.... Tapi kebanyakannya India dan Cina.

2- Kejujuran => Mana dia pergi, apa dia buat, dengan siapa... semuanya aku tahu. 24 jam dia sms aku. Kadang-kadang dia call. Dalam hp dia, penuh dengan mesej aku. Takde mesej dari orang lain. Apa yang dia buat di belakang aku, semua aku tahu.

3- Keikhlasan => Dia tak pernah amik kesempatan kat aku. Jauh sekali nak merosakkan aku. Dari situ dah tahu dia ikhlas. Dia tahu aku siapa dan macam mana. Tapi dia boleh terima aku seadanya.

-----------------------------------------------------------------------

TAPI PARENT AKU REJECT FZ...

SEBAB = FZ KERJA SEBAGAI GURU RENANG.

Logik tak??? Parent aku tak kenal lagi FZ tu macam mana tapi dah judge FZ macam diorang dah lama kenal.

Actually, dah lama aku sabar dengan family aku neh. Macam-macam pilihan aku yang tak kena. Itulah inilah.... Serba-serbi.

Kenallah FZ nie dulu. Pastu kalu ader yang tak berkenan, cakap! Ini tak... Kenal pun tak, tetibe pepandai nak judge orang macam-macam.

Kalau FZ tu jahat, aku boleh gak terima.

Mummy duk berkenan sangat dengan L. Sikit-sikit L,,, sikit-sikit L.... Padahal mummy tak tahu L tu macam mana masa kat Johor. Aku malas je nak cakap keburukan orang tapi L tu jenis MINUM... Macam tu ke orang yang mummy berkenan???

Daddy plak duk berkenan kat A. Memang la A tu kaya, tapi daddy tahu ke A tu macam mana di belakang Nana? Sebab dia kaya & banyak duit laaa, dia duk beli cinta pompuan lain. Angkut pompuan tu, pompuan nie bawak balik rumah. So, ini ke lelaki yang daddy nak jadikan sebagai menantu???

Nana bukannya nak melawan. Tapi fikir-fikirkan lah... Nana nie pun bukannya bodoh sangat nak pilih orang bukan-bukan sebagai suami. Nana pun nak bahagia macam orang lain.

Kenapa duk fikir carilah lelaki Terengganu...?? Ingat lelaki Tranu tu elok-elok ke?? Ramai la yang tak leh pakai... Mat rempit, dadah, mencuri,,,, ni semua kerja kebanyakan lelaki kat Tranu. Elok ke macam nie??

Nak suruh nana cari lelaki kaya... Ingat lelaki kaya nak ke kat nana nie??? Pastu bile kaya, ingat boleh menjamin kebahagiaan ke???

Bila Nana suruh carikan, pandai pulak tak nak. Pastu suruh Nana cari sendiri. Tapi bila Nana cari sendiri, macam-macam pulak komplen.

Dulu masa Kak Long kawin dengan Abang Zam pon, mummy tak setuju gak. Bila Kak Long balik kampung je, mummy buat tak layan. Kalau layan pon, gitu-gitu je. Pastu speku macam-macam pasal Abang Zam.

Sekarang, bila Kak Long dah senang, dah kaya... Baru terbukak mata masing-masing. Bila Abang Zam balik kampung je, masak makanan sedap-sedap. Pastu belum pun Abang Zam jejak kaki masuk rumah, air dah terhidang dah... Menantu yang dulu tak dialu-alukan, sekarang dilayan macam Raja kat rumah tu.

Kenapa mesti jadi macam tu???

Sebab FZ tu kije sebagai guru renang, semua orang ingat dia takde duit; gaji ciput. Kenapa masing-masing fikir macam tu?

Ingat kije opis tu semua gaji besar ke??

Cubelah fikir out of the box...! Selain jadi guru renang dengan DBKL, FZ jugak jadi guru renang kepada sekolah tadika kat Bangsar. Aku lupe nama sekolah tu. Fz jugak jadi guru renang private kepada berpuluh-puluh orang student. So, itu ke namanya takde duit?

Memang lah kena metarialistik. Tapi agak-agak laaa.......

Kalau ye pun nak hidup nana nie terjamin, janganlah melampau sangat. Nana tahu lah mana satu yang patut dan tak patut nana pilih. Takkanlah nana nak pilih orang yang tak boleh buat nana bahagia.

Dah banyak kali sangat nana mengalah sebab nak jaga hati family tapi ader ke family amik kire perasaan Nana? Ingat senang ke nak putuskan hubungan dengan orang yang kita sayang disebabkan takde restu family? Pernah tak mummy dan daddy fikir macam tu?

Perlu ke kita mengira kuantiti duit sehingga mengetepikan kualiti diri sesorang? Fikirkan lahhh...

A

Tajuk entri nie adalah yang paling pendek dan ringkas sepanjang aku join alam blog neh. Tobat aku tak tahu nak letak tajuk ape. A pon A lah... Yang penting, ader tajuk kannn....

Entri kali nie tentang aku, A dan Dada.

Hari Khamis lepas, dier datang amik aku kat opis. Dada beriya-iya nak jumpa aku. Dada jugak beriya-iya suruh aku amik mc hari Jumaat.

