Tuesday, November 30, 2010

Virus M sudah menyerang

The whole week bos aku takde.
Bercuti ke oversea.
As a PA, bila bos takde adalah 1 perkara yang amat-amat-amat dan tersangat-sangat-sangatlah heaven.
Boleh berjimba katanya... ye dok?

Tapi, entahlah.
Bila bos takde nie, aku rasa cam tak best pulak.
Dah takde orang yang nak usik-usik aku.
Staff lain ader gak usik-usik aku tapi usik-usik gatal.
Bos aku nie usik aku cam bapak usik anak.
Gituuuu....

Dan bila bos takde, secara automatiknya virus M aku pon datang.

Virus M?
Apakah itu?

Itu adalah virus MALAS.
Aku ingatkan aku malas buat kerja opis je.
Rupa-rupanya nak update blog pon aku rase malas.
Ader cerita yang aku nak kongsikan kat korang tapi aku malas lagi nak menaip.
Tengoklah esok lusa camne...
Kot-kot tetibe tangan aku nie rajin pulak nak menaip.

Oklah, aku kena fotostat fail tebal lak nie.
Kena buat 6 copies.
Siott je..
Dah la aku diserang virus M yang takde ubat neh.
Tetibe kena fotostat banyak-banyak pulak.
Due date, esok.

Arghhh!
Kena buat cepat-cepat.
Nanti tak sempat siap pulak.

Chow!

Thursday, November 25, 2010

Update...


Seee....
Dia datang jenguk lagi...
Aku check statistic nie pukul 2.26petang tadi.
Hehehe..
Kan aku dah kata dah..
Dia memang jenguk blog aku nie.
Sape dia nie eh?
Dia orang Malaysia yang belajar kat Egypt ke?
Atau dia memang orang Egypt?
Dia faham ke Bahasa Melayu aku nie?
Haihhh..
Aku nie duk sibuk pulak fikir macam-macam.
Lantak dia la kan nak baca blog aku.
Kan? Kan? Kan?
Errr... Hai, Egypt...
Heheheh...

Marilah kita berkenalan wahai pengunjung dari Egypt & Singapura

Aku terbaca entri dari blog LiyanaRoxx tentang pengunjung blog dia yang datang dari California.
Then, aku pergilah check statistic readers aku kat nuffnang.
Sekali baru aku perasan ader pengunjung luar dari Malaysia yang selalu berkunjung ke blog aku yang tak berapa best ni.

Bukan sekali dua diorang datang jenguk blog aku ni.
Tapi berkali-kali.
Diorang datang dari Egypt dan Singapore.
Wahhh... siapakah mereka ini, ya?

Hai, awak...
Meh la kita berkenalan...
Tinggalkanlah ID awak kat kotak komen saya tuh...
Nanti kita boleh contact-contact.

Huahahaha....
Gile gatal..

Agaknya diorang nie faham ke Bahasa Melayu?
Ke diorang translet blog nie ke bahasa diorang?
Google kan boleh translet page.


Ini statistic pada this week...
*sila klik gambar untuk tumbesaran.
Someone dari USA pun ader gak jenguk blog aku nie.

Vangga?
Oh, tidak.
Biase-biase je.



Last week punya statistics.
Seeee...
Diorang jenguk lagi blog aku.




Ini last month punye statistics.
US datang berkunjung lagi.
Norway dan Indonesia pun ada.



Tapi hari nie Egypt dan Singapura belum datang jenguk lagi.
Mungkin ader kije... *pepandai je speku.
Check semula malam nanti.
Kot-kot diorang ada datang.
Hahaha...

Wednesday, November 24, 2010

Blur + Pelupa = Ntah ape-ape...

Siyes semalam memang lawak.
Ader 2 kejadian yang buat kitorang gelak.
Kalau korang ader dengan kitorang semalam, memang korang akan gelak pecah perut.

Kejadian pertama :-

Sebenarnya kejadian nie menakutkan aku.
Tapi ada lawaknya jugak.

Semalam FZ ajak aku makan kat KFC PJ.
Macam biase kitorang akan order snack plate.
FZ demam dan batuk.
So, dia order teh o saja.
Lagipun dia baru je makan ubat batuk.

Pastu kitorang cari tempat duduk.
Kebiasaan FZ akan baca doa sebelum makan.

Lawaknya, lepas baca doa tuh, aku bangun dan pergi cuci tangan.
Tadi lupa nak cuci tangan dulu.
Pastu aku balik ke tempat duduk dan aku tadah tangan balik.
Kengkonon nak baca doa la.
Aku memang lupa terus yang kitorang dah baca doa tadi.

FZ : Apa ayang nie tadah tangan semula?
Aku : Baca doalah. *muka aku confident je..
FZ : Tadi kan dah baca...
Aku : Bila pulak?
FZ : Lahhh... tadi tu ape? Kan abang dah baca doa...
Aku : ???
FZ : Nyanyuk neh..

Ha, kan dah kena nyanyuk.
FZ gelak jee....
Hampes gedebussshhh!
Malu aku...

Aku takut sebab lately memang aku jadi kuat pelupa.
Ader je benda yang aku lupa.
Sesape yang pesan something kat aku, kena pesan banyak kali.
Tak boleh pesan sekali je.
Sebab nanti aku tak ingat.

Aku takut memori aku tak kuat.
Macam dalam drama korea - A moment to remember.
Heroin ada penyakit alzheimer.
Dia tak ingat benda yang remeh-temeh.
Dan penyakit dia makin teruk sampai satu tahap dia tak ingat siapa suami dia.

Perghhh.. ngerinya penyakit nih.
Aku taknak jadi macam nie.

Kejadian 2 :-

Habis makan KFC, FZ hantar aku balik rumah.
Walaupun dia demam, dia still nak hantar aku sampai demam rumah.
Padahal aku tak kisah pun kalau dia hantar aku kat pondok guard tu je.

Sampai je depan rumah, macam biase aku akan letak barang-barang kat ruang tamu dulu.
Pastu baru aku kuar balik untuk salam-salam dengan FZ yang akan tunggu aku kat luar tu.
Masa nak keluar balik tu, aku dengar FZ tetibe je berpantun :-

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga..... . . . .

Aku : Motipp tetibe pantun!

FZ tercengang.
Pastu dia terus gelak.
DAN... . . . aku pon gelak la sekali.
Hahaha...

Aku gelak sampai terduduk tuh.

Aku : Tahulah abang tu demam. Tadi makan ubat batuk. Tapi janganlah buat lalok kat sini pulak.
FZ : Tetibe je pantun tu terlintas dalam fikiran abang. Sebab tu abang sebut. Abang ingatkan sayang tak dengar.

Pecah tawa kitorang kat koridor rumah aku.
Aku gelak sampai sakit pinggang, perut & tulang belakang aku.
Cramp terus....
Tak tahan dowh.

Sekarang nie pon aku duk ingat kejadian tuh.
Sambil update entri nie, aku gelak sorang-sorang.
Hehehehe..
Ntah ape-ape..
Hadoiii..
Tak boleh blah langsung..

I love Malaysia!

Macam-macam berita buruk yang kita dengar dalam media massa kebelakangan ini.
Malapetaka, perang dan macam-macam lagi laaa.
Takut ohh...

Aku nie jarang baca paper.
Nak beli newspaper tiap-tiap hari, sorilah ye..
Jangan harap.
Kekadang je aku bukak metro online.
Jimat sikit.
Internet opis kann.
Hehehe...

Semalam aku tengok tv.
Tertengok sebenarnya.
Berita tentang Korea Utara dan Korea Selatan yang 'berperang'.
Diorang berbalas tembakan.
Korea Utara lak duk bedil peluru meriam kat satu pulau milik Korea Selatan.
Dengar citer, Korea Selatan yang mulakan tembakan.
So, thats why la Korea Utara balas balik.

Yang jadi mangsanya orang awam.
Banyak pulak rumah yang terbakar.
Tak pasal-pasal kann..

Uikss,, dasyat kan diorang nie.
Sama-sama negara pon nak berperang jugak ke?
Haihh.. bawak-bawaklah berdamai.
Takde pekdah pon perang-perang nie.
Dua-dua rugi.

Pastu kes kat Phnom Penh.
Kes pijak-memijak tuh...
Tak tahu ape punca. Pelik tul.
Tetibe je orang ramai tolak-menolak sesama sendiri sampai ader yang kena pijak.
378 orang yang mati.
Gile owhh...
Ramai tuuu...

Tak habis lagi malapetaka kat dunia nie.
Kes Merapi kat Indonesia tuh pulak.
Dah berminggu-minggu kite dengar berita ni.
Mangsa dia dah meningkat seramai 322 orang sejak ia meletus akhir bulan lalu.
Ramainye yang mati.

Ngeri okeh aku dengar berita-berita macam ni.
Takut ohhh...
Kite nie tak tahu bila kita akan mati.
Ntah-ntah esok ke... lusa ke.. minggu depan ke...
Hohoho...

Bila baca berita pasal negara lain, aku rasa bersyukur sangat-sangat jadi warganegara MALAYSIA.
Tengoklah Malaysia.
Mana ader malapetaka-malapetaka yang besar camtu.
Paling hebat pon, kes banjir besar.
2 tahun lepas pulak, kes tsunami.
Itupun sebab kena tempias tsunami dari negara lain.
Gunung berapi ke, puting beliung ke, ribut taufan macam taufan Katrina tu ke.... mana ader.

Pastu Malaysia nie aman damai.
Mana ader perang-perang.
Tunjuk perasaan tu ader la.
Itupun dilakukan oleh manusia-manusia yang langsung tak reti nak bersyukur.

Sebut pasal orang yang tak reti bersyukur nie, tetibe je aku rase pelik.
Ader sesetengah puak (rakyat Malaysia jugak) yang kata Malaysia nie tak aman.
Ape bendanye tak aman?

