Monday, January 31, 2011

Aku benci dia!

Aku benci dia!!

FZ, sy bencikan awk!

Fullstop!

Sejak balik kampung

Sejak balik kampung, aku.....

1) susah nak tido. Aku asik tido lewat malam je.

2) tak lalu nak makan kat rumah. Mesti nak makan luar. KFC ke, McD ke.. Tak tahu kenapa.

3) asik moody. Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak merajuk. Mungkin asik fikir pasal FZ kot...

4) Malas nak kuar rumah. Aku lebih suke lepak kat rumah aje. Kadang-kadang je keluar. Itupun keluar sebab ader hal penting. Bukan sesaje je nak keluar lepak-lepak.

5) Bangun tido lewat. Biasenye pukul 8.30pagi aku dah bangun. Sekarang nie pukul 9.30 pun belum tentu aku bangun.

6) Jadi pemalas. Mungkin sebab mummy yang uruskan semua.

7) Cepat kena sakit belakang sebab aku kena tido atas toto je. Huhuhu...

8) Jarang tengok tv. Tetibe feeling rancangan tv sekarang semuanya tak best.

9) Rasa macam tekak tak berapa ok. Mungkin sebab asik minum ais je.

10) Tido kena bukak lampu. Sebab hari pertama sampai kampung, aku dengar macam bunyi pelesit. Hohohoh... takuttt..


Friday, January 28, 2011

Dimana aku bercuti? - Part 2

Wah... ber part-part bagai.
Glemer ke ko?
Huhuhu..

Entri nie sambungan dari entri Part 1 dulu.
Saje je update lambat-lambat.
Bukan ape, aku nak guna streamyx kat kampung aku nie.
Laju sikit nak upload gambar.

Ok, yang part 1 hari tu, itu cerita mase hari pertama aku sampai.
Yang kali nie pulak, hari kedua aku kat Genting Highlands.

Oleh sebab aku tido awal semalam (hari tu), so, aku terjaga awal.
Lebih kurang pukul 4.30 pagi aku dah bangun.
Rasa cam dah lama je tido...

Tapi lepas tengok FZ tido nyenyak, terus aku sambung tido semula.
Itupun aku kena usaha lebih nak lelap sebab mata aku dah cerah.
Tapi mujur boleh tido balik.
FZ pulak buat alarm clock pukul 6.30pagi.
Tepat pukul 6.30 pagi, dia terus bangun.
Dah la mase nak tido tadi tu payah, pastu bunyi bising pulak alarm dier.
Merungutlah aku sebab aku tak puas tido.

Lepas bangun je, teruslah kitorang mandi.
Eh, korang layan gambar-gambar ajelah ehh...
Nanti aku letak captions sikit-sikit...
Malas la nak taip panjang-panjang.

Ok, jangan komen ape-ape tentang muka aku.
Aku dah mandi tapi guna air panas.
Gila kau nak mandi gune air biase?
Maunya beku darah-darah kau nanti.

Ya, kat sana aku langsung tak make up.
Aku pakai bedak je.
Lipstik, eyeshadow, eyeliner, semua aku tak layan.

Aku gelak je mase tengok muke FZ dalam gambar nie...
Mata bengkak...
Macam orang yang betul-betul baru bangun dari tido pastu terus makan.

Muke senyum tak ikhlas...
Maklumlah aku je yang duduk bangun pegi angkut makanan.
FZ tunggu makan hidang je.

FZ nak makan honeystar + coco crunch dengan susu.
Tapi susu pulak takde..
Aku tengok amoi-amoi cina yang nak breakfast minum susu pun dah menggelupur sebab susu takde.
Hehehe...

Ini antara makanan yang kitorang makan.
Jangan sangka kitorang nie mengamalkan diet yang sihat sebab sebelum kitorang makan buah-buahan tu, kitorang dah bantai nasi sepinggan, mee goreng 1 piring sorang, popia goreng, samosa........
Hahahaha... Makin gemuk la aku jawabnye.

Habis makan, kitorang naik ke bilik.
Plan nak kemas barang-barang dulu.

Tapii....
Yang ado!
Last-last kitorang terjongkang tido balik sampailah pukul 11 pagi.
Sangat pandai kan kitorang membesarkan diri..?

Ni muke lepas bangun tido.
Tukar pakaian tapi muke tak cuci lagi.
But still ader hati nak kaver cun.
Hahaha...
Muke aku sembab gile.
Sejuk nye pasal.

