Thursday, April 28, 2011

Perlu ke?

Sangatlah fed up bile setiap hari kena tuduh benda yang kita tak buat.

Sangatlah bosan bila setiap benda yang dilakukan disalah tafsirkan.

Sangatlah benci bila setiap perkara yang berlaku dikatakan berpunca dari diri kita.

Sangatlah meluat bila kite cuba mempertahankan diri tapi dikatakan menderhaka & kurang ajar.

Sangatlah menyampah bila semua benda nak dilakukan tapi dihalang tanpa sebab yang munasabah.

PERLU KE AKU PUTUS DENGAN FZ??

Monday, April 25, 2011

Blackout!

Semalam pas lepak-lepak dengan FZ, Man & Farhan kat gerai char kueh teow bawah rumah aku tu, FZ hantar aku balik.
Time tu baru pukul 8.45 gituu... *Tak ingat sangat laa...
Cam biase la dia hantar aku sampai depan pintu rumah.

Aku masuk je dalam rumah, terus bukak laptop & layan DVD - Blood Surf.
Citer nie berkisarkan (geli lak gune ayat cenggini.. cam skema jek) buaya besar yang hidup kat air masin.
Kire buaya kat laut la nie..
Biasenye kan buaya duk kat sungai-sungai je.

Citer cam haprak...
Jalan citer mengarut, buaya lak nampak cam katun.
Walaupun tak best, tapi aku layan la jugak.
Bosan kan duk rumah...
*Korang ingat omputih nie pandai sangat ke buat filem?

Aku layan DVD kat dalam bilik.
Housemate aku sorang duk kat ruang tamu, yang lain dah masuk bilik masing-masing.
Tengah duk layan DVD, tuptup lampu rumah terpadam, laptop aku pon shutdown gitu je...
Gelap dowhh...

Aku takut kalu duk dalam gelap.
Tak nampak apa-apa...
Keras kejung jap aku kat atas katil.
Tangan plak duk teraba-raba cari enset.

Dalam kepala otak duk pikir ada hantu berdiri depan muka aku nie.
Huhuhuhu...
Tak sukeee...

Dapat je enset, terus tekan button bagi enset menyala.
Fuhh... lega jap.
Slow-slow aku bangun kuar dari bilik pegi ke ruang tamu.
Duk jap kat situ.

Rupa-rupanya 1 blok aku blackout.
Kirenye nie bukan kes tak bayar bil la nie..
Aku lepak jap kat situ dengan Kak Aiza.

Tengah-tengah lepak tu, dengar bunyi bomba datang.
Aku syak ada kabel terbakar nie.
Sebab tu blackout.
Selama 3 tahun aku duk kat rumah tu, tak pernah pon blackout.
Ni la kali pertama.

Last-last dah dekat sejam still takde elektrik, aku masuk balik dalam bilik.
Amik bantal dan selimut bawak keluar, aku tido atas sofa.
Tapi tido tak lena pon sebab panas...

Tepat kul 12 malam, barulah elektrik ada balik.
Aku memang tido tak lena.
Bila sedar je elektrik dah ada, cepat-cepat aku masuk bilik.

On balik laptop sebab takut laptop rosak.
Tapi alhamdulillah laptop tak rosak walaupun shutdown sendiri.
Laptop aku nie sensitif sikit.
Kalau terlalu kerap force shutdown, nanti jadi hang.
Pastu rosak dan kene format balik.

Bila dah check laptop, aku off kan balik.
Then tido.

Pagi tadi Kak Aiza cakap dalam pukul 1 lebih pagi, blackout lagi.
Nasib baik laaa aku dah tido masa tu.
So, memang tak sedar.

*Mujur time blackout semalam Kak Aiza check pintu rumah dan pintu dapur.
Rupa-rupanya pintu rumah langsung tak lock!
Haihhh... Mujur ada grill kat depan pintu.
Kalau tak, senang-senang je bagi pencuri masuk dalam rumah.
Aku tak tahu la apa kena dengan housemate aku nie.
Tak menjaga keselamatan rumah langsung!

Friday, April 22, 2011

Malas dah...

Sekarang nie kan aku dah makin jarang online fesbuk.
Dah bosan laa...

Thursday, April 21, 2011

Bila Ex-Bf yang dah jadi suami orang mahu kembali.....

Salam namaste...
Dah baca tajuk kat atas tuh?
Bila ex-bf yang dah jadi suami orang mahu kembali..... . . . .  .

Apa pendapat korang tentang hal macam nie?
Korang penah alami tak?
Ishhh... takyah la tanya aku.
Aku tanya korang dulu.

Okess... aku memang penah alami.
Tapi dah lama la...

Aku kan banyak sangat ex nye...
Orang Melaka, Perak, Kelantan, Terengganu yang paling ramai.
Yang Negori tu aku taknak sebut sebab dia yang paling teruk dalam ramai-ramai.

Almost of my ex dah kawin.
Ada yang dah ader anak, yang nak ada anak pon ader gak...
Still bujang tu ramai...
Tapi dah takde jodoh, kan?
Nak buat cane...

Aku de pengalaman dimana ex aku yang dah suami orang mula regret sebab tak pilih aku.
Bukan aku nak bajet hebat ke ape..
Cume aku rasa pelik, kenapa mase ko bujang dulu ko taknak pilih aku then kawin dengan orang lain... pastu now ko nak kat aku balik?

Is it sebab EGO?? MUAK??
Yalah, kapel dengan aku kan bosan.
Asik-asik nangis.. sentap.. merajuk...
Tu je la hobi aku pon.

Ataupun sebab tak mencabar?
Sebab ko dah tahu memang aku nie sah-sah setia kat ko sorang sampai laki lain datang nak ngorat pon aku buat tutup mata je...
*Kes ni berlainan masa aku dengan A ye.. Dengan mamat tuh special kes skit.
Kat bawah nanti aku akan explain..

Apa yang aku paham, kebanyakan lelaki sekarang tak suke pompuan yang jenis plain je..
Bila laki kata 1, maka 1 lah pompuan tu buat..
Lelaki sekarang suke cabaran.
Baru challenging. Kengkononnye lah..