Kita boleh keluar rumah bila-bila masa je.
Nak shopping, nak ke masjid, nak beriadah tanpa rase takut.
Kalau takut pon sebab takut kena ragut ke rogol ke... itu je.
Negara Malaysia mana ader buat perintah berkurung ke ape...

Pastu sistem demokrasi....
Semua orang ada hak bersuara.
Tapi sesetengah pihak salahguna hak bersuara tuh.
Sesuke hati dalam melantunkan pendapat.

Cth : Negara Arab sendiri mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara ISLAM.
Tapi ader pulak pihak pepandai menafikan..
Katanya Malaysia nie negara maksiat.
Uihhhh... hebat sungguh tohmahan itu.

Eh, rase cam nak mengumpat neh.
Nak join tak?

Ni pasal media prima.
TV3 especially.
Apesal eh diorang ni duk tayang citer Indon je?
Pagi petang siang malam ader citer Indon.
Dah naik bosan aku.

Citer Indon nie mula-mula je best.
Tapi bila dah episod ke 20 keatas, mulalah merapu gaban.
Kalau heroin tu mesti selalu je nangis.
Nangis..nangis..nangis...
Itu je la kerjanya.

Pastu si hero pulak, sekejap kaya, sekejap miskin, pastu kaya balik.
Kalau kaya, harta macam tak habis 7 keturunan.
Tapi bila dah jatuh miskin, miskin macam paria.
Pastu kuar masuk jail.
Couple pulak boleh putus sebab perkara kecik.
Pastu sambung balik...
Ader tu kena culik, pastu jumpa... pastu kena culik balik...
Macam-macam halangan laa..
Semua tak logik akal.
Tapi tak tahulah kot-kot lagik akal orang Indon, kan?

Aku tak paham la, ape best sangat ke citer Indon nie?
Banyak cerita yang mengarut.
Ader masalah yang tak habis-habis.

Sepatutnya media prima nie kena bersikap patriotik la sikit.
Kata 1 Malaysia, kan?
Kenalah tayang cerita-cerita Malaysia.
Start cerita P.Ramlee, pastu A.R Badul, pastu zaman Yusof Haslam, pastu zaman A.R Mohaiden, pastu banyak lagi laa...
Drama terbitan Suhan movies pun banyak.
Tayang je...

Ini tak...
Duk tayang citer Indon...
Pastu tayang citer Mexico yang lebih kurang sama "bodo" je dengan citer Indon.
Padahal citer Melayu kite berlambak-lambak.
Best-best pulak tuh.
Ni lagi nak sogok kepala otak orang-orang Malaysia dengan citer-citer bodo dari negara luar tuh.

Astro pun sama.
Nak-nak astro prima.
Sekarang tengah top dengan citer Cinta Kirana.
Hadoiii.. pening kepala aku tengok citer nie.
Citer ntah ape-ape.
Kirana tuh sikit-sikit nangis.
Sensitipp sangat.
Hal kecik pon dier boleh nangis.
Tak paham aku...
Kengkonon lemah-lembut sangat laa..
Uweekk!

Citer Cahaya tu pun sama.
Lagi menyampah aku tengok.
Lepas satu, satu masalah timbul.
Tak habis-habis...

Media Prima, silalah bersikap patriotik sikit.
Sayangilah Malaysia.
Sokonglah produk keluaran Malaysia.
Sebab yang untungnya Malaysia jugak.

Tak gitu?
BTW, aku sayangkan negara aku.
I LOVE MALAYSIA!

Tuesday, November 23, 2010

Bila Jodoh ditentukan keluarga

Kalau difikirkan, mana satu lagi bagus?
Kahwin dengan pilihan sendiri ke atau pilihan family?

Kalau kawin dengan pilihan sendiri maknanya bercinta dulu, baru kawin.
Kalau kawin dengan pilihan family, maknanya kawin dulu, baru bercinta.
Orang kata best pilihan family.
Bercinta lepas kawin lagi syok.
Itu kata oranglahh..
Any comment?

Pada pendapat aku, aku lagi suke dengan pilihan sendiri.
Kita tahu apa yang kita nak pada pasangan kita.
Kita dah kenal hati budi dia...

Of course la kita nak yang terbaik untuk diri kita.
So, kita pun akan pilih yang terbaik jugak.
Anak-anak sekarang tak bodoh.
Diorang semua tak pilih membuta-tuli.
Diorang semua tak main tangkap muat je.
Asal ader, orang kata.
At least diorang mesti pilih kategori-kategori tertentu.

Mak ayah boleh pantau...
Janganlah sampai si anak pilih mat gian pulak jadi calon suami...
Itu memang patutlah mak ayah halang.

Cinta nie subjektif.
Ader orang bercinta kerana duit, darjat dan harta.
Ader orang bercinta kerana keinginan untuk menyayangi dan disayangi.
Ader orang bercinta kerana nafsu.
Ader orang bercinta kerana TERPAKSA.

Ok, istilah terpaksa nie maksudnya berkapel atas dasar bukan pilihan hati sendiri.
Jangan tak tahu, zaman sekarang pun masih ada pasangan yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Aku bukan tak setuju dengan pilihan keluarga tapi kalau masih boleh cari sendiri, itu lebih baik.

Ok, aku bagi contoh dalam drama Chinta, slot akasia TV3 tuh.
Tengok si Rasul yang berkahwin dengan Sadatul Saadah sedangkan hati Rasul sukakan Chinta.
Tak pasal-pasal si Sadatul tu menderita bila dapat tahu suami dia cintakan pompuan lain.
Ko nak macam tu?
Aku tak nakkk...

Aku lebih suke cari sendiri.
Bercinta, berdating-datingan dulu...
Kenal hati budi, kenal sikap dia...
Then, baru kahwin.
Itu lagi nikmat.

Aku menyampah kalau family yang tentukan jodoh anak sebab pangkat, darjat dan status.
Ape ader pada benda-benda tu semua?
Padahal tak penting pon.
Setinggi mana pon darjat seseorang, dia tetap junjung langit yang sama dengan orang yang bawah.
Dosa pahala Tuhan hitung sama je.
Takde beza.

Kebanyakkannya orang kaya.
Yang ada pangkat, berpengaruh dan ada harta beribu-ribu lemon..
Diorang mesti nak kenenkan anak diorang dengan orang yang sama stardard.
Urghhhh!
Menyampah... meluat okeh!

Ader tu yang tak kisah pasal harta nie semua, tapi diorang cari gadis-gadis cantik untuk dijadikan menantu.
Padahal diorang tak sedar, calon menantu diorang nie la yang akan jadi menantu hantu suatu hari nanti.
Mula-mula pompuan cantik tu bodek-bodek la...
Bakal mertua suruh buat itu ini, semua dia buat.
Cube bila dah kahwin..dah jadi menantu esok-esok...
Tengoklah macam mana.

Tak cukup duit anak dia kikis, duit mertua pulak dia nak kaut.
Masa tu baru mertua tahu langit tinggi ke rendah.
Nak pilih menantu cantik la katakan...
Mula-mula dulu memanglah dapat pujian melambung...
Dapat menantu cantik la katakan....

"Owh, cantiknya menantu awak, Datin Kiah.."

Bila dah kahwin esok-esok...

"Menantu awak nie memang pandai betul bergaya, Datin Kiah."

Padahal bergaya dengan duit mertua!
Duduk rumah goyang kaki.
Semua kerja orang gaji yang buat.
Hambik kau!
Menantu cantik la sangat!

Tapi tak dinafikan pilihan keluarga jugak ada baiknya.
Keluarga jugak mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Masa aku tinggal kat Dungun dulu, jiran sebelah rumah aku berkahwin atas pilihan keluarga jugak.
Tapi diorang happy je.
Dapat 2 orang anak lagi.
Yang sulung pompuan. Yang bongsu, lelaki.
Aku tak pernah pun tengok pasangan tu gaduh.
Rumah tangga macam nie lah yang kita semua nak, kan?

Dan tak semestinya kahwin dengan pilihan sendiri tu akan bahagia selamanya.
Ader jugak yang terkandas di tengah jalan.

So, dua-dua ada pro dan kontra.
Ader kebaikan dan ada keburukan.

Apapun aku berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik dan bahagia selamanya..
Kahwin lambat takpe.
Yang penting dapat yang terbaik dikalangan yang terbaik.
Tak gitu?

Monday, November 22, 2010

Dating di Tasik Titiwangsa

Inilah aktiviti bagi pasangan yang berkapel.
Asik nak dating je kejenye.
Dating..dating...dating...
Haihhh...


Nasib baiklah aku duk kat KL sekarang ni.
Banyak sket tempat yang boleh pergi.
Kalau duk kat Terengganu, dating kat Pantai Batu Buruk je la gayanya.
Teringat pulak mase kapel dulu-dulu.
Mesti pergi dating kat Pantai Batu Buruk.
Takpun kat Lagun, taman belakang Masjid Terapung tuh.
Itu je la..
Pastu kalu nak makan, mesti kat KFC Batu Buruk tu.
Hahahaha...


Nak tengok wayang, panggung wayang pun takde.
Dulu K.Terengganu ader wayang.
Tapi selepas bertukar kerajaan masa tahun 2000, terus panggung wayang ditutup.
Haram katanya.
Pusat maksiat.
Since that, takde hiburan kat K.Terengganu nie.

Whatever la.
Now, Terengganu pun dah maju sikit.
Walaupun tak semaju negeri-negeri lain tapi at least ader peningkatan dalam pembangunan.

Berbalik pada cerita asal...
FZ ajak aku pergi ke Tasik Titiwangsa.

Perbualan ini adalah pada hari Sabtu.

FZ : Sayang, esok ada plan nak pergi mana-mana tak?
Aku : Takde pon, abang. Dah tak tahu nak pegi mana.
FZ : Esok lepas abang habis kelas, kita pergi Tasik Titiwangsa nak?
Aku : Nak... Photoshoot!
FZ : Asik amik gambar je kejenya. Hmm...

