Thursday, May 26, 2011

Pro la sikittt...

Dalam entri kali nie aku tak nak sebut nama sape-sape.
Kalau ader yang terasa atau cube sampai-sampaikan tu, terpulang.
Ni sekadar luahan hati aku sebagai seorang manusia yang mencari rezeki untuk terus hidup atas dunia nie.

Dalam hidup, aku akan cube buat sesuatu dengan cara yang paling simple.
Aku tak suke benda yang putar belit dan menyusahkan.

Contohnye, orang suruh aku bayar bil kat TNB.
At the same time, ada surat yang aku kena poskan.
Instead of aku pergi ke TNB then pastu baru nak pegi ke pejabat pos (buat kerja 2 kali), why not aku pergi ke pejabat pos pastu bayar bil TNB dan poskan surat tu sekali harung.
Kan?

Dalam kerja nie kite kena professional.
Even kalau kita ada masalah peribadi dengan officemate lain, tapi bila melibatkan hal kerja, kenalah tolak tepi masalah peribadi tu.
Jangan nak campur aduk hal kerja dengan hal peribadi.
Nanti nak buat kerja pon dah tak best.
Ye dok?

Aku nie bukanlah nak mengata sesape.
Tapi benda nie selalu terjadi.
Kat opis korang pon ada jugak spesis macam nie kan?

Aku sebenarnya tak kisah kalau korang nak gaduh ke, bertumbuk ke, mengata mengumpat ke... maki hamun sekalipun.
But be professional, boleh tak??
Jangan pulak kerana masalah kite, orang lain pulak yang susah.

Ini tak...
Ko nak kenakan aku...
Aku pulak nak kenakan ko.
Yang jadi mangsanya orang bawah atau orang tengah.

Aku nie kije as secretary.
Honestly, pencapaian aku takde lah boleh dibanggakan dan takdelah teruk sangat.
Sedang-sedang je.
Mungkin sebab skop tugas aku nie tak luas, so aku rasa kadang-kadang aku tak perlu sentiasa ada kat pejabat pon.
Yalah, kalau datang opis pon, tak banyak kerja yang aku kena buat.
Time bizi tu, teramatlah bizi..
Tapi bile time takde kije, seminggu aku makan gaji buta.

As a secretary, aku kena pandai bergaul dengan orang.
Kalau aku kemana-mana sekitar opis nie, kalau jumpe sesape, aku akan senyum.
Aku memang jenis tak lokek untuk senyum.

Tapi yang aku pelik, ader je secretary yang jenis lebih sudu dari kuah.
Mentang-mentang ko jaga VP, Datuk, ko pulak yang nak menyombong.
Padahal bos ko tu relax je.
Tak menyombong pon.

Cam semalam, aku kena amik dokumen dengan sorang PA Datuk kat opis aku nie.
Sebelum aku kuar opis, aku call la dia dulu sebab nak make sure dia ada kat opis.
Kang kalau aku turun tetibe dia takde, tak ke buang masa dan tenaga namanya.

Aku : Salam, *&^%^$%^. Saya Diana dari &&%$@$^& Unit. Tentang dokumen hari tu..... . .

Tak sempat aku habiskan ayat aku, dia mencelah :

PA itu : Takde staff dari unit you yang datang pick up the document. *dalam nada sombong.
Aku : Ya... Itulah. Saya akan amik sekarang.
PA itu : Ok...

Terus dia cut line.
Aku macam WTF??
Tak reti nak cakap elok-elok ke?
Ke kau bizi sangat sampai nak jawab call aku sampai macam nie?

Bengang tu memang la bengang kannn...
Tau la kau tu exec secretary.
Aku nie secretary biase je.
Tapi jangan la berlagak sangat.

Then mase aku sampai kat opis dia, dia memang tak cakap banyak.
Dia bagi je terus dokumen tu pastu terus ngadap komputer.
Dia buat macam aku nie takde dalam bilik tu.
Uihhhh.... sombong.
Macam kann aku nie ader buat salah besar dengan dia.
Padahal ari tu (the day aku amik EL) aku dah cakap dengan admin aku untuk amik dokumen tu tapi admin aku tak gi amik.
Salah aku ke?

Tulah, aku malas nak bergaduh.
Tapi aku memang dah banyak dengar pasal dia nie.
Berlagak tak kena tempat.
Ko jaga Datuk tak semestinya ko tu hebat sangat.
Datin pun tak sombong cam kau!

Ader jugak sorang staff nie duk tuduh-tuduh aku tak buat kije.
WTH kann...
Dah bos aku tak bagi aku kerja..
So, kau nak aku buat kerja untuk kau pulak??

Dia duk jaja kata aku nie duk sibuk dengan blog.
Eh, bos tahu la pasal blog aku nie.
Tapi by the time dia bagi aku kerja, aku buat kerja dulu tau!
Kau tu sape??

Aku adalah PA kepada bos aku.
Bukan kepada kau.
Ari tu kau suruh aku buat website tanpa arahan daripada bos.
Kau suruh aku buat design untuk website tu which is bukan kepakaran aku pon.
Bila aku bagitahu bos, bos cakap memang bukan kerja aku.
Bos arahkan aku untuk berhenti buat kerja untuk orang lain melainkan atas kebenaran dia je.

Dalam meeting, staff tu hentam aku.
Dia kata aku adalah blogger dan semestinya aku pandai buat design.
Nak tahu ape yang bos aku cakap?

"Blogger is blogger. Template dalam blog tu memang dah siap. Tinggal nak klik je. Yang nie kau yang kena create design tu. Memanglah dia tak pandai. Aku suruh dia update content dalm website tu je. Bukan create design."

Dia terdiam.
So? Maknanya aku tak buat kerja ke tuh?
Bos sendiri tak arahkan aku itu ini.
Tapi kau nak lebih-lebih pulak.

Aku tahu lah aku kena hormatkan kau sebab jawatan kau lagi tinggi dari jawatan aku.
But it doesn't mean that kau boleh meng"kuli"kan aku.
Kalau kau nak mintak tolong aku, boleh je...

Tapi.... ini dah lebih-lebih.
Semalam pon sama.
Tetibe dia paksa aku pinjamkan broadband aku.
PAKSA ok!
Ape hak kau atas barang peribadi aku?
Kurang ajar ke tak?

Pro la sikitt wehhh...
Hal kerja jangan la campur aduk dengan hal peribadi.
Barang orang, jangan buat macam harta sendiri.
Kalau ader masalah, jangan libatkan orang lain.
Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku.
Jangan gila kuasa.

Tuesday, May 24, 2011

Lebiu all...

Aku tak tahu nak cakap ape...

