Monday, August 30, 2010

Torture ke?

FZ : Sayang, abang dah tak nak buat benda dulu lagi. Abang dah betul-betul serik.
Aku : Yelah... Nak tengok je....

Dia datang peluk aku.
Then dia bisik,

FZ : Sejak awal lagi abang memang takde serius hubungan dengan dia. Abang baru je kenal dia, yang.. Just nak main-main je. Abang takkan gadaikan hubungan kita semata-mata kerana dia
Aku : Kenapa abang buat sayang macam nie?
FZ : Abang lalai, yang. Abang bodoh sebab buat yang macam nie.

Aku nangis.

FZ : Abang dah nekad, lepas nie abang nak jadi anti-pompuan.
Aku : Motippp?? Jangan berangan nak jadi macam Kasyah. Memang tak jadi punya.
FZ : Wait and see, k.
Aku : Uwekkkk...

Tetibe hilang sedih aku.

Now, semua benda yang berkaitan dengan budak tu FZ dah hapuskan.

Report, 8pax, borang, mesej, call history... semua dah tak ada.

Even no akaun budak tu pun ada dalam tangan aku sekarang.

Torture? Yes, memang aku torture FZ.
Well, sape yang cari pasal dulu kannn?

Aku : Abang fed up tak sayang buat abang macam nie?
FZ : Tak. Abang rasa macam sayang betul-betul sayangkan abang. Memang dah hak sayang buat abang macam nie.
Aku : Leh caya ke?
FZ : Iya, sayang. Abang memang dah janji takkan buat lagi.
Aku : Hmmm...

Just wait and see....


Pengajaran

Last week (Thursday), aku nangis depan bos aku for the second time.
Pes time aku nangis, time bos aku bagi cuti free 3hari mase daddy aku masuk IJN.
Terharu...

Hari Khamis lepas, aku nangis depan bos aku time aku nak mintak half day.
Aku ada masalah dengan FZ.
Sebelum masuk bilik bos aku, aku cube cekalkan hati.
Sekaliii.... tak tahan jugak.
Aku dah anggap bos aku macam ayah aku sendirik.

*mase tu pukul 10.30pagi.

Aku : Bos... saya....saya... nak mintak izin, saya nak half day.

Masa nie suara aku dah sebak dah.
Bos pandang aku.

Bos : Ko nie kenapa, Nur?

Aku tarik nafas panjang.
Serius aku banyak kali mengeluh.

Aku : Personal problem, bos. Please, izinkan saya half day hari nie, bos.
Bos : Cuba ko citer kat aku apa masalah ko...

Ha, masa nie berjujuran air mata aku keluar.
Terus aku membelakangkan bos.
Nangis tak hengat...
Hadoi... bila ingat balik rasa malu pun ader.

Bos : Nur... Nur... ko duduk lah Nur. Aku nak bagi tisu pon, takde nih.

Aku diam.

Bos : Ni masalah boifren eh?

Aku pandang bos aku.
Then, mengangguk.
Bos aku memang terbaekkk..
Susah gile ah nak dapat bos macam dia.
Dia bagi aku motivasi dan semangat sampailah aku habis nangis.

Bos : Kalau ko nak balik sekarang, ko balik la. Aku tak halang. Tapi aku rasa baik ko duk je kat opis nie. Ko sembang-sembanglah dengan opis mate ko tuh. Kalau ko duk rumah, ko nangis sorang lak. Aku nie bukannya apa, aku takut ko terjun apartment ko tu je.

Hehehe...
Bos...bos..
Aku mengangguk.
Seee... baik kan bos aku.

Aku terfikir gak, nampak sangat aku nie tak professional.
Campur adukkan hal kerja dengan peribadi.
Tapi nak buat macam mana?
Kalau aku duk kat opis pun, takde benda aku nak buat melainkan menangis.
Baik aku balik.
Leh nangis sorang-sorang kat umah.
Takdelah kacau-kacau orang lain.

Banyak kali FZ call dan mesej aku, tapi aku tak balas.
Last-last muak sangat dengar hp berbunyi, aku jawab panggilan dia.

FZ : Yang, kita jumpa ye. Abang dah otw.
Aku : Hmm...

Aku malas nak jawab sangat.
Bagi aku, ni last time kitorang jumpa.
Kononnye dah nekad nak putus la nie.

Mata aku memang bengkak gila.
Nangis tak henti-henti.
Pukul 12 tengahari, aku balik.
FZ amik aku kat opis.
Then dia bawak aku pegi ke Tasik Titiwangsa.

Kitorang discuss kat situ.
FZ memang merayu habis-habisan.
Masa tu memang hati aku dah keras.
Memang tak nak maafkan dia.

Dari pukul 12 sampailah pukul 4 petang dia pujuk aku.
Rantai loket F yang dia bagi kat aku tu pun aku dah tanggalkan dari leher aku.
Dia perasan rantai tu dah takde kat leher aku, cume dia diam je.

Dulu aku pernah bagitahu dia :

Aku : Abang, kalau 1 hari nanti takde jodoh antara kita, abang akan tengok rantai nie takde kat leher sayang. Sayang akan pulangkan rantai nie kat abang.

FZ mengangguk je.

Petang tu memang aku nak pulangkan rantai tu semula kat dia.
Tapi dia bersungguh-sungguh pujuk aku.
Aku plak nangis tak henti-henti.
Nasib baik aku nie tak jadi macam Kassim Selamat.
Nangis sampai buta.

Aku bagi dia 1 lagi peluang selepas dia merayu-rayu kat aku.
Memang ini peluang terakhir dia.
Dan dia tahu lepas nie kalau dia buat silap lagi, aku takkan bagi dia peluang lagi.

Petang tu, kami berbuka sama-sama.
Tapi time berbuka tu, aku still teresak-esak.
Aku still tersedu-sedan.
FZ plak tak habis-habis mintak maaf.
Makan nasik pun sikit-sikit je.
Tak lalu nak makan walaupun perut lapar.

Sampailah lepas berbuka, FZ ajak aku diskus lagi.
Dia peluk aku erat.
Macam biase lah, aku kan tengah sedih.
So, aku nangis lagi.

Masa aku tengah nangis tu, aku dengar FZ teresak-esak.
Bahu aku basah.
Aku angkat kepala dia.
Dia nangis, ko....

Dia tertunduk sambil mintak maaf.
Banyak benda jugak yang dia cakap.
Dia mengatakan kekesalan dia atas apa yang dia buat kat aku.

Tibe-tibe dia duduk melutut depan aku sambil pegang lutut aku.

FZ : Abang melutut kat sayang. Please maafkan abang. Abang menyesal, yang.

Ni la pes time aku tengok lelaki nangis teresak-esak seteruk nie.
Live plak tuu...
Sebelum nie penah gak aku tengok lelaki nangis depan aku.
Tapi takdelah macam nie.
A pun penah nangis macam nie tapi dalam phone je.

Aku pun terduduk sekali depan dia.
Dia peluk aku lagi.

Siyes macam drama melayu dalam tv tuh.
Air mata FZ mencurah-curah kuar.
Sejam gak kot kitorang duk macam tu.
Dah la malam tu suasana sunyi je kat kolam tu.

Then, aku masuk toilet.
Cuci muka sebab memang teruk sangat muka aku masa tu.
Melekit sebab air mata dah kering kat pipi.

FZ plak duk kat meja dia.
Landing kepala atas tangan dia.
Aku kuar dari toilet, terus aku duduk depan meja dia.

Dia still sedih.
Masih dengar sedu dia.
Mulut dia bercakap-cakap dengan aku.
Asik duk cakap menyesal dan dirinya bodoh.
Tak lama lepas tu, dia nangis lagi.