Hehehe..
Aku kan sawan kamera.
Pantang nampak kamera, mesti nak pose.
FZ pon dah paham dengan perangai aku nie.

Semalam (Ahad, 21 Nov 2010), aku dan FZ pergi ke Tasik Titiwangsa.
Tengahari tuuu...
Matahari berdiri tegak kat atas kepala.
Panasnye Tuhan je yang tahu.

Tapi ini panas kat dunia je.
Belum panas kat akhirat lagikkk..
Kalau kat akhirat, tak tahulah camne.
Aku banyak dosa wooo... hohoho...

Mula-mula kitorang lepak kat tepi tasik tu.
Last-last FZ nampak ini :-



Terus dia ajak aku naik sekali.
Mula-mula aku tolak sebab panas.
Makin gelap kulit aku kang.

FZ : Jomlah naik benda tuh.
Aku : Panaslah abang...
FZ : Abang naik sorang-sorang. Uweekkk...
Aku : Mana boleh! Kita naik sama-sama.

So, kitorang pun berjalan ke kaunter tiket.

Aku ingatkan mahal tiket nie.
Rupa-rupanya RM3 untuk setengah jam.
Kalau sejam, RM6 laa...

Bukan kire satu kepala tau.
Tiket tu kire masa.
Limit 4orang duk dalam benda tu.

Aku tak tahulah nak panggil ape benda tuh.
Basikal air ke?
Hahahaha..



Mase nie tengah menunggu giliran nak naik.
Alih-alih aku plak yang teruja nak naik benda tuh.
Padahal tadi FZ yang beriya-iya nak naik.


Life jacket mesti pakai.
Aku tak reti berenang...
Tasik nie dalam okeh.
Ramai oh nak naik benda tu...
Masing-masing tengah tunggu giliran.
Sabor ye...
Giliran aku dulu sebab aku sampai awal.

FZ pegang tiket...
Masa tu pukul 3 petang.
So, masa kitorang akan habis 3.30 petang.
Setengah jam je sudahhh...




Masa nie dah naik benda tuh.
Snap memang kena snap.
FZ kata cermin mata aku nie macam mata lalat.
Siot jek!



Control macho la tuh!
Uwekkk!
FZ sedap-sedap je duk relax.
Mula-mula kitorang berdua yang kayuh.
Last-last aku sorang plak.
FZ penat.



Gigih okeh aku mengayuh.
Nasib baik ringan je.
*Abaikan kasut aku yang berkarat tu eh!


Sorang mata lalat.
Sorang lagi mata belalang.
Hahahaha...

Kat bawah nie video masa kitorang duk kat tengah-tengah tasik.


video
Nasib baiklah kitorang amik setengah jam je.
Bosan siot.
Mula-mula naik tu memanglah excited.
Best je rase.
Tapi bila dah lama, bosan.


Then, aku dan FZ pergi makan rojak & cendol kat parking lot Tasik Titiwangsa tuh.
Best oh makan macam tu.
Bukan nak berlagak, tapi sepanjang hidup aku tak pernah makan macam tu.
Duk atas kerusi plastik bawah pokok. Takde meja...
Macam makan kat tepi kaki lima tuh.
Jakun pulak aku.


Tapi, cendol dia memang terbaekkk..
Best sangat.
Rojak pun sama.
Sedappp..
Lain kali nak pergi lagilah.


Habis makan, aku terus balik rumah.
FZ pulak ada kelas lagi.
Alhamdulillah, rezeki FZ mencurah-curah.
Makin banyak kelas yang diterima.


Nak belajar berenang dengan FZ, bolehlah contact aku ye.
Nanti aku bagitahu FZ.
*sempat lagi promote. :D

Karaoke @ Endah Parade

Hari Sabtu baru-baru nie memang aku dan FZ takde plan langsung.
Dah tak tahu nak pergi mana.

FZ plak sibuk suruh aku fikir mana kitorang nak pergi.
Lagipun FZ ader banyak masa free sementara nak tunggu kelas dia petang nanti.

Fikir punya fikir, aku decide pergi ke Endah Parade.
Aku ajak dia karok kat E-Box.
Kat situ murah sikit.
RM29.90 untuk 2orang sekali dengan makan.
Boleh nyanyi sampai 3 jam.
Nyanyilah korang sampai serak suara.



Mula-mula FZ yang conquer mic.
Aku just tengok je dia nyanyi.





Tapi bila dah lama, aku la plak yang nyanyi.
Tapi sumpah suara aku tak sedap.
Hadoiii...
Kenapalah jadi macam nie?
Kalau daddy dengar aku nyanyi suara macam ni, mampos aku kena maki.
Owh, aku tak pernah cerita kannn...
Daddy aku nie penyanyi negeri Terengganu.
Sama jugak dengan Ayah Long aku (abang kepada daddy).
Cume diorang nie tak buat album je.
Diorang biase buat persembahan depan Sultan & majlis kahwin.
Tapi Ayah Long aku lagi hebat lahh.
Dia pernah berlakon dalam filem tajuk apa ntah.. aku lupa.
Cerita tu cerita lama la.
Zaman tv hitam putih tu.

p/s : [Rina, kalau ko baca entri nie, tolong bagitahu aku eh apa tajuk filem Bak Along berlakon tuh eh.
Itupun kalau ko ingat la..]
Ok, melalut sudaa,...

Pencahayaan flash kamera membuatkan mata kami jadi sepet.
Snap guna kamera henset FZ je.

Time aku menyanyi ni la dia nak snap-snap.
Aku tak sedar langsung.
Penat okeh menyanyi.
FZ plak duk pilih lagu dangdut untuk aku menyanyi.
Siot jek..
Dia tahu kalu aku nyanyi lagu dangdut, mesti aku goyang-goyang bontot sikit-sikit.
Hahahaha...

Ini antara video yang kitorang rakam.
Ader banyak video yang kitorang amik tapi aku upload yang ini ajelah ye.


video

Sumpah suara aku tak sedap!

Malu owhhh...
Alkisahnya tengah syok menyanyi tu, lagu pulak stuck.
Potong stim betul.
Korang jangan kutuk-kutuk eh tengok video nie.
Tengok je dendiam. Okeh?

Sunday, November 21, 2010

Penat + Letih + Lenguh = DOKROK

Sakit belakang, sakit kaki, sakit bahu.
Inilah yang aku rase sekarang nih.
Hazab okeh!

Ikutkan hari nie aku dan FZ takde ape-ape plan pon.
Kitorang tak tahu nak gi jalan-jalan ke mana.
Tapi kitorang bosan duk rumah saje-saje je.
Hari Sabtu wajib keluar.
Wajib.

FZ suruh aku pikir nak pergi ke mana.
Fenin kepala aku duk pikir.
Last-last aku decide pergi ke Endah Parade.
Lagipun rase cam dah lama je tak pergi sane.

Nak tahu ape yang aku buat kat Endah Parade?
Tunggu next entry ye..
Segala mak datuk gambar kat Endah Parade tu masih ader dalam memory henset FZ.
Aku tak sempat nak transfer gambar ke lappy aku nie lagi.

So readers, sila bersabar ye...
Esok barulah aku nak transfer gambar-gambar tuh.
Video pon ader tau.
Kalau mendapat kelulusan FZ, nanti aku upload video tu sekali eh.

Balik dari Endah Parade, FZ terus hantar aku balik rumah.
Owhhhhh... aku belum boleh rehat lagi.
FZ merungut-rungut dah lama tak makan masakan aku.

Hadoii.. ader-ader je dia nie.
Nasib baik sayang...
Kalau tak, takdenye aku nak buat macam-macam kat dia.
Haihhh...

Sampai aje kat rumah, aku terus tukar pakaian ala-ala bibik gitu.
Kata nak duk kat dapur, kan?
Siapkan bahan-bahan nak masak.
Pastu acara masak-memasak pon bermula.
Itupun diselang-seli dengan menonton movie kat lappy.
Buleh masak macam tu?
Hahaha...

Menu hari nie :-

Nasi goreng cili padi yang tak pedas langsung, telur dadar, sotong goreng tepung dan udang masak sos masam manis.

Alkisahnya,
nasi goreng tu jadi tawar sikit, telur dadar masin, sotong goreng tepung best dan udang masak sos masam manis jadi masin...
Hahahaha...
Itulah!
Tak concentrate 100% mase masak.
Asik nak tengok movie je.
Sebab tu masakan tak sedap.
Hohoho...

Lepas maghrib, barulah aku turun pergi jumpa FZ kat kolam.
Makan-makan.
Nasib baik FZ nie tak banyak komplen.
Dia makan je ape yang ada.
Cume dia bagi nasihat itu ini sikit.
Tambah itu ini dalam masakan untuk bagi sedap.
Padahal dia tak tahu aku nie masak culah.
Tak concentrate.
Hahaha..

Then kitorang tengok dvd 'Species'.
Takut okeh citer tu.
Kisah alien yang masuk dalam tubuh astronaut.

Time nie barulah aku rehat sikit...
Lepak kat situ sampailah pukul 12 malam.

Balik, FZ hantar naik motor.
So, tak payah susah-susah nak jalan kaki.
Macam biase FZ akan hantar aku sampai depan rumah.
Risau sangat kot-kot aku kena culik ke kena rogol ke...

Now, dah pukul 2.28 a.m.
Aku still kat atas sofa.
Takleh tido dowhh..
Padahal badan ni dokrok gile doss...

Esok nak suruh FZ urutkan bahu aku nie.
Rase lenguh sangat-sangat kat bahu.
Macam ader beban berat kat situ.

Oklah, nak tengok movie Friday the 13th jap.
Chow!


