Tuesday, March 29, 2011

Bohsan?

Sila baca tajuk dengan betul ye.
Bohsan... Bukan bohjan...
Uikss.. dah lama tak sebut bohjan, kan?
Asik sebut bohsia je...
Hahahaha....

Hari tu aku dan FZ tak tahu mana hala tuju.
Ingat nak main boling kat Endah Parade.
Tapi kat sana ader tournament pulak.
So, kitorang pergi je MidValley.

Saja jenjalan kat sana.
Tetibe FZ ajak pergi tengok movie.
Aku on je la.
Kitorang pilih movie ini:-



My opinion, movie nie not bad la.
Nak kata best sangat pon, takde la.
Nak kata tak best tu, ader la part yang best.

Cume in the real war, tentera-tentera takdelah nak berkasih sayang ke ape..
Dalam movie nie banyak sangat part kasih sayang.
Tapi takdelah part ehem-ehem tu.
Part kasih sayang sesama rakan seperjuangan.
Time perang takdelah masa nak sembang-sembang bagai...
Tapi takpe.
Dimaafkan...
Kata movie , kan?

Lagi satu dia punya alien..
Perghhh.. susah betul nak mati.
Alien plak tahap canggih gile.
Senjata diorg lagi hebat dan gaya berperang diorang memang penuh strategi.
Kire alien-alien yang serang LA nie bukan calang-calang alien la.

Ok, stop talking about the movie.
Kang komen banyak-banyak tak guna gak.
Korang tengoklah sendiri ye.
Apapun, movie nie tak membosankan.
Siyes!

Habis tengok movie, perut masing-masing dah lapar.
Aku dan FZ pergi serbu Pizza Hut.
Dah lama sangat aku rasa tak makan pizza.
Kali nie kitorang try pizza yang baru.

Nama ape ntah pizza nie.
Best!
Best sebab ada udang dan cheese yang banyak.
FZ pun kata pizza nie best.
Cuba la rasa ye, kawan-kawan!

Ini cubaan pertama aku nak "menghuduhkan" gambar FZ.
Hahahaah...
Muka dia cam hape ntah...
Time nie dia tak sempat nak control ensem.
Wakaakakaka...

Kesian pulak kat dia..
Terus amik gambar ensem sikitt..
*sikittt je la ye...

Kali nie dia sengaja buat muka macam nie...
Pas amik gambar, aku bagi dia tengok...

Dia kata,
"Buruk nau muke abang! Macam tak caya muka abang macam nie."

Baru tahu ke, bang?
Hahahaha....

Motippp!!

Pastu dia try nak menghuduhkan muka aku plak.

Cubaan pertama dia fail!
Muka aku cun kan??
*cun kau! hahahahaha...

Tapi dia komen,
FZ : Ayang, kenapa dalam pic nie muka ayang macam opera cina? Putih gile.
Aku : Mana sayang tahu. Kamera abang yang tak betul. Errr.. Tapi cun, kan?
FZ : Huh! ???
Aku gelak je.

Yang ini pun fail!
Hahahaha...

Aku : Awek sape yang cun sangat nie abang? Ya Allah....
FZ : Cun? Uwekkkkk!
Aku : Hahahaha...jeles...!

Kali nie plak cubaan dia hampir menjadi...
Tapi dia still tak puas hati...

Yang nie pon tak jadi....
Hahahahaha...

Aku : Kan sayang dah cakap, awek abang ni comel. Ha, abang tak caya.
FZ : Comel la sangat. Comot okeh..
Aku : Still tak nak ngaku tuh.. Hahahaha...

Inilah kejenye bila dah bosan.
Kije takde faedah.
Hehehe...


Gambor orang sakit

Korang penah kene cucuk kat lengan tak?
Pernah?
Tak pernah?

Aku pernah.....
Hahahaha...

Sakit dowhh...
Kata je macam kena gigit semut tapi lepas kena cucuk tu, lengan rasa kebas semacam je.

Kan pagi tadi aku kene cucuk.
Doktor amik darah.
Tak sampai seminit, darah aku dah penuh 1 tiub.
Uihhh... bila aku tengok darah sendiri, aku jadi takut.

Time tengok darah piyed, aku ok je.
But bila tengok darah aku kat dalam tiub tu, aku senyap terus.
Darah aku pekat gile...
Geli pon ader.
Buleh??

Ha, ni muka orang sakit..
Pucat lesi...

Semalam masa jumpa FZ, dia ada kata something kat aku.
Nak tahu ape yang dia kata?

Situasi : Dalam kereta time dia fetch aku kat opis (semalam kan aku mc).
Jam : Sekitar pukul 10 pagi.

Baru je aku masuk dalam kereta, dia tetibe cakap,

"Ha, orang sakit p*p*k dah datang..."

Motipppp!
Aku cubit dia. Dia buleh gelak-gelak plak.
Hampess gedebuss tul..
Ayat kotor okeh!
Blueeekkk!

Ok, berbalik pada cerita asal, bile sampai je opis, bos suruh aku rehat.
Bos aku kan baikkk...
Hehehe...
Pastu aku sebenarnye bukan rehat sangat pon.
Tangan duk sibuk menaip update blog.
Hahahaha...
Gigih update walaupun tangan rasa sengal & lenguh gile.

Doktor letak hansaplast kat lengan aku.
Doktor cakap lebih baik tampal sekejap je.
Tapi aku tak tanggalkan sampai la sekarang.
Gile penakut aku, kan?
Hahaha...

Nampak tak titik merah tu?
Itulah bekas kena cucuk tadi...

*entri ni dibuat kerana tuan punya blog sangat jakun bile kena cucuk kat lengan. Biase kena cucuk kat bontot je..


Tengah sakit ~ Sakit Hati

Semalam aku mc sebab aku sakit.
Sakit yang berkaitan dengan pundi kencing aku.
Kali nie bukan kencing kotor lagi but ada something wrong yang tak kena bila setiap kali aku kencing.
Benda nie memang buat aku tak selesa langsung.
Nak explain pon aku tak reti.
So, awal pagi semalam aku pergi klinik dan mintak mc.

Atas nasihat doktor, aku kena jumpa dia pagi nie untuk check darah memandangkan dalam rekod setiap 3 bulan sekali aku akan ada masalah dengan pundi kencing.
Doktor risau kalau-kalau aku ada masalah dengan buah pinggang.
Yalah, bulan 12 tahun lepas aku kan kena batu karang.
Doktor suruh aku puasa selama tak lebih dari 12 jam.

Pagi tadi dalam pukul 8.45, aku teruslah pergi klinik kat bawah opis aku.
Doktor amik darah aku 1 tiub.
Huhuhu... pes time aku kena cucuk kat lengan.
Now, tangan aku still rasa kebas dan sakit kat tempat cucuk tadi.

Keputusan darah tu akan diketahui hari Jumaat ni.
Debor pulak hati aku nie.
Kot-kot la doktor cakap, "Diana, awak ada penyakit kronik."

Waaaa... menangis tak berlagu la aku jawabnya.

Takmo...takmo.
Aku nak hidup lama lagi.
Tak puas enjoy lagi...... . . . . .
*tak insaf lagi ke? Erkkk..

Balik dari klinik tadi, aku terus naik semula ke opis aku.
Bila dah masuk bilik aku, barulah aku perasan ada 2 keping surat atas meja kat ruang tamu.
Bila aku tengok, 1 surat untuk manager aku.
1 surat lagi untuk aku.

Belek punya belek, aku perasan sampul surat aku baikkkk punya terbukak.
Sampul surat tu bergam tapi dah terbukak.
Shittooo!

Ini bukan kali pertama surat aku ada yang bukak.
Hangin betul aku!

Nak syak sape-sape kang, tak boleh sebab aku takde bukti.
Tapi aku rasa...... . . . . .erm...
Rasa je la pon.
Takdelah nak tuduh-tuduh ke ape.

Aku tak tahulah ape masalah staff opis aku nie.
Suke betul nak jaga tepi kain orang...
Suka betul nak jadi penyibuk.
Menyampah pulak aku!
Hal peribadi orang pun sibuk nak tahu.

Dah la aku nie sakit.
Sekarang bertambah sakit dengan karenah diorang ni semua.
Entah apa la yang diorang nak tahu sangat pasal aku.
Penyibuk!


Sunday, March 27, 2011

Tak cool

Last time FZ balik kampung, dia modified kereta dia tanpa pengetahuan aku.
Senyap-senyap je dia suruh Joe (adik dia) rendahkan kereta dia.
Lagi berapa inci je nak jejak tanah.

