Wednesday, September 29, 2010

Kisah promoter minyak wangi & Bontot ayam

Tengahari tadi aku keluar lunch dengan FZ.
Macam biasa kitorang pergi makan di D'Desaria PJ.
Memang staff kat restoran tu kenal dengan kitorang.
Siap wish hari raya bagai...
Kitorang nie macam dah rapat sangat.

Masa kitorang makan tadi, ader 2 orang promoter minyak wangi berlegar-legar dalam restoran tu.
Promoter tu plak jenis loyar buruk & lincah.
Rasa jakun plak tengok diorang.
Dua-dua tu pompuan.
FZ dah gelak-gelak tengok diorang promote barang diorang tu.

Aku bangun & pergi amik nasi campur.
Sementara tu staff kat restoran amik order dengan FZ kat meja kitorang.

Tetibe salah seorang promoter tu datang kat FZ.
Ntah apa yang diorang sembang un aku tak tahu.
By the time aku nak letak makanan aku kat meja, promoter tu tegur aku.

Promoter 1 : Is she your girlfriend?

Aku senyum je kat promoter tu.

FZ : She's my wife...
Promoter : OMG! Really? Sorry.... Oh!

Aku gelak-gelak je sebab aku pun nak melangkah ke sinki.
Nak cuci tangan.
Then aku balik semula kat meja dan duduk.
Promoter tu still berdiri kat meja kitorang.

Promoter 1 : U ke yang kat dalam phone tu?
Aku : Ha? Phone?

FZ angkat phone aku.
Oh, rupanya promoter tu nampak gambar aku kat skrin telefon aku.

Aku : A'ah. I la tuh.
Aku senyum lagi.

Promoter 1 : U nampak lain. Bila dah bukak tudung, u lagi nampak seksi.
Aku : Oh, yeke? Hikhik....

FZ senyum je tengok "bini" dia kena puji.

Then, promoter tu promote perfume dier kat aku.
Tapi aku tak berminat pon.
Aku minat Guess Gold jek.

Habis makan, aku dengan FZ borak-borak dengan staff restoran situ.
Then, aku bangun pergi ke kaunter untuk buat bayaran.

Sementara tu 2orang promoter tu duduk di meja sebelah aku.

Promoter 2 : Abang nie selalu tengok saya. Kihkih...
Pekerja restoran : Dia suka kat akak tu. Tapi dia dah ada girlfriend.
FZ : Eh, mana ada tengok! Pandai je... Hehehe...
Pekerja restoran : Ala, itu girlfriend nya.. Akak ni sporting. Saya dah lama kenal dia.
Promoter 2 : Iye ke? Hehehe...
Aku : Sporting la sangat... Hahaha...

Kitorang gelak-gelak.
Aku memang tahu FZ selalu tengok kat pompuan tu.
Sebab aku pun duk tengok pompuan tu je.
Cara pompuan tu promote barang dia memang kelakar.

Then, FZ hantar aku balik opis semula.

Dalam kereta :-

Aku : Abang berkenan kat pompuan tu eh?
FZ : Ish.. takde maknanya.
Aku : Dah tu abang asik tengok dia je...
FZ : Yalah. Dah dia tu lincah sangat promote barang dia.
Aku : Itu namanya abang nie jebeng.
FZ : Mana ada...

FZ usap perut aku.
Dia nie memang suka usap perut aku.
Macamlah perut aku nie ader baby.

Sampai opis aku yang tinggi nie, aku layan FB jap.
Pastu sms FZ yang sedang otw ke tempat kerja dia.

FZ : Sayang, hari macam nak hujan nie.
Aku : Yalah, abang. Kat dalam nie pun boleh dengar bunyi guruh kat luar.
FZ : Petang nanti abang tunggu sayang kat gerai AB eh. Kalau hujan nanti, abang jemput sayang dengan payung ya.
Aku : Yeke nak tunggu sayang ni? Ke nak tunggu orang lain?
FZ : Motipp?Abang nak tunggu bini abang nie balik kerjalah...
Aku : Hehehe...

Petang tu, lepas bos aku balik, aku pun balik jugaklah.
Duk kat opis lama-lama pun, bukannya ada kerja.
Kerja semua dah settle.

Seperti yang dijanjikan, FZ tunggu aku kat gerai AB.
Tak dinafikan aku memang happy sangat tadi.
Banyak cakap betul.

Shawal : Happy je dia hari nie eh...
Aku : Yeke? Biasa masam je eh?
FZ : Yalah, biasa masam je. Mulut muncung je.

Aku tepuk bahu FZ.

FZ : Hari nie sayang banyak cakap betul. Macam bontot ayam.
Aku : Motipp macam bontot ayam? Eh, dah lama sayang tak makan bontot ayam, abang.
FZ : Takpe. Hari Jumaat nie kan pasar malam. Nanti kita beli ya, sayang.
Aku : Ok....


Dia cakap mulut aku nie macam bontot ayam??
Motippp.....

Anda kenal ini binatang?
Inilah ayam atau chicken.
Ianya sangat enak sehinggakan bontot dia pun orang makan.
Yummy!


Inilah rupa bontot ayam bila digoreng.
Ya ALLAH, aku teringin nak makan bontot ayam.
Teringin sangat-sangat.
Mengidam ke nih? Opppsss....

SMS dari dia

Entri ini tidak bergambar ye.. Sorry...

Entri luahan hati lagi neh.
Tentu korang dah penat kan dengan entri-entri yang membosankan dari aku.
Nak buat macam mana.
Sekarang nie aku tengah marah.
Tapi takdelah sampai takleh kawal.

Benda nie berlaku 2 hari lepas.
Tak basi lagi kan?
Masa tu memang aku tengah happy dengan FZ.
Bergurau senda, gelak-gelak bagai.
Memang happy la...

Tetibe hp FZ berbunyi.
Sejak dia curang dengan aku hari tu, setiap kali hp dia berbunyi memang aku akan check sape.
Tiap-tiap hari wajib check contact log dia.
Berapa sms dan call yang keluar masuk.

Pasal sms tu, tengok-tengok no yang tak kenal.
Tapi aku cam no tu.
No hp tu adalah no hp ex- FZ yang kije nurse tu.
Dulu dia pernah gak hantar mesej rindu-rinduan kat FZ.
Rujuk entri [ ini ] jika anda lupa...

FZ tunjuklah mesej tu kat aku.
Kitorang baca sama-sama.
Ya ALLAH, dia punya ayat.,,,
Haihh... menguji kesabaran aku tul.

FZ : Dia dah meroyan tu, sayang.
Aku : Yalah tu... Sukelah tu dia contact abang balik.
FZ : Tengok-tengok. Nak marahlah tu.. Abang tak cakap pun abang suka.
Aku : Memanglah abang tak cakap. Tapi hati abang tu, cane?
FZ : Ya ALLAH, sayang..sayang....
Aku : Balaslah mesej dia tu.
FZ : Apa kejadahnya nak balas mesej dia? Takde maknanya.
Aku : Hmmm...

FZ rangkul pinggang aku.

FZ : Sayang tak payahlah marah kat abang. Bukannya abang yang hantar mesej kat dia. Dia yang hantar mesej kat abang. Salah abang ke?