Lagiiii susah dia nak didik pompuan tu, lagiiiiii laaaa dia nak dekat dengan pompuan tu.

Betul ke gitu?

Dulu masa aku kapel dengan "mamat" tuh, aku setia bukan main.
Masa kapel dengan dia tu aku still budak-budak.
Innocent la katakan.
Aku berharap sangat dia jadi hubby aku satu hari nanti.

Time kapel tu, ader la 2-3orang yang admire aku.
Ader sorang cikgu siap ajak aku kawin terus.
Tapi aku tolak.
Sebab aku setia pada "mamat" tuh.

Lama jugak la aku kapel dengan dia.
But at last, dia pilih pompuan lain as his wife.
Aku pulak jenis redha je...
Tak nangis dan tak terasa hati pon.
Percaya tak?

Silalah percaya.
Sebab mase pertengahan kitorang kapel, dia berubah sikit demi sedikit.
Perhatian dia dah jarang untuk aku.
So, aku assume dia memang dah ada pompuan lain.
Jawabnya, redha ajelah...

Sampailah dia kawin.
Dia tak send pon kad kawin dia kat aku.
Dia jemput through FB je.
Tapi aku tak pegi.
Nak buat pe aku pergi?
Elok-elok aku tak sakit hati, kang nanti aku nangis pulak.

Sampailah pada 1 malam, kebetulan aku online YM.
Dan kebetulan pulak takde orang pun yang ajak aku chat.
Tengah-tengah bosan, tetibe dia mesej aku kat YM tuh.

Start pukul 10.30 kitorang chat, sampailah pukul 5 pagi.
Bayangkanlah!
Malam tu dia luahkan segala-galanya.
Dia regret sebab tak pilih aku.

Dia cakap lagi dulu dia ego.
Rasa HERO sangat bila dia ada ramai pompuan.

Dan paling tak boleh blah bila dia cakap ada cerita yang dia sengaja reka semata-mata nak tengok aku macam mana...

Sampai macam tu sekali kannn...
Padahal time tu aku punyalah setia kat dia tapi itu yang dia balas.

Tapi takpelah.
Aku terima semua tu as takde jodoh.
Kite bercinta bagai nak rak pon tapi kalau TUHAN kata itu bukan jodoh kite, kite tetap takkan kawin dengan dia.

Ok, aku dah cakap kat atas tadi..
Kenapa bila aku dengan A, aku curang sana-sini...

Sebab diri dia jugak.
Ok, ape yang aku tulis dalam blog lama dulu (bagi yang follow blog lama tu memang tahu la), cerita-cerita tu memang betul.
Takde pon yang aku reka-reka.
But, kat dalam blog tu aku tulis yang hepi-hepi je.
Yang tak hepi, aku tak tulis.
Why?
Sebab aku rasa aku tak perlu tulis...
Kalau aku tulis, mesti ada manusia-manusia jahat duk gelakkan aku.
Yalah, bak kata Kak Aiza,,,

"Diorang semua tak suke tengok awak senang. Diorang suke kalau awak susah."

Sepanjang aku hidup, aku tak pernah jumpe lelaki cam dia.
Di awal perkenalan, dia tu ibarat MAGICIAN bagi aku.
Sekelip mata hidup aku berubah.
Hari demi hari aku buleh kenal KL...

Tapi makin lama belang dia makin ketara.
Aku banyak bersabar dengan dia atas tiket dia banyak berbudi kat aku.
Tapi sampai bila?
Last-last kesabaran aku tercabar.
Dia tetap dengan dunia foya-foya dia.

Tuhan selalu tolong aku.
Setiap kesalahan yang dia buat kat aku, mesti tak lama dia buleh simpan.
Paling lama pon 2 minggu.
Kadang-kadang aku nampak kesilapan dia bile dia lalai.
Maksudnya dia tak buang bukti-bukti yang menunjukkan dia curang.

Kadang-kadang aku nampak kesilapan dia through mimpi.
Yes, mimpi.
Mungkin susah korang nak percaya, tapi itulah hakikatnya.

One day bile kitorang putus, dia cakap "Kalau kau nak tinggalkan aku, ko amik balik semua harta ko dan halau hantu yang ko bela tu jauh dari aku!"

Nampak macam bodoh kan?
Dia percaya aku ada main bomoh.
Dia percaya aku ada bela hantu...
Motippp??

Dia percaya benda-benda macam tu sebab aku senang sangat dapat bau kecurangan dia.
Tapi sebenarnya aku ni tak bodoh.
Dia yang bodoh sebab tak reti nak sembunyikan silap sendiri.

Oleh sebab aku tak tahan dengan perangai playboy dia (tak padan ngen tua), aku balas balik la..
Aku curang jugak.
Tapi sebenarnye tu bukan jiwa aku.
Nampak je aku hepi, aku sebenarnya tak pon.

Korang ingat senang nak handle jantan ramai-ramai?
Nak layan sorang pon dah pening kepala.
Tak cukup tangan aku nak melayan sms sekor-sekor...
Itu belum call lagi.
Bila aku tengah cakap dengan Z, H pulak yang call...
Bila aku tengah bergayut dengan H, M pulak yang call.
Rimas ok...

Pastu bila dia dah tahu aku dah ada FZ, mulalah dia meroyan.
Siap hantar mesej kat fesbuk FZ lagi suruh FZ undur diri.
Dia ingat kalau FZ undur diri sekalipun, aku akan kembali kat dia?
NO WAY!
Pastu dia call daddy aku kat kampung.
Explain kat daddy aku apa yang jadi.

Mujur daddy aku malas nak campur hal ni sangat.
Dia depends on aku untuk buat keputusan.

2-3 hari lepas tu, aku terima 1 jambangan bunga ros besar kat opis.
Delivery dari kedai bunga kat Bangsar.
Bunga tu hadiah dari dia laa...
Kengkonon nak pujuk aku.
Tapi time tu aku memang dah nekad aku takkan kembali kat dia.
Biarlah dia dengan dunia dia.
Aku dah malas nak masuk campur.
Penat dengan karenah dia yang tak sudah-sudah...