Now aku sedang mempertimbangkan sama ada :-

1- Berbaik dengan dia semula dan lupakan apa yang dah berlaku.
2- Berbaik & jangan lupakan apa yang dia dah buat tapi terus berjaga-jaga.
3- Tinggalkan dia terus. Tak yah pikir ape-ape lagi dah.
4-  Buat-buat baik sebab nak balas dendam - bagi dia rasa.
5- Tinggalkan dia tapi at the same time balas dendam jugak.

Mana 1 yang patut aku pilih?
Aku ingat nak pilih no.2...
Korang agak ape keputusan terbaik untuk aku?

** kepada teman-teman, terima kasih sebab bagi support kat aku untuk hadapi semua nie.
Dan aku harap korang tetap sokong apa saja keputusan yang telah/ akan aku buat.
Lebiu all...
Muah! :)

Ape yang tak kena dengan lelaki eh??? - 2

Sambungan dari entri sebelum nie...

Aku memang dah habis-habis menangis.
Pukul 11 lebih FZ call aku lagi.

FZ : Ayang...
Aku : Hmmm...
FZ : Buat ape?
Aku : Buat bodoh je!!
FZ : Ayang ader kat mana?
Aku : Rumah laaa! Mana lagi???
FZ : Ayang, jap lagi abang sampai eh.
Aku : Nak buat ape?? Tak payah!
FZ : Abang nak kita bincang. Jap lagi abang sampai.

Dia putuskan talian.

Dalam 5minit, loceng rumah aku bunyi.
Aku bukak pintu pastu terus menonong masuk dalam bilik.
Langsung aku tak pandang muka dia.

Dia kunci pintu dan ikut aku kat belakang.
Aku memang dari tadi menangis.
Dia pujuk dan say sorry banyak kali.

Aku memang dah nekad sebenarnya nak putus dengan dia.
Aku dah bosan, muak!
Aku setia bukan main kat dia tapi ini yang dia buat kat aku.

Bayangkan la dari pukul 11 sampai pukul 4 petang dia pujuk aku tapi aku still macam tu jugak.

The best part is aku pengsan 2 kali.
Sebab tekanan.
Dan FZ pon menangis tengok aku macam nie.

Baru ko tahu kan???

Aku : Abang suka kan tengok sayang macam ni.
FZ : Tak sayang. Abang serik. Abang taknak buat benda nie lagi kat sayang.
Aku : 8 bulan lepas, abang buat benda yang sama. Mungkin 8 bulan akan datang, abang akan buat lagi. Sudah la abang!
FZ : Abang dah serik yang. Abang taknak buat benda bodoh tu lagi.

Then kitorang sama-sama nangis.

Kitorang lunch kat luar.
Otw pergi aku banyak diam.
Otw balik rumah, api kemarahan aku datang balik.

Aku : Apa faedah abang buat macam ni hah??
FZ diam.
Aku : Puas dapat kenal dengan pompuan lain??? Puas dapat sms dengan pompuan lain?? Puas dapat habiskan kredit untuk pompuan lain??? Ha????
Dia diam lagi.
Aku : Kenapa senyap?? Jawablah!! Diam pulak!!!

Mungkin dia hangin, dia tengking aku.
FZ : Dah la tu, ayang!!!

Aku : Dah ape??? Ha??? Ingat benda nie remeh ke???
FZ diam.
Aku : Orang dah cakap, jangan main internet! Ni gatal jugak nak main!! *aku hentak penghadang tangan kat pintu kereta.
Dia diam. Orang bersalah kannn... Mane boleh cakap banyak.
Aku : Otak ader tak?? Otak letak kat mana, ha??? Kat lutut?? Puas kan hati abang tengok sayang macam nie!
Dia diam & drive je sampai kat rumah aku.

Macam drama Melayu pulak kan citer aku nie?

Dari semalam sampailah pagi tadi, aku tak habis-habis nak sindir dia.
Semalam aku suruh dia sms minah tu.
Aku memang dah hafal nombor dia.
017- 3T881Z1
Try la kol kalu ader yang berminat...

Paling tak boleh blah, ianya lebih kurang sama macam dalam mimpi aku.
Kalau dalam mimpi, nama pompuan tu Aaliaa..
Tapi yang real nye nama pompuan tu Azie.
Pangkalnye tetap huruf A.
Dan aku start dapat mimpi tu sejak 2 minggu lepas.
Dan FZ kenal dengan minah tu sejak 2 minggu lepas.
Susah kan nak percaya...?

Untuk pujuk aku, pagi tadi FZ sanggup bangun awal dan jemput aku untuk breakfast sama-sama kat Restoran Mahbub, Bangsar.
Lelaki kann... kalu dah bersalah, apepun dia sanggup buat untuk pujuk kite balik.
Rasainnnn...!

Depan aku tadi dia patahkan sim card maxis dia...




Katanya untuk puaskan hati aku...
Dan untuk kembalikan kepercayaan aku kat dia.

Well, dia ada hak ke?
Dia tak tahu ke aku nie dah kecewa tahap gaban?
Aku dah berkorban banyak untuk dia.
Tapi ini ke balasan yang aku terima?
Adil ke??

Pagi tadi....... . . . . .  . . .  . . .

Aku : Sayang tak mintak banyak, abang. Sayang nak abang setia dan jujur je. Susah sangat ke nak tunaikan?
FZ : Tak susah, sayang. Abang je yang bodoh sebab ikutkan hati sendiri.
Aku : Abang tak sayangkan sayang kan?
FZ : Abang sayangkan sayang. Abang cintakan sayang bagaikan nak rak....
Aku : Rak boleh rosak, abang.
FZ : Ini rak besi...
Aku : Rak besi, kalau berkarat, boleh runtuh jugakk...
FZ : Ada je jawapan sayang kan... Tapi betul sayang. Abang sayangkan hubungan kite.
Aku : Hmmm....

Ape yang tak kena dengan lelaki eh??? - 1

** Rujuk pada entri semalam....

Aku memang frust gile.
Ini bukan kali pertama dia buat macam tu.
Ramai yang dah tahu, entri semalam merujuk kepada hubungan aku dengan FZ.

Malam hari Ahad aku langsung tak leh tido sebab memikirkan hal ni.
Satu malam aku menangis.
Apa? Kenapa? Bagaimana? 
Tapi paling banyak aku pikir KENAPA benda nie berlaku lagi?
Sedangkan aku dah buat yang terbaik dalam hubungan diorang.
Mungkin ke sebab dia sebenarnya tak sayangkan aku?
Atau dia saje nak test market?
Atau dia memang jenis tak reti nak setia?

Walaupun 1 malam aku duk pikir, aku still tak dapat jawapan lagi.
Honestly, aku betul-betul sayangkan dia & takut kehilangan dia.
Dia memang menjaga kebajikan aku, dia terlalu menjaga tatasusila aku & selalu ada bile aku susah.
Dan aku rasa memang susah nak cari lelaki macam dia sekarang.
I mean, lelaki yang nak kat aku bukan kerana nafsu semata-mata.
Dia tak pernah amik kesempatan kat aku.

