Saturday, July 31, 2010

Patut happy ke tak?

Kul 8.30 pagi tadi, FZ call aku.

FZ : Sayang, kul 8 tadi Cik H*** hantar mesej.
Aku : Mesej ape?
FZ : Dia cakap dia nak datang kelas swim kul 10.30 nanti.
Aku : Ok... Sayang nak gi tengok, boleh?
FZ : Tak payahlah. Sayang rehat aje kat rumah ye. Sayang kan penat...
Aku : Ok, jangan gatal-gatal, k.
FZ : Abang cari rezeki, sayang. Takde niat pun nak menggatal.
Aku : Ok, nak sambung tido nie.
FZ : Ok...

Aku sambung tido.
Kul 10.30 pagi, aku bangun.
Dah takleh lelap dah.
Layan FB jap.
Nak call FZ tak boleh. Mesti dia tengah mengajar sekarang nie.
Takpe. Aku tunggu kul 11.30pagi.

Syok sangat layan FB, sampai tak ingat dah kat FZ.
Pukul 12, FZ call aku.

FZ : Sayang buat apa?
Aku : Duk saja. Kenapa?
FZ : Sayang, tadi Cik H*** tu datang kelas swim.
Aku : So, macam mana? Ok?
FZ : Ok je. Tapi dia tanya abang satu benda.
Aku : Apa dia?
FZ : Dia tanya abang dah kawin ke belum?
Aku : So, apa abang cakap?
FZ : Abang bagitahu dia abang dah kawin.
Aku : What???
FZ : Kenapa, yang?
Aku : Takde apa.

Berderau darah aku, okeh.

Why?

Ok, meh sini aku citer.

Cik H*** tu dapat tahu pasal kelas swim tu dari sticky mode yang aku buat dalam blog nie. Either dia memang baca blog nie atau terjumpa blog nie, aku pun tak tahu.

Kan aku selalu jaja yang aku nie tak suka laki orang.
Mintak simpang yee.
Aku bukan macam pompuan lain yang suka kacau rumahtangga orang.

Jadiii....
Bila FZ kata dia tu dah kawin, mestilah Cik H*** tu kata apa-apa *kot...
Aku nie bukannya apa.
Takut orang anggap aku nie macam-macam.
Aku tak nak title perampas ye...
Takutt...

Petang, aku keluar dengan FZ.

FZ : Sayang tak suka ke abang cakap abang dah kawin?
Aku : Ntah. Sayang takut orang anggap sayang bukan-bukan je.
FZ : Kenapa pulak?
Aku : Yalah... Dalam blog sayang duk jaja sayang tak suka laki orang. Bila abang declare depan orang lain yang abang nie dah kawin, mestilah orang akan anggap abang nie laki orang. Dan dalam blog, sayang duk cakap abang nie boifren sayang je. Bukannya laki sayang.
FZ : Sorry ya, sayang. Abang taknak orang menggatal dengan abang. Sebab tu abang cakap abang nie dah kawin.
Aku : Takpelah, abang. Nak buat macam mana?
FZ : Abang kan 'suami' sayang. Setia dengan sayang. Sebab tu abang cakap abang dah kawin. Kawin dengan sayang laaa...
Aku : Iye... Sayang tahu abang setia.

Ok, aku tahu apa niat dia declare dia dah kawin.
Tapi serius aku rase cam tak best.
Err... atau patut ke aku rase hepi?

Kalau betul dia tu laki orang, aku memang tak nak kat dia.
Tapi FZ nie bujang ye...
Sebab tu aku sayang... :-)

Friday, July 30, 2010

Aku si penakut makan ubat

Ya, memang.
Aku memang takut makan ubat.
Pahit tuuu...
Tak leh telan aku.
Uwekkk....

Sekarang nie aku sedang mengalami masalah kencing tak lawas atau kencing kotor.
Serius torture gile.
Ni kali ke3 aku kena sakit nie.

Punca?

Aku selalu tahan kencing & kurang minum air.
Memang pon.
Aircond kat opis nie terlalu kuat. *tetibe slhkan aircond plak... huhu..
Leh beku aku duk dalam opis nie.
"Tangki" najis mutawassitah aku nie cepat lah penuh.
So, aku selalu kena pi toilet.
Lama-lama jadi malas plak.
Yalah, takkan la setiap 15 minit ko nak pi toilet?
Last, bila tangki dah betul-betul penuh, baru pegi toilet.

Akibatnya, aku kena kencing kotor.
Huhuhu... Sakit okeh.

Bila time rasa nak kencing tu, rasa macam dan-dan tu jugak dia nak keluar.
Tapi by the time aku cangkung dalam toilet, setitik dua je yang kuar.
Tak ke haru?
Bayangkan perasaan aku bila benda tu kuar takde ending?
Mengalir air mata aku, tahu tak?

Seminggu dah aku tahan.
Last-last, hari Rabu lepas aku mengadu kat FZ.

Aku : Abang, sayang sakit.
FZ : Laa... selama nie elok je abang tengok.
Aku : Yalah, sayang tak bagitahu. Tak tahan dah nie.
FZ : Sayang sakit apa?
Aku : Kencing kotor...
FZ : Sakit tuuu... Abang pernah kena. Ok, malam nie kita pergi klinik ye.
Aku : Ok.

Lemah longlai tubuh aku masa balik rumah dari opis.
Makin teruk sakit aku.
Setiap 5 minit aku kena pergi toilet.
Letih ok...
Kalau puas takpe. Ni tak berbaloi langsung.

So, petang lepas balik kerja FZ temankan aku pergi Klinik Famili TTDI kat PJ.
Punyalah ramai orang kat situ.
FZ kata klinik nie bagus.
Ok, aku nak try since klinik nie adalah salah 1 klinik panel TM.



FZ : Sayang nak abang masuk dalam tak nanti?
Aku : Takyah. Biar sayang je yang masuk dalam. Sayang nak cakap sorang-sorang dengan doktor.
FZ : Ok je. Jangan goda doktor tu, sudahlah.
Aku : Motipp??

FZ gelak-gelak.

Doktor tu cakap, since aku dah kena penyakit nie 3 kali, aku kena makan ubat batu karang.
Dengar je ubat batu karang, terus aku tersentak.
Tak sangka plak aku penyakit nie leh buat sakit batu karang pulak.

Takleh jadi nie.
Aku mesti makan ubat nih.

Yo yo or je la aku nie nak makan ubat.
Balik dari klinik, kitorang pergi makan char kuey teow.
Memang the marveles laa char kuey teow kat rumah aku nie.
Tak cukup sepinggan.
Kalau bagi 3 pinggan pun, aku mampu habiskan.

Habis makan, FZ suruh aku makan ubat.

Alamak!
Takmo.... *sambil geleng kepala.

FZ marah-marah aku.
Dia cakap takde orang mati sebab makan ubat.
Orang akan mati kalau tak makan ubat.

Yelah, bang.
Memang la.
Tapi ubat tu pahit. Tak sedap.
Takmo..... *geleng kepala lagi.



Banyak okeh ubat yang aku kena makan.....

FZ : Sayang tahu tak, bila sayang beranak nanti lagi teruk tau. Kena makan jamu-jamu yang pelik-pelik dan lagi pahit.
Aku : Takmo makan jugak.

FZ : Kena makan... itu memang cara berpantang kat kampung abang.
Aku : Eh, sape nak balik kampung abang? Tak kire... beranak kat kampung sayang yeeee....
FZ : Eh, eh. Tak boleh. Kat kampung abang. Dekat sikit nak ulang-alik...
Aku : Apa pulak??
FZ : Yalah. Sayang berpantang sebulan lebih. Takkan la abang nak cuti macam sayang pulak? Kerja abang kat sini macam mana?
Aku : Biar lah... Pantang kat kampung sayang jugak.

FZ : Ishh.. dia nie susah betul nak mengalah.
Aku : Memang.
FZ : Eh, alih topik pulak. Dah, makan ubat!
Aku : Hehehe...

Semua ubat pil aku telan. Dan pastu tibalah masanya ubat yang paling aku tak suka.......



