Thursday, February 24, 2011

Tayang gambar pasangan di dalam blog ~betul ke salah

Ini adalah isu terbaru yang tengah hot di kalangan blogger.
Aku TERbaca satu entri dari satu blog orang Utara yang agak femes la.
Aku tahu blog dia pon pasal member aku tag untuk join satu contest yang dianjurkan oleh blogger Utara tu.

Isu tayang gambar pakwe makwe dalam blog.

Is it a big issue sampaikan masing-masing nak mengata dalam blog..?

Entri ni adalah pendapat aku semata-mata.
Bukan ada niat lain pun.

Blogger tu cakap tak patut tayang-tayang gambar pakwe/ makwe dalam blog.
Kat header, letak gambar pakwe/makwe.
Kat sidebar pun letak gambar pakwe/makwe gak.
Tak cukup kat situ, kat footer dan background pun ada gambar pakwe/ makwe.

Aku setuju la cakap dia tu.
Takyah la tayang sampai macam tu sekali.
But, blogger femes tu TAK PATUT cakap dia MELUAT tengok blog orang macam tu.

Benda-benda nie adalah hak blogger masing-masing.
Blogger femes tu TAK PATUT cakap macam tu.
Mungkin niat blogger itu sekadar nak luahkan perasaan dia tapi fikirlah perasaan blogger-blogger yang jadi follower dia yang suka tayang gambar pakwe/makwe...
Apa perasaan blogger lain?

Dia femes.
Ramai orang baca entri dia.
Dia sepatutnya tahu batas menulis entri sebagai blogger terkenal macam dia.
Lainlah macam aku.
Follower aku ader 13orang je..
Silent reader je yang berlambak-lambak.
Tolak campur darab bahagi, readers aku hanya 100++ orang je.

Kalau dia tak suke dengan blogger yang suka tayang gambar pakwe/makwe, tak payah masuk blog tu.
Tak payah baca.
As simple as that, right?
Tak perlulah nak meluat ke, menyampah ke ape...

Paling tidak pun, doakanlah kebahagiaan pasangan itu.
Moga-moga pasangan itu kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya sampai ke akhir hayat.

Sebagai contoh, ader seorang blogger yang sangat femes, SEPET dan boifren dia QERY.
Diorang selalu tayang gambar sesama sendiri.
Bagi aku, diorang nie memang sweet kapel.
Suke sangat tengok diorang berdua.
Macam-macam karenah.

Diorang pun tayang gak gambar pakwe/makwe diorang.
Takde pon aku rasa menyampah atau meluat atau ape-ape perasaan yang menghala kepada JELES.

Memang diorang tak tahu sama ada itu jodoh diorang ataupun tak.
Bak kata orang, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.
Kite pun takyah la nak masuk campur dalam hubungan diorang.
Kite nie baca blog dia, then senyap.
Takyah la nak cakap banyak-banyak.
Biarlah diorang macam tu.
Diorang tak kacau kite pun tapi kita lak yang lebih-lebih nak meluat kat diorang.
Ape kes?

Lagipun tak salah kalau diorang berdua suke amik gambar bersama.
Dan diorang tayang dalam blog, buat entri tentang kebahagiaan diorang MUNGKIN sebagai diari hidup diorang.
Manalah tahu kot-kot 10tahun akan datang, diorang akan baca balik entri-entri lama.

Tentang malu kalau-kalau hubungan putus di tengah jalan, itu bukan masalahnya.
Malu tak timbul sebab at least kite pernah merasa nikmat CINTA.
Kalau ada yang mengata, itu suke hati la.
Yang mengata tu akan dapat dosa.
Terkena kat diri sendiri, baru tau!

Kalaulah tayang gambar pakwe/makwe buat korang meluat, habis tu kalau yang asik tayang gambar laki, gambar anak-anak, gambar barang-barang shopping yang branded, korang mesti meluat jugak, kan?

Tak baik sebenarnya.
Biarlah diorang nak tayang ke tak.
Yang penting diorang tak buat benda yang bukan-bukan.
Lainlah kalau belum kahwin tapi dah tayang gambar comolot, peluk-peluk (aku pun ada gambar macam nie. hehehe..).

Kalau diorang tayang gambar yang bukan-bukan, barulah kita boleh bersuara dan menasihati dia.
Bukan mengutuk, mengeji atau mencaci...
Kalau sekadar gambar berdua yang snap sendiri through kamera hp pun korang nak bising, aku tak tahu la nak cakap ape..