Ini bermula 2 minggu lepas.
Mungkin ada antara korang tak percaya.
Tapi ni lah hakikatnye.
2 minggu lepas aku sering bermimpi FZ curang dibelakang aku dengan sorang pompuan bernama Aaliaa.
Sejak tu aku selalu tanya FZ, dia ada curang ke tak? Ada kenal pompuan ke tak?
Then dia cakap takde.

Hati aku was-was jugak sebab biasenye mimpi aku tu memang betol.
Tapi dah dia cakap takde, so aku malas nak tanya lebih-lebih.
Kang kalau tanya lebih-lebih leh jadi gaduh pulak.

Sampailah hari Ahad, aku mintak nak pinjam hp nokia dia.
FZ guna 2 hp.
1 sony ericson, dia pakai untuk nombor celcom.
1 lagi hp nokia untuk nombor maxis.

Ari tu dia pernah bagitahu aku, Fadilah (staff kat tempat kije dia) ada kenalkan dia 1 laman web milik Maxis - Moko Mobile.
Lebih kurang cam FB jugak la.
Tempat orang nak kenal-kenal, kawan-kawan...
Aku cakap kat dia, jangan ngengada nak main.
Aku cakap lagi, aku tak suke bf aku main internet sebab lelaki memang akan jadi cam "ulat bulu" kalau main internet.
Dia cakap dia tak berminat.
Ok, fine la... Lega hati aku.

But lepas aku mimpi tu, aku jadi tak senang hati.
Rasa macam ada something wrong tapi dia takde pulak tunjuk perangai yang bukan-bukan depan aku.
So, aku cuba TAK SYAK WASANGKA dengan dia.

Sekali masa aku pinjam hp nokia dia, aku check log dia.
Ada nombor yang dia selalu sms.
*Sim card maxis dia pegang. *
Aku try call no tu tapi tak dijawab.
Tengok nama nombor tu "MOKO".

Sah la kaannnn..
Ni mesti betina yang dia kenal dalam moko.
Ok, hati aku memang start membara laa...
Aku nie kalau dah marah memang takleh nak cintrol-control lagi dah.

Aku tanya dia, sape Moko.
Dia cakap tak kenal.
Hoh, dah menipu kali pertama!

Aku tanya lagi kat mana kenal.
Dia cakap dia tak tahu.
Dah menipu buat kali kedua!!

Masa nie memang aku hangin.
Memang macam-macam la yang aku sembur dia.
Aku memang tak tahan.
Dasar lelaki tak gune!

Masa tu dah lewat malam.
Dia cakap dia nak discuss esok hari.
Aku tak balas mesej dia.
Memang dalam hati aku dah sumpah seranah dia!

Sebab tu lah aku tak tido malam tu.

Esok hari, hari ini dalam sejarah aku datang opis seawal 7 pagi.
Masa tu opis aku gelap lagi.

Iklan jap, masa aku sampai opis tu, aku dengar macam bunyi anak anjing kat tepi lif opis aku.
Aku kan duk tingkat 51.
Mana ada anjing kat opis aku..
Seram dowh tapi marah punya pasal, aku buat derk je.

Kat opis pon aku melalak lagi.
Opismate aku semuanya "belalai"... eh, silap. Semuanya lelaki. *hehehehe...
Diorang semua susah hati tengok aku menangis macam tu.
Lagipun muka pulak pucat lesi je tak make up.

Diorang try buat aku ketawa tapi semuanya tak jalan.
Lagi buat aku sedih sebab nampak sangat diorang concern pasal aku.
Diorang buat aku terharu je.

Dalam pukul 8.30 pagi, FZ hantar mesej kat aku.
2 kali.
Tapi aku langsung tak balas.
Hati aku dah tawar.

Tak lama lepas tu, dia call aku.
Aku jawab.

FZ : Ayang buat pe?
Aku : Buat bodoh je.
FZ : Ayang, dah la tu. Abang mintak maaf.
Aku : Berapa kali nak mintak maaf?
FZ : Ayang, abang bukannya curang pon.

Kalau tadi suara aku macam orang berbisik, now aku dah start menengking. 
Aku dah tak kisah dah dengan orang opis.
Peduli ape aku!

Aku : Tak curang ape kebendanye ha?? Eh, yang menipu tu ape?
FZ : Ayang........ 
Aku : Abang ingat syg nie bodoh ke ha?? Silap orang la kalu nak tipu!! Orang dah cakap, jangan main internet! Tak paham ke??? Orang dah bertahun-tahun main internet, takde pon nak menggatal! Abang tu baru 2minggu dah jadi macam nie! Apehal????

Line off...
Aku menangis lagi.
Tapi nangis senyap-senyap la.
Orang opis macam biase, diorang senyap.
Mungkin diorang terkejut sebab tak sangka kot aku boleh menjerit macam tu.

Dalam 5 minit gitu, aku pergi ke assistant manager aku dan cakap aku nak EL.
Aku mesej kat bos aku jugak.
Bos aku takde sebab masuk lewat.
Bos aku cakap ok.
Dalam pukul 9, aku balik rumah.

OTW balik rumah, aku singgah tempat kije FZ dulu.
Aku pulangkan semua barang-barang yang dia pernah bagi kat aku.
Gelang kaki, rantai, perfume, majalah, buku, cd,... semua aku bagi balik kat dia.

Masa aku sampai kat tempat kije dia, semua orang kat situ terpinga-pinga.
Termasuk la dia.
Kat situ memang semua kenal aku sebab aku mulut becok.
Tapi kali nie aku diam... muka pulak masam je.
Opcos la diorang semua rasa pelik.

Lepas je hantar barang, aku terus je blah & balik rumah.
Sampai je kat rumah, ape lagi kaannnn... melalak laaa...

*Bersambung ke entri seterusnya sebab terlalu panjang laaaa....
Huhuhu...

Monday, May 23, 2011

OVER



MAYBE IT'S OVER BETWEEN US...

** WILL UPDATE SOON...

*IF THERE''s PROVE YOU DID IT, I WILL CLOSE THIS BLOG... FOREVER.
there's a lot of our story in this blog and i dun think i will delete all the entries about us.
So, better i keep this blog as my private diary.

**Sorry to all readers.
This is my tough decision.

Wednesday, May 18, 2011

Minat drama Korea?

 Pagi nie memang aku mengantuk tahap gaban.
Nak datang opis pun rasa macam erggghhhhhhhhhhhh...
Kenapalah cuti Wesak bukan 2 hari eh?
Huhuuhu...