Aku pandang FZ.
Betol jugak eh apa yang FZ cakap.
Bukannya FZ yang mulakan sms tu.

Ok, fine.
Aku tak merajuk dah.
Kitorang sembang-sembang lagi.
Tak lama lepas tu, hp FZ berbunyi lagi.
Macam biasa, FZ akan bagi aku baca sms tu.
Dari minah nurse tu jugak.

Kali ni ayat meroyan dia lagi power.
Lagi lah buat aku hangin.
Hilang lagi mood aku.
Haihh...

Tapi sebenarnya aku tak marahkan FZ.
Aku marahkan minah tu.
Bukannya dia tak tahu FZ dah ada GF.
Tapi saje je dia nak kacau lagi.

Lagi 1, aku takut FZ curang lagi.
Tapi kali nie aku tak sure FZ berani ke tak nak curang lagi.
Sebab dulu dia dah kena last warning.
Kalau dia buat lagi lepas nie, memang siap laaa....
No more chance!
Aku kena nekad.

Oleh sebab FZ tak reply mesej-mesej dia, dia hantar lagi 1 sms.
Kitorang baca sama-sama jugak.
Ayat dia kali nie macam dah pasrah sikit.
Tapi dalam mesej tu dia ngaku dia rindukan FZ.
Sebab itu dia hantar mesej camtu.

Ok, takpelah.
Aku dah cool down sikit.
Aku paham sebenarnya.
Pompuan memang takkan boleh lupe ex-ex dia dulu walaupun sekarang dia dah ader BF.
Tiba-tiba kalau duk sorang-sorang, mesti ingatan pada ex-ex tu datang.
Padahal ex tu dululah yang suke menyakitkan hati kita.
Betul tak?

Tadi aku check FB pompuan tu.
Single rupanya.
Patutlah dia cari FZ balik.
Agaknya dia dah putus dengan BF dia kot.

Tak kisahlah.
Yang penting FZ tu setia, sudah.

Tapi lelaki nie kan bukannya leh percaya sangat.
Lelaki...kalau boleh simpan dua, kenapa nak buang satu?
Ye tak?

Tuesday, September 28, 2010

Apa beza kapel dengan lelaki muda dengan lelaki berusia, si bujang dengan yang dah kawen?

Note : all pics are credit to Google Image


Ok, panjang kan tajuk entri aku kali nie.
Tak kisah la kan.
Yang penting, dari tajuk tu korang dah tahu topik aku kali ni.


Isu kali nie memang ader kena-mengena dengan aku.


Sepanjang 24 tahun 10 bulan aku hidup kat dunia nie, banyak benda yang aku dah lalui dalam percintaan.
Aku pernah kapel dengan orang muda (ramaiiii), orang berusia (2orang), bujang (ramaiii) dan yang dah kawin (3orang).
Masing-masing mempunyai karenah yang tersendiri.
Pening jugak kepala aku nak layan karenah masing-masing.
Dan diorang pun pening jugak nak layan karenah aku.
Hikhik...



Ok, takyah citer panjang-panjang.
Kite terus ke topik kali nie.
Straight to the point je.


*Semua nie atas pengalaman aku je.
Tak tahu la kot-kot pengalaman korang lain plak. Ok.
Sekadar untuk berkongsi pengalaman sendiri.


1- LELAKI MUDA







Yang BEST :-

> Best sebab masih ganteng. Ewahh..ewahh..


> Tenaganya masih kuat.
So, bila kuar jalan-jalan tu takdelah dia merungut lenguh lutut laa.. sakit pinggang laa...
Jalan jauh-jauh pun takpe.


> Banyak idea best-best kalau bab nak pergi bercuti.


> Lebih memahami jiwa muda kita.


> Mudah dibawa kemana-mana.
I mean kalau nak ajak pergi funfair pon, boleh join.
Nak ajak main roller coaster pun boleh.
Tak yah risau kot-kot dapat serangan jantung ke mati mengejut ke ape...



> Boleh melindungi kita.
Bila kuar dengan dia je, rasa selamat sebab dia mampu protect kita kalau jadi apa-apa.
Masih gagah perkasa la katakan...


Yang TAK BEST :-


> Kita kena selalu berjaga-jaga sebab peluang untuk dia curang adalah sangat tinggi.
Maklumlah hensem...
Badan berketak-ketak..


> Banyak idea dalam kepala dia yang memungkinkan dia mencelah cari peluang untuk berfoya-foya di belakang kita.
Pendek kata, pandai menipu.


> Kuat jeles.
Mengikut pengalaman aku, lelaki muda nie memang kuat jeles.
Aku nak keluar dengan kawan pon, susah dia nak bagi izin.
Padahal nak keluar dengan kawan pompuan.
Bukannya dengan 'belalai'.


2- LELAKI BERUSIA



Hengkau hingat horang thua macham haku ni tak laku ke, ha?


Yang BEST :-


> Kewangan yang stabil - Kata dah tua, kan.
Mestilah ader duit walaupun sikit dalam simpanan tuh.
Leh la kite korek sikit demi sikit. Hikhik...


> Romantik - Sikit-sikit la.
Tengok jugak orang berusia tu cane.
Ader yang romantik sangat-sangat.
Nak karaoke sama-sama, suke cium dahi...
Tapi ader jugak yang tak romantik langsung.


> Banyak nasihat yang boleh dikongsikan bersama.
Dia kan lebih awal makan garam dari kita.
So, dia mempunyai lebih banyak pengalaman hidup.


Yang TAK BEST :-


> Dia nak kita dengar cakap dia je.
Cakap kita nie dia taknak dengar.
Alasan dia, kita nie masih muda.
Banyak benda yang kita tak tahu. WTH!



> Kurang memahami jiwa & kehendak hati muda kita.
So, nak tak nak kita kena ikut life style dia yang dah kurang enjoy tu.


> Sakit-sakit.
Orang berusia, biasa la sakit-sakit nie.
Paling tak pun, dia ada sakit pinggang.
So, silalah kentalkan fizikal dan mental anda untuk menjaga si dia yang berusia.


> Peluang untuk menjadi janda sangatlah cerah.


3- SI BUJANG


Yang BEST :-


> Takyah takut-takut kalau nak keluar kemana-mana.
Pergi je la mana yang kita nak pergi.
Bebas.


> Barang dia, barang kita jugak. Tapi barang kita bukan barang dia. Hikhik...
Cth : kereta.
Kita leh hias kereta dia macam kereta tu kita yang punya.


Aku : Abang, nanti kita beli pokok kecik yang guna tenaga solar tu pastu kita letak kat sini eh.
*kat sini tu merujuk pada satu sudut depan cermin kereta.
FZ : Boleh je, sayang.
Aku : Kita beli kaler pink tau. Comel...
FZ : Pink? Tak mau la... Nanti orang kata apa pulak.
Aku : Tak kira...tak kira.. Nak pink jugak.
FZ : Nanti orang ingat abang nie ape je.
Aku : Takut orang kata abang lembut eh? Ha, lagi bagus. Nanti takde orang berkenan kat abang. Hakhak...


> Stylo. Up to date skit pasal fesyen-fesyen ni.
Metroseksual la katakan...


Yang TAK BEST :-


> Biasanya diorang nie lebih suke spend time dengan kawan-kawan dia berbanding kita.
Rasa sangat terpinggir. Hukhuk...



