Friday, December 31, 2010

Selamat tinggal 2010, Selamat datang 2011 dengan azam yang baru


Pic credit to google...

Tahun lepas seingat aku, aku takde azam apa-apa.
Bila takde azam nie, hidup jadi tunggang-langgang.
Takde motif nak tuju.
Takde ape yang nak dicapai.
Mungkin sebab tu hidup aku kucar-kacir sikit sepanjang 2010. *errr... sikit ke?

Tahun nie aku nak tanamkan azam baru.
InsyaALLAH aku akan cuba tunaikan azam baru nie.

Apa azam tahun baru aku?

1- meningkatkan keyakinan diri yang terlalu mudah berasa down dan menggelabah tak tentu pasal.

2- Ingin mengumpul harta benda selagi boleh. Selama nie asik nak simpan duit je.. Last2 duit kena kebas jugak dengan penyangak internet. Hampehhh...

3- nak meningkatkan prestasi kerja. Almaklumlah tahun baru nie aku dapat bos baru. Huhuhu... Takuttt.. First impression aku kat dia = kerek. Huhuhu... Aku nak bos macam bos sekarang yang baik hati tuh.

4- nak amik lesen! Umo dah 25 tahun pun, blum ada lesen lagi. Apa daaaa.... Malu jek... - sebenarnya dulu aku pernah amik lesen. Lagi 3 jam nak amik test JPJ. Tapi aku tak tahan sebab cikgu yang ajar aku tuh kureng ajar. Benda remeh pun nak dibesarkan. Merajuk la aku.. Pastu terus stop belajar dengan dia. Ingat nak sambung balik tapi aku busy belajar pulak. Sampailah sekarang nie tertangguh nak buat lesen.

Kali nie memang kompem jadi (KOT!) buat lesen nie sebab FZ dah cakap, dia akan jjadi bodyguard aku sepanjang aku amik lesen nanti. Sekarang pun aku dah try bawak kereta dia kat parking tempat dia kerja. So far ok je. Cume aku lemah bab bukit. Susah ohhh..

5- mencari cinta sejati.. huahahaha,, maklum la kengkawan sume dah kawin, beranak-pinak.. aku je yang ketinggalan zaman. Hohohoho... - Mummy, sila jangan memilih sangat calon menantu ye.. Nana takmo jadik anak dara tua ohhh..

6- Buang anasir-anasir luar yang menyemakkan fikiran.. Buat hal sendiri sudehhh..

7- Tukar style.. kalu dulu seksi, pakai skirt pendek bagai, pasni takmo dah pakai macam tu. sopan sikit laaa..

8- menguruskan badan / menurunkan berat badan - nak buang segala lemak-lemak tepu kat dalam badan nie.tak cantik bila pakai kebaya bila segala lemak terkeluar. shitttooo...!

9- nak improve dalam masakan. senang nanti kawin, tak janggal duk dapur. senang nak bagi laki makan nanti. errrr... kawin ke?

10 - meningkatkan tahap kerajinan dalam diri. sebelum nie asik malas je.. sume kije asik tertangguh je. tak buleh jadik neh!

==> harap-harap semua azam aku di atas nie tercapai. kalau tak capai 100% pun, capai 50%-60% pun dah ok,...

Ape azam tahun baru korang?

Apapun, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU kepada semua readers blog aku termasuklah silent readers.

Thursday, December 30, 2010

Malam ini.. nak kongsi macam-macam cerita

Malam ini...
Ku sendiri...
Tak ada yang menemani..
Seperti malam-malam yang sudah-sudah...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tetibe je aku nyanyi lagu Munajat Cinta.
Wahh.. tetengah malam nie aku jiwang pulak.
*nanges...

Sejak cuti seminggu nie, aku jadi susah nak lelap.
Tidur pun sekitar pukul 2-4pagi.
Tak tahulah kenapa.

Nak kata hati tak tenang, takde la pulak macam tu.
Nak kata bersedih tu, takde la.
Sedih time FZ hantar aku balik rumah malam-malam tu ader la.
Kengkonon nak tunggu jumpa esok hari, macam setahun rasenya.
Oh, silalah pengsan ya...

Esok FZ balik kampung.
Inilah peluang aku untuk kemas rumah dan barang-barang aku.
Bosan ohhh kalau duk saja je.
Nak ngadap tv pon takde citer best.

Nie nak kutuk astro sikit.
Sikit je eh..
Astro nie memang hampeh gedebussshh..
Mentang-mentang la dia monopoli siaran tv berbayar, dia buleh sesuke hati je buat keputusan tanpa tanya pendapat pengguna.
Sesuka hati naikkan harga.
Sesuka hati tukar channel dan sesuke hati buang channel best-best.

Dulu aku minat gila channel Kirana.
Tup-tup diorang buang channel tu dan buat channel 3 rangkaian berbayar- Astro Mustika.
Astro Citra, Astro Warna dan Astro B4U.
Bengang betul aku.

Tahulah buat bisnes..
Tapi agak-agak laaa..
Kang kalu orang tak langgan, syarikat ko jugak yang bangkrup.
Macam Mega TV dulu...
Baru padan muka.
Sombong sangat.

Prestasi tak naik-naik.
Hujan sikit je, terus siaran tergendala.
Pastu citer pulak ulang-ulang.
Dalam 24 jam tu, mesti ada 1 movie yang dia akan ulang tayang.
Muak ok.. muak...

Eh, dah terlebih pulak.
Kata nak kutuk sikit je.
Ini dah berkarung-karung nie.
Hehehe...
Sedap pulak mengutuk tengah malam nie.

Citer bab rumah...
Adesss... tak sabar rasanya nak masuk bilik baru.
Start 1 Jan 2011, aku akan tukar bilik.
Dari bilik utama yang kongsi 30rang, aku akan masuk bilik medium yang kongsi 2 orang je.
Lebih privacy.

Tak sabar nak hias bilik baru.
Sewa dah dibayar.
Sepatutnya aku dah boleh masuk dalam bilik baru tu tapi orang yang sepatutnya keluar dari bilik tu belum keluar lagi.
Tak apalah.
Aku tak kisah.
Biarlah dia duduk kat situ sampai 31hb nie walaupun mase dia mula-mula masuk dulu adalah pada 25hb.
Genap 1 hb, aku pulak nak masuk.
Nak kemas mana-mana yang patut.

Eh, dah lama aku tak cakap pasal FZ kan?
Aku dan dia still ok.
Cume dah jarang jumpa malam-malam.
Jumpa siang-siang je.
Maklumlah dia sekarang ni busy.
Cari duit lebih.

Sekarang nie kitorang tengah cari masa yang sesuai untuk pergi bercuti sama-sama.
Lokasinya adalah dirahsiakan.
Bila dah pergi bercuti nanti, aku akan upload gambar banyak-banyak.
Ingat nak ajak adik aku dengan makwe dia sekali nanti.
Tapi tengoklah macam mana.
Bajet pun kena difikirkan jugak.
Dah la banyak barang nak beli.

Starting from now, aku nak kumpul harta benda sikit-sikit.
Senang di kemudian hari semua barang dah ada.
Aku taknak jadi macam orang lain yang kedekut tapi satu harta benda habuk pun takde.

Orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Tak gitu?

Ok, itu bab cinta.
Sekarang nie kita masuk bab kesihatan pulak.

So far, batu karang aku pun dah ok.
Kalu nak kencing pun dah tak sakit.

Cume 1 je, lately aku sakit pinggang.
Berdenyut-denyut.
Pinggang sebelah kanan.
Aku malas dah nak pergi klinik.
Dah penat.
Nanti ubat ape lagi yang aku kena makan.

Akhir-akhir nie pun aku kerap demam.
Mungkin sebab cuaca.
Sekejap panas, sekejap hujan.
Antibodi aku nie memang tak kuat pun.

Ok, habis bab kesihatan.

Lain kali la pulak kita sambung.
Mata aku dah ngantuk nie.
Akhirnya!
Hoyehhh...!
Nak tidur.

Gudnite.. Sweet dream.. Sleep tight.. Love u... *ini ayat sms dari aku untuk FZ tiap-tiap hari sebelum tidur.

Dan FZ akan balas (tiap-tiap hari jugak),

Abang tido dulu ya. Abang terlalu sayangkan sayang dan cintakan sayang sangat-sangat. Abang taknak kehilangan sayang. Mimpi yang indah-indah ya, sayang. Gudnite. Salam..

Hahahaha... aku hantar pendek je.
Tapi dia balas punyalah panjang..
Hehehe...

Eh, sudah-sudahlah tuh!
Tak habis-habis..
Pergi masuk tidur, Diana!

Tahniah Malaysia!

Inilah barisan kita..
Yang ikhlas berjuang..
Siap sedia berkorban..
Untuk ibu pertiwi...
__________________________________________

Tahniah Malaysia di atas kejayaan memenangi Piala Suzuki AFF 2010 dengan agregat 4-2.
Cayalah Malaysia.
Ini tandanya Malaysia Boleh!