URAL....
Kena larut dalam air.
Adoiiii... Tak suke okeh.
Payau, pahit... Pastu ader rasa gas-gas sikit.
Ini ubat untuk lawas kencing.
Nak tak nak, aku kena jugak makan ubat nie.
Tapi ubat nie tak best.
Telan sekali, uwekkk...
Telan dua kali, uweekkk...
Telan 3 kali, uwekkk jugak.
Uwekkk je la... Tak muntah pun.
Habis hazab aku. Tapi untuk masa tu je la.
Torture gile ah.
Tobat pasnie aku takmo tahan kencing lagi.

Sekarang, aku still kena makan ubat-ubat tu lagi.
Bila laaa hazab nie nak habis?
Huhuhu...

Thursday, July 29, 2010

Hadiah comey

Semalam aku dapat hadiah kecik yang comey.
Sukenye....

Nak tahu ape hadiahnya?

>

>>>>


>>>>>>


>>>>>>>>




Tadaaaa....








Paris tuuuu...
Padahal yang adoo...
Bila goncang pelan-pelan benda nie, ader benda berkilat akan terapung-apung dalam air.
Comey ohhh...
Nak tahu kenapa aku dapat hadiah?
Mesti ada sebab kan...
Takkan la tetibe je dapat hadiah.
Ye dok?

Gini citernye...
Sekitar bulan April lepas, opis aku nie ader la buat training kat Pullman, Putrajaya.
Aku join sekali laa....
Memang citer nie dah lama.
Aku malas je nak update on that time.
Bila dah habis training, diorang ader la buat 1 game kayuh dragon boat.
Pertandingan jugak la.
Team mana menang, dapat hadiah.
Aku masuk dalam team merah.
Kebetulan lak aku pakai baju pink + merah.
Memang kena sangatlah tuu...

Korang nampak tak aku? *Rujuk anak panah yee...
Aku bukan jadi pengayuh.
Tapi aku tukang pukul gendang.
Tukang bagi semangat kat team merah aku nie. Hehehe...
Cam siot je jadi tukang gendang.
Mentang-mentang la aku paling muda dan comey dalam team tuh.... *sila muntah...

Ok, dragon boat dah bergerak...
Ok, team merah....! Bersedia!

Memasing kuat gelak je sepanjang kayuh tu...
Aku gayat wehhh duk kat situ.
Kalau bot terbalik, aku yang akan jatuh dulu.
Punyelah kuat aku kepit gegendang tuh.
Team lain tengah tunggu giliran.
Sementara tu diorang tengok team aku dan satu lagi team bertanding.


Ok, dah habis 1 round.
Team kami menang.
Tekak aku pon dah sakit sebab duk terjerit-jerit.
Bagus tul RED TEAM neh.



Time rehat, haruslah amik gambar.
Mimie, Ika dan Aku.
3 org secretary muda kat Group Internal Audit.
Tapi tiga-tiga dah tak available.
Sorry yee...





Aku dan Ika...
Tengok muke aku...
Dah sunburn dah. Kejap je...
Sebab tu dulu mummy aku tak kasi aku kuar main petang-petang.
Dia tahu kulit anak pompuan dia nie senang kena sunburn.
Pastu team Ika lak yang bertanding...


Wahhh... gelak sakan ek ko, Ika...
Excited la tuh leh naik dragon boat...
Hahaha... *matik aku kalau Ika baca... Hehehe... ampun..ampun..

Ini final round....
Lagiiii laaa aku kene bagi semangat kat diorang nie.
Maknanya lagiiii la aku kena jerit.
Biar sampai terkeluar anak tekak.
Dan lagiii laa aku kena kuat pukul gendang tuh.
Abang yang duk belakang sekali duk duk gelak je tengok aku.
Malu ai tau....

Yo yo.. peace....
Aku dan En. Fakrul...
Kitorang 1 team.
Puas sebab team kitorang adalah juara.
Yea!



Lepas main, mestilah penat.
Bila penat, kenalah isi perut.
Kasi semangat sikit... Heheheh...
Tengok Mimy dengan Ika....
Excited je amik gambar.
Aku?
Duk sms je... Dengan sape?
Ah malas nak sebut nama dia.
Yang pasti, bukan FZ sebab mase nie lum kenal dia lagi.
Gambar sensorang mestilah ader. Harus...!

Tuesday, July 27, 2010

Apa motif dia? - entri geram

Entri nie tidak ada unsur-unsur 18SG ataupun ayat-ayat yang berunsurkan 18SX walaupun entri ini adalah luahan perasaan geram aku.

Dun wori.
Aku bukan macam dulu yang bersikap tak rasional.
Marah sesuka hati. Hambur kata-kata yang tak manis.
Aku nie kan Diana yang baru.
Diana yang agak lemah-lembut. *wakluuuuu....



Semalam balik kerja, aku terus balik rumah.
Nak jumpa FZ tapi tunggu dier habis kelas dulu.
Dia ada kelas kat Bangsar.
Sementara tunggu dia balik, aku tido dulu.



Bangun tak bangun bila aku sedar henset aku berbunyi.
Sms dari FZ. Macam biase dia akan inform aku bila dia sampai vista.
Bergegas aku pi mandi.



Kitorang sebenarnya nak pegi pasar malam je.
Kata nak jumpe boifren. Mestilah kena bersih dan cantik, kan...?
Hehehe...
Habis memborong makanan, kitorang makan kat tepi kolam tempat kerja FZ.



Lepak-lepak kat situ jap.
Tengok orang mandi-manda kat kolam tu.
Macam-macam gelagat ada.
Lawak pun ada bila tengok gelagat diorang.



Macam biase laa... lepak sambil sembang-sembang.



Aku : Abang ada sms dengan mana-mana pompuan tak?
FZ : Takde.
Aku : Sumpah?
FZ : Iye... sumpah.
Aku : Ader curang tak?
FZ : Ishhh... nak curang tang mana nye? Setiap masa ada dengan sayang.
Aku : Manalah tahu...



Kitorang diam.



FZ : Tengahari tadi, mek tu sms abang.



*p/s : mek tu merujuk kepada ex-gf dier - kelantanese.



Aku : Dia mesej ape?
FZ : Dia cakap "Daizian sakit. Demam. Baru balik dari klinik. Sekarang tido je dalam hostel hospital".



*p/s lagik : Nama ex-gf dia tuh - Daizian. Kije nurse...



Aku : Abang reply tak mesej dia?
FZ : Tak reply pun. Buat apa reply?
Aku : Sumpah?
FZ : Iye, sumpah. Takde maknanya nak reply mesej dia. Lantak dia lah nak sakit ke apa.


Aku diam. FZ pun diam. Tapi dalam hati aku nie rasa geram. Bukan geram kat FZ tapi geram kat ex-gf dia tuh.



FZ : Sayang rasa dia nie ada boifren ke tak?
Aku : Takde.
FZ : Kenapa sayang cakap takde?
Aku : Pompuan kalau dah sunyi, mesti dia cari balik ex-bf dia. Kalau dia dah boifren, dia takkan cari lelaki lain lagi.



Kitorang diam lagi.



Aku : Abang jangan sesekali contact dia, boleh?
FZ : Iya, sayang.
Aku : Janji.
FZ : Iya, sayang. Abang janji. Abang kan dah ada sayang. Buat apa abang nak cari dia lagi?
Aku : Manalah tahu. Sayang rasa dia still sayangkan abang.
FZ : Jangan risau ya, sayang. Abang setia kat sayang.



FZ peluk aku. Terharu pulak dengan kasih sayang yang dia beri kat aku.



Cuma....
Aku geram dengan pompuan itu.
Apa motipp dia contact FZ lagi?
Dulu beriya-iya dia mintak putus dengan FZ.
Sekarang terhegeh-hegeh nak datang balik.



Bukannya dia tak tahu FZ dah ada aku.
FZ dah berterus-terang dah dengan dia.
Tapi kenapa dia nak kacau jugak?