Sorry ye... Aku nak jadi pekerja cemerlang sekarang. Malas dah nak amik mc bagai.

Hari Khamis tuh, takde ape yang kitorang buat melainkan lepak kat rumah dan main bingo.

Hari Jumaat, lepas balik kije, A dan Dada ajak aku pi One Utama. Since aku pon dah lama tak pi sana, aku agree ajelah.

Pi sana, main boling and window shopping.


Owh, gambar nie buat aku nampak macam orang yang sedang peknen.. Tidak!!!


A beli kasut baru... Sebab kasut lama dier tetibe je rosak. Dan-dan tu jugak dia pakai kasut baru tuh. Hehehe...



Ini Dada. Si budak comot. Puas aku nasihatkan dier suh tukar imej jadi pompuan dan kemas sikit. Tapi bukannya dia nak dengar nasihat aku. Lantak dia lah... Aku nasihat sekali, ko tak dengar, aku biarkan aje...

Tak padan anak orang kaya. Nanti orang tak mengata kat dia. Tapi orang akan mengata kat bapak dia. Orang akan kata bapak dia tak belikan dia baju cantik-cantik. Padahal berlambak baju cantik dalam almari dia. Tapi baju buruk tu jugak yang dia duk pakai...

Aku taknak kata lebih-lebih. Dia bukan anak aku... Dia anak A. So, pepandai A lah nak nasihatkan anak perempuan kesayangan dia tuh.

Aku time sebaya dia dulu, dah admire macam-macam baju cantik. Nak pakai macam tu, nak pakai macam nie... Tapi Dada nie tak. Dia langsung tak kisah. Kalau aku ader anak sendiri nanti, tak adanya aku nak bagi anak aku pakai macam tu. No way and never! Pompuan kena pakai macam budak pompuan... Anak lelaki kena pakai macam budak lelaki.



Pemandangan dari atas bangunan One Utama.

Di sebalik gambar nie, ader sepasang orang India sedang beromen. Tapi aku buat derk je. Lantak ko lah... Tapi gelilah... Aku TERtengok... Huhuhu...

Larikkk...

Wednesday, June 16, 2010

Lukaku masih belum sembuh.. Huhuhu....

Semalam cepat-cepat aku balik dari opis. Ada hal penting....

*penting la sangat....*

Aku de perlawanan badminton dengan FZ kat pusat sukan Vista Angkasa.

Pukul 6.00 petang, aku dah sampai kat pusat sukan tuh. Sampai je, terus start main. Jeng...jeng... jeng...

Sekali aku kalah daa dengan FZ.

Masa tengah main tu, kawan FZ nama Nazir dan Syawal ada gak kacau-kacau. Jadi masa main tuh gelak-gelak je manjang. Kelakar pulak masa berlawan dengan Nazir dan Syawal.

FZ kata aku main lagi better dari Nazir.

Tak sampai sejam main, aku surrender. Siyes aku sakit pinggang. Dah lama gilos tak main badminton.

*gambar takde sebab terlupa nak suh orang snap kan...

Habis main, aku pi beli makanan. Confirm la lepas main je perut mesti lapar.

Then, bile dah habis makan, FZ suruh aku bukak medicated plaster kat jari dier tuh....

FZ : Bukak slow-slow tau... Mesti benda nih melekat kat luka tuh sebab pelekat nie nampak melekuk.
Aku : Ok...ok...

So, aku bukakan la pelekat tuh. Punyalah terketar tangan aku nak bukak. Takut FZ tu sakit je. Bila dah bukak, darah dah tak ada. Cume isi je yang nampak...

>

>>>


>>>>>


>>>>>>>




Gambar agak kurenggg memuaskan sebab snap guna kamera henset.

Pastu giliran FZ plak untuk salin plaster kat lutut aku.

Dah namanya lelaki. Dia bukak slow-slow pun tapi kite still rase dia buat kasar.



Berdarah lagi rupanye... Ingatkan dah kering...



Kan aku dah cakap, luka aku nie teruk...



FZ ralit betul letak ubat kat kapas...



Masa nie terjerit-jerit aku dibuatnya... Tengok tuuu... FZ tekan tekan kat luka aku... Maunya aku tak jerit...







Dah siap...

Harap-harap luka nie cepatlah sembuh. Penat sangat bila time mandi je, kena sandarkan kaki kat dinding. Plus aku takleh nak swim. Semalam tengok orang swim, rasa menggelegak dalam hati nak swim. Tapi takut pedih punya pasal, sabar je la dalam hati.

Kawan FZ nama Farhan duk gelak-gelak je tengok aku jalan terhenjut-henjut. Jahat tul...

Owh, esok sampai Jumaat FZ takde kat KL sebab dia balik kampung dia kat Kluang, Johor. So, semalam dia panggil orang suh servis kereta dia. Punyelah lewat orang tu datang.
Last-last FZ hantar aku balik rumah pukul 12 tengah malam.
Selamat jalan, FZ... *nak jadi setan jap neh... heh heh heh... <(^c^)>