Friday, October 29, 2010

Karok- Sumbang suara yang memang dah sumbang

Walawehh...
Dah lama sangat aku simpan entri nie dalam folder draft aku.
Aku ingatkan dah publish.
Tapi bila check balik, owhh entri nie tertinggal plak.

Sorry ye readers.
Sepatutnya cerita nie dah di publishkan 2 minggu yang lepas.
Tapi aku terlupa (siyes, makin hari aku jadi cepat lupa).

Dah lama sangat aku dan FZ tak pergi sumbang suara (karok la tuh!).
Terasa pulak nak gelek-gelek, joget-joget dan goyang bontot sikit-sikit.
Teringin pulak nak jerit kuat-kuat sambil pegang mic.

So, kitorang plan 17hb baru-baru nie pergi ke Endah Parade.
Kitorang karok kat E-Box.
Kitorang nyanyi dari pukul 12.40 tengahari sampailah 3.40 petang.
Kat sini diorang sediakan lunch tapi bukan buffet macam kat RedBox tu.
Harga semua RM33 untuk 2 orang.
Kire murah laa kannn..



Ini menu lunch pilihan aku dan FZ.
Nasi goreng ape ntah...
Tak ingat.
Tapi dalam nasi goreng ni ada isi ketam & udang.


Aku nye orange juice, FZ plak coke.
Orange juice dia best.
Takdelah masam sangat.
Aku kan tak suke makan benda-benda masam.
Nanti perut aku cepat meragam.


Kenapa mata aku jadi sepet sikit?
Adakah sebab ketembaman pipi aku?
Atau efek gambar semata-mata?

Kali nie aku tak banyak sangat karok.
Tekak aku sakit plus aku penat.
Penat sebab sebelum karok, kitorang pergi main boling 2 games.



Tengok...
Serius gile ah karok.

Mula-mula kitorang nyanyi lagu slow.
Tapi banyak lagu duet laaa...
Lagu Nurul dan Ajai, Fran, CT..
FZ nie suke nyanyi sama-sama.
1 jam terakhir masa, aku biarkan FZ nyanyi sorang-sorang.

Korang nak tahu lagu apa dia nyanyi?

Lagu rock, okeh!
Hadoiii... bingit telinga aku.
Paling tak tahan bila dia nyanyi lagu 'Tiga kupang' versi rock.
Ntah kumpulan mana ntah yang nyanyi lagu tu.

Siyes rosak lagu budak-budak bila diorang buat versi rock.
Ntah hape-hape ntah.
Dia nyanyi gak lagu dari kumpulan AMUK.

Hadoiii...
Pening kepala aku.
Sikit-sikit sebut "Yeah...yeahhhh!"

Uwekkk..

Thursday, October 28, 2010

Alamak!

FEW HOURS TU LAMA MANE?
AAARGGGHHH...!! MENCIK!

Teringin nak makan itu

Pernah tak korang rasa cam teringin sangat nak makan something?
Tapi benda tu susah sangat nak dapat?
Pernah tak?

Baru-baru ni aku naaakkk sangat makan nasi lemak.
Tapi bukan nasi lemak ayam ke, nasi lemak sotong ke...
Aku taknak nasi lemak RM2.00 lebih tuu.

Tapi...
Aku nak nasi lemak singgit yang dibungkus dengan kertas surat khabar dan daun pisang.
Kalau nasi lemak tu lima posen, lagi bagus....

Ntah kenapa aku teringin sangat nak makan nasi lemak macam tu.

Mengidam?
Owh..tidak.

Hari Isnin baru-baru ini :-

FZ : Nak cari kat mana nasi lemak macam tu?
Aku : Tak tahulah. Tapi sayang teringin sangat nak makan...
FZ : Haihh... macam-macam la sayang ni. Asik nak makan nasi lemak je. Makin berlemak tubuh tu nanti.
Aku : Hikhik.. biarlah.

Hari Selasa petang, FZ mesej aku.
Masa tu aku kat rumah, dia plak kat pasar malam dekat dengan rumah dia.

FZ : Ayang, abang ada belikan sayang nasi lemak neh.
Aku : Ok...

Aku ingatkan dia belikan aku nasi lemak biase tu...
Yang dibungkus dalam kertas kaler brown tuh.

Sekali. . . . .
Dia belikan aku nasi lemak yang ini :-


Tadaaaaa....

Sangat menepati piawaian yang aku nak.
1) Harga lima posen jek.
2) Dibungkus dengan kertas surat khabar & daun pisang..

Sukenye hati aku nih.

Cepat-cepat aku bukak kat dalam :-


Hehehe.. Inilah yang aku nak.
Biasenya nasi lemak lima posen nie takde lauk.
Cume ada sambal dan 2-3 ekor (??) ikan bilis jek.
Telur ke, ikan ke... memang takde.
Timun pon takde okeh.
Susah oh nak cari nasi lemak singgit yang dibungkus dengan kertas sokabar & daun pisang nih.
Tak tahulah kot-kot korang senang je nak cari.
Tapi kat tempat aku nie memang takde laa..
FZ belikan aku 2 bungkus nasi lemak tuu..
Mak aihhh.
FZ : Sayang kan kuat melantak. Sebab tu tubuh makin kembang.
Aku : Uwekkk...
Apapun, memang best.
Rasa macam zaman kecik dulu.
Pagi-pagi bangun tido makan nasi lemak 5 posen nih.
Alamak, kecur liur dah.
Lain kali nak suruh FZ belikan lagi nasi lemak macam nie.
Syioookk...

Anon

Post a Comment On: girlgirl "Dengan ini...."
1 Comment -
Anonymous said...

dengan menyedari diri sendiri tapi xbermakna kite mesti bangga & hebohkn psl diri sendiri utk bacaan umum.. insaflah ..manusia yg berbangga & menceritakan yg dirinye sgtlah baik.. adalh manusia yg dikerji oleh ALLAH..amin

October 27, 2010 5:30 PM

______________________________________________

Thanks to anon sebab sudi bagi komen pada entri aku ni.
Aku malas nak pikir sape yang komen sebab blog aku nie memang ramai silent reader pon.
Bile tengok follower, alahaiiii... sikitt je..
Tapi bile tengok rating, beratus gak yang baca.
Tapi takpelah.

Aku bukannya nak paksa orang tinggalkan jejak pon.
Dan aku tak kisah kalau blog aku nie tak femes langsung.
Sebab blog ni digunakan sebagai diari online aku (dah banyak kali aku cakap benda yang sama kot).
Bukan nak jadi femes macam artis.

Apa yang berlaku kat aku, aku akan tulis dalam blog so that aku boleh ingat balik apa yang berlaku pada zaman aku muda time aku tua nanti.
Itupun kalau aku sempat rase tua laaa...
La nie muda remaja lagi.. (kot!).

Tentang komen kat atas tu, aku sebenarnya nak tanya 1 benda laa...
Komen tersebut merujuk kepada pengakuan mintak maaf aku tu ke?
Kalau betol, ok fine...

Erm, adakah permohonan mintak maaf secara terbuka tu bermakna orang itu berbangga diri?
Dan apakah dengan meminta maaf sudah menunjukkan seseorang itu baik?
Setahu aku orang yang memaafkan lagi mulia dari yang meminta maaf.

Mungkin si pengomen mambaca entri "DENGAN INI" dengan perasaan jelik yang membuak-buak di dada.
Please laaa... Tak perlu salah anggap.
Kalau aku tak mintak maaf kang, kata aku ego.. kata aku jahat.
Tapi bila aku mintak maaf, kata aku bangga diri dan tunjuk baik plak.
Tak paham la manusia-manusia nih.
Sebenarnya apa yang diorang nak?

Aku tak pernah kata pun aku nie baik.
Orang macam aku ni baik ke?
Selalu je buat dosa.
Selalu je buat masalah.

Itulahh.. kalu dah tak suke, kita mintakk maaf pon salah.
Kalau tak mintak maaf, lagiii la salah.

Aku kata aku penyabar pun, salah.
Dah tu memang betul pon aku ni sedang bersabar.
Takde niat pon nak berbangga diri ke, nak tunjuk baik ke.. nak tunjuk mulia ke...
Memang takde langsung.

Tu laa.. kadang-kadang kita tak tahu nawaitu seseorang.
So, jangan judge yang bukan-bukan.
Tak pasal-pasal dapat dosa.

Tapi apapun aku rasa pengomen kat atas tu just nak nasihatkan aku.
Takpelah.
Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab concern pasal aku.
Thanks .. :-)

Wednesday, October 27, 2010

Dengan ini....