Masa raya tahun lepas, dia call aku, aku tak jawab.
Dia sms aku, aku balas acuh tak acuh.
Last-last dier fed-up.
Pastu maki-maki aku.
Buleh??

Aku memang dah syak dia tu insaf sekejap je.
Pastu bila dah dapat betina lain, perangai setan dia datang la balik.

Well, sejak dari tu aku sedar keputusan aku untuk tak terima dia balik is the best decision ever!

And now, syukur alhamdulillah.
Zaman tu semua dah lepas.
Aku dah jadi DIANA yang dulu...
Aku dah jadi diri aku sendiri.
Takde la nak peningkan kepala.

Tuesday, April 19, 2011

Fesyen moden? Erkkkk....

 Kite selalu cakap yang kite ni dah moden.
Moden dari segi pemikiran, moden dari segi pergaulan, moden dari segi pemakaian.

Tapi kite ni betul-betul moden ke?
Apa makna moden nie?

Korang tak tahu? Betul ni tak tahu?
Aku pun tak tahu.... huahuahuahua.... *tiru gaya Saiful apek.

Ok..ok...
Back to the story.
Jangan marah-marah eh.
Aku saje je nak gurau pepagi nie.

Macam biase pepagi kalau takde kije, aku akan online.
Pes, bukak blog.
Pastu blogwalking jap...
Pastu check yahoo mail.
Kalau takde orang ajak chat, barulah aku akan bukak magazine online.

Macam tadi, aku bukak mstar online dulu.
Aku terklik plak kat berita fesyen.

Perghhhh... ganas wa cakap lu.
Pesyen moden tuuu...
Tapi aku tak puas hati.
Aku search google pulak.

Ha, memang betul la tu pesen moden.
Tak tahu pulak aku sekarang orang dah pakai cenggitu.

Korang nak tahu pesen cemana?
Lets cekidaut!






















Ni pesen berkemban.
Aku tengok baju nie macam tak yah jahit jeee.
Beli je kain satin, beli 4 meter, pastu ko bungkus je tubuh ko cenggitu.
Terus jadi baju.

Ala, kalu korang tak reti nak lilit-lilit kain tu, korang buat je macam korang berkemban guna towel mandi tu.
Kire jadilah..

Nampak cantik kalau tubuh korang cam kerengga.
Pinggang 19inci.
Kalau body cam aku nie, pinggang 40inci, kompem dah macam balut nangka dah..

Senang je kan pesen moden nie.
Jimat sikit duit; takyah upah orang suh jahit baju.






















Ha, yang ni lagi 1.
Futuristik namanya.

Ni kalau jumpa alien, alien pon akan cakap ko sepupu dia.
Gituuuu....
Moden la sangat, kan..




Ni aku tak paham pesen ape.
Siap bertanduk-tanduk bagai nih...

Aku tak tahu la ader ke tak orang yang nak pakai baju cenggini.
Agaknya Lady Gagap sorang je kot yang akan pakai...

Eh, ni kan moden.
Lain dari yang lain..
Opsss...


Skirt pesen apakah ini?
Skirt zaman moden kah?

Tapi kan kalau letak 2 bijik mata pastu idung dan mulut, pastu ader misai sikit, kompem dah jadi muke kucing dah kat depan skirt tuh...

Kata nak lain dari yang lain kannn..
Diva fesyen gituuu...


Ni pun 1... Leher baju besau ke main...
Tak susah ke kalau ko nak makan nanti?

Pastu tak ke ko rimas bawak leher baju besor cenggitu?
Air hujan pon buleh bertakung kat leher ko tu...























Ni pesen baju tingkat-tingkat.
Kalerful okeh...
Beri imej ceria.

Tapi ceria ke ko?
Kompem kalau ko pakai baju nie kat depan umum, orang ramai akan gelakkan ko.
Alangkan ko nak ceria, alih-alih ko pulak yang sentap...

























Ni pesen ape, aku pon tak tahu..
Siap ada sangkar burung kat depan tu...

Mungkin si pemakai baju nie adalah orang yang sayangkan burung.
Tapi baju nie cam baju tido je aku tengok...
Straight cut, pastu dengan lehernye cenggitu..
Kelakar la...
Hahahahaa...



****

Dan 1 pesen moden yang bagi aku tersangat-sangat lawak...
Siyes wa cakap lu.....
Tapi tak tahu kot-kot ader yang kata fesyen tu comey...

Kalau nak tengok, sila scroll ke bawah ye...



>>




>>




>>




>>



>>



>>>





>>>





>>>>>






>>>>>>



>>>>>>>>





..................... *eh, lupe nak tekan shift plak. kuar titik...

ok, sambung skrol..





>>>>





>>>>>>>




>>>>>>>>>>>






>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>








>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>






Tadaaaa.....



























Pesen mumia....
Agak-agak kalau korang pakai baju nie, ader ke orang berani nak dekat dengan korang?

Silap haribulan, laki ko pon tak ngaku ko tu bini dia...


Ini ke yang dinamakan moden?
Ke aku yang tak moden sebenarnye?




Monday, April 18, 2011

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

____________________________________________________

Jiwang...jiwang....

Ha, FZ, sila jangan pernah coba-coba untuk berubah ya!
*Tetibe speaking Indon pulaksss..

Korang tak yah risau-risau... pening-pening...pusing-pusing ye...
Aku dengan FZ ok la.
Tak putus pon lagi.
Kitorang ok.
Dah tak gaduh dahhhh..

Lunch tadi sempat kuar pi makan kat Restoran Atap-atap kat AmCorp Mall tuh.
Sentap menyentap, ko jeling aku..aku jeling ko.. dah takde dahh...
Sekarang dah bersayang-sayang.
Hikss..

Aku nie marah camne pon, cepat reda.
Dengan syarat takde yang mengapi-apikan lagi.
Kalu aku dah senyap tapi dia still duk pompampompam, memang kompem darah aku lagiii naik.

Semalam, lepas hantar aku balik rumah, kitorang sms.
Itu je la rutin harian.
Enset takleh duk jauh.
Nanti kalau aku lambat balas mesej dia, dia tuduh aku curang lak.
Atau kalau aku tak mesej dia, dia cakap aku tak ingat dia.
Haiyoooh!

