Tuesday, June 28, 2011

Kalau korang, agak-agak boleh tahan tak?

1) Kalau korang pakai cantik-cantik, make up lawa-lawa, pastu bf korang bising. Katanya nak suruh orang lain pandang dan ngorat, ape yang korang rasa?

2) Kalau korang pakai baju T-shirt kesukaan korang pastu bf bising-bising, katanya selekeh, ape yang korang akan buat?

3) Kalau korang naik lif, pastu ader mamat tengok-tengok atau puji korang, pastu bf korang bising. Katanya korang nie saje nak tarik perhatian lelaki lain, ape yang korang rasa?

4) Kalau korang datang opis awal atau balik opis lewat. Pastu bf korang bising. Katanya korang nie ada someone kat opis, ape yang korang akan jawab?

5) Kalau korang sibuk kat opis & takde mase nak reply mesej bf, pastu bf korang bising-bising. Katanya korang sibuk berfoya-foya kat opis. Agak-agak korang akan buat ape?

6) Kalau korang ada lunch date dengan bf. Dia janji nak pick up korang kat opis. Sekali dia dah sampai tapi korang tak turun-turun lagi. 5minit kemudian, baru korang turun. Dalam kereta dia bising-bising. Katanye korang nie tak tepati masa. Korang rasa ape yang korang akan cakap?

7) Hp korang asik berbunyi masa kuar date dengan dia. Korang bagitahu kawan korang yang call/ sms ajak kuar. Bf korang bising-bising. Katanya lelaki yang call/sms korang ajak kuar. Sedangkan dah terang-terang nama kawan pompuan yang tertera kat skrin hp.Ape reaksi korang?

8) Bf korang asik tuduh-tuduh korang curang sedangkan korang langsung tak pandang lelaki lain. Setiap 30minit si dia akan call sebab nak pastikan korang takde peluang untuk keluar dengan sesiapa even dengan kawan pompuan. Ape korang rasa?


KORANG RASA CAM NAK LEMPANG TAK BF KORANG TU?

Very the kampung

Ok, sila kesiankan aku.
Ni pes time aku makan banana split.
Orang asik cakap best.

Sebelum ni aku penah rasa banana + coklat cair.
Alaa.. macam stroberi cekelat tuu...
Yang tu tak best.
Macam tak match je pisang dengan cekelat.

Kali nie aku rasa macam nak try pisang dengan eskrim plak.
Nak rasa best ke takk...

Kebetulan aritu aku pegi MV.
Bajet-bajet nak gi Redbox kat The Gardens.
Dah booking tapi terlalu awal aku sampai.
So kitorang pergi la makan dulu.

Aku nie memang nak rasa banana split.
Kat food court MV ada jual makanan tuh.
Apelagi, aku beli la kannn...


Nampak menyelerakan sungguh.
Pisang tu segar je...
Tak sabor nak makan...


Ok, mulai sekarang aku nak TRY amik gambor tak nampak gigi.
Sebelum nie asik napok gigi je manjang.


Tapi kelakar la pulok bila amik gambor tak napok gigi.
Rasa cam pelik je..
Hehehehe...

Ok, aku rasa banana split nie tak best walaupun pisang manis & eskrim tu sedap.
Sama je macam pisang ngen cokelat tuh.
Macam tak kena je.
Tak tahu la kot tekak aku sorang je yang takleh nak terima.
Aku nie kan very the kampung gituuu...

Mujur aku kongsi dengan FZ.
Itupun FZ makan 2-3 sudu je.
Dia cakap tak sedap.
Baik makan pisang saje atau eskrim saje.
Lagi best.
Gabungan 2 benda tu buat jadi tak best.
Tu komen dia laaa...


So, mamat nie tengok je la aku makan sensorang.
Dia nie nak diet.
So, tak leh makan banyak.

Eh, ekceli we're both yang nak diet sebenarnye.
Sebab kitorang berdua makin chubby...
Raya dah nak dekat.
Start sekarang la kena jaga pemakanan.
Takut time raya nanti ada yang tegur,

"Makin sihat sekarang ni..."

Waaa... Takmo dengor ayat tuh!


Sunday, June 26, 2011

Aku emo... panas baran?

FZ selalu cakap, aku nie emo.
Kalau ader je benda yang tak kena depan mata aku, mesti aku akan emo dan marah-marah even benda tu takde kaitan dengan aku pon.
Dia kata kadang-kadang hormon aku nie tak betul.

Aku rasa kata-kata dia tu betul.
Aku memang emo, suke sangat marah-marah.

Even mummy aku pun tahu aku panas baran.
Kalau mummy nak larang adik-adik buat something, mesti dia akan jerit panggil aku,

"Diana, acu gi maroh gop budok-budok tu! Kalau mummy maroh, bukannye dengor!"

2orang adik aku pernah kena lempang dengan aku.
Wahhh.. ganas aku kann..
Yalah, aku kan kakak.
*salah gune kuasa disitu.