Aku pernah tengok gambar dia.
Cantik. Kurus. Tinggi. Pakai tudung lagi.
Nurse tuu.... Nurse kan gaji besar.
Dah la ada kereta sendiri.
Cukup lengkap.



Pergilah cari lelaki lain.
Ramai lagi lelaki lain kat luar sana tuh.
Kenapa nak kacau FZ lagi?



Agaknya dia ni satu spesies dengan Fasha Senduk jugak ke? *tetibe...





FZ lakarkan nama dia dan aku kat simen tempat kerja dia.
Cam siot je kan...
Sekarang nie simen tu dah keras.

PAU 2010 tu maknanya nama samaran dia. Kawan-kawan panggil FZ = Pau.
FD tu pulak maksudnye = F**** & Diana.

Aku : Ni FZ Diana ke atau FZ Daizian?
FZ : Hahaha... motippp nak letak nama dia... Mestilah FZ Diana.
Aku : Betul?
FZ : Iya, sayang.

Monday, July 26, 2010

Layout baru

Tetibe je hilang trademark pink aku...


Huhuhu...


Tak suke..tak suke...

shopping mopping sampai sakit kaki

Ahad - 25 July 2010...

Aku dengan Kak Aiza keluar shopping kat Times Square.
Gaji kan dah masuk.
Haruslah bershopping sakan gitu...

Best..best...
Dah lama tak shopping baju.
Asik-asik shopping barang dapur je.
Dah macam mak-mak dah.

Kitorang keluar rumah pukul 10 lebih.
Naik LRT, then tukar naik monorail.
Saja la naik public transport sebab BB tu kan selalu jem.
Ai tak suke la jem-jem nie.
Ai rimas, lemas tau...
Hiks...

Tapiiii.....
Aku lemah sikit bila naik monorail neh.
Ramai gile orang.
Dah la monorail tu sementot.
Nasib baik aku dapat tempat duduk.

Tapi.... *ader lagi tapi neh..
Aku menyampah tengok 1 pasangan budak cina.
Aku agak diorang nie budak sekolah lagi.
Punyalah tak reti adab, si apek duk cium-cium si amoi.
Padahal amoi tuh tepis-tepis dah.
Rasa macam nak bagi penyepak je.

Tahulah ko tu kapel.
Tapi agak-agak la...
Kalau ye pun nak bercium, cium dalam bilik la wehh..
Kalau takde bilik, pi la celah lorong-lorong sunyi skit.
Ni tak, cium depan orang ramai...
Tak malu langsung.
Dah la muka tak hensem.
Kalau macam Lee Min Ho tu takpe gak. Stim jugak aku tengok.

Ok, habis citer tu.
Ni aku nak citer time aku shopping dengan Kak Aiza.

Times Square nie memang banyak baju murah-murah dan cantik.
Kena pandai pilih laa...
Rambang mata aku dibuatnya tengok baju cantik-cantik.
Harga dari RM10 hingga RM35 sehelai.
Murah kan...

Dah penat shopping, singgah kat Teppanyaki pulak.
Perut kena isi jugak.
Kak Aiza belanja kali nie.
Thanks, akak.


Mesti snap jugak.

Aku order Salmon Fish set :-



Yummy.... habis la korang tengok mesti terliur kann....

Kak Aiza order Prawn n Salmon set:-



Nyum...nyum.... Besttt...










Dan....




Ice lemon tea... Memang sedap. Hilang dahaga.
Memang kami hepi.
Hepi sebab dapat habiskan duit.
Pompuan nie memang pelik.
Orang laki bila habis duit, mesti meraung.
Tapi pompuan lagi banyak habiskan duit, lagiiiii la dier happy.
Hehehe...
Pukul 4 lebih, kitorang balik.
Tapi singgah kat KL Sentral jap sebab nak beli ini :-

>
>>>
>>>
>>>>>



Untuk siapa? Untuk siapa?
Mestilah untuk FZ. Nak rasuah dia sebab 1 hari aku tinggalkan dia.
Heheheh..
Takdelah...
Ini sebagai tanda aku tak pernah lupakan dia.
Malam, keluar makan dengan FZ kat D'Desaria.
Kaki aku nie sakit gile.
So, lepas makan je, terus balik rumah. Rehat.
Takdenye nak lepak-lepak lagi.
Isnin kena kerja pulak.
Hadoiiii... Tak puas cuti oooo...

Owh, lupa lak...
Nak tahu tak berapa helai baju aku beli?
6 helai tau...
Akhir bulan nanti, bukak pose dengan megi je la jawabnye..
Huhu.. Sedih :-(

Karok

Sabtu baru-baru nie, aku dan FZ pi karok.
Mula-mula plan nak karok kat Redbox The Garden sebab kat situ lagu update sikit.
Lagipun Kak Aiza ada berikan aku voucher free untuk seorang bagi mana-mana sesi.
Jimat jugaklah kat situ untuk satu kepala.

Sekali parking kat Mid Valley penuh daaa...
Jalan pun jem gile.
So, cancel ke RedBox.

Siyes sekarang nie weken memang takleh pegi ke Mid Valley.
Mesti jem gile.
Tension okeh.

So, tukar plan ke I-BOX. Ini idea FZ.
Dia pernah datang sini dengan kawan dia, Nazir.
I-BOX nie terletak kat Tingkat 5, Endah Parade Shopping Complex Sri Petaling.
Kenal tak? Kalau tak kenal, google sendiri sendiri ye.
Cari map ke situ.
Ni first time aku datang ke shopping complex nie.
Tak ramai orang sangat.
Selesa. Parking pun senang dapat.
Tapi kebanyakannya cina.

Pakej 3jam menyanyi beserta makan & minum = RM13/ head.
2 orang jadi RM36.
Bagi aku murah la...
Masuk pukul 12.40 tengahari, keluar pukul 3.40 petang.
Ok la tuh.
Tak leh nyanyi lama-lama sangat.
Nanti terus takde suara.


Wahhh... nyanyi dengan penuh penghayatan. Padahal suara, yang ado... Ke laut.

Lantak ah kan... Sape lagi yang nak dengor kecuali FZ...
Biar telinga dia bernanah dengar suara aku cam pontianak menjerit neh.
Hehehehe...


Ok la suara dia... Not bad.

Tapi lawaknya dia try nak jerit ala-ala Amy search tu tapi tak jadi.
Sampai terkeluar urat tekak. Hehehe...
Takpe lah, abang.
Ngaku kalah je la ye...
Kang pakse jerit, nanti pecah pulak peti suara tu karang.
Tak pasal-pasal jadi OKU bisu.
Tak ke naya...?

Sempat jugak aku tujukan lagu, "Bertakhta di hati" untuk FZ.
Layan jiwang sat sebelum balik.

Habis karok, balik ke kolam.
Amik Farhan sebab kitorang nak ke Taman Layang-layang.
Kali nie, FZ happy sangat-sangat sebab dia dah beli wau.

So, next week aku main layang-layang, FZ main wau.
Dia dah tak sabar nak tunggu hari Sabtu minggu depan.
Dah tahap meroyan dah dier nie sekarang.

Hari tu kitorang balik lewat sebab FZ dan Farhan duk bersembang dengan abang yang jual wau tu...
Punyalah lama diorang bersembang.
Dari pukul 4 sampai dekat pukul 7 tuuu....
Gile tak?
Pastu aku pulak meroyan duk sorang-sorang...
Nyampah ai...

Tapiii...
Ader 1 kejadian yang buat FZ terus duduk dekat-dekat dengan aku...
Nak tahu ape dia?

Ader orang nak ngorat akuuu...

Depan FZ mamat tu tegur aku.
Aku senyum je.
Takut jugak nak cakap apa-apa dengan mamat tuh sebab FZ nie kuat jeles sikit.
FZ pandang-pandang je bila mamat tuh dekat dengan aku.

Aku : Err... itu kawan saya.
Aku tunding jari kat FZ.

Mamat itu : Owh... Takpelah.
Mamat tuh terus blah.

Aku senyum lagi.
FZ plak terus datang duduk kat aku.