Sms kitorang :-

FZ : Ayang, bila kita kawin nanti abang akan belikan ayang kereta.
Aku : Kawin? Abang masih ada niat nak kawin dengan sayang?
FZ : Ya. Memang abang nak jadikan sayang isteri abang pun. Memang niat abang. Kenapa sayang tanya?
Aku : Tak ada apa. Sayang ingat abang dah takde niat nak kawin dengan sayang lepas ape yang berlaku akhir-akhir nie.
FZ : Ya. Yang ingat abang ni jenis lelaki cepat putus asa ke? Apa yang terjadi yang? Yang curang dengan abang ke? Yang ada tipu abang ke?
Aku : Bukan macam tu... Sayang kan selalu menyakitkan hati abang. Memeningkan kepala abang.

FZ : Itu semua hanyalah dugaan sayang dalam hidup kite nie.. Tuhan nak tengok sejauh mana ketabahan hati seseorang tu... abang sentiasa sayangkan sayang, dan sayang abang pada sayang tak pernah kurang pon, percayalah...

Haa.... tak ke merembes air mata ko kuar lepas baca ayat-ayat dia tu.
Ayat-ayat cinta tuhh...
Huhuhu...

Maka, cairlah aku..
Terus hari nie mood aku ok..
Tapi terganggu lak dek senggugut...
Time aku hepi cani laaaa penyakit datang.
Haiyooohhh!


Eeeiiii....

Lately, aku dan FZ selalu gaduh.
Kali ni takde la nak gaduh-gaduh manja.
Gaduh serius-serius dah.

FZ dah berubah, ohhh!
Huhuhu..
Dia tak macam dulu lagi dah.
Dia dah tak sayangkan aku lagi..
Woooooooo............ *melalak disitu. tsk..

Tapi gaduh-gaduh pon, kitorang tetap kuar gak.
Kuar makan je pon.
Takde dah dating-dating cam dulu.... 
Wooooooo........ *melalak lagi. tsk.

Semalam, dalam kereta otw balik rumah dari Bangsar.

Aku : Kembalikan FZ yang dulu.
FZ : *pandang-pandang aku dari anak mata.
Aku : Mana FZ yang dulu?
FZ : Niiiiiiiiiiii....................

Korang tahu tak dia sebut "Niiii" tu cane?
Macam bebudak kecik, kalau kita tanya,

"Mana teddy bear?"

Pastu budak tu akan cakap, "Niiiiiii...." dalam nada manja dan sengih-sengih.

Ha, cenggitu la dia cakap.
Dia tak serius ohhh...
So, cane?

Dah terbukti kann dia dah tak sayangkan aku.
Woooooooo................ *melalak lagi dan lagi dan lagiiiii.... tskk....



Saturday, April 16, 2011



Fenin...fenin...
Tak tahu lah pe masalah.
Eh, kenapa setiap hubungan MESTI ada masalah eh?

Aku tak tahu lah ape jadi dengan hubungan aku dengan FZ nie.

Selama nie aku duk citer benda yang best-best je.
Korang tak tahu lately aku dengan dia kerap gaduh.
Dia dengan perangai cemburu tak tentu pasal dan tak sabar.
Aku pulak dengan perangai panas baran aku...
Haiyooohhh... pening tau.

Time aku duk opis, biasenye aku lambat balas mesej dia.
Pastu mulalah dia duk pikir yang bukan-bukan.
Duk kata aku nie menggatal dengan mamat-mamat dalam opis tu laaa... ape laa...
Mentang-mentang la dalam opis tu aku sorang je pompuan.
Aku pulak pantang kena tuduh.
Bila dia tuduh aku camtu, takde la aku nak cool cool lagiii...
Terus la hangin.

Haihh... payah-payah.

Hari nie pon kitorang gaduh.
Sebab dia tak tepati masa.
Bengang betul aku.
Lama gile aku tunggu dia.
Boleh plak dia tido laa...
Pastu cakap kena layan pakcik dia yang datang rumah.
Pakcik dia konvo esok kat PWTC.
Errggghhh!

Aku tak kisah la kalau ape dia cakap tu betul.
Tapi pikiran aku nie..
Aku start pikir yang bukan-bukan dah..
Haiyohhh.. syhoohhh...syhoooohhh...
Kepala otak, please la jangan pikir yang bukan-bukan. Huhuhu...
Tetibe pulak aku jadi cemburu tak tentu pasal.

Penat ohh kalau gaduh nie.
Penat kepala otak.
Pastu dah lama aku tak nangis, tetibe je aku nangis.
Manja la pulakk..
Nangis sensorang pulak tu.

Korang tahu kan FZ pernah hadiahkan aku rantai yang ada loket F tu..
F tu nama dia la.
Dulu aku pernah cakap kat dia, kalau aku tanggalkan rantai tu dari leher aku, itu tandanya aku nak mintak putus.

Dan petang tadi, aku buat keputusan untuk tanggalkan rantai tu.
Aku nak pulangkan balik rantai tu kat dia.
FZ terkejut tengok kat leher aku dah takde rantai tu.
Aku pakai rantai emas yang daddy aku kasi mase aku kecik dulu.

Marahlah FZ...
Tapi dia cakap dia redha kalau itu yang aku nak...

Last-last tadi dah berbaik balik.
Kejap je pon sentap-sentap nie.

Ntah la...
Kadang-kadang aku fikir, kuat ke jodoh aku dengan FZ nie..

Tetibe pulak feeling-feeling sambil nyanyi lagu Ayushita.
"Tuhan berikanlah aku cinta".

-------------------------------------------------------------------------------

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta



Thursday, April 14, 2011

I want a millions of readers NOT a hundreds of STALKERS!

Private salah... open salah...
Susah jugak eh kalau ada blog nie.
Fed up..fed up...fed up...



Wednesday, April 13, 2011

Cik Ani ohhh Cik Ani

 Aku was-was sebenarnya nak buat entri nie.
Sebab takut dikatakan menutup periuk nasi orang.
Tapi aku kena jugak.
Sekadar nak meluahkan perasaan tak puas hati.