Ha, korang meluat tak tengok gambar cani?

Renung-renung, tenung-tenung.... Dari mata jatuh ke hati.
Perghhh... menyirap tak tengok?

Ha, yang ni lagi la..
Duk rapat-rapat, kompem dapat (kata setan dalam lagu 'Kalau berpacaran')..

p/s : Lagi menyampah kalau tengok gambar orang huduh tapi perasan cantik / diva...

Sekian.
Peace no war!

Lulus

Korang baca tak entri aku yang semalam tu?
Ala, pasal FZ nak bertempek dengan aku mana-mana je aku pegi tuh...
Ha, kalau korang tak baca lagi, skroll la kat bawah ye.
Kalau dah baca, entri nie kesinambungan dari entri semalam.

Petang semalam, balik kerja terus aku pergi jumpa FZ.
Lepak kat kolam dulu... (eh! Dah lama aku tak lepak kat kolam, kan?)
Malam sikitt barulah kitorang kuar makan.
Macam biase, kitorang makan kat Yusof Tomyam kat Bangsar sebab aku teringin nak makan Siakap tiga rasa.

Sementara tunggu order tuh, kitorang sembang-sembang la dulu.

Aku : Abanggggg.... *buat-buat suara menggoda.
FZ : Ha, pe dia?

*Gitu je dia sahut? Ha, nilah lelaki. Bile dah lelama kapel, mesti dah kurang kasih sayang yang ditunjukkan. :(

Aku : Hari Ahad nie kite ader ape-ape plan tak?
FZ : Entah. Tak fikir lagi. Kenapa, sayang?
Aku : Erm, saya nak kuar dengan Kak Aiza boleh tak?
FZ : Nak gi mana?
Aku : Times Square.
FZ : Ok, boleh je...

*Dalam hati, HOYEHH! sambil melompat-lompat.
Lulus!

Aku : Ikhlas ke tak nie, abang?
FZ : Ikhlas aje..

Dia mula buat muke toya.
Geram pulak aku.

FZ : Kak Aiza nak cari apa kat sana?
Aku : Baju T-shirt labuh. Dia kata dia nak cari banyak-banyak.
FZ : Ha, baguslah macam tu. Ayang pun carilah jugak.
Aku : Ala, sayang nak cari blaus je.
FZ : Carilah T-shirt. Simple je kalau nak gi mana-mana.
Aku : Taknak la T-shirt. Tak best.
FZ : Jangan nak ngengada. Abang nak sayang beli jugak T-shirt labuh selai. Kalau sayang tak beli, lain kali abang takkan izinkan sayang pergi sana lagi.
Aku : Teruk nau! *sambil jelir lidah.

Geram! Geram! Geram!

Wednesday, February 23, 2011

Rindu

Masa sebelum kenal DIA, aku bebas...
Nak pakai ape, nak buat ape, nak gi mana-mana...
Takde orang halang pon.

Dulu aku nak pakai skirt, boleh aje...
Nak pakai singlet pun, boleh aje.
Rasa cam diva sesangat bila pakai macam tu. *hahahaha.. poyo!
Nak pakai bikini, memang la tak boleh sebab body aku ni banyak sangat spare tyre.
Pastu nak gi lepak-lepak, takde orang amik kisah pon.

Dulu suke sangat kuar shopping moping dengan kawan-kawan.
Pergi pagi, balik malam pun takpe.
Takde orang pun yang risau.
Nak pilih baju lelama pon, takpe sebab takde orang mengeluh.

Dulu selalu lepak dengan kawan-kawan kat Dataran.
Dari malam sampai awal pagi.
Pernah sampai tersengguk-sengguk aku dalam kereta mase on the way balik rumah sebab mengantuk sangat-sangat.
Takde orang nak amik tahu pon...

Tapi sekarang...

Huhuhu... (nangis dulu sebelum cerita)

Semua tu dah takde..
Waaaaa....... (terus melalak)

3 hari lepas, aku dan FZ pergi Times Square.
Saja jalan-jalan.
Lagipun FZ nak jual bangle silver dia kat tempat yang dier beli dulu.

Aku nie tak boleh kalau pergi ke Times Square.
Rasa gatal gile tangan nak beli baju walaupun duit takde..
Pinjam duit FZ dulu pon takpe...
Asalkan dapat baju selai, itupun aku dah cukup puas hati.
Huhu... Sadis, kan?