FZ : Dia buat apa?
Aku : Tak ada apa.
FZ : Nak ngorat sayang eh?

Aku senyum je.

FZ : Nak ngorat makwe aku, kang ader yang makan penyepak.
Aku : Eh, jeles plak.
FZ : Yelah, dah ada orang nak menggatal dengan bini kita, mestilah kite jeles.
Aku : Sape suh duk jauh-jauh tinggalkan sayang sorang-sorang kat sini?
FZ : Yelah..yelah. Abang duk sini.

Tahu pun takuttt... Hehehehe....

*aku rasa entri kali nie membosankan je... Ala, lantak ah. Yang penting, dah update. Gitu...

Friday, July 23, 2010

Madah berhelah

Tompang lalu ye, Kak Ziana Zain kening naik sebelah...

Pinjam tajuk lagu sat buat jadi tajuk entri saya kali neh... *Macam la Kak Ziana baca blog aku neh...

Semalam, aku jumpa FZ sekejap je.
Kitorang dah takleh jumpa sangat dah.
Nanti gaduh.
Ader je benda tak kena di mata aku.
Maklumlah hormon tengah tak elok. Itu ini, semuanya salah...

Tapi buat sementara waktu saje.
Seminggu nie.
Pas nie, leh jumpa macam biase.
Tiap-tiap hari. Wajib!

Semalam, aku tetibe je dapat senggugut yang dah lama aku tak kena.
Cam siott je... Siyes.
Nak amik mc pun tak berbaloi.
Ape kejadahnya nak amik MC pukul 4 petang?
Aku start sakit perut pukul 4 petang.
Lagi 1 jam setengah nak balik dari opis.

Bos aku lak perasan aku sakit.
Terus dia suruh aku balik.
Tapi aku malas...
Kalau balik pun aku boleh buat apa? Baring? Tido?
Malam karang aku lak yang melangut sorang-sorang takleh tido. Lagi laaa naya.
So, aku lepak-lepak je kat opis sambil layan youtube.

Yalah, bos aku memang sure takkan kacau aku.
Like today, dia langsung tak kacau aku.
Dia tahu PA dia sedang period. Hehehehe....

Berbalik pada cerita semalam, FZ ajak aku keluar makan.
So, kitorang pergi ke Sri Manja, PJ.
Kitorang try makan kat AROSHI BISTRO.

So far, makanan kat situ ok la jugak.
Boleh masuk la dengan tekak aku nie.
Harga pun takdelah mahal sangat.

Sori ye... Aku terlupa nak snap-snap.
Maklumlah perut lapor macam hantu lampor dalam Majalah Ujang tuh.

Habis makan, FZ hantar aku balik rumah.
I need a rest.. Lagipun mood still tak menentu.

Balik rumah lak, lepak dengan Kak Za kat ruang tamu sambil layan drama Korea.
Tengah-tengah lepak tu, ader sms masuk.

Dari siapa lagi kalau bukan FZ....

SMS dia berbunyi begini :-

________________________________________________

Ayang dengar coretan abang ni...

Ibarat rindu yang mengering
Ibarat kepulangan penuh penantian...
Ibarat cinta yang membalas
Ibarat kata telah dikota
Kau hadir dalam seribu kepayahan...
Penuh jerih menanti
Menguji kesabaran yang manis...

Duhai, KAU berikan lagi aku kebahagiaan...
Dari telaga kasih yang tak pernah kering...
Aku mahu mendakapmu
Dalam dahaga kasih ini
Anugerah terindah
Tiada kesyukuran yang mampu dilukiskan

Perjalanan yang masih jauh
Meminta sejuta dugaan
Moga kau tetap disisiku
Merempuh jalan penuh liku...
Kaulah kekasihku hingga akhir hayat
Yang bernama.... Nuradiana... Love u so much...
_______________________________________________

Waduh-waduh... Jiwang jugak boyfren aku neh. Bermadah-madah bagai.

Korang jangan lah muntah belahak pulak.
Ni giliran aku.
Nanti giliran korang dapat sms macam nie, mesti korang pun hepi jugak.

Kan..kan...kann...?

Terharu benor aku baca sms dia nih. Siyes,...
Aku berjanji akan menjaga hubungan ni sebaik mungkin.
Aku akan setia selagi dia setia kat aku...

Well, kalau dia curang, aku pun curang jugak laaa...
Tak gitu...? Hehehehe....

Thursday, July 22, 2010

Makan makan time

Hari nie kan staff gomen dapat gaji. So, semalam FZ ajak aku makan kat luar... Memang tiap-tiap hari kitorang makan kat luar pun tapi kedai-kedai biase je. I mean... kedai-kedai yang biase kitorang pergi je.

Kali nie FZ ajak aku pi restoran lain plak. Jakun tak jakun, inilah kali pertama aku datang ke restoran nie. Padahal aku selalu dengar kawan-kawan aku makan kat sini. Katanya best jugak makanan kat sini.

So, lepas maghrib je kitorang bertolak ke restoran itu.

Nak tahu restoran ape?

Chop & Steak Restoran....

Kenal?

Ha, tak kenal?

Ala... restoran Bot tuuu.... kat Kampung Baru tuuu....

Ha, kenal kan...?

FZ kata restoran nie femes. Kalau datang lewat, mesti meja dah penuh.

Tapiii... masa aku datang tu, takdelah ramai sangat orang. Bagus..bagus. Aku tak suka orang ramai-ramai. Sesak...

Sementara tunggu makanan yang kitorang tu sampai, aku snap-snap la dulu...



Owh, once again aku berbaju kurung bile kuar berjalan-jalan. Baik nau aku sekarang nie kan...? Hehehehe... *panggg se dass...


Senyum macam tak ikhlas... Mood dia lari sket masa nie sebab aku peningkan kepala dia dengan karenah aku.

Lantak ah kannn... Pening tak pening... Dah dia sakitkan hati aku, sape suruh. Menyampah aku... Tak habis-habis buat aku marah.

Tak lama sangat menunggu, makanan pun dah sampai.


Ini aku punye. Laici.... Masam-masam manis gitu... Kat dalam gelas tu ader la dalam 6 bijik laici...



Ini FZ punya. Fresh orange. FZ kata sedap....
Besar gile gelas dia. Jenuh aku nak habiskan air satu gelas tuh. Kembung perut aku penuh dengan air.



Ini FZ punya. Chicken Chop. Sedap jugak... Aku ader la rase sikit... hehehe... Gravy dier banyak kan..




Ini aku punya. Fish & Chips, my favvy.... Tak berapa sedap sangat sebab ikan dia rase cam tak fresh.
Takpe, jangan membazir. Aku habiskan jugak.

Tengah-tengah makan tu, aku tengok makin ramai yang datang kat restoran nie. Meja pun dah start nak penuh dah.
So, lepas makan je kitorang duduk-duduk sekejap pastu terus blah. Kesian la kat orang ramai yang takde tempat nak duduk.
Pastu, FZ terus hantar aku balik rumah sebab aku tak berapa sihat... Period.
So, please ye... Jangan kacau mood aku minggu nie. Hormon aku tak berapa elok buat masa sekarang.
Ok?

Tuesday, July 20, 2010

Update terbaru

Takde mukadimah-mukadimah kali nie.

Direct je aku nak citer kali nie...

Tengahari tadi aku call FZ.

FZ : Yang buat ape?
Aku : Buat kerja. Abang?
FZ : Abang nak masak nie.
Aku : Masak? Masak ape?
FZ : Ada laaa... Rahsia.
Aku : Eleh, itupun nak rahsia rahsia.
FZ : Mestilah. Abang nak masak special untuk sayang.
Aku : Ha? Nak masak ape?
FZ : Rahsia.
Aku : Hurm...
FZ : Oklah, abang dah nak start masak nie. Jangan call abang k.
Aku : Yelah.

Sentap kejap. Yalah, sampai aku takleh call dia sebab dia nak masak. Padahal bile time aku nak masak, dia bising kalau aku tak sms dia. Ishh....

Takpe-takpe. Aku nak tengok ape yang special sangat tu....