> Suka balik lewat malam.
Kata lepak dengan kawan-kawan, kan?
Selagi malam itu masih muda, selagi tulah dia tak balik rumah.


4- HUBBY ORANG



Yang nie memang aku kureng berkenan sikit.
Tapi andainya 1 hari nanti jodoh aku dengan hubby orang, nak buat cane.
Tapi kalau boleh aku nak elakkan...


Yang BEST :-


> Romantik.
Memang tak dinafikan, lelaki yang dah kawin nie memang romantik.
Dia tahu gelodak dalam jiwa kita.
Dia pandai melayan karenah kita.
Pandai memujuk, pandai bermain kata-kata sampaikan kita nie cair je selalu.


> Berpengalaman
Opsss... berpengalaman dari segi apa tu?
Hikhik...
Yelah, dia mestilah berpengalaman melayan karenah pompuan-pompuan nie.
Bukannya pengalaman lain eh.
Asik kesitu je korang nih.


Yang TAK BEST :-


> Tak bebas nak kemana-mana.
Yalah, takut kantoi dengan binilah... kantoi dengan sedara-maralah.
So, kalau dating pun pergi kat tempat yang sama je.


> Kaki kelentong
Dah namanya laki orang. Ader hati lagi nak berkapel-kapel.
Of course la dia selalu kelentong bini dia tu.
Ye tak?


> Line clear, baru boleh jumpa.
Kite kena selalu ikut masa dia.
So, kena selalu standby.
Bila dia rasa selamat untuk keluar dengan kita, barulah dia contact kita.
Keluar pun mesti sekejap-sekejap je.
Dan semestinya ader gangguan sms atau call dari wife dier tuh.
Tak best la nak dating kalau ader gangguan...
Kan?


Itu saja point yang ader.
Kalau ader point lain tu, silalah tambah ye...


______________________________________________


Eh, tetibe plak teringat.
Korang pernah terJOIN cinta 3 segi tak?


Aku pernah tau.
2 kali.
1st time masa zaman belajar dulu.
Tapi aku tak nak la kat mamat tuh.
Mamat tuh je yang nak kat aku.
Padahal time tu dia dah ader makwe.
Makwe dia plak kawan baik aku sendiri.


Second time masa kije nie.
Cume aku tak citer dalam blog.
Takut kawan aku baca.
Naya jek.
Sumpah aku tak pernah pun goda atau buat-buat gedik depan laki tuh.
Tapi laki tu siap ber "DEAR" lagik dengan aku.
Tolong ye...
Saya tak nak rampas BF kawan saya sendiri... :-D






Jangan cari penyakit dalam percintaan eh!

Sunday, September 26, 2010

Syarat pemakaian yang ditetapkan oleh FZ untuk aku

Korang nak tahu tak, sekarang nie aku dah takleh pakai baju yang sembarangan.
Terutamanya nak seksi-seksi macam dulu.
Memang jangan mimpilah.




Sejak mengkapelkan diri dengan FZ, memang dia jaga betul cara pemakaian aku.


Skirt macam nie pakai kat rumah je..
Nak pakai kat luar, jangan haraplah...


Baju camni pon, buat tido je.

Syarat pemakaian yang FZ tentukan :

1- Baju mesti longgar... Takleh ketat-ketat sangat dan mesti ader lengan. Sleeveless, tak bleh.
2- Baju mesti labuh melebihi punggung. Singkat-singkat, tak boleh.
3- Skirt labuh, takpe. Skirt singkat, no way!
4- Kalau nak keluar, lagi bagus pakai baju kurung. Manis katanya.
5- Kalau pakai tudung, lagi bagus. Tapi tak paksa.

So, nak tak nak aku kena geledah balik wardrobe aku.
Cari baju-baju yang islamik sikit.
Masalahnya aku ader sehelai dua je baju yang labuh.
Hampir semua pakaian aku singkat.

So, cane?

Kalau korang tengok cara pemakaian aku dulu dengan sekarang, memang ader beza.
Dulu takde maknanya aku nak pakai inner bagai kalau pakai baju yang sleeveless.
Sekarang, inner tu la jadi pakaian wajib aku.

Mula-mula nak tukar cara dressing, memang susah.
Tak rela rasa hati.
Tapi bila dah lama nie, rasa selesa plak.

Kalau bf malu tengok gf pakai seksi, kenapa pulak gf tak malu pada diri sendiri, kan?
Insaf kejap aku...
Uhuk..uhuk...

FZ : Sayang jangan nak samakan abang macam lelaki-lelaki yang sayang kenal sebelum ni. Abang tak suka tengok orang yang abang sayang pakai seksi-seksi. Sayang bukan untuk dipertontonkan. Paham?

Keras jek bunyi ayat FZ kan?

Yelah-yelah...
Pasni sayang tukar style eh..
Jadik Islamik sikit...


*credit pic to google image
Agak-agak FZ akan buat sujud syukur tak kalau aku pakai macam nie?
Comey jugak kan...


Tak pun aku pakai macam kat bawah nie :-


*credit pic to google image
Yang nie memang betul-betul tutup aurat la...
Nampak mata je..
Amacam, ok tak?

Friday, September 24, 2010

Usik mengusik...

Semalam FZ kena kije shif malam.
Macam biase, aku la yang kena temankan dia.
Lagipun FZ kan demam.
Makin teruk pulak aku tengok demam dia nih.

Lepas maghrib, aku terus pergi ke opis dia.
Masa tu M, budak baru opis dia tu ader lagi.
FZ lapar. So, bagi dia makan dulu.

Pukul 7.30, M balik.
Tinggallah aku dengan FZ berdua jaga kat situ.
Kat kolam tu masih ada yang orang yang tengah mandi.
So, terpaksalah tengok-tengokkan dulu.

Pukul 8.30 malam, barulah orang tu balik.
So, aku temankan FZ masuk dalam opis.
Dia tu nak baring.
Demamlah katakan.

FZ nie sebenarnya demam urat.
Dia duk mengeluh je manjang tubuh rasa letih; lenguh.
Selsema dia pon tak baik lagi.
Dia asik bernafas kut mulut je.

Kitorang sembang-sembang.
Last-last FZ tertido.
Aku betul-betul kesian kat dia.
Aku suruh dia amik mc, dia tak nak.
Nak jugak datang kije.
Ishh...

Aku duk melangut sorang-sorang sambil picit kaki dia.
Sekali........
Aku dengar ader bunyi kuat gila dari luar opis dia.
Bunyi tu dekat je dengan tingkap opis dia.
Terkejut la aku.
Seram beb!

FZ memang dah lena.
Langsung tak sedar.
Berdebar gak aku.

Sebenarnya opis FZ nie 'keras' sikit.
Eh, bukan sikit. Banyakkk...
Dulu Farhan yang biasa kije malam.
Dia pun dah biasa kena kacau.
Tapi Farhan nie berani sikit.
Dia lawan balik.
Sekarang nie Farhan dah berhenti.
So, FZ la plak yang ganti.

Ok, balik pada cerita tadi.
Bunyi tu sekejap je.
Macam ader benda jatuh. Tapi memang kuat gila bunyiknya.
Tak lama lepas tu, senyap.