Wahhh.. excited betul aku.
Sekurang-kurangnya Malaysia dapat membuktikan bahawa kemenangan itu akan berpihak pada yang benar.

Weh Indon, kitorang tak payah la main laser-laser bagai...
Tak payah nak main dukun.. tak payah nak main kotor.
Tak payah main coli yang ada laser.
Even kalau korang pakai seluar dalam laser pun, belum tentu korang menang.
Berjuang dengan ikhlas sudehhh...

Dan kalau dah kalah, buatlah cara orang yang kalah.
Tak payah nak tunding jari pada pihak lain.
Perbaiki diri tu sudahhh..
Tengok gaya korang main pun dah tahu korang nie jenis main kotor.
Tolak orang sana-sini..

Tapi aku respek kat Bambang.
Rilex je.
Takde nak gaduh-gaduh.
Siap bagi compliment kat Safee..

Oh, Safee...
Kamulah penyelamat nama Malaysia.
Saaaayang sangat kat kamu ohh..

Apapun, pasukan Malaysia is the best!
Inilah pasukan pelapis untuk sukan bola sepak negara kita.

Di atas kemenangan Malaysia, kerajaan telah mengumumkan esok cuti!
Hoyehhh..hoyehhh..hoyehhh...!
Tapi aku memang bercuti pon.
Cuti 1TM.
Seminggu ohh..
Nanti opis aku akan bagi cuti tambahan lagi 1 hari ke?
Harap-harap la ada.
Tak puas cuti lagi neh.
Hahahaha...

Eh, tetibe aku update blog?
Hehehee..
Kak Aiza bagi aku pinjam lappy dia sementara dia pergi Bali.
Enak banget dehh berlibur di Bali.
Jangan bawa pulang jodoh dari Bali sudehhh..

Terima kasih akak sebab bagi saya pinjam lappy nie.
Takde la saya bosan sangat duk rumah. :-)

Friday, December 24, 2010

LAST ENTRY FOR THIS YEAR

Ini adalah entri last untuk tahun ini. (Mungkin!)
Sebab aku dah tak boleh nak online lagi dah lepas nie.
Kenapa??

Sebab lappy aku rosak.
Skrin pecah.
Hohohooo...!
Mencik!

Tapi takpe.
Akan aku beli lappy baru dalam masa yang terdekat.

Nak online kat opis dah tak boleh sebab hari nie adalah hari last aku bekerja untuk tahun nie.
Start esok aku bercuti sampailah 3hb Jan 2011 nanti.
Perghhh... lama kan aku cuti.
Melangut la sorang-sorang aku duk rumah.
Orang lain sibuk pegi kerja.
Huhu...

Oklah, aku nak balik dah nie.
Balik awal sikit...
Lagipun start tahun depan aku dah takleh balik awal.
Huhuu...

Chow!
Babai.


Sepanjang Tahun 2010

Tak lama lagi kita akan memasuki tahun baru, yakni tahun 2011.
Diharap tahun baru dapat memberi sinar baru dalam hidup aku.
Tanamkan kegembiraan, lenyapkan penderitaan.
Gituuu.... Berfalsafah pulak.

Sepanjang tahun 2010 macam-macam perkara gembira dan sedih dalam kehidupan aku.
Tapi itu semua warna-warni kehidupan.
Walaupun banyak cabaran yang aku terima, alhamdulillah aku boleh hadapinya dan meneruskan kehidupan macam biasa.
Alhamdulillah.

Januari 2010

- Permulaan tahun yang agak kurang baik.
Awal tahun dah buat aku stres dengan kerja dan kehidupan peribadi.
Masa tu aku still dengan A.
Tapi....... aku langsung tak jumpa dia.
Dia sibuk dengan perempuan lain.

Februari 2010

- Aku balik kampung.
Memang kalu time raya Cina, aku akan balik kampung.
Sebab mase tu la aku boleh cuti lama-lama.
Time nie aku dah hidup solo.
Single-mingle...
Masa aku hanya dihabiskan dengan Faras dan Faridah saja.

March 2010

-Aku banyak menghabiskan masa dengan kengkawan.
Time nie memang aku ada ramai skandal.
Nakal tak hengat.
Aku nak lupakan A yang selalu sakitkan hati aku.
Aku keluar dengan laki tu, aku keluar dengan laki ni...
Foya-foya je lebih.
Apapun, hidup aku happy.
Hati aku pun tak sakit.

April 2010

- Aku berkenalan dengan F.
Oh, aku jatuh cinta kat dia pandang pertama.
Mati-mati aku ingat dia tu bujang.
Rupa-rupanya laki orang.
Hohoho..
Tak lama pun aku kapel dengan dia.
2 minggu je.
Pastu status dia kantoi... sebab aku korek sendiri rahsia dia.
Dia menyesal tak sudah tipu aku.
Till now, dia still pujuk aku untuk kembali dengan dia since dier dah nak bercerai dengan wife dia.
No way, man!

Pastu A pulak datang pujuk aku jugak.
Dia bagi aku hadiah jam tangan Guess.
Dia ingat aku nie mata duitan.
Ingat hadiah macam tu boleh tutup mata aku tentang kesalahan kau?
Tidak, okeh!

May 2010

- 4 May - perkenalan aku dengan FZ.
Tapi masa tu niat aku just nak main-mainkan dia je.
Yelah, lelaki sekarang mana boleh percaya sangat.
Aku just hang out je dengan dia.
Isi masa lapang la katakan..

Akhir bulan, aku balik kampung.
Risau betul dia masa aku balik kampung tu.
Yalah, dia takut aku curang..
Huahaha...

Jun 2010

- Tetibe TERjatuh hati pulak kat FZ.
Cane tuh?
Tiap-tiap minggu ader je program kitorang.
Pergi Ulu Yam, Batu Caves... pastu Taman Layang-layang...
Aku banyak menghabiskan masa dengan FZ.
Pagi, petang, siang, malam aku bersama dengan dia.
Maklumlah, cinta baru berputik.
Uwekkkkk...

27 Jun - pes time dapat bunga.
FZ kasik.
Heheh... Suke sangat masa tuh.

Julai 2010

- Macam bulan Jun, aku sibuk dengan FZ.
Sana sini pergi dengan dia.
Oleh sebab dah lama tak jumpa Faras dan FZ tahu aku rindukan Faras, FZ ajak kitorang jumpa.
Lepas rindu aku kat kawan aku.

Masa ni jugak aku kena kencing kotor.
Perghh... tak tahan beb.
Dah la aku jenis takut nak makan ubat.

August 2010

- A cari aku semula.
Ntah ape motif dia, aku pun tak tahu.
Bila aku dah happy, baru terhegeh-hegeh nak cari aku semula.
Mula-mula aku nak rahsiakan dari FZ.
Tapi tak jadi sebab tak tergamak nak buat dia macam tu.

Tapi ader pulak malaun sial datang antara aku dan FZ.
Dia yang beriya-iya cerita keburukan aku kat FZ semata-mata nak putuskan hubungan kami.
Dasar orang Felda tak sedar diri!
Opsss....

Ramadhan pun menjelma.
Aku masih betul-betul marah dengan FZ.
Sampai FZ merayu-rayu melutut la mintak maaf.
Nasib baik sayang...
Kalau tak, maunya aku bagi pelempang patploh kali.
Ganas disitu...

September 2010

- Raya Aidilfitri!
Hoyehhh!
Happy-happy-happy...
Selera makan membuak-buak.
Ganti balik sebab takde selera masa bulan puasa tu.

Aku dengan FZ pulak meneruskan aktiviti jalan-jalan kami.

A?
Dia dah pasrah.
Dia dah boleh terima kenyataan yang aku memang takkan balik semula kat dia.
Yalah, takkan la aku nak masuk dalam mulut buaya macam dia lagi?
Aku dah serik...
Hidup dengan dia memang ditabur dengan duit.
Tapi apa gunanya duit kalau hati nie sakit?

Tapi A dah benci aku...
So, what?
Dia yang sakitkan hati aku.
By the time dia nak aku semula, pastu aku tak terima... salah aku ke??

Oktober 2010

- Ini adalah bulan mengidam.
Banyak benda yang aku teringin nak makan.
Nasib baik FZ memahami.
Dicarinya makanan yang aku nak.
Hehehe...

Pastu peristiwa aku dan kawan-kawan yang bergaduh.
Aku tak sangka peristiwa petang hari Sabtu tu buat aku putus kawan.
Takpelah..
Mungkin rezeki persahabatan kitorang sampai setakat tu aje.
Sedih tu memang la sedih.
Tapi sabar aje la..