Pukul 2, aku call lagi. Time tu dia dah selesai masak.

FZ : Abang dah sudah masak.
Aku : Abang masak ape?
FZ : Nanti sayang tengok la sendiri. Sedap ke tak sedap ke....jangan komplen. Makan je.
Aku : Ah, biar la... Kalau tak sedap, sayang komplen kaw-kaw punya...
FZ : Rasalah dulu... Mesti sedap punya.

Aku : Abang masak apa?
FZ : Makanan kegemaran sayang. Tekalah.
Aku : Nasi goreng? Kuih-kuih?
FZ : Motipp kuih? Bukan...

Aku : Dah tu?
FZ : Tekalah lagi...
Aku : Malas.
FZ : Bila sayang tengok apa yang abang masak nie, mesti sayang akan cakap abang memang sayangkan sayang.
Aku : Abang bomoh eh? Baca-baca ayat eh?
FZ : Takde maknanya sayang.
Aku : Hehehe...

Ok... Kitorang sembang-sembang lagi. FZ plak masa tu tengah drive nak hantar makanan tu kat aku.

Jam 3.30 petang, dia sampai kat opis aku.

Dia bagi aku satu bungkusan plastik.

FZ : Sayang makan ye.
Aku : Ok... Thanks abang sebab sanggup masak untuk sayang.
FZ : Ok. Senang je nie. Bukan susah pun.

Dia kucup dahi aku. Salam-salam, pastu baru aku naik opis.



Ini bungkusannya...

Suspen betul. Aku tak dapat agak apa yang dia masak.

Aku bukak bungkusan itu....




Tadaaaaa....


>

>>>



>>>>>


>>>>>>>





Spaghetti....

Spaghetti biase je ... bukan spaghetti meatballs tuuu...




Aku terus la rasa.

SUMPAH SEDAP.... Serius... Aku tak tipu...

Aku memang tak caya dia yang masak. Sedap gile.... Bila aku tanya dia ada orang tak yang tolong time dier masak tadi, dia cakap takde... Kat rumah takde sape-sape sebab makcik dan pakcik dia kerja hari nie.

Aduhhh... Kalah aku... Aku masak pun tak sesedap nie..

Abang, lain kali buat spaghetti nie lagi ye... Hehehe...

Kembang

Waduh-waduh-waduh.... Fenin kepala aku, okeh! Tengah duk pikir sesuatu neh.

Now, ramai yang tegur aku nie dah makin kembang aka berisi aka gemuk aka gedempol aka gebu... eh, apakah?

Alamak! Tidak... tidak... tidakkkkk.... Huhuhu... Kenapa jadi macam nie?




Alamak...
Dah tak muat dah seluar aku.. Ni je la seluar yang tinggal...
Serius aku takut nak timbang berat badan aku. Sure sekarang nie dah naik sampai 65kg mungkin. Dulu berat aku masa mula-mula datang KL nie 52kg je. Pastu terus naik dan naik sampai 58kg. Sekarang??? Waaaa.... nanges tak berlagu la aku jawabnya.

Ni semua salah FZ...

Tak kire..tak kire... Ni memang salah dia oh...

Semalam kat Kerinchi ada pasar malam. Aku pergi dengan dia. Beli nasi lemak kegemaran aku, pastu beli ayam goreng, beli air.... Pastu kitorang makan kat tempat kerja dia.

Memang kenyang la kan... Habis makan, lepak-lepak lagi sambil sembang dengan kawan dia.

Dalam pukul 9 lebih, aku temankan dia cuci kereta. Aku tolong tengok je... Dia kata aku nie Mem Besar... Hehehe...

Pastu rehat-rehat. Sementara dia mandi, aku main game dalam henset jap.

Masa tu dah pukul 11 lebih.

FZ : Yang, pasni kite gi minum ye.
Aku : Ok, tapi minum je tau.
FZ : Iye...

So, sebelum dia hantar aku balik, kitorang singgah kat Restoran Hijaz dulu.

Order milo ais dan teh ais.

Mati-mati aku ingat kitorang minum je. Last-last dia paksa aku makan roti canai.

Teruk oh. Dah la aku kenyang.

Aku : Tengok, suh orang makan.
FZ : Abang memang niat nak suruh sayang makan pun.
Aku : Motipp? Jap lagi kalau sayang gemuk, jangan komplen eh.
FZ : Biar la gemuk. Nanti takde orang yang nak kat sayang. Biar abang je yang nak.

Siott tak jawapan dia??

So, nak tak nak aku kena jugak makan. Kalau tak membazir. Dia makan jugak tapi sikit je.

Kalau dulu aku makan 2 kali je sehari; waktu tengahari dan malam. Tapi sekarang 3 kali sehari. Lunch, petang, malam. Sekarang nie pun dia biase amik aku kat opis time lunch dan kitorang lunch sama-sama kat luar.

So, memang patut kan aku salahkan dia... Makan..makan dan makan je kerja aku. Jap lagi badan aku jadi macam Maria Tunku Sabri tu, barulah menggelabah suh aku kurus balik. Time tu, siaplah FZ.... Huh...


Monday, July 19, 2010

Walaweh

Tobat susah nak reka tajuk. Sakit kepala aku duk pikir nak letak tajuk ape... Blur terus. Ni la masalah aku sebenarnya. Idea nak menaip nie datang mencurah-curah. Tapi bila tang nak buat tajuk, terus hang kepala otak.

Ok, last Saturday memang takde apa-apa plan. Memang blur terus tak tahu nak pegi mana. Tak tahu mana lagi tempat menarik kat KL nie. Takkan asik-asik nak tengok wayang je. Sebulan sekali tengok wayang, cukup la tuh. Aku pun malas nak jejak kaki kat shopping mall. Umat ramai sangat. Sesak.

So, macam biase aktiviti wajib di hari Sabtu pi kat Kepong main layang-layang. Farhan pun ikut sekali.

Dan kali nie aku masak. Just buat nasi goreng biase, ikan masak masam manis dan telur dadar. Kalau lapar, leh makan kat situ sambil main layang-layang. Syiiioookkk...

Pukul 4 petang, kitorang dah bertolak ke Kepong.

Owh, aku dengan FZ gaduh sekejap sebab dia push aku suh cepat-cepat turun dari rumah. Padahal time tu aku baru je nak make up. Dia tu memang bukan jenis penyabar. Geram aku. Tunggu 5 minit pun tak boleh.

"Sabarlah. Tak consider langsung orang baru sudah masak. Mana nak bersiap lagi, nak pack barang-barang lagi. Penat tau tak?"

Ha, kan aku dah marah. FZ diam je sampai la kat Kepong, barulah kitorang start bercakap.

Sampai kat Kepong dalam 4.30 lebih. Jalan jem teruk. Tak tahu sebab apa. Pelik aku. Nak kata ader accident, takde pulak.

Terus cari port baekk punya, pastu FZ dan Farhan terus bukak layang-layang masing-masing.

Puas main layang-layang, kitorang makan.

Tapi memang potong stim betul. Asal datang sini je, mesti ada yang datang kacau kitorang. Ader la budak-budak Cina datang berkumpul kat kerusi kitorang. Padahal dah terang-terang kat situ ader barang-barang kitorang. Pastu boleh plak diorang main layang-layang sebelah kitorang.

Memang la tu bukan tempat kitorang. Tapi agak-agak la... Dekat sangat dengan kitorang. Kalau pandai main tu, ok la jugak. Nie duk berlari-lari depan orang pastu tali layang-layang ko sangkut plak kat tali layang-layang aku. Sape yang tak hangin, kannn...

Aku sound terus, "Tengok, dah sangkut kat layang-layang aku. Haiyaaa..."

Tapi budak-budak tu bukannya reti bahasa. Duk berlari-lari depan aku. Banyak kali jugak aku sound diorg. Siap sound suh diorang main jauh-jauh. FZ gelak je tengok aku hangin. Geram aku. Yalah, kalu budak kecik tu okey lagi. Ni masing-masing dah besar. Mungkin dalam tingkatan 3 atau 4. Takkan tak reti bahasa lagi?