Lelaki ini adalah lelaki yang sentiasa bersabar dengan karenah aku.
Perasan tak sweater nie?
Kan sweater nie yang aku pakai pada hari pertama tuh..
FZ bagi aku pinjam sampai aku balik kampung nanti.

Pukul 11.40pagi, kitorang check out.
Letak beg-beg semua kat dalam kereta.

Ini keadaan di tempat letak kereta.
Berkabus.
Tapi takdelah tebal sangat.

Saje je amik gambar berdua.

Pastu kitorang jalan-jalan lagi kat kawasan sekitar.
Plan nak pergi outdoor theme park.
Masa jalan-jalan tu, memang berkabus sangat-sangat.
Time berjalan tu, rambut FZ yang kering tu pun jadi basah macam kena renjis air.
Bulu mata aku pulak ada titisan air.
Bestttt...
Sejuk sangat.

Korang nampak tak kabus kat belakang tu?
Cane kitorang nak main mainan?
Aku beriya-iya sangat nak main roller coaster.
Tapi bile tengok kabus macam tu, batalkan aje niat murni.
Kabus-kabus macam tu mana syok naik roller coaster.
Tak nampak ape-ape pun.

So, cancel nak masuk kat dalam.
Sebab bayar mahal-mahal tapi takleh main mainan.
Buang duit je.

Kitorang pun just amik gambar je kat entrance theme park tu.

Indians kat belakang tu tengah gaduh ape ntah.
Ntah-ntah tengah gaduh pasal nak masuk ke tak kat dalam sane.

Kekasih hati gue...

Akhirnya ader jugak gambar kitorang berdua..
Susah sangat nak mintak tolong orang tolong snap kan...

Ini mase kitorang nak pergi jalan-jalan kat hotel berdekatan.
Saje je la kan..
Kate nak jalan-jalan...

Gambar pose cantik mesti ader.
*Cantik ke ko??


Mase nie aku geram betul dengan satu family Indon nie.
Dah tahu aku tengah pose kat atas tu, lagi dia mau berdiri depan FZ.
Dah la dier tu tinggi dari FZ, pakai tudung buat sanggul tinggi lagi tu.
Macam tak reti-reti nak bersabar.
Family dia yang lain pun tak sabar-sabar nak naik atas nak amik gambar jugak.
Dah la tiru idea aku amik gambar kat situ.
Pastu tak paham-paham bahasa.

Aku dah suruh diorang berganjak sikit sebab bagi laluan kat FZ amik gambar aku dulu.
Tapi korang tahu tak, pompuan tu berganjak sikitttttt je.
Dia condongkan badan dier je.
Itupun still halang kamera FZ.

Ape salahnya kalau dia berganjak sekaki ke...
Lagipun bukannya lama aku amik gambar kat situ.
Eh, memang Indon macam tu eh??
Jenis nak orang hormat dier je eh sedangkan dia tak hormat org?

Aku tahu ader orang indon baca blog aku.
So, silalah jawab ye sebab aku memang tak paham sangat dengan orang-orang indon nie.

Eh, rase cam kat US pulak...
Hiks...

Ini adalah trademark posing FZ yang terbaru.
Dia suke sangat posing macam nie.

Saje je nak tambah koleksi gambar kat Genting nie.
Hehehe...

Jalan punya jalan, aku ternampak ader 1 kiosk jual makanan yang berasaskan strawberry.
Dan sememangnya aku mengidam nak makan strawberry coklat.
Hehehe...

Apelagi, teruslah aku merengek manja kat FZ suruh belikan aku strawberry coklat tu.
Dia pun tahu aku memang dah lama cari kat KL.
So, dia belikan aku banyak-banyak.
Padahal aku just nak yang stick tu je.
1 stick = 4 biji strawberry coklat.

Aku suruh amoi tu letak coklat banyak-banyak.
Hehehe...
FZ makan 5 biji je. Yang lain semua aku bedal.

Jangan tumpukan pada muke aku dan strawberry tu.
Tumpukan pada tulisan kat cermin tingkap kereta tu.

Itu tulisan aku.
Nak tahu ape aku tulis?

FZ BUSUK.

Hahaha..
Aku kan memang suke khianat kat FZ.
FZ geleng kepala aje la dengan karenah aku nie.
Hehehe...

Lepas je masuk kereta, terus kitorang balik ke KL.
Tapi kitorang tak terus balik rumah.
Kitorang singgah ke Endah Parade dulu.
Lunch KFC kat sana.
Pastu main boling 3 games.