November 2010

- Bulan jalan-jalan dan beraktiviti.
Macam-macam yang aku dan FZ buat dalam bulan nie.
Cume dalam bulan nie aku kuat sentap dengan FZ.
Tak tahu la kenapa.
Hormon tak betul sikit kot..

December 2010

- Bulan suweiii...
Start 1hb je, terus-menerus hidup aku dilanda dugaan.
Bukan sikit...
Dugaan yang berat-berat.
Nasib baik ada tangan yang membantu.
Terima kasih pada FZ, adik-beradik dan bos yang sudi membantu.

Pastu aku pulak kena batu karang.
Seksa gila.

Hari ini (25 Dec 2010), barulah masalah aku settle.
Sewa rumah, hutang-hutang, masalah dalam rumah (bilik air) dah selesai.
Itulah, kalau dugaan datang , bertimpa-timpa.
Tapi bila 1 masalah settle, masalah lain pun akan settle jugak.
_____________________________________________________

Diharap, tahun 2011 membawa sinar baru dalam hidup aku.
Cukup-cukuplah dengan apa yang aku lalui sepanjang 2010 nie.
Dah penat bersedih dan mengeluh.

Azam tahun baru?
Belum difikirkan lagi.
Tapi rasanya aku nak improve diri sendiri terutamanya dari segi kewangan.
Susah la hidup takde duit...
Sesak!

Hoyehhh...!

Sampai je opis semalam, aku terus hantar email kat pihak HR berkenaan dengan gaji aku.
Kot-kot la ader progress ke...
Manelah tahu, kan..
Bab duit nie tak leh la buat main-main.
Nak-nak aku nie yang tengah terdesak nak pakai duit.
Nak bayar itu ini..
Pening kepala ohh pikir pasal duit nie.

Betul orang cakap, zaman sekarang nie duit adalah raja.
Nak bergerak sikit pun, kena guna duit.
Kalau takde duit, duk rumah dendiam.
Jangan gi memana.

Pukul 11 lebih pagi gitu, HR balas email aku.
Diorang cakap system bank tengah down.
So, diorang janji gaji aku akan masuk paling lewat 24 Dec.
Ok, fine.
At least ader jaminan kat situ.

Semalam banyak kali jugak la aku check Maybank2u.
Kot-kot la gaji aku dah masuk.
Tapi takde.

Takpelah.
Kan HR dan janji gaji aku akan masuk sebelum aku bercuti.
So, aku sabar aje lah dulu.

Balik kerja semalam, aku balik rumah, masak-masak.
FZ teringin nak makan masakan aku.
Dia mengidam nak makan kuah sardin.

So, aku masak la sambal sardin dan telur dadar.
Sudah je masak, aku terus pergi ke kolam.

Lepak-lepak jap dengan Ali dan FZ.
Pastu baru makan.
Nasib baik sardin aku tu menjadi.

FZ nie cerewet sikit bab makan.
Dia nie semua makanan dia telan tapi 1 je...
Kalau tak sedap, dia akan tolak makanan tu ke tepi.
Setakat nie apa yang aku masak, kena dengan selera tekak dia.
Kalau dia tolak tepi masakan aku, memang aku akan sentap.
Patplohpat tahun aku takkan masak untuk dia.
Baru padan muka.

Lepas makan, lepak-lepak lagi.
Puas lepak, baru balik rumah.
Sampai je kat rumah, hati aku terdetik nak check Maybank2u.com.
So, aku pun pinjam lappy Kak Aiza.

WHOA!!!

GAJI AKU DAH MASUK!

WEEEEEEEE..............

Hai, senangnya dalam hati..
Gajiku sudah masuk..
Hehehe...

Lepas ni buleh aku settle kan semua hutang-hutang aku.
Leganya.
Seksa oh hidup takde duit.

Apapun, thanks pada pihak HR kerana telah menjalankan tugas dengan baik dan menepati janji.
Alhamdulillah.
Syukur sangat-sangat.
Hilang beban aku pasal duit.


Thursday, December 23, 2010

Di persimpangan dilema.. Huhuhu

Kak Nora sore sedap, saya pinjam tajuk lagu Kak Nora ye.
Buleh?
Kalau tak buleh, takpelah.
Sebab saya dah gune pon.
Heheh..

Eh, lupe plak nak bagi salam.
Salam semua.
Sihat ke dok?
Aku kat sini sihat fizikal.
Mental tak berapa sihat sangat.
Hohoho...

Kenapa mental aku tak sihat?

SEBAB GAJI AKU TAK MASUK LAGI!!!

Warghhhh.. tension aku!
Orang lain dah bersuka ria melabur duit gaji.
Aku nie plak tak masuk-masuk lagi.
Cane?

Nasib baik ada bos yang memahami & pakwe yang baik.
Diorang la yang banyak support aku.
Kalau tak, aku kais pasir pastu goreng letak kicap.
Huhu..

Aku dah deal dengan pihak HR dan Maybank.
Maybank suruh HR aku contact diorang.
Tapi HR aku plak duk ulang-ulang cakap "kitorang HANYA TUNGGU reject report dari bank".

Yalah, aku paham.
Tapi korang deal laaa sama-sama.
Jangan nak menunggu jee....
Kalau tak, sampai bulan depan pun gaji aku tak masuk.

Aku dah kasi nombor pihak Maybank untuk dihubungi.
Itupun payah sangat nak buat.

Haiyohhh...
Dugaan sungguh!

Sabor Diana... Sabor...
Minggu depan seluruh opis aku ni cuti.
Opis akan dibukak balik 3hb Januari tahun depan.
Kalau seminggu lepas cuti ni gaji aku tak masuk lagi, tahulah apa yang aku nak buat.

Hangin la jugak kan...
Banyak benda yang aku nak buat dan bayar.
Nak bayar sewa rumah, bil air & elektrik, pastu nak baiki paip dalam rumah aku lagi.
Pasal paip tu aku suruh FZ je baiki.
Tapi tunggu bila aku cuti nanti.
Nak panggil plumber, tak boleh.
Caj mahal.
Aku kan kena jimat.
Takdok duit lorhh...

Oh, entri nie sebenarnye bukan nak citer pasal duit gaji aku tuh.
Aku nie selalu je terbabas.
Haiyohh...

Sebenarnye aku nak cerita pasal opis aku ni.
Tahun depan, 3hb Januari 2011, aku akan dapat bos baru.
Diulang... BOS BARU.

Whoa!
Weeee...

Oh, teruja ke?
Huhuhu... :-(

Dengar citer,.... dengar je la kan..
Orang-orang opis aku cakap la....
Bakal bos aku nie ... erm..ermm... ader perangai sikit.
Eh, tak sikit laaa...
Banyak jugak.
Huhu..
Takut ohhh..

Itu gosip-gosip je la.
Tak tahu la betul ke tak.

Tapi sebagai secretary yang langsung tak bertauliah cam aku nie, bila time nak dapat bos baru itu sangatlah menakutkan.
Mana tak takutnye...
Selama nie bos aku baik yang amat..
Pastu memahami..
Tak kerek...
Takde pon nak marah-marah.
Lagi dia usik aku, ader la..
Pastu siap bagi upah lagik.
Pastu dia layan aku macam anak dia, bukan macam staf.
Pastu dia sangat sporting... buleh diajak bergurau.
Pastu dia tak ngada-ngada.
Aku tak payah kemas bilik dia..
Aku tak payah buatkan air untuk dia.
Pastu kalau nak cuti ke, mc ke.. senang je dia approve.
*Banyak nau pastu... Hiks..

Pasni apakah nasib aku akan berubah?
Hohoho... *nanges..

Kepada bakal bos baru saya... *tetibe cakap saya pulak..
Bos buleh panggil saya Diana je.
Tak buleh panggil Nur sebab itu panggilan manja bos lama untuk saya. Auuwww...
Pastu bos tak boleh kerek-kerek.
Sebab saya tak suka.
Bos tak payah suruh saya buat air teh ke kopi ke sebab saya tak reti nak buat.
Kalau bos nak jugak, saya buleh buatkan tapi tak jamin sedap.
Atau saya akan suruh tea lady opis saya yang buatkan.

Lagi 1, kalau bos nak bagi arahan, biar ringkas dan jelas.
Kepala otak saya nie lambat pick up.
Kalau bagi arahan yang tak berapa jelas dan panjang berjela-jela, nanti lain yang bos nak, lain pulak yang saya buat.
Bos jangan pulak suke menyindir-nyindir dan marah-marah tak tentu pasal sebab opismate saya semua tak suke.
Bos boleh bersikap tegas tapi biarlah adil ya.

Saya akan sayang bos macam saya sayang bos lama saya.
Saya akan jalankan tugas saya sepertimana saya jalankan tugas saya ketika bersama bos lama saya dulu.

Sayang bos lama...
Sayang jugak bos baru.
Hiks...

*Dalam hati ader debaran ohhh... Huhuhu..