Tak lama lepas tu, budak-budak Cina tu blah. Tenang jiwa raga aku. Dah la diorang nie memekak je lebih. Tensi mak okeh!

Kalau datang sini, mesti snap-snap... Ok, layan gambar plak ye...


Nampak tak benda kat bawah sebelah kiri tuh? Benda hitam oren tu...? Tu layang-layang cina tuh. Sesuke hati je letak situ... Aku amik bawak balik kang baru tahu.



Beg biru tu aku letak tupperware makanan. Masa nie makanan semua dah habis... Kenyang. Sebab tu senyum je...


Oh, tengok rambut aku. Sebab tadi kan aku pakai topi. Itu yang buat rambut aku bertempek macam tu. Bolat kan aku... Huhuhu...



Renungan manja. Owh.... Berlakon je nie... Heheheh...
Sape yang jadi jurukamera? Tentulah Farhan yang jadi mangsanya... Hehehe...

Saturday, July 17, 2010

Bila kawan lama tetiba call, bukan sebab rindu... Tapi sebab apa tu ye?

Aku malas nak mukadimah panjang-panjang... Bukannya korang nak baca pon kan? So, better aku terus cerita direct je. Lagipun cerita nie panjang.

Kisahnya, last Thursday. FZ terima sms dari kawan lama dia. Kawan dia nie duk sekampung dengan dia dan pernah bekerja kat 1 kelab renang yang sama dengan FZ.

So, tengahari hari Khamis FZ sms aku bagitahu dia nak ajak aku jumpa kawan dier tuh.

FZ : Yang, kawan lama abang sms abang tadi.
Aku : Ha, ni kawan mana lak nie? Laki ke pompuan? *opcos la tanye kannn...
FZ : Laki la, yang. Dia ajak jumpa malam nie.
Aku : So?
FZ : Abang nak bawak yang sekali.
Aku : Ok je... Tapi nak jumpa dia kat mana?
FZ : Abang suruh dia datang sini. Tapi dia suruh abang jumpa dia kat Shah Alam.
Aku : So, abang nak pergi sana la?
FZ : Yalah, dia cakap ader hal penting. Tak tahulah apa yang penting sangat.
Aku : Ok...
FZ : Nanti boleh suruh dia tunjukkan sekali I-City tu...
Aku : Ha, bagus jugak.

So, pukul 8 malam aku dengan FZ bertolak ke Shah Alam.

Kitorang jumpa kat satu restoran depan Bangunan Sirim Shah Alam. Aku tak sure apa nama restoran tu. Tapi restoran tu memang besar...

Kawan FZ tu nama SR tapi FZ panggil dia BULU... Aku gelak je bila FZ panggil mamat tu Bulu. FZ cakap mamat tu orang panggil Bulu sebab mamat tu banyak bulu dada. Muka pun macam mamak je. Hensem la jugak... Tapi opcos la hensem lagi FZ aku. Hehehe...

Masa sampai kat restoran tu, aku dah rasa pelik sebab SR tegur ramai orang kat restoran tu. Pastu ramai orang kat restoran tu bawak laptop sendiri. Masa tu aku memang dah syak, ni mesti geng-geng MLM. Lagipun banyak kereta mewah kat situ bernombor plat sama iaitu ****.

Dulu aku dapat tahu geng-geng MLM lain pakai nombor plat ***... kalau tak silap aku la.... Tak pun ***.... Lebih kurang gitu la...

SR ajak aku dengan FZ duduk di satu meja. Kat meja tu pulak ader sorang mamat lagi. Tak sure nama apa. Tapi dia seorang polis.

FZ nampak macam tak senang duduk. So, aku yang mulakan cerita. FZ memang diam dari awal. Mungkin dia terasa hati dengan kawan dia.

Aku : Ok, saya nak tanya. Apa nama team nie?
SR : @$&^#$@...
Aku : So, ni memang MLM kan?
SR : Bukan MLM. MLM lain. MLM guna orang bawah untuk kaya. Tapi kitorang nie tak. Kalau orang bawah yang kerja keras, orang bawah yang akan kaya. Orang atas dapat sikit je.
Aku : Ok, saya faham. Ni macam sistem francais la?

SR mengerutkan dahi.

Aku : Ok, let say macam KFC. KFC induk, KFC Segambut, KFC Sentul, KFC Bangi. Kalau KFC Segambut paling laku, KFC Segambut yang dapat banyak profit. KFC Sentul dengan Bangi tak dapat apa-apa. KFC induk pun dapat sikit je la... So, diorang rolling duit macam tu je laaa....

SR mengangguk.

SR : Tapi team nie tak payah jual barang. Senang. Saya pun dah banyak kali try masuk banyak team lain tapi yang ini paling senang dan berjaya.
Aku : Senang macam ABC kan? Macam budak-budak baru belajar nak mengira 123 kan? Ok, fine. Memang semua MLM senang dan boleh buat kite jadi kaya. Memang ada orang yang jadi jutawan sebab MLM. Tapi persoalannya, tak ada bisnes yang bawak untung dengan hanya goyang kaki. Dan tak ada bisnes yang akan untung tanpa usaha. Dalam ISLAM pun kata tak baik kita amik untung dengan usaha orang. Tak baik...tak baik...

FZ gelak-gelak je tengok aku pandai cakap.

Aku : Nak tahu tak, dengan bisnes macam ni boleh buat orang tak suka dengan kita. Boleh putus kawan okey sebab kawan takkan suke jumpa kita. I would not take a risk putus kawan hanya kerana bisnes yang akan buat saya kaya. Just like my old friend, my ex-bf actually. Tetibe je dia call saya dan ajak jumpa last 2 years. Then, saya jumpa lah. Dia bawak saya pergi 1 event kat Mines. Saya ikut je. Rupa-rupanya itu event MLM. Sekali dia try pujuk saya join bawah dia. Tapi saya tolak. After that, dia ajak jumpa lagi tapi sampai sekarang saya malas jumpa dia. U see that? Orang takkan jumpa dia lagi...

FZ, SR dan mamat polis tu diam je.

Aku : Ok, orang kata MLM nie senang. Cube kite tengok antara kerja opis dengan kerja MLM. Ok, saya explain, k... Kerja opis, kite buat kerja kita macam biase dan tiap-tiap bulan kita dapat gaji tetap. Memang sah-sah kita dapat duit tiap-tiap bulan. Dan duit tu confirm HALAL sebab itu hasil kerja keras kite. MLM pulak.....Sape kata MLM nie senang? Goyang kaki pun boleh dapat duit? Tak.... Semua tu salah. MLM nie lagiiii la kita kena kerja keras. Kite kena cari orang dan pujuk orang tu duk bawah kita. Ingat senang ke nak pujuk orang nie? Lagi susah okeh... Better kije opis je.

Aku : Ok, lagi satu saya nak tanya. Team nie dah berapa lama bertapak? Mesti dah lama kannn sebab saya tengok ramai gile orang kat sini.
SR : Dah 8 tahun.

Aku : 8 TAHUN???

Aku berpaling kat FZ.

Aku : 8 tahun tu dah lama okey. Kite nie leh dikatakan dah berada kat bawah sangat-sangat. Orang, kalau nak join MLM,, biar MLM tu baru bertapak. So, peluang untuk kaya tu lagi senang. Ok, cuba kita fikir.... Team nie dah beribu-ribu orang yang join. Hai-O pun dah beribu-beribu orang, DCHL pun dah beribu-ribu orang, Redtaggy dah beribu-ribu jugak, Unstoppable pun beribu-ribu jugak. Tu tak kire MLM lain lagi. CNI laaa... E-dagang laa... ape laaa... So, berapa kerat je rakyat Malaysia nie yang tak join MLM? Ingat senang ke nak cari?

Aku : Lagi satu, kenapa lah orang yang join MLM nie bodoh sangat pergi berhenti kerja semata-mata nak buat MLM nie secara full time? Kan duit yang kite dapat nie tak tentu.... Bukan benda nie kekal sampai bila-bila pun.