Gile kan kitorang nie.
Jenis tak tahu penat..
Hehehe...

Kalau dah cinta, tak kuat pon jadi kuat.
Dah demam pon, demam jadi cepat kebah...
Ye dok?


Thursday, January 27, 2011

Aku dan FZ berpisah!

Jangan tanya banyak-banyak.

Tajuk kat atas tu dah menerangkan segala-galanya.

Yup! Aku dan FZ memang kompem berpisah.

Ya, aku nangis.
FZ pun nangis.
Bezanya aku nangis depan dia.
Dia pulak nangis belakang aku.
Dia cakap lelaki mana yang tak sedih kalau berpisah dengan kekasih hati.
Bila aku tanya kenapa dia tak nangis depan aku, dia jawab lelaki takkan nangis depan perempuan sebab itu maruah dia.

Yalah tuuu...
Alasan!

Tak apalah.
Aku redha dengan perpisahan ini.

*Tetibe dengar pulak lagu Wali Band, "Baik-baik sayang".*

Hanya satu pintaku...
Untukmu dah hidupmu...
Baik-baik sayang ...
Kerna aku untukmu...

Hanya satu pintaku..
Disiang dan malammu...
Baik-baik sayang...
Ada aku untukmu...

Woooooooo..
Aku nak nangis...
Huhuhuu...
Sampai hati FZ tinggalkan aku.


Dimana aku bercuti? - Part 1

Aduh.. korang nie...
Beriya-iya nau nak tahu kat mana aku pergi bercuti ekk...
Tak sabor-sabor.
Hehehehe...
Aku terpaksa buat part-part sebab ader banyak gambar.
Haruslah aku tayang banyak gambar kan?

Korang nak tahu aku pergi mana?

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

Tadaaaaa....

Hehehehe..
Aku saje je nak buat gempak dengan korang.
Biar korang tertanya-tanya kat mana aku pergi bercuti.

Oh, korang nak tahu aku pergi dengan sape?

>

>>

>>>

>>>>

>>>>>

Of course la dengan FZ.
Dengan sape lagi laaa aku nak pergi bercuti selain dari dia.
Dia je la yang sanggup bawak aku ke sana ke mari.
Orang lain.....? Jangan haraplah.
Kapel dengan orang kaya pon, ape aku dapat?
Dapat derita ader laa...

Aku pergi 2 hari 1 malam je.
Ok, meh sini aku citer sikit-sikit ape yang aku buat masa bercuti hari tu.

-------------------------------------------------------------------------

Pukul 12.30 tengahari, FZ datang amik aku kat vista.
Pastu kitorang pergi ke Taman Melawati dulu sebab FZ nak buat ape ntah..
Alang-alang dah ke sana, teruslah kitorang pergi makan kat Restoran Sri Niara.
Sekitar pukul 2, barulah kitorang bertolak ke GENTING HIGHLANDS.

Memandangkan jalan tak jem, dalam 30minit je kitorang dah sampai ke Genting Highlands.
Punyelah lama aku tak jejak kaki kat sini.

Tahun 2008, aku ke Genting sebab ader teambuilding opis aku.
Itupun sampai kat Awana Genting je.
Tak sampai pun kat atas sana.

Seingat aku, kali terakhir aku jejak kaki kat puncak Genting Highlands mase umur aku 10 tahun.
Sekarang nie umur aku dah 26 tahun.
Bermakna dah 16 tahun aku tak jejak kaki kat sini.
Sadis kannn?
Huhuhu..

Aku dengan FZ memang dah booking awal-awal kat First World Hotel.
Lepas je parking kereta, terus kitorang check in.
Kitorang sampai kat sana dalam pukul 2.35 petang.


FZ tukang jaga beg.
Kata je duk 1 hari.
Tapi banyak gile beg yang aku bawak.
Aku memang tak reti kalau bawak beg sikit-sikit.
Janggal.

Lepas tu terus masuk bilik.
Sekejap je proses nak check in tu.
10minit je kitorang dah boleh baring-baring dalam bilik dah.

Ini aktiviti pertama aku.

Ingatkan boleh la nak online.
Sekali line takdop la pulop....
Haiyohhh... meroyan sekejap sebab takleh update status kat FB.

Then, off lappy.
FZ penat drive.
Dia tido dulu.
Pastu baru aku menyusul.
Sebab aku pening kepala naik kereta.