Wednesday, December 22, 2010

Melalut ketika tidur

Assalamualaikum...
Tak jawab dosa..
Kalau jawab dapat pahala.
Heheh..

Aku ada cerita nak kongsi dengan korang pepagi ni.
Tak tahu la bagi korang lucu ke tak tapi bagi aku memang kelakar habis laa..

Kisah melalut ketika tidur.

Korang mesti pernah alami benda nie, kan?
Tipulah kalau tak pernah.
Tipu dosa tau.
Nanti masuk api neraka. :-P

Aku pernah melalut macam tu.
Semalam pun aku melalut.
Tetibe je..
Tak tahu la tabiat ke ape..

Gini, semalam aku balik awal dari opis.
Stress dowh.
Duk opis lama-lama pon aku takleh buat kerja gak.
Lagipun aku takde kije nak buat.
Semua kerja aku dah settle sebelum cuti seminggu bermula minggu depan.

Sampai je kat rumah, aku terus tidur kat ruang tamu.
Stress la katakan.
Nak tengok tv pon takde mood.
Nak layan internet pun takde mood gak.
So, tidur je la jawabnya.

Aku nie jenis akan tidur lena bila tv terpasang.
So, sebelum tidur aku bukak tv dulu.
Kompem lena.

Sekitar pukul 5.45 petang, aku terjaga dari tidur.
Itupun sebab aku dengar bunyi orang masuk dalam rumah.
Aku try bukak mata.
Berat gile mata nak bukak.
Tapi aku nampak Kak Aiza masuk.

Terus aku cakap kat dia,

"Akak, saya tak tengok pon tv akak..."

Pastu aku pejam mata aku semula sebab nak sambung tidur.
Tapi tak jadi sebab aku dengar Kak Aiza jawab,

"Lahh... Takpelah awak nak tengok ke tak. Akak tak kisah.."

Masa tu terus aku terjaga 100%.
Tersedar tadi aku melalut.
Hadoiii...

Ape kes aku nak bagitahu Kak Aiza, aku tengok ke tak tv dia.
Hehehe... Termalu disitu.

Itu kisah semalam.
Hari Sabtu baru-baru nie pun aku melalut gak.

Lepas balik dari KLCC, aku kan rehat kat rumah.
Pastu aku macam biase la.
Tidur.
Cuaca pulak best je.
Mendung + sejuk + berangin.
Memang syok la tidur.

Pukul 5 petang gitu, FZ call aku.
Aku ada bagitahu dia aku nak tidur tadi.
So, dia call sebab nak kejutkan aku.
Aku jawab call dia sambil mata tertutup.

FZ : Ayang, bangun!
Aku : Huh?
FZ : Ayang, dah pukul 5 dah nie.
Aku : Ha, yeke?
FZ : Yalah... Habis tu pukul berapa?

Aku bukak mata sebab nak tengok jam kat dinding depan aku tuh.

Aku : Baru pukul 5 pagi la, abang. Kenapa awal sangat kejutkan sayang ni?
FZ : Ayang nie kenapa? Mengigau ke?
Aku : Ha?
FZ : Sekarang pukul 5 petang la sayang. Hahaha...

FZ dah start gelak dah.
Aku terus bangun dari sofa dan tengok ke luar sliding rumah aku tuh.
Cuaca mendung.
Sejuk je macam waktu subuh.

Aku : Eh, yeke nie? Hehehe..

Oh, termalu jugak disitu.
Mati-mati aku ingat masa tu waktu subuh.
Hadoiii...

Dasat aku, kan?
Macam-macam hal la...
Hehehe..

Monday, December 20, 2010

Akhirnya...

Kisah Harry Porter tak habis lagi neh.
Hari Sabtu tu aku tak dapat tengok sebab orang ramai kannn.
So, FZ ajak aku pergi MidValley hari Ahad.
Tengok wayang tu kat situ.

Sabtu malam aku check dalam internet pukul berapa movie tu start pada hari Ahad.
Tengok-tengok pukul 11pagi.
Ok, aku set dengan FZ.
Confirm kena pergi.
Nanti meroyan tak dapat tengok.

Gigih aku bangun awal.
Orang lain asal weken je amik peluang bangun lewat.
Aku nie, Harry Porter punye pasal, sanggup bangun awal.

FZ kejutkan aku pukul 8 pagi.
Tapi aku tak bangun lagi.
Sambung semula tido sampai pukul 9 pagi.

Pukul 9, bersiap-siap semua.
Mandi, gosok baju...
Itupun terlewat jugak sebab bilik air penuh.
Bergegas la aku bersiap sebab janji dengan FZ nak bertolak pukul 10 pagi.

Memang MidValley tu dekat je dengan rumah aku.
Tapi nak cop parking punya pasal.
Tak boleh pergi lewat ke MV sebab nanti parking penuh.

Sampai MV pukul 10 lebih.
Parking banyak yang kosong.
Pilih je mana satu yang nak.

Masuk MV, terus meluru ke kaunter tiket wayang.
Terjumpa pulak blogger opis aku. LiyanaRoxx.
Dia and the gang nak tengok Narnia.

Orang lain dah nak tengok Narnia, aku plak terkedek-kedek baru nak tengok Harry Porter.
Oh, terasa diri ini ketinggalan.
Huhu..

Akhirnya dapat gak tengok Harry Porter.
Sukenya hati...

Jalan-jalan jap sementara tunggu dewan wayang bukak.
Pagi-pagi kat MV takde la ramai sangat orang.
Cube kalau dah tengahari dan petang, perggghhh.. sesak sampai berhimpit-himpit.

Dalam pukul 1.30 lebih, movie Harry Porter nie habis.
Confirm untuk Part 2 nanti, aku akan tengok lagi.
Tak kire...

FZ memang tak follow dari awal movie nie.
So, dia tak faham.
Banyak kali gak la dia menguap.
Hehehe.. Sian dia.

Balik dari MV, aku terus balik rumah.
Nak rehat pulak.

Puas hati oh dapat tengok filem kegemaran.




Ni gambar-gambar lama.
Kat kedai makan area Taman Datuk Harun, PJ.
FZ saja nak test kamera hp dia.
Dia nak setting kat bahagian lighting..

Sekian...

Waffles

Hari Sabtu baru-baru nie, aku ajak FZ pergi KLCC.
Dah lama sangat-sangat aku tak pergi sana.
Rasanya hampir 4-5 bulan gak kot.

Aku ajak pergi sana sebab aku nak tengok wayang.
Citer HARRY PORTER.

Hohohoh... jangan gelakkan aku oh.
Aku tau la korang dah lama tengok citer tu.
Aku je baru terkedek-kedek nak pergi tengok. :(

Kitorang pergi naik LRT.
FZ cakap nak pergi dengan kereta.
Tapi aku beriya nak naik LRT.
Cepat sikit.

Awal-awal aku dah check dalam internet, movie tu start pukul 12.30.
Aku sampai sane pukul 12.25.
Ingatkan sempat nak beli tiket.
Sekaliiiii... tengok orang beratur panjang nak beli tiket.
Terus tak jadi pergi tengok.

Sedih tu jangan cakap la.
Sebab aku nie peminat Harry Porter.
Eh, peminat MOVIE Harry Porter.
Aku follow setiap sekuel movie tu.

Tapi takpelah.
FZ pujuk cakap esok (Ahad) pergi tengok kat MidValley.
Hoyehhh...

So, takde benda nak buat.
Kitorang jalan-jalan je sekitar KLCC tu.
Perghh.. orang ramai gila.
Sesak.

Kitorang pergi makan dulu kat food court atas tu.
Bukan yang kat tengah yang ada Cafe Milano tuh.
Tapi kat tingkat 4 kot.. ke tingkat 5 gitu lah.
Tak sure pulak.
FZ dah mengadu lapar.
Mula-mula aku dan FZ makan nasi ayam je.
Malas nak pergi gerai lain sebab gerai lain ramai orang.
Malas nak beratur.

Lepas makan nasi ayam, FZ pulak terliur tengok waffle kat gerai belakang kitorang.
Terus FZ belanja makan waffle plak.

Waffle Choc- A- Nut + ice cream.

Tinggal separuh je.
Separuh lagi dah masuk dalam perut aku dan FZ.
Hehehe..

Ini waffle dalam piring FZ.


Ini plak dalam piring aku.

Terbaekk la waffles nie.
Dah la tebal.
Sedap.
Pastu harga pun berpatutan.
Berbaloi-baloii...

Lain kali nak makan lagi la waffle nie...
Nak try perisa lain plak.

Thursday, December 16, 2010

Tegurlah aku andai aku bersalah

Dalam dunia ni, takde sape pon yang sempurna.
Masing-masing ada kelebihan dan ada kekurangan.
Tak ada sesape pun yang sempurna semuanya..
Dialah yang cantik, dialah yang hebat dalam semua benda... TAK ADA!