SR : Sebab diorang rasa antara kerja bawah orang dengan kerja MLM nie,,,, MLM lagi beri untung. Gaji 7bulan diorang dapat dengan kerja opis hanya dalam sebulan diorang leh dapat dengan MLM.

Aku : Ok, fine. Saya nak tanya, awak ada terfikir tak kenapa orang yang join MLM nie semua orang yang kerja bawahan? Ader ke CEO nak join MLM? Ader ke GM nak join MLM? Takde kan? Tapi kenapa orang bawahan je yang duk terkejar-kejar nak join MLM? Ini sebab low class, tahu tak? Dan lagi satu, orang MLM nie selalu cakap berapa orang yang berjaya. Tapi diorang tak pernah cakap pun berapa orang yang gagal. Saya percaya, 5 orang yang berjaya tapi 15orang yang gagal. Peratus orang yang gagal lagi ramai dari yang berjaya. Betul tak?

SR : Ishhh... pandai betul bini ko nie cakap, Pau. Tutup sikit mulut dia tu... Heheheh...
*Kawan-kawan FZ memang panggil dia PAU...

Kitorang gelak-gelak.

Aku : Dia tak berani nak tutup mulut bini dia. Silap-silap haribulan bini dia berani tutup mulut dia.

FZ gelak-gelak lagi.

Aku : Ok, lagi satu. Awak nie dah tipu kawan awak tau... Tak kesian ke dengan FZ nie? Dia ingat awak nak jumpa dia sebab awak rindu kat dia. Tapi rupa-rupanya......... . . . . .
FZ : Tobat aku ingat ko rindu kat aku ke ape... Tapi rupanya ko nak ajak aku buat benda-benda nie. Kalau aku tahu, memang aku takkan datang jumpa ko.
Aku : See.......? Kawan awak dah terasa hati, okeh.

Kitorang diam.

Aku : Berapa bayaran kalu nak join team nie?
SR : Tak payah guna duit sesen pun.
Aku : Huh, yela sangat. Mesti kena buat loan jugak. Mustahillah...
SR : Memang kena buat loan tapi tak payah gune duit kite sesen pun.
FZ : Maksudnya?
SR : Bila kita dapat untung, kita guna duit untung tu je untuk bayar balik loan tu. Paling busuk pun, dalam masa 2 bulan kita dapat settle kan loan kita tu...
Aku : Seee... kena buat loan jugak. MLM nie memang tak sah kalau tak buat loan. Kesian saya tengok muka-muka kat sini. Semuanya muka berhutang. Kerja keras nak settle kan hutang tu...

FZ : Aku memang tak berminat benda-benda macam nie. Lagipun aku rasa masa depan aku tu dah cerah. Aku kerja government. So, memang masa depan aku terjamin. Lagipun aku paling lemah kalau nak buat loan nie. Aku tak suka. Setakat nie nama aku bersih lagi dari loan-loan nie semua.
Aku : Daripada buat loan untuk bisnes nie, baik duit tu buat shopping. Lagi best..

Kitorang gelak lagi.

FZ : Dia nie (rujuk pada aku) memang dah ada pengalaman. Sebab tu dia tahu. Tapi serius, memang aku tak berminat.
Aku : Lagipun benda nie tak kekal lama. Just like my sis. Dia pun join MLM gak. Mula-mula dulu kayalah. Beribu-ribu sebulan masuk dalam akaun. Tapi sekarang, dah takde dah. Menggelabah nak cari MLM lain pulak.
FZ : Ok la.... Aku dah nak balik nie. Ni pun aku ngulor sekejap. Aku OT malam nie.

Salam-salam dengan SR dan mamat polis tu... Then, kitorang blah.

Sebelum balik tu, FZ sempat pesan kat mamat polis tu :

"Fikir dua tiga kali dulu sebelum join ye..."

Jahat kannn... Terang-terang aku sound SR. Tapi memang itulah hakikatnya. Sanggup suruh kawan datang jauh-jauh sebab kepentingan diri sendiri.

FZ : Yang, abang memang bengang sangat dengan dia. Ingatkan dia nk jumpa pasal ape...
Aku : Sabarlah bang. Tapi mesti dia menyampah dengan sayang sebab sayang sound dia macam tu.
FZ : Mungkin la kot. Tapi ok jugak.
Aku : Bini abang nie pandai cakap kan...?
FZ : Pandai la jugak. Tapi dengan abang, tak pun.
Aku : Malas nak buat macam tu kat abang. Sayang kenalah hormat abang.
FZ : Sayang, abang sayangkan sayang.
Aku : Sayang jugak...

Kami terus beredar dari situ dan menuju ke Bangsar. Perut masing-masing dah lapar...

Thursday, July 15, 2010

Terubat rindu

Tajuk memang tak boleh blah...

Iye, aku memang takde idea langsung nak letak tajuk ape. Pakat hentam je. Peduli ape kannn...
Yang penting, ader tajuk.

Semalam, FZ datang amik aku kat opis. Hujan lebat... So, dia kesiankan aku kena balik dalam hujan. Sebab tu dia sukarela amik aku.

Pukul 5.30, aku dah tunggu dia kat lobby. Aku tengok jalan depan opis aku nie jem gile... Kereta tak bergerak langsung.

Ni la masalah kat KL nie... Aku terfikir gak ape puncanya... But till now tak dapat jawapan. Asal hujan je, mesti jalan jem... Pelik... Kalau hari tak hujan, tak jem pulak... Ntah ape-ape ntah... Mungkin orang drive kereta slow...

Tapiiii..

Consider la sket kalu nak slow pon... Ko drive slow, jem kat belakang sampai berpuluh-puluh kilometer okeh... Aku memang pantang kalau orang drive slow nie. Ok, kalau nak slow pun, ko duk la line kiri. Ini takkk... Dah la slow. Pastu duk tengah-tengah jalan plak. Orang belakang nak potong ko pun susah...

Ha, kan aku dah start emo...

Ok-ok.. Sambung citer semalam.

FZ mula stuck dalam jem dari Balai Polis Pantai... Dah dekat gile dah dengan opis aku. Biase amik masa 3 minit je nak sampai opis aku. Tapi jem punya pasal, sampai 2 jam tak sampai-sampai lagi. Jenuh dah aku menunggu. FZ plak dah sakit jiwa sebab jem macam tu. Siott je kannn...

2 JAM TUUU....... Bersalah plak aku kat FZ nie.

Aku : Sorry la... Jalan jem teruk. Biase tak macam nie. Rasa bersalah pun ader sebab biar abang datang amik.
FZ : Takpe... Bini punya pasal...
Aku : :D....

Last-last FZ terus ajak aku pi makan. Nasib baik dia tak tension sangat... Lega hati aku...

Kitorang pi makan kat Bangsar; tempat biase kitorang lepak.

Balik makan, FZ singgah kat 1 gerai yang jual sweet apam. Dia suh aku rasa. Kebetulan masa beli sweet apam tu, Faras call aku... Sembang dengan dia dalam phone kejap.

Aku dengar macam Faras nie ader masalah lagi.

Aku bagitahu FZ. Terus FZ ajak aku jumpa dengan Faras kat Dataran Merdeka...

Aduh... dah lama tak pergi kat Dataran. Rindu plak. Dan aku dah lama tak jumpa Faras. Biase contact dalam YM je...

Park kereta betul-betul setentang dengan jam besar Bangunan Sultan Abdul Samad. Pastu aku dengan FZ lepak-lepak kat situ sambil tunggu Faras sampai.

Snap-snap la dulu...





Tiang bola sempena World Cup ari tuh...

Tak lama lepas tu, Faras sampai. Sembang-sembang dengan dia jap.


Ok, aku tahu aku nampak gemuk di situ... T_T



Gambar candid... FZ tengah makan sweet apam...




Gambar berdua mestilah ada... Berdua kan lebih baik... Heheheh...
Pukul 10 malam, kitorang balik... Serius mata aku mengantuk...