Aku tak lempang adik-adik aku sesaje la bro.
Adik-adik aku kan lelaki.
So kalau cakap elok-elok, diorang mana laaa nak dengar.
Memula, aku akan sound dengan suara paling lembut.
Kalu tak jadi gak, barulah aku tengking-tengking.
Kalau diorang still buat, terpaksa laa aku gune kuasa veto kannn... Naik tangan terusss..
Pastu kompem diorang serik.

Adik-adik aku dihantar ke sekolah yang berhampiran dengan rumah.
Jalan kaki 5 minit je dah sampai.
Tapi sekolah tu memang terkenal dengan budak-budak nakal.
Mat rempit, mat pit, minah rempit, pitpit (eh!), bohsiaa.. semua ada laa...
So, sebelum diorang semua melangkah kaki masuk sekolah tu, aku awal-awal dah warning kat diorang.

"Kalu aku nampak korang berkawan dengan budak-budak tak gune, hisap rokok, ponteng sekolah, lumba motor, korang memang siap!"

Mungkin jugak disebabkan warning aku tu, alhamdulillah ketiga-tiga adik aku tak terlibat dengan semua perkara di atas.
Cume aku risau adik bongsu aku je.
Dia tu still bersekolah kat situ.
Aku takleh la nak pantau sebab aku duk jauh.
Tapi aku tengok, takde plak mummy dan daddy aku komplen pasal dia.
Kalau ada, memang siap dia time aku balik kampung nanti!
Mulut aku nie jenis mulut berlada cili padi.
Kalau kena hentam dengan mulut aku nie, 40 malam takleh tido lena sebab kepanasan.

Sori laaa..
Aku jahat macam mana pun, aku tetap utamakan family aku.
Aku taknak adik-adik aku rosak... (macam aku...).
Biarlah diorang tu jadi orang yang berguna.
Kalau tak berguna pada bangsa pon, biarlah berguna pada family.
Itupun dah cukup.

Kalau dalam hal kawan-kawan, aku tak suke ada orang aniaya kawan aku.
Rasa macam orang tu aniaya aku plak.
Balik-balik aku yang akan hentam orang tu nanti.
Aku akan defence kawan aku tu kaw-kaw.

Ekceli aku bencikan penindasan tanpa sebab, ketidakprofessional dalam semua hal, hipokrito, politik demi kepentingan diri sendiri dan tuduhan melulu.

FZ selalu tuduh aku bukan-bukan tanpa usul periksa.
Benda-benda macam nie memang buat aku cepat naik angin.
Pastu mulalah aku sound-sound.
Ntah laaa... Aku bosan dengan tuduhan melulu dia tu.
Dia terlalu mengikut kata hati dia.
Ikut hati kann mati....
Berbuih-buih dah mulut aku suruh dia fikir rasional.
Lagiiiii dia nak fikir bukan-bukan.
Baru-baru ni aku sound suruh dia baiki wayar dalam kepala dia tu kot-kot ader wayar terputus.
Sebab wayar terputus la dia asik fikir bukan-bukan pasal aku.
Tensi mak tau..
Tapi gaduh pun sekejap je la.
Last-last kitorang saling mintak maaf balik.

Aku ni sometimes lurus jugak.
Dan aku memang seorang yang pelupa.
So ada je manusia-manusia yang suke amik kesempatan kat aku.
Tindas aku macam kuli batak diorang.
Ngumpat-ngumpat pasal aku.
Bukan setakat tu je, siap tambah garam gule ajinomoto lagi sebab nak menyedapkan cerita.
Sampaikan aku rasa malu nak jalan sane sini sebab takut ader orang yang terpengaruh dengan cerita tak betul pasal aku tu.

Pastu bila aku cerita balik sebab nak defence diri sendiri, dia melenting pulak.
Till now, ader je cerita tak elok yang aku dengar.
Tapi aku diamkan aje.
Cool bro.... Nak tengok apa langkah seterusnya.

Bila difikirkan balik, aku nie takde la nak buat orang macam tu.
Sebab aku percayakan pada KARMA.

What goes around, comes around.


Tunggu masa je....
Dan masa itu Tuhan yang akan tentukan.

Why aku percaya?
Sebab KARMA tu dah berlaku pada orang yang pernah cari pasal dengan aku.
Tak sampai setahun kekejian yang dilakukan terhadap aku, TUHAN bayar by CASH kat dunia nie.
Aku bukan gembira dengan apa yang berlaku, cume mungkin ini adalah pengajaran buat aku jugak.

Pengajaran : Jangan buat jahat pada sesiapa.

Cume 1 je la, kalau orang buat jahat kat aku, aku takleh duk diam laaa...
Ade je idea aku nak balas balik.
Ntah laaa...
Mungkin sebab aku nie keturunan Bugis kot.
So, darah lanun tu banyak sangat mengalir dalam tubuh aku nie.

Sekarang pun aku try nak kawal emosi aku.
Dah taknak marah-marah lagi dah.
Tapi akhir-akhir nie banyak sangat benda buruk yang berlaku di sekeliling aku.
So, darah aku start mendidih balik.
Mungkin kalau aku pegi check kat klinik, doktor akan cakap,

"Diana, saya terpaksa masukkan awak kedalam wad sebab tekanan darah awak terlalu tinggi sehingga boleh membahayakan orang lain".