Semalam aku jenjalan dengan FZ kat Endah Parade.
Plan nak karok tapi bilik penuh pulak.
So, cancel.
Tengok bowling centre pulak.
Tapi ader tournament.
So, dengan hampanye kitorang jalan-jalan tanpa hala tuju dalam Endah Parade tu.

Sekali FZ nampak kedai cd & dvd.
Terus dia ajak singgah.

Tengah asik belek dvd yang ada kat situ, aku ternampak ader dvd yang aku cari selama ni.
Drama Korea.
Tajuk ALL ABOUT EVE.
Teruslah aku sambar.
Harga RM20 je...
Korang pernah tengok tak drama ni?

Dulu drama ni ditayangkan dalam tv3.
Memang aku minat gile dengan drama nie.
Bagi aku drama nie best.

SEBAB?
1- Opcos la sebab hero yang ensem...
2- Takde heroin jenis bodoh-bodoh alah...
3- Orang jahat yang bersifat berubah-ubah. - Lain dari korean drama yang lain.
4- Kasih sayang antara keluarga yang sangat-sangat-sangat mendalam.
5- Orang baik tak mudah diperlekeh & diperbodohkan.

Tipikal Korean drama biasenye mesti heroin yang miskin dan ala-ala bodoh gitu.
Pastu orang jahat mesti asik menang je selalu.
Hero mesti kaya-raya yang terlampau.
Pastu permulaan citer mesti hero & heroin duk gaduh je... pastu baru falling in love tanpa sedar.
Pastu ada tentangan keluarga tanpa sebab munasabah.
Pastu jalan citer yang berbelit-belit.
Tak tengok 3 episod pon boleh tangkap lagi jalan citer pada episod ke 4.

Tapi dalam drama All About Eve nie tak elemen-elemen tipikal tu.
Cuma macam biase laaa...
Hero mesti la tahap romantik dan penyayang gile babun kan....
Heroin buat apepun, hero tetap sayangkan heroin yang satu tu gak.

Semalam 2 disc aku layan.
1 disc = 4 1/2 jam.
2 disc = 9 jam.

Aku layan dari pukul 6 petang.
Pukul 3 pagi baru habis.
Tinggal 1 disc last yang aku belum tengok.
Marathon terus.

Terus pagi ni datang kije rasa ting tong.
Huhuhu...

Korang rasa aku nie taksub ke?
Aku rasa tak.
Sebab aku tengok drama korea yang nie je.
Yang lain aku tak layan.

Kalau taksub, mesti semua drama aku layan, kan?
Apepun, drama nie memang best.

Hyung Chul- Jin Sun Mi- Hur Yong Mi- Kim Woo Jin
(Ni nama dalam drama je...)

Jang Dong Gun - kenapa laaaa ko nie ensem sangat??
Huhuhuhu... suke betol aku tengok muke ko nih.
Kalau laaa ko jadi laki aku... (hmmmm..... mimpi je laaa Diana!)

Dalam drama nie dia jadi pengurus dalam MBS.
MBS nie syarikat atuk dia dulu, then jatuh kat tangan mak dia.
Bila mak dia mati, ayah dia pulak yang jaga.
Dia nie tak suke kat ayah dia sebab ayah dia kahwin lain dan sia-siakan mak dia.
Disebabkan hal nie, dia sangka ayah dia kahwin sebab duit mak dia je.
So, dia nekad kalau dia sukekan pompuan, dia takkan sia-siakan pompuan tu macam ayah dia sia-siakan hidup mak dia.

Aku suke watak dia dalam drama nie.
Very the penyayang, romantik dan penyabar.
Sangat cool melayan karenah Sun Mi, pompuan comel yang dia kenal masa kat London.

Chae Rim - Muke hang nie pon comel.
Aku setuju sangat kalau ko kawin real dengan Dong Gun tuh.
Nampak sepadan sangat.
Tapi apo nak buek eh... Takdo jodoh.

Dalam drama nie Chae Rim jadi Jin Sun Mi.
Sangat manja dengan orang sekeliling.
Dia cintakan sepupu dia tapi sepupu dia anggap dia macam adik je.
Sian dia kan?
Sebab tu la dia lari kat London.
Kat sana la dia jumpe Hyung Chul.

 Kim So Yeon - memang sesuai watak jahat dengan muke ko.
Tapi tak dinafikan ko memang cantik...

Dalam drama nie dia adalah seorang yang obses untuk berjaya.
Dia sanggup buat apa saja untuk berjaya.
Dia jeles yang teramat sangat dengan Sun Mi sebab dia rasa Sun Mi sangat bertuah dalam hidup.
Bagi dia Sun Mi tak perlu bekerja keras untuk berjaya tapi sebaliknya untuk diri dia.
Dia anggap dunia nie tak adil sebab dari kecik hidup dia susah.
Dia selalu compare diri dia dengan Sun Mi.
Kerana jeles la dia nie jadi jahat.


 Han Jae Suk - tak ensem la bagi aku tapi lakonan tip top..
Kalau bab menangis, memang real.
Setiap kali ko nangis, aku mesti nangis jugak.
*ok, aku jiwang karat.

Dia nie cintakan sangat-sangat-sangat kat Yong Mi sampaikan dia buat-buat tak nampak je keburukan Yong Mi.
Dia sanggup ketepikan mak dia dan Sun Mi disebabkan cinta dia kat Yong Mi sedangkan sebelum kenal Yong Mi, dia adalah seorang anak yang sangat baik.
Tapi cinta tu buat dia menderita.
Hayat dia tak lama sebab dia mati merana sebab Yong Mi.

-----------------------------

Eh, banyak pulak aku review pasal drama nie kan?
Drama nie dah lama. 
Dalam 2002 kot... Ntah la.
Lupe.

Tengoklah drama nie.
Memang best dan sangat romantik.
Sedih pon ada gak.

Ok, selamat menonton!


Monday, May 16, 2011

SeLaMaT HaRi GuRu

Selamat Hari Guru kepada mak sedara aku (Cik Ton yang dah berpuluh-puluh tahun jadi cikgu), sepupu-sepapat aku, kengkawan, kenalan dan semua yang bergelar guru atau pendidik atau pengajar di seluruh dunia!

Biasenye time macam nie pepagi mesti ada perhimpunan kan?
Pastu akan nyanyi lagu "Hari Guru".
Aku suke lagu tuh sebab melodi dia best.

Pastu cikgu-cikgu suke sebab dapat hadiah dari student.
Dapat bunga, coklat, barang-barang hiasan...
Cikgu yang paling sporting mesti dapat hadiah banyak.
Hehehe... Best tuuu...

Teringat zaman-zaman sekolah dulu.

Sekolah rendah : SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR DUNGUN

Dari darjah 1 sampai darjah 6.