Kebizian melanda aku sekarang.
Banyak benda yang aku kena buat tapi cilok masa jap untuk check blog ni.
Rindu ooo kat blog nie.
Lagipun banyak benda yang aku nak cerita nih.


Takpe, hold on dulu.
Cerita satu-satu.
Biar settle satu-satu.
Tak perlu gopoh-gopoh.


Semalam aku ada terima 2 komen kat entri "Belum habis lagi yeee..." *thanks to anon
Benda nie kisah benar antara aku, kawan aku dan dia.
Well, memang semua cerita dalam blog ni betol.
Takde satu pun yang aku tipu.
Apatah lagi nak tambah-tambah perasa untuk menyedapkan cerita.
Itu bukan diri aku.


Ok, fine laa...
Memandangkan dia pun dah cakap dia dah regret dengan apa yang dia dah buat, aku rasa better aku delete je entri tuh.
Lagipun benda dah lepas.
Aku pun dah tak nak ingat lagi pasal tu.
Dia salah, aku pun salah.
So, aku dengan rendah diri nak mintak maaf banyak-banyak.
Memang aku mengaku aku terkasar bahasa dalam sms yang aku hantar kat dia.
Itu cume niat nak menyedarkan; bukan untuk memalukan.
Apa-apa hal pun, memang dua-dua silap.


Tapi moral of the story : jangan ungkit kisah lama orang kalau taknak orang ungkit kisah lama diri kite plak.


And kisah terbaru, tentang 2 orang "kawan" yang dah pedajalkan aku.
Dah la diorang melarikan hp aku.
Tetibe aku plak yang dipersalahkan.
Tapi takpe.
Aku diamkan aje.
Malas nak bertekak walaupn diorang duk pompampompam melalak dalam fesbuk.


Takpelah.
Aku sabar walaupun diorang berdua dah jadi bekas kawan aku.
Walaupun aku tahu mase diorang amik hp aku, diorang ader godek-godek hp aku.
Itu tandanya diorang nie langsung tak amanah.
Takpe, aku sabar lagiii...
Aku jugak tahu diorang ada copy something dari hp aku.
Takpelah... Aku sabar jugakkk...


Tambah plak diorang cakap aku reka ceritalah, provoke aku macam-macamlah..
Langsung takde rase bersalah buat aku macam tu.
Takpe, diamkan diri lebih baik.
Biarlah diorang terus melalak.


Diam tak semestinya takut & bersalah.
Aku diam sebab taknak panjangkan cerita.
Kalau boleh aku nak close case cepat-cepat.
Malas dah nak pikir pasal benda nie.


Dan dengan ini jugak, aku berazam dalam diri aku takkan ada kawan rapat lagi dah.
Kawan tu ada tapi kawan biase je.
Bukan kawan luar biase.
Aku dah betol-betol frust.
Dah banyak kali aku kena dengan orang yang bernama "KAWAN".


Aku berkawan lain pesen sikit.
Aku sayangkan kawan-kawan aku.
Dan aku jugak nak kawan-kawan sayangkan aku.
Tapi sayangkan aku bukan dengan cara obses.
Aku sangat menghargai kawan-kawan yang mengambil berat tentang aku.
Tapi jangan buat aku macam budak-budak.


Kalau aku buat jahat, aku takkan ajar kawan-kawan aku buat jahat jugak.
Biar aku buat jahat sorang-sorang.
Kalau kawan aku nak buat jahat jugak, itu terpulang
Aku bagi nasihat je...
Tapi untuk halang-halang, itu bukan cara aku.
Aku treat kawan aku as a adult.
Bukan macam lembu yang dicucuk hidung.


Takpe...


Pasni kalau aku susah, aku susah sorang-sorang.
Kalau aku sedih, aku sedih sorang-sorang.
So, takdelah aku menyusahkan orang lain lagi.


Aku akui, aku memang banyak menyusahkan orang lain.
Aku buat orang risau tentang aku.
Aku buat orang terasa hati dengan aku.
Aku mintak maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki.


Aku nie manusia biase yang tak lari dari melakukan kesilapan dan kekhilafan.
Aku akui semua tuh.

Dan dengan ini jugak aku nak mintak maaf dari semua kawan-kawan.
Aku tak mampu nak jadi kawan yang terbaik...Maafkan aku.

Monday, October 25, 2010

My Life is My Life

Wahhh.. gawat neh.
Isu makin panassss...
Lagi panas dari pisang goreng yang dijual kat depan tempat kije FZ tu.
Pisang goreng tu suam-suam je.
Sebab tu tak sedap.

Isunya sekarang nie ada orang masuk campur dalam urusan hidup aku.
Dengan sape aku nak berkawan, bercinta, beromen, berskandal...
Pastu bila aku tak ikut kehendak diorang, diorang nak marah-marah aku.

Eh, aku ke yang salah?
Perlu ke aku ikut cakap diorang?
Kawan tu kawanlah jugak.
Tapi takkan la sampai nak control hidup aku.

Yes, aku tahu niat diorang baik sebab diorang taknak aku silap pilih pasangan hidup.
Tapi kalau ye pun, bukan ini caranya.
Aku sendiri tak pernah halang kawan-kawan aku nak berkawan dengan sapepun.
Kalau diorg silap pilih, aku cume bagi nasihat je.
Nak guna cara kekerasan pun nak buat apa?
Masing-masing dah besar.
Ada hak nak tentukan life sendiri.

Kalaupun 1 day aku takde jodoh dengan FZ seperti yang diorang harap-harapkan sangat, aku tetap bersedih sorang-sorang.
Sebab aku jenis tak suke ajak orang bersedih sama.
Selama nie aku dengan A pon, aku sedih sorang-sorang gak.
Aku putus dengan Faizal pon, aku sedih sorang-sorang gak.

Semalam aku susah payah pergi ke BP Permaisuri.
Dah la tak kenal jalan kat sana.
Jauh plak tuuu...
FZ dah masam muke dengan aku.
Sampai je kat BP Permaisuri, aku bagitau kat pegawai kat situ, aku nak amik hp aku.

Polis : Nak amik henset eh?
Aku : A'ah.
Polis : Ni kenapa nie?
Aku : Ada peristiwa sikit.
Polis : Awak kenal diorang ke?
FZ : Kawan-kawan dia la. Gila!
Polis : Tu la. Saya ada tanya diorang berdua, kenapa amik hp orang? Diorang cakap saje suke-suke.

Aku pandang FZ.
FZ pandang aku.

Manalah aku tak sakit hati.
Diorang nie langsung tak pikir hak aku, privasi aku.
Adoyaiii...

Now, diorang plak nak marah-marah aku.
Sebenarnya sape yang patut marah siapa nie?
Aku ke dia?
Sape yang patut geram kat sape nie?
Hadoii...

FZ dah marah-marah kat aku sebab aku nie terlalu berlembut sangat dengan kawan-kawan sampai kawan-kawan pijak kepala aku.
FZ cakap dengan dia sendiri pon aku tak lembut macam tu.
Tapi dengan kawan macam pijak semut pon tak mati.

Dah tu aku nak buat macam mana?
Aku tak sampai hati nak berkasar dengan kawan-kawan.
Lagipun time tu ader yang tengok-tengok kitorang.
Dah la baru kena tarik rambut.
Macam ader gaduh besar kat situ.

Ini sebab aku selalu spend time dengan FZ dan dah kurang kuar dengan diorang.
Pastu pasal perubahan kat diri aku nie.
Seolah-olah FZ tu ader ugut aku or something like that.
Takpun FZ gune-gune kan aku... macam aku nie kene buatan orang.

Takde maknanye benda-benda tu semua.

Kalau FZ "buat" kat aku, takkan la dalam banyak benda aku yang jadi kepala?
Kalau FZ "buat" kat aku, takkan la dalam banyak benda FZ mengalah dengan aku?

Aku cume mintak 1 je dari kawan-kawan aku.
Tolong paham isi hati aku.
Selagi aku hepi, korang tumpanglah hepi sekali.

Bab sedih-sedih yang dulu atau yang mendatang tu, tak perlu difikirkan sangat.
Itu lain cerita.
Selagi boleh hepi, aku akan hepi.

Ini tak...
Sedang molek aku hepi semalam, tetibe dilanda badai ribut taufan Katrina lagikk..
Habis tunggang-langgang hubungan aku dengan FZ.
Tak ke korang makin buat aku sedih?
Dah la korang dah buat aku risau pasal hp aku.
Tak cukup lagi ke?