Aku pun macam tu.
Aku sedar aku nie banyak sangat kelemahan.

Entri nie bukan aku nak reveal kelemahan diri tapi sebagai pengajaran dan panduan untuk semua orang.
Ini semua aku sedar selepas aku bermuhasabah diri semalam.

Dalam family, aku akui akulah yang paling nakal.
Akulah yang paling banyak bawak masalah.
Akulah yang selalu memeningkan kepala mummy dan daddy.
Akulah anak yang paling kuat melawan cakap.
Daddy suruh aku buat itu, aku buat ini.
Mummy mintak tolong sikit, aku suke tangguh-tangguh.

Selepas aku bekerja jauh dari family, baru aku tahu aku sayangkan family aku.
Aku cube tebus balik kesilapan aku.
Family aku susah sejak daddy pencen dan dia sakit jantung.
Mummy pulak ada darah tinggi.
Tapi mujurlah adik-beradik aku ramai yang dah bekerja.
Tinggal 2 orang je lagi adik yang ditanggung.

Tiap-tiap bulan aku bagi duit kat mummy dan daddy.
Walaupun sikit tapi boleh buat diorang belanja benda-benda penting dalam rumah.
Nak bagi lebih pun tak boleh sebab gaji aku pun ciput.
Kalu gaji ribu riban tu, takpelah jugak.
Gaji aku kat sini sekadar cukup-cukup makan je.

Alhamdulillah, aku boleh membalas jasa keluarga aku dengan cara nie.

Dalam bercinta, aku pun banyak buat silap.
Kalau tak caya, tanya FZ.
Aku nie dikategorikan kuat cemburu.
Kuat melawan pun iya jugak.
Cakap aku je yang mesti FZ dengar.
Cakap FZ aku tak nak dengar pon. *ader la dengar sikit-sikit.
Pastu banyak keputusan dalam hubungan, aku yang buat.

Tapi itu dulu.
Lately, aku dah cool sikit.
Dah jadi isteri mithali pulak.
Ikut cakap suami.
Huhuhu...

Dalam berkawan pun sama.
Aku banyak buat silap.
Masing-masing nak ikut kepala sendiri.
Sepatutnya kena tolak-ansur dan memahami.

Kalau aku tahu kawan aku keras kepala, sepatutnya aku yang kena lembutkan dia.
Bukan buat keras kepala jugak.
Barulah aman.

Tapi itulah.
Memang silap aku.

Aku sebenarnya dah penat.
Hidup tak habis-habis dengan masalah.
Tiap-tiap hari mengeluh.

Mangsanya adalah FZ.
Dialah pendengar setia aku selama ni.
Lama-lama aku rase telinga dia bernanah kot asik dengar masalah aku je.

Macam semalam.
Aku ada terase hati dengan salah seorang family members aku.
Punyalah aku mintak tolong tapi dia langsung tak nak tolong.
Kejadian nie berlaku masa aku call dia.
Aku menangis tak henti-henti.
Terasa sangat-sangat sebab selama nie orang mintak tolong aku, aku jarang tolak.

Tapi takpelah.
Takkanlah aku nak paksa orang tolong aku pulak, kan?
Redha ajelah.

Lately FZ pun sibuk jugak.
Cume akhir tahun nie atau awal tahun depan barulah kitorang plan sesuatu.
Untuk tebus balik masa yang dia tak dapat luangkan untuk aku akhir-akhir nie.

Pastu masalah pulak menimpa-nimpa.
Kes dengan Maybank tak settle lagi.
Maybank kata nak hantar surat penjelasan kat aku tapi sampai sekarang tak sampai-sampai lagi.

Pastu kes rumah sewa.
Rasa bersalah sangat sebab tak dapat join kumpul duit untuk bayar duit maintenance tu.
Tapi nak buat macam mana, aku takde duit.
Nak makan pun susah..
Aku tak sabar nak dapat gaji nie.
Esok barulah sistem gaji bukak.
So, orang HR akan update gaji aku esok.
Minggu depan baru dapat.
Fuh...fuh... dah gatal tangan kanan aku nie.

Pastu kes kengkawan lagi.
Citer lama terbuka kembali.
Hadoii.. pening-pening.
Ingatkan dah habis.

Semalam aku bagi mesej kat FZ.
Time sedih, mesej pun lain macam je la bunyiknya...

"Dalam family, syg dh bt yg terbaik. Kbajikan mak ayah syg xpnh pun abaikan. Tp bila syg mintak tlg diorang, xde pon tgn yg snggup mbantu. Dlm hubungan cinta, syg pun dh bt yg tbaik. Kalu nk bt ape2, mesti syg fikir hti dia dlu. Tp syg sedar syg berada dlm mimpi indah tp realitinya pahit sangat. Ape yg syg angankan xkn jd kenyataan. Akhirnya syg jgk yg akan merana sorang2. Xpelah. Mungkin Tuhan ciptakan syg untuk jd lilin manusia. Yang akan menyinari hidup org lain tp hakikatnya diri sndiri yg terbakar."

Fuh.. bila baca balik mesej nie, terkedu aku kejap.
Aku ke yang taip semua nie?
Hehehehe...

Malam tu jugak FZ ajak aku berjumpa.
Once again aku nangis.

Ha, ni salah 1 hobi aku sekarang.
Nangis je manjang.
Nasib baik FZ layankan aje.
Dia yang tenangkan aku.

FYI, aku dan FZ akan berterus-terang kalau ada yang tak kena dalam hubungan kitorang.

Contohnya, bab pakaian aku.

FZ : Sayang, abang tak suke tengok sayang pakai baju singkat nampak bontot.
Aku : Dah tu, nak buat macam mana.
FZ : Start from now, jangan pakai lagi baju singkat. Pakai baju labuh. Tak elok tunjuk bontot dan shape kat depan tu kat orang.
Aku : Ok.

Lagi 1 contoh :

FZ : Ayang ni kalau abang cakap sikit, mesti sentap. Tak habis-habis sentap. Macam mana kalau dah kahwin nanti? Abang nak tegur pun susah.
Aku : Abang yang sakitkan hati sayang. Sape suruh? Nak tegur pun beragak laa sikit. Ni nak sindir-sindir pulak. Tegur ape macam tu?
FZ : Yelah. Lain kali abang tak sindir-sindir dah. Tapi sayang pun jangan lah sentap lagi ya.
Aku : Yalah abang bucuk.

Kalau aku dengan FZ boleh berterus terang dan saling menegur, apa salahnya kalau kawan-kawan pun tegur kesilapan aku.
Ya, memang aku banyak buat silap.
Tegurlah.
Tapi tegurlah elok-elok.

Jangan plak tegur macam nie :-

A : Hei, Diana! Aku dah bosanlah dengan perangai ko. Perangai tak senonoh. Kentut kuat-kuat. Kalau nak kentut pun, kentutlah kat tempat lain. Jangan kentut depan aku.

Atau :-

B : Diana, ko nie memang tak reti bahasa, kan. Aku suruh ko gantung baju ni kat dalam almari aku. Yang ko pergi gantung baju ni kat luar nie, kenapa? Tak paham bahasa ke?

Atau :-

C : Weh, aku nak ko bayar sekarang duit aku. Aku tak kisah ko ada duit ke tak. Yang penting, aku nak duit aku balik. Kalau ko tak bayar sekarang, aku report kat boyfriend aku nanti.

Kalau macam nie lah korang tegur aku, lagiiiiiiiiii laa aku tak ikut kemahuan ko tuh. Malah lagiiii laaa aku buat ape yang kau tak suke.

Hehehehe...
Tegur la secara baik.
Aku nie tak jahat sangat pon.

Dan kalau nak bercakap, tak payahlah cakap belakang-belakang.
Kite ada sistem berdiskusi.
Kite boleh diskus.
Masa diskus tu, kite boleh la capai 1 keputusan yang terbaik.
Betul tak?

Tapi maafkan aku dari hujung rambut sampai hujung kaki andai aku ader buat silap kat korang.
Maafkan aku.

Tuesday, December 14, 2010

Home NOT sweet home

Semalam kitorang (aku dan housemates) dapat surat merah dari management tempat aku tinggal.
Katanya maintenance rumah kami dah tertunggak lama.
5 bulan kalu tak silap aku.
Amount semua hampir RM600 jugak la... (rm500++).
Kami kena bayar sebelum atau pada 18 Dec 2010.
Bermakna paling lewat kena bayar hari Sabtu ni.

Gaji aku bulan nie masuk 17hb.
Tapi memandangkan aku bukak akaun baru dan terlewat bagitahu bahagian HR, gaji aku akan masuk lambat seminggu dari tarikh 17hb tu.
Bermakna gaji aku akan masuk paling lewat 24hb.
Takpelah.
Janji masuk.
Jangan tak masuk, sudah.