- Masa nie memang best.
Kenangan yang paling tak boleh dilupakan.
Cikgu-cikgu pulak best.

Masa nie kitorang suke main gelar-gelar cikgu.
Teringat kat sorang ustaz... Kitorang panggil Ustaz Tomatoman sebab perut dier buncit macam tomato.
Hehehehe...
Nakal sungguh masa tuh.

Sekolah menengah : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN OMAR, DUNGUN

Dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 2.

- Masa nie tak best sangat sebab sekolah campur kan...
Campur dengan Cina dan Indian.
Aku bukannya racist tapi perangai most of them yang aku takleh masuk.
Masing-masing suke main kasar.

Tapi cikgu-cikgu kat sini ramai yang sporting.
Nak-nak cikgu yang mengajar kemahiran hidup.

Pernah ader ustazah ganti masuk dalam kelas aku.
Dia bagi mase 30minit untuk hafal ayat Kursi.
Kalau silap baca, kena rotan 2kali kat betis.

Masa tu masing-masing menggelupur hafal.
Disebabkan itulah sampai sekarang aku ingat ayat Kursi.
Bagus jugak ustazah tu buat macam tu.

Sekolah menengah 2 : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD, K. TERENGGANU.

Dari Tingkatan 3 sampai Tingkatan 5.

- Masa nie daddy dah kena pindah ofis.
Daddy kerja kat Syarikat Air Terengganu.
So, kitorang sekeluarga kena pindah ke Kuala Terengganu.

Cikgu-cikgu kat sini garang-garang.
Jangan memain.
Tapi ader jugak cikgu yang lemah-lembut.
Dalam ramai-ramai cikgu, aku suke Cikgu Rashiah.
Dia mengajar Bahasa Inggeris dalam kelas aku.
Cara dia mengajar memang best.
**pssssttt : aku penah kapel kejap dengan anak cikgu ni. hehehehe... kejap je la pon.

Paling best kat sekolah nie sebab jarang buat perhimpunan.
Aku nie tak suke berhimpun setiap minggu.
Panas...
Lagipun letih la asik kena berdiri je selama 2jam...

Tapi aku menyesal gak sebab masa sekolah dulu aku tak aktif sukan.
Just jadi tukang sorak kat tepi padang je...

Menyumbang lagu dengan suara yang sumbang..erkkk

2minggu yang lepas (kira dah lama jugak la ekk...) aku dan FZ janji nak belanja Nazir dan Ikin karok.
Kebetulan dapat bonus dan kenaikan gaji, so aku ajak diorang karok kat E-Box Endah Parade.

Aku suke karok kat sini sebab tak ramai orang.
Tak sesak.
Harga pon murah.

Hari Sabtu kitorang pergi sana.
Konvoi 2 buah kereta tapi ntah macam mana Nazir boleh salah jalan pulak.
Mujur aku dan FZ ikut jalan yang betul.
So, kitorang sampai dulu. 

Sementara tunggu Ikin dan Nazir sampai, aku dan FZ snap-snap la dulu.





** Korang mesti pasan kan tubuh aku makin berisi sekarang... kan?
Semua orang cakap macam tu...
Huhuhuhu..
Nak diet, malas...


FZ dah kepanasan sebab tunggu Ikin dan Nazir yang tak sampai-sampai.
Lebih kurang 30minit, barulah diorang sampai.
Naik berpeluh tunggu diorang sampai.


 Ini menu pilihan hari tu.
Masing-masing kelaparan.
So, semua order nasik kecuali Ikin...

Ikin sakit tekak.
Dia takleh menyanyi.
Aku, FZ dan Nazir je la yang me"nyumbang"kan lagu.

Tapi dalam ramai-ramai, Nazir memang RAJA PE"NYUMBANG" LAGU.
Lirik ke longkang, pitching ke laut...
Hahahaha...
FZ gelak je bila dengar Nazir nyanyi.
Rosak lagu orang.


Nazir, Ikin dan aku...

FZ dan Nazir yang banyak conquer mic.
Takpelah...
Bagi peluang diorang nyanyi puas-puas.
Lagipun aku segan jugak nak nyanyi depan kawan-kawan FZ nie.

Lepas nie nak karok kat Red Box pulak laa..
Dah lama tak karok kat situ...


Saturday, May 14, 2011

Simbah asid & Rumah manis rumah

Sekarang nie duk kecoh pasal orang psikobodohgilasewelsakitjiwatakdekije simbah asid pada pompuan.
Ntah ape la yang diorang dendam sangat dengan pompuan.
Diorang nie buat semua pompuan takut nak jenjalan sorang-sorang.

Ape kes ko nak simbah asid sesuke hati mak bapak ko kat orang?
Acu ko simbah asid tu kat muke ko dulu, tengok ko menggelupur ke tak...
Pesen sakit jiwa tul!
Bodoh! Tahu tak bodoh??

Emo tul aku!
Kalu dapat la mamat-mamat gile nie, meh kite pakat suuh diorang nie telan asid tu.
Biar diorang rasa...
Haihhhh.. Pelik-pelik tul manusia sekarang!
Psiko!

Aku dapat tahu pasal benda nie pon dari Kak Long aku.
Dia pesan banyak-banyak kat aku.
Maklumlah aku kan hidup sendiri kat sini.

Sejak tu aku follow berita pasal hal nie.
Encik Polis, sila buat gerak gempur untuk tangkap orang gile nie ye.
Tolong sesangat settle kan perkara ni dengan cepat...
Kami, pompuan, hidup dalam ketakutan sekrang nie.

Mujur sekarang nie aku selalu kuar dengan FZ.
At least aku rasa lebih selamat bila keluar dengan dia.
Now aku dah tak kisah kalau dia nak jadi bodyguard aku sepanjang masa.
Dia tak kasi aku keluar rumah pon, aku tak kisah.
Biarlah...

Tapiiiii...
Ha, ader tapi pulak nie...
Tapi sekarang ni aku tak tenang gak duk rumah.

Korang tengok la kaki aku kat dalam entri sebelum nie.
Kan ader banyak polkadot yang comel-comel.
Ni sebab 3 ekor serangga yang asik gigit aku.

1- kutu babi.
- FZ jumpe kat dapur aku mase dier check rumah aku.
Dia nak kenal pasti serangga apa yang duk gigit sampai kaki aku jadi makin comel sekarang nie.

2- pepijat sampah
- Aku pasan masa aku duk dalam bilik.
Tetibe je serangga tuh hinggap kat kulit aku.
Pastu bila aku tepis, tetibe kulit aku rasa gatal.
Tengok-tengok dah tambah 1 lagi polkadot kat lengan aku. Huhuuhu...