Friday, November 19, 2010

Jalan-jalan cari makan & cuci mata

Semalam tak tahulah kenapa aku blur sangat.
Blur sangat-sangat-sangat-sangat okeh!
Apa yang aku buat serba-serbi tak kena.
Dah la kasut aku buat kaki aku melecet.

Owh, masa pergi uptown malam hari tu, aku de beli kasut crocs.
Comel je kasut tuh.
FZ cakap dia suke tengok aku pakai kasut tuh.
Kaki aku nampak cute sangat.

So, semalam aku try la pakai kasut tuh kat opis.
Sekali.... kaki aku melecet daaa...
Kasut tuh macam mencengkam kaki aku neh.
Aku nie pon apelagi, terkecok-kecok la aku berjalan.
Slow gile aku melangkah.
Kalau aku lawan dengan siput pon, siput boleh menang.

Semalam dalam pukul 10pagi lebih, aku pergi ke food court opis aku.
Nak beli makanan untuk lunch.
Time macam tu orang tak ramai sangat kat situ.
Tak payah aku berebut-rebut nak beli makanan.
Boleh aku membeli dengan tenang.

Aku pergilah beli air milo ais (my favvy).
Harga milo ais tu RM1.80.
Punyalah aku blur sampaikan aku bagi kat adik tu RM2.80.
Nasib baik la adik tu jujur.
Dia pulangkan balik duit singgit aku.

Same case dengan bos aku.
Bos aku mintak 1 file.
Tapi mulut aku nie sempat cakap file tu takde kat aku.
Padahal dah terang-terang file tu duk depan pc aku.
Adoyaiii...

Ntahlah.
Pelik.
Nak kata aku ada masalah, takde pon.
Nak kata aku fikirkan sesuatu, takde pon.

Bos balik awal.
Bila bos balik awal, PA pon balik awal la jugak kan...
Aku tak sabar nak tanggalkan kasut tuh dari kaki aku yang tengah sakit nih.
Aku sms FZ cakap aku balik awal.
Dia plak suruh aku singgah kat kolam.
Rindu kat aku katanya.
Uwekkk, rindulah sangat!

Dari opis, terus aku ke kolam.
Sampai je kat opis FZ, aku cepat-cepat tanggalkan kasut aku tuh.
Lega rasa kaki aku nie.

Rehat-rehat sambil main game dalam lappy.
Tetibe FZ ajak aku pergi jalan-jalan cari makan petang.
Wahhh.. sukenya.
Dah lama tak jalan-jalan macam tu.

Kalau kat kampung dulu, selalu jugak aku jalan-jalan waktu petang.
Jalan-jalan tanpa arah tuju.
Cuci mata tengok gelagat orang-orang kampung.
Best okeh...






Semalam FZ ajak aku pergi jalan-jalan sekitar Pantai Dalam.
Jalan-jalan sambil cari makanan petang.
Last-last jumpa gerai nasi lemak panas.
Femes ohh nasi lemak kat situ.
Singgit je sebungkus.

FZ beli 4 bungkus dan ayam goreng seketul.

Aku : Abang, banyaknye beli...
FZ : Yalah, kalau sikit nanti tak cukup.
Aku : Motipp? Ni abang 3 bungkus, sayang sebungkus jek.
FZ : Takde maknanya. Sayang 2 bungkus, abang 2 bungkus. Sayang kan kuat melantak.
Aku : Uwekkk.. kata kat kita pulak!

Puas jalan-jalan, kitorang balik kat kolam.
Kitorang terus makan.
Lagipun FZ sebenarnya lapar.
Dia tak makan tengahari tadi.

Aku lepak kat situ sampailah pukul 8.30 malam.
Masa lepak tu hujan lebat.
Siap ader kilat petir lagikk..
Aku nie memang takut dengan kilat.
Duduk bertempek je lah dengan FZ.

Aku nak pergi tandas pon suruh FZ temankan.
Padahal ader je tandas kat luar opis dia tuh.
Tapi aku tak suke gune tandas kat situ.
Aku lebih suke guna tandas dalam bilik dia.

FZ : Ya ALLAH, sayang nie penakut nauzubillah!
Aku : Ahhh... biarlah. Sayang kan tengah merah. Kalau jadi apa-apa, sape nak tanggung.
FZ : Hmm... yelah-yelah.

Aku suruh FZ menyanyi so that aku boleh tahu dia ada dalam bilik tu ke tak...
Ok tak idea aku...?
Hahahaha...

Nasib FZ la dapat makwe cam aku...
Macam dia kata, aku nie memang penakut ponn...

Thursday, November 18, 2010

Mari Belajar Loghat Terengganu - Part 1

Sekarang nie femes dengan loghat orang Utara, kan?
Tambah femes dengan penghasilan filem arahan A. Razak Mohaiden (betul ke aku eja nih?) yang mengetengahkan loghat utara dalam filem-filem beliau.
Sekarang nie kita try belajar loghat pantai Timur pulak.

Ramai yang kompius loghat Terengganu dengan loghat Kelantan.
Jangan kompius ye, para pelajar... (Eh, bila masa pulak aku jadi cikgu neh?)
Loghat Kelantan dengan loghat Terengganu memang jauh berbeza.
Terengganu banyak menggunakan huruf 'G' dihujung perkataannya sebaliknya loghat Kelantan banyak menggunakan huruf 'E' dihujung perkataannya.

Cth :

IKAN.

Loghat Terengganu : IKANG.
Loghat Kelantan : IKE.

Ade paham?

Ok, meh kite mula belajar loghat Terengganu.
Kali nie kita start dengan antara perkataan-perkataan yang di transletkan menjadi loghat Terengganu ye.

1) Beritahu = KABO.

2) Agaknya = GAMOK.

3) Datang = MARI.

4) Di sana = DI NUNG

5) Di sini = SINING.

6) Buah = WOH.

7) Buah Manggis = WOH SMETE.

8) Jangan = DOK SOH BENG.

9) Bergaduh = GOCOH.

10) Degil = METE.

11) Mengada-ngada = NEBENG.

12) Macam mana = GUANE.

13) Kenapa = NAPE.

14) Berselerak = HANYA KUBANG @ KUBANG HANYA.

15) Sekarang = SELALU / LENING

16) Kotor sangat-sangat = KOTOR BLOPOH.

17) Tak ada @ Tiada = TAK DOK.

18) Tak nak = TAK BOH.

19) Bising sangat-sangat = BISING BANGOR.

20) Busuk sangat-sangat = BUSUK BANGOR.

21) Suke = BRAHI.

----------------------------------------------------------------------------

CONTOH AYAT DARI PERKATAAN DIATAS :-

1) Weh, kabo gok kat aku rahsie nape or?

Maksudnya : Weh, bagitahulah kat aku rahsia apa tu?

2) Ape gamoknye akang jadi kalu mu wak gitu?

Maksudnya : Apa agaknya akan terjadi kalau kau buat macam tu?

3) Weh, mu mari ah dumoh aku petang ning...

Maksudnya : Weh, kau datanglah rumah aku petang ni...

4) Aku dengor bunyi bising di nung.

Maksudnya : Aku dengar bunyi bising di sana.

5) Dumoh dia sining ah.

Maksudnya : Rumah dia di sinilah.

6) Macam-macam woh ader kat kebung ye...

Maksudnya : Macam-macam buah yang ada kat kebun dia.

7) Woh smete ni manih ngat.

Maksudnya : Buah manggis ni manis sangat.

8) Dok soh beng wak gtu ah!

Maksudnya : Jangan buat macam tu lah!

9) Mu nok gocoh, meh ah!!!

Maksudnya : Kau nak bergaduh, datanglah!!!

10) Mete sungguh budok ni lening!

Maksudnya : Degil sungguh budak ni sekarang!

11) Nebeng goh la pompuan tu. Nyapoh aku!

Maksudnya : Mengada-ngada betullah perempuan itu. Menyampah aku!

12) Guane nok wak benda ni?

Maksudnya : Macam mana nak buat benda ni?

13) Nape mu jadi gining lening?

Maksudnya : Kenapa kau jadi macam ni sekarang?

14) Aduhhh.. hanya kubang bilik ni! Malahnye nok ngemah.

Maksudnya : Aduhhhh... berseleraknya bilik ni! Malasnya nak mengemas.

15) Mu mari sini selalu ah! Jangang lambat ngat!

Maksudnya : Kau datang sini sekaranglah! Jangan lambat sangat!

16) Tengok! Kotor blopoh baju. Makang eskerim sangak!

Maksudnya : Tengok, kotornya baju! Makan aiskrim sangat!

17) Aku takdok pitih ni. Kepek molek ni.

Maksudnya : Aku tak ada duit ni. Pokai gile ni.

18) Tak boh aku makang benda tu.

Maksudnya : Taknaklah aku makan benda tu.

19) Bising bangor budok-budok tu tepik.

Maksudnya : Bisingnya budak-budak tu menjerit.

20) Busuk bangor bau tandah tu.

Maksudnya : Busuknya bau tandas tu.

21) Aku brahi tengok muke dia. Lawo.

Maksudnya : Aku suka tengok muka dia. Lawo.


SEKIAN SAJA PEMBELAJARAN KITA KALI NIE.
Tunggu PART 2 dan seterusnya pulak yeee...

Jom ke uptown Danau Kota!

Sejak minggu lepas FZ dah janji nak bawak aku pergi jalan-jalan kat uptown.
Mula-mula dia cakap nak gi downtown Cheras.
Tapi FZ tak tahu jalan ke sana.
Pastu plan nak pergi Uptown Damansara pulak.
Tapi jauh.
Last-last kitorang pergi ke Uptown Danau Kota.

Malam hari Isnin, barulah kitorang pergi ke Uptown.
Dah lama aku tak datang sini.
Aku suke pergi uptown sebab banyak barang murah kat sini.

Sape cakap aku pakai barang mahal je?
Kengkonon kalau aku pakai barang murah, kulit aku gatal-gatal?
Takde maknanye okeh!