Dah la korang pi hantar hp aku kat BP kecik.
Susah gile nak cari.
Ceruk kampung orang.
Tapi takpelah.
Hp aku pun dah selamat kat tangan aku sekarang.
Aku hargai idea best korang hantar hp aku kat BP tuh.
Better than korang bagi kat orang lain suruh orang tu hantar kat aku.
Itu belum tentu hp aku selamat sampai kat aku.
Ntah-ntah hp aku tu selamat kene jual.

Takpelah.
Benda dah jadik.

Thanks sebab terlalu take care kat aku...
Dan maafkan aku sebab tak dapat nak jadi kawan terbaik korang..

Ahad yang very the DAJAL!

Last weken aku kan pergi rumah Kak Long sebab parent aku datang.
Malam hari Jumaat FZ hantar aku pergi sana.
Sabtu, aku spend time dengan parent aku pergi jalan-jalan kat sekitar Jalan TAR & Masjid India.
Letih siott...

Petang Sabtu, aku kuar dengan FZ pergi main wau kat TLL sambil bergambar gedik-gedik.
*Rujuk entri kat bawah nie.
Pukul 8 lebih, barulah FZ hantar aku balik rumah Kak Long semula.

Pukul 2 petang lebih semalam, FZ datang amik aku kat rumah Kak Long sebab nak bawak aku balik.
Tapi kitorang bukannya balik terus pon.
Singgah pi main boling kat Endah Parade.

Time nie kitorang hepi laa...
Bergelak ketawa... bersuke ria.. gurau senda..

Pukul 4 lebih, kitorang balik.
Aku pi lepak kat kolam jap.
Man & Shawal ada kat situ.

FZ masuk kerja pukul 6 petang.
So, masih ada masa lagi.

Aku ajak FZ main pingpong jap.
Saja nak hilangkan bosan.
Habis main pingpong, aku plan nak terjun kolam jap.
Maklumlah dah lama aku tak swim.
Bendera merah dowhh seminggu.
Semalam je dah ok.
Suci murni gituuu...

Tak sempat nak turun kolam, kawan aku hantar mesej.
Aku letak nama kawan aku ni as D.
Dia kata dia ada masalah dengan bf dia.
Aku tanya dia ada dengan sape, dia cakap dia sorang.
Katanya on that time dia ada kat MidValley.
Aku suruhlah dia datang kat kolam.
Aku leh tolong dia settle kan masalah dia.

Tapi dia cakap dia taknak.
Aku suruh jugak dia datang sebab aku memang tak boleh pergi MidValley.
Ok, fine laaa...
Aku suruh dia amik teksi datang kat kolam, nanti tambang teksi biar aku yang bayar.
Dia tetap tak nak.
So??

Aku tak balas mesej dia sebab dah tak tahu nak cakap apa.
Suruh datang, tak nak...

Last-last dia mesej, dia otw ke rumah aku.
Dia nak tunggu kat guard.
Ok laa...
Terus terang aku cakap, on that time aku tak pakai bra.
Aku pakai T-shirt dan seluar tight je.
Kata nak swim tadi kannn...

Aku malas nak salin pakaian since taknak kawan menunggu lama kat guard rumah aku tu.
Aku sambar towel FZ (sbb nak tutup tubuh aku tapi T-shirt & suar tight pakai lagi) dan terus balik ke vista.

Tengok-tengok bukan dia sorang yang datang.
Dia datang dengan sorang kawan aku lagi.
Aku namakan dia as F.
Diorang heret aku pergi ke lorong belakang pondok guard vista.

Tetibe F tarik rambut aku.

F : Haiii... susah nau nak jumpa ko sekarang.
Aku : Bengong gi tarik rambut aku...

Then kitorang duduk kat atas tangga lorong tu.

Pastu diorang duk soal siasat aku.
Diorang cakap aku lain.

Lain apenyee???

Diorang cakap sekarang nie dah susah nak jumpa aku.
Diorang dah tak kenal aku nie sape.
Diorang cakap aku nie bukan Diana yang dulu.

Ape pulak?

Aku tetap DIANA yang sama.
Yang akan sentiasa ada bila kawan susah.
Yang akan bagi nasihat kat kawan bila diperlukan.
Aku still DIANA yang gile-gile, yang suke cakap lepas, yang gedik-gedik, yang serius bila marah...

Cume aku berubah dari pemakaian aku, pergaulan aku, waktu sosial aku..
Tu je...

Aku dah tak seksi macam dulu.
Kalau seksi pon, seksi sikit je.
Takde dah nak pakai singlet atau skirt pendek cam dulu.

Aku dah tak ada skandal.
Semua aku dah buang, dah tinggalkan.
Kalau dulu, aku kuar dengan lelaki itu ini...
Tapi sekarang dah takde dah.

Kalau dulu aku selalu kuar lewat malam.
Selagi tak subuh, selagi tu tak balik.
Sekarang nie pukul 12 malam je, mesti aku dah ada kat rumah.
Paling lewat pun pukul 1 pagi.

Salah ke kalau aku berubah ke arah kebaikan?

Kebetulan tengah berdiskusi dengan diorang, FZ hantar mesej.
Aku pun cepat-cepat balas mesej tu.
Aku tahu mesti FZ risaukan aku.

FZ nie memang macam tu.
Kalau aku duk dalam toilet lebih dari 5 minit pun, mesti dia akan panggil nama aku.
Takut sangat aku pengsan dalam toilet tu.

Tengah aku duk menaip nak balas mesej FZ, D rampas hp aku.
Aku suruhlah dia pulangkan balik tapi dia taknak.
Berpuluh-puluh kali aku suruh pulangkan.
Berdrama okeh kat situ.
Dah la orang ramai.

Diorang tanya kenapa aku takut sangat.
Diorang syak aku ada rakam video lucah dalam hp tu.

WTH!
Takde maknanya nak rakam-rakam.

Ok, fine.
Peganglah hp aku tuh.

Then aku tinggalkan diorang kat situ dan menghala ke kolam balik.
Bila dah separuh jalan, diorang panggil aku suruh amik balik hp nie.
Aku pun patah balik.
Ingatkan diorang nie memang nak pulangkan tapi rupanya tak...
Still nak brain wash aku.

On that time, aku try la amik balik hp aku nie.
But D still taknak pulangkan.
Aku cakaplah hp tu harta aku.
D cakap harta aku ada kat kolam...

Bengang la aku kan...!
Ape kes tetibe cakap macam tu?

Aku pun blah la...
Dah sakit hati sangat.

Sampai kolam, FZ soal aku macam-macam.
Aku ceritalah semua.
Takde satu pun aku sorokkan dari FZ.

FZ pun apelagi.
Naik bengang laa...
Ape kes diorang nak pegang hp aku?

Masa tu aku dah nangis-nangis dah.
Dah la diorang tipu aku.
Now amik hp aku pulak.

FZ hantar mesej ugut kat diorang.

"ko tak pulangkan hndset diana, aku jmpa korang ko taulah apa aku nk bt..."

Aku dan FZ tunggu jugak kot-kot diorang datang pulangkan hp aku tu.
Rupa-rupanya tak.
Lama kitoran menunggu.

Tetibe ader orang kol FZ.
Dari hp aku!

Rupa-rupanya sorang pegawai polis call.
Katanya dari BP Permaisuri.
Dia kata hp aku ada kat sana.
Dia suruh aku datang amik secepat mungkin.

FZ pun apalagi.
Makin membara laaaa...
Jauh tu! Cheras...
FZ plak tak biase dengan jalan kat sebelah sana.

Aku diam je.
Nangis.
Tu je yang mampu aku buat.
Tak pasal-pasal aku gaduh dengan FZ.
Tak pasal-pasal aku dah susahkan FZ untuk pegi Cheras sana semata-mata nak amik hp buruk aku nie.

Pukul 9 malam, kitorang bertolak ke Cheras.
Tersesat pulak.
Cari punya cari, sampailah kitorang kat Bandar Tasik Permaisuri.
Then masuk ke Taman Sri Permaisuri.
Tanya orang-orang kat situ pasal BP Permaisuri, masing-masing tak tahu.
Masing-masing cakap kat situ ader BP Salak Selatan je.

Takpe, Salak selatan pun Salak Selatan laa..
Yang penting BP.

Sejam okeh mencari, akhirnya sampai kat BP Salak Selatan.
Tanya kat pegawai kat situ, katanya nama pegawai BP yang kol aku tadi takde kat situ..
Then tanyalah ader tak BP Permaisuri?
Katanya ada.
Then diorang bagitahu arah yang patut kitorang pergi.