Aku baring sebelah FZ.
Tak sempat nak lelapkan mata, aku dengar plak ader orang berjalan & usik-usik barang dalam opis tu.
Siot tul.
Tapi serius masa tu aku dah tak takut dah.
Lantak dia la kan...

Mesti 'dia' nak lepas gian usik orang sebab bulan pose hari tu 'dia' kan kena kurung.
La nie sibuk la nak takut-takutkan orang.
Haihhh...
Aku baca ayat Kursi untuk diri sendiri & FZ.

Ntah macam mana, aku tertido pastu.
Lena plak tu.
Sekali FZ terjaga.
Terperanjat aku.
Rupa-rupanya kucing FZ yang nama Ayu mengiau kat dalam opis tu.
Lain macam je bunyi Ayu.
Bunyi macam seram je.

FZ kuar dari opis sebab nak halau Ayu.
Tinggal aku sorang-sorang kat dalam opis tuh.
Tobat mase nie aku dah seram sejuk.
Aku langsung tak pandang kat belakang aku.
Nak jerit nama FZ pon, suara dah tak keluar.



Aku duk fikir, "minah" nie ader kat belakang aku time tu.
Seram siot...

Lama plak tu FZ duk kat luar.
Jantung aku nie dah macam nak gugur dah.

FZ masuk je, terus aku takleh tido.
Tapi still baring lagi.
Aku ajak FZ sembang.
Takut dowh...

Aku : Apa tadi tu, abang?
FZ : Ayu... Lain macam je dia tadi.
Aku : Kenapa? Terkejut sayang tadi tau.
FZ : Ntah. Macam kena kejar dengan something. Biasenya kalau dia tengok abang, dia lari. Tadi dia macam takut-takut nak keluar.
Aku : Ader kucing lain nak rogol dia kot.
FZ : Motippp?
Aku : Hehehehe...

Aku sengaja buat lawak macam tu sebab nak hilangkan takut.
Masa tu baru pukul 11 lebih.

Kitorang bangun dan cuci muka.
Then siap-siap nak balik.

Aku : Abang dengar tak tadi ader bunyi benda jatuh kat luar?
FZ : Eh, yeke sayang?
Aku : Iya... Kuat gila ah bunyinya.
FZ : Yeke, sayang? Abang memang tak dengar langsung.
Aku : Pastu sayang dengar ader orang plak berjalan kat luar tuh.
FZ : Abang memang tak dengar langsung, sayang.
Aku : Yalah, abang tido lena je.
FZ : Sayang, jom balik.

Kalau korang nak tahu..... ermm... ni rahsia tau.....
Syyhhhh... Jangan bagitahu FZ eh.
FZ nie sebenarnya penakut sikit.
Hehehe...

Tapi walaupun dia penakut, bila dia berdepan dengan "benda" itu, dia cool je.
Sama la macam aku.
Aku nie kalau ader orang kat sebelah, aku berani sikit.
Kalau sorang-sorang, aku takut la.

Alah, standard la pompuan takut kann...

Terus semalam, cepat-cepat kitorang balik.
Takuttt...

Thursday, September 23, 2010

Suka sakitkan hati dia... Kihkihkih...

Korang penah tak saje-saje rasa nak sakitkan hati bf atau hubby korang?
Rasa macam saje je nak cari pasal?
Saja nak buat-buat merajuk.
Padahal bf atau hubby korang tak tahu pon ape salah dia.
Penah tak?

Aku selaaaaaalu buat macam tu kat FZ.
Huahahaha...
Saje je nak cari modal untuk gaduh.
Bosan la asik hepi je.
Flat je rase hubungan nie.
Takde kaler langsung.
Kadang-kadang nak jugak rasa kena pujuk.
Hikhikhik...

Bengong kan aku nih.
Orang lain suka je kalau hepi.
Tapi aku lak suke cari pasal.

Sebenarnya best tau kalau gaduh nie.
Tapi gaduh manja la.
Kalau gaduh tak manja tuh memang la tak best.
Boleh la gedik-gedik muncung mulut bila merajuk.
Pastu dia datang pujuk, peluk-peluk, usap-usap rambut,, kiss pipi.... Oppss...
Kan best macam tu.
Rase disayangi je. Hehehe...

Semalam FZ lepak kat gerai AB sementara tunggu aku balik opis.
Aku sebenarnya tak berapa gemor FZ lepak kat situ sebab kat situ kan ramai pompuan lalu lalang.
Silap haribulan FZ berkenan kat mana-mana pompuan kat situ, naya je aku.
*Tapi takpe. Kumbang bukan seekor, rite?

Bila aku sampai je kat gerai AB, terus aku soal FZ macam-macam.

Aku : Duk kat sini mesti menggatal, kan?
FZ : Eh, ader.....
Aku : Tengok-tengok!
FZ : Hahahaha.. takde la, sayang.
Aku : Tipu. Tak caya.
FZ : Mana ader. Abang tak gatal pon. Duk je kat sini. AB ader, M pon ader. Takkan la abang nak menggatal.

Aku cubit lengan dia kuat-kuat.

FZ : Sayang nak masak apa hari nie?
Aku : Takmo masak.

Aku buat mulut muncung.

FZ : Sayang............... . . . .. .
Aku : Takmo masak!
FZ : Sayang, abang tanya nie.
Aku : Takmo jawab.

Pastu diam.

Aku : Ader tak mesej dengan pompuan lain?
FZ : Takde, sayang.
Aku : Ada tipu sayang tak? Ada tak jujur dengan sayang tak?
FZ : Semuanya tak ada, sayang. Abang nie jujur dengan sayang.

Hahahaha...
Teruk tak perangai aku?

Sebenarnya FZ request kat aku suh aku masak untuk dia semalam.
Aku saje je cakap taknak masak.
Tapi sebenarnya aku nie kan gf mithali.
Mestilah cube tunaikan permintaan bf.
Lagipon bukannya susah sangat nak masak.
Setakat masak nasi, sardin dan telur dadar tu, kacaaang jek.

Time aku sampai kat rumah, aku tak inform kat FZ pon.
Biar dia risaukan aku.
Padan muke!

Sebenarnya setiap kali aku nak gi mana-mana, aku mesti inform kat dia.
MESTI okeh!
Sampai opis, kena inform.
Sampai rumah, kena inform.
Nak gi toilet je tak kena inform.
Kalau nak gi toilet pon kena inform, aku tak tau la nak cakap camne.

Ikutkan memang silap aku la kan cari pasal dengan dia.
Tup-tup dia plak yang pujuk aku.

FZ : Nuradiana, awak meh sini.

Aku diam je.
Padahal dalam hati, sukeeee....

Dia tarik pelan-pelan tangan aku then dia pujuk aku.
Hikhik...

Tapiii....
Aku rasa bersalah plak buat dia macam tu.
Sebabnya semalam dia tak sihat sangat.
Selsema.
Kesian dia.

Lepas makan je, aku dengan dia lepak-lepak.

Hari nie demam dia makin teruk.
Aku dah cakap malam nie takyah jumpa aku.
Tapi dia tetap nak jumpa aku gak.
Hadoi...
FZ..FZ....