Aku pom suke jugak barang-barang murah terutamanya baju dan kasut.
Aksesori pun sama.
Klip rambut, sanggul, ...
Aku beli yang murah-murah je.
Kalau handbag dan jam, barulah aku beli barang mahal sebab tahan lama & boleh dibuat lasak.

Pukul 10.30malam, aku dan FZ bertolak ke uptown.
Cuaca elok je.
Sejuk sebab baru lepas hujan.
Memang sesuai sangat nak keluar jalan-jalan kat tempat sesak macam tu.

Cadangnya nak pergi sana sebab nak cari kasut crocs.
Nak ganti kasut crocs lama yang dah rosak.
FZ pon sama...

Tapi bila dah pergi sana, semua benda nak beli.
Kasut, baju, cermin mata, ....
Semua laahh..

Perut lapar pon terus jadi kenyang.
Habis booth kat sana kitorang masuk.

Aku sebenarnya suke kuar dengan FZ.
Tak stress...
Sebab dia tak macam 'orang dulu' yang pernah jadi partner aku.
FZ ni dia tak pandang pompuan sangat.
Jalan straight je.
Pastu dia nie lebih menjaga aku.
Kalau berjalan je, mesti dia pegang aku kuat-kuat.
Dia tak bagi ader orang himpit aku.
Hadoii.. protective sungguh.

Kalau 'orang dulu', bukannya nak pegang aku pon.
Mata pon asik melilau tengok pompuan lain.
Nyampah!
Rasa cam nak korek je bijik mata dia tu bagi buta.

Sebab tu dengan FZ nie aku suke keluar jalan-jalan.
Kalau boleh, semua tempat aku nak pergi dengan dia.
Kitorang pun dah plan macam-macam untuk tahun depan.
Banyak tempat yang kitorang nak pergi.
Hehehe...

Kitorang balik dari uptown pukul 12 malam.
Badan dah penat sangat-sangat.
Time nie la perut rasa lapar.
Kitorang singgah Bangsar.
Makan kat Syed Bistro.

Pastu balik rumah.
Rumah sunyi sepi sebab semua orang dah tido.
Ader jugak rumate aku dah balik kampung untuk sambut Raya Haji.

Macam biase, aku temankan FZ bersembang sepanjang perjalanan dia balik ke rumah.
Kesian dia.
Aku takut dia mengantuk dalam perjalanan tu.

Ok, gambar-gambar dibawah aku snap masa FZ berhenti kat stesen minyak Shell kat Bangsar.
Masa ni kitorang on the way ke uptown.


Effect gambar : Kurus....


Effect gambar : Agak kembang...
Muka nampak bulat...


Effect gambar : tembam terus!

Owhh.. aku sudahh gemukk!
Hohohoo... Mencik owh.
Salahkan FZ sebab dia selalu suruh aku makan banyak.
Dia selalu suruh aku jadi DBKL...
Tukang habiskan makanan dia.
Huhuhu...

Salam Aidil-adha...

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog aku neh.
Korang ader tengok orang sembelih lembu tak?
Berani tul eh korang...
Aku tak boleh tengok orang sembelih lembu.
Nanti aku geli nak makan daging lembu tuh.
Tak boleh...tak boleh..

Owh, ni nak kabo sikit..
Memory card henset aku nie buat hal.
Boleh snap gambar tapi takleh nak save dalam gallery.
Nyampah aii...
Ntah ape masalah pom aku tak tau.

So, entri aku selepas nie memang jarang ader gambar.
Hohohoo..
Tak best lorrr...

Tahun nie aku sambut raya kat KL je.
Malas nak balik Terengganu sebab kat sana pon raya tak meriah sangat.
Lagipon cuti aku tinggal tak banyak lagik.
Sayang pulak nak amik cuti.
Kang kalau ader kes emergency ke, payah jugak kalau takde cuti nanti.


Memandangkan hari Selasa aku balik lewat, so hari Rabu tuh aku bangun lewat.
FZ banyak kali hantar mesej kat aku.
Saje je nak kacau aku tido tapi aku tak bangun-bangun jugak.
Hehehe...
Ngantuk dowhh..


Pukul 11 pagi barulah aku bangun.
Terus pergi mandi dan bersiap-siap sebab pukul 12 nanti FZ nak jumpa aku.


FZ sebenarnya nak cari lemang.
Katanya nak bagi aku rasa raya kat KL pulak.
Lagipun dia taknak aku rase sedih sebab tak dapat balik beraya kat kampung.


Cari punya cari, lemang takde.
Banyak gerai yang tutup dan kalau bukak pon, lemang dah habis.
Aku cakap kat FZ, kalau takde lemang pon takpe.
Tak payah susah-susah.


Tengahari, kitorang pergi cari nasi putih.
Nak tapau bawak balik kolam.
Tapi susah gile ah nak cari nasik time raya camnie.
Banyak kedai makan yang tutup.
Kalau aku tahu awal-awal macam nie, baik aku masak je kat rumah.
Senang citer.

Merata-rata cari, last-last kitorang pergi ke Restoran Pelita kat Bangsar tuh.
Kitorang beli nasi putih dan ayam masak kicap.
Uihhh... ayam masak kicap dia best gile.
Marvelesss...


Balik kolam, terus kitorang makan.
Bajet nak berenang pulak lepas tu tapi tak boleh sebab aku bendera merah.
So, lepas makan terus kitorang membuta sampailah pukul 4petang.


Pukul 4 tuh, kitorang bersiap-siap nak pergi ke MidValley.
Plan nak cari hadiah untuk wedding kawan kitorang.


Ramai gile orang kat MV petang tuh.
Sesakkk...


Selesai beli barang, kitorang pergi cari makanan pulak.
Bajet nak tapau bawak balik kolam jugak.
Aku tengah sakit urat. Lenguh seluruh badan.
Kate bendera merah kannn...


Selesai beli makanan, kitorang terus balik kolam.
Lagipun time tu dah maghrib.


Malam tu aku bukak dvd.
Tengok movie "My Bloody Valentines".
Lawak tul FZ masa tengok movie nie.
Movie nie kan movie bunuh-bunuh.
FZ geli tengok darah-darah nih.
Dia asik tutup mata je masa tengok movie nih.
Hehehehe...


Pukul 12 malam, barulah FZ hantar aku balik rumah.
Aku kan dapat call & sms free selama seminggu kat no 8pax.
So, sepanjang perjalanan FZ balik rumah, aku call dia.
Kena layan dia sebab dia asik mengadu mengantuk je.
Kang dia tertido mase drive, bahaya pulak.


Aku tido pukul 1 pagi.
Khamis kena kerja pulak.
Hadoiii... Malas!

Sunday, November 14, 2010

Birthday girl!




Tanggal 13 November 1985 bersamaan dengan 29 Safar 1406 A.H, Puan Samsiah selamat melahirkan seorang bayi pompuan yang comel seberat 2kg lebih (seingat mummy laa... ) di Hospital Besar Kuala Terengganu yang kini dikenali sebagai Hospital Sultanah Nur Zahirah.



Mase dia dilahirkan tu pukul 6.30petang..
Sebab tu la kulit dia nie sekejap cerah sekejap gelap.
Sebab time tu pun sipi-sipi je nak malam...



Owh, comel kan budak ini?
Rasa cam nak cium-cium jekk..

Dari kecik dia dimanjakan...
Cth : Kalau abang dia nak keluar main bola petang-petang, abang dia mesti bawak dia pergi jalan-jalan keliling kawasan rumah dulu.
Kalau tak, budak diatas akan meraung nak ikut abang dia pergi main bola.
So, nak tak nak abang dia terpaksa buat macam tu.
Adik dia nie memang mengada-ngada.


Dengan daddy dia pun sama.
Tiap-tiap petang daddy akan pergi main tenis dengan rakan sekerja.
Kadang-kadang budak itu nak ikut tapi daddy jarang-jarang ajak.
Pastu budak itu akan masuk dalam kereta senyap-senyap dan bersembunyi di situ.
Selalunya budak itu akan berpakat adik lelaki dia.



Dia tahu daddy dia tahu dia berada dalam kereta itu.
Tapi daddy buat derk je...
Dia dan adik pun akan senyap je sampailah kat court tennis.
Bila dah sampai sana, dia dan adik akan sergah daddy dari belakang.
Selalu budak itu buat macam tu kat daddy dia.
Daddy dia pun macam biasa akan buat-buat terkejut.


Nakal sungguh budak itu!


Budak itu pernah dapat no.1 dalam peperiksaan.
Terus daddy dia hadiahkan anak patung barbie yang bernama Annie.
Patung itulah jadi peneman tidur dia di siang hari.
Siang hari aje nyeee...
Sebab dulu-dulu budak ini percaya anak patung akan bergerak waktu malam dan hisap darah tuan dia.
Huhuhu...


Sekarang budak di atas sudah besar.
Dia memang membesar dengan jayanya.
Dia membesar dengan sifat gedik, mengada-ngada dan perasan yang terover sangat-sangat.
Nak buat macam mana, kan?
Sifat semulajadi.



Sekarang budak itu sudah berusia 25tahun.
Masih bujang dan masih available...
Hakhak..

*Matilah kalau FZ baca.
Uwekk...


Nak tahu sape budak itu?



AKU LAH tuuu....



Aku tahu korang dah boleh teka dari awal.
Hahahaha...
Vudus gile aku neh..



Apepun, thanks kepada kawan-kawan, sedara mara dan semua yang wish happy birthday kat aku dalam FB ke... sms ke.... mesej online ke.. secara lisan ke...
Aku appreciate apa yang korang buat and all the compliment yang korang bagi...
Jangan puji lebih-lebih sangat tau.
Nanti makin kombang lobang hidung aku.


Banyak betol wish korang disertakan dengan ayat, "moga cepat kawin & naik pelamin".
Hadoiii..
Fenin eden.
Apapun, doa-doakanlah ye...