Aku tahu FZ memang tension.
Banyak kali jugak dia mengeluh & garu kepala.
Aku memang diam je.

Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak BP Permaisuri.
BP tu kecik je.
Patutlah orang tak tahu sangat.

So, hp aku selamat.
Aku tak takut kalau-kalau ader yang godek-godek hp aku nie sebab dalam hp aku nie takde ape-ape.
Yang ada pun mesej cintan-cintun antara aku dan FZ & gambar-gambar gedik kitorang.
Hp aku ni still suci okeh.

Malam tu, memang aku dan FZ kurang bercakap.
Aku memang tak habis-habis nangis.
Dah la kena tipu dengan kawan sendiri.
Pastu menyusahkan bf pulak.

Aku betul-betul tak paham.
Kenapa ada orang yang nak pisahkan aku dengan FZ sedangkan diorang tahu aku hepi?
Aku bukannya buat benda-benda yang tak senonoh.
Ntahlah.. tak paham.

Lagi 1, diorang tak fikir ke kot-kot pegawai polis tu check hp aku ke?
Tak pikir?
Diorang langsung tak hormat privasi aku, hak aku, maruah aku!

Diorang nak aku je paham perasaan diorang tapi ader diorang nak paham perasaan aku??
Tak ada!

On the way balik ke kolam, aku & FZ accident plak.
Dengan motor.
FZ dah la tengah bengang kann...
Tambah plak kena langgar macam nie.
Hadoiii.. lagi hangin la dier.

Aku duduk dalam kereta je.
Takut nak keluar.
Habis kemek kereta FZ.

Memang aku rasa bersalah sangat dengan FZ.
Kalau tak kerana aku, mesti benda-benda nie semua tak jadi.

In the first place, aku sepatutnya tak jumpa F & D.
Kalau aku tak jumpa diorang petang tu, diorang takkan boleh amik hp aku.
Diorang jugak takkan hantar hp aku kat BP Permaisuri.
Aku dan FZ jugak tak perlu susah-susah cari BP tu.
Dan malam tu kereta FZ takkan kemek kena langgar moto tuh.

Memang apa yang berlaku salah aku.
Memang salah aku!

Saturday, October 23, 2010

Akulah gadis perasan

Ya...
Aku ngaku aku memang kuat perasan.
Bukan itu je... Aku jugak kuat berangan.

Ingat lagi zaman kecik-kecik.
Aku selalu berangan nak jadi model.
Maklumlah dulu ramai yang puji kecomelan aku.
Ramai yang nak jadikan aku adik angkat dan anak angkat.
Maka berangkat-angkatlah aku...

Memang dulu aku comel.
Eh, bukan aku cakap tau.
Orang lain yang cakap.
Antara anak-anak kawan opis daddy aku, akulah yang paling femes.
Comel la katakan.
Sebab itu email aku pun diana_comel.
Hahahaha... VERASAN gituuuu...

Tapi kecomelan aku diragut pada usia 13tahun.
Pes time datang bulan.
Masa tu hormon aku memang tak betul.
Asik nak melantak je..

That time, aku sekolah sebelah petang.
Dulu aku bangun lewat.
Biasenye pukul 10pagi barulah aku bangun.
Bangun dari tido, terus tak ingat lain.
Mesti makan dulu.

B4 pergi sekolah pukul 12.30, mesti aku makan dulu..
So, dah 2 kali dah aku makan....
Waktu rehat sekolah pun aku makan lagikk...
Balik sekolah pun, aku makan jugak...
Tengah malam kalau lapar, mesti aku masak megi.
Pendek kata memang kuat melantak la masa tu.

Oleh sebab itu, badan aku naik mendadak.
Dari 30-25-34 (dulu tetek aku kecik okeh), naik sampai 32-28-34.
Siott tak?

Makin hari badan aku makin naik.
Takleh tahan langsung nafsu makan.
Orang lain makan 3 kali je sehari.
Aku makan 5 kali sehari.

So, cita-cita nak jadi model itu terbantut camtu je.
Tapi sememangnya terbantut & tak layak dari awal pon sebab aku nie tak cukup inci.
Kalau dah tinggi takat 5 kaki je, jangan harap la nak jadi model.
Nanti orang kata model kentot.
Malu laaa wehh...

So, semua tinggal angan-angan.
Sob...sob...

Eh, nak jadi model nie tak kire muka cantik ke tak kann...?
Yang penting body, kan?
So, body cantik, solid molid itulah pilihan diorang kannn.
Yang lain tu diorang tak kisah sangat kannnn?
Tul tak?

Kalu betul, memang aku tak layak laaa...
Muke memang dah out. Body lagiiii la reject!
Sampai la sekarang nie, berat badan aku naik dan makin naik.
Makan tak hengat.
Caya tak kalau aku cakap berat aku dah 60kg?
Tolong percaya, okeh.
Ini hakikat.

Ah, takyah nak malu bagitahu berat badan sendiri.
Gemuk ke kurus ke, memang itu diri aku.
Kannn?

Sebab itulah aku suke amik gambar posing-posing.
Walaupun tak cantekkk langsung.
Well, do i care?

So, buat kali yang ke berapa ntahhh.... aku tadahkan lagi gambar posing gedik aku dalam blog ni.
Hadaplah korang dengan gambar-gambar tu ekk.
Jangan marah, jangan meluat, jangan dengki.

Aku cume manusia biase yang dah TERbiase berangan-angan nak jadi orang luar BIASE tapi BIASEnye apa yang diangan-angankan tak jadi.
Takpelah...
Takde rezeki.
Apapun, aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku ada sekarang.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Skroll lagi ehh...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Kat TLL lagikkk...

Muntah darahlah korang bila dengar TLL nie..
Harap sangat korang tak bosan...
Maafkan aku eh...

Ini model tambahan.
Tapi dia nie pernah jadi model untuk pakaian sukan bagi tropicana golf & country club.
Sekali tu je laa jadi model.
Pastu takde dahhh..

Kenapa dia berdiri jauh dari palang tu?
Sebab dia nie gayat.
Takut kalau berada kat tempat yang tinggi.


Model tak bertauliah camnie laaa...
Tak reti nak bergaya...




Kat bawah nie plak gambar gedik kami.. :-





Maafkan kami andai kami gedik dan membuatkan korang meluat dengan aku.
Aku tak mampu nak mengawal perasaan korang.

Thanks sebab still follow this blog walaupun entri-entri dalam blog ini gedik sangat-sangat sehingga boleh mengundang perasaan meluat & benci dalam hati korang..
Maafkan aku sekali lagi.


Friday, October 22, 2010

Cerita hari ini

Tengahari tadi aku keluar dengan FZ.
Memang biasenye tiap-tiap hari Jumaat, kitorang akan lunch sama-sama.
Even dalam seminggu pun, mesti 3-4 kali kitorang akan lunch sama-sama.
Maklumlah opis FZ dekat je dengan opis aku.
Sebab tu senang nak kuar lunch.
Kalau kitorang nie jauh, takde maknanya FZ nak datang amik aku. Confirm!

Kali nie kitorang pergi ke Mid Valley.
Parking full okeh.
Tapi kitorang gamble gak masuk bahagian A P2.
Tak sampai 10minit, kitorang berjaya dapat parking.
Itu pun jenuh tunggu orang lain keluar.

Kitorang memang takde idea langsung nak makan ape.
Cari punya cari, akhirnya kami masuk Kenny Rogers.
Kedai makan banyak tapi tak berkenan kat hati.

Menu kitorang hari nie adalah :-

Ini adalah menu aku.
Kenny Rogers Black Pepper Chicken + aromatic rice + macaroni cheese + mashed potatoes with gravy.
Tersangatlah best. Nyum...nyum...

Ini plak menu FZ.
BBQ Chicken + red beans + mashed potatoes + coleslaw.
Sedap jugak.

Aku agak sopan disitu.
Pakai tudung...
Yalah, kata dari opis kann...

FZ buat muka stim masa makan.
Kengkononnye tengah menikmati keenakkan makanan.
Hampess...
Hehehehe...

Habis makan, kitorang pergi main boling jap.
FZ yang teringin nak main.
Dia plak yang beriya-iya dari aku sekarang.
Cane tuh?

Ini markah kitorang :-

1st game...

2nd game...

Tobat penat.
Lepas enjoy, rase malas nak pegi opis balik.
Tapi nak buat cane... dah kije kaannn..
Itupun dah kire baik aku boleh kuar awal.

Petang, balik kerja lepak kat gerai AB.
FZ tunggu aku kat situ.
Then, aku balik rumah kejap sebab nak packing baju & barang-barang.
Weken nie aku nak pergi rumah Kak Long.