Kalau tak jumpa aku sehari, memang tak boleh.
Sakit-sakit pon nak kuar dari rumah jugak.
Ishhh... Tak reti nak rehat langsung.
Bila turn aku sakit, tahu plak dia suruh aku berkurung dalam rumah.
-Will love u till the end of time-

Wednesday, September 22, 2010

Tudung

Ni kisah raya lagi.
Tak habis-habis selagi bulan Syawal tak melabuhkan tirai. *ayat takleh blah...

Entri aku agak berterabur sikit.
Mula-mula citer pasal raya pertama.
Pastu raya ketiga...
Pastu balik semula kat raya kedua.
Tak tersusun langsung.


Tapi tak kisahlah kann.
Yang penting aku update.
Tak gitu kawan-kawan?


Kejadian nie berlaku pada hari raya kedua.
Ntah macam mana tetibe terdetik kat dalam hati aku nak pakai tudung.
Padahal aku lebih prefer free hair sebelum nie.

Nak dijadikan cerita, pagi hari raya kedua tuh aku gosok baju aku.
Selesai je iron, aku masuk dalam bilik dan sambar tudung Farida yang Kak Long kasi kat aku.
Iron tudung tu plak.
Aku nie berbelah bagi nak pakai ke tak tudung tu.
Tapi hati aku kata lebih kepada nak pakai.


So, selesai make up semua, aku try la sarung tudung tu.
Bersemangat nie nak pakai tudung.
Kak Long plak bagi pinjam kerongsang dia yang cantik tu.
Aku lagi la bersemangat.


Sekalii........
Aku tetibe patah semangat.
Punyalah susah aku nak pakai tudung tu sampai ia terbentuk elok.
Tapi still tak jadi-jadi.
Aku dah naik geram dah.
Belit punya belit, tudung still tak elok.

Mummy pon suke sangat tengok aku pakai tudung.
Dia beriya-iya tolong aku pakai.


Last-last aku tanggalkan tudung tu.
Dah pasrah dah.


Mummy : Pakailah tudung tu. Nampak manis sikit.
Aku : Malaslah. Susah nak pakai tudung nie.
Mummy : Ishh... susah apanya. Belit je.
Aku : Ishhhh....!


So, aku sarung balik tudung tu atas kepala.
Tak cukup mummy sorang yang tolong aku pakai tudung, Shahril pon join sekali tolong.
Hahahaa... Siot je kan.


Akhirnya menjadi jugak tudung aku.
Tapi pakai tak ikhlas.
Huhuhu... Berdosa dah aku di pagi raya.


Nak tengok muka aku pakai tudung?
Selama nie aku duk pakai tudung bawal je kan...
Now, tukar style.
Pakai tudung Farida plak.







Amacam, ok tak?

Aku mms pic kat atas tu kat FZ.

FZ : Ish..ish..ish... Makin kembang rupanya bini abang nie.
Aku : Motipp kembang? Mana ada.
FZ : Iya, sayang. Pipi sayang makin kembang. Cube tengok betul-betul dalam gambar tuh.
Aku : Mana ader. Tu efek gambar je la. Huhuhu... Saya kurus tau.
FZ : Yalah tu. Kurus la sangat.
Aku : Uwekkk...


- Ya, aku ngaku aku memang nampak chubby. Tapi still cute kan? Hahahaa... Pasan!-

Tuesday, September 21, 2010

Happy belated birthday to my mum & dad

Cerita dah seminggu lebih sebenarnya.
Tapi duk dalam draft je sebab aku duk ralit nak cerita benda lain.

Kejadian nie berlaku hari Rabu sebelum raya.
Kita raya hari Jumaat kan....

Alkisahnya, aku balik kampung hari Selasa.
Hari tu sebenarnya hari jadi mummy aku.
Malam tu, aku bersiap-siap nak pergi ke kedai kek.
Tapi daddy aku plak pakai kereta.
So, cancel pergi kedai kek malam tu.
Punyalah aku merajuk kat daddy.

Tengah malam daddy balik, dia try pujuk aku.

Daddy : Kak Ngah lapar tak? Nak mee goreng tak?
Aku : Tak mau.
Daddy : Ke nak burger?
Aku : Tak mau...tak mau... tak mau.

Tetibe .... . . .

Shazrin : Adik nak...

Aku dah muncung mulut dah.
Rosak plan aku sebab daddy.
Dia nak pujuk aku la tuh.
Nehi...!

Tapi, malam hari Rabu aku pergi balik ke kedai kek tuh.
Secret Recipe laa...
Bajet-bajet nak beli chocolate indulgence...
Sekali habis pulak daaa...

Last-last beli chocolate fudge.
Best jugak rasanya.
Tapi takde la sebest chocolate indulgence tu.

Aku buat surprise sebenarnya.
Mummy & daddy tak tahu pon aku aku beli kek nie.
Aku cume cakap ader program kat luar je mase aku nak keluar tuh.

Aku suruh Shahril & Shazrin cover line.
Dari luar aku dah bukak kotak kek.
Then, masuk dalam rumah pelan-pelan sambil nyanyi happy birthday.
Aku nyanyi untuk mummy dan daddy sekali.

Birthday daddy 1 Julai yang lepas.
Birthday mummy plak 7 Sept.
So, buat sekali harung.
Jimat sikit...


Inilah kek nye...
Comey kann.


Pasangan merpati dua sejoli potong kek atas paksaan anak-anak.
Hehehehe...



Mummy aku masam je.
Sebab kitorang kacau dia tengah tengok drama Melayu.
Hehehe...



Yang ni pun kena paksa.
Kalau anak-anak tak suruh, takdenye diorang berdua nie nak suap-suap.
Mummy aku tersipu-sipu malu.
Maklumlah anak-anak semua dah besar dan gila-gila.

Giliran daddy plak suapkan mummy.
Daddy pun tersipu-sipu malu.
Hakhak...
Kesian...
Makpak kena dera dengan anak-anak.
Hehehe...
Tapi dalam ramai-ramai, bukan mummy dan daddy aku yang excited.
Ader seorang budak yang paling excited.
Macam la kek tu kek dia...
Hahaha...
Nak tahu sape budak tu?
>>
>>>
>>>>
>>>>>>
>>>>>>>>


Inilah dia si budak kecik pink...
Si Baby Fifi.
Dia la yang paling excited.
Tengok dia senyum pon dah tau dah..
Hahaha... Kelakar pulak aku tengok Baby Fifi dalam gambar nie.
Muke lawak gile.

I-city - here i come

Tengahari semalam FZ sms aku.

FZ : Ayang, InsyaALLAH malam nie kita pergi I-city tau.
Aku : Eh, betul ke ni?
FZ : Iye... Kalau takde apa-apa, kita pergilah sana. Sayang dah lama teringin nak pergi sana, kan?
Aku : Memang pon.. Hehehe...
FZ : Sukalah tu.
Aku : Yea!

Semalam pukul 8 malam kitorang bertolak ke I-city.
FZ pon sebenarnya dah lama nak pergi sini.
Ni adalah pes time kitorang jejak kaki kat I-City.
Tak susah pon nak pergi ke sini.
Kitorang ikut signboard je.

Rupa-rupanya I-city nie duk dekat je dengan rumah Z.
Siot jek...