3- Tak tahu apa nama serangga tuh.
- Kecik... cinonet je..
Kaler hitam.
Dia hinggap kat kaki aku pagi tadi.
Aku penyet dia dengan jari aku tapi tak mampos gak.
Tetibe hilang camtu je.
Dan tambah lagi satu polkadot kat betis aku pulak.

Kalu polkadot tu duk dendiam, takpe.
Ini tak... Selalu mengeluarkan asid-asid gatal.
Tangan aku pulak jenis takleh duk diam.
Menggaru je kijenye...
Bila nak baik kalu asik menggaru, kan?

Dah 2 buah klinik aku pergi.
Ubat-ubat yang klinik bagi semua aku dah makan.
Aku siap belikan minyak dettol, mandian dettol dan calamine lotion sebagai ikhtiar untuk sembuhkan gatal-gatal nie.
Tapi tak hilang-hilang jugak.

Polkadot tu takkan rasa gatal kalau aku berada di luar rumah.

So, cane nie? Cane?

Kat luar rumah, ader orang psikogilababs yang hobinya simbah asid merata-rata kat orang.
Dalam rumah pulak ader serangga-serangga yang tak tahu datang dari mana menunggu untuk gigit kulit aku.

Mana aku nak lari??
Haiyooohhh...
Serba-salah jadinye.

*Sekarang nie aku dah jadi fobia dengan serangga.
Pantang nampak serangga, mesti aku penyet.

Gambar selingan : Mujur ada dia nie... Sila jadi bodyguard saya sepanjang masa ye.

Pucat lesi muke aku bukan sebab takut tapi tak make up.
Hehehehe...


Wednesday, May 11, 2011

Lepaking dengan teman-teman

Hari nie aku marathon update blog.
Hehehehe...
Banyak sangat entri yang kepam.
So hari nie aku kuarkan sikit-sikit...
Esok entri lain pulak.. *kalu rajin laaa...huhu

2 minggu lepas, ari Ahad...
Aku, FZ, Man dan Farhan lepak sama-sama kat gerai Char Kueh Teow yang femes kat apartment aku nie...
Dah lama owh tak lepak cenggini..
Farhan pulak dah tukar tempat kije.
Susah la nk lepak ramai-ramai lagi.


Muke FZ nampak cam ngantuk je.


Yang baju belang-belang kaler oren tu Man.
Dia malu nak tonjol diri dalam blog nie.
Lagipun bini diaa....... perghhh... queen control yang terlampau.


Inilah char kueh teow.
Banjir beb...

Char kueh teow kat sini memang sedap.
Tapii orang kat sini tak suke diorang berniaga kat sini sebab menghalang parking orang.
Sepatutnya diorang nie kena la bukak restoran.
Barulah ok...

Ini tak...
Berniaga secara haram.
Geng pekida la katakan...
Jenis tak ikut undang-undang..
Bila DBKL datang, berambat lari...


Kena turun dari tingkat 51... ko sanggup???

Entri nie pon dah lama berkepam...
Dah berminggu-minggu dah...
Bukan sengaja nak hold tapi sebab malas kannnn...
Pastu admin baru pulak masuk unit aku.
Sangat bizi disitu...

Hari Isnin, tarikh tak ingat...
Tengah-tengah aku syok buat kerja, tetibe penggera keselamatan berbunyi.
Aku memang dah syak dah nie mesti fire drill.

Aku malas nak turun.
Tapi bos aku kan skema.
Dia arahkan suruh turun...

Perghhhhh... opis aku tingkat 51 okeh!
LIMA PULUH SATU...!
Bukan tingkat 5...

Nak tak nak memang kena turun.

Kejang kaki aku, jangan katalah...
Korang turun dari tingkat lima pon dah merungut.
Aku nie???
Tuhan je yang tahu...


Muke berpeluh tahan lenguh turun tangga dari tingkat 51 sampai ke tingkat -1...
Terketar-ketar dah lutut aku...
Dah macam orang kena parkinson.


Ni lah assembly area. 
Beribu-ribu staff berkumpul kat sini...


Ini staff unit aku...
Dua-dua bujang dan available. 
Berkenan?
Sila hantar resume lengkap dengan gambar posing baeekkk punye kat aku yee..


Bila dah rehat dalam 10 minit, barulah leh senyum sikit...
Sikit je laaa sebab lutut ketar tak hilang lagi....
Hehehe...

Fire drill... fire drill...
Kalau terbakar betol nie, dah lama aku rentung agaknye..
Maklum laaa opis tinggi...

Ingat best ke opis tinggi nie??
Huh..

Polkadot di kakiku.. huhuhu...

 Hari ni aku MC...
Bukan sesaje mc okeh.
Tapi bersebab...

Nak tahu aku sakit ape?


Ni kaki kiri aku....


Ni kaki kanan aku...
Kesan kudis tu sebab aku garu.
Nikmat menggaru nie, Tuhan je yang tahu.

Ok, kaki-kaki nie aku dah edit...
Takkan le kaki aku selicin nie, ye dok?
Nampak benor nipunye...

Aku bukannya ape.
Aku nak korang tengok ape yang terjadi kat kaki aku tuh...


Ni tangan kiri aku...

Tangan kanan pon kena gak.
Tapi kesan dia jauh-jauh.
Tak leh nak snap.

Ko bayangkan aku asik tergaru-garu depan orang ramai.
Dah macam beruk dah kekdahnye...

Gatal yang teramat sangat.
Hari Isnin aku pegi ke klinik Zarif bawah opis aku tuh.
Doktor tu tengok kaki aku, dia cakap obviously kesan bug bites.
Yang penting, bukan nyamuk.
Doktor cakap kemungkinan hama.
Doktor bagi ubat.

Aku makan la ikut jadual tapi tak jadi ape-ape.
Kesan gigitan tu still keras menandakan bisa gatal tu still ada.
Langsung tak surut.

Pagi tadi aku pergi klinik yang lagi 1.
Doktor bagi ubat yang lain.
Lagiii banyak ubat dari klinik yang mula-mula tadi.
Hopefully gatal nie hilang.

Doktor cakap ni bukan dari tilam sebab tubuh aku tak kena.
Ni mesti dari barang-barang lama ataupun berhabuk.
Ntah la...
Nak kata aku main kotor, takde la pulak....
Ntah... malas nak tunding jari.

Aku memang dah tak tahan.
Dah beberapa hari tido aku tak lena.
Dah la cuaca panas sekarang nie.
Tambah-tambah-tambah pulak gatal kat kaki nie.
Lagiiiiii la buat aku tak lena.

Setiap kali aku terjaga tengah malam, aku mesti kena mandi dan cuci tempat gatal dengan sabun.
Pastu baru aku tido balik.
Masalahnya bukan sekali aku terjaga tengah malam.
2 jam sekali okeh!
Tahan ke nak bangun mandi setiap kali??
Pengsan ok..