Aku dah tua dah sekarang nie.
Huhuhu...

Thursday, November 11, 2010

Permainan gila

Kalau korang kuar dengan bf korang dengan kereta, korang buat ape dalam kereta tu?
Sembang-sembang saja ke?
Atau bergurau senda, bertepuk-tampar?
Ataupun main tumbuk-tumbuk manja gitu?
Atau....... . . . . .

Eh, melalut ke situ lak?
Kepala otak kuning betol.
Hikhik...

Ok, ni nak cerita apa yang biase aku buat dalam kereta bila kuar dengan FZ.
Kitorang takde ehem-ehem ye.
Jangan salah paham ye, readers.
Tak baik salah sangka neh.
Haipppp...

Aku dan FZ selalu main permainan gila kat dalam kereta tu.
Maklumlah, nak hilangkan bosan.

Permainan gila?
Apakah itu??

Ok, kan jalan-jalan kat KL nie banyak kereta.
Pergilah ceruk mana pun, mesti korang jumpa banyak kereta.
Dan opcos la setiap kereta tu ada no plat yang berbeza.

Nak tahu ape permainan kitorang?

Nama panggilan aku kan bermula dengan huruf D.
Nama sebenar aku lak bermula dengan huruf N.

Kalau FZ nampak plat kereta macam nie :-

Cth [1] :-

DBC 2***

So, FZ akan cakap Diana Budak Comot.

Kalau FZ jumpa plat - NCF 5****

FZ akan cakap, Nana Cinta FZ.

Ha, korang paham tak permainan kitorang?

Tapi sebenarnya jarang sangat FZ puji aku.
Aku pun sama.
Masing-masing suke mengutuk.

Kalau aku jumpa plat :-

BFB 7***

So, aku cakap la Budak FZ Busuk.

Pernah sekali FZ jumpa plat :-

BDB 6***

FZ terus cakap, "Budak Diana Busuk", "Bontot Diana Besar", "Bontot Diana Busuk".

Siot je kan pakwe aku.

Kebetulan lak masa tu aku jumpa plat :-

BFG 3***

Terus la aku cakap, "Body FZ gemuk", "Bontot FZ gendut".

Ader tu aku jumpa plat :- BFT 8**

Terus aku cakap, "Budak FZ tembam".

Tapi FZ balas balik,
"Bukan Budak FZ tembam tap budak FZ tampan."

Uwekkkkk...
Nak muntah aku.
Tampan?
Uwekkk...uwekk...uwekkk..

Hahaha...
Permainan nie selalu je buat kitorang gelak kat dalam kereta.
Memang tak kering gusi.

Asal-asalnya FZ la yang mulakan dulu.
Tetibe tengah sembang dalam kereta, FZ cakap,

FZ : Diana budak comot.
Aku : Hah?
FZ : Tuuu... plat kereta depan sana...
Aku : Uwekkk, ngada.

Ha, sejak tu la kitorang gurau macam tu.
Ekceli bukan permainan pon kann...

Tapi kan sejak kitorang main macam ni, kitorang perasan 1 benda.
Banyak betol plat Johor kat KL sekarang nie.
Apakah orang Johor ramai berhijrah ke KL?

Lagi 1, orang-orang Kelantan tak pakai plat negeri diorang.
Tapi diorang pakai plat Wilayah.
Yang buat kitorang tahu kereta tu milik orang Kelantan bila ada logo Kelantan kat sebelah plat diorang.
Orang Kelantan kan sayanggg lebih kat negeri diorang.

Owh, sebut pasal orang Kelantan nie...
Piala Malaysia hari tu kan diorang menang.
Terus keesokkan harinya aku tengok banyak gile kereta duk kibar bendera Kelantan.
Opcos la diorang sume tu orang Kelantan kan...

Vangga pelik ah diorang nie.
Nasib lah diorang nie menang.
Kalau kalah, cane?

Bak kata Wahid dalam Melodi baru-baru nie:-

"Kalau Kelantan kalah, nanti stadium jadi satay".

Owh, melalut sudaaa...
Jauh sangat perginya.
Dah lari terus dari topik.

Maaf ya, readers especially kelantanese.
Aku cakap je, bukan mengutuk pon.
Hikhik...

*p/s = silap haribulan nanti aku yang jadi satay...

Wednesday, November 10, 2010

Tak boleh expose sangat pasal bf @ tunang @ suami sebab nanti [dot...dot...dot]

Ecehh... Tak boleh blah langsung tajuk aku kali nie.
Siap ada dot dot dot lagi kasik suspen kengkonon.
Dah la panjang...
Tapi takpe kan.
Sekali sekala buat tajuk panjang.
Lain kali aku buat tajuk sampai dua page gitu.
Buleh?

Korang mesti perasan sekarang nie aku dah jarang update blog.
Ekceli bukan sebab takde cerita tapi semua cerita aku ader kaitan dengan FZ.
Sebab sepanjang masa dia ada dengan aku.

Bukannya aku tak nak cerita tapi aku takut.

Zaman sekarang nie macam-macam jenis manusia ada.
Ada manusia berhati baik.
Senang melihat kegembiraan orang lain.
Ada jugak manusia yang berhati busuk.
Yang jeles tengok kesenangan pihak lain.
Paling teruk bila dia cuba nak merampas kebahagiaan pihak lain itu.

Bila aku berkapel je, mesti aku tayang-tayang kat dalam blog.
Bukan niat nak bangga diri sebab ader pakwe.
Orang lain pun ader pakwe gak, kan?
Aku tahu itu.
Sebab aku tayang dalam blog adalah nak kongsi cerita dengan semua orang.
Tu je.

Pastu aku nak kenalkan pakwe aku dengan korang semua.
Kot-kot manalah tahu satu hari nanti korang terserempak pakwe aku dengan pompuan lain, korang leh bagitahu aku terus.
Tak gitu?

Tapi sekarang nie aku rasa takut.
Sebab sekarang nie ramai sangat manusia berhati busuk.
Aku buat gitu dengan FZ, orang salah anggap.
Aku buat gini dengan FZ, orang salah anggap jugak.
Serba-serbi tak kena.

Dulu aku selalu expose keromantikan FZ kat aku.
Sampaikan ader sorang reader pompuan terpikat dengan FZ.
Diulang, TERPIKAT.
Fulamak!
Sampai macam tu sekali, u know!

Dah terang-terang kat situ aku happy dengan FZ, tetibe dia plak nak masuk line.
Bukan nak berkongsi kasih ke ape, tapi nak rosakkan hubungan aku dan FZ lagi.
Kalau nak berkongsi pun, ko ingat aku nak izinkan?
Langkah mayat aku dulu!
Cit!

Tiap-tiap dia hari tanya, bila FZ nak putuskan hubungan dengan aku.
Macam cibaissss, kan?
Memang celaka itu pompuan.

Aku sumpah ko jadi beruk, baru tahu!

Lagi satu, mukanya buruk okeh.
Bukan niat aku nak mengutuk kejadian Tuhan tapi itulah hakikatnya.
Muka jerawat situ sini.
Harap kulit je cerah sikit dari aku kot.
Takpelah, aku ngaku aku nie itam.
Tapi itam itu menawan, kan?
Hahahaha...

Apepun, opcos la aku berjuta-juta lemon lagiii cantik dari dia.

Dia jadi silent reader blog aku selama ni.
Tengok apa aktiviti aku dengan FZ.
Tengok kehepian aku dengan FZ.
Ingat aku tak tahu??

Aku jamin dia tertunggu-tunggu aku dengan FZ bergaduh, bercerai-berai...
Confirm!
Memang ini harapan dia.

Dan aku jamin jugak hati dia membuak-buak perasaan marah dan cemburu bila baca blog aku.
Lantak ko la, kan...

Dan dia jugak happy bila aku dilanda masalah.
Suci murni sungguh hati dia.
Auwwww...

Tak sangka zaman sekarang manusia jadi makin kejam.
Makin tak berhati perut.
Makin pentingkan diri sendiri sampaikan menolak sifat perikemanusiaan.

Entahlah, nampak dari gaya luaran pompuan itu, dia sangatlah baik.
Sopan, bertudung, pakai baju labuh....
Tutup bontot la kengkonon.
Ala-ala ahli syurga gitu.

Tapi rupa-rupanya.......
HAMPESS GEDEBUSS.
Barang dia semua dah barai.
Oh, malu disitu!

Itulah, orang yang baik diluar tak semestinya baik didalam.
Hati manusia ni lain-lain.
Mungkin dia pakai macam tu sebab nak tutup hati dia yang busuk tuh.
Owh, hinanya pompuan itu.
Astaghfirullah al-azim.

Nasib baik laa cinta FZ kat aku nie kuat.
Terlalu kuat.
Sampaikan dia tak sanggup nak lukakan hati aku lagi dalam hal pompuan lain.
Dia dah taknak terlibat dengan mana-mana pompuan lain.
Sekarang nie apa yang aku tahu dia takde mana-mana kawan pompuan pun.

Bukannya aku melarang dia berkawan tapi dia sendiri takut dia terlanjur menyakiti aku lagi.
Owh, so sweet disitu.

Eh, terlebih sudaaa...
Mesti hati ko sakit kan, wahai pompuan barai itu?
Sedihnya kalau aku jadi engkau.
Terpaksa guna cara kotor untuk mendapatkan cinta.
Kalau tak, engkau tak laku.
Owh, so sad.


Monday, November 8, 2010

Bas rapid oh bas rapid

Entri nie aku pendekkan sebab aku malas nak menaip panjang-panjang.


Kejadian ini berlaku di hadapan aku sendiri.
Masa tu kat federal highway menghala ke PJ dan Shah Alam.
Selepas masuk pintu gerbang Selangor tuh, ader 1 bus stop.