Gaji kerajaan pulak masuk 20hb.
Housemate aku ada 2orang yang kije kerajaan.
Lagi 3 orang housemates aku kije swasta.
Gaji masuk awal bulan nanti.

So, macam mana nak bayar maintenance yang tertunggak tu?
Tuan rumah aku nie memang hampeh.
Perangai tak senonoh.
Materialistik.
Kebajikan kitorang sebagai penyewa rumah dia langsung tak dijaga.
Yang dia tahu, cukup bulan duit sewa masuk dalam akaun dia.

Aku nie dah 2 tahun tinggal kat rumah tu.
Sekaliiii pun aku tak pernah tengok muka dia.
Aku tak kenal pun tuan rumah aku tuh.
Aku just tahu nama dia je.
Hartini.

Sepatutnya hal maintenance nie tuan rumah yang uruskan.
Kitorang dah bayar sewa rumah tiap-tiap bulan.
Sekarang nie duit maintenance dah tertunggak banyak.
Pihak management akan potong bekalan air kitorang selagi kitorang tak bayar.
Kan dah susah.

Aku ni tak kisah lagi la sebab aku bila-bila masa je boleh mandi kat kolam tempat kerja FZ tu.
Tapi housemates aku yang lain macam mana?
Macam mana diorang semua nak mandi + kencing + berak semua?
Pastu macam mana nak masak kalau takde air?

Geram sungguh aku kat tuan rumah nie.
Mujurlah aku takde no phone tuan rumah.
Kalau tak, memang dia nak kena maki terus.
Aku peduli ape kalau dia halau aku keluar nanti.
Aku boleh cari rumah lain.

Aku nie kalau ader duit simpanan, aku sanggup keluarkan duit aku dulu untuk bayar maintenance tu.
Tapi nak buat macam mana?
Duit aku pon orang dah songlap tak tinggal sesen pun.
Nak kumpul duit sikit-sikit dari semua housemates, jangan haraplah.
Masing-masing mengaku pokai.
Takpelah.
Start 19hb nie siap sedialah bersusah payah bila air kena potong.

Itu hal maintenance dan tuan rumah.
Tak masuk lagi bab perangai orang-orang dalam rumah tu lagi.
Nak kata aku stress, takde la.
Tak efek pun kat aku.

Aku ok je duk dalam rumah tu.
Cume aku tak happy dengan perangai diorang.

Ada yang pentingkan diri sendiri.
Ader yang hipokrit.
Ada yang berlagak pandai tapi hampehhh.
Macam-macam...

Contohnya la kann...
Bilik air dalam rumah aku ader 2 buah.
1 kat luar, 1 lagi dalam bilik aku.
Roommates aku 3orang (termasuk aku) mestilah guna bilik air dalam bilik tu.
Housemates aku yang lain (3orang) guna bilik air kat luar.

Aku masuk kerja kul 8.30pagi.
Dulu-dulu time aku mandi kul 7.00 pagi.
Tapi now (since 6-7 bulan lepas), ader yang cantas time mandi aku.
Takpelah.
Aku tak kisah sebab opis aku dekat.
Lagipun aku mandi 15 minit je.

Tapi yang buat aku menyampah bila.... dah la dia masuk bilik air pukul 7 pagi.
Dia siap mandi pukul 7.30 pagi.
Hamboiiii... lama betul engko mandi ye..
Setengah jam!

Yang peliknya, 20minit pertama dia masuk bilik air tuh, aku tak dengar langsung bunyi air.
10 minit terakhir tu barulah aku dengar simbahan air.
Aku tak sure ape yang dia buat 20minit pertama tuh.
Sunyi sepi duk dalam bilik air.

Pertanyaan lucah dan kasar :

Ko buat apa dik, lama-lama kat dalam bilik air tu? Takkan tiap-tiap pagi ko cukur bulu kott?
Ke ko melancap??

Akhir-akhir nie (sejak beberapa minggu nie), makin lama pulak dia duk dalam bilik air tuh.
Kadang-kadang sampai 7.35 pagi baru keluar.
Menyampahnye aku!

Dah la aku memang set time.
Pukul 7.30 - masuk bilik air. Mandi.
Pukul 7.45 - siap mandi + bersiap-siap.
Pukul 8.00 - keluar rumah + jalan kaki pergi LRT.
Pukul 8.20 - sampai opis (itu pun kalau LRT tak penuh).

Bila dia dah amik time mandi aku, lari lah time yang aku set tu.
Nak tegur kang, sentap pulak.
Kata bijak pandai. Amik LAW! (tapi tak jadi lawyer pun).

Consider la sikit.
Orang lain pun nak pergi kije jugak.

Itu hal bilik air.
Ini hal tunggu turn nak gosok baju pulak.

Housemates aku ramai suke gosok baju pagi-pagi.
Diorang tak suke gosok baju kerja malam-malam.

By the time orang lain tengah guna iron, pastu kebetulan that time ko nak guna iron tu jugak, tahu pulak ko buat muka.
Kengkonon buat muke jenuh menunggu.
Dan-dan tu jugak kalau boleh ko nak orang bagi ko gune iron tu dulu.
Engko hingat engko tu sape?
VIP? Anak Datuk? Anak Tan Sri?

Weh, beli iron sendiri laa..!
Ko kan rajin buat OT.
Weken, orang lain rehat kat rumah, ko tersengguk-sengguk pergi opis buat kerja.
Orang rajin kan banyak duit.
Takkan iron pun tak leh beli.

Hohoho... sedap sungguh aku mengutuk dia.
Tak hengat dunia dah nie.
Yalah, aku dah tahap menyampah sangat-sangat dah dengan dia.
Kalau dia atau kawan dia baca blog aku nie pun, aku tak kisah.
Lagi aku suka kalau dia tahu aku mengutuk dia.

Alang-alang dia memang dah tak suka kat aku, biarlah dia jadi benci terus kat aku.

Housemates aku nie memang macam-macam perangai.
Ader perangai yang menyakitkan hati tapi aku boleh tahan lagi.
Ader tu perangai yang menyakitkan hati yang langsung aku takleh terima.

Yang peliknya, aku tak kacau diorang pun.
Tapi diorang pulak yang lebih-lebih nak cari pasal dengan aku.
Perhatian ye... korang tulis la ape-ape pun tentang aku dalam FB ke YM ke, takkan ader efk langsung kat aku.
Korang tahu hati aku macam mana.
Hati batu.

Ader lagi 1 kes.
Pasal lampu bilik air aku rosak.
Padahal bukan aku yang buat.

Tapi oleh sebab diorang tak suka aku, so akulah yang disalahkan.
Pastu leh cakap aku nie tak bertanggungjawab.

Eh, tolong sikit!
Ko ingat ko sape nak kata aku nie tak bertanggungjawab?
Ko yang tak bertanggungjawab!
Sesuke hati tuduh orang.
Sila tuduh adik ko tu dulu.

Kalau ko bertanggungjawab sangat, ko uruskanlah semua hal rumah nie.

Aku malas dah nak fikir hal remeh macam tu.
Banyak lagi benda yang aku nak buat dan fikir.

Owh, sejak semalam aku terfikir.
Aku ingat nak cari bilik sewa barulah.
Nak cari housemates yang sporting sikit.
Tak nak housemates yang berlagak macam ketua.
Nak orang dengar cakap dia je.
Pleaseee...



Tapi kalau aku pindah rumah pun, masalah-masalah nie semua akan selesai ke?
Ntah-ntah makin berat masalah aku nanti.
Ye dok?

Monday, December 13, 2010

Cacat ke korang nih?

Aku demam sekarang nie.
Tapi takdelah teruk sangat.
Batuk, selsema & sakit tekak je.
Suhu badan maintain.
Badan pun still larat lagi nak berjalan-jalan.

Tadi aku ada YM dengan seorang mamat neh.
Dah lama tak YM dengan dia.
Tetibe je dia tegur aku.

Gaya dia cakap memang tak boleh blah.
Dulu dia takdelah cakap gaya macam tu.

Dia : Awak dah kawen kew? Bilew? Tak jemput sayew pon.

Urghhhh!
Very the donut okeh!

Syohhh...syoohhh...syooohhhh...
Mak geliiii.

Heh, engko nie bukannya budak-budak lagi.
Bukan kanak-kanak ribena lagi.
Engko ni dah boleh jadi bapak orang, tahu tak?
Boleh tak engko taip gune ejaan standard?

Perlu ke engko taip "gitew", "bilew",kew"...
Urghh.. tensi..tensi...
Makin demam mak kat sini.

Hari tu ader sorang budak pompuan dalam FB.
Aku jumpa profile dia dari profile adik aku.
Budak nie gile agaknya..
Dari status yang dia buat, dia baru je putus cinta.
Lelaki yang dia cinta tu dah taknak kat dia sebab dia ada buat 1 silap besar.
I'm not sure ape kesilapan dia.
Lelaki yang dia nak tu jugak kawan adik aku.