Kenapa kena mandi?
Sebab lepas mandi gatal tu hilang dan badan jadi segar.
So, senang nak tido balik dengan selesa.

Cepat la gatal nie surut.
Tak tahan wehhhh!


Anniversary kami!

Entri nie dah lama dah terperam dah draft entri aku.
Malas benor aku nak update blog sekarang nie.
Tak tahu la kenapa.

Hari nie aku MC.
Kenapa?
Tunggu next entri ye...

Berbalik kepada tajuk, hubungan aku dan FZ dah mejangkau usia setahun pada 4 Mei yang lepas.
Sekejap je kan dah setahun.
Aku rasa baru je kenal dia.
Banyak lagi benda yang aku tak faham tentang dia.
Dia pun sama... banyak lagi benda yang dia tak faham tentang aku.

Syukur sangat-sangat kepada ALLAH.
Sejak kenal dengan FZ, hidup aku dah banyak berubah.
Hidup pon lebih teratur.
Takde la tunggang-langgang macam dulu.
Dulu takde yang kawal.
Sekarang nie nak buat itu, tak boleh. Nak buat ini, tak boleh.

Kami sambut anniversary kami kat Kenny Rogers Mid Valley.
Uwekkk... geli pulak gune "kami".. hehehehe...

Sebenarnye kitorang sambut anniversary awal dari tarikh 4 Mei tu.
Sebab pada 4 Mei, FZ terpaksa balik kampung atas hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Redha aje laa ye...


Aku punye ice lemon tea... terbaekkk ok..
FZ punye orange juice.



Ni muffin kitorang.
Dua-dua pilih cokelat...


Ni pilihan aku...
1/4 black pepper chicken, aromatic rice, macaroni cheese dan mashed potato & gravy.


Ini pulak pilihan FZ.
1/4 original chicken, coleslaw, baked beans dan mashed potato & gravy...


Suke kannnn sebab ader yang nak belanja...
Masa nie orang tak ramai sangat.
Sangatlah selesa sebab sunyi je dalam restoran.

Aku tak suke sangat hingar-bingar nie.
Pening kepala...



FZ pun suke gak sebab dia happy dengar aku naik gaji.
Pastu bulan tu pulak aku dapat bonus..
Wahhh.. memang syok la kannn..

Tapi ader 1 perkara yang FZ tak suke hari tu.
Ader mamat sebelah duk pandang-pandang aku.
Padahal mamat tuh dah ader makwe.

FZ : Ayang kenal ke dengan dia?
Aku : Tak.. Tapi tag dia macam orang opis sayang.
FZ : Dia admire sayang kot.
Aku : Mana sayang tahu... Abang jangan merepek laa..
FZ : Mana tahu dalam diam dia suke ayang.
Aku : Abang, dia dah ada makwe okeh. Tak nampak ke?
FZ : Manalah tahu kannnn...

Haihhh...
FZ ni saje je nak rosakkan mood.
Laki tu pon satu.
Dah ada makwe kat sebelah pon lagi nak tengok pompuan lain!

Tapiiii....
Aku suke bile FZ jeles.
Jeles tandanya sayang..
Kan..kan...kan...?


Monday, May 9, 2011

Mood Isnin...

Petang-petang cenggini baru ada mood nak update blog.
Terasa nak menaip kann...

Hari nie tinggal aku berdua je dengan bos kat opis.
Yang lain sume cuti...
Oppsss... jangan gosip-gosip ye.
Tak baik.

Sangatlah malas nak datang kerja hari nie..
Tak sabar nak cuti esok.
Owh, lupe nak kabo.
Esok opis aku cuti!
Hoyehhh!

Disebabkan bosan duk opis tanpa sebarang kerja, aku try godek-godek layout blog aku nie.
Rasa cam dah lama sangat gune background itam tuh.
Rasa bosan lak.
So, aku try tukar.
Amacam, ok tak layout baru?
Nampak serabut tak?

Tadi try online FB...
Internet pulak cam haremmm...
Berukband kan...
Kalau nak gune internet opis, tak boleh.
FB kena block.

Beberapa hari ni aku akan tido sensorang je.
Rumate aku ada kerja kat oversea.
Heaven jugak la kann...
Sebab buleh feeling rumah tu aku yang punye.
Hehehehe...

Aku duk pikir ape plan untuk esok.
Maklum le cutiii..
Jangan jeles ye orang-orang yang bekerja esok. Hehehe...

Cadang-cadang nak suruh FZ pasang bracket TV kat dinding bilik aku tuh.
Aku nie ada beli tv minggu lepas.
Tv lcd kecik je untuk aku sorang.
Esok la masa yang sesuai sebab housemate semua takde.
FZ cakap dia nak bawak kawan dia sekali untuk tolong sebab kawan dia tahu cane nak pasang bracket tuh.

Elok la jugak kan..
Kan tak manis kalu kami berdua je duk dalam rumah tu.
Dalam bilik plak tuh...

FZ dah pesan awal-awal, jangan bagi sesape pinjam atau tengok tv tanpa pengetahuan aku...
Katanya kalau rosak nanti bukannya ader yang nak hulur untuk gantikan.
Tengok la camne nanti ye, abang...
Aku nie lembut sikit hatinyeeee.... *muntah!

Kadang-kadang aku tak paham dengan karenah manusia nie.
Kalau dah tahu guna barang orang tu, gunelah elok-elok.
Ye dok?
Tuan punya barang gune bukan main cermat lagi tapi bile sampai turn orang lain, pakai macam sakai!

Sepanjang aku hidup menyewa sama ada dari belajar dulu sampailah kerja nie, kalau nak pakai barang orang mesti aku mintak izin dulu.
Kalau tuan dia takde, aku takkan pakai.
Tak berani ehh...
Kang kalu rosak, aku jugak yang susah.

Melainkan.... . . . .
Ha, ader melainkan pulak nie...
Melainkan kalau orang tu cakap,

"Kalau nak pakai, pakai. Takyah bagitahu pun takpe.."

Ha, kalau macam nie, memang aku akan pakai TAPI akan pakai dengan cermat.
Bukan acuh tak acuh.
Dan TAPIIIII (banyak nau tapi)... ianya tak melibatkan barang makanan.

Kalu bab makanan nie aku takut sikit.
Walaupun orang tu jenis tak kisah, aku tetap takut.
Selapar manapun aku, aku takkan makan makanan orang tanpa keizinan pemilik.
Bukan ape, takut nanti dia tak halalkan je.
Kan nanti jadi darah daging dalam tubuh aku jugak...
Eeeii... ngeri tuh.

Lagipun aku paham.
Acu kalau ader orang makan makanan aku tanpa bagitahu aku, kompem aku hangin jugak kan.
So, begitulah sebaliknya.