Sebagai customer, aku berhak untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik.
Tambah pulak aku bayar mahal-mahal tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan.
*Eh, skema gila ayat aku kali nie kan?
Huhuhu...

Ok, benda ni sebenarnya dah lama.
Dah sebulan kot.

Hari tu aku ada tengok satu iklan kat TV.
Iklan Restoran Ani Sup Utara.
Korang pernah tengok tak iklan diorang kat dalam TV?
Iklan dia jarang-jarang kuar TV.

Awal-awal perkenalan aku dengan FZ dulu, FZ pernah la bawak aku pergi ke restoran nie.
Sup dia sedap la jugak...
Dah nama kedai pon Ani Sup Utara kan...
Specialty dia mestilah sup..

Tapi aku tak suka sangat restoran nie.
Choices of foods tak banyak.

Tapi kali nie iklan restoran dia kuar dalam TV.
I thought mungkin dia dah upgrade kan makanan dia.
Maybe la kann...

So, aku ajak la FZ try.
Bulan lepas, aku dan FZ pergi ke restoran tu kat area Sri Manja, PJ.

Deko restoran nie ok la..
Nak kata ekslusif tu takde la tapi takde la koman sangat macam restoran biase tu.

Bila waiter datang, dia hulurkan la kitorang menu list tu kannn ..
Waiter pompuan.
Dah la datang dengan muka masam..
Eh, ehh... mengada-ngada pulak dia.
Senyum la sikit...

Aku : Bagi masa kat kitorang pilih dulu. Nanti saya panggil balik.

Pastu dia blahhh dengan muka masam kelat dia tuh.
FZ senyum-senyum dah.

Aku tahu FZ tak suka waiter jenis tak reti senyum nie.
Dia paling menyampah dengan orang macam tu.

Masa tengok menu list tu, kitorang dah pandang sesama sendiri dah.
Tak apa yang menarik pon.
Harga pulak tak hengat!

FZ : Nak order ape ni, ayang?
Aku : Tak tahu.

Last-last kitorang order ini:- 


















Teh ais tu aku punya.
Teh o ais limau tu FZ punya.

Nampak je menyelerakan.
Tapiiiiii...
Teh ais tu macam terlebih susu.
Tehnya tak rasa sangat pon.
Muak pulak aku minum.

Ishhh... bila ingat balik, boleh termuntah aku tahu tak?






















Air teh o ais limau dia kire ok laa...
Sebab tu dia ni suka sangat.



















Aku order ini.
Bubur ayam.
Terpaksa sebab takde choice lain.
Tawar hambar... Takde rasa langsung.
Manis takde, masam takde, masin takde...
Letak la kicap banyak mana pon, still tak sedap.
Mujur ada ikan bilis...
Aku telan je laaa...






















Ini FZ punya... Nasi + sup daging...
Mula-mula FZ nak order sup campur.
Tapi budak tu cakap ayam takde.
So, amik je la sup daging tu.

Ingatkan sedap laa...
Rupe-rupenya...... hmmm... tak reti dah aku nak cakap.
Takde rasa!

Sepatutnya sup daging nie best sebab daging kan manis...
FZ pun makan je laaa walaupun tak sedap.


















Aku senyum je laa..
Walaupun dalam hati.... grrrrrrrrr!


















Time nie FZ dah masam dah...

FZ : Ni last kita datang sini...
Aku : Kompem! Tak best langsung.
FZ : Ayang buat la entri komplen kat dalam blog. Biar semua orang tahu kedai ni tak best.
Aku : Hehehehe... mesti!


Tuesday, April 12, 2011

Sambungan

 Adehhh.. macam citer bersiri lak ader sambungan-sambungan bagai..

Ok, berbalik kat cerita asal, FZ ajak aku pergi exercise..

Aku : Abang nie nak ajak sayang pegi exercise kat mana?
FZ : Ala... Ikut je la..
Aku : Huh!

Dia menghala ke Gombak.
Pastu dia ikut highway ke area Batu Caves.
Aku macam dah dapat agak kat mana dia nak ajak aku.
Tapi aku diam je dulu.

Dia drive lagi masuk dalam 1 kawasan..
Betul jangkaan aku.

Aku : Kat sini?
FZ : Yalah... Kan boleh exercise jugak kat sini.
Aku : Motipppp! Ingatkan kat mana.
FZ : Heheheeh...

Nak tahu mana dia bawak aku??

Batu Caves tu ha..
Tempat hindu beribadat tuh...
Yang ada tangga tinggi tuh.


Geram pulak aku..
Ader ke patut dia ajak aku exercise kat sini..
Exercise apenye macam nie.....


Suke nau dia datang sini.
Huh!
Tapi takpe...
Nak buat macam mana...
Ikut je la.. Dah dia bawak kann..






















Hehehehe... montot kecik...






















Kitorang sempat beli kalung bunga tuh.
Kalau tak silap aku namanya Gar lend.
Ntah betul ke tak... aku tak sure.























Hilangkan nak exercise, last-last aku posing-posing kat tangga nie.
Jenuh FZ duk snap gambar aku.
Hehehe... Padan muka.























Tak sampai 15minit, aku dah sampai kat atas.
Tapi lutut terketar-ketar la...
Letiih siott...
Padahal ni bukan kali pertama aku naik kat atas nie.

Ini plak bila dah turun.
Ada kolam ikan besar kat sini.
Ikan banyak & besar-besar pulak tu.
Kalau mancing mesti best.
Kompem dapat berbakul-bakul ikan.
Heheheh...

Ok, sekian...
Wasalam..

*Penat la menaip banyak-banyak. Huhuhu...




Monday, April 11, 2011

FZ kata.....

Di suatu petang yang hening lagi mendamaikan....
Angin meniup sepoi-sepoi bahasa...
Burung-burung berterbangan dan berkicauan merdu.....

*Choiiiiiii!

Tetibe nak feeling-feeling pulak..
Cukup-cukuplah Diana oiii...
Hang nie memang loqlaq betuihhh..

Ok-ok...
Sekarang ni aku ada cerita nak kongsi.
Cerita tentang kata-kata FZ kat aku di suatu petang..