Aku pergi kat dia dan peluk lagi.
Aku pun join sekali laa nangis.
Tak tahan beb.

Till last nite, dia duk mengatakan penyesalan dia.
And sorry to say, kepercayaan aku kat dia hanya tinggal sikit jeee...
Walaupun dia dah berjanji akan buktikan kesetiaan dia kat aku, tapi aku nak tengok dulu.

For that girl, thanks sebab pernah cuba runtuhkan hubungan aku dengan FZ dengan bagitahu FZ pasal A.
Apapun, senang sikit tugas aku.
Tak payah susah-susah aku nak bagitahu A pernah datang jumpa aku sebelum ni.
Well, aku sikittt pun tak takut kalau FZ tahu sebab bukan aku yang cari A tapi A yang cari aku.
And a lot of thanks sebab bagi kerjasama kat aku dengan menceritakan semua dan menjawab semua soalan aku.

Wednesday, August 25, 2010

Adakah cinta memerlukan sebab?

The story begins…


Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.

Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.

Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.


Ini dialog mereka


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!


Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.


Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.

Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.


Surat tersebut berbunyi begini :


"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu...

sekarang bolehkah engkau bersuara?

Tidak!

Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...

sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?

Tidak!

Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu...

sekarang bolehkah engkau tersenyum?

Tidak!

Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu....

sekarang bolehkah engkau melangkah?

Tidak!

Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.

Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.


Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak!

Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.

Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.

Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."


____________________________________________________


Syahdu siot kisah nie...

Adesss...


Monday, August 23, 2010

Siapa SALLEH GREGOR SAMSA yang kurang ajar nie?

Untuk tengok FB kontroversi dia, sila - [Klik disini]

Dah tengok??
Panas hati tak?
Sejahil-jahil aku, seteruk-teruk aku, takdelah sampai nak buat macam nie.

Aku nie pon jahat gak.
Selalu buat dosa gak.
Tapi dia nie memang ALLAH dah tutup hati dia.
Dah gelap-gelita hati dia.
Dah takde NUR langsung.

Kesian betul kat dia.
He tried to be modern/ open minded than others tapi last-last orang semua cemuh dia.
Kesian.... sebab dia femes dengan cara murahan macam tu.

Agaknya dia nie kekurangan kasih sayang kot.
Sebab tu dia cari idea nak glemer dengan cara macam nie.
Aku ader la search google gambar dia.
Aku rasa dia nie yang gemuk-gemuk dan itam tu...
Nampak macam nerd and simple je.
Padahal...... . . . . . . adoyai...

Ader jugak manusia macam dia nie.
Salahkan kerajaan sebab sesuka hati letakkan agama dalam IC dia.
Lagi teruk, salahkan TUHAN sebab paksa orang berpuasa.

Well, kalau ko taknak puasa, lantak ko laa....
Tuhan tak paksa.
Cuma kalau ko buat, ko dapat pahala.
Kalau ko tak buat lak, ko dapat dosa.
Ganjaran pahala adalah Syurga.
Ganjaran dosa pulak adalah neraka.

Ko takde hak langsung nak menidakkan hukum dan rukun ALLAH.
Sesuke hati nak draf kitab sendiri.
Nabi ke ko??

Tetibe plak aku jadi emo.
Hilang separuh pahala puasa aku.
Haihhh...

Ya ALLAH, ampunilah umat-umatku yang dah tersesat.
Berilah mereka HidayahMU supaya mereka kembali ke pangkal jalan.
Amiin...

Sunday, August 22, 2010

Akibat melakukan dosa di bulan puasa :-(

Orang dah banyak kali kata, TUHAN akan bayar CASH bagi orang yang melakukan dosa.
Lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan macam sekarang nie.

Ini situasi pada 18hb Ogos baru-baru nie.
Masa : 5.30 petang.
Tempat : Parking lot bazar ramadhan Pantai Dalam.

Aku dan FZ pergi ke bazar dengan moto.
Takkanlah nak pi bazar naik kereta plak.
Susah nak parking lak kalu naik kereta.

Jadi, kitorang naik la moto FZ.
Sampai je kat parking lot, aku pun turun la dari moto tu.
Sambil nak tanggalkan helmet atas kepala, aku pun berundur lah sikit dari moto FZ.
Sekali.............. . . . . .

Aku tak sedar ader moto lain parking kat situ.
Ekzos moto tu plak baekkk punye panasss.
Kebetulan plak mase tu aku pakai tight parasss lutut...

Ha, elok kan cara aku pakai bulan-bulan pose nie.
Dah la pakai baju ketat.. *tapi labuh ye...
Pastu pakai lak tight pendek.
Memang kena sangat laa.

Betis aku baek punye terdedah.
So, ape lagi....
Melekat la betis aku yang licin nie kat ekzos panas tu.

Tapi aku buat derk je.
Mati-mati aku ingat takde apa-apa sebab mase tu takde lah sakit sangat.
Aku intai kat betis aku tu kot-kot berdarah ke ape...
Tapi takde darah pun.
Cume rasa pedih-pedih je.

Aku jalan-jalan dengan FZ kat bazar tu.
Aku tak bagitahu FZ pasal betis tu.
Tapi aku asyik ngadu kat dia kaki aku sakit.

Aku : Abang, kaki nie sakit la...
FZ : Padan muke...

Owh!
Padan muke??
Sentap disitu.

Takpe..takpe.
Aku sabor lagi.

Aku : Abang, sakitlah kaki nie.
FZ : Nanti kita balik, biar abang tengok kaki sayang tu ye.
Aku : Ok.

Lama jugaklah jalan-jalan kat bazar tu.
Aku perasan betis aku nie dah jadi hitam.
Takpe, relax dulu.

Dalam pukul 6 lebih, barulah balik rumah.
Aku tak berbuka dengan FZ sebab dia kena balik rumah dia.
Takpelah.

Nak tengok betis aku yang kena ekzos tu?




Masa nie tak bengkak lagi.
Tapi pedihnya TUHAN je yang tahu...


Tak lama lepas tu, betis dah jadi macam nie.
Bengkak air.

Sebelum berbuka, aku sms dengan FZ.

Aku : Abang, kaki sayang yang kena ekzos tu jadi hitam laaa... Sakit gile neh.

Tak lama lepas tu, FZ call aku.

FZ : Ayang! Kenapa tak cakap tadi ayang kena ekzos?
Aku : Dah abang cakap 'padan muka'. Jadi, sayang malas la nak bagitahu.
FZ : Abang mana tahu.
Aku : Uwekkk...
FZ : Dah..dah. Lepas nie kalau kita gi bazar, kita naik kereta. Tak yah naik moto lagi.
Aku : Sayang ok je la.. Takyah la risau.
FZ : Takde maknanya. Mestilah abang risau.

Tobat aku serik dah pakai seluar singkat kalau naik moto.
Aku nie jakun sikit.
Jarang naik moto.
Sekarang nie tak pasal-pasal betis kanan aku berparut.

Sampai ke saat nie, bengkak kat betis aku nie tak surut-surut lagi.
Kalau TERsentuh something je, mesti rasa sakit.
Hadoiii... macam-macam hazab.

Tu la...
Pengajaran buat aku dan semua orang.
Jangan bukak aurat.
Kalaulah aku pakai seluar panjang petang tu, mesti tak jadi macam nie.
Huhuhu...

Bak kata Kak Aiza, "Hilang la RM500 duit hantaran awak sebab betis dah berparut".

Tapi lain plak kata akak yang aku kenal kat taman layang-layang.
Aku tak ingat nama akak tu.
Akak tu cakap,"Tak apa. Itu tanda cop mohor FZ kat aku. Dia dah cop awak la tuh..."

Hehehe... Macam-macam.