Kenapa?

Sebab parent aku datang.
Diorang saja datang jalan-jalan kat KL nie.

Kesian FZ aku kena tinggalkan buat sementara waktu.
Memang tak sampai hati.
Tapi nak buat cane....

Malam, aku lepak kat kolam jap.
FZ akan hantar aku kat rumah Kak Long nanti.
Kebetulan lak kawan FZ nama Rizal dan Che Mat berkumpul kat tempat parking kereta kolam.
So takdelah bosan sangat.

Pukul 10 lebih, barulah kitorang gerak ke rumah Kak Long.
Tapi sebelum tu sempat lagi aku snap-snap kat kereta adik FZ, Joe namanya...



Aku : Abang, tolong amik gambar ayang depan kereta Joe.
FZ : Ishh... susah tul berkawan dengan model nie.
Aku : Hehehe...

Confirm FZ pening melayan karenah pompuan sawan kamera macam aku.
Hahahahaa...

Lepas rindu di tempat itu

Semalam geng-geng futsal bos FZ datang ke tempat kerja FZ.
Semua pompuan dowhh...
Mula-mula aku malas nak temankan FZ kat tempat kije dia tuh.
Tapi FZ asik ngadu bosan tengok muka bebudak tu semua.

FZ : Ayang, turunlah. Datang kat abang.
Aku : Tak mau..tak mau. Nak rehat.
FZ : Alaaa... bosan nie.
Aku : Tengok la pompuan-pompuan tu.. mesti ada yang cantik-cantik.
FZ : Cantik apanye? Semua macam buragas..
Aku : Hahaha..
FZ : Ayang, turunlahh..
Aku : Nanti-nanti sayang turunlah...

Padahal........ . . . . . . .
Time tu aku dah siap-siap dah nak turun.
Kengkonon nak buat surprise kat FZ.
Hehehe...

Sampai je kat sana, aku tengok FZ otw ke gerai AB..
Mesti dia bosan sangat tuh.

Aku : Abang nak buat apa pegi gerai AB?
FZ : Hikhik.. Bosanlah ayang.
Aku : Ha, nak tunggu skandal kat situ eh?
FZ : Motipp ke situ plak? Mana ada skandal.
Aku : Eleh, tak ngaku.
FZ : Tak adalah sayang. Jomlah masuk dalam...

FZ ajak aku masuk ke kolam.
Memang ramai pon yang mandi kat situ.
Semuanya geng-geng futsal.

Aku : Abang, apesal body diorang sume macam laki?
FZ : Diorang semua main futsal, sayang. Memanglah body jadi macam tu.
Aku : Kak Ejam pun main futsal jugak. Tapi body dia takdelah macam tu.
FZ : Kak Ejam tu main biase je. Yang ni pemain Malaysia.
Aku : Owhhh... gituuu..

Tapi siyes, body pompuan-pompuan tu semua jenis takde shape.
Tak cantik owhh..
Dada bidang macam laki je aku tengok.
Gaya dan style diorang pun macam laki.
Rambut pendek, jalan terkangkang-kangkang.

Tetibe teringat plak kat citer GOL & GINCU.
Owhh.. aku minat gile kat citer tu.
Fazura nampak cantik sangat...
Very the girl girl..


Tengok!
FZ snap gambar aku senyap-senyap tiem aku tengah ralit baca paper.
Dia nie memang suka amik gambar candid aku.

Dalam pukul 9 lebih, bebudak futsal tu balik.
Aku dan FZ pon ape lagi, terus keluar makan la.
Kitorang pergi ke Bangsar.
Makan di Restoran Mahbub.

FZ : Ayang, abang nak bawak sayang jalan-jalan kat Dataran nie.
Aku : Yeke, abang?
FZ : Sekarang ni awal lagi. Kita pun dah lama tak pergi sana, kan?
Aku : A'ah. Yea!

Memang dah lama aku tak jejak kaki kat Dataran Merdeka.
Aduhhh, rindu banget.



Seee...
BSAS nie dah ader lampu-lampu.
Kaler pepel lagik.
Comeyy...

So, apelagi...
Park the cark then snap-snap laaa...
Mase nie mat-mat motor ramai depan kitorang.
Lantak ah kannn...
Yang penting, amik gambar.
















Comey kannn...
Eh, bukan aku yang comey.
BSAS tu yang comey.
Dulu mana ader lampu-lampu neh.
Huhuhu.. Siyes aku rindukan tempat nie..

Thursday, October 21, 2010

Belum habis lagi yee....

Hape?
Ngumpat eh?
Tak baik tau ngumpat-ngumpat neh.
Dosa... Nanti masuk api neraka baru tahu.
Nanti Tuhan kerat lidah. Nak?

Ya kengkawan sekalian.
Aku kembali lagi dengan gambar-gambar gedik.
Ape korang ingat pasni nie entri aku dah takde gambar gedik?
Sori okeh!
Aku sememangnya gedik.
Oleh sebab aku gedik, gambar aku pun banyak yang gedik.

Pakwe aku tak kisah...
So, korang takyah la amik kisah ye..

Eh, kenapa tetibe je aku cakap macam nie eh?
Tetibe Diana jadi macam dulu balik.
Merapu tak bertempat.

Maaf ya ibu-ibu, bapak-bapak sekalian.
Saya sebenarnya emo sikit hari nie.
Saya sedang dilanda kegeraman yang teramat sangat neh.
Sebab itu kepala otak saya agak tak betul hari nie.
*Tetibe cakap saya... Uwweeekkk!

Ekceli ader la sorang kawan sekolah aku nie. Pompuan.
Masa tingkatan 3 dulu, dia duk kelas no.1.
Kire kelas paling terror laaa... Kira kelas bijak pandai laaa...
Aku plak duk kelas belakang je.

Aku kenal dia pun sebab kelas dia selang 2 kelas je dengan kelas aku.
Lagipun dia nie jenis gedik-gedik.
Student pompuan kalu yang gedik nie memang mudah jadi terkenal.

Kisahnya, masa tingkatan 4 pulak, dia turun kelas.
Aku plak naik kelas.
So, kitorang duk kelas yang sama.
Masa exam pertengahan tahun, aku berdebar la kann...
Fikir camne nak compete minah gedik nie.
Last-last rupenye dia bukan terror sangat pun.
Biase-biase je.
Markah aku lagi tinggi dari markah dia.
Ntah cane masa tingkatan 3 ari tu dia boleh duk kelas no.1...
Cikgu silap letak kott..

Tingkatan 5 pon sama.
Kitorang maintain duk kelas yang sama.
Masa tu dalam kelas ader puak-puak.
Si gedik nie ader la geng dia. Dalam 6 orang gitu...
Aku plak 4 orang je.. Aku, Seha, Faras (yang duk gombak tuuu) dan Roslina.
Student lain plak maintain.. Berkawan dengan semua.

Dalam kelas, semua student nak compete aku kalau subjek B.I..
YES, aku memang orang yang paling terror BI mase tu.
Markah aku kompem 70% ke atas.
Tapi penah la sekali aku dapat 65%.
Bermakna si gedik tu bukannya terror sangat pun BI tapi berlagak lebih.

Aku memang dari dulu tak suka kat dia and the gang sebab diorang suke mengutuk aku.
Padahal aku tak buat apa pun.
Nak kata aku menggedik, dulu aku takdelah gedik sangat.
Nak kata aku suke jaga tepi kain orang, yang adooo...
Aku mana suke amik tahu hal orang lain.
Tak tahu lah kenapa diorang anti sangat dengan aku.
Tapi aku buat derk je la.
Malas nak amik port.

Kitorang nie jenis baik depan je.
Belakang.... huh! Kutuk-kutuk laa semua.

Dia jeles kat aku sebab aku kamceng dengan teacher BI, Pn. Rashiah.
Kebetulan lak heboh aku kapel dengan anak teacher yang duk sekolah sains.
Lagiii la diorang angin, kannnn.

Sampailah habis sekolah pun, minah nie still dengki dengan aku.
Biase laaa, lepas sekolah kitorang lost contact.
Tapi dia nie selalu nak amik tahu hal aku.
Dia selalu tanya pasal aku kat Amalina.
Amalina nie kamceng jugak dengan aku.
So, amalina citer la kat aku balik apa yang minah tu nak tahu pasal aku...

Aku masuk U mana?
Aku amik course ape?
Pointer aku berapa?
CPGA aku berapa?
Penah dapat dekan tak?
Aku sambung degree ke takk?