Aku tahu pun lepas seminggu dia balik.
Itupun sebab aku tanya dia:-

Aku : Abang, kenapa sekarang nie kereta abang selalu jejak jalan eh kalau lalu kat bonggol? Dulu takde pon macam nie.
FZ : Sebab sayang makin berat kot.
Aku : Mengada! Abang rendahkan kereta abang nie eh??
FZ : Hehehehe...

Tengok!
Sakitnya hati aku...... . . . . . . .

Kitorang kan selalu pergi makan kat Bangsar.
Kitorang biase lalu ikut jalan Pantai (depan Hospital Pantai tuh).
Kat situ kan ader bonggol tinggi.
Setiap kali lalu kat situ, mesti kereta dia jejak.

Setiap kali lalu kat situ laa, aku akan sindir dia...

Aku : Abang, lain kali buat rendah lagi. Barulah cool....
FZ : ??? *sambil pandang-pandang aku.
Aku : Macam sekarang nie tak cool lagi. Biarlah buat betul-betul rendah, abang. Sampai jejak tanah terus. So, bila abang bawak kereta ni nanti keluar api sebab body kereta bergesel dengan jalan. Hebat kalau macam tu. Confirm semua orang pandang, abang.
FZ : Yalah...yalah. Abang nyesal...

Pernah sekali aku sindir dia :-

FZ : Adusss... nyesal pulak pergi rendahkan kereta hari tu.
Aku : Ader orang suruh??
FZ : Yalah... Bila balik kampung nanti, abang suruh Joe buat standard semula.

Pastu dia sengih-sengih.

Tahu pun.
Orang nasihat, taknak dengar.

Itupun dia cakap kat aku, bila balik kampung minggu depan dia nak tinted cermin kereta 1 lapis lagi.
Aku dah warning dia jangan tinted gelap sangat.

Aku : Abang jangan ngengada eh tinted gelap sangat!
FZ : Gelap la elok. Takdelah kena cahaya matahari. Nanti kulit ayang tak hitam.

Kurang asam jawa!
Mentang-mentang kulit aku gelap sikittt...

Aku : Tak boleh. Nanti abang bawak awek lain, sayang tak nampak sebab cermin gelap.
FZ : Laaa... kesitu pulak.
Aku : Yalah! Abang ingat eh. Kalau abang tinted gelap sangat, kite putus!
FZ : Pulakkkk... Macam tu sekali? Hahahaha... ayang-ayang...
Aku : Mestilah.

Keji kan aku?
Sanggup putuskan hubungan sebab tinted cermin kereta.
Hahahaha...

Aku saja je acah dia.
Nak tengok sejauh mana dia sayangkan hubungan kitorang.
Kalau dia tinted gelap sangat, memang terang-terang dia tak sayangkan aku...
Huhuhu..

Takpe. Aku nak tengok aje minggu depan.

Tungggggguuuuuuuuu......... . . . . .. . . . *ikut nada "Melodi" Tv3.


Saturday, March 26, 2011

Bila tiba waktu itu




Bila si dia mengutarakan tentang hal itu.....
Aku jadi serba-salah.
Takut, terharu, gembira....
Tapi,
Aku harus pikir panjang.

Dah bersedia ke aku nie?
Ishhhhh.... takut sungguh!

Si dia sungguh beriya-iya.
Minggu depan si dia akan balik kampung.
Dia akan usulkan hal ini pada mak dia (ayah dia dah lama meninggal. Innalillah).
Tak tahu apa keputusan akan diputuskan.

Ya ALLAH...
Berdebarnya aku...



Friday, March 25, 2011

Surat untuk awak

Salam awak...

Pertama sekali surat ini saya tujukan kepada awak sebab saya nak merujuk perkara yang berlaku pagi tadi dan jugak kejadian-kejadian yang tidak diingini sebelum ini.

Saya ni muda. Awak tu dah tua. Jadi, saya tahu saya patut hormatkan awak. Sebab itulah saya buat surat ini untuk awak.

Selama ini saya banyak bersabar dengan awak. Dengan karenah awak. Dengan kepala angin awak. Dengan penyakit super sensitive awak. Tapi saya tak kisah selagi ia tak menyusahkan saya di tahap yang maksima.

Pagi tadi awak suruh saya jaga mulut saya sebab saya cakap kat orang yang kerja admin sekarang nie semua saya yang buat. Ya, saya mengaku saya ada bagitahu orang & ternyata orang itu memang mulut lembik! Dan awak pun perlu akui sekarang ini awak datang kerja dan selalu lesap entah kemana... Saya yang TERPAKSA amik alih tugas-tugas awak.

Awak,
Saya tahulah awak selalu bimbang dengan bajet dalam unit kita. Tapi takkanlah permintaan saya dan rakan-rakan opis untuk belikan pen dan pensel pon tak boleh diluluskan. Susah sangat ke nak beli benda-benda itu pon. Saya tak suruh awak pergi ke kedai stationery dan beli.
Saya suruh awak order je. Itupun payah ke?

Awak,
Selain dari saya melakukan tugas-tugas admin, saya jugak TERPAKSA menjadi despatch. Dalam JTOR saya, saya tak perlu pun jadi despatch. Tapi sebab saya sayangkan awak, saya tak kisah pon jadi despatch. Ke hulu ke hilir saya berjalan untuk menghantar dokumen.
Takpe, wak. Saya tak kisah.

Saya juga tak suka cara awak mengaibkan orang lain. Cerita yang sepatutnya kita-kita je yang tahu, awak pergi hebohkan kat 1 bangunan opis. Apa motif awak? Awak sedar tak awak aibkan orang sekarang, satu masa nanti orang lain akan aibkan awak pulak? Tuhan itu Maha Adil, awak. Ingat sikit hukum karma dunia.

Awak, setiap hari 5 kali awak solat. Tapi semua tu tak guna selagi awak masih dengan perangai buruk awak yang suke melaga-lagakan orang lain.

Awak berkawan dengan R. Baik bukan mainn lagi kat depan. Tapi kat belakang, awak kutuk dia kaw-kaw. Kat situ dah terang lagi bersuluh, awak bukan seorang kawan yang baik. Takpe wak.... Kalau awak sudi nak berkawan dengan saya, buleh. Tapi buleh blah!

Saya rasa awak kena jumpa pakar psikologi la. Dengarlah nasihat saya ni. Awak dah sampai tahap super sensitif. Orang lain pun sensitif jugak tapi awak terlalu sangat. Saya kesian sangat-sangat kat awak.

Awak expect orang layan awak macam raja sebab mengikut seniority kat dalam unit kita, awak la yang paling lama. Awak tak boleh buat macam tu sebab awak KC je. Apa-apa hal pon, bos tetap bos walaupun dia baru masuk unit kite baru sehari. Dan sebagai secretary muda, saya juga ada hak untuk mengarahkan awak menghantar dokumen bos saya sebab ITU MEMANG TUGAS AWAK. Tugas saya perlu berada disisi bos saja. Saya tak boleh simply keluar macam tu aje.

Tapi masalahnya awak selalu takde. Nak kata ada kije, kije awak saya yang buat. Saya tak tahu apa yang buat awak bizi sangat.

Awak suruh saya jaga mulut saya. Tapi saya juga nak nasihatkan awak untuk jaga hati awak supaya jangan jadi terlalu busuk. Bila hati awak bau busuk, orang takkan dekat dengan awak. Nanti takde orang nak berkawan dengan awak.

Saya risaukan awak. Saya kesiankan awak. Saya rasa awak memang jenis tak cukup kasih sayang. Sedih, kan?

Awak,
cukup-cukuplah membenci orang. Dah ramai sangat orang yang awak benci. Ada je benda yang tak kena pada orang lain. Itu yang awak selalu nampak. Tapi saya pelik kenapa awak tak nampak kesalahan pada diri sendiri.

Tahulah dulu awak pun pernah jadi sekretari kat seorang politician. Awak kata kerja awak tiptop. Orang-orang kat sana sukekan awak. Tapi persoalannya, kenapa awak tak maintain kerja kat situ? Awak kan hepi kerja kat situ.. Pelik kan?

Lagi satu, kenapa sekarang nie kerja awak tak tiptop macam dulu-dulu? Adakah kerana pengaruh usia? Maklumlah awak kan dah makin tua. Tapi saya pelik, makin awak tua, makin tak matang. Kenapa eh?

Awak argue KPI orang lain ada yang mencecah markah 120%. Awak kata bos dulu tak adil sebab bagi awak markah 90++ % je. Tapi awak sedar tak, awak tu tak buat kerja. Takkan la bos nak bagi awak markah macam tu...