Moral of the story kali nie : jagalah barang orang sebaiknya dan jangan amik sesuke hati. Nanti orang jadi tak suke...

Mood : Tak sabor nak rasmi tv baru.

Nak tahu tv ape?
Nanti aku update dalam blog nie ehhh...
Tungggguuuuu....

Thursday, May 5, 2011

Seminar setiausaha di Marriot Hotel, Putrajaya

Ader tak setiausaha yang baca blog aku nie?
Ape perasaan korang bila jadi setiausaha?
Best ke tak best?

Bagi aku, BESTTTT...
Sebab bos aku best.
Hehehehe...
Kalau bos aku tak best, aku taknak jadi setiausaha.
Kompem kerja jadi tak best, kan?

Untung tau jadi setiausaha...
Sebab ader minggu setiausaha.
Kalau jadi bos, mana ader minggu bos.
Kan?

Minggu setiausaha nie adalah untuk appreciate para setiausaha yang selama nie bertungkus-lumus membantu bos dari semua segi.
Ingat senang ke tugas setiausaha nie?
Ader setiausaha yang tetiap hari kena "telan" maki hamun dari bos, tau tak?
But so far dah 3 tahun aku bekerja sebagai setiausaha, tak pernah la aku kena maki hamun...
Kena tegur tu biase la...
Dan syukur sangat-sangat sebab aku selalu dapat bos yang baik hati dan pemurah.

Tahun nie aku join seminar setiausaha anjuran Utusan Publishing & Distributors.
Seminar nie diadakan di Marriot Hotel, Putrajaya.

Memandangkan aku nie takde transport, so aku tumpang dengan Ika.
Mujur ada dia.
Kalau tak, susah jugak aku nak pegi sana.

Aku dan Ika sampai kat dewan seminar pukul 8.20 gitu laaa...
Tak ingat laa..
Maklumlah dah seminggu lebih kan?


Ape-ape hal pon, amik gambar dulu...



Pas amik gambar, kite minum pulakk...
Perut aku lapar sebab sehari sebelum tu aku langsung tak makan.

Seminar nie bermula pukul 9 pagi.
Kate seminar, kan?
Dengor orang ceramah je la...
Mengantuk dowhh...
Lagipun, panel pertama tuh asik duk bercerita pasal bekas syarikat dia je...
Langsung takde input untuk setiausaha.
Hurmmmm....


Apepun aku tetap khusyuk dengar.
Paling penting, panel pertama nie asik duk bercerita pasal KFC je..
Sampaikan aku duk terbayang ayam gorang KFC.
Terus aku ajak Ika pegi makan KFC bila habis seminar.
Hehehehe...



Sempat la snap-snap.
Kata bosan kannn...


Panel kedua pon boleh tahan best.
Cuma dia banyak selitkan bab-bab agama.
Macam ceramah agama pulak.

Tapi dia punya lawak memang boleh buat orang hilang rasa mengantuk.

Bile dah habis ceramah agama, time to lunch pulak.
Time nie memang ditunggu-tunggu oleh semua orang termasuklah aku...
Maklum leerrr perut dah lapar.
Nak melahap la pulak...



Senyum jek..
Mentang-mentang la time makan kann....


Ini menu untuk lunch hari tu...

Masakan Melayu lagi...
Hmmmm.....  :(


Namanye pon 5star hotel tapi makanan dia........ . . . . .  .
MasyaALLAH.. sedap lagi kalu aku yang masak.
Terus terbantut terkentut selera aku.
Makanannya aku bagi 1 star je.
Tak best langsung...

Air oren yang dihidang pon tak best.
Tawar... Macam minum air kosong je.


Aku dan Ika duk semeja...
Sian Mimie kena duk meja lain sebab meja dah penuh...
Lagipun kawan Ika yang tolong cop kan kerusi untuk kitorang.

Artis undangan kali nie adalah Adibah Noor VERY THE SOMBONG!
Ya ALLAH, memang sombong gile si Adibah nie.
Patut la selama nie aku duk dengar wartawan kata Adibah nie sombong.
Memang betol pon!

Dan hari tu aku takde keinginan langsung nak snap gambar dengan dia.
Bukannya dia cantekkk pon...
Aku jadi tukang snap gambar orang je...

Takde eh aku nak menempel amik gambar dengan artis cenggitu.
Buang masa!
Baik aku amik gambar dengan artis yang lagi cantik dan glamor dari dia.

Habis je makan, ader acara beramah mesra dari pengacara seminar iaitu Roslan Shah.
Dia nie okeyyy la jadi pengacara.
Lawak jugak...

Disebabkan aku free hair dan duduk pulak kat meja depan, tak pasal-pasal dia tarik aku untuk naik pentas...
Siot je RS nie...
Aku dan lagi 2 orang setiausaha dipilih untuk naik ke pentas.


Dia tengah bagi aku instruction...
Memang gile ahhh...


Seee...
Aku kena pakai wig...
Siot jekk...

Korang nak tahu ape yang dia suruh aku buat?

Aku kena menari ala-ala pussycatdoll.
Heheheh...
Malu siot.

Video masa aku menari tu aku akan upload kemudian.
Aku janji...
Thanks to Ika sebab record video tuh.
*** malu ***



Ini secretary yang cun-cun.
Nak ngorat, buleh je...
Hehehhee...




 Ini secretaries dalam group aku...
Group Audit.
Ika dan Mimie...
**Ika, kulit muke ko nampak cantik ahh..

Kali nie banyak sangat cabutan bertuah.
Tapi macam biase la..
Aku nie tak pernah pon bertuah.

Sebelum balik, kitorang para secretaries TM akan snap-snap dulu.


Aku dengan sape ntah. Lupe nama dia.
Cantik kan dia...
Sekejap je kitorang dah jadi ramah macam dah lama kenal. :D


Gemuk kann aku? Huhuhu...
Ika, ko ingat tak gambor nie?
Asal-asal gambor nie gelap kan?
Aku dah edit jadi cerah.
Hehehehe...


Nampak sementot aku kalu berdiri sebelah Ika...


Ni secretaries yang cun-cun jugak..
Pilih je mana satu yang nak..
Hehehehe...


Trio....

Apepun, aku rasa seminar kali nie best walaupun input yang masuk tak banyak.
Aku rasa best sebab buleh kenal ramai orang.
Lagipun semua ramah-ramah.

Yang tak best tetap ada.
Bab makanan, memang fail.
Marriot Hotel, sila improve masakan anda!

Dan lagi 1 yang tak best, panel no 3.
Dia punye mengutuk secretary, aku rasa macam nak lempang je...
Psiko kot panel tuh.

*credit to Ika atas gambar-gambar nie semua.... Thanks!