Uihhh... nasib baik aku masuk UiTM jugak.
Kalu aku masuk kolej, mesti dia bangga.
Feeling-feeling lagi terror dari aku kannn...

Tapi dia sambung degree.
Aku nie setakat diploma je.
Ok laaa... dia menang.

Habis belajar, masing-masing dapat kerja.
Masing-masing ada pakwe.
Masa tu pakwe aku kan orang tua..
So, dia kutuk-kutuk taste aku.

Orang tua pun tapi kaya.
Bukan macam ko...
Pilih yang hensem tapi takde kije.
Last-last ko jugak yang kena tanggung mamat tuh.
Mana lagi bongok?
Aku ke dia? atau kedua-duanya? huahahaha..

Ingatkan habis la setakat tuh.
Dia kawin, aku pegi.
Niat ikhlas nak memeriahkan majlis dia.
Ok, aku rasa time tu kitorang dah berbaik.

Tetibe, 2 minggu lepass........ . . .
Dia ada letak status dalam FB dia.
Something like this :-

"nak lempang kawan yang lupa kawan.. Kalau tak boleh terima teguran atau komen dalam FB, tak payah main FB. Private kan semua gambar, senang..."

Aku pun komen, aku cakap :-

"tak baik nak lempang-lempang orang. Lagipun FB nie bkn tempat untuk berlagak dan menunjuk-nunjuk.. - aku nasihat je.."

Gitu je la aku komen..
Sebenarnya aku tahu status tu dia tuju kat sape...
Dia tuju kat Amalina.
Dia gaduh dengan Amalina sebab Amalina balas balik kenyataan dia dalam FB.

Minah gedik nie duk komen gambar kahwin Amalina.
Kata gelang besar macam mak datin laaa... ape la..
So, amalina sentap la.
Kenapa nak komen camtu.
Tak boleh ke komen elok-elok sikit... kan?

Bila Amalina balas komen, dia sentap.
That's why gedik tu tulis status macam tu.
Kebetulan pulak aku gi komen kat status tu.
So, dia ingat aku berpakat dengan Amalina.

Takde motif aku nak buat macam tu.

Last-last dia berbalas komen dengan Amalina kat status yang sama.
Then, yang aku dapat tahu, last komen dia lebih kurang macam nie :-

"at least, walaupun aku tak alim... aku tak tido dengan laki b4 kawin macam korang!"

Sial tak tulis macam tu kat wall FB?
Amalina angin laaa kann..
Lagipun masing-masing dah kawin.
So, buat apa nak ungkit kisah lama..

Pastu si gedik tu block FB aku dan Amalina.
Alaaa... aku tak kisah pun.
Tak hadap pun nak jadi kawan dia.

Tapi kannn.. kenapa nak kaitkan aku plak?
Takde kena mengena.

Ingatkan dah habis setakat tu je.
Rupa-rupanya dia sentap lagii...
Dia duk sms Amalina.
Dalam sms tu ader gak sebut nama aku.

WTH!!!

Tetibe plak aku termasuk dalam cerita diorang nie.
Mula-mula aku tahan lagi.
Si gedik tu duk ulang-ulang benda yang sama.
Dia kata kitorang (aku & ina) duk main dengan jantan b4 kawin tapi dia takk...
Kata aku nie tak matang laa..
Speaking bagai...
Siap publish kat wall FB.

Aku angin laaa...
B**i betul laaa...
Ape kena-mengena dengan aku plak?

Aku pun mitak no phone dia kat Amalina.
Then aku hantar mesej macam nie :-

"Do u think u'r mature enough?
Ur statement in fb are childish!
Just bcoz of some pics in FB, sampai nak gaduh bagai.
Then ungkit kisah lama b4 kawin laaa...
FYI, the whole Losong knows about ur bad history.
Tido dengan jantan itu ini.
Kerap baik turun Genting.
Orang tahu la bila tengok ur body macam orang yang dah beranak 5.
So stop making a nonsense statement in FB. Control ur emotions.
Kate nak jadi ibu cepat-cepat.
Asik loya, pening dan demam je.
Petanda ngandung dah ada tapi tak ngandung2 pon.
So poor of u.... M**d**l kot. Opppsss...sorry. It just my thinking.
Btw, jgn bukak aib orang kalau taknak orang bukak aib sendiri.
And stop jadi manusia berlagak.
Cantik-cantik pun tapi kawin dengan penguatkuasa MBPJ je. Bukan dengan orang kaya pun. Rumusan, u r not that beautiful like what u admit urself.
Laki nak kat u sbb ur pant*t. Not becoz they really loves u..."

Aku ngaku memang PEDAS GILE ayat aku dalam sms tu.
5PAGE okeh.
Sms tu aku cc kat Amalina sekali.

Ya... pompuan itu saje je berlagak baik.
Kononnya dia masih dara lagi mase kawin.
Padahal 1 kampung dah tahu dia tu sape.
Masa duk UiTM dulu, tiap-tiap minggu naik Genting.

Masa sekolah dulu pun, selalu tukar jantan.
Laki orang pun dia belasah jugak. Kononnya sugar daddy.
So???
Pikir sendirilah.
Takkan dara lagi kot.

Terus lepas tu, dia senyap.
Takde lagi dahh nak sms ke ape ke...
Status dalam fb pun takde.

Tahu pun takut.

Dia ingat kita nie tak tahu rahsia dia?

Kalau dulu banyak status meroyan dia dalam FB.
Sekejap loya tekak..
Sekejap mengidam nak itu ini...
Kalah orang mengandung.
Padahal time tu baru je seminggu lepas kawin.
Gilo ko apo?

Pastu dia duk ngaku dia tu cantik.
Sebab tu selalu tukar lelaki.
Ramai lelaki nak kat dia.

Memang la ramai lelaki minat kat dia.
Tapi lelaki yang takde kije.
Penah lelaki ugut dia sampaikan dia takut nak keluar rumah.

Dia ingat aku tak tahu?

Geram sungguh aku!
Ni la padahnya kalau cari pasal dengan aku.
Kang tak pasal-pasal semua rahsia terbongkar.
Dah tak jadi rahsia dah...

Aku dah cakap, dont't make a mess with DIANA.

*Gambar-gambar kat bawah nie hanyalah selingan.
Tak best ah entri takde gambar.
Rasa macam minum kopi tanpa gula. Pahit!


Gambar nie diambil masa otw ke The Curve. - 16 Oktober 2010.


Amik gambar nakal sikit...
Errkk... nakal ke?


Ni plak kat TLL.
Saje je amik gambar nie.
Nak naikkan wau tak boleh sebab takde angin.
Lagipun cuaca panas.


Aku, Siti dan Umi...
Muka siti macam momok comel pulak aku tengok.
Umi plak putih semacam je.
Cahaya rahmat kot... Hahaha...



Ni plak gambar tengah aku merajuk.
Time aku merajuk je, mesti FZ nak amik gambar.
So, jadilah gitu senyuman akuu..
Hoh! Tak cantik langsung.

Wednesday, October 20, 2010

Gambar gedik perasan datang lagi

Tak tahulah kenapa akhir-akhir nie aku suka nau amik gambar posing ala-ala perasan model gitu.
Hormon aku tak betul agaknya.
Maklumlah nak jadi model, tak cukup inci dan tak lawa.
Pakai kasut tumit tinggi saploh inci pun, aku still berdiri paras dada model.
Ya, aku ngaku aku tak lawa. Sob..sob... :-(

Tapiiii... aku comey okeh.
Hahaha..
Tetap nak puji diri sendiri neh.
VERASAN!

Hari Sabtu lepas, aku dan FZ pergi ke TLL.
Macam biase la kan... Aktiviti wajib kitorang setiap Sabtu.
FZ memang dah addict main wau.
Sekarang nie hari biase pun dia pergi main jugak.
Dia pakat dengan uncle cina tuh.
Biasenya dia bawak Man sekali sebab aku takleh ikut.
Kije kannn.. Cari rezeki.

Minggu lepas FZ upah Kak Mas suruh tukarkan pembalut wau aku.
FZ kan ader belikan aku wau.
Tapi wau aku gred C punye.
Senang nak naikkan.
Dulu kaler wau aku lain...
Pink & Hijau...

Ni kaler wau lama...
Ramai yang suka kaler nie..
Nampak sweet je.
Sekarang dah tukar kaler.
Jadi macam nie :-
Pink + hitam + putih.
FZ : Ayang, cantik tak kaler nie?
Aku : Cantik abang. Yang penting ada kaler pink. Hikhik..
FZ : Tak habis-habis dengan kaler pink dier.
Aku : Abang, nak tahu tak apa makna kaler wau nie?
FZ : Apa dia?
Aku : Pink tu kan maknanya gadis. Hitam putih tu maknanya Terengganu. So, wau ni namanya Gadis Terengganu.
FZ : Hahaha.. pepandai je sayang nie.
Aku : Hehehe..