Tapi, FZ tak kasi aku beli pakaian kat situ.

FZ : Jangan nak ngengada pakai baju seksi-seksi eh. Tak suke...
Aku : Ala, bukan seksi pon. Kan pakai inner kat dalam.
FZ : Takde maknanye..
Aku : Ah, tak kire! Tak kire! Nanti nak datang sini dengan Kak Aiza.

Aku buat mulut muncung lagi..
Sentap okeh..
Dah la baju lawa-lawa kat situ.

Pastu kitorang jalan-jalan lagi.

Aku : Abang, kalau sayang nak datang sini dengan kawan-kawan boleh tak?
FZ : Kawan-kawan? Kawan yang mana?
Aku : Kawan la. Kak Aiza ke... Ika ke? *tetibe sebut nama Ika. Hehehe...
FZ : Boleh...
Aku : Hoyeh..hoyehh!

FZ : Tapi...
Aku : Laaa.... ader tapi jugak ke?
FZ : Abang ikut...
Aku : Motippp! Mana boleh! Ngengada!
FZ : Ape pulak? Biarlah abang ikut.
Aku : Nak buat apa? Nanti abang penat. Kitorang nie kalau jalan-jalan, memang tak reti nak berenti. Jaaaaalan je... Makan pun tak. Selagi tak jumpa baju idaman, selagi tu la kitorang tak balik rumah. Pastu semua kedai kitorang masuk tau. Ha, cane? Sanggup ke abang nak ikut?

FZ : Boleh je. Kalau abang penat, abang duduk la kat mana-mana. Pastu sayang pergi la jalan-jalan dengan Kak Aiza. Pastu bile abang dah hilang penat, abang jalan la sorang-sorang pulak.

Aku : Baik takyah ikut kalau macam tu. Baik sayang jalan berdua je dengan Kak Aiza.
FZ : Tak boleh. Abang ikut...

Ha, korang tengok tak?
So, cane? cane? cane?
Eeiii... Geram sungguh aku. Sakit kiwa okeh.
Dia tetap nak bertempek dengan aku.

Tak tahu la kenapa dia sayang sangat kat aku nie? *poyo!
Nak kata aku bomohkan dia, takde kelasss la main bomoh-bomoh nie.
Nak kata aku manja-manjakan dia, tak jugak.
Aku nie kuat melawan, ader la..

Tapi sungguh, aku rindu sangat nak kuar jenjalan dan enjoy dengan kengkawan.
Huhuhu...


Monday, February 21, 2011

Betul ke salah?

Aku tak tahu la korang mengalami situasi yang sama macam aku ke tak...
Yang aku tahu, aku dah muak...dah jelak dengan keadaan macam nie.
Bukan nak gaduh tapi cume nak bagi kesedaran untuk orang yang tak sedar.

Aku ada ramai sedara mara.
Sebelah mummy dan daddy aku... Agak-agak kalau kedua-dua belah pihak berkumpul, penuh satu Masjid Kristal tuh.
*agak-agak bile nak kumpul ramai-ramai lagi? Rindu zaman kecik-kecik dulu...

Memandangkan aku nie pompuan, sedikit sebanyak pasti mengundang cerita di kalangan sedara-mara.
Pasal itu la.. pasal ini laaa...
Macam-macam.
Dan yang paling femes adalah bab pergaulan dan sosial.

Aku akui, sebelum aku kenal FZ, aku ada raaamaiii kenalan.
Kebanyakannya lelaki.
Dan ada jugak sedara mara sebelah mummy dan daddy aku yang tahu kewujudan blog aku nie dan diorang turut meng'follow' blog aku dalam diam.
*korang ingat aku tak tahu, hah?

Biaselah...
Dalam blog ni kan aku citer macam-macam.
Hal luar dalam, semua aku citer.
Well ader aku kesah korang nak mengata ape?

Kenapa aku tak kisah?

Sebab aku tahu mulut diorang nie jenis mulut longkang, mulut puaka...
Mulut-mulut macam nie memang takleh ditutup pon.
Macam mulut longkang la.. kite tutup macam mana pon, bile air busuk kat dalam dah penuh, air busuk tu akan melimpah keluar gak..
Ha, lebih kurang gitu la..

Aku nie bukannya ape..
Bila aku ada ramai kawan, diorang duk ngumpat kata aku nie sosial...