Kalu korang tengok status kat FB dia pun, korang akan kata budak nie gile.
Yalah, masih terhegeh-hegeh pada mamat tuh walaupun mamat tuh dah publish dalam FB yang diorang takkan berbaik.
Budak pompuan tu apelagi, meroyan la.
Pelik-pelik status dia kat FB tuh.

Sekali adik aku komen kat page budak tu,

"Sabarlah... Kumbang bukan seekor. Buat apalah nak kecoh-kecoh?"

Last-last budak tu balas balik,

"Gyle".

Mula-mula aku tak paham ape maksud budak tu.
GAIL kah?

Rupa-rupanya "GILE",

Haduhh.. penat aku nak paham bahasa budak-budak cacat nie.

Heh, buruk sangat ke bahasa Melayu kita ni sampaikan korang pepandai alter ejaan sendiri?

Ape salahnya kalau korang buat ejaan elok-elok sikit.
Bukannya susah pun.

Ataupun korang rasa sangat cool bila korang mengeja macam tu?
Erk,, tak paham aku.
Tang mana entah cool nye..

Ok la.. ok laaa...
Budak-budak kan.
Mesti diorang nak reka benda baru sebab nak tarik perhatian.

Masalahnya sekarang, orang sebaya aku ni pun ada yang eja macam tu.
Agaknya diorang nie tak habis sekolah kot.
Korang pi masuk tadika balik, boleh tak?
Atau kelas psikologi...?
Sebab aku takut korang nie tak sedar-sedar korang dah menginjak tua.

Haiyoohh..
Transformasi apakah yang sedang berlaku dalam bahasa Melayu kita ni?
Bahasa kita makin teruk dan susah nak paham.
Walaupun tulisan keling tu berbelit-belit, aku rasa masa akan datang, bahasa Melayu kita pun akan jadi macam tu.
Eeiii.. Takutnya.

Sedar la manusia-manusia yang berbangsa Melayu.
Tak ade faedah pun korang buat macam tu.
Merosakkan bahasa sendiri, adelah.
Pastu apa yang kita dapat?
Nothing...

Eeeiii.. geli sungguh bila bersembang dengan orang macam tu.
Uwekkkkk... Nak muntah!
Tak mature okeh!
Terserlah ketidakmatangan disitu.

Please laaa...
Kalu korang nak bersembang gaya macam tu, bukan dengan aku ye.
Pi sembang dengan orang lain.
Aku tak main dengan ejaan-ejaan cacat macam tu.
Geli tahu tak?

***Yew, sayew sudah kawen. Suami sayew hensem gitew.. Ngko adew?

Bluweekkk... Muntah!

Friday, December 10, 2010

Hari Ahad baru-baru ni, aku dan FZ pergi ke Endah Parade lagi.
Kitorang plan nak main boling.
Rasa macam dah lama tak main boling.
Lagipun penyakit batu karang aku nie dah ok sikit.
Cume 1 je, aku takleh tahan kencing.
Kalau tahan, nanti perut aku sakit lagi.

FZ memang dah teringin sangat nak main boling.
So, aku pun iyakan aje lah kemahuan dia.

Kitorang main 3 game.
1st game FZ menang.
2nd dan 3rd game, aku yang menang.
FZ tak puas hati. Hahahaha...

Yalah, dia mana boleh lawan sifu..
Tercabar dia, beb.
Hahaha...

Habis je main boling, kitaorang cari tempat makan pulak.
FZ nie kuat makan.
Kuat sangat....
Dia nie tak boleh lapar sikit.
Kalau lapar, nanti dia merengek-rengek.
Manja tul.

Kitorang pergi ke Station Kopitiam.
FZ nak makan nasi.
Dia taknak makanan lain.
Aku pulak lagi la sukaaa...
Aku nie sebenarnya tak suka sangat makan fast food like McD, KFC...
Kalau jarang-jarang sekali takpe.
Sebab bagi aku makan fast food macam tu kenyang sekejap je.
Pastu harga pun boleh tahan gak.

Aku lebih suke makan nasi.
Harga mahal pun takpe tapi kompem kenyang...

Masa tengah tunggu order tu, kitorang snap-snap la dulu.

Ntah bila FZ snap gambar nie, aku pun tak sedar.
Dia snap senyap-senyap je.

Last-last aku marah dia.
Marah manja laa...
Aku suruh dia snap gambar aku balik.
Haruslah cover cun uolls walaupun aku ni tak berapa cun.

Yang ni pun sama.
Jelingan marah tuuu...
FZ nie selalu usik-usik.
Geram pulak rasanya.

Giliran aku pulak snap gambar FZ.
Masa nie dia duk tengok movie Ghost Riders yang kedai makan tu pasang.
Tapi ceritanya tak clear sangat sebab dvd tersekat-sekat.
FZ nie layankan aje..

Pastu FZ snap 1 gambar nie.
Bila dia tengok gambar nie, dia gelak tak hengat.
Sampai keluar air mata.

Nak tahu gambar ape yang dia snap?
Sila skrol ke bawah ye...


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


Ini adalah pelakon terbaru untuk drama siri terbaru di Astro .... . . . . .


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


Skrol la lagi....


>


>


>


>


>


>


>


>


Teruskan usaha anda...
Bukan senang nak tengok gambar pelakon baru drama bersiri...


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


>


TADAAAA.....



Halimah Jongang!

FZ : Hahahaha... sebijik macam halimah jongang.

Pastu dia gelak tak hengat.
Aku rasa kalau lantai kedai tu tak kotor, dah lama dia gelak tergolek-golek atas lantai tu..
Siottt!

Aku : Bengong!

Uweekkk...
Ader ke patut dia kata aku macam halimah jongang??

Tapiii...errr.... ader jugak la skit-skit.
Tapi dalam gambar nie je la.
Kat luar takkk...
Hahahaha...

Bengong tul!



Perggghhh...

Aku kebizian yang teramat...
Sampai tak sempat nak update blog sendiri.
Start awal minggu sampailah hari nie, aku still busy.
Busy dengan kerja kat opis dan jugak peribadi.

Yalah, mana tak busy nyee...
Aku buat 2-3 kerja dalam satu masa.
Mana nak adjust jadual kerja plus jadual aku kena pergi balai polis dan jugak Maybank plus dengan HR lagik...
Banyak betul "plus".

Kes penipuan Maybank aku hari tu sekarang ni dalam siasatan polis.
Nasib ko lah Muhammad Faisal bin Muhammad Dan.
Tunggu je la polis datang tangkap ko.
Baik ko sembunyikan diri dalam hutan sekarang.
Susah sikit polis nak jumpa ko nanti.

Tu la, sape suruh cari rezeki dengan cara haram.
Mencuri duit orang...
Kan berdosa namanya tuh.
Tak aman dunia akhirat ko...

Dah la menyusahkan orang.
Tak pasal-pasal aku selalu kena pergi maybank dan balai polis semata-mata nak settle kan hal ni.
Sial la ko, Muhammad Faisal Muhammad Dan.
Nama dah sedap dahh...
Muhammad duk kat depan.
Tapi perangai ko macam shialll...

Haihh.. hangin kejap!

Semalam aku pergi ke Balai Polis Briekfields untuk diambil keterangan mengenai kejadian yang menimpa aku tuh.
Hari ni aku dah buat akaun bank baru.
Jugak aku dah settlekan Maybank2u.com.

Ader orang kata aku nie tak serik.
Still nak guna Maybank.
Padahal aku patut guna CIMB ke... BSN ke...

Aku sebenarnye bukan tak serik cume lepas nie kompem aku akan lebih hati-hati.
Lagipun guna Maybank nie senang.
Merata-rata ATM dia.
Senang aku nak cucuk keluarkan duit.

Petang tadi jugak aku dah deal dengan HR tentang pertukaran akaun untuk kemasukan gaji.
Nampak gayanya gaji aku bulan nie masuk lambat la.
Orang lain dapat 17hb tapi aku pulak mungkin sekitar 20hb ataupun 21hb.
Tapi tak apalah.
Yang penting duit aku tetap masuk.
Jangan tak masuk pulak.
Makan pasir aku nanti.

Apapun, benda-benda nie semua mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan.
Serius aku pernah patah semangat nak hadapi semua nie.
Tension ohhh...

Tapi Tuhan masih sayangkan aku kot.
Dia kelilingkan aku dengan orang yang baik-baik.
Contohnya bos aku...
Dia memang sangat memahami.
Dia tahu duit dalam akaun aku dah lenyap.
Baru-baru nie dia sedekahkan aku duit dalam amaun yang besar bagi aku.