Amik gambar dengan wau sat..
Owh, FZ suke sangat tengok aku dalam gambar nie.
Dia cakap aku cantik dalam gambar nie.
Abang, sayang yang cantik ke wau tu yang cantik?
Saje je nak amik hati sayang kannnn?
Takut sayang merajuk bila abang cakap wau tu lagiiii cantik dari sayang.
Kan...kan..kannn..
Uweekkk! :-p

2 minggu lepas jugak, FZ hutang aku 1 benda.
Tapi tak boleh buat sebab orang ramai sangat.
Nak tahu ape dia?
Sesi fotografi.
Aku suke amik gambar kat TLL nie.
Sebabnya kat sini ader rumput-rumput hijau, pokok-pokok rendang..
Memang cantik la.
Ramai jugak pasangan pengantin amik gambar kat sini.
Tapi last week tak dapat amik banyak sangat gambar sebab orang ramai jugak.
Kali nie lagi ramaiiii.
Sampai parking kereta penuh dan melambak-lambak kat luar.

Nak tengok gambar gedik perasan aku?
Skrol ke bawah...
Kalau tak nak tengok, baca sampai sini je ok.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Aku malas nak letak caption.
Korang tengok gambar ajelah ye..













Dan gambar di bawah pula adalah seseorang yang selalu TERPAKSA melayan karenah gedik aku.
Nasib badan la kann dapat awek macam aku...
Hakhak..


Muke kepenatan...
Hahaha...

Tuesday, October 19, 2010

Feeling feeling jadi Chinta Chanduri

Korang tengok tak drama "CHINTA"?
Alah... Si pasha senduk tu berlakon..
Citer tu ada kul 6.30 setiap Isnin hingga Khamis.

Aku memang follow citer tu.
Suke bukan sebab pasha senduk tu ehh.
Suke sebab ada Adi Putra.
Fuh... ensemm..
Suke ai.
Tergoda gituu... ouch!

Dalam citer tu kan pasha senduk ader sugar daddy.
Sugar daddy dia upah 2orang bodyguard untuk jaga dia..
Nanti kan dia jatuh hati kat salah sorang bodyguard tuh.
Opcos la dia jatuh hati kat si Adi putra tu kann..
Mana ader heroin nak kat hero yang tak ensem.
Mestilah dia pilih yang ensem-ensem dan ganteng..
Ye dok?

Ape kaitan citer nie dengan aku ehh?
Tetibe je aku citer pasal drama ni kannn...

Ok, citer nie takde kaitan pon dengan aku.
Cume hari nie aku ader laaa sikit-sikit feeling jadi Chinta Canduri nie...
*Ape ke pelik nama diaaa...?

-------------------------------------------------------------

Tengahari tadi FZ hantar mesej kat aku.

FZ : Ayang, kul 12 nanti abang amik ayang kat opis ek. Kita lunch sama-sama.
Aku : Ok..
FZ : Ayang, Man ikut kita sekali pergi makan boleh tak?
Aku : Boleh je abang...

Seperti yang dijanjikan FZ datang amik aku kat opis kul 12.

Aku masuk dan duduk kat seat belakang.

FZ : Ya, bos. Bos nak pergi ke mana?
Aku : PJ, ya. Saya teringin nak makan kat sana.
FZ : Baik bos..

Man gelak-gelak je..

Man : Bos kenalah duk belakang...
Aku : Wahh.. hari ni Nana ada 2 orang bodyguard.

Terus ai feeling jadi mem besar gitu.

Kitorang pergi ke Aroshi Bistro.
Makan-makan kat situ.
Ramai la pulak orang kat situ tengahari tadi.
Biasenya takdelah seramai tu.
Rimas pulak aku tengok orang ramai nie.

Habis makan je, terus FZ hantar aku balik.
Lagipun dia dengan Man plan nak pergi Taman Layang-layang.
Tapi mase aku tengah menaip entri nie FZ hantar mesej kata tak jadi pegi sebab nak hujan.
Padan muka! Hahahaha...


Pes of all, pasang radio dulu...

Masa nie kitorang dah nak balik dah...



See... see.... seeeee...
Driver aku nie garang sikit.
Pantang orang lain tengok aku, mesti dia jeling mata terbalik punya..
Bagus betul bodyguard nie..
Bulan depan naik gaji eh.

Bodyguard kat sebelah tuu, relax je..
Tapi jangan disangka yang relax tu tak ganas..
Ganas jugak beb.

Nak tengok muke Chinta Canduri versi blog ini?


Tadaaaa...
Ini bukan Chinta Canduri.
Tapi ini Chinta Berduri.
Hehehe.

Tahu pun takut...

Dulu kan FZ pernah curang dengan aku...
Dan dia pun dah kena last warning dengan aku.
Then dia pun dah janji takkan ulang lagi benda-benda bodoh tu.
Dia cakap dia dah serik.
Dia dah takmo sakitkan hati aku.

Ok laaa...
Nak tengok dia pegang dengan janji dia ke tak..

Biasenya tiap-tiap malam aku akan lepak dengan dia.
Tapi semalam aku penat sangat.
Plus ada pasar malam.

So, balik kerja aku lepak jap dengan FZ kat gerai AB.
Tiap-tiap hari FZ akan tunggu aku balik kerja kat gerai AB tu..
Bila FZ masuk tempat kije dia, aku plak pergi ke pasar malam.

Semalam memang aku penat.
So, aku turun lewat kat kolam sebab aku tido jap kat rumah.

Lepas maghrib baru kuar dari rumah.
Masa dah sampai kat perkarangan tempat kije FZ (kat parking kereta), ada ramai orang kat situ termasuklah bakal penyelia baru FZ, Khairul.

Pelik jugak aku.
Tak pernah-pernahnya FZ duk kat luar tunggu aku datang.
Biase dia duk melepak tepi kolam je.
Semalam dia berdiri je kat luar.
Dia sambut masa aku sampai.
Siap rangkul pinggang aku lagikk..
Pelik tapi aku diamkan aje.

Masa nak berjalan masuk dalam, ader pompuan tegur dia.

Pompuan itu : Bang, seluar tight saya dah letak dalam baldi.
FZ : Ok...

Aku diam je..
Dalam hati tertanya-tanya sape pulak pompuan nie.
Tapi aku diam lagi.

Kitorang duk lepak tepi kolam.

FZ : Ayang tahu tak sape pompuan tadi?
Aku : Sape? Awek abang eh?
FZ : Motiipp awek abang... Tu awek Syawal laa..
Aku : Yeke awek Syawal? Abang cakap betul-betul....!
FZ : Iye. Abang sumpah, ayang. Tu bukan awek abang..

Aku : Ape dia buat kat sini?
FZ : Dia datang hantar seluar tight.
Aku : Kenapa pulak?
FZ : Ingat tak petang tadi Pak yah ngadu Abang Aziz bagi orang mandi kolam padahal kolam tak bukak lagi?
Aku : Hmm...
FZ : Pompuan tadi la yang mandi...
Aku : So?
FZ : Dia datang tadi nak hantar seluar tight tu la..

Aku : Yeke ni, abang?
FZ : Iya, sayang... Sayang nak tahu tak kenapa aku duk kat luar tadi?
Aku : Kenapa?
FZ : Sebab pompuan tu laaa...

Aku : Kenapa pulak?
FZ : Abang takut sayang fitnah abang nanti.
Aku : Fitnah apa pulak?
FZ : Yalah... Nanti sayang kata apa pulak kat abang bila nampak abang dengan pompuan tuh.
Aku : Mestilah. Dah abang duk berdua dengan dia.

FZ : Sayang tahu tak, tadi pompuan tu siap nak lepak kat sini. Abang yang tak kasi. Dia ajak main pingpong laaa... Abang cakap tak nakkk...
Aku : Kenapa plak tak nak?
FZ : Tak mau.. tak mau... Nanti sayang marah.

Reaksi muka FZ tu memang buat aku tergelak.
Takut betul dia..

Aku : Masa dia tegur abang depan sayang kat luar tadi, apa perasaan abang?
FZ : Takuttt... Takut sayang marah..
Aku : Tahu pun takuttt..