Lelaki kat belakang aku tu lah yang bawak aku gi bazar naik moto.
Dialah sepatutnya bertanggungjawab.
*tetibe salahkan FZ. Hehehe... padahal aku yang salah.*

Wednesday, August 18, 2010

Mengapa

Di malam yang suram
Hanya kedengaran suara di tv
Juga titisan air hujan di bumbung
Duduknya aku di atas kerusi
Mengenangkan nasib diri

Sampai bila harus begini
Sampai bila harus memendam rasa
Sampai bila dapatku tahan
Berkongsi kasih dan cinta

Dimana kebahagiaan abadi?
Dimana kekasih sejati?
Dimana ia bersembunyi?

Ya ALLAH,
Aku bersumpah
Aku amat menyintainya
Aku amat menyayanginya
Kasihku padanya terlalu dalam

Ya ALLAH,
Mampukah aku menghadapi dugaanMu?
Berikanlah aku kekuatan agar dapat menempuh segala ujianMU

Atau haruskah aku mengundur diri
Dan cuma menganggap apa yang berlaku hanya satu mimpi
Mimpi indah yang tak mungkin jadi milikku yang hakiki

Menu berbuka 17 Ogos 2010

Semalam aku berbuka kat rumah lagi.
Tapi lepas balik kerja semalam, sempat singgah bazar dengan FZ.
Beli makanan sikit-sikit je.

Ntah la...
Lately aku kurang selera makan.
Nak makan lebih-lebih pun tak ada mood.
Padahal perut lapar kruk krak duk bunyi mintak sumbat makanan.

Kalau dulu, pantang nampak makanan mesti semua nak sambar.
Semua nak beli.
Semua nak makan.
Sekarang, tengok makanan pon sebelah mata je.
Betul-betul takde selera.

Tapi bila aku pikir balik, ok gak kalau selera kurang.
Sebab leh kuruskan badan.
Bila berat badan dah kurang, time raya nanti cantik lah sikit.
Takdelah chubby sangat.
Pakai kebaya je, mesti nampak ramping.
Gituu kann..

Sekarang nie nak pandang cermin pon rasa ngeri uolls...
Ngeri tengok badan sendiri yang dah gemuk.
Perut pon dah macam perut panda dah.
Hadoi...

Takpe...takpe...
Think positive, Diana.
Anda boleh kurus!
Turun sekilo seminggu pon takpe.
Tak pon, busuk-busuk turun setengah kilo seminggu pon dah kire ok.
Walaupun sebenarnya agak susah sebab aku memang akan makan nasik bila berbuka.
Boleh ke kurus uolss?
Huhuhu...


Semalam aku beli ikan keli sambal yang dah dibuang kepala.
Aku memang takleh tengok kepala ikan nie.
Sebab kepala ikan nie macam..... . . . . .
errr... patut ke aku cakap?
Kang jap lagi orang lain takde selera plak nak makan ikan nie.


Kacang botol dan sayur kobis sebagai ulam.



Pajeri nenas yang tak berapa nak ummmpphh...
Beli kat bazar.
Tapi aku kenalah paham.
Makcik tu pose.
Sebab tu pajeri nie tawar hambar je rasenya..


Singgang daging Kak Aiza's made.
Baunya pon dah menyelerakan.
Berasap lagi tu...




Wajib, telur dadar...



Inilah menu kitorang untuk semalam.
Setengah jam je masak, pastu dah siap.


Air laici.
Pure okeh.
Bukan campur-campur dengan mana-mana perasa or warna okeh.
Sedap gak.
Hilang dahaga aku.


Last - roti john...
Sebagai makanan tambahan.

Semalam aku tido awal.
Mengantuk betul mata nie.
Pukul 9 malam, sms dengan FZ pon sambil mata terpejam.
Masa tu Tuhan je yang tahu betapa mengantuknya aku.

Habis sms, cadang nak tido sejam je.
Sebab semalam ader citer Lagenda Budak Setan.
Sekali aku terjaga tepat-tepat pukul 12 malam.
Tak sempat nak tengok drama tuh.
Rupa-rupanya Kak Aiza pun tertido kat sofa gak sama-sama dengan aku.
Sms kat FZ jap, pastu kejutkan Kak Aiza.
Ajak dia tido dalam bilik.
Pastu aku terus masuk bilik aku.

Tapi...
Aku tido tak lena.
Sikit-sikit terjaga... sikit-sikit terjaga.
Tak tahu kenapa.
Aku nie mementingkan tido yang berkualiti.
Tapi lately memang aku selalu terjaga.
Pastu bila terjaga je, mesti aku rasa sedih then teresak-esak without any reason.
Pelik kannn..
Akibatnya sekarang nie datang opis je, mesti aku mengantuk.
Nak tido, tak boleh sebab opis aku nie ramai orang.
Kang nanti tak pasal-pasal kena marah sebab tido time opis hour.
Hmmm...
*Saat nie tengah pikir menu apa plak untuk malam nie..
Hadoi... Susah jugak.

16 Ogos 2010

Sejak bulan pose nie, banyak betul gambar makanan yang aku snap.
Maklumlah, sementara nak tunggu waktu berbuka tu takde kije lain nak buat.
So, snap-snap ajelah...
Jadi sape-sape yang jenis tak tahan tengok makanan, takyah la skrol ke bawah ye.
Kang tak pasal-pasal ader yang berbuka awal nanti.
Hehehe...

Lately aku banyak makan kat rumah.
Dah jarang-jarang jumpa FZ.
Dia sibuk dengan urusan sendiri.

Berbuka kat rumah pun best jugak.
Leh masak-masak dengan Kak Aiza.

Nak tahu menu kitorang untuk berbuka hari tu?



Kari terung...
Kak Aiza yang masak.
Best jugak...
Aku memang suka kari-kari neh.
Kak Aiza, pasni buat lagi eh.
Hehehe... :-)


Ayam goreng...



Sayur campur.
Kan aku dah cakap sekarang aku dah makan sayur.
Suka nau Kak Aiza bila tahu aku dah makan sayur.




Kacang botol...
Ini Kak Aiza je yang makan.
Sayur macam nie aku tak makan.



Inilah menu kitorang untuk berbuka hari tu...

Simple je tapi mengenyangkan.
Telur dadar tetappp ader.
Takleh tinggal.
Kalu takde, rasa cam tak lengkap.

Kalau kat kampung, mesti lagi meriah menu berbukanye.
Lagi best.
Beruntung betul sape-sape yang tinggal dengan parent.
Leh berbuka sama-sama dengan family.

Aku nie, perantau.
Nasib laa...
Kadang-kadang berbuka sorang-sorang je..
Huhuhu...

Monday, August 16, 2010

Ramadhan - hari ke 5. Apa yang aku melantak?

Sedar tak sedar, hari nie dah masuk hari ke-6 kite semua berpuasa.
Sekejap je rasa.
Cepat betul masa berjalan.
Inilah yang dikatakan dunia sudah hampir kiamat.
Umat manusia terlalu sibuk hingga masa 24jam yang diberikan pun terasa sekejap.

Poyo je kan aku cakap bab agama..
Hehehe...
Tapi bukan senang tau aku nak cakap bab-bab agama nie.
Maklumlah dulu aku banyak buat silap.
Sekarang aku sudah insappp...
Insapp sikit-sikit aje la.
Belum taubat nasuha lagi. Huhuhu...

Semalam, puasa hari ke5.
Tak macam hari-hari sebelum, semalam aku rasa lapar sangat.
Lapar je. Tekak nie tak haus pun.

Semalam jugak aku keluar dengan FZ pi tengok wayang.
Movie 'The Expandable'.
Action movie. 18PL.
Ok la citer nie. Citer perang-perang.