Baru-baru nie awak menjatuhkan orang lain. Yakni sehingga menutup periuk nasi orang itu. Sedangkan orang itu begitu baik dengan awak. Kenapa, wak? Apa awak akan rasa kalau awak jadi dia? Mesti awak sedih kan? Perangai awak nie memang teruk tau. Geram saya dengan awak.... Rasa cam nak cubit-cubit je...

Takpelah awak. Saya dah malas nak taip panjang-panjang. Saya takut awak mengantuk pulak baca surat saya nie.

Saya harap awak akan berubah dalam masa terdekat. Saya sayang awak.


Yang benar,

Diana. :D




Thursday, March 24, 2011

Mimpi Cik Ponti Mengganas

2 hari lepas, aku, bos dan semua opismate berkumpul dalam bilik bos.
Kitorang duk sembang pasal cerita-cerita hantu dan kematian yang pernah berlaku dalam opis aku nie.

Seram dowh.
Macam-macam cerita yang aku dengar.

Untuk makluman kengkawan yang duk 1 opis dengan aku, bangunan yang kite duk sekarang nie dulunya adalah tapak perkuburan tentera Jepun.
Dulunya susah pekerja buruh nak pecahkan tapak opis kite nie.
Masa pembinaan sedang dijalankan, macam-macam perkara buruk yang berlaku.
Dan sorang daripada pekerja mati sebab ape ntah, tak sure pulak..

Paling teruk adalah tingkat 14.
*Ader tak reader aku yang duk tingkat 14 nie? Huhuu...

Kirenye banyaklah kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sebab tu di penjuru bangunan kite, berdekatan dengan surau besar kat ground floor tuh, ader tempat pemujaan Cina sebagai salah satu perjanjian kite dengan "benda itu".
Dan masa kite nak pecah tanah dulu, kite ada sembelih ayam, lembu, kambing kat situ...
Tak tahulah apa tujuan.

Dan untuk makluman jugak, Haron Din pernah datang untuk angkut "benda-benda itu" dan buang di salah satu bukit di Negeri Sembilan.
Aku tak ingat nama bukit tuh.
Kita bawak "benda-benda itu" guna bas.
Bas mana aku tak tahu.
2 trip okeh.
Banyak tuh...

Kata driver bas tu, masa pergi ke bukit kat N9 tu, bas berat sangat.
Takde sesape pun dalam bas tu.
Tapi dalam bas tu bunyi bising sangat.
Macam-macam bunyi ada.
Ada bunyi orang berjalan, ader bunyi orang alihkan kerusi...
Ngeri, kan?
Huhuhu...

Pastu bila nak balik ke KL semula, bas jadi ringan sangat-sangat.
Huhuhu..

Kalu tak silap 2 tahun lepas pun ader pekerja teknikal meninggal dunia masa servis lif waktu malam.
Yang nie ngeri skit aku dengar keadaan/ suasana masa kejadian.
Aku takkan cerita lebih-lebih sebab ngeri sangat.
Lif yang mana, aku takkan bagitau.
Kang ader yang tak berani naik lif sorang-sorang kang.

Tapi dier dikatakan kena heart attack dan tetibe terjatuh ke dalam laluan lif.
Innalillah..
Semoga roh beliau diletakkan bersama-sama dengan orang yang beriman.

Ada macam-macam cerita lagi yang aku dengar.
Tapi takkan semua aku nak cerita, kan.
Kang panjang pulak entri aku kali nie.
Kang bosan pulak korang nak baca semua.

Tapi adatlah kan..
Semua opis ada "benda itu".
Bezanya kerap kena usik ngen tak je.

Kalau aku tak pernah pulak kena usik.
Kalau setakat dengar photostat machine tu tetibe bunyi sendiri time aku duk sensorang tu, memang selalulah kena.
Tapi aku buat derk je la.
Malas nak amik port.

Selagi ko tak tunjuk muka ko kat aku, takpelah.
Ko buat la ape yang ko suke.
Jangan pulak ko tetibe muncul tersengih depan aku.
Kang tetibe ader yang mati keras kejung kat situ.

Ok, dah jauh terpesong nie.
Berbalik kat cerita asal, lepas habis sembang-sembang pasal hantu, kitorang semua pun buat kerja masing-masing.
Tapi cerita pasal mati kat lif tu terngiang-ngiang lagi dalam kepala aku nie.

Takpe. Time tido malam nanti baca ayat Kursi & doa sebelum tido.

Alkisahnya, malam tu jugak aku mimpi hantu.
Ngeri ohhh...
Huhuhu...

Memula aku join seminar kat hotel mana ntah.
Tapi kena bermalam 3 hari kat situ.
Hotel tu suram-suram sikit.
*kate mimpi seram kannn...

Pastu aku ada berkenalan dengan 4 orang pompuan.
Dalam keempat-empat pompuan tuh, aku rapat dengan sorang pompuan.
Nama aku tak ingat.
Tapi aku letak as A.

Kemana-mana je mesti aku berdua dengan A.
Sampai satu masa ader pertandingan menyanyi.
MC untuk majlis tu sorang pompuan.

Masa pertandingan tu berlangsung, emcee nie pergi ke toilet.
Bila majlis tu dah tamat, emcee tu tak datang-datang.
So, on the spot ganti emcee baru.
Sementara tu ader 2 orang pompuan lain pergi cari emcee tadi kat toilet.
Aku just jadi penonton je.

Tetibe gempar kat dewan tu, emcee pompuan tadi histeria sensorang kat dalam toilet.
So ramai yang pergi angkat emcee tadi keluar dari toilet dan hantar ke tempat lain.
Aku pulak just tengok je.
Dalam hati berdebar-debar.

Then, ader pengumuman suruh semua peserta seminar masuk ke dalam bilik masing-masing.
Alkisahnya, ader ramai yang degil.
Ader yang taknak masuk dalam bilik sebab sepatutnya time tu time makan.
Aku pun salah sorang yang degil.
Tapi aku tak pergi makan.
Aku pergi amik barang-barang aku kat dewan majlis tadi. *padahal kat situ dah takde orang.

Lepas amik barang-barang, aku masuk dalam bilik persalinan.
Ramai orang rupanya kat situ.
Rupa-rupanya masing-masing takut nak naik ke bilik sebab semuanya duk tingkat 14 yang sunyi.
Kalau jadi apa-apa kat dalam bilik, orang takkan sedar.
So, diorang tak nak masuk bilik tapi berkumpul ramai-ramai kat situ.
Dan bilik aku pun sebenarnya duk tingkat 14 jugak.

Tetibe, pintu bilik persalinan tertutup dengan sendiri.
Masing-masing keraskan badan.
Takut dowhhh..
Aku terkumat-kamit baca ayat Kursi dan aku azan dengan kuat.

Tetibe, salah seorang pompuan kat situ jerit, "Pontiiiiiiiiiiii.....!"
Dia nampak dowh!
Shialll...
Aku makin kuat azan dan aku jerit kat kengkawan supaya jauhkan diri dari tingkap.

Ntah tak tahu kenapa, tetibe aku berdiri kat luar hotel tu.
Mungkin sebab aku sorang je yang azan kuat-kuat so hantu tu takut nak kacau aku.

Aku pandang hotel aku betol-betul.
Rupa-rupanya itu bukan hotel tapi rumah banglo usang 2 tingkat yang dah berlumut!
Tengok kawasan sekeliling pon dah buat aku kecut perut.

Aku nampak ada motor kat bawah pokok.
Then aku bawak motor tu dan keluar jauh dari kawasan rumah tu.

Aku terserempak dengan sorang lelaki tua.
Aku tanya dia pasal rumah usang tu.
Lelaki tua tu cakap sebenarnya rumah itu tak wujud.
Itu hanyalah khayalan aku je.
Dan sudah ramai yang menjadi mangsa terperangkap di dalam rumah khayalan tu.

Pulakkkk dahhh...
Kirenye aku nie bertuah la sebab aku tak jadi mangsa dia.
Fuhhhh...

Tapi aku patah balik ke rumah tu.
Sebab kalau boleh aku nak selamatkan kawan-kawan aku kat sana.
Bila aku sampai kat sana, rumah tu takde!
Kawasan tu dah jadi tanah lapang yang berumput tinggi!

Then masa tu baru aku teringat sesuatu.
Masa mula-mula datang ke seminar tu, aku ada pergi toilet.
Dan masa tu aku period.
Pad yang aku pakai tu aku tak cuci langsung.
Aku terus je buang dalam tong sampah.

Dats why ponti tu mengamuk...
Kirenya apa yang berlaku tu asalnya dari kecuaian aku sendiri.