Aku : Abang, kat sini ke?
FZ : Yalah kot. Tengok penuh lampu je...
Aku : Laa... dekat je la dengan rumah kawan sayang. Hampess tul.

Masa nak pergi parking kereta, kitorang kena bayar RM5 dan dapat satu kupon untuk redeem.
Masa tu kitorang tak paham apa-apa lagi.
Takpelah.
Yang penting, masuk dan cari parking dulu.

Tak susah nak cari parking sebab time tu tak ramai sangat orang.
Mungkin awal lagi kot.
So, kitorang berjalan-jalan sekitar I-city tu.
Besar rupanya kawasan tu.
Ingatkan kecik je.
Lenguh gak berjalan sampai cramp kaki aku.



FZ : Ayang, kita takde gambar berdua pon.
Aku : Yalah, jom la snap.
FZ : Jom...

Beriya-iya pulak FZ nie.
Hehehe...




Cantik kawasannya.
Penuh lampu warna-warni.
FZ suke kaler biru.
Habis pokok kaler biru dia snap.
BN la katakan. Hehehe...

Seee....
Feeling macam kat oversea lak.
Padahal yang ado..


Lampu berbentuk haiwan.
Comey...
Gram je aku tengok.
Nak pegi dekat tak boleh.
Rupa-rupanya kupon RM5 tu leh redeem kat salah 1 antara 3 tempat.
Cold place, safari atau restoran.
Aku dan FZ decide nak masuk kat Cold Place.
Sejuk sikit...

Fz amik gambar dengan snowman yang tak berapa nak snow.
Hehehe..


Eh, gemuk kan aku?
Huhuhu...

Kat dalam cold place nie cantik.
Gambar pun jadi terang sikit..


Nak posing lebih-lebih pon tak boleh sebab orang ramai sangat.
Malu aii tau..
Potong stim ai nak berposing sakan.


Malu punya pasal, gini je la posingnye...


Siap ader tanglung lagi tuu...



Dah takde modal sangat la nie...
Snap je la kat mana-mana pon..
Asalkan ader gambar. Gituuu...


Sawadikaapppp.... Tetibe.
Hehehe...
Pepun, seronok pergi kat sini.
Kepada yang tak pernah pergi lagi, pergilah.
Best.
Cantik.
Leh cuci mata tengok lampu warna-warni.

Aku dan FZ cadang lain kali nak datang lagi.
Sebab tak puas pergi sini.
RM5 je, tak mahal pon.
Aku nyesal sebab pakai baju biase-biase je.
Tobat ah.
Lain kali datang sini nak pakai baju cantik-cantik sikit.
Baru feel nak snap-snap.
Aku : Abang, sayang nyesal pakai baju macam nie je.
FZ : Sape suruh pakai macam nie? Orang pakailah yang cantik-cantik sikit. Dah tahu nak amik gambar.
Aku : Huh! Mencilah.
FZ gelak-gelak je.
FZ : Lega hati abang.
Aku : Kenapa pulak?
FZ : Lepas janji abang nak bawak sayang datang sini. Kalau tak, asik duk pikir je bila nak bawak sayang.
Aku : Yeke selalu fikir? Tipu eh?
FZ : Iya, sayang. Sekarang nie dah takyah pikir apa-apa lagi dah.
Aku : Hmm... yalah tu.

Hari raya 2010 - Part 2

Ok, sambung citer pasal raya.



Sebenarnya raya tahun nie takde la meriah sangat pon.
Hari raya pertama je yang best.
Hari raya kedua, ketiga tu dah tak feel sangat dah.


Masa raya pertama tu, lepas balik dari rumah nenek aku, kitorang pergi ke rumah mak sedara aku.
Dia nie tauke karpet.
Ada 2 cawangan kat Terengganu.
Nama kedai dia MAIMAI CARPET.
Kerabat DiRaja Terengganu selalu beli karpet dengan aunty aku nih.


Lokasi : Kampung Pasir Panjang, K. Terengganu.


Hari raya pertama nie adik-beradik aku semua jadi camwhore.
Merata-rata amik gambar.
Pergi sana amik gambar.
Pergi sini amik gambar.

Ok, layan gambar je la ek.
Aku malas laaa nak citer panjang-panjang.
Buleh gitu? Hehehe...




Ok, ini kat salah 1 sudut ruang tamu tingkat 2.
Orang lain tengah syok sembang, aku lak syok amik gambar.
Mestilah kena amik gambar banyak-banyak dok?
Kata nak letak dalam blog.
Hehehehe...

Jurukamera tetap aku tak lain tak bukan mestilah Shahril.
Dia nie je yang rajin melayan karenah aku.
Lagipun dia nie camwhore jugak.
Aku amik gambar dia, dia pun amik gambar aku gak.
Give and take gituuu...



Ok, abaikan lemak tepu kat perut aku tuh.
Lemak tuh memang dah lama bermaharajalela kat situ.
Aku nie dah tak tau nak buat macam mana lagi dah.
Orang suh buat sit up, aku buat.
Tapi lemak tu still kat situ jugak.
Huhuhu...




Ni plak kat meja makan.
Owh, aunty aku nie memang buat tema gold dalam rumah dia.
Mewah, kan?


Kreatif tak amik gambar macam nie?
Kreatif kan? Hehehehe...
Ni idea Iwan sebenarnya.
Aku cedok idea dia.
Buleh? Hehehe...


Aku dengan jurukamera tetap aku, Shahril.
Orang lain sibuk bersembang kat belakang.
Aku dan Shahril plak sibuk amik gambar kat sini.


Aku dengan Shahril nie memang rapat sikit.
Sebab tu kalau nak kemana-mana, aku lebih senang bawak dia.



Ni plak kat balkoni luar tingkat 2.
Amik angin sat.
Asik amik gambar dalam rumah je.

Rumah aunty aku nie 3tingkat.
Tingkat 3 ader bilik tido je.
Malas plak nak amik gambar kat atas.
Amik kat tingkat 2 je pun dah cukup.

Ok la...
Malas dah nak menaip.
Tunggu next entri aku plak.
Ok... Babai.

-Sekian-

Monday, September 20, 2010

Selera makan

Hadoi...
Fenin..fenin...
Tak tahu kenapa jadi macam nie.

Sebelum raya hari tu, nafsu makan nie membuak-buak.
Nak makan tu... nak makan nie...
Pendek kata, semua nak laa..
Semua nak balun.
Panjang tak payah kata apa-apa. Duk diam je.

La nie aku memang tak lalu nak makan.
Nak kata sakit, tak pun.
Terlebih sihat nie aku rasa.
Tapi bila tengok makanan je, nak muntah.
Ader tu takleh telan langsung.

Macam sehari sebelum aku balik KL.
Mummy aku buat nasi bukhari.
Punyalah sedap mummy aku buat.
Semua orang puji.
Tapi bila turn aku makan je, rasa macam biase je.
Takde istimewa apa-apa pun.

Sama gak masa raya ke5.
Mummy aku buat nasi ayam.
Feveret aku tuuu...
Nasi ayam mummy nie semua sedara mara aku suka.
Semua kata sedap.
Kalah la My Mum Chicken Rice Linda Onn tuuu...
Maunye bangkrup kedai Linda Onn tu kalau mummy aku berniaga nasi ayam jugak.