Nak citer mase duk dalam panggung tu..
Ader la sepasang couple cina duk sebelah aku nie.
Diorang nie lambat masuk.
Diorang nie ok la... senyap je mase tengok movie.
Takde la nak sembang ke... ape ke...

Bila pertengahan cerita, si apek tu kuar.
Masa tu aku tak sure dia pergi mana.
Aku bajet dier pergi toilet.
Maklumlah dalam panggung tu sejuk gila.

Tak lama lepas tu, dia masuk.
Dalam samar-samar tu aku nampak dia pegang beg plastik.
Sekali cheezels daaa...
Apek tu bukak bungkusan cheezels tu.
Apa lagiii...
Semerbak la bau makanan tuh.
Terliur aku kejap.

Sabar, Diana. Sabar...
Tapi aku punyalah geram kat apek nie..
Sebab dia duk hala bungkusan tu kat muka aku.
Adoiii...
Menusuk kalbu okeh bau cheezels tu.
Amik bau je la aku nih.

Habis cerita kat panggung wayang.

Bila dah habis movie, aku dan FZ pi bangsar.
Kedai makan Yusof Tomyam.
Nak booking meja untuk berbuka.
Cadang petang tu nak berbuka yang best-best.

Kali nie aku yang belanja FZ pulak.
Asik-asik dia je yang belanja aku.
Kesian pulak.
Kang rabak poket dia.

Selesai booking, terus balik rumah.
Rehat.
Penat.
Semua ada.
Aku sempat gak layan fesbuk kejap.

Last-last tertido.
Dah lama betul aku tak tido petang.
Nikmatnyaa...
Tapi bila dah bangun tuh, kepala mulalah jadi biol.
Jalan pun terhuyung-hayang je.
Macam orang mabuk.

Pukul 6.45petang, aku keluar dari rumah.
Pergi ke tempat kerja FZ.
Pastu, terus kitorang bertolak ke Bangsar.
Masing-masing dah tak sabar nak berbuka.

Ramai sungguh yang makan kat kedai makan nie.
Penuh meja.
Nasib baik aku booking awal-awal.
Kalau tak, jangan harap la leh makan kat situ.

Nak tahu apa yang kitorang order?



Ikan siakap 3 rasa...

Fuhh.. dia punya rasa, meletoppp..
Sedap gile.
Tak puas aku makan.
Harga RM28.00.
Besar jugak ikannya.
Padahal aku dah cakap dah nak ikan yang cukup-cukup untuk makan 2orang je.


Tomyam campur.
Pedas, masam, manis sikit-sikit...
Fuh... memang cukup rasa. Perfect!
FZ suka betul dengan tomyam nie.

Dah nama kedai pon Yusof Tomyam.
Mestilah tomyam nye yang terbaekkkk...



Kangkung goreng.
Lately aku makan nasik, mesti amik sayur.
Dulu, takdenya nak makan sayur nie.
Aku tak suka sayur.

Tapi sejak kena pakse makan sayur oleh FZ, tekak aku nie dah boleh terime dah sayur sikit-sikit.
Cuma kangkung nie aku tak makan batang dia.
Tak best.
Aku makan daun dia je.


Telur dadar.
Wajib ada dalam setiap menu berbuka aku.
Kalau tak ada, rasa macam tak lengkap.
Telur dadar nie pun best.
Tak berminyak sangat.


Air laici untuk aku...
Air tembikai untuk FZ.

Hilang dahaga minum air neh.

Amacam terliur tak tengok gambar-gambar kat atas?
Hehehe...

Erm... kalau berbuka macam nie, dikira melantak ke eh?
Biase-biase je kot kan...
Sebab aku tengok orang lain makan lagi meriah dari aku.

Apapun, makan macam nie sekali sekala takpe.
Kalau tiap-tiap hari, koyak poket aku.

Pas makan je, terus duduk takleh bangun.
Perut kenyang sangat-sangat.
Terawih memang dah tak pergi dah.
Pukul 8.30 malam, barulah balik.

Erm... kena pikir menu apa pulak untuk berbuka hari nie?
Aduss... nak makan pun susah..

Friday, August 13, 2010

(PANAS) Nak tahu kisah baru aku dan A tak? - Part 4

Wahh...
sampai ke part 4 neh.
Panjang betul kisah nie.

Sambung ...

The next day, A still contact aku.
SMS dan call.
Bila aku ada dengan FZ, memang aku takkan jawab mesej atau call dari dia.
Nanti FZ bising pulak.

Mungkin dah habis usaha, A contact Faras kat Facebook.
Terdesak betul dia nie.
Aku marah la...
Kenapa nak babitkan orang lain? Kawan baik aku sendiri pulak tuh.

Nak tahu apa dia cakap,

A : To win u back...

Adoyaiiii...
Fenin...fenin...

Aku biarkan aje.
Pastu dia mintak pulak no phone daddy aku.
Pulak dahhh....

A : Boleh tak i nak tahu no phone daddy u?
Aku : Never!

Simple je jawapan aku.
Malas nak jawab lebih-lebih.

Hari Isnin lepas,
Yang aku amik half day tu...
Masa tu aku bagitahu FZ pasal semua nie.
FZ marah jugak tapi takdelah nak bentak-bentak bagai.
Dia marah sebab dah lama sangat rahsia nie aku simpan.

Tapi kenyit-kenyit mata sikit, FZ dah ok balik.
Kebetulan petang tu, Faridah call hp maxis aku.
At the same time, FZ duk pegang hp celcom aku.

Masa tengah sembang dengan Faridah, A call hp celcom aku.
Dah la masa tu hp aku ade dengan FZ.
FZ terus angkat call tuh.

A : Kenapa nie, u?
FZ : U nie sape?

Berderau dah darah aku.
Aku tak nak lah diorang gaduh.
Then, aku dengar FZ dah tinggikan suara dah.

Aku pun suruh Faridah call aku balik malam nanti.

FZ : Ayang, orang tua nie nak cakap dengan ayang.

Aku amik hp tu.

FZ dah marah-marah sampai aku tak dengar apa yang A cakap dalam phone.
Last-last aku letak phone.

FZ : Bengang betul abang. Dah ayang cakap ayang tak nak kat dia lagi, kenapa dia nak terhegeh-hegeh?

Aku pujuk FZ.
Nasib baik sekejap je.
FZ nie mudah tenang.
Dia jugak tak mudah marah.
Dia marah bila ada something yang dia tak suka berlaku.

Malam, A call aku lagi.
Masih merayu-rayu.
Bosannnnn....

Sampailah petang semalam.
Adik A iaitu Kak Lang call aku.
Masa tu aku bersiap-siap nak pergi ke bazar dengan FZ.

Kak Lang suggest aku tukar no phone.
Tapi masalahnya kalau aku tukar no phone pun, A tetap boleh cari aku.
Dia tahu mana rumah aku.
Dia tahu mana rumah kakak aku.
So, aku decide takkan tukar no phone.
Tapi aku dah janji dengan FZ, takkan sesekali contact A.

Terlalu banyak duka yang A berikan kepada aku.
Selama 2tahun aku tahan.
Sampai mana sangatlah kesabaran aku nie?
Sebab tu sekarang aku jadi macam nie.

Kalau korang rasa aku bersalah dalam hal nie, aku tak kisah.
Tapi aku memang rasa, aku langsung tak bersalah dalam hal nie.
Aku jugak nak bahagia macam orang lain.

-Dah habis dah...-
-Akhirnya...-

(PANAS) Nak tahu kisah baru aku dengan A tak - Part 3

Adusss...
Jenuh pulak nak cerita.
Huhuhu... *sape suruh, kan... hehehe..

Sambung...