FZ : Tadi abang cakap kat Khairul, suruh dia temankan abang selagi pompuan tu ada. Tapi Khairul cakap taknak sebab tunang dia dah sampai. Sebab tu abang kuar. Abang lari ikut pintu belakang.



Aku gelak sakan walau dalam hati aku nie terfikir nak caye kat dia ke tak...

Tapi aku rase aku percaya kot.
Sebab riak muka FZ memang takutt sangat.
Risau aku marah kat dia.

Aku : Agak-agak kalau sayang nampak abang berdua duk kat sini, abang rasa sayang buat apa?
FZ : Mesti sayang bising dan marah-marah.
Aku : Takut tak?
FZ : Mestilah takut. Walaupun abang tak buat apa-apa pun.
Aku : Tahu pun takuttt...

Monday, October 18, 2010

Kelas Renang lagi

Semalam FZ dapat student baru.
Kali nie lelaki dewasa.
Bila ditanya dari mana dapat tahu tentang kelas renang FZ, lelaki itu jawab dari iklan yang ditampal di Vista.

Ya, aku pernah buatkan FZ iklan renang dan kitorang tampalkan iklan-iklan tu kat sekitar blok Vista.
Alhamdulillah...rezeki masuk jugak.

Nama student baru FZ ialah Hadi (bukan nama sebenar).
Dia pun duk kat Vista jugak tapi aku tak sure blok mana.
Memang dia nie kaku sikit berenang...
Even nak buat bubble pun tak reti.

Kan aku dah cakap setiap kelas FZ, aku pasti akan ada.
Kecualilah time tu aku ader kije.
Barulah tak boleh nak temankan.
Macam kelas adik Batrisya.
Kelas ada pukul 5 petang setiap hari Jumaat.
So, aku takleh la pergi sebab aku balik kerja pun pukul 5.00petang.

Masa FZ mengajar Hadi nie, aku memang mengantuk gile.
Untuk hilangkan bosan, aku snap-snap la gambar diorang...



FZ tunjukkan cara nak buat kick frog...





Seee... Sempat lagi tu. Terteleng-teleng kepala.
Macam bapuk pun ader.
Trademark peace tu memang takleh tinggal..
Hikhik..
Habis je snap, aku terus terlena kat meja.
Sedar tak sedar bila FZ titiskan air kat muka aku.
Siot jee..
FZ suruh aku masuk tido dalam bilik dia sementara dia mengajar Hadi.
Aku nie pun ape lagi.
Terus masuk laa...
Pagi Ahad tu sebenarnya aku bangun awal.
Plan nak pergi berurut tapi tak jadi sebab tukang urut takde pulak.
Nak tido balik pun dah tak boleh.
Bila dah petang tu, mulalah tubuh nie nak cari bantal.
Nasib baik dalam bilik FZ tu ader bantal.
Siap ada tilam lagi..
Lena aku tido petang tu..

[VIDEO] : Jiwang dalam kereta

Amaran : Video ini mempunyai unsur-unsur gedik dan jiwang yang teramat sangat.
Bagi sesiapa yang mempunyai perasaan meluat yang teramat sangat terhadap tuan punya blog ini, sila cepat-cepat close blog ini.
Tak pun, tunggu je next entri yang tak gedik. Okeh.

video

FZ : Motipp amik gambar kita...
Aku : Abang, abang sayang sayang tak?
FZ : Mestilah sayang.
Aku : Sayang banyak ke sayang sikit?
FZ : Banyaaaakk sangat-sangat. Sebanyak daun pokok tuh.
Aku : Alah, nanti dia luruh...
FZ : Memanglah dia akan luruh tapi dia tetap banyak...
Aku : Yeke?
FZ : A'ah.. Sebanyak kereta-kereta yang ada kat Malaysia nih.
Aku : Motipp...
FZ : Tak percaya eh?
Aku : Tak..
FZ : Kalau tak caya, belahlah dada ni.
Aku : Wahhh...
FZ : Lihatlah hatiku ini...
Aku : Tetibe je jiwang...
FZ : Apa salahnya jiwang... Takkanlah kita asik nak jadi mafia je...
Aku : Wahhh... hahaha...

Maafkan kami andai kami nie gedik...

Friday, October 15, 2010

Game apa yang aku main dalam fesbuk

Facebook...
Sekarang nie semua orang ada facebook.
Dari budak kecik sampailah orang tua pangkat atuk dan nenek.

Aku pun tak terkecuali.
Best oh main fesbuk.
Sebab leh contact balik kawan-kawan lama.
Kawan-kawan zaman sekolah dulu.

Rupa-rupanya ramai yang dah kawin, dah tunang, nak tunang pon dah ader.
Aku? Hmmm... tak tau lagi bila.
Selain dari contact kawan-kawan lama, aku suka main game dalam fesbuk.

Korang pun sama kan...
At least mesti ader 1 game yang korang suke.
Aku suke main game banyak-banyak.
Syookkk...
Meh kita tengok game ape yang aku main....

*Gambar-gambar kat bawah nie semua sendirian berhad punya ya...
Bukan dicedok dari mana-mana.
Aku print screen sendiri..
Harap maklum.

1. Garden Life.

Aku baru je start main game nie.
Game nie lebih kurang macam Farmville gak.
Bercucuk tanam.
Tapi yang ni senang nak dapat duit.
Gambar pun comey je...

2. Happy pet.

Game bela binatang like kucing, anjing... dinosour pun ader.
Tapi aku nie bela kucing je la.
Nak bela anjing tak boleh. Haram!
Nanti aku kena samak. Hikhik..
Aku nie sebenarnya geli dengan kucing.
Kalau realiti, takde nye aku nak bela kucing.
Bela diri sendiri lagii bagus.

3. Cafe World

Antara game terawal yang aku main.
Asal-asal aku tak minat nak main game masak-masak nie.
Tapi Abang Yu yang suruh aku main dan jadi jiran dia.
So, terpaksa la aku main jugak.

Aku pernah main tipu dalam game nie.
Dalam masa 1 malam je, aku leh kumpul duit 1 juta.
Korang bayangkan tak betapa banyaknya duit yang aku kumpul time tu.
Hebat tak? Hehehe...

Duit-duit tu semua aku guna untuk decorate cafe aku nie dengan barang-barang mahal.
Tapi sekarang dah malas nak main tipu.
Jadi baik sudaaa...

4. Happy Island.

Game kegemaran aku.
Setakat nie aku baru ada 3 buah pulau.
Aku bagi nama Pulau Duyung, Pulau Sekati dan Pulau Rusa.
Semua nama-nama nie aku amik dari nama kampung kat K.Terengganu.
Hikhik...

Game nie senang je nak kaya.
Tak payah susah-susah nak nak ikut timing.
Korang just kutip duit je.

5. Barn Buddy

Game nie dah lama aku main tapi tak aktif sangat.
Tak best sangat game nie sebab harga benih, binatang & pokok mahal sangat.

Tapi sekarang dah start aktif balik.
Best ohhh game nie.
Kita leh curik buah kat kebun orang lain.
Heheheh...

Tapi yang tak bestnye bila ader sesetengah pekebun tu kedekut.
Diorang letak anjing suh jaga kebun diorang.
So, bila orang datang mencuri, kena gigit dengan anjing tu.

Ini game je la, kawan.
Tak payah la kedekut sangat.
Bukan dapat hadiah pon.
6. YoVille

Game faveret aku gak nie.
Game nie macam kehidupan seharian kita.
Susun atur rumah..
Dan kalau nak dapat duit, kena pergi kerja kat kilang.
Hehehe...

Setakat nie rumah aku dalam game nie dah lengkap.
Dari ruang tamu, bilik tidur, dapur, bilik air dan bilik khas untuk buat kerja...
Nak tengok rumah aku dalam Yo Ville?
Ini dapur aku..
Ada bakul sampah, pemadam api, pinggan mangkuk, peti ais...
Pendek kata cam dapur betul lah..
Ini plak bilik tido aku.
Kata pompuan, kannn...
Mestilah ader kaler pink...
Ini bilik air kat dalam bilik tido....
Ada bath tub, cermin, sinki..
Mangkuk tandas atau orang Terengganu panggil jamban pon ader..
Ini tempat buat kerja.
Sebenarnya ni bahagian koridor...
Tapi saje je aku ubahsuai...



Ni plak bilik air kat koridor tadi.
Takde barang sangat yang leh letak kat dalam bilik air...
____________________________________________
Amacam?
Banyak kannn games yang aku main.
Saje je la nak hilangkan bosan.
Korang plak main game ape dalam fesbuk?
Meh la jadi jiran aku eh...
Leh kite tukar-tukar hadiah.
Hikhik...