Pastu, aku terjaga!
Tengok jam, baru pukul 4.30 pagi!

Adoyaiii.. mimpi rupanya.
Tapi ngerilah mimpi tu.
Dan akibatnya, aku takut nak tido balik.
Rasa macam ada Cik ponti duk belakang katil aku!
Huhuhu..

Lambatnya azan Subuh!!!!!
*Kul 5 baru aku boleh pejam mata balik......




Wednesday, March 23, 2011

Ok ke tak?

Ok tak font entri aku sekarang?

Saja nak tukar-tukar...

Bosan lak gune font yang sama je...

Ni la namanya bila takde kije...
Owh, aku kena offline sekarang.
Sebab kul 2.30 nanti aku ader seminar.

Ok. Chow lu...


Tuesday, March 22, 2011

Beg tangan saya

Balik kerja petang semalam, aku keluar dengan FZ.
Jenjalan kat Bangsar.
Pastu kitorang pergi makan kat Yusof Tomyam.

Takde ape yang nak dibuat, FZ hantar aku balik rumah sekitar pukul 8.

Kebetulan angin rajin aku sampai.
So lepas mandi, aku start geledah barang-barang bawah katil aku.
Perghhh... banyak betul barang aku rupanya.

Sambil geledah, aku kemas barang-barang tu semua.
Maklumlah, mata aku dah bosan tengok barang-barang bersepah sana-sini.
Kemas punya kemas, aku teringat handbags Guess aku.
Ntah mana laaa perginye handbags aku tu semua..
Dah lama aku tak nampak.
Lesap terus.

Jadi, acara mencari handbags pun bermula...

Habis mengemas bawah katil, hati aku mula rasa tak sedap.
Handbags aku semua tak ada.
Habis, mana aku letak?
Hohohoo... sayang oh kalu hilang.
Mahal-mahal tuh!

Teringat masa aku tukar bilik awal tahun hari tu.
Sejak tu aku memang tak nampak handbags aku.
Uihhh... debor rasa dalam hati nie.
Ader yang curi ke?
Atau tercicir kat mana-mana?

Kak Aiza suruh aku cari dalam stor..

Ok, aku cari dalam stor.
Stor penuh dengan beg-beg balik kampung.
Aku angkat semua beg tu.

At last, jumpa jugak handbags aku.
Tak tahulah sape yang letak kat situ.
Sebab setahu aku, aku tak pernah letak barang-barang yang masih digunakan kat situ.

Dah namanya pon stor.
Mestilah simpan benda-benda yang tak pakai.
Takkanlah aku nak letak handbags aku kat situ.
Kan?

Ini first handbag aku yang berjenama.

Hadiah dari Kak long aku.
Handbag ni ranggi sikit...

Ini second handbag aku...
Kecik je.
Muat-muat untuk letak purse dan hanset.

Beg nie aku selalu pakai pergi shopping.
Bukannya apa...
Malas nak galas beg yang besar gedabak.

Handbag nie aku beli sekali dengan yang kat atas tu.
Uih, masa nie duit tengah lebat.
Itu yang terus sambar dua sekaligus.
Heheheh...

Tapi yang ni aku jarang pakai.
Sayang laaa...
Sebab kaler dia tu cerah.
Takut kotor.
Harga pun tak buang lagi.

Handbag nie plak aku beli 2 tahun lepas.
Masa tu sale kat Metrojaya Mid Valley.
Harga kalu tak silap aku RM389.
Tapi sale, tinggal RM150 je.
Rasa rugi lak kalu tak beli sebab harga murah sangat-sangat.

Beg ni aku biase bawak pergi kenduri.
Nak bawak pergi jalan-jalan atau opis, rasa tak sesuai lak.

Handbag nie aku beli 3 tahun lepas.
Masa dapat bonus buat kali pertama.
Berguna okeh beg nie.
Aku selalu bawak beg nie pergi ke opis.

Bukan ape.
Besar sikit.
Senang nak sumbat apa-apa.
Hehehe..


Ini hadiah daripada mummy.
Yang nie pun aku jarang pakai.
Tak tahu la kenapa...

Perasan tak kaler handbag aku lebih kurang sama je?
Setakat nie aku malas nak beli handbag yang berkaler-kaler.
Sebab aku nie jenis pemalas nak matching-matching.

Kaler handbag aku senang nak padankan dengan mana-mana kaler baju.
Senang.
Takyah pikir banyak-banyak.

Monday, March 21, 2011

Apesal ha?

Aku tak paham kenapa US selalu jadi 'PENYIBUK' dengan krisis dalaman negara orang lain....

Aku tak paham kenapa US ni perangai macam BANGSAT sangat...

Aku tak paham kenapa US boleh buat sesuka hati mak bapak diorang je kat negara orang lain seolah-olah dunia nie milik diorang...

MANA FUNGSI PBB??
Mana kewibawaan kepimpinan OBAMA?
Tak reti-reti ke nak suruh orang bawahan ko hentikan perang?

Bodoh punya law dunia!

-Menyampah aku bila baca surat khabar pasal kejadian kat LIBYA tu.
Mentang-mentang laaa Libya tu antara negara yang kaya dengan hasil minyak dan gas...

Agaknya US bangsat nie pantang dengar negara-negara kaya berkrisis....
Pastu mulalah dia menggelupur nak masuk campur.
Pastu pepandai buat serangan senjata udara la... dalam laut la...
Ape ke halnya korang nie, US??
Annoying, tahu tak?

Orang tak kacau pun negara ko, ko janganlah kacau negara orang.
Kata pejuang keamanan tapi keamanan haprak ko mcam tu!

Haihhh... sebab tu la aku sekarang ni tak boleh baca newspaper.
Ader je berita yang buat aku hangin.

Apapun, aku bencikan US.
US= United SUCK!

Friday, March 18, 2011

Alhamdulillah... pencapaian dalam quarter pertama 2011

Ingat tak azam tahun baru aku?
Kalau tak ingat, sila baca balik entri ini [klik disini].



Bukan nak bangga ke ape.
Tapi kite baru saja sampai ke suku pertama tahun 2011, tapi dah banyak azam tahun ini dah tercapai.



Kalau dulu, aku berazam :-



1- meningkatkan keyakinan diri yang terlalu mudah berasa down dan menggelabah tak tentu pasal.
-> ya, aku dah berjaya mengatasi perasaan-perasaan tak elok diatas.
Alhamdulillah. Orang-orang yang ada disekeliling aku banyak memberikan dorongan kat aku.


2- Ingin mengumpul harta benda selagi boleh. Selama nie asik nak simpan duit je.. Last2 duit kena kebas jugak dengan penyangak internet. Hampehhh...
-> Setakat nie alhamdulillah. Aku dah ada aset dalam rumah sendiri dan aku beli barang-barang tu semua dengan duit aku.
Syukur sangat-sangat...


3- nak meningkatkan prestasi kerja. Almaklumlah tahun baru nie aku dapat bos baru. Huhuhu... Takuttt.. First impression aku kat dia = kerek. Huhuhu... Aku nak bos macam bos sekarang yang baik hati tuh.
- Setakat nie bos aku ok.
Dia baik dan sporting yang amat.
Pasal kerek tu biasalah. Bos kannn...
Tapi dia takdelah melampau sangat macam bos kawan-kawan setiausaha aku yang lain.
Tentang prestasi kerja, bos aku percayakan aku dan setakat ni alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.




4- nak amik lesen! Umo dah 25 tahun pun, blum ada lesen lagi. Apa daaaa.... Malu jek... - sebenarnya dulu aku pernah amik lesen. Lagi 3 jam nak amik test JPJ. Tapi aku tak tahan sebab cikgu yang ajar aku tuh kureng ajar. Benda remeh pun nak dibesarkan. Merajuk la aku.. Pastu terus stop belajar dengan dia. Ingat nak sambung balik tapi aku busy belajar pulak. Sampailah sekarang nie tertangguh nak buat lesen.
Kali nie memang kompem jadi (KOT!) buat lesen nie sebab FZ dah cakap, dia akan jjadi bodyguard aku sepanjang aku amik lesen nanti. Sekarang pun aku dah try bawak kereta dia kat parking tempat dia kerja. So far ok je. Cume aku lemah bab bukit. Susah ohhh..
-> yang nie belum berkesempatan lagi. Tak tahu lagi bile nak daftar.
Lagipun nak buat lesen sekarang nie mahal kan..
Kerajaan ni pun satu!
Bila orang memandu tanpa lesen, kena saman.
Kalau orang miskin, manalah mampu nak bayar buat lesen.
Acu rendahkan sikit harga nak buat lesen tu, mesti takde orang yang memandu tanpa lesen lagi.