Every day dia call aku.
Merayu-rayu.
Dia cakap sekarang nie dia dah berubah.
Dia cakap lagi Tuhan dah bagi dia kesedaran.

Well, ader aku kisah??

Dia asyik suruh aku tinggalkan FZ.
Aku tak tahan, aku terus cakap :

Aku : Sudahlah. I boleh maafkan u tapi i tak boleh pilih u. Sorry.

Tapi dia tak dapat terima hakikat.
Dia keep calling aku.
Every 30 minit.
Selagi aku tak angkat, selagi tulah dia call.
So, nak tak nak aku kena jawab jugak.

Sampailah ke hari Sabtu yang lepas.
A call aku.
Dia cakap mak dia nak cakap.
Rupa-rupanya dia mintak tolong mak dia.
Sampai macam tu sekali....

Malam tu,
Aku pergi ke rumah Faras.

Kitorang lepak kat Restoran Al-Esfan, Gombak.
Mase tu dah pukul 2 pagi tau.

A call aku.
Tanya aku kat mana.
Dia cakap dia dah otw ke KL.
Dia nak jumpa aku.
Faras setuju.
Padahal aku nie berat hati gila nak jumpa dia.

Pukul 3.30pagi, barulah A sampai.
Aku banyak diam.
Biar dia dan Faras bersembang.

Dia boleh pulak cakap pasal kawin.
Siap dengan prosedur kawin lagi.
Tertanya gak dalam hati, bila masa lak aku setuju nak kawin dengan dia nie?
Tapi aku diam je. Dengar semata-mata.

Sampailah pukul 4 pagi, kitorang balik.
Lagipun aku dah ngantuk.
Aku tido rumah Faras malam tu.

Esok pagi, FZ datang amik aku kat rumah Faras.
Benda nie still jadi rahsia aku.
FZ tak tahu apa-apa.
Risau jugak kan... Rasa bersalah pun ada.
Tapi memang aku nekad nak bagitahu FZ satu hari nanti.

Owh, malam Sabtu tu A gaduh dengan mak dia sebab katanya mak dia tak nak tolong dia.
Seeeee...........
Sanggup bergaduh dengan mak sendiri semata-mata kerana kepentingan diri.
Hadoi...
A...A....

(PANAS) Nak tahu kisah terbaru aku dengan A tak? - Part 2

Ok, lepas YM dengan dia tu, hati aku lega.
Sebabnya semua yang terbuku kat dalam hati aku nie, semuanya dah aku lepas.
Tenangnya jiwa nie, Tuhan je yang tahu.

Hal nie aku tak bagitahu FZ.
Biarlah rahsia dulu.
Bila dah sampai masa yang sesuai, baru aku akan cakap.

Aku ingatkan habis kat situ je la kan hubungan aku dengan A.
Rupa-rupanya tak habis lagiiii...
Dia keep contact aku through sms.
Tapi 1 pun aku tak reply.

Then, 1 day dia call aku.
Dia tanya kenapa aku macam nie?

Dah terang-terang dalam YM ari tu dia cakap dia tak nak halang aku dah.
So, can u get out from my life??? *emo neh...

Aku yakin korang akan kata aku nie teruk.
Mentang-mentang dah ada yang baru, aku buang yang lama.

Tapi sebenarnya aku nie tak bodoh.
Kalau yang lama tu still elok, takkan la aku nak buang gitu-gitu je.
Mestilah aku nak simpan.
Masalahnya benda lama tu kalau disimpan, makin menyakitkan hati aku.
Perangai dia memang tak berubah-ubah.

A : Kenapa u buat i macam nie?
Aku : Buat apa?
A : u tinggalkan i macam tu aje?
Aku : Dah tu u nak i buat macam mana?
A : U dah ada orang baru?
Aku : Hmm...
A : U, come back to me...
Aku : U tahu tak apa yang u dah buat kat i? U always nak i berkorban untuk u. Sejak kita kapel dulu, i tak ada kawan. Banyak masa i luangkan untuk u. Tapi bila kali terakhir kita jumpa, i nak spend time 1 hari je dengan kawan i, u suruh i korbankan lagi untuk u. Selama nie i sabar dengan u. Tapi apa yang i dapat? U tetap dengan skandal-skandal u...
A: I'm so sorry.

Masa dia call nie, aku ada kat opis.
So, cakap pun kene kaver-kaver slow.

Hari tu bukan main lagi dia kata kat aku macam-macam.
Pastu sekarang nak suruh aku tinggalkan FZ dan kembali kat dia?
No way, man!

Puas dia pujuk, tapi aku tetap tak makan saman.
Last-last dia hantar mesej.

'Thanks for being mean and heartless.'

Aku tak reply.
Malas.
Tak lama lepas tu, dia hantar mesej lagi.

'Pasni kau jilat air liur ko sendiri, BITCH!'

Seeee....
Aku tak reply lagi. M.A.L.A.S.
Dia hantar lagi sms.

'Pasnie aku akan pulun mana-mana pompuan yang tak bernasib baik. Watch out, girl!'

Dia dah nak start buat perangai bodoh dia.
Aku nie malas nak layan.
Pastu dia call. Banyak kali jugak.
Dia nangis-nangis.
Mintak aku balik semula kat dia.

Dah la tadi ko panggil aku bitch.
Now ko nak aku balik kat ko?
Aku bagitahu dia yang aku dah ada orang baru yang lagi bagus dari dia.

A : Selama nie kita selalu bersama-sama.
Aku : Selalu? Bila masa u selalu bersama dengan i?
A : I tahu i tak ada masa dengan u. I minta maaf. I busy.

*Busy ke bendanya? Opis pun jarang-jarang pergi.

A : Bagus sangat ke dia tu, u?
Aku : Dia tak berharta macam u. Tapi dia selalu ada dengan i. 24 hours. Dia jaga i. Dia ada disisi i tak kira masa.

A merayu-rayu lagi.
Malasnya nak dengar rayuan dia tuh.
Hati aku dah tawar.
Bukan tawar sebab aku dah ada FZ tapi sejarah hubungan aku dengan A yang buat aku tawar hati nak terima dia semula.

One day, boss aku masuk wad di salah satu hospital di Seremban.
Aku dan 3orang opismate pakat pergi melawat.
Masa duk dalam kereta, A call.

A : U ok?
Aku : Ok je.
A : Kalau u ok, i nak jumpa u.

Aku diam.
Memang aku takde hati langsung nak jumpa dia.

A : U kat mana?
Aku : Seremban.
A : Ha, Seremban? Kenapa?
Aku : Pegi hospital.
A : Bos u masuk hospital?
Aku : Hmmm...

Dulu, bos aku pernah masuk wad di hospital yang sama.
So, memang A tahu mase tu aku menuju ke mana.
Lagipun dia kenal dengan bos aku tuh.

A : I pergi sana sekarang.

Aku baru je nak cakap TAK PAYAH.
Tapi dia dah cut the line.
Mase tu Tuhan je yang tahu betapa menyampahnya aku.

Masa tengah sembang dengan bos aku, A sampai.
Aku biar diorang sembang.
Malas nak menyampuk.
Lagipun aku malas nak tengok muka dia.

Tak lama pun diorang sembang.
Then A cakap nak balik.
Bos suruh aku pergi hantar dia kat luar bilik.

A : Mana 1 boyfren u?

Tetibe je kannnn???
Dah la kau datang tak dijemput.
Pastu tanya bukan-bukan lak.

Aku datang ke Seremban tu dengan 3 orang opismate aku.
Semuanya lelaki.
Muda-muda lak tu.
Mungkin dia ingat salah sorang tu bf aku.

Aku : Apa u nie?? Mana ada.

Then dia cakap, dia nak sembang dengan aku kat hall luar.
Ok, fine.
Aku ikut je.
Aku nak dengar apa yang dia cakap.