Ok, federal highway tuh ader 3 line.
Suppose bas mesti ikut line ketiga iaitu line paling slow.
Sebab nanti dia akan berhenti kat bus stand yang jarak tak sampai pun 50 meter dari diorang.

Tapi bas tu dengan BANGGANYA bergerak laju kat line laju.
Takpelah, at least dia tak bawak slow kat line laju tu kannn...

FZ bawak kereta kat line tengah.
Kitorang tengok je bas tu.

Korang bayangkan, bas tu dari line laju terus break dan melintang ke line paling slow secara tiba-tiba sebab nak berhenti kat bus stop tepi jalan tuh.
Takde signal ke ape yang diberi.

Aku pelik betullah.
Camne la pengurusan Rapid KL nie amik pemandu bas.
Macam tak reti memandu je.
Kereta Honda Vios yang ada kat depan kereta kitorang nie break mengejut.
Kalau dibuatnya kereta Honda tu tengah pecut, tak ke accident di situ?



Bersungguh neh nak bercerita sampai buat lakaran bagai...


Yang petak kaler merah tu, itu kereta FZ.
Gambar yang ader tayar dan kaler kuning + merah tu, itu bas Rapid KL.
Petak-petak kaler biru tu, kereta-kereta yang ada kat jalan mase tuh.
Petak kaler kuning tu bus stop.
Aku dah tanda kat situ...


Korang nampak tak anak panah melintang kat tengah-tengah jalan tuh?
Itu flow yang dilakukan oleh pemandu bas untuk belok ke kiri jalan.
Korang tengok tak betapa tajamnye selekoh yang dia buat?


Inilah antara punca kemalangan yang melibatkan bas.
Bila orang kata bas dipandu laju, pemandu marah.
Mulalah nak menafikan.
Tapi tengok sendiri laa macam mana diorang bawak bas tu.
Langsung tak fikir nyawa penumpang.


Mentang-mentang bas tu besar.
Nak tunjuk eksyen plak.


Aku sempat amik no plat bas tu.
Tapi aku tak sure bas tu pergi mana...


Nak reveal ke tak no plat bas tu?


Reveal je la kannnn...




WQB 1804...



Nyesal aku tak snap gambar cepat-cepat.
Lagi bagus kalau amik video terus.
Kalau tak, boleh je hantar kat JPJ suruh saman bas tuh.
Baru padan muke.

Sunday, November 7, 2010

Malas

Sejak opis aku nie blocked gambar-gambar dalam blog ni, aku jadi makin malas nak update.
Opis aku nie dengki sebenarnya.
Diorang jeles sebab ramai kakitangan diorang nie dah jadi blogger terkenal.
Nyampah ai, tahu tak?

Nak blogwalking pun takde mood sebab takleh tengok gambar-gambar yang korang upload.
Siot je....
Haihh...

Walaupun aku ader berokband, tapi still tak best sebab line macam siot.
Lembabsss nak mampsss...
Ha, kan aku dah guna bahasa cacat disini.

Kalau nak update blog memalam pun, susah.
Sebabnya memalam aku kan kuar dengan FZ.
Everyday, okeh!
So, mana ader mase nak update-update neh.

Pastu aku plak balik rumah pukul 11 atau 12 malam.
Time tu opcos la aku dah rase mengantuk.
So, memang takdenya nak bukak lappy bagai.
Baik aku tido.
Esokkan nak berkhidmat untuk syarikat lak.

Kalau korang tengok aku update siang-siang tuh, maknanya time tuh aku gune berokband.
Takpun aku update time lunch.
Eh, time lunch diorang tak blocked okeh.

Hmm... nak wat camne, kan?
Kite nie kuli jek.
Opis aku sekarang neh dah takde hiburan langsung.

FB memang sah-sah diorang blocked.
Tagged, Friendster, MySpace, dll.. semuanya diorang blocked okeh.
La nie diorang blocked pictures dalam blog pulak.
Memang dengki...dengki..dengki sangat-sangat ohh..
Nyampah!



Wednesday, November 3, 2010

Akhirnya ia menjadi milikku...

Aku memang dah lama memerhatikan dia.
Aku memang dah lama menginginkan dia.

Tapi aku pendam.
Orang kata sabar itu separuh daripada iman.
Takpe, aku cool je dulu.

Situ sana sini aku nampak dia.
Pergi Jalan TAR, aku nampak dia.
Pergi Masjid India, aku nampak dia.
Pergi Times Square pun aku nampak dia.
Pendek kata, mana-mana je ader dia.

Hadoii... angau jap aku.
Tapi aku nekad kat dalam hati, aku akan pastikan dia jadi milik aku.

Hari Ahad yang lepas, aku dan FZ pergi ke AmCorp Mall untuk baiki lappy aku.
Aku still nampak dia.
Tak tahan pulak aku tengok dia.

Akhirnya, atas keizinan FZ, aku dapat memiliki dia.
Hikhik...


Inilah dia yang buat aku angau.


Tak caye lak dia dah jadi milik aku sekarang..
Hikhik... Sukeee...

Tuesday, November 2, 2010

Tugas-tugas setiausaha

Korang dah sedia maklum kan aku nie kije sebagai setiausaha.
Kuli bos jek..

Orang kata jadi setiausaha nie kena pandai bodek bos.
Nanti bos makin suke kat kita.

Owh, aku tak suke bodek-bodek.
Kalau korang tak caye, korang tanya bos aku sendirik.
Aku tak pernah sekali pon bodek dia.
Nak kipas-kipas bos nie bukan kerja aku yee...
Tak reti.

Aku bersyukur sebab aku dapat bos yang baik, tak lokek dan sangat memahami.
Korang bayangkanlah masa aku nangis-nangis sebab gaduh dengan FZ hari tu, bos aku benarkan aku balik dan tenangkan fikiran kat rumah.
Padahal masa tu baru pukul 10.30pagi.
Bos ko ado macam nie?

Setiap kali aku period pain, bos aku senang-senang je luluskan mc.
Pastu masa aku single-single dulu, bos aku sibuk carikan jodoh untuk aku.
Hahahah... siot je bos aku nie.

Time aku takde duit, dia akan hulur sikit-sikit.
Kalau aku settlekan kerja cepat-cepat pon, dia akan hulur duit gak.
Bukan sikit.
Kadang-kadang RM10 okeh.

Patutlah rezeki dia makin bertambah-tambah.
Orang kedekut, rezeki liat sikit nak masuk.
Tapi bos aku nie rezeki mencurah-curah.

Ok, dah cukup cerita pasal bos kesayangan aku.
La nie kita cerita pasal tugas-tugas sebagai setiausaha.

Seperti yang kita tahu (waahhh, gile skema ayat!), jawatan setiausaha di conquer oleh perempuan.
Ada jugak setiausaha lelaki tapi tak ramai.
Setiausaha haruslah kelihatan cantik dan kemas.
Tak semestinya wajah harus jelita ye.
Wajah cantik tapi kualiti kerja out, nak buat apa?

Ok, sini aku nak berkongsi tugas-tugas setiausaha.

1) Datang awal daripada bos dan balik lewat daripada bos.
- Semestinya kerana kita akan pastikan bilik bos sentiasa kemas dan teratur bila dia datang awal pagi dan memastikan semua barang berada di tempatnya ketika bos balik. Dan jugak kita selalu ada untuk bos bila dia perlukan bantuan kita.
*AKU* - Tak susah nak jaga bos aku. Bilik dia, dia yang kemaskan sendiri. Dan bos aku datang awal. Pukul 7 pagi dia dah terpacak kat opis. Aku plak kul 8.30 tepat-tepat barulah nampak muka. Ape kejadahnnya aku nak datang awal dari bos aku? Takkan lah aku nak datang pukul 6.30 kot? Balik pun sama. Sharp pukul 5.30petang, aku dah blah. Bos ader ke takde ke, aku tetap balik... Nak tahu kenapa aku berani buat macam tu? Sebab masa mula-mula kerja dulu, bos aku cakap :-

"Nur, pukul 5.30 je, awak boleh terus balik. Tak payah tunggu saya. Nanti kita kena tangkap berdua, susah pulak."

Seeeeeee.... Aku suke statement dia okeh! Hakhak..

2) Buatkan minuman untuk bos di awal pagi, ketika bos ada tetamu dan masa-masa diperlukan.
- Setiausaha memang KENA PANDAI buat air. At least teh dan kopi.
*AKU* - Masa mula-mula kerja dulu, bos pernahlah suruh aku buatkan air untuk dia. Tapi aku punya gabra sampaikan kopi tu rase pahit sangat-sangat. Dia tak komplen tau. Cuma dia cakap,

"Pahit, Nur."

Hahahaha... Sejak tu dia dah tak suruh aku buat air lagi dah.
Cuma kadang-kadang aku buatkan air teh untuk dia.
Diulang, KADANG-KADANG.

3) Sentiasa memberi pertolongan kepada bos bila dia memerlukan.
- Setiausaha harus tahu banyak perkara so that boleh tolong bos dalam apa juga masalah yang dia hadapi.
*AKU*- Bos aku tak banyak songeh. Dia jarang mintak tolong dari aku. Kalau ader pun, bila dia ada masalah dengan mirc.word. Itupun jarang-jarang sekali.

4) Menjawab panggilan telefon.
- Mesti jawab telefon untuk bos. Kena tahu dulu siapa yang call before pass the call to boss. Takut ada orang yang kacau bos pulak, kannn... Itonasi suara mesti lembut dan ala-ala ramah gitu. Jangan buat terlebih ramah pulak. Tanya dengan cara yang lembut.
*Aku* - Part nie memang aku selalu malas. Tak suke dengar telefon berdering. Hadoiii... Aku leh migrain bile selalu dengar bunyi telefon. Bos aku pun sama. Dia sebenarnya tak suke sangat orang call dia. Dia malas nak jawab. Nak dial nombor phone orang pun dia malas.




Muke mesti manis macam nie bila jawab call ye...