Yes, memang aku sosial pon.
Tapi aku nie takdelah sampai nak keluar masuk disko, mabuk-mabuk, hisap rokok, main dadah...
Tak ada!
Aku tak sentuh pon benda-benda nie.
Sumpah Lillah aku tak pernah jejak kaki masuk disko, pub atau tempat-tempat seangkatan dengannya.
Malah aku takde keinginan pon nak pergi ke tempat-tempat macam tu.

Pada yang mengata kat aku tuh, sila kawal anak-anak anda.
Diorang tu sebenarnya lagi teruk dari aku, tahu tak?

Nak tahu tak apa beza aku dengan anak-anak korang?
Anak-anak korang buat jahat belakang-belakang, aku pulak buat jahat depan-depan.

Aku berkawan dengan FZ, aku kenalkan dia kat family aku..
Malah adik-adik aku pernah keluar dengan dia.
Kitorang shopping sama-sama. Makan sama-sama.

Aku berkawan dengan A, mak bapak aku tahu.
Aku berkawan dengan HM, mak bapak aku tahu.
Aku berkawan dengan orang berpengaruh kat Terengganu, mak bapak aku tahu.
Aku berkawan dengan L, seluruh family aku tahu.
Aku berkawan dengan sape-sape je, mak bapak aku tahu.

Aku bagitahu mak bapak aku kat mana aku nak pergi.
Kedai mana aku pergi makan..
Sampaikan plan aku nak bercuti pun aku bagitahu adik beradik aku dulu.
Cth : Masa gi genting hari tu, aku bagitahu adik-adik aku dan Kak Long aku.

Memang kekadang mak bapak aku bagi nasihat, tapi aku dengar la walaupun sikit.
Tapi sekurang-kurangnya mak bapak aku kenal aku sape.
Adik beradik aku tahu hati budi aku macam mana...

Aku nie cume tak tahan bila orang duk sibuk mengata aku itu ini tapi dia tak sedar orang yang terdekat diorang jauh lagi teruk dari aku.
Bukan tu aje, silap diri sendiri pon diorang tak sedar.

Tengok aje lah macam akhir tahun lepas.
Di saat aku susah nak survive...
Ader sedara mara tolong aku??
Tolong mengata ader laaa...

Last-last sape yang tolong aku?
Adik-beradik tersayang aku, buah hati tercinta aku dan bos terhormat aku jugak yang tolong.

Nak harapkan orang lain?? Sedara mara? Kawan?
Huh, YANG ADO!
Sebab tu aku pernah cakap, "Lumrah zaman sekarang, darah daging takkan tolong darah daging sendiri".

Lagi satu, kalu bab angkat bakul sendiri... perghhhhh dialah no.1.
Family dialah yang paling best.
Family dialah yang paling rock...
Family dialah yang paling sporting...

Perghhhh...
Dashyat!
Mengalir air mata ko dengar. T__T

Well, aku tak kisah la kalau korang nak angkat bakul sendiri ke, angkat raga sendiri ke...
Tapi jangan nak melibatkan orang lain, boleh tak?
Tak yah nak kondem-kondemkan orang lain...
Menyampah tahu tak...

Nasihat terakhir aku :

Tak payah la sibuk-sibuk nak mengutuk diri orang lain,
perbaikilah diri sendiri tu dulu.
Tak payah la sibuk-sibuk nak kondemkan family orang lain,
selamatkan family sendiri tu dulu...
Tak payah sibuk-sibuk nak mengumpat, mengata dan menghina keluarga orang lain,
sebab ada orang lain yang sedang mengumpat, mengata dan menghina keluarga korang jugak...

Fikir-fikirkanlah..


Serbu menyerbu ke Pasar Kedai Payang

Citer nie dah lama. Dah kepam.
Baru aku perasan gambar-gambar nie dalam memory hp aku.

Semalam sebelum tido, aku tergolek-golek dulu atas tilam.
Panas dowh semalam..
Sampai aku tak leh tido lena.
Tak tahu la cuaca panas ke atau panas dosa...
Waaa... mengata diri sendiri lak.

Masa tergolek-golek atas katil, aku godek-godek la hp aku.
Dah lama okeh tak tengok folder image dalam hp aku nie.
Apa la gambar-gambar yang ada dalam folder imej hp aku nie, kan..

Godek punye godek, aku terjumpalah gambar-gambar masa aku balik kampung ari tu..
So, apelagi...
Update blog la kan..