Memang betul apa yang aku duga.
Dia merayu-rayu.
Aku langsung tak tengok muka dia.
Tak boleh tengok.

15 minit gak duk dengar dia merayu.
Last-last aku mintak izin nak masuk dalam balik.
Itupun dia tak kasi.
Tak paham ke yang aku datang ke situ sebab nak melawat bos aku.
Bukannya nak jumpa ko....

Nasib baik opismate aku paham.
Diorang yang menceriakan suasana.
Dalam kereta duk gelak je sampai aku lupa peristiwa tadi.

*to be continue....

(PANAS) Nak dengar kisah baru aku dengan A tak? - Part 1

Alamak...
Tajuk takleh blah langsung.
Siap ader part-part lagi tuh.
Artis ke ko sampai orang nak tahu segala bagai tentang ko?
Gituuu kannn...

Tapi ni memang cerita hot.
Amboi..amboi..amboi...
Mesti dah tak sabar nak tahu kannn...
Banyakkan bersabar.
Sekarang kan bulan pose.
Kuatkan iman eh. *poyo...

2minggu lepas, A contact aku through YM.

A : Dah habis?

Aku off YM. Sebab aku tak nak chat dengan dia.
Tak lama lepas tu, aku on balik.
Tapi mesej dia masuk lagi.

A : Dah habis?

Aku close nama dia je.
Tak reply apa-apa pun.
Tapi dia tak putus asa.
Dia hantar lagi mesej yang sama.
Lama-lama aku jadi muak.
So, aku reply.

Aku : Apa yang dah habis??
A : Kita la... Dah habis ke?
Aku : Up to u...
A : Last jumpa u show ur frens lg penting dr me n dada.. so obviously itu pilihan u.. i tk nk halang dh.
Aku : Up to u apa yang u nak anggap.

Ok, gini.
Last aku jumpa A dan Dada, diorang plan nak pergi Zoo.
A cakap nak pergi pukul 11.
Aku on je la... Sempat la sebab pukul 4 petang aku ader plan lain dengan orang lain.
Then, on that day, korang nak tahu tak A bangun pukul brape?

11.30 pagi, okeh!

Itu maknanya dia nie cakap tak serupa bikin.
Mana nak tunggu dia mandi lagi.... nak bersiap-siap lagi...
nak lunch lagi....
Memang tak sempat la nak join plan aku dengan kawan pukul 4 petang tuh.
Dia siap sepenuhnya pukul 1 lebih.

Masa tu memang hati aku panas gila ah.
Dalam kereta aku memang diam je.
A dan Dada duk potpetpotpet tapi aku diam je.
Langsung tak ada mood.

Then, Dada tanya, "Umi kenapa diam aje?"

Aku diam.

A : Ntah. U nie kenapa? Macam layan perasaan aje...

Dah dia tanya, kannn... So, aku jawab la...

Aku : U la...
A : Kenapa pulak?
Aku : U kata nak pergi pukul 11. Tapi ni dah pukul 1. Pukul brape u bangun? 11.30 kann...

Tetibe A naik angin. Tengking aku.

A : Apa bezanya kalau i bangun pukul 11 atau 11.30? U nie memang sengaja nak cari pasal. Suke spoil the mood.

Ok, fine.
Memang aku ngaku aku nie dah spoil mood diorang.
Tapiii....
A tu tak pikir ke yang dia dah spoil mood aku awal-awal?
Bayangkanlah aku mula kejutkan dia dari tido sejak pukul 9 pagi...!

Pastu sambung pasal YM tadi....

A : Ur attitude kira dah cukup signal. Tak mau gaduh on the same topic lagi. I buat baik u tak nak tgk.. yang salah u kumpul. its ok le.. senang cari salah org.

Pastu dia offline.
Time tu memang aku dah bengang.
Aku tetap hantar mesej kat dia.

Aku : baik ape ke bendanya kalau u tak habis2 nak cari skandal kat belakang? tak habis2 nak menipu... tak habis-habis dengan nafsu u... ape baiknya u ek? ermmm... owh, u sediakan duit untuk i belanja tiap-tiap minggu dan u banyak bagi nasihat. Itu je.

Dia online balik.
Then, kami bertekak dalam YM tu.
Dia sengaja nak menegakkan benang yang basah.

Dulu aku pernah terpijak satu kain kat tepi katil dalam bilik dia.
Aku pegang kain tu.
Sekali....... PANTIES!
Panas tak hati korang kalau kau berada kat tempat aku?

Dalam YM, aku utarakan balik hal tu.
Pastu korang nak tahu apa dia cakap?

A : Mana i tahu. Benda tu dah setahun duk kat situ.

Bodoh tak jawapan dia?? *ishh... bulan pose neh.. Huhuhu...
Pastu aku balas,

Aku : Come on laaa.... Takkan benda tu dah ada kat situ setahun. Jadi, selama setahun nie i tak pernah kemas rumah u laaa....?

Pastu dia cakap aku pyscho!
Hohoho...
Korang tengok tak perangai dia?
Hampeh kannn?
Still nak menangkan diri sendiri tuuu...

Aku tak puas hati.
Aku kuarkan pulak nama-nama skandal dia tu.
Siti, Ayu, Ayin, Miera, Rasya, Erin, Arnie, Afizah.... ramai lagi laaa...
Aku dah lupa.

Dia cakap dia tak kenal semua pompuan-pompuan tu.
Aku gelak je...
Sebab nama-nama tu aku pernah call & diorang mengaku kenal A.
Siap ader yang duk jauh dan plan nak datang KL sebab nak jumpa A tuhhh...
Dalam ramai-ramai, Siti tu je yang jadi kawan aku sekarang.
Aku panggil dia kak Siti.

Pastu dia still nak menangkan diri sendiri.
Ok, fine la kan..
Aku tahu dia memang takkan sedar punya.
So, on that time bagi aku memang kitorang dah putus.
Masa tu aku fikir, aku malas nak fikir pasal orang tua tu lagi.

Benda nie kan jadik 2 minggu lepas.
Aku kan dah ada FZ.
Baik aku concentrate hubungan aku dengan FZ je.

Aku ingatkan dah habislah kisah aku dengan A tuh.
Rupa-rupanya ader lagi...

Nak tahu kisahnya??
Tunggu next entri ye...

Panjang lagi kisah nie sebenarnya...
Sebab tu kena ader part-part...
Harap maklum yee...

Wednesday, August 11, 2010

Mentekedarah sehari sebelum puasa

FZ : Sayang bersahur tak malam nie?
Aku : Tak. Memang dah biase tak bersahur pun.
FZ : So, malam nie nak makan ape?
Aku : Tak tahu. Simple simple pun ok.
FZ : Ok. Kita gi makan pizza, nak?
Aku : Ok je.

Aku nie malas nak buat banyak cekadak dengan FZ.
Ikutkan aje la apa yang dia kata.

FZ : Malam nie abang nak ayang makan kenyang-kenyang. Ayang kan tak sahur.
Aku : Oloh... mana boleh macam tu. Nanti badan sayang makin berisi.
FZ : Biarlah. Yang penting, sayang tak lapar esok.
Aku : Hmmm...

FZ bawak aku pergi makan kat Pizza Hut PJ.

Nak tahu ape yang kitorang order?


Spaghetti Marinara... Delicious. Tapi takleh lawan spaghetti yang FZ buat untuk aku...


Pizza Super Supreme with cheezy lava...
Cheese yang kat tepi tu yang best.
Aku suke sangat.
Masih terasa kat tekak aku nih... Siyes..


2pieces sweet and sour chicken wings...


Mango lassi - FZ punye.



Ice Milo - aku punya.