Tak tahu kenapa, lately aku cepat pening kepala bila naik kereta.
Mabuk darat gitu.
Aduhh, macam mana nak balik kampung nanti nih?
Perjalanan dah la jauh nanti.

Pukul 4 petang, masing-masing bangun dari tido.
Dua-dua mamai.
Sorang penat.
Sorang lagi pening-pening lalat.

Tapi kitorang tetap excited nak keluar sebab dari tingkap bilik kitorang dengar bunyi desiran angin kuat.
Bila selak je langsir, langsung tak nampak ape-ape.
Suasana berkabus gile.
Angin pulak kuat...
Memang best ahh...




Ini kat luar First World Hotel.
Aku terpaksa pinjam sweater FZ sebab cuaca sejuk sangat.

Aku memang suke sejuk-sejuk nie.
Rase cam duk kat oversea lak.
Hiks, jakun.

Tengok tak kabus kat belakang tu?
Itu kire belum tebal lagi tau...
Cuaca pulak memang teramat sejuk.

Korang nampak tak kabus kat atas tu?
Muke aku yang itam nie pun boleh timbul bintik-bintik merah sebab sejuk sangat.


FZ control macho.
Mentang-mentang la awek ramai kat sana.

Masa nie kitorang dah nak naik atas dah..
Nak jalan-jalan lagi.


FZ suke la mainan kecik-kecik macam tu..

Cube tengok betul-betul apa yang aku pegang...

Hahahaha... Bengong tul.
Benda macam tu pun ader dijual kat sana.
Sangat berguna untuk semua mak nyah.
Dah takyah pakai belon atau tempurung kelapa lagi dah.
Wakakaka...

Jualan nie sempena sambutan Chinese New Year akan datang...

Aku dan FZ...
Muka aku dah takyah make up sangat.
Natural beauty jek.
Uwekkksss!

Kat sini ader macam-macam kedai jualan dari seluruh Asia.
Korea ader, Jepun ader, Taiwan ader, Singapore ader, Indonesia ader, Thailand ader, Malaysia pun ader.

FZ tengah jalan-jalan.
Aku tengah merajuk kat depan sebab dia nie memang payah sangat nak amik gambar.
Segan sebab orang ramai katanya.

Aku suke bunga-bunga ros dihias camnie.
Cantik je..

FZ duduk rehat jap.
Letih kaki sebab dah banyak tempat kitorang pergi jalan-jalan.
Lokasi nie : kat depan Pizza Hut Genting.

Dah puas duduk, kitorang sambung jalan-jalan lagi.
Malas la nak naik mainan.
Banyak mainan budak-budak je.

Ini mini monumen Menara Eiffel...

Rase cam kat Paris pulak.
Hiks...

Lepas amik gambar sensorang, aku beriya-iya nak amik gambar berdua kat sini.
Kebetulan ada satu family India melintas depan kitorang.
Aku pun mintak tolong si bapak amik kan gambar aku dan FZ kat situ.

Si bapak pulak nampak cam ok je.
Sekali mase nak snap, dia terlepas henset FZ.
Berderau darah FZ.
Si bapak tu pulak nampak macam takut-takut.
Dia say sorry in tamil language. *Aku rase je la dia cakap sorry.

Kat situ barulah aku tahu dia nie Tamil Nadu.
Tamil yang datang dari India sane tuh.
Diorang mana faham cakap omputih.
Adusss...

Last-last aku suruh Indian tu pergi.
Aku dan FZ pulak gelak-gelak sebab kelakar tengok muke Indian tadi.

Ini kat lobby First World Hotel.
Kat atas tu ader patung burung, ular, tupai...

Eh, kenapa aku duk sini?

Inilah sebabnya!
Macam yang aku pernah kata dulu.
Mamat ini tak boleh berpisah dengan rokok.
Kitorang singgah sini kejap sebab mamat ini nak hisap rokok.

Malam dah pun menjelma tapi aku dan FZ tetap jalan-jalan.
Cuaca pulak makin sejuk.
Suhu makin rendah.
Angin pulak makin kuat bertiup.
Kalau kat KL nie, angin macam nie bawak ribut taufan dah nie...





Gambar-gambar diatas bukanlah kerana gambar tak berkualiti.
Tetapi sebab kabus tebal.
Angin kuat usah cakaplah.
Kalau badan aku macam olive popeye tu, dah lama terbang kena tiup angin.
Aku suke sejuk macam nie...
Mesti tido pun lena.

Ok, sekian untuk kali nie.
Tunggu part 2 pulak..
Sabor ye....