-----------------------------------------------------------------

Masa balik kampung hari tu, aku ader la pergi ke Pasar Kedai Payang dengan KakLong dan Alia.
Kak Long ajak aku temankan aje sebab kengkawan dia kirim suruh belikan kain pasang batik Terengganu.
Batik Terengganu kan cantik-cantik...
Harga plak boleh runding.
Itupun kalau orang Terengganu la yang beli.
Kalau orang luar yang beli, kompem la diorang up kan harga.

Kitorang pergi hari Sabtu, seminggu sebelum raya Cina.
Time tu orang takdelah ramai sangat.
Kalau time cuti raya Cina, kompem penuh pasar tuh.
Aku dan Kak Long memang tak suke orang ramai-ramai.

Kitorang jalan la lenggang kangkung kat dalam pasar tu.
Memule kitorang pergi cari souvenir untuk kengkawan kat KL.
Aku pon beli gak.
Tapi memandangkan kewangan yang terhad, aku belikan untuk FZ dan orang-orang opis je.

Kak Long dan Alia tengah pilih barang...
Diorang beli fridge magnet..

Aku pun tak terkecuali..
Tapi aku beli keychain jek..
Bentuk wau dan ada nama Terengganu.
Nak beli FM, aku tak berkenan pulak sebab takde tanda Terengganu.
Ada tulisan Malaysia dan Redang je..

Ape kes beli FM camtu?
Aku bukan pergi Redang pon.
Aku nak yang ada tulisan TERENGGANU sebab aku beli di Kuala Terengganu.

Lepas beli semua, barulah bermula misi mencari kain pasang batik Terengganu.
Tobat.... semua kain cantik-cantik.
Geram pulak aku tengok.
Rasa cam nak beli.
Kak Long dah bagi pinjam duit dia dulu tapi aku taknak.
Malas nak berhutang.
*tapi nyesal sebab tak beli. Huhuhu...

Sempat lagi amik gambar.

Inilah antara kain pasang batik Terengganu.
Cantik-cantik..

Kalau aku nak balik Terengganu dan ada yang nak kirim, boleh aje.
Cakap je nak kaler ape, design ape... aku boleh carikan.. *InsyaALLAH.
Pastu aku akan bawak kain dan tunjuk kat korang.
Kalau korang berkenan, korang beli.
Kalau tak berkenan, aku boleh pulangkan balik.
Buat masa sekarang, design terbaru adalah bunga raflessia.

Tapi kalau korang nak aku belikan sekarang pon boleh.
Itupun kalau korang nak laaa...
Kalau tak nak, takpe..
Aku just tolong je.
Sebab kalau korang orang luar, kompem harga diorang akan up tinggi...

-sekian-


Friday, February 18, 2011

Dah lama sangat kan?

Rasanya macam dah setahun dah tak update.
Perghhh...
Aku nie bizi bukan main..
PM pon tak bizi cam aku ni tau.
Huhuhu..

Sekarang nie aku dah selamat sampai rumah.
Esok cuti..
Tak sabar nak rase bangun lewat. *poyo.. mcm tk biase bgn lwt...

Ni nak citer benda lama.
Lama tak lama pon, benda nie baru je jadi hari Sabtu minggu lepas.
Aku dan FZ dah lama tak pergi ke Kepong.
Rindu plak nak main layang-layang.

Cuaca pulak sedang-sedang elok je.
Nak kata panas, takde lah panas sangat.
Nak kata mendung tu, cerah la jugak kot.
Angin plak sepoi-sepoi bahasa je.
Kire best la kalau nak melepak kat Taman Layang-layang tu.

Aku dan FZ pon ape lagi... zassssssss ke Taman Layang-layang tu.
Kebetulan masa sampai tu, angin jadi kuat..
Rasa cam angin hujan kot..
Kitorang pun ape lagi, teruslah naikkan wau.

Perghhh.. syook ooo main wau nie.
Wau nie kan permainan tradisional kite.
Takdelah kite asik main internet rekaan barat tu je...
Kadang-kadang mainlah permainan tradisional kite gak...
Tak gitu?

Sambil-sambil main wau, FZ amik gambar aku.
Katanya dah lama dia tak amik gambar aku.
Nanti boleh buat stok rindu..
Stok rindu ke stok ape, bang?
Hmmm... musykil neh.


Memang inilah pesen aku dan FZ main wau.
Rileks je.
Duduk je buleh.
Tak yah sibuk-sibuk nak berdiri sambil tarik tali..

Dah lama tak amik gambar berdua...