5- mencari cinta sejati.. huahahaha,, maklum la kengkawan sume dah kawin, beranak-pinak.. aku je yang ketinggalan zaman. Hohohoho... - Mummy, sila jangan memilih sangat calon menantu ye.. Nana takmo jadik anak dara tua ohhh..

-> Yang nie no komen... Tengok la sikit masa lagi cane...


6- Buang anasir-anasir luar yang menyemakkan fikiran.. Buat hal sendiri sudehhh..
-> 1st, kes aku dengan Ira.
Alhamdulillah, semuanya dah settle.
Mulai sekarang, sesape je (kawan-kawan, sedara-mara atau orang luar) yang buat apa-apa kat aku, aku akan cube diamkan diri dan bersabar.
Malas dah nak bising-bising melainkan kalau melampau sangat.
Kengkononnye, aku nak jadi baik laa.. hehehe..


7- Tukar style.. kalu dulu seksi, pakai skirt pendek bagai, pasni takmo dah pakai macam tu. sopan sikit laaa..
- Setakat nie aku dah takde pakai seksi sangat dah.
Ramai yang suke dengan perubahan aku sekarang.
Apapun, THANKS to FZ... sebab dia yang ubah aku jadi macam nie.


8- menguruskan badan / menurunkan berat badan - nak buang segala lemak-lemak tepu kat dalam badan nie.tak cantik bila pakai kebaya bila segala lemak terkeluar. shitttooo...!
- >Yang ini, belum terlaksana lagi. Huhuhu..
Susah oo nak diet.
Niat tu ada, cume nak realisasikan benda tu yang payah.
Takpe, nanti bile dah sampai seru, aku diet la.. hehehe...


9- nak improve dalam masakan. senang nanti kawin, tak janggal duk dapur. senang nak bagi laki makan nanti. errrr... kawin ke?
-> Takde masa lah nak masak-masak.
Sekarang nie kalu lapar je, aku masak sardin je. Hehehe..
Maklumlah weken aku jaga baby.
Takpelah. Ada masa nanti, aku belajar... ;-)



10 - meningkatkan tahap kerajinan dalam diri. sebelum nie asik malas je.. sume kije asik tertangguh je. tak buleh jadik neh!
-> So far, aku takdelah macam dulu.
Bila aku ada masa, aku kemas rumah dan apa-apa yang patut.
Itu kat rumah.
Kalau kat tempat kije, aku akan settlekan kije aku dengan secepat mungkin.
Setakat ni semuanya berjalan dengan lancar.


*** Nampaknya azam tahun baru aku banyak yang sudah terlaksana.
Alhamdulillah...

Mintak maaf bebanyak

Hari nie Jumaat.
Esok Sabtu. *semua orang tahu kan?

Esok, aunty aku buat majlis sambut menantu kat rumah dia.
Last week, anak aunty dia (Eizu- sepupu la tuh) kawin.
Aku tak dapat pergi sebab dia buat kat Kuala Terengganu.

Bulan lepas aku baru je balik sana.
Takkanlah aku nak balik lagi, kan?
Lagipun sekarang nie aku kesuntukan duit.

Memang sekarang nie musim cuti sekolah.
Tapi bukannya cuti bekerja.
Masa raya Cina hari tu, TM memang buat force leave selama seminggu.
Dats why aku balik Terengganu.
Kebetulan Emma dan Lieya kawin.
Itu yang aku dapat pergi tuh.

Itupun wedding Lieya aku tak pergi sebab clash dengan wedding Emma.

Cuti tahunan aku hanya 14 hari je setahun.
Sayang cuti laaa...
Lagipun raya nanti aku nak cuti lama...

Tengok kalendar, Raya tahun nie 30hb Ogos bersamaan hari Selasa.
Hari Rabu kompem cuti sebab hari raya kedua.
Khamis pun cuti sebab ganti National Day yang jatuh pada hari Raya kedua.
So, aku akan amik cuti hari Isnin dan Jumaat untuk minggu itu.
Dan kemungkinan aku akan sambung cuti sampai minggu selepas itu.
Maklumlah, takkan raya ke5 dah nak balik KL...
Tak puas beraya la macam tu.

Lagipun dari awal lagi aku bajet taknak balik kampung sehinggalah hari raya nanti.
Biasenya 3kali setahun aku balik kampung.
Raya Cina, bulan 5 (cuti sekolah & sometimes bulan 5 tu ada cuti yang boleh gabung banyak-banyak) dan hari raya.
Tu je.
Tahun nie aku memang bercadang nak balik 2 kali je.
Raya cina (dah lepas) dan raya puasa.

Aku nak jimat.
Nak balik kampung, banyak bajet kena keluar.
Yalah, takkan nak balik kampung dengan tangan kosong.
Paling kurang, bawaklah buah tangan sikit.

Lagipun aku bukannya ada kereta.
Kalau ada kereta bolehlah drive sendiri dan tentukan masa sendiri bila nak pergi dan balik.
Ini, aku kena naik bas.
Tiket pergi balik dah hampir RM100.
Walaupun bukan aku yang drive, tapi tetap letih naik bas.
Dah la tak selesa.

Flight?
Huhuhu... aku takut naik flight sensorang.
Kalau ader kawan takpe.
At least ader gak teman.

Lagipun majlis tu dibuat malam esok.
Katakanlah malam nie aku balik Terengganu.
Sampai sana, awal pagi esok.
Pastu bergegas pergi ke rumah aunty sebab nak tolong apa-apa yang patut.
Malam, rehat sampai ari Ahad.
Ahad malam, balik KL semula.
Pagi Isnin pergi kerja...

Perghhhh.... letihlah aku kan.

Aku rasa bersalahlah jugak sebab tak dapat pergi.
Tapi nak buat macam mana, kan?
Bukannya tak nak balik.

Ini Eizu dan wife dier; Laa; yang bersanding minggu lepas.

Eizu, maafkan aku sebab tak datang wedding ko.
Bukan aku taknak datang tapi keadaan tak mengizinkan.
Sorry a lot.

-Sekian penjelasan dari aku-


Wednesday, March 16, 2011

Hujan oh hujan

Punyalah liat nak bangun pagi tadi.
Cuaca sejuk + tak cukup tido.
Dan-dan tu jugak aku terfikir nak amik EL.
Hahaha.. gile pemalas aku, kan?

Tapi tak jadi pon amik cuti.
Sayang laa wehhh..
Dah la cuti aku 14 hari je setahun.
Ha kedekut cuti kan opis aku.

Mandi-mandi, siap-siap semua...
Dalam kul 8, barulah nak bertolak pergi opis.
Sekali hujan lebat daaa....
Haiyohhh...

Waktu opis aku start pukul 8.30.
Takkan aku nak tunggu sampai hujan serik.
Aku redah ajelah hujan dengan payung pinky love-love aku tuh.
Lantak ah kan.
Yang penting, aku sampai opis tepat pada masa.

Maka, berjalanlah aku dengan lenggang kangkung pergi ke stesen LRT.
Opcos la kain baju kurung aku basah lencun.
Hampesss...
Hilang keayuan aku bila tiba-tiba sampai opis dengan gaya selekeh yang amat.
Takpe,..
Yang penting, make up maintain.
Haha...

Now, aku baru je siapkan kerja aku.
Sejuk ohhh kat dalam bilik opis aku nie.
Rasa cam nak beku je.
Padahal tadi aku intai kut tingkap, kat luar sana dah panas cerah elok je...

Harap-harap petang nanti tak hujan laaa...
Payah oh nak balik kalau hujan.
Sebab kat kaki lima depan rumah aku tu, air turun dari atas.
Mengalir laju plak tu.
Maklumlah rumah aku tu macam berbukit sikit...
Itu yang payah tu.

Kalau dulu sebelum kenal FZ, ader la sorang opismate aku sukarela nak hantar aku balik rumah kalau time hujan.
Sekarang nie dia dah tahu aku ada FZ, aku pun jadi segan nak tumpang dia lagi.
*Takut FZ marah sebenarnya.... huhuhu...

Tuesday, March 15, 2011

Sangap



Dah tengok pic kat atas?
Klik kat gambar tu kalu nak besarkan dia.

Taip-tiap hari aku memang akan on YM.
Kalau tak on sepanjang masa pun, on 3-4minit pon kire ok.
Bukan nak chat sangat pon tapi kot-kot la ader mesej penting ke kat dalam tu, manalah tahu, ye dop?

Tadi aku on YM sebab bos aku lambat sampai opis.
Aku YM through yahoo mail.
Bukan dari YM biasa.
Maklumlah YM biase opis aku block.