Nampak tak ader jerawat kat tengah-tengah antara 2 kening aku tuh?
Ketara gila ah...
Nyampah aku.
Dan nampak tak loket 'F' yang aku pakai tuh?
Rantai dan loket tuh FZ berikan kat aku.
Eeeiii.. rase cam nak cubit je pipi dier tuh.


Ni gambar candid.
Nampak sangat aku teruja nak hirup sup tuh.
Macam tak pernah makan sup aku neh...
Selesai makan, terus balik rumah.
Dah tak lepak-lepak lagi dah.
Lagipun aku memang penat.
Mata pulak dah ngantuk.
Hmm...

Salam Ramadhan Al-Mubarak




Ramadhan datang kembali.
Syukur aku masih dapat menikmati keindahan bulan yang mulia ini.

Hari nie aku puasa!
Aku jamin mesti ada yang tak puasa.
Kepada abang-abang, anda mesti puase penuh sebulan.
Takde alasan yang boleh diterima kalau tak pose melainkan sakit yang memudaratkan kalau tak makan.
Kalau pompuan, pahem2 saja lah...
Tapi jangan pulak saje je tak puasa.
Takkan la sebulan kot ehem-ehem...

____________________________________________________

Teringat pulak mase pes time berpuasa dulu-dulu.
Mase tu kalu tak silap aku darjah 3 kot...
Malam sebelum berpuasa tu, punyalah semangat nie.
Pakat puase ramai-ramai dengan kengkawan.

Bangun sahur pun bersemangat je.
Siap bantai nasik penuh 1 pinggan.
Itu tak termasuk lauk ikan, ayam, telur lagik...
Makan macam dah takleh makan sebulan.

Habis sahur, perut kenyang.
Kuar rumah pi main tanglung.
Jalan keliling kampung.
Aduss... rindunya time tuh.

Bila dah azan subuh je, masing-masing duk lepak kat bangsal depan rumah Pak Ajis.
Pak Ajis nie dulu garang.
Mummy aku cakap Pak Ajis nie akan humban dalam laut kalau budak tu nakal.
Padahal tu sume citer rekaan semata-mata. Yang adoo...
Sebab tu je cara mummy nak kawal aku time kat kampung.
Hampess..

Teringat plak masa lepak kat bangsal tu...
Dah namanya kampung, mesti la berpasir dan debu.
Tengah-tengah lepak tu, tetibe je hidung aku masuk habuk.
Pastu aku bersin.
Lepas bersin, hidung pulak rasa gatal.

Aku kan ader resdung tapi tak la kronik sangat.
Sekali tengah-tengah azan subuh tu berkumandang, aku pi korek hidung aku.
Nikmat okeh.
Tuhan saja yang tahu masa tu.

Time tu kazen aku, Emma, dah sound.
Dia cakap bila dah azan, mana boleh korek hidung dah.
Nanti batal puase.
Aku mase tu punyalah bengap, aku jawab,

"Takpe. Aku kan ader resdung. Kuman masuk dalam hidung aku. Kenalah buang."

Lebih kurang macam tu la aku jawab.
Logik takk budak umur 9 tahun jawab macam tu?
Hehehehe...

Emma lak sebaya dengan aku.
Dia pun mase tu angguk je dengar jawapan aku.
Hahaha..
Siot je kan...

Rindunya zaman budak-budak dulu.
Tak ada masalah pun.

Mase kecik dulu, duk kire-kire bila nak jadi besar sebab nak hidup bebas.
Tapi bila dah besar, duk teringin nak jadi budak-budak balik sebab nak hidup tanpa masalah.
Hmmm...

APAPUN SALAM RAMADHAN...

Half day

Dah lama gila rasanya aku tak jenguk blog.
Maklumlah aku dilanda macam-macam masalah.
Nak ber blogging pun rasa malas.
Cuma kadang-kadang je aku jenguk blog orang.
Itupun sebab bosan; takmo pikir sangat pasal masalah.

Aku rasa masalah aku makin berat.
Rasa macam tak sanggup nak hadapi.
Tapi life must go on kann...
Serik tu memang la serik tapi takkan nak give up terus.
Aku bukan jenis macam tu.

Kebetulan hari Isnin baru-baru nie bos aku tak ada.
Bosan jugak duk kat opis.
Plus bukannya ada kerja pon.
So, aku decide nak amik half day.

Aku call bos mintak izin nak amik half day.
Bos aku nie bukan jenis banyak cekadak.
Dia bagi green light. Yea!

Aku call FZ.
Pukul 12 tengahari, dia datang amik aku kat opis.
Kitorang pergi ke Mid Valley.
FZ teringin nak makan makanan Portugis tu.

Habis makan, kitorang jalan-jalan kat MV tu...
Best jugak jalan-jalan time orang kije.
Takdelah sesak sangat.
Tapiiii... parking kat situ still susah nak dapat.
Kalau weken, apatah lagi kannnn...

Balik dari MV, FZ hantar aku balik rumah.
Pi salin baju.
Dia plan nak pegi Taman Layang-layang.
Takkan la aku nak pi taman tu pakai office suit plak kan..

Hari Sabtu lepas, kitorang tak jadi pi situ sebab mood masing-masing tak berapa baik.
Lagipun Sabtu lepas, hujan petang.
Kempunan la FZ nak main layang-layang.
Padan muka!

Walaupun hari bekerja, still ramai orang kat taman tu.
Pelik jugak... Tak kerja ke diorang nie?
Kitorang amik port biase.
Bawah pokok sebelah dengan kedai jual layang-layang.
Teduh sikit...

Aku main layang-layang, FZ main wau.
Seronok betul FZ dapat main wau.
Gembira sungguh dia.
Senang hati aku tengok dia macam tu.







Gambar kat atas nie langsung tak sharp.
Geram pulak aku...
FZ ada cakap, tetek dengan perut aku dah nak sama besar.
Kurang ajaq, kannn...
Pastu dia leh gelak-gelak pulak.
Hampagas tul la dier tuh.
Apapun memang aku mengaku, aku makin berisi.
Ini sebab selera makan aku meningkat.
Plus aku selalu jadi 'DBKL' untuk FZ.
Asal FZ tak habis makan je, mesti aku yang kena habiskan.
Yalah, membazir okeh kalau biar makanan tak habis.
Sebab tu lah body aku nie dah makin mengembang...
Takpe, pose nie aku nekad nak turunkan berat badan.
Nekad nih...
*walhal, adooo...

Thursday, August 5, 2010

Bila aku stress

Bila aku stress....

Memang ini yang aku akan buat...

DULU :-


SEKARANG :-




-AKU POTONG RAMBUT-

Memang la potong rambut tu takkan selesaikan masalah tu tapi at least boleh kurangkan rasa stress aku bila tengok muka aku jadi sedikit lain dari biase...

Wakakaka...

Ok, tak kelakar.

Watever.

I'm stress rite now...

Chow...

Wednesday, August 4, 2010

Selamat Ulangbulan ke-3

Selamat...ulangbulan...
Saya ucap pada diri sendiri...
Selamat... saya ucapkan..
Smoga kita akan cepat-cepat kawin... *nyanyi macam lagu selamat hari raya ye.

----------------------------------------------------------------

Wah..wah...
Baru masuk bulan ketiga dah kecoh eh.. Hehehe...

Biase la..
Ingat senang ke nak mempertahankan hubungan nie selama 3bulan?
Macam-macam dugaan okeh.

Hari nie genap 3 bulan hubungan aku dengan FZ.
So, semalam aku sambut ulangbulan kitorang kat Pizza Hut PJ.
FZ la teringin sangat nak makan pizza.
Aku nie mana-mana pun boleh.
Asalkan aku makan makanan tu.