Tak lama lepas kitorang main (ader la dalam 1jam setengah), tetibe awan jadi mendung.
Kompen nak hujan.
FZ ajak aku kemas-kemas.
Takpelah... at least kitorang sempat jugak lepas rindu main wau tu..

Ngam-ngam kitorang masuk dalam kereta, hujan turun.
Lebat plak tu.
Mujurlah kitorang nie sempat kemas...

Pastu kitorang pergi lepak kat Tasik Titiwangsa plak.
Amik gambar jugak walaupun hujan renyai-renyai...



Baju sopan macam nie memang FZ lulus untuk aku pakai.
Sebab tu bila aku pakai baju sopan, dia sukerela je nak amik gambar aku.
Acu kalau aku pakai baju nampak bontot sikittt, yang ado dia nak snap gambar aku...
Nyampah!
Huhuhu..
Sekian saja... :D


Wednesday, February 16, 2011

Hye uolls!

Salam...
Fuhhh... lama kan aii tak update?
Aii bizi la uolss.
Sejak balik dari kampung ari tu, memang aii bizi je manjang.
Bizi dengan kerja, bizi dengan hal peribadi.
Kalah menteri besar uolss...

Perkembangan aii sekarang nie adalah aii semakin berkembang.
Hahaha...
Iye uolss...
Aii rasa berat badan aii dah naik mendadak.
Tak mau la timbang-timbang.
Ngeri okeh!
Nanti kalau aii pengsan, susah orang nak angkat.
Maklumlah aii kan dah jadi besar gajah gituuu..

Tentang hubungan aii dengan FZ?
Huhuhu... Hohohoho..
FZ tu memang suke menyakitkan hati aii yang sensitip neh.
Menyampah tau.
Walaupun aii tahu dia cuba buat yang terbaik dalam hubungan kitorang nie, tapi aii tetap suke marahkan dia.
Susah uolss nak paham dia sekarang nie.
Dia sudah berubah uolss..
Full stop cakap pasal dia.
Malas dah aii nak cakap lagi.
(dalam hati, menyanyi lagu hati yang kau sakiti - rossa.. Uwaaaa!)

Pasal kerja pulak?
Kerja aii ok..
Tapi makin bizi uolss.
Berkat sikit gaji mak bulan nie.
Biasenya aii goyang kaki layan fesbuk tetiap hari.
Naik bosan tau.

Hari ni pon aii banyak kerja.
Overload.
Sampaikan ader jejaka malaya sound kat aii, "aik? dah ada kerja ke sekarang ni?"
Pastu dia gelak-gelak.
Macam puaka kan mulut dia.
Memang takde insurans langsung.
Nanti aii genyeh mulut dengan cili kering, baru tahu.

Ok, dah la..
Aii nak sambung buat kerja plak.

Pesanan penaja : silalah meluat dengan entri macam mak nyah nie.
Aku takde idea ohh nak update ape.
Dats y aku buat entri camnie.
Hehehe.. Jangan marah.
Nanti kena jual.

Peace...

Wednesday, February 9, 2011

Wedding si comey lote - Lieya

Mula-mula aku nak bagi korang tengok gambar pre-wedding Lieya dulu.
Aku upload 2 keping je.
Malas nak upload banyak-banyak.



Comel kan Lieya nie?
Diulang, dia nie kazen aku sebelah daddy.
Ramai peminat nie..
Tapi dia setia pada yang satu je.
Kebaikan Lieya nie, dia lemah-lembut.
Orang cakaplah dia nie macam-macam tapi dier buat derk je.

Orang cantik macam dia nie, memang ramai orang yang dengki.
Dia nie selalu kena fitnah kat orang.
Kesian dia...

2hb baru-baru nie, aku pergi ke rumah Lieya.
Tolong dia buat persiapan untuk kenduri dia nanti.
Masa tu aku demam.
Tapi kazen punye pasal, aku pergi jugak.

Aku ditugaskan untuk buat ini sahaja.
Simple.
Orang demam la katakan.
Mana boleh buat kerja berat.



2orang budak lelaki yang duk sebelah aku ni semuanya kazen aku.
Yang berbaju putih, namanya Amirul Shafiq.
Yang berbaju belang-belang tu namanya Faiz Zulhilmi.
Diorang nie sebaya dan belajar kat UiTM yang berlainan.