Dalam pukul 11 lebih tadi mamat ni mesej aku.
Aku bacalah mesej dia tu.

Apelagi, hanginlah aku!
Bodo hantar mesej gitu kat aku.
Tak pasal-pasal terkena dengan ayat laser aku.
Baru padan muka.

Pastu mulalah nak mintak maaf.
Mujur aku tak sempat nak kuarkan dalil-dalil aku lagi.
Kalau tak, meraung kau patploh hari patploh malam.

Aku tak suka orang hantar mesej camnie kat aku.
Ape ko ingat aku sangap sangat dengan kote ko yang tak laku tu?
Bodo!

Ni la orang kata, bila nafsu menguasai diri sampaikan otak pun duk kat lutut.
Menyampah!


Cinderella

Seronok kan jadi Cinderella...
Tak payah susah payah nak pegi sekolah.
Tak payah susah payah nak belajar tinggi-tinggi...

Dia hanya bersusah payah membuat kerja rumah.
Yakni kerja-kerja rumah tu pun memang patut dilakukan oleh kaum perempuan.
So, takde isu yang berbangkit.




Dan dia hanya perlu bertahan dengan karenah melampau kakak-kakak tiri dan mak tiri dia.
Tu je...

At the end, dengan kecantikan yang ada beserta dengan magis dari fairy Godmother, dia dapat menawan hati putera raja yang kaya-raya.
And they live happily ever after......... . . . . . . . . . . . .

Itu dalam cerita katun Cinderella laa...

Tapi ader ke kat dunia nie manusia macam Cinderella?
Takde??

Eh, ader la....... . . . . . .
Sape cakap takde?

Tak payah susah-susah nak belajar pandai-pandai.
Tak payah susah-susah nak bekerja..
Sebab at last kawin dengan orang kaya jugak dengan berbekalkan rupa yang suam-suam kuku aje dan brain yang tak berapa nak diasah.
Tapi tak tahu la kannn hidup hepi sampai bila...
Aku doakan sampai bila-bila laaa...

Nak jadi Cinderella jugaklah...
Buleh? :D

Monday, March 14, 2011

Pelik kan.... [ii]

Pelik kan...
Bila masing-masing nak pangkat tinggi, tapi malas buat kerja.

Pelik kan...
Bila masing-masing nak pangkat tinggi, tapi bila kerja banyak asik mengeluh je.

Pelik kan...
Bila berkumpul, mesti duk mengumpat-mengeji. Memuji memang jauh sekali.

Pelik kan...
Bila orang tak boleh tengok kite lebih dari dia, mulalah dia menjeling-jeling tajam.

Pelik kan...
Bila dia duk bercakap pasal harmoni tapi dia sendiri tak mengharmonikan keadaan sekeliling dia.

Pelik kan...
Bila orang hipokrit, dia mengata lebih-lebih. Tapi diri sendiri hipokrit, dia tak sedar.

Pelik kan...
Bila kita buat baik kat orang tu, tetibe orang tu tikam kita dari belakang.

Pelik kan...
Bila kebenaran itu disalahertikan.

Pelik kan...
Bila setiap jasa yang ditaburkan, dibalas dengan tuba.

Pelik kan...
Bila orang bercakap tentang keadilan tapi diri sendiri tak amalkan.

Pelik kan...
Bila kite berbaik, dikatakan bodek. Bila kita sombong, dikatakan perasan bagus.

Pelik kan...
Bila kerja sebagai kerani je tapi bizi mengalahkan CEO.

Pelik kan...
Bila datang kerja, bukan buat kerja tapi duk mengumpat sesama sendiri.

Pelik kan...
Bila orang lain datang kerja menghadap PC dikatakan sibuk melayan internet.
Tetapi bila diri sendiri duk sibuk bergayut kat henset dikatakan punya hal peribadi.

Tapi SANGATLAH TAK PELIK...
Bila Orang Melayu saling menjatuhkan orang Melayu sendiri.
Bila Orang keling suke putar belitkan cerita.
Tapi Orang Cina tetap berdiri megah memajukan diri.

Fikir-fikirkanlah sape yang untung, sape yang rugi!
Salam....

Saturday, March 12, 2011

Tsunami

Semalam satu dunia dikejutkan dengan kejadian bencana alam yang berlaku di negara matahari terbit; Jepun.
Tsunami!
Owh, mengerikan, bukan?

Aku tak tengok berita.
Aku dapat tahu tentang berita nie dalam FB.
Berguna jugak FB ni kan?

Teringat pulak kejadian Tsunami yang pernah melanda negara kite beberapa tahun yang lalu.
Kali nie negeri kelahiran aku, Terengganu, turut menerima sedikit tempias dari bencana di Jepun itu.
Dikatakan air di Pantai Batu Burok naik dan melimpah ke jalan raya.

Fuhhh.. takut-takut.
Batu Burok tu kire dah dekat dengan rumah aku kat kampung tuh.
Risau pulak dengan keluarga aku kat sane.
Ya ALLAH, selamatkanlah negeri kesayanganku dari bala bencanaMU... Amin...

Lately memang tak dinafikan, terlalu banyak bencana alam yang berlaku kat dunia nie.
Takut kan?
Aku nie pun bukannya reti nak insaf-insaf lagi.
Asik buat dosa je kerjanya.
Huhuhu.. mengata diri sendiri pulak.

Pinjam kata-kata Kak Maria :

Inilah ragamnya, bila alam berbicara baru manusia sedar segalanya. Jika tidak, sepatah syukur susah hendak dilontarkan...


Betulkan ape yang Kak Maria cakap.
Terkena kat batang hidung aku sendiri.
Huhuhu...

Apapun aku bersyukur sangat sebab dilahirkan di Malaysia.
Hanya org bodo je yang tak bersyukur dan bangga dilahirkan di Malaysia.
Malaysia jarang-jarang sekali terkena bencana alam.
Namun, kite haruslah berjaga-jaga jugakkan.
Bila-bila masa je Tuhan boleh turunkan bala, kan?

Cume aku rasa ralat dengan status sorang 'fren' aku kat dalam FB.
Dia cakap Terengganu kena tempias tsunami sebab bulan lepas Terengganu menganjurkan Jom Heboh.
Dan dia menyifatkan orang-orang yang pergi ke Jom Heboh tu sebagai 'BANGANG'.

Rasional ke, apa yang dia tulis?
Bagi aku, jom heboh dan tempias tsunami langsung takde kaitan.
Gatal je tangan aku nak komen kat status dia tapi aku malas pulak.
Malas nak panjangkan cerita sebenarnya.

Aku tak tahu sama ada dia tulis status tu berkaitan dengan fahaman politik yang diamalkan ataupun dia jeles sebab tak sempat pergi Jom heboh hari tu ataupun memang saja nak lempiaskan kemarahan yang takde bersebab.

Meluat jugak aku baca status dia walaupun benda tu takde kaitan dengan aku.
*aku tak pergi ke Jom heboh kat Terengganu hari tu sebab aku ada kat KL masa tuh.

Lagi satu ada status dalam FB yang bertulis, "dimana doraemon, kiteretsu, ultraman, naruto dan lain-lain dikala bencana tsunami berlaku?"
WTH status macam nie?
Tak jaga sensitiviti orang langsung.
Cuba kalau ahli keluarga mangsa yang baca status tu, ape perasaan diorang?

Haiyohhh korang nie.
Kok ye pun laparkan komen banyak-banyak dari kengkawan dalam FB, janganlah buat status macam tu.
Tak baik...

Ok lah.
TER mengumpat orang pulak.
Dosa lagik nih.

Baik aku stop kat sini.
Dan sama-samalah kita doakan semoga negara kita dijauhkan dari bala bencana dari ALLAH S.W.T...
Amin...

Friday, March 11, 2011

Dadali darling...

My favvy song buat masa sekarang.

Terus aku letak as my background musik.

Amacam, best tak lagu nie? :D

--------------------------------------------------------------------------------------

Lirik Dadali Band : Disaat Aku Mencintaimu


Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............




Thursday, March 10, 2011

Unknown???


Sila tengok gambarajah di atas... *cam ayat dalam buku teks math jek.. hehe..
Klik pada gambar untuk tumbesaran ye...
Kot la korang tak nampak kan...

Ni adalah rating negara yang baca blog aku.
US, Brunei, Vietnam, Indonesia.... Jerman pon ader..

Eh, korang baca blog aku nie, korang paham ke ha ape yang aku tulis?
Ke korang tengok gambar je?

Apepun, point aku kat sini adalah UNKNOWN tu...
Wehhh, mana ader negara yang unknown.
Ha, ni sape yang baca blog aku nie?