----------------------------------------------------------------------------------

Korang nak tahu tak macam mana kitorang leh kenal?
Eh, aku pernah citer ke tak sebelum nie eh?

Ah, tak kira..tak kira...
Aku nak citer jugak.
Biarlah dah patplohnam kali pun aku dah citer.

Gini...
Opis FZ kan dekat dengan rumah aku.
Aku nie memang biase la lalu depan opis dia tu.
Kan aku pegi dan balik opis dengan LRT.
So, setiap kali nak ke LRT mesti kena lalu dekat opis FZ.

Berhampiran dengan opis FZ pulak, ader gerai burger.
Ali burger.
Aku kenal la jugak dengan tokey burger situ. Nama Ali.
Dah namanya Ali burger kan..mestilah tokey dia nama Ali.
Bila aku balik kerja je, mesti aku akan lalu depan gerai Ali tuh.
Bila aku lalu depan gerai Ali, mesti Ali akan tegur dan usik-usik aku.
Ali nie dah kawin.

One day, aku balik kerja macam biase.
Aku lalu depan gerai Ali.
Ali pun tegur la aku macam biase.
Aku nie biase la, jenis happy go lucky.
Ali usik aku, aku pun usik Ali jugak.
Gelak-gelak kat situ.

Aku memang perasan la FZ pun ader kat situ.
Tapi aku buat-buat tak layan je.
FZ nie kawan Ali jugak.
Aku nie nampak je gatal tapi sebenarnya tak pun... *muntahh...
Pastu aku blah. Balik rumah.

Rupa-rupanya, oleh sebab kehepian aku tuh, buat FZ terpikat.

Keesokkan hari, aku balik opis macam biase.
Ali tegur aku.
Dia cakap ader orang nak kenal aku.
Well, mase tu pun memang aku single.
So, aku layan ajelah.

FZ call hp Ali tapi dia nak bercakap dengan aku.
Aku sembang je la kan...
Lagipun aku rasa bukannya aku nak bersungguh-sungguh pun dengan FZ nie.
Saja nak main-main.

Dan aku memang tak sangka FZ kata dia dah lama 'tengok' aku.
Kiranya selama nie aku ader secret admirer la.. Hehehe... Vangga beb.
Ko, adoo?

Nak dijadikan kisah, makin hari aku makin rapat dengan FZ.
Tapi mase tu aku just nak tengok dia je dulu.
Aku nak tengok sejauh mana kesungguhan dia kat aku.
Aku nak tengok sejauh mana keikhlasan dia kat aku.

Satu hari, aku demam.
Gile teruk punya demam.
Aku memang takleh bangun dan selera makan pun kurang.
Maka, sesi mengadu pun berlaku.
Mengadu kat FZ la kan..

Pagi, FZ hantar aku makanan.
Dia suruh aku breakfast.
Tengahari pun dia hantar aku makanan.
Suruh aku lunch.
Punyalah take care dia kat aku.

Serius aku cakap, tak pernah ada orang lain yang layan aku macam nie.
Even A atau L pun, bila aku sakit takdenya nak take care bagai.
Cuma bila aku sakit, A akan bawak aku pegi klinik.
Itupun kalau aku dekat dengan dia, i mean aku duk rumah dia.

Aku appreciate apa yang FZ buat kat aku.
Since that, aku terbukak hati untuk terima dia.
Banyak benda la yang berlaku antara kami sampaikan aku leh nampak keikhlasan dia kat aku.
So, ape lagi....

Ku tunggu,
ku menanti
Kata cintamu..
Biar senang dihati
Ku disampingmu

Kita saling sama cinta
Tetapi malu-malu
Diam-diam jadi rindu
Rinduku padamu

Dulu malu tapi mahu
Kini baruku tahu
Diam-diam jatuh cinta
Bersama akhirnya.

Terus menyanyi lagu Diam-diam jatuh Cinta - Ramlah Ram.. *pengsan..

Semoga hubungan kitorang nie berpanjangan selamanya... Aminn...

*Plan asal nak buat surprise kat FZ.
Tapi tak jadi sebab aku tak berapa sihat. Huhuh...
Potong stim betul la 'kesihatan' nie..

Monday, August 2, 2010

Mengidam...

Sabtu lepas aku takde apa-apa plan kecuali pegi Taman Layang-layang.
Itu kegiatan wajib di hari Sabtu.
Sebab itu adalah aktiviti kegemaran FZ.
Aku nie just ikut je.

Sekarang kalau ke taman tu, bukan aku berdua saja dengan FZ.
Farhan pun ikut sekali.
Dah banyak kali dah dia ikut kitorang.
Takpe...
At least leh memeriahkan suasana.




FZ kata muka aku macam makcik bila pakai topi ni.
Keji ohhh....
Baru nak bajet cun sikit.
Dia tu selalu kutuk aku.
Nyampah...

Tengah main layang-layang, hujan pulak turun.
Lebat pulak tuh.
Berlari ah kitorang masuk dalam kereta.

Tunggu sekejap kot-kot la hujan berhenti.
Tapi yang adoo...
Hujan makin lebat.
Kesian FZ sebab tak sempat puas main wau baru dia.

Oleh sebab hujan tak berhenti, kitorang pun balik.
Tapi sempat singgah kat Restoran Mahbub kat Bangsar.
Minum air panas time hujan nie memang masyukkk...

Pastu tetibe je teringat kat 1 makanan yang aku dah lama tak makan.

SATAY!

Aku : Abang, esok kita gi makan satay...
FZ : Ler, tetibe je nie. Mengidam ke?
Aku : Motipp mengidam? Teringin la, bang.
FZ : Iye, esok kite gi kat Taman Melawati tu ye. Kat situ ader satay Hj. Samuri.
Aku : Okay...

Habis minum, aku terus balik rumah.
Rehat.

____________________________________________________

Ahad...

Keja aku hanya tido, tengok tv...
Tido, tengok tv...
Malas nak bertempek kat FZ sangat.
Lagipun malam kitorang nak gi makan satay.
Yea...!

Lepas maghrib, aku turun pi kat kolam.
FZ terus bawak aku pi Taman Melawati tuh.

Macam biase restoran sate Hj. Samuri nie memang penuh.
Tapi sempat gak aku cop satu meja.
Servis kat restoran nie sangat cepat.
Baru je duduk, air dah sampai...



Sate dia nie memang terkenal. Best....



Sate ayam yang marveles... Sedap gile...
Tapi sate daging dia agak liat.
Apepun, aku tetap telan...
Tak kire.. Lapo..




Kuah kacang & sambal pun best...
Nyum..nyum...
Rasa cam tak puas lak makan sate neh.




Nasi impit nie pun best.
Tak cukup 1 pinggan, aku cilok nasi impit FZ pulak.
Hehehe...



Kitorang order air teh o ais je.
Biar hilang dahaga.

Aku order :

15btg sate ayam
10btg sate daging
2pinggan nasi impit
2 teh o ais

Pastu aku tambah lagi 10btg sate ayam utk bawak balik.
Bagi Kak Aiza makan.

So, semua sekali RM 23++ je...

Ok la tu... Kenyang jugak..


Ni yang aku bawak balik untuk Kak Aiza...

Habis makan, kitorang terus balik kolam.
Lepak dengan Shawal sekali.



FZ tengah teliti buat report.
Sampaikan aku amik gambar pun dia tak sedar.
Dia nie memang.
Kalau dah buat kerja tuh, aku pun dia tak layan. T_T




Aku pun tolong gak dia buat report.
Aku nie bukan saja PA kepada bos aku, tapi PA kepada FZ jugak.

Tapi dengan FZ nie mungkin kontrak untuk selama-lamanya kot...
InsyaALLAH...
Hehehe...