Malam 3hb adalah malam majlis akad nikah Lieya.
Majlis tu diadakan di Masjid Puteh, Kuala Terengganu.
Meriah dowh majlis dia.
Ramai gile orang datang.
Penuh 1 masjid.



Cantik Lieya, kan?
Jeles haku...
Kalaulah aku jadi Lieya, kompem aku jadi model dah sekarang nie. :D

Nama hubby Lieya aku tak tahu.
Tapi orang panggil dia Aman.
Anak tokey emas dowh...

2kali lafaz nikah, akhirnya Lieya jadi isteri Aman.
Sekali lafaz, Aman tergagap-gagap.
Bile dah testing banyak kali, akhirnya lafaz kedua barulah okey.

Pengantin sebak...
Mana tak sebak, status pun dah bertukar dari bujang ke isteri orang.

Mak pengantin pun sebak gak bila anak dara bongsu dah dimiliki orang...
Mak pengantin nie aku panggil Along Pah.

Macam biaselah.. bergambar kenangan dengan pengantin pompuan...




4hb, hari kenduri Lieya.
Aku tak dapat pergi sebab aku pergi ke majlis kenduri Emma.

Lieya nie memang gojes laa...
Patutlah Aman sayang sangat kat dia.


Tengok!
Daddy aku "lari" sekejap dari kenduri Emma dan pergi ke kenduri Lieya.
Nak berkaraoke rupenya!
Tak ajak Nana pon, daddy!
Huh!

Ini antara hantaran dari pihak lelaki kepada Lieya.
Semuanya berjenama kauuu...
Maklumlah kawen dengan anak orang kaya.

Eh, ada orang kaya nak kat aku tak?
Hehehe..

*To Lieya, selamat pengantin baru.
Bercintalah selalu ye...

Tuesday, February 8, 2011

Bekerja keras di majlis kawin sepupuku - Emma (ii)

Ha, ni sambungan dari entri yang sebelum ini...

Lepas majlis akad nikah, kitorang bersiap sedia untuk next majlis pulak.
Opcos la kenduri-kendara. Majlis makan-makan.

Semua mak-mak dan bapak-bapak sibuk kemas rumah dan sediakan apa-apa yang patut.
Aku pulak ikut Emma dan Rizal pergi amik gambar outdoor.
Masa tu aku tak tahu la ape yang jadi kat rumah Cik Rus tu.
Kompem riuh rendah.
Lagipun budak-budak ramai.
Lagilah huru-hara jadinya.

Keesokkan harinya, aku kena bangun awal pagi.
1st kena pergi rumah Lieya dulu.
Lieya nie kazen aku sebelah daddy.
Dia buat kenduri pada hari yang sama gak.
Berbelah-bagi aku nak pergi kenduri yang mana satu.
Sorang sebelah daddy, sorang sebelah mummy.

Lepas pergi ke rumah Lieya, terus kitorang bertolak ke rumah Emma.
Masa tu sekitar pukul 9 pagi.
Majlis start pukul 10 pagi.
Sempat la pergi sana.
Lagipun jalan kat Terengganu nie takde la jem macam kat KL.
Kalu jem pun, sikit-sikit je.
Itupun sebab pemandu kat Terengganu nie banyak yang jenis suke "bersantai" kat tengah jalan.

Pukul 10 pagi, Emma dah start bersanding.

Nak tengok pelamin Emma?

Dia buat tema light yellow.
Aku berkenan jugak dengan pelamin dia.

Korang tengok gambar aje lah ehh...
Gambar banyak sebab tu tak tersusun.
Korang layan ajelah...

Hantaran dari pihak lelaki.

Hantaran dari pihak perempuan aku lupa nak snap.

Dari kiri, Kak Long -> Emma -> aku.
Flower girl yang tak bertauliah duk depan.

Kakak ipar aku, Kak Ejam (berbaju hijau kuning) kena pegang payung.
Hehe..
Aku dan Kak Long jadi pengiring pengantin jek.

Mulut aku memang becok gile.
Sebab aku yang tukang jaga pergerakan flower girls.
Yalah, tak buat raptai pun sehari sebelum majlis.
So, flower girls pakat tabur je bunga.
Mujurlah flower girls nie cepat pickup.
Senang diajar.
Syabas, bete!

Kak Long pun sama.
Tukang jaga flower girls..


Inilah flower girls yang comey-comey.
Dari kiri : Amisha Arieana (anak abang aku), Engku Syafina (anak sepupu aku), dan Alyssa Adriena (anak abang aku gak).