Bunian ke?
UFO ke?
Wahhh... UFO baca blog aku?
Hahahaha...
*Jangan melalut, Diana!

Dalam rating korang pernah tak tercatat unknown nie?
Ada?
Ke aku je yang jakun nie? *malu..

Tapi pelik ah.
Takkan takleh detect negara mana..

Hehehe.. Lawak pon ader.
Negara unknown...
Wakakakakakakaka...



Wednesday, March 9, 2011

Sebelum dan selepas

Sesape yang jadi fren aku dalam FB, memang dah tau ape yang aku alami sekarang nie.
Tak pasal-pasal aku buat status marah kat dalam FB tuh.

Manalah aku tak marah.
Tiap hari memang ada je barang aku yang hilang kat opis tu.
Terutamanya stationery.

Memang la satu masalah dalam unit aku nie bile stationery kena beli sendiri.
Aku rasa unit lain takde pun macam unit aku nie.

Masalahnya jugak bila stationery kena beli sendiri akan melahirkan ramai pencilok-pencilok.
Geram sungguh aku!

Aku nie dengan rela hati pergi beli stationery sendiri sebab nak menyenangkan kerja aku.
Ni tak....... . . . . . .. . .
Ader je manusia-manusia yang gatal tangan suke cilok barang aku.

By the time diorang sedar aku ada barang lebih, mulalah nak mintak-mintak dengan aku.
Bila tak bagi, masam muka.
Kata aku kedekut pulak.
Eh, suke hati aku la nak bagi ke tak.
Aku beli dengan duit aku, bukan duit company!

Barang yang biase diorang mintak-mintak nie : staples, post-it note...
Yang nie yang biasa.
Yang jarang-jarang diorang mintak pun ader gak.

Erghhhh! Aku memang tension dengan sesape je yang kaki mintak nie.
Ko gaji besar, pergi beli barang sendiri, boleh tak?
Takkan barang-barang murah pun korang nak mintak dengan aku, kan?

Itu hal mintak-mintak..
Hal pinjam barang tapi tak reti nak pulangkan pun ader gak.

Barang-barang aku macam gunting, pembaris, pensel. . .
Kalau aku bagi pinjam, alamatnya barang-barang tu takkan dikembalikan kat aku selagi aku tak mintak ataupun aku tak pergi amik sendiri.
Itupun kena amik senyap-senyap.
Kalau aku amik DENGAN pengetahuan diorang, memang diorang akan kata aku berkira.
Kalau mintak, belum tentu diorang akan bagi.
Mesti ader je alasan...
Bosan okeh!

Lagi satu hal yang paling aku benci ialah pencilok dalam diam.
Senyap-senyap je amik barang aku.
Sedar tak sedar, barang aku dah takde.
Kalau jadi kat korang, korang akan hangin satu badan tak?

Sebelum kejadian...
Stationery aku punyalah banyak.
Lengkap serba serbi...

Semalam....
Mana stationery aku wehhh?
Sape cilok ni, ha?
Ngaku cepat!

Hari ini, setelah gerak-gempur pagi tadi...

Akhirnya aku jumpa balik barang-barang aku.
Itupun aku jumpa merata-rata.
Dalam bilik meeting usah cakap la....
Memang banyak gile barang-barang aku.
Kat meja makan pun ader.
Itupun ader lagi yang tak jumpa.
Mana pegi ntah...

Haiyoohhh korang nie.
Janganlah buat aku macam nie.
Gaji aku nie ciput je.
Takdelah beribu riban macam gaji korang.
Belilah barang sendiri.
Aku memang berkira sebab korang pakai barang aku macam harta korang sendiri.

Common sense la wehhh...
Kalau nak guna barang orang, mintak elok-elok.
Kalau nak pinjam barang orang, pulangkan balik lepas guna.
Tapi sebenarnya aku tak suka orang mintak-mintak.
Menyampah!
Aku nak kasi, aku akan kasi.
Kalau aku tak kasi, duk dendiam!
Kalau aku berkira pun, aku ader hak sebab tu barang aku.
Ader paham?
Kalau korang kata aku kedekut, aku peduli ape?
Acu benda nie jadi kat korang, tengok pe korang akan buat?

Tuesday, March 8, 2011

Dating di Taman Tasik Perdana...

Masa : Beberapa minggu yang lepas...
Jam : Sekitar pukul 5.40petang.
Situasi : Di dalam kereta sewaktu FZ fetched aku dari opis.

Aku : Abang, jom kita gi dating...
FZ : Nak gi dating kat mana?
Aku : Taman tasik.
FZ : Jauh tu. Jalan jem la, sayang. Lagipun hari hujan...

Ok, fine.
FZ bawak aku ronda-ronda sekitar Bangsar sampailah ke PJ, pastu patah balik ke Bangsar.
Kitorang pergi makan kat Yusof Tomyam, Bangsar...

Pastu kitorang balik.
OTW balik rumah aku :-

Aku : Lain kali kalau tak hujan kite pergi sana eh...
FZ : Ya, sayang. Time weken pun kita boleh pergi sana.

Aku : Hehehe... Tak sabar nak gi sana. Abang tak pernah pun bawak sayang pergi situ.
FZ : Laaa... ape pulak tak pernah? Kan abang selalu bawak sayang pergi situ.
Aku : Mana ade! Abang bawak awek lain kot! Abang curang eh??
FZ : Astaga! Ke situ pulak dia nie. Habis, yang kita duk makan cendol mamak tu, ape?

Aku : Itu kat Tasik Titiwangsa.
FZ : Ha, yalah tu. Habis tu, tadi sayang cakap abang tak pernah bawak sayang pergi sana kenapa?

Aku : Abang! Haihhhhh...
FZ : Apa dia?

Aku : Sayang nak pergi TAMAN TASIK PERDANA la... Bukan Titiwangsa. Haiyooohhh!
FZ : Owhh... petang tadi sayang ajak abang pergi taman tasik Perdana la eh? Bukan Titiwangsa?
Aku : Tadi abang ingat sayang nak pergi Titiwangsa ke?
FZ : A'ah...
Aku : Eeeeiii... Abang nie..

FZ senyum-senyum...
Aku dah mencebik.

FZ : Sorry la. Ok-ok. Lain kali kalau tak hujan, kita pergi Taman Tasik tu eh. Abang ingatkan Titiwangsa tadi. Sebab tu abang cakap tak boleh pergi.
Aku : Yalah... *tapi dalam hati, sukeeeee...

Sejak dari tu, tiap-tiap petang hujan.
Asal time nak balik kerja je, mesti hujan.
Bila time tak hujan, aku dan FZ tak jumpa pulak sebab FZ ada kelas renang waktu petang.
So, plan nak dating kat Taman Tasik Perdana tu asik tertangguh-tangguh.

Sehinggalah......

Petang tadi.

Cuaca elok.
FZ pulak takde kelas renang.
Memang cun la masa untuk kuar dating.

Pukul 5.30 ngam-ngam FZ sampai kat opis aku.
Terus kitorang pergi ke Taman Tasik Perdana sebelum Jalan Bangsar dan Travers jem teruk.

Tenang ohhh pergi sana.
Redup je.
Pastu tengok ramai orang jogging kat situ.
Tetibe terasa nak mengamalkan gaya hidup sihat.
Hahaha...

Tapi keinsafan itu hanyalah sementara.
Bila FZ kata aku comel macam nie, terus tak jadi nak kurus.

Aku dan FZ jalan-jalan kat kawasan sekitar.
Memang cantik pemandangan kat situ.

FZ dah tahu aku memang suke amik gambar.
So, dia volunteer nak snap gambar aku.
Dah lama sangat-sangat dia tak amik gambar aku.

*Dah muak tengok muke aku la tuhhhh! Huh! :(

Gaya terkini FZ amik gambar...
Snap kat celah daun.
Mujur daun segar...
Kalau daun yang dah mati tu, kompem muke aku tak nampak semanis nie....

Bajet nak pusing-pusing, kengkonon...

Main cak-cak...
Heheheh...

Giliran aku pulak snap gambar FZ.

Aku : Motippp amik gambar macam tu.
FZ : Misteri sikittt...
Aku : Uweekkk... Misteri la sangat! Orang dah tahu rupa abang macam tu.

Kitorang gelak-gelak..

Ok la dia berdiri macam nie.
Yang penting, takde peace...

Pastu kitorang jalan-jalan lagi.
Siyes, memang TTP nie canteekkk...


Nampak kecik kan tubuh aku masa nie.
Acu kalau tengok depan-depan, takdenye kecik macam nie.
Mesti besor gedabak.