Dia siap berpesan kat aku, kalau aku takde duit, bagitahu dia.
Perggghhh... Baik kan bos aku.
Aku nak kemana-mana untuk uruskan hal ni, dia tak pernah menghalang.
Dia jugak yang beriya-iya fight supaya pihak polis buat siasatan terperinci untuk kes aku nie.
Memang dah payah aku nak jumpa bos macam ni masa akan datang.
*Bos sekarang kan ramai yang berlagak dan kerek... Tak sukeee...

So, korang tunggulah next entry aku ya..
InsyaALLAH aku akan update dalam masa terdekat.
Itupun kalau aku tak bizi.
Kalau bizi, ampun tuanku ye..
Tak dapek den nak update blog den lagi nie ha.
Bersawang lagi la nampaknya..
Hehehe...

Tuesday, December 7, 2010

Permainan zaman sekolah

Dulu zaman sekolah, aku memang kuat main.
Eh, bukan main tuuuutttt la...
Otak korang nie biru sangat.
Tu la, sape suruh telan nila banyak-banyak?
Kan dah susah...

Dulu aku suke BERmain.
Bila time study, malas.
Bila cikgu buat kelas tambahan, semangat bukan main lagi.
Yalah, kalau ada kelas tambahan, takyah la balik rumah awal-awal.
Boleh la main-main dulu.
Bukannya semangat nak belajar.

Dulu aku bersekolah kat Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun.
Setiap darjah ada 3 kelas je.
Kelas paling cerdik atau terror dipanggil JAYA.
Bukan Jaya Bachchan tau.
Kelas kedua pulak dipanggil MAJU.
Kelas ketiga dipanggil TEKUN.
Ha, kena tekun belajar, barulah boleh naik kelas Maju okeh.

Dari darjah 1 sampai darjah 3, aku duk kelas Tekun.
Tapi sebab aku tekun punya pasal, darjah 4 aku naik kelas JAYA.
Tapi bile duk kelas JAYA, semua jenis menyombong dan perasan cerdik.
So, pembelajaran aku merosot.
Tak suke duk kelas tu.
Maka darjah 5 dan 6, aku duk kelas MAJU.

Jangan tak tahu, dulu aku nie pengawas okeh.
Tapi pengawas yang selalu kena buli.
Jahat ohhh korang!
Sikit-sikit aku je yang kena baca ikrar bila perhimpunan setiap hari Ahad.
Tak sukeeee...

Aku paling suke bila kena jaga pintu pagar sekolah.
Sebab boleh catat nama orang yang datang lambat.
Bile dah catat je, bagi kat cikgu Wan Jamal (tak ingat la nama dia. Tapi muka dia still ingat).
Nanti orang-orang yang datang lewat ke sekolah kena panggil.
Hahaha.. gila keji.

Eh, terpesong dari tajuk awal pulak kann?
Hehehe.. aku nie memang macam tu.
Selalu terbabas.

Ok, dulu mase sekolah aku suke main beberapa game dengan kengkawan.
Syok owh bila ingat balik.
Nak tahu tak ape permainan-permainan yang selalu aku main?

1) Sep tiang.

Game nie menakutkan aku.
Yalah, aku nie pendek.
Susah owh nak capai tangan atau kaki kat tiang sebelah.
Ingat senang ke?
Kalau ko jenis lonjong, senang la..
Gune jari pon buleh.

Biasenye game nie aku main dengan 4-5orang geng-geng aku.
Syok main game nie.
Agak-agak budak-budak sekolah sekarang ada main game nie tak?

2) Getah

My favvy game masa sekolah.
Selalu main time rehat dan lepas balik sekolah.
Kitorang main kat belakang bangunan sekolah.
Kadang-kadang kat tepi bangunan sekolah.
Dan selalu kawan-kawan laki datang kacau.
Mencikkk.. kacau daun betul.

Dulu jualan getah memang laku.
Aku selalu jugak beli getah.
RM0.20 pun dah banyak.
Sekarang nie getah pon dah mahal.
Seciput je dah 2 hengget.
Ape kes?

Beli getah banyak-banyak, pastu pakat gabung getah-getah tu semua sampai jadi panjang.
Dulu aku nie kire pro jugak la main getah nie.
Siap buat ala-ala gimnastik lagi bila dah sampai tahap kepala.
Yalah, aku nie kan ketot..
Mestilah guna cara lain untuk langkah getah tu yang lebih tinggi dari kepala aku.

3) Main kawin-kawin

Wahhh.. kecik-kecik dah pandai bab-bab kawin.
Yer, aku dah terdedah pasal kahwin nie sejak darjah 3.
Menepung tawar bagai...
Dulu aku ada ramai pakwe.
So memang ramai la jadi pengantin aku.
Sekejap orang tu, sekejap orang nie.
Comey la katakan.
Hahaha... Verasan!

4) Main opis-opis

Tak cukup main kawin-kawin, aku main opis-opis plak.
Aku main benda nie time cikgu tak masuk kelas atau cikgu cuti yang takde pengganti.
Wahhh... heaven la masa tu.

Buku sekolah tu aku tempek dengan sticker nombor.
Pastu kotak pensel tu aku buat telefon.
Canggih okeh kepala otak.
Masa tu kan telefon bimbit tak wujud lagi.

Kertas kajang semua aku conteng.
Kengkonon busy buat kerja laa...
Aku nie jarang jadi bos.
Biase aku jadi secretary je.

Bos kan garang.
So, tak suke garang-garang.
Ai suke yang lembut-lembut je.

5) Kereta dash-yon-kuro..

Eh, aku tak reti la nak eja kereta control kecik tu...
Ala.... kereta control yang gune bateri tu.

Dulu aku ader tau kereta kontrol tu.
2 bijik lagik..
Masa darjah 4 tu kan dah start belajar sains.
So, cikgu Noraini (masa tu dia mengajar subjek Sains kelas aku) suruh bawak kereta kontrol tu.
Bukan untuk main.
Tapi untuk buat pengiraan tujahan ape ntah.
Aku pun dah lupa.

Habis je kelas sains, aku pon pe lagi...
Pegi la join budak laki main kereta kontrol tu.
Pakat lawan kereta sape paling laju.
Uihhh... syok sangat-sangat time nie sebab kereta aku antara yang paling laju.

Alkisahnya, tengahari tu jugak kereta aku hilang.
Kene curik wooo...

6) Main tindih pemadam getah

Aku tak tahulah korang main ke tak game nie.
Tapi biasenya aku akan main bila sementara cikgu masuk kelas.

Dulu jualan pemadam getah kat sekolah memang laku.
Aku borong banyak semata-mata nak main game ni.

Cara main game nie dengan menindih pemadam getah (ke... getah pemadam eh?) kawan kita.
Kite golekkan pemadam getah kita supaya dapat tindih pemadam getah pihak lawan.
Game nie nampak je bosan tapi syok jugak.
Kata nak hilangkan bosan, kann...

7) Game nama orang, nama binatang, nama negeri/ negara, nama benda....

Aku tak tahu nama specific game nie.
Tapi yang aku tahu, game nie macam nih :-

Salah seorang kawan kita akan pilih 1 huruf dari A sampai Z.

Contoh : kawan kita pilih huruf T

So, kite kenalah buat nama orang, nama binatang, nama negeri dan nama benda yang bermula dari huruf T.

Contoh :-

Nama orang : Tania anak lelaki Siramugam
Nama binatang : Tenuk
Nama negeri / negara : Taiwan
Nama benda : Tenong.

So, pengiraan markah dibuat macam nie :-

Jika nama-nama diatas berbeza dengan mana-mana kawan kita, kita akan dapat 10 markah per nama.
Kalau ader nama-nama diatas sama dengan kawan kita, kita dapat 0 markah per nama.

Gitulah... ader paham?
Tak paham?
Alah,,, buat-buat paham je la.
Hahaha...

8) BINGO

Game nie pon best.
Sampai sekarang aku suke main.
Tapi dalam internet la.
Syok owhhh...
Ralit sampaikan semua kerja pun tertangguh.

9) Main S-O-S

Game nie memang menjahanamkan buku nota maths aku.
Habis buku nota maths jadi nipis sebab duk koyak kat bahagian tengah semata-mata nak main game nie.

Korang kena susun huruf korang jadi SOS...
So, untuk elakkan kekeliruan, korang kena guna pen merah dan pen hitam.
Game nie hanya boleh main berdua je.
Sape yang dapat susun SOS paling banyak, dia dikira menang.

__________________________________________________

Ni je la game yang aku ingat.
Ader banyak lagi kot..
Sebab dulu memang aku suke main-main nih.

Almaklumlah, dulu kan kanak-kanak ribena.
Bila suruh belajar, malas.
Tapi bila time main, lajuuu je...
Badan lembik, terus jadi cergas.

Aku percaya korang pun ader permainan time zaman sekolah dulu.
Bila ingat balik, rasa macam nak jadi budak-budak sekolah semula laa...
Rindu saat itu...