Doa selamat dibacakan oleh ayah pengantin lelaki.

Tak pasal-pasal aku jadi pengapit.
Huhuhu...

Nenek aku - Puan Hasnah - menepung tawar pengantin.
Nenek aku pun ikut tema warna pengantin okeh.
Nenek aku memang sporting pon.

Giliran Kak Long aku pulak.

Ini kakak ipar aku.
Dia dan Kak Long aku selim-melim jek..
Aku je yang makin membesar dengan jayanya.
Huhuhu...

Ini abang aku.
Kali pertama dia menepung tawar pengantin.
Selama nie yang adoo dia nak naik pelamin menepung tawar pengantin.

Ini mummy aku...

Inilah keluarga penuh Emma.
Emma nie anak sulung.
Dari kiri atas : Uncle, Rizal, Emma, Cik Rus.
Dari kir bawah : Izzat, Azim dan Azri.

Ha, ini gambar paling comey.
Pengantin lama yang jadi pengantin baru.
Hehehehe...
Saje je kitorang main-mainkan Cik Rus dan Uncle.

Mak-mak sedara dan sepupu-sepapat perempuan.
Berdiri dari kiri : Kak Long, Cik Ton, Mummy, Ma, tak kenal, Kak Ida (preggy 8 bulan).
Duduk tengah dari kiri : Aku, Kak Ejam, Mek (nenek Emma sebelah ayah), Mak (nenek kitorang), Kak Ja, Kak Nurul.
Duduk bawah dari kiri : Alyssa, Fina, Misha dan Zara.

Ni pulak sepupu sepapat lelaki.
Dari kiri berdiri : Azim, Iwan, Abang Li, Abg Yu, Eizu, Shahril.
Duduk dari kiri : Izzat, Abang Saiful, Shazrin, Azri dan Eddy.

Lepas bersanding, time to makan beradap pulak..

Baca doa sebelum makan dulu.

Sekali lagi aku dan Kak Ejam kene entertain pengantin kat meja makan beradap.
Haiyohhh...
Tak sempat nak lari.
Hehehe...


Nak tahu sape yang tukang cuci pinggan mangkuk??

The flower girls...
Hahahaha...

Takde orang pakse pun diorang nie cuci pinggan mangkuk.
Diorang yang suke rela.
Ha, baguslah.
Daripada diorang semua duk berlari situ sini, baik cuci pinggan kat belakang.
Ader gak faedahnya.
Hehehe...

Diorang cuci bersih tau.
Kalah orang tua cuci.
Orang tua cuci nak cepat.
Diorang cuci relax je....
Concentrate dengan tugas masing-masing.

Alyssa...
Kurus jek anak sedara aku nie.
Nak kata tak cukup makan, aku tengok dia nie asik makan je..
Ntah la.
Pesen tubuh tak membesar agaknya.

Alyssa dan Fifi.
Aku tak tahu la kenapa Fifi senyum macam tu..

Tengok Fifi senyum..
Macam ank nangis je.
Hmm.. Fifi..Fifi.

Eh, tetibe ader gambar nie pulak.
Kan tadi aku dah cakap gambar tak tersusun...
Ayah Emma tengah menepung tawar.
Restu ke tak nie, uncle??

Cik Rus, mak sedara aku paling baik.
Orang kata gajah rimau kat dia pun, dia senyap je..
Yang dia tahu, senyum je.
Lembut orangnya.

Pengantin bergambar dengan anak-anak buah.
Sila tengok Baby Fifi.
Dia nie sebijik macam FZ.
Kalau amik gambar je, mesti nak peace.
Bebudak lain takde pun nak buat peace-peace.
Hahaha..

Ni gambar dengan kazen-kazen lelaki pulak.
Dari kiri berdiri di belakang : Azri (baju merah), Abang Yin dan Iwan.
Dari kiri berdiri di depan : Abang Yu, Shazrin, Shahril, Abang Saiful (nama samaran - Pert)
Duduk dari kiri : Abang Li, Azim, Eizu, Abang Zam.

Habis majlis, dah boleh duk rehat.

Gambar perasan kompem ader...

Time nie aku dah tukar baju.
Rimas asik pakai baju kaftan tu je..
Orang lain sibuk mengemas, aku pulak sibuk main dengan budak-budak.
Gambar kat atas ni aku dengan Zara - anak Abang Yin & Kak Nurul.

Sekian cerita dari aku..
Nanti cerita pasal majlis Lieya pulak...