Snap je kat mana-mana selagi boleh.
Hahaha...

Penat berjalan, FZ suruh berhenti rehat jap.
Aku pulak jenis tak tahu penat kalau berjalan macam nie.
So, aku pulak volunteer untuk snap gambar FZ.

Time nie dia duk pandang sorang pompuan yang duk kat tengah padang depan kitorang.

Aku : Nak mintak tolong dia snap kan gambor kita, ok tak?
FZ : Boleh je, yang.

Tanpa berlengah (ayat poyo), aku pun pergi kat pompuan itu.
Nampak cam pelancong je.
Speaking okeh...

Aku speaking dua tiga patah, pastu pompuan tu sukarela nak snap gambar aku dengan FZ.

"Press the capture button for 2-3 seconds, ok..." kata FZ.
Hehehehe...

Inilah pompuan itu.
Takyah tengok perbezaan body aku dengan dia.
Kitorang berbeza okeh. *Hahahaha...

Nama dia May...
Datang dari Egypt.
Ramah terlajak dia nie.
Datang melancong sensorang.
Berani tul dia, kan..

Ni kat tempat lain pulak...
Besor dan sementot pulak aku dalam gambar nih.

Ok, amik gambar berdua pulak.
Gambar macam nie memang wajib ada kalau kitorang snap-snap.

Gambar blur...

Suke sangat gambar ni.
Sebab aku nampak kecik.
Hehehehe...

Masa nie dah nak balik pon..
Sesaje je la amik gambar kat sini.
Hehehe...

FZ : Puas hati, sayang?
Aku : Tak.
FZ : Laa.. kenapa pulak?
Aku : Sebab tak jumpa air terjun yang sayang nak pergi tuh.
FZ : Lain kali la pulak ye, sayang. Tempat tu kat bahagian lain kot.
Aku : Okesss....

-Sekian-

Saturday, March 5, 2011

Deko deko bilik

Aku memang dalam mood yang baik untuk deko-deko.
Memandangkan sekarang nie dinding bilik aku agak kosong, so aku cadang nak tampal something kat situ bagi nampak ceria.
Memula plan nak tampal gambar aku sendiri.
Opcos la gambar paling vogue the vass aku akan tampal kat situ.
Tapi takut pulak Kak Aiza meluat tengok gambar aku.
Kann...
So, cancel tampal gambar.

Petang tadi aku pergi Tesco Damansara dengan FZ.
Saje je la jenjalan sebab sebelum tu kitorang pergi main boling kat The Curve.
Aku kalah 3 game dowhhhh...
Bangga gila ah FZ.
Dia cakap, " Dulu sayang la Mahaguru. Sekarang ni sayang dah jadi MAHARAGU..."

Siot dia kannn...
Dah la dia gelak kat aku habis-habisan.
Hampesss tul..

Masa jenjalan dalam Tesco tuh, aku ternampak 1 produk tampal dinding untuk budak-budak.
Comel-comel je..

Aku : Abang, cantiknye benda nie.
FZ : A'ah.. comel yang..
Aku : Nak belilah.. Tapi sayang duit la pulak..
FZ : Laaa... amik je la. Pastu tampal kat dinding tepi katil sayang tu.
Aku : Ok..

Zasssss...
Terus la aku amik barang tu.

Lepas pergi ke Tesco, kitorang jalan-jalan ke PJ pulak.
Pergi makan.
Pastu terus FZ hantar aku balik rumah.

Kitorang sebenarnya dah tak tahu dah nak pergi mana.
Lagipun tadi hujan lebat.
Jalan pulak jem.
Kalau tak hujan, boleh jugak pergi jenjalan kat Taman Tasik...

Takpelah...
Balik rumah awal pun takpe.
Sebab aku boleh cepat-cepat tampal benda-benda tadi tu.

Tak sampai 30minit, akhirnya aku berjaya susun benda-benda alah tu kat dinding dalam bilik aku.

Tadaaaaa....

Aku pakat susun je.
Hehehe...

Ada 9 semuanya.
Ada bentuk burung.. bentuk bunga...
Sweet je kaler-kaler dia..

Seee... comel kann...

Harga untuk benda-benda nie RM15.90 je...
Tapi dia punya sticker tak berapa kuat...
Kena tekan kuat-kuat kat dinding, barulah dia melekat elok...

*Esok time to jaga baby...
Aku kan dah nak start jadi baby sitter.
Buleh ke tak nie?
Huhuhu...


-Sekian-

Friday, March 4, 2011

Gelagat

Memandangkan aku belum ada anak kandung sendiri, so aku hanya boleh bercerita tentang anak-anak sedara aku je...
Huhuhu..
Sedih ohh mengenangkan nasib diri aku nie..
Kengkawan yang lain semua dah beranak pinak.
Aku?
Anak tekak dan anak sedara je yang ada.

Aku nie sebenarnya rindukan budak kecik kat bawah nie :-

Nur Fifi Farisya Binti Zambri...
Nama glemer habis.
Kalah angah kau!

Sekarang nie dia dah bermur 2 tahun lebih.
Cakap banyak ohh..
Selagi dia tak tido, selagi tu la dia duk potpetpotpet..
Jenuh nak melayan.

Teringat pulak masa aku nak balik kampung time raya Cina baru-baru nie.
Aku tumpang Kak Long aku.
By the time aku sampai kat rumah diorang, dia nie tengah tukar pampers.
Tengok je aku berdiri kat pintu rumah, terus dia meluru kat aku.
Peluk-peluk kaki aku bagai..
Hahaha...
Suka sangat aku datang rumah dia.

Terjerit-jerit panggil aku, "Anah...anah.."
Bebudak biaselah.. pelat.
Hahaha.. kelakar pulak bila ingat balik.

Gambar ni masa birthday mummy dan daddy aku.
Dia pulak yang terlebih excited bila tengok kek yang aku beli.
Ingat aku belikan untuk dialah tu...
Hehehe...

Ni gambar kat rumah Lieya.
Masa ni kitorang adik beradik datang awal ke sini sebab bergegas nak ke kenduri Emma.

Aku tak tahu kenapa Fifi senyum macam tu.
Ni trend dia sekarang.
Kalau senyum, mesti dia buat muka macam tu.

Paling tak tahan masa aku balik kampung hari tu.
Aku baru je sudah mandi.
So, aku masuklah dalam bilik sebab nak pakai pakaian.
Si Fifi nie pulak ikut aku masuk bilik.

Aku lock la pintu bilik aku tu.
Masa pakai pakaian, aku borak-borak la dengan dia...

Aku : Fifi sayang angah tak?
Fifi : Tayam...
Aku : Sape busuk? Angah ke Ayah Teh?
Fifi : Ayah Teh.

Aku memang dah agak dah memang dia takkan cakap aku nie busuk sebab dia tahu kalau dia kata aku busuk, aku akan buat muka merajuk...
Hahaha...

Tak lama lepas tu, dia nak keluar.
Dia kan pendek.
Mana sampai tangan dia kat tombol pintu tu.

Fifi : Anah, baby nak keluar..
Aku : Jap-jap...

Pastu aku bukak la pintu tu..
Sebelum dia keluar, dia cakap :-

Fifi : Time acih...

Hahahaha...
Tergelak sakan aku.
Kelakar dowh masa dia cakap terima kasih tu.
Hehehe...

Ada lagi satu.
Fifi nie dia tak boleh tengok mama dia takde depan mata.
Kalau dia perasan mama dia takde, macam-macam soklan yang dia akan tanya.
Biase aku la yang kena.

Kebetulan tengahari tu, Kak Long aku keluar beli makanan pagi.
Masa kak Long aku takde tu, Fifi pulak bangun tido.
On that time, aku duduk atas kerusi rotan kat ruang tamu kedua rumah aku.

Tetibe Fifi datang kat aku.

Fifi : Anah, mama gi ane?
Aku : Mama takde...
Fifi : Mama gi ane?
Aku : Mama kuar la. Beli makanan dengan abah.
Fifi : Gi ane?

Hadoiiii...
Ko tengok tak?

Last-last Shahril datang.

Shahril : Mama tak ada. Mama uk uk...

Uk uk tu maksudnya berak.
Hehehehe... :D

Fifi : Oooo...

Pastu dia senyap.
Gitu je??

Rupa-rupanya dia just nak pastikan mama dia tu tak keluar rumah.
Maksudnya dia tak nak mama dia tinggalkan dia.
Dia just nak pastikan yang mama dia ada dekat dengan dia.

Pulakkkk...
Hadoiii..
Fifi..Fifi...
Tak padan ngen kecik.
Hehehe...