*Korang cube bayangkan masa tu aku dan FZ duk dalam kereta.
Dia tengah drive, aku tengah make up kat sebelah.
Dua-dua adalah manusia berhemah; pakai seat belt...

FZ duk pandang-pandang aku.

FZ : Ayang...
Aku : Hmmm... *sambil tacap-tacap muke..
FZ : Ape nie?
Aku : Ape ape?
FZ : Ni......... .  . . . . . . .

Dia pegang perut aku.

FZ : Ni laaa.... *dia usap-usap perut aku.

Aku tunduk. Tengok perut aku.....

Aku : Kenapa?
FZ : Dah buncit la sayang... Ada isi ehh?
Aku : Mana ada... tak buncit pon.. Ada isi perut. Hehehe..
FZ : Heheheh... Lagi taknak ngaku.
Aku : Blueekk!

FZ : Ni ha. Dah ada 2 tingkat... *Tangan dia duk pegang spare tyre aku.
Aku : Hehehehe... Baru 2 tingkat, abang. Belum 3 tingkat lagi..

FZ : Abang tengok sayang dah makin gemuk tau. Tu la asik mentekedarah je.
Aku : Bukan gemuk ok. Montok je. Hehehehe...

FZ : Jom kite exercise...
Aku : Bile?
FZ : Sekarang.
Aku : Ha? Sekarang?
FZ : Yalah.
Aku : Pakai macam nie?
FZ : Boleh je...
Aku : Kat ner?

*BERSAMBUNG ...... . . . .  WILL BE CONTINUE...*

Saya sudah ada anak


Ini anak saya....
Comel kan...
Mata dia sama macam mata saya.

Fullstop!
Gambar nie sebenarnye dah lama sangat terperam.
Bukan sengaja nak peram, tapi takde masa.
Rasanye gambar-gambar ni diambil 3minggu lepas kottt.
Time nie aku dan FZ pergi makan kat Station Kopitiam. :D

Takde apepun yang nak dikongsi kali nie.
Just gambar-gambar je.
Jangan meluat eh..
Huhuhu...






Aku dah tahap bosan sebenarnya.
Dah tak tahu nak buat apa.
Takde kije.. macam nie la..
Duk melangut depan pc.

Nak layan fesbuk, dah malas dah.
Bosan jugak fesbuk nie.
Asik main game je.

Nak layan tagged lagiiii la malas.
Ramai jantan-jantan gatal kat dalam tuh.
Serabut kepala otak nak layan sekor-sekor.

Bos, bagi la saya kije.....
Huhuhuhuu....


Durian oh durian.. kenapalah ko ni sedap sangat?

Hari Khamis minggu lepas, aku dan FZ pergi jalan-jalan kat Endah Parade.

Kan aku amik half day sebab nak shopping barang-barang makanan opis. 
Masa jalan-jalan kat Carrefour tuh, aku ternampak ada gerai jual durian paket.
Terliur pulak aku tengok.

    Nampak pulak durian tu jenis Musang King.
    Kalau semua nak tahu, durian Musang King ni la yang paling sedap.
Lemak, lembut, isi pun tebal...
Perghhh...

Walaupun harga mahal, aku tetap beli 3 paket.
Tak kisahlah kan.
Lagipun aku memang dah lama tak makan durian.
Dah bertahun dah kot.
Kesian aku, kan?

Tanpa dirancang, aku dan FZ pergi ke Taman Tasik Perdana.
Kengkonon nak bersantai kat sana sambil makan durian.


Tengoklah muke FZ nie...
Menikmati betul durian tuh..
Tapi serius, memang durian tu sedap...



Seee... nganga luas-luas.
FZ makan sikit je sebab dia takut badan dia panas.
Aku yang habiskan semua durian-durian tu.
Itupun rasa cam tak cukup sebab sedap sangat.


Nak??

 Habis je makan, FZ suruh aku get ready sebab dia nak snap-snap.
Aku pulak rasa malas sebab kat situ ader ramai budak-budak.
Ntah datang dari mana.
Siap diorang kena kawat lagi..

Tapi malas-malas pon, gambar aku tetap banyak.
Hehehe..

















Eh, apesal muke aku nampak pelik je dalam gambar nie eh?
Macam tak cantik.
Ke memang aku tak cantik pon..?
Huhuhuh...

-Sekain... eh silap. Sekian...-


Saturday, April 9, 2011

Meh kite buat "ketupat", nak?

Uihhh... Dah lama sangat rasanye tak buat ketupat.
Ketupat apa? Ketupat palas?
Eh... bukan-bukan.
Bukan ketupat tuuu...
Ini ketupat yang tak masak-masak.
Masak kut mulut je..
Hehehehe...

Ini ha, aku ada cerita nak kongsi dengan korang.
Ekceli aku takde niat pon nak mengaibkan orang.
Aku dah tak tahu nak luah kat sape.
Nak luah kat FZ, balik-balik dia cakap,

"Lain kali terus-terang. Biar dia tahu adab."

Aku pulak malas nak terus-terang.
Takut ader yang sentap.
Kang bila sentap, jadi gaduh pulak...

Eh, best jugak kalau private blog kan?
At least dia tak tahu kite tengah ngumpat pasal dia.
Heheheeh...

Gini kisahnya, mak enon oiii...
Ader la salah sorang housemate aku nie..
Tak tahu apa masalah dia.
Dia nie suke sangat gune barang aku sesuka hati mak bapak tok nenek moyang dia je...

2tahun lepas, dia pernah buat benda yang sama kat aku.
Tapi aku tegur dia.
Pastu dia sentap, terus tak nak kawan dengan aku dah.

Pastu tak lama kemudian, kitorang berbaik semula.
La nie dia buat perangai lama dia balik dah.

Akhir tahun lepas kan duit aku lesap dalam Maybank.
Bila dapat je gaji, aku terus pergi beli barang-barang dapur.
Aku beli macam-macam.
Udang, ayam, ikan, telur... semualah...
Sebab aku nak masak.
Kalau masak kat rumah nie, jimat sikit duit aku.
Eh, bukan jimat sikit...Jimat banyak okeh.