5) Simpan dokumen penting & hal-hal peribadi bos.
- Sebagai setiausaha, kitalah orang yang paling banyak tahu hal-hal mengenai bos. So, kena simpan elok-elok. Jangan kasi pecah. Nanti kena buang kerja!
*Aku* - Bos aku takde rahsia. Apa yang aku tahu, semua staff dia tahu. So, aku takyah susah-susah nak simpan segala rahsia mak datuk nenek dia. Alhamdulillah, bos aku ni baik orangnya. DAN BERTERUS-TERANG.

6) Menjalinkan hubungan & melayan dengan baik dengan tetamu-tetamu bos.
- Bukan bermaksud menjadikan tetamu bos as a scandal okeh! Jangan salah paham. Maksudnya melayan dengan baik. Kenalah jaga nama baik bos, kan? Takkan nak layan acuh tak acuh je tetamu bos tu. Lainlah kalau tetamu tu gatal.
*AKU*- Setakat ni Alhamdulillah. Hubungan aku dengan tetamu-tetamu bos berjalan dengan baik. Bos aku nie banyak deal dengan orang atasan.

7) Mengendalikan jadual dan masa bos dengan baik.
- Namanya bos, kan? Mestilah dia selalu kena attend meeting situ sini. So, kita sebagai setiausaha perlu manage jadual bos dengan baik. Jangan sampai kita buat bos tergesa-gesa nak pergi meeting situ sini. Bos pun perlu rehat jugak.
*AKU* - Setakat nie bos aku tak banyak sangat pergi meeting. Bos aku memang suke berkurung dalam bilik dia dan buat kerja sendiri. So, jadual dia tak la pack sangat. Senang untuk arrange meeting untuk dia. Dia banyak masa free.

8) Menyediakan minit mesyuarat.
- Ini WAJIB. Semua setiausaha harus pandai dan lancar menaip dan menulis. Menulis mesti laju okeh. Boleh je gune recorder masa meeting tu. Tapi nampak macam tak pro laaa...
*AKU* - Aku selalu kena buat minit mesyuarat. Jenuh okeh. Tapi aku dapat bantuan dari opismate aku. Memang kena pandai gune short form dan menulis mesti laju. Kalau tak, mesti tak dapat tangkap point-point penting. Sambil menulis, sambil mendengar. Susah oooo...

Setakat ini itu je la tugas aku untuk bos.
Yang lain tu aku tak tahu sangat.

Mungkin setiausaha lain kena ikut bos pergi outstation laa...
Booking tiket flight bos laaa...
Ikut bos 24jam laaa...
Aku tak kena buat semua tu.

Apapun aku bersyukur sebab dapat bos macam bos aku sekarang.
Boleh dikatakan bos aku nie sangat sangat sangaaatttt memahami.
Tapi.......... . . . . tahun depan kemungkinan aku dapat bos baru.
Owh, bukan kemungkinan...
Tapi dah confirm!
Huhuhu...

Takut nak dapat bos baru. :-(

Monday, November 1, 2010

I miss this budak



Last jumpa dia 2minggu lepas.
Rupa-rupanya dia dah pandai bercakap.
Tapi taklah lancar sangat.



Kalau dulu dia susah sangat nak panggil aku ANGAH.
Biase dia panggil aku mama je.
Pastu lama-lama dia panggil aku "NAH".
Sekarang dia dah panggil aku "ANAH".
Agak pelat disituu...



Masa jumpa dia 2minggu lepas, dia takdela banyak meragam.
Dia dah pandai main sorang-sorang.



Pernah sekali dia duk kat dapur sorang-sorang.
Dia cuba nak bukak peti ais sebab dia tahu dalam peti ais tu ader coklat.
Tapi dia gagal.
Dia nangis.
Tapi aku dengan mummy buat derk je..
Saje tak nak layan karenah dia.



Last-last dia diam.
Dia berdiri je depan peti ais tu.
Tiba-tiba dia jerit, "ANAH!"



Alamak, ni mesti nak suruh aku tolong dia neh!



Memang pon.
Mummy gelak-gelak je.
Dia nak coklat, tapi aku bagi dia snek je.
Hehehee...



Masa aku nak update blog, dia datang mengacau aku.
Sibuk nak suruh aku bukak spongebob.
Last-last aku bukak gambar-gambar aku.
Tak sangka pulak dia ternampak gambar ini :-









Terus dia ikut mulut muncung aku.

Hahaha...
Kelakar betul budak kecik neh.
Mudah terpesong..

Owh, silalah jangan ikut aunty mu ini.
Nanti sesat anak sedara aku.

Hari tu aku tido rumah Kak Long aku.
Aku tido kat ruang tamu.
Sekali awal pagi, Fifi dah bangun.
Dia plak main dengan recorder kakak dia, Alia.
Hadoii... bingit telinga aku bila dia tiup recorder tu.
Saje je nak suruh aku bangun.

Nakal sungguh!
Hai, fifi... fifi...
Rindunya Angah kat Fifi...

Tanda kasih sayang dari dia

Weken kali nie memang tak best sangat.


Why?


Sebab tak boleh ber aktiviti sangat...
Maklumlah hujan lebat dan ribut melanda.


Biasanya hari Sabtu mesti aku dan FZ akan ke TLL.
Tapi kali nie kitorang tak jejak pon kat sana.
Malah takde plan pon nak kesana.
Bukan sebab dah bosan main wau okeh.

Pagi hari Sabtu, aku bangun lewat.
Pukul 12 gitu laaa.
Dah lama betul tak bangun lewat.

Cume pagi tu FZ datang rumah aku hantar breakfast.
Dia belikan aku nasi lemak lauk kerang.
Pergghhh... best betul nasi lemak tu.
Tambah plak aku makan dengan keropok keping.
Lagi naik selera aku.

Sebenarnya masa mummy aku datang 2 minggu lepas, aku de kirim barang-barang sikit.
Aku kirim keropok keping, keropok lekor losong, cili giling (cili giling KL tak best sangat. Masam je lebih. Ader tu terlalu pedas) dan baju-baju kurung sikit.

Aku makan nasi lemak, sms FZ kejap, pastu tido balik.
Kul 12, aku bangun, mandi-mandi dan siap-siap.

Kitorang plan pergi ke AmCorp Mall je.
Sebenarnya aku nak baiki lappy aku tuh.
Lappy aku tuh OKU.
Dia bisu.
Langsung takleh kuarkan sound.


So, aku carilah external speaker untuk lappy kesayangan aku tuh.
Akhirnya lappy aku boleh bersuara semula.
Now bila lepak dengan FZ, confirm kena selalu bawak lappy sebab kitorang leh tengok movie.
So, pasni aku dengan FZ akan kurang pergi tengok wayang.
Jimat la sikit.


Ahad, aku bangun awal.
Aku dan FZ dah buat appointment dengan tukang urut.
Aku nak berurut seluruh badan.

Lately badan aku kerap masuk angin.
Tengah syok buat kerja kat opis, urut-urat tangan aku timbul.
Pastu badan mula rasa lemah-lemah.
Kadang-kadang aku rasa badan aku rasa berat semacam.
Benda-benda macam nie buat aku rasa cepat penat.

Kadang-kadang aku suruh FZ urutkan belakang aku.
Kat tulang belikat tuh..
Banyak gile angin.

Jadi, pagi tu aku dan FZ pergi ke Pantai Dalam.
Tukang urut tuh duk kat situ.

Tukang urut tuh muda lagi.
Baru 37tahun.
Opcos la pompuan.
FZ takkan kasi aku berurut dengan lelaki.

Nampak badan tukang urut tuh kecik je.
Comel okeh.
Rupa-rupanya tenaga dia mengalahkan lelaki.
FZ urut aku takdelah sesakit dia.

Terjerit-jerit aku dibuatnya.
Tuhan je yang tahu.
FZ yang duk kat luar bilik pon dengar suara aku menjerit.

Tukang urut tu cakap urat-urat pinggang aku teruk.
Tapi dia dah betulkan.

Urat lain okey cume masuk angin.
Itu kata dialah.

Nama tukang urut tuh Hamiza.
Aku panggil dia Kak Miza.
Dia nie orang Jawa.
Dah kawin dan beranak 4.
Tapi dia punya body, macam budak lepasan sekolah.
Kecik je.
Tak caya aku umur dia dah 37tahun.

Nak tengok tanda kasih sayang Kak Miza kat aku?









Sakitt owhhh...

Dia urut aku dekat 2 jam.
Lama, kannn...
Dia urut 1 tubuh aku.

Akak nie peramah.
Banyak cakap.
Sambil berurut tu, kitorang sembang-sembang.

Kesian FZ terpaksa tunggu aku 2 jam.
Sampai dia naik mengantuk.

Habis berurut, FZ bawak aku pergi makan kat PJ.
Aroshi Bistro.

Selesai makan, FZ hantar aku balik rumah.
Dia suruh aku rehat.

Owh, aku tak boleh mandi sampai pukul 5 petang.
Katanya untuk elakkan angin masuk balik.
That's why la FZ hantar aku balik rumah.
Kalau tak, kitorang plan nak tengok wayang.
Ishhh... Terus cancel program.

Balik rumah, aku terus tido.
Lenguh-lenguh badan aku.
Aku bangun pukul 4.30 petang.

Aku bersiap-siap nak masak untuk FZ.
Dah lama sangat aku tak masak untuk dia.
Kesian plak asik nak makan kat luar je.
Pokai jugak dia.

Selesai masak, mandi-mandi then turun pergi ke kolam.

Owh, tubuh aku nie takde orang boleh sentuh buat sementara waktu.
Masih sakit-sakit.
Semalam masa FZ nak hantar aku balik depan rumah, dia nak pegang pinggang aku pon tak boleh.
Sakit sangat.

Dalam masa 4-5 bulan akan datang, aku kena pergi berurut lagi.
Ouch, duit laagiii...