Wednesday, July 14, 2010

Roti jantan

Ok, dalam entri sebelum nie aku ader bagitahu pasal aku dan FZ order makanan time layan final World Cup ari tuh.

Aku makan roti canai biase, FZ makan roti jantan...

Mesti korang tak tahu macam mana roti jantan tu kan....?

Terfikir gak aku, roti canai nie ader jantan betina gak ke?

FZ : Bang, roti jantan tu macam mana?
Pelayan : Roti tu macam roti telur. Tapi telur double...
FZ : Owh....

Aku diam je.... Tapi dalam kepala otak aku memang terfikir-fikir, kenapa diorang letak nama roti jantan.

Akhirnya... setelah berfikir, aku dapat tahu jawapannya...

Aku : Abang, abang tahu tak kenapa roti tu diorang letak nama roti jantan?
FZ : Tak tahu. Kenapa?
Aku : Sayang tahu kenapa?
FZ : Ape dia?
Aku : Orang tu cakap roti jantan ader 2 telur. Jantan kan memang ader 2 telur ehem-ehem... Ha, betul tak?
FZ : ??? *gelak....* Sayang nie ader-ader je la....

FZ gelak lagi. Mata yang ngantuk pon dah jadi segar balik sebab duk gelak je.

Tapi, betul kan jawapan aku....

Aku kan terror kalu bab-bab fikiran "Biru" nie.. Hehehehe...

Tuesday, July 13, 2010

Spain - The winner of World Cup 2010

Perbualan di antara aku dengan bos pada hari Jumaat.

Aku : Bos, Isnin nie mungkin saya cuti.
Bos : Engko nak poie mano, Nur?
Aku : Hehehe... tak pi mana-mana pon. Saya takut tak larat.
Bos : Tak larat apo nie, Nur? Ko nak buek apo?
Aku : Saya nak tengok bola.
Bos : Ko pun tengok bola eh, Nur? *Terus hilang sleng Nogori dia tuh...
Aku : Tengok jugak la.. kadang-kadang.
Bos : So, Isnin nie ko nak cuti la?
Aku : A'ah. Itupun kalau saya tak larat. Kalau saya larat, saya datang la kije.
Bos : Iye la, Nur. Ko memang tengok bola pukul 2.30 tu?
Aku : Kadang-kadang, bos.
Bos : Ko tido dulu tak sebelum tengok bola tu? Ke ko tunggu sampai 2.30?
Aku : Tido dulu...
Bos : Nur, aku rasa baik ko buat solat Tahajjud.
Aku : (Adessss... ceramah pulak).... Hinsshhh....
Bos : Yalah. Aku nasihat je, Nur.
Aku : Yalah, bos.

Bos aku memang sporting. Nak cuti, bile-bile mase je boleh. Bos macam nie la orang respek... Kalu bos yang jenis berlagak nak mampos, garang tak kena tempat... Orang takkan respek punye.

Ahad malam, aku lepak kat tempat kerja FZ. Siap tido kat meja tuuu.... Tido sekejap sebab tengah malam nanti nak tengok bola. Spain lawan Netherland.

FZ plak sibuk basuh kereta. Ali, kawan FZ pun sibuk basuh kereta. Sejam jugak aku tido tapi diorang belum siap cuci kereta.

Lelaki memang macam tu kan.... Belai kereta macam belai bini...

Pukul 11.30 malam, FZ ajak aku jalan-jalan kat Dataran Merdeka. Ikut plan nak pergi tengok bola kat sana. Sure meriah.

Tapi pergi punya pergi, parking pulak tak ada. Cancel plan tengok bola kat Dataran Merdeka. Kitorang beralih pulak kat Dataran PJ, depan AmCorp Mall. Kat situ ntah konsert ape ntah. Sekejap cakap omputih, sekejap cakap Melayu, sekejap cakap Cina.. Konsert 1 Malaysia kot. Tapi konsert tu tak ramai yang tengok. Aku agak tak sampai 100 orang pun kat padang tu.

Aku dengan FZ lepak jap kat situ. Angin plak sempoi-sempoi bahasa. Memang buat kitorang layan mata je....

Terus FZ ajak aku pergi ke Sri Manja, PJ. Park kereta pastu terus masuk kedai mamak. Layan bola kat situ. Syok pun syok... Orang tak ramai sangat. Ader la dalam 20-30 orang gitu... Ok la.. takdelah kecoh sangat.


Syok betul FZ nie tengok bola... Tapi sebenarnya dia dah mengantuk tu... Tak puas tido.

Tu la aku suh tido tadi, tak nak. Rela pi cuci kereta tuh...


Gambar aku mestilah ader kan...

Ok, masa layan bola nie, kitorang sempat order roti canai... Aku roti canai biase, FZ roti canai jantan. Aku teh o ais, FZ kopi tongkat Ali....

Apakah dia sedang memberi aku hint terhadap sesuatu? Apakah???

Ok, apepun memang berbaloi aku tak tido sebab pasukan yang aku sokong tu MENANG! Yeayyyy!!!

Oleh itu, aku mengisytiharkan aku cuti hari Isnin... Hehehehe...

Isnin...

Aku dengan FZ pi layan movie lak. Predator. Kan Sabtu lepas tak leh tengok sebab takde seat. Pastu lepas kempunan nak makan Portugese's food... Semua benda yang takleh buat pada hari Sabtu lepas, kitorang balas dendam hari Isnin tu.. Penat ohh...

Hilangkan frust, pergi main layang-layang

Rujuk kepada entri sebelum ini.

Kan aku dengan FZ frust sebab banyak benda yang kitorang plan untuk hari Sabtu tu tak jadi. So, FZ plak bagi cadangan pergi main layang-layang. Ok, set...

Kebetulan sebelum ini Farhan pernah bagitahu FZ, dia nak ikut kalau kitorang pergi ke Taman Layang-layang.

So, selepas balik dari Mid Valley, aku call Farhan suruh dia tunggu kat tempat kerja; kolam Vista.

Memang kebetulan jugak Farhan baru je sampai kat situ. Aku dan FZ pergi amik Farhan kat sana dan kitorang bertiga terus pergi ke Taman Layang-layang.

Cuaca agak mendung. Memang tak lama lagi hujan lebat. Confirm. So, kitorang cari tempat baik punya dan bersantai kat situ. Aku tengok je FZ dan Farhan pasang layang-layang. Nampak gayanya layang-layang bentuk ikan jerung Farhan lagi besar dari layang-layang bentuk burung helang FZ.

FZ : Oit, Farhan. Besar layang-layang ko.
Farhan : Yalah, bang. Jerung nie...
FZ : Tak kira.. tak kira.... Ko jangan main dekat aku.
Farhan : Mana boleh camtu, bang.

Aku plak gelak je... FZ saje je gurau dengan Farhan. FZ pun gelak jugak.



Sebenarnya gambar nie gelap. Tapi aku edit lighting... Kan tadi aku cakap langit mendung. Memang gelap wa cakap lu.... Kalau aku tak edit gambar nie, muke FZ tu langsung tak nampak.



Oh, aku nampak gemuk disitu....

Tapi serius, sekarang aku sedang mengembang dengan jayanya. Sebab?

Aku selalu jadi DBKL untuk FZ. Maksudnya??

Bila keluar dengan FZ, mesti kitorang gi makan-makan. Pastu makan plak bukannya makanan yang simple-simple... Ikan bakar la.... Sotong la.... Macam-macam. Pastu FZ nie plak jenis tak suka ratah lauk. Balik-balik aku jugak yang kena habiskan...

Hadoiiii... confirm berat aku bertambah. CONFIRM!



Ok, ini Farhan. Gigih betul dia nak naikkan layang-layang dia. Dia nie baru belajar main layang-layang.




Di sebelah kanan tu, layang-layang Farhan. Kiri plak layang-layang FZ.... Tengok, langit gelap gile kan....



Tengok si Farhan tu... Macam-macam gaya dia kawal layang-layang dia.




Aku dengan FZ sempat amik gambar sebelum kitorang nggaap Dunkin Donut yang kitorang beli kat Mid Valley tadi.