Last-last dia sesuke hati je pakai barang aku tuh.
Aku taknaklah tuduh sesuke hati.
Tapi aku nampak sendiri udang 2 ekor baekkkk punye terhidang dalam mi hoon sup yang dia masak.
Masalahnya, dia tu tak beli pun barang-barang dapur on that time.
Semua barang dalam peti ais tu aku yang punya.
= Dalam rumah, aku dan dia je yang suke masak.

Oklah, nak tak nak aku KENA halalkan sebab aku malas nak cakap banyak kat akhirat nanti.
Kot la dia kena datang mengadu kat aku untuk halalkan barang-barang aku yang dia penah amik selama ni.
Kannn?

Tapi itu bukan persoalannye...
Yang buat aku hangin tu, dia tak mintak dengan aku pon.
Dia pakat amik je macam kann tu barang dia.

Dah la mase tu aku takde duit.
Ingat boleh la jimat.
Last-last aku ni macam tanggung dia makan plak...

Itu udang...
Keropok keping pon same.
Ader je dia senyap-senyap pergi amik dan sumbat dalam perut dia.
Ini diakui oleh salah sorang lagi housemate aku.
Dia yang nampak "Akak" ni ratah keropok keping aku & buat goreng!
Dah la benda tu made from Terengganu.
Tak main la yang Chow Kit tu.
Kat Chow Kit tu mahal tapi tak sedap.
Yang Terengganu ni mahal tapi sedap.

Ok, kalau korang rasa hal ni remeh, takpe..
Tapi bagi aku, benda nie bukan hal remeh.
Sebab apa?
Dia sendiri ada keropok keping tu. Made from negeri dia sendiri.
Sedap jugak. Takde beza pun dengan yang negeri aku.
Kate negeri jiran....
Why dia still nak amik yang aku punya?
Makanlah yang sendiri punya.
Nak jimat untuk diri sendiri dan perabihkan orang lain?
Amik senyap-senyap pulak tu...
Ya ALLAH, menyampahnya aku!

Itu hal makanan kat dapur.
Ini hal makanan tapau pulak.
Biasenye kalau aku tak keluar dengan FZ after office hour, aku akan tapau makanan balik rumah for dinner.
Kat kaki lima depan rumah aku nie ada banyak gerai makanan.
Pilih je mane 1 yang nak.

Asal aku makan depan dia je, mesti dia duk pandang-pandang.
Pastu dah jadi kebiasaan dia,

"Nana, sedap pulak akak tengok awak makan. Suapkan akak sikit..."

Diulang, S.U.A.P... Suap!
Korang rasa nak lempang tak??
Kalau sekali dua, bolehlah aku tahan.
Ini SETIAP KALI aku makan, ader je dia nak menyelit.
Pastu bila aku dah suap,

"Tengok, akak makan 1 suap pun dah kenyang."

Urrrggghhh...!
Aku ni pun sebenarnye bodoh gak sebab melayan.
Tapi aku malas nak bentak-bentak.
Kata duk serumah.
Selagi aku leh sabar, aku sabar.
Tapi la nie memang aku dah takleh sabar.
Sebab tu entri nie wujud.

Ok, habis bab makan dan makanan.
Ini masuk bab barang elektrik pulak.
Kan baru-baru nie aku ader beli mesin basuh.
Masa mesin basuh tu sampai kat rumah aku, aku terus pergi shopping dengan FZ.
Aku belikan extension wire dan cover mesin basuh tu.

Dan untuk pengetahuan semua, DIA yang merasmikan mesin basuh tu.
Ewaaahh.. lawan tokey dah nie.
Aku diam je la...
Just tengok je..
Pastu dia cakap kat aku,

"Nana, extension nie nanti letak bawah katil awak. Jangan biarkan kat sini. At least kalau ader yang nak gune mesin basuh awak, dia akan mintak dengan awak dulu."

Ok la kan...
Aku nie pun ikut je la cakap dia.
Betul jugak idea dia tu.
At least orang takleh sewenang-wenangnye gune mesin basuh aku tu.

TAPIIIII....
Ha, ni ader tapi pulak nieee...
Dia pandai je cakap kat orang.
Dia sendiri dah buat mesin basuh tu macam dia punya.
Housemate aku yang lain nak gune mesin basuh tu kena mintak izin dari dia.
Eh, ni mesin basuh sape???
Aku ke dia??
Pastu dia tak pernah pun mintak izin aku nak pakai.
Dia main pakaiiiii je.
Aku pulak kena tunggu turn nak pakai sebab dia asik basuh je baju dia.
Melampau tak?

Last-last baru-baru nie aku sembunyikan extension tu.
Terus dia diam, tak pakai-pakai dah mesin basuh tu.
Puas hati aku!

Ader lagi nie.....
Banyak sungguh ketupat kali ni.

Dia nie suke sungguh alihkan barang-barang aku sesuka hati dia.
Contoh macam handbags Guess aku.
Sebenarnya dia la yang pepandai pegi letak handbags aku kat dalam stor.
Logik tak handbags mahal-mahal pergi letak dalam stor???
Bodoh ke ape?
Aku beli beratus hinggit, ko pepandai pegi tindih handbag tu dengan barang-barang berhabuk lain!
Hangin betul aku malam tu.

Tapi bile bab orang lain gune barang dia, dia hangin satu badan.
Tahu pulak marah.
Bila dia gune barang orang lain, dia ingat orang lain tak marah ke?
Haduhhhh...

Dia nie kalau nak tahu, peminat no.1 Korea.
24jam tv duk pasang citer korea.
Tak cukup dengan tv, pasang kat laptop pulak...
Pastu sekarang nie cara makan pon macam korea dah...
Makan sup-sup je...
Mujur tak makan benda haremmm tuu...
Pastu tak cukup tengok drama Korea, berita korea pon dia tengok...
Cara berpakaian pon macam orang Korea.
Orang korea pakai jaket, dia pun nak pakai jaket...
Padahal kat korea sana cuaca sejuk, kat sini matahari terik..