Tapi hari tu bila aku makan je, datang loya tekak.
Tengok ayam je, lembik semacam.
Tapi aku telan jugak sebab taknak membazir.

Hadoi...
Kenapalah jadi macam nie?
"Berisi ke?"

Owh tidak!
'Kegiatan itu' sudah lama aku tinggalkan.
So, mustahil!
Nehi..nehi.. kabhi nehi...
FZ bukan macam lelaki lain yang suka amik kesempatan.

Semalam aku makan time breakfast dengan FZ je.
Lunch tak makan langsung.
Sampailah kat rumah Eyna...
Barulah aku cakap aku tak makan apa-apa lagi.

Eyna : Aku lupa mu nak mari sini hari nie. Kalau tak aku masak apa-apa...
Aku : Eh, takpelah. Takyah susah-susah.
Eyna : Mu makan ke tak lagi?
Aku : Belum. Aku tak makan apa-apa lagi...

FZ terus jenggilkan mata dia kat aku.
Dia sebenarnya tak tahu yang aku tak makan apa-apa sejak pagi.

FZ : Kenapa tak cakap ayang tak makan lagi?
Aku : Takpelah. Takde selera laa...
FZ : Tak kira. Pasni kita gi makan. Makan kenyang-kenyang.
Aku : Tak mau. Sayang tak lapar la..
FZ : Betul?
Aku : Iya...

Malam, FZ ajak gi Bangsar.
Cadang nak makan banyak-banyak kat Yusof Tomyam.
Sekali kedai tu tutup plak.
Pastu FZ ajak pergi ke Mahbub Restoran.
Aku order nasi goreng dengan telur dadar; one of my fav food.
Tapi....
Tak habis jugak.
Tak sampai separuh aku makan, terus perut aku tak leh terima dah nasi goreng tu.
Tapi sebab tak nak membazir punya pasal, aku telan jugak.
Tapi still tak habis.

Hari nie pon sama.
Breakfast tadi aku pergi beli karipap sardin.
Punyalah lama tak makan karipap feveret aku nie.
Aku beli 5bijik = RM2.
Sekali.... aku makan sebijik je..
Lagi 4 bijik, aku kasi kat assistant manager kat opis aku nie.

OhmyGOD!
Wat hepen to me?
Huhuhu...

Kalau pompuan lain, mesti happy sebab takde selera makan.
So, bolehlah kurus.
Tapi aku?

TAK SUKE, OKEH!

Aku suka makan.
Aku nak makan.
Tapi selera plak takde.
Huhu...

Pagi tadi FZ sms aku.

FZ : Sayang dah breakfast?
AKu : Belum. Lapar.
FZ : Pergilah breakfast... Nanti sakit kan susah.
Aku : Tak tahulah nak makan apa.. Lapar tapi takde selera.
FZ : Pergilah makan sayang. Abang nak Diana dulu yang tembam.
Aku : Motipp macam tu?

Wat shud i do?
Memang aku lapar tapi selera makan tu takde langsung.
Takkan nak sumbat je makanan dalam perut nie?
Nanti muntah plak.

Aku : Petang nie ada pasar malam.
FZ : Sayang pergilah beli nasi lemak yang sayang suka tuh.
Aku : Yalah. Tapi ntahlah. Malas plak nak makan.
FZ : Tak kira. Nanti sayang pergi beli nasi lemak tu. Makan!
Aku : Tengoklah macam mana nanti.
FZ : Abang taknak makan kat rumah. Nanti kalau abang nak makan, sayang pun kena makan sekali tau. Tak kira.
Aku : Motipp macam tu? Mana boleh. Nanti membazir.
FZ : Tak kira. Abang nak sayang gemuk macam dulu.

Adoyaii...
Macam mana nie?
Selera makan!!! Di manakah kamu?

Tadi aku search google gambar-gambar makanan...
Kot la leh kembalikan nafsu makan aku nie.
Last-last, same jek..
Macam tu jugak.
Takde perasaan langsung aku tengok gambar-gambar makanan tuh.















Sorilah ye kalau aku buat korang terliur.
Aku sengaja.
Huahahaha...
Biar korang semua jadi berisi pasni.
Aku sorang je kurus...
*padahal aku nie jeles sebab korang leh makan macam biase. Huhuhu...
Help me!

Raya kat KL plak

Semalam aku selamat sampai kat Hentian Putra.
Masa tu dah pukul 5.30pagi.
Kesian FZ... Tak tido tunggu aku balik.
Sepanjang masa sms aku.
Aku pun takleh nak lelap sebab layan sms dia.

Sampai je kat tol Gombak, terus aku sms FZ.
Dia pun terus bertolak ke Hentian putra.
Sampai sana, dia terus call aku.
Punyalah ramai umat manusia kat situ.
Tapi nasib baik dia jumpa aku.

Then, kitorang pergi ke Pelita Restaurant kat Bangsar.
Breakfast kat situ.
Aku nie memang tak lalu nak makan 2-3 hari nie.
Tak tahu kenapa.
Rasa macam tak sedap mulut.

FZ : Ayang rindu abang la tuh. Sebab tu takde selera makan.
Aku : Hehehe... tau takpe.
FZ : Takpe.. sekarang nie abang dah ada depan mata sayang. Nanti selera makan sayang datanglah balik.
Aku : Tak mau... tak mau. Bagus jugak macam nie. Leh la sayang kurus nanti.
FZ : Eh! Mana boleh macam tu. Abang nak sayang gemuk balik. Baru sedap peluk.
Aku : Motippp...?

Kitorang balik rumah pukul 7.30pagi.
Balik rumah je, terus aku terjongkang tido.
Qada balik tak sempat tido dalam bas tadi.
FZ pon balik tido...
Sampailah pukul 11.30pagi.

Bangun, sembang dengan Kak Aiza jap.
Pastu barulah mandi.
Aku sempat cuci bilik air sebab nampak kotor sangat.
Plus dalam baldi yang aku rendam towel pon dah ada jentik-jentik.
So, cepat-cepat buang air dalam baldi tu.
Kang banyak pulak nyamuk dalam rumah aku tuh.

Aku bersiap-siap nak keluar.
FZ plak dah otw.
Kitorang nak pergi beraya kat rumah kawan baik aku, Eyna.

Aku : Abang, agak-agak sayang pakai baju apa? Baju kurung ke seluar?
FZ : Sayang pakai baju yang abang pilihkan ari tu. Boleh?
Aku : Ok jugak... Islamik sikit... Hehehe...
FZ : Elok jugak pakai macam tu. Petang nie kita nak pergi main wau ke?
Aku : Kan abang duk cakap rindu nak main wau. So, kita pergi la.
FZ : Yea... hehehe...
Aku : Sebab tu sayang tanya abang, baju apa nak pakai. Sebab kalau pakai baju kurung, tak sesuai pergi taman tu.
FZ : Yalah, sayang.

Eyna duk kat kuarters bomba Sri Hartamas.
Cari punya cari rumah dia, akhirnya jumpa jugak.
Dah besar dah pon baby dia.
Baby girl. Dah pandai berjalan pon.
Baby dia kuat ketawa.
Agah sikit je, ketawa.
Seronok pulak main dengan baby kecik.