Habis lagu korea dihafalnya.
Ringtones hp pon lagu korea.
Semalam dia tengok rancangan korea, "3 days 1 night".
Produser tu tanya kepada ahli baru team tu,

"Apa nama ibu negera Malaysia?"

Nak tahu ape diorang jawab,

"Singapore."

Errrkkk!
Pengsan.
Pastu dia nie pulak duk cerita kat aku...

"Kesian dia kan nana. Nama ibu negara kita pun tak tahu.."

Pastu dia gelak-gelak.
Eh, lawak ke benda tu?

Last-last aku cakap,

"Diorang nie lemah bab pengetahuan am. Memang kesian pon. Kejar glamor je lebih..."

Pastu dia sentap!
Laaa... aku bukan kata kat dia pun.
Aku kata kat artis korea tu je.
Alih-alih dia pulak yang terasa.
Saaaayang benor kat artis korea tu.

*Maaflah kalau ader peminat korea kat sini ye...

Friday, April 8, 2011

Saya dapat ini......... . . . . . :D

Semalam aku amik half day.
Kebetulan bos aku tak ada.
Aku bukan half day sesaja.
Aku nak shopping barang-barang opis.

Hari Isnin baru-baru nie bos aku ada bagi duit dan tugaskan aku untuk beli barang makanan untuk disimpan kat opis.
So, semalam aku ajak FZ pergi ke Carrefour Endah Parade untuk shopping.

Bila dah shopping semua, aku dan FZ jalan-jalan la kat sana.
FZ ajak aku singgah kat satu kedai barang-barang silver.
Dulu aku pernah beli anting-anting kat sini.

Aku ingatkan FZ saje je la nak menyinggah.
Rupa-rupanya dia plan nak belikan aku gelang kaki.

Aku tak nak.
Marah la jugak mula-mula sebab aku memang tak nak pon.
Tapi dia berdegil jugak.
Tetap nak belikan aku gelang kaki tu.
Adusss...
Aku tak nak la dia perabihkan duit dia untuk aku.
Tak suke okeh...

Aku buat derk je masa dia pilih gelang tu.
Aku suruh dia pilih sendiri... :D


Bila dah bayar, dia pakaikan aku gelang kaki tu.
Tauke kedai tu tengok je FZ pakaikan gelang tu kat kaki aku...
Malu la jugak... Huhuhu...
Siyes...

Inilah gelang kaki itu...

Sila tengok gelang kaki itu...
Aku tak suruh korang tengok kaki aku yang berkarat tuh...

Close up sikit....
Hehehehe...

Sekarang nie kalau aku melangkah, mesti bunyi keceng...keceng...
Eh, ke bunyi kling kling...?
Kompius pulak..
Apa-apa ajelahh..

Apapun, terima kasih abang sebab hadiahkan gelang kaki ni.
Tak kisah berapa harganya tapi sayang tetap menghargainya...
*jiweeennggg kerettt... erkk!


Thursday, April 7, 2011

Sebab silent reader

Ramai yang tanya aku, kenapa aku nak private blog kali nie.
Tapi ramai jugak yang tak tinggalkan link diorg untuk aku add.
Sori to say, aku add hanya beberapa orang je.
Itu pun yang tinggalkan link kat kotak komen.

Yang lain aku rasa still nak jadi silent reader.
Lantak kau la.

Yang call aku untuk add email diorang pon aku layan.
At least maklumkan kat aku yang korang nak follow blog aku.

Aku ni bukannya apa.
Aku dah muak dengan silent reader.
Korang sedap-sedap baca blog aku.
Pastu buat taik kat belakang aku.
Jaja kisah aku.

For what??
Puas ke hati korang buat aku macam tu?

From now, aku tak allow mana-mana silent reader baca blog aku lagi.
Serabut kepala otak aku, tahu tak?
Ko nak follow, ko bagi email address ko.

Bukan aku nak berlagak diva ke ape.
Atau rasa blog ni bagus sangat...
Bukannn...

Aku tengok rating pembaca blog aku hari-hari 100++..
Tapi follower 17orang je.
Komen pon tak pernah letak.
Ape kes??
Ini bermakna ramai silent reader.

Bukannya aku nak sangat pon kenal dengan reader blog ni.
But kalau boleh aku nak pantau.
Cukup-cukuplah orang mengata aku kat belakang.
Ntah apela salah aku kat korang ye...
Padahal bukannya aku kenal korang pon.

Kepada sesiapa yang tinggalkan link tu, terima kasih banyak-banyak.
Sayang awak...
:D


Wednesday, April 6, 2011

Sila amik perhatian

Aku akan private kan blog aku atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Kepada sesiapa yang masih nak follow blog ini, sila bagi email address anda ke kotak komen di bawah sebelum pukul 8 malam ini.

Nanti aku add email korang so that korang boleh terus follow blog yang tak berapa best nie.

Itupun kalau korang masih berminat.

Kalau tak, abaikan entri ini.

Terima kasih.

-Sekian-

Monday, April 4, 2011

Happy Birthday to HIM


Hari ni adalah ulangtahun hari lahir dia.
Dia?
Sape dia?
Sape lagi kalau bukan FZ...
Hehehehe...

04/04/1980 lahirlah seorang budak lelaki yang teramat-amat nakal.
Fuhhhh... dia punya nakal tu tahap nak bagi dia penampor je manjang.
Hahahaha...
Takdelah...
Aku gurau sajork.
Dia baik..
Bertanggungjawab sangat kat aku.

Aku ader bagi dia hadiah.
Hadiah apa, itu rahsia.
Dan kami celebrate tengahari tadi kat Secret Recipe Amcorp Mall je.
Siap ada kek dan tiup-tiup lilin bagai.
Dia malu mase aku nyanyi lagu 'Happy Birthday' kat dia tadi.
Sampaikan dia tutup-tutup muke.
Hehehehe...

Apapun aku happy sangat.
Sebab dia dah tua!
Hoyeeeehhhhhhh!!!
Hahahaha... Kamu dah tua, ye!
Hahahaahahahahahahahahahahahahahaha.....
Mesti saham kamu makin turun kan..
Hahahahahahahahahahah

*Eh, bukan ke laki makin tua makin naik saham?
Erkkkk....