Hubby Eyna nama Faizal.
Aku dah kenal lama dengan diorang nie.

Faizal : Bila plan nak kawin?
FZ : Tahun depan kot.
Aku : Erk?? Alamak!
Eyna : Ala, apa salahnya. Kawan-kawan semua dah kawin. Tinggal mu sorang je.
Aku : Hehehe... Tengoklah macam mana...

FZ nie pon confident je cakap tahun depan..
Ntah jadi, ntah tak..
Haihh..

Jam 3.30petang, kitorang bertolak ke Taman Layang-layang.
Rindu nak jumpa geng-geng wau.
Masing-masing bercuti lama sempena raya.

Sementara tunggu diorang datang, aku dan FZ naikkan wau dulu.
Dah lama tak main wau nie.
Rindu pulak.

Sejam menunggu, uncle Cina sampai.
Dia ada banyak koleksi wau.
Main wau dengan dia dulu.
Then dia call Ayin.
Suruh Ayin datang.

Jam 5.30petang, barulah semua orang sampai.
FZ plak dah surrender.
Dah penat main wau.
Aku plak awal-awal lagi dah flat.
Dah lama tak kena panas cahaya matahari.
Plus tubuh aku pun still lemah lagi sebab makan nasi dagang 3 hari berturut-turut time raya hari tuh.

Kak Mas (wife Ayin), ajak aku dan FZ beraya kat rumah Cik Nor.
Tapi FZ tak nak sebab dah nak maghrib.
Semalam sempat lagi la berkenalan dengan geng wau yang baru.

Wahhh... makin lama makin ramai pulak geng.
Seronok jugak macam tu.
Tambah kenalan.

Maghrib, terus pergi ke Bangsar.
Makan malam kat situ.
Then, balik ke opis FZ...

Jam 12 malam, barulah balik rumah.
Penat pulak..
Semalam aku tido kat ruang tamu. sebab kipas dalam bilik aku rosak..

Saturday, September 18, 2010

Saya rindu awak


Saya rindukan dia sangat-sangat.
Tak terkata.
Sudah 12 hari saya tidak bertemu muka dengannya.

Lagi 3 jam saya akan menaiki bas balik ke KL.
Dia sudah berjanji untuk menjemput saya di Hentian Putra pagi nanti.
Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan dia.
12hari ini saya hanya mendengar suara dia menerusi telefon saja.
Itu tidak cukup bagi saya.
Saya mahu lebih.... Opppss...

FZ, saya cinta awak.
Rindu awak.
Sayang awak.
Tunggu kepulangan saya, ya.
Muah!

Checklist

Sebelum naik bas, kenalah buat checklist dulu....

1- Baju raya - CHECK!
2- Make up - CHECK!
3- Bra & panties - CHECK!
4- Shawl, stokin, jaket untuk pakai dalam bas - CHECK!
5- Aksesori laptop - CHECK!
6- Gambar yang dah dicuci - CHECK!
7- Buah tangan untuk bos - Kak Long dah bawak balik KL.
8- Kasut - Petang nanti baru packing.
9 - Berus gigi, pad - tinggalkan kat kampung je...
10 - Kunci rumah - dah letak dalam poket beg lappy.
11 - Handbag, beg duit, duit - CHECK!

Ok, semua dah check.
Hope takde barang yang tertinggal.

Eh!

BROADBAND CELCOM aku!

Ha, yang nie Abang Yu aku pinjam.
Dia balik nanti, aku kena mintak.
Kang tertinggal plak.
Meroyan aku nanti takleh online kat KL sane.

Balik KL....

Malam nie aku akan bertolak balik ke KL.
Kalau hari tu aku balik kampung dengan Kak Long, kali nie balik KL dengan bas pulak.
Kak Long semalam dah balik.
Nak elak jem katanya.
Aku malas nak join dia balik.
Nak duk 1 hari lagi kat kampung.

Lagipun kalau balik KL awal-awal nak buat apa.
FZ bukannya ader.
Dia pun otw balik KL dari Johor pagi tadi.
Tentu sekarang nie dia dah nak sampai KL.

Esok, aku dengan FZ dah plan nak kuar beraya kat rumah kawan aku kat sana.
Eyna, tunggu kehadiran aku eh. Hehehehe...

Barang-barang semua aku dah packing masuk dalam beg kecuali kasut dan baju Kak Long.
Tiket bas pon aku tak ambil lagi dari dalam laci almari.
Hadoii... malas pulak nak balik KL.
Naik bas plak tu.
Sure aku mabuk nanti.

Doakan keselamatan aku ye...
*Kepada sesape yang naik bas Sani Ekspres dari stesen bas KT ke Hentian Putra KL, jumpalah aku disana ye malam nanti... Chow!

Mood raya

Holla....
What's up.. what's up bebeh...
I'm back to update my blog.

Uihh... Dah lama benor aku tak update blog nie.
Dah bersawang dah pon.
Bukan takdop mase tapi aku nie kan pemalas.
Malas nak menaip.

Hari raya hari tu, aku dapat khabar ader sepupu aku nie nak gi Mesir.
Sambung belajar kat sana.
Dia nak amik medic.
Uihhh... akhirnya ader jugak sedara terdekat aku nie jadi doktor.
Senang la jap lagi kalau ader yang sakit.
Bleh mintak tolong dengan dier je.

Mak ayah dia buat rumah terbuka malam hari raya kedua.
Leh la berkumpul ramai-ramai nanti.
Syoknya...

Malam tu memang tak kering gusi.
Gelak je manjang.
Tak tahan sakit perut sebab gelak, aku masuk kat dalam rumah.
Lepak plak dengan sepupu-sepapat laki aku nih.

Dang lagi amik gambar.
Dari kiri : aku, Iwan, Shafiq (sepupu aku), Syamil (dia nie la yang nak gi Mesir nie) dan Shahril.

Time nie FZ call aku.
FZ nie bukannye boleh kalau aku abaikan dia sikit.
Terus dia buat perangai macam orang yang tak cukup kasih sayang.
Pening plak aku nak kena pujuk dia.
Nasib baik la dia tu cepat sejuk.

Dari kiri : Shazrin, Iwan, Shafiq, Shahril.
Duduk bawah dari kiri : Aku, Lieya, Faiz.

Sepupu sepapat aku nie gile-gile skit.
Ader je idea nak buat lawak.
Sebab tu ketawa je manjang.


Tambah plak 3orang dalam gambar nie.
Yang tudung pink kat belakang tu, Rina.
Tudung biru, Huda.
Yang kat depan nie, kakak ipar aku, Kak Ejam.

Orang lain pergi rumah terbuke seronok sebab leh melantak makanan banyak-banyak.
Aku plak 1 makanan pon tak sempat nak telan.
Ramai sangat.

Kazen-kazen sebelah daddy aku nie ramai sangat.
Adik-beradik daddy aku nie ader 12 orang.
Tolak 2orang yang dah meninggal. Tinggal 10orang.
Itu tak termasuk ipar duai, anak sedara, cucu cicit yang dah kawin.
Berpuluh-puluh orang okeh.
Penuh 1 rumah.

Penat tu usah cakap laa..
Bukannya penat apa. Penat gelak.
Nasib baik ader majlis macam nie.
Boleh jugak berkumpul ramai-ramai.