Wad ape?
Lu pikir la sendiri.
Assalamualaikum....


*entri merepek.. sori uolss...

Friday, June 24, 2011

Expose mistik Kak Peej

Aku nie silent reader blog Kak Peej..
Ala, Peej Burhan tu..
Blog dia best. Cara penulisan dia tu sangat honest.
Kadang-kadang kelakar pon ada.

Aku start follow blog dia dah lama.
Dulu aku jarang-jarang bukak.
Tapi sejak dia ada buat 1 segmen menarik, aku dah jadi follower tetap pulak dah.

Dia ada buat segmen expose mistik.
Aku suke sangat baca segmen tu.
Tak pernah miss pon.

One day, tergerak pulak hati aku nak kongsi cerita dalam segmen tu.
So, aku hantar email kat dia bulan lepas.
Dan semalam, aku bukak blog dia dan nampak email aku dah publish kat situ...



Ni kisah sebenar aku.
Ada lagi kisah lain dan aku pon dah bagitahu akan hantar pengalaman aku dengan "penjaga" aku pulak.
Btw, tenkiu Kak Peej sebab publish cerita saya... :D


Wednesday, June 22, 2011

Tugu Negara- setelah berbelas tahun tak jejak kaki...

Sedeyy... (ikut gaya Jai- KL Gangster)..
Dah 3tahun aku duk KL tapi tak pernah pon terfikir nak pegi tengok Tugu Negara.

Alang-alang ari tu aku pegi Taman Burung, FZ cadang nak pergi ke Tugu Negara pulak.
Kan dekat-dekat je tempat tu.
Aku pun bertambah la excited.



Dok menyabor nak sampai atas...
Jalan kaki tak ingat orang belakang.


Memule amik gambar kat menara ni dulu.


Masa nie punyelah panas terik.
Tapi tahan je la...
Kalu kulit jadi hitam balik, aku gi lulur kat spa tetiap hari...



Ramai ohh pelancong kat sini.
Dari China ader, Arab ada, orang negeri luar kite pun ader..
Masing-masing sibuk nak buat pose paling vogue masa snap gambar.



Ni je la yang mampu dia gayakan..
Hikhik..


Bila masa ntah dia amik gambor belakang aku.
Tau la bontot aku tu besau...
Malu aii tau!


Cantik gile kolam nie..
Airnye bersih je.
Pastu ader bunga teratai palsu kat situ...
Rasa nak berenang je kat situ feeling-feeling puteri zaman dulu kala.. *pengsan.


Dia ni dah letih sebenarnye.
Tapi memandangkan aku ni masih terlebih excited, dia layan kan ajee...


Tengok-tengok..
Baju aku dah lebih kurang sama corak dengan lantai ni dah...


Yeayy...
Dah sampai Tugu Negara.


Tengok gambor nie, teringat gambor Kak Long dulu-dulu.
Camni la dia berdiri depan tugu.
Orang dedulu kan kalu amik gambor, mesti berdiri tegak cam nak nyanyi lagu 'Negaraku'.


Pandangan Tugu Negara dari tepi.
Cuaca dah mendung sikit tapi takde angin.
Mendung tapi panas.


Bajet-bajet nak celup kaki dalam kolam tu tapi tak sampai lak..
Hahaha..


Ce teka.. ce teka..
Benda nie ada kat lantai ke kat atas siling?

Ye, benda-benda nie ditampal kat atas siling.
So, kalu jenjalan kat walk side tu, jangan tengok bawah je.
Tengok atas jugak.
Ni semua mungkin pasukan-pasukan tentera yang terlibat dalam ermmm... ermm.. ntah la.. Perang kot.
Sebab aku tengok ada nama air force ape ntah.
Aku nie kabur.
Tulisan besor aku nampak la.
Tulisan kecik memang nan adoo aku nak nampak.


Ha, baca-baca..
Ilmu nih..
Pengetahuan am.

Perlembagaan ku junjung, Negara ku sanjung..
Ha, ok tak ayat aku?
Hahahaha... Mengom!


Ok, dah nak balik dah...


Eh, TERjumpa lak dengan air pancut nie..
Terus menggulupur nak main.
Hahaha.. jakun macam tak pernah tengok air pancut.

Tuesday, June 21, 2011

Asyik pegi shopping complex je.. pe kata pegi dating tempat lain pulak?

Korang kalu dating kann.. mana biase korang pegi?
Aku rasa mesti korang suke pegi soping kompleks kan...
Pegi tengok-tengok barang, pastu makan-makan, pastu tengok wayang...
Tul tak?

Aku pun sama sebenarnya.
Tapi kalu dah selalu sangat pegi soping mall tu, aku rasa bosan.
Asik-asik tengok barang.
Pastu bila tengok barang comel sikit, menggulupur nak beli.
Tapi duit takdak.
Mula laa malam-malam mimpi barang tuh.
Ha, cane?

Oleh sebab dah bosan pegi soping mall, aku dan FZ decide nak dating kat Taman Burung.
Yalah, dating dengan burung-burung pulak kan...
Best pe...

Last weken (Sabtu), dalam tengahari gitu, aku dan FZ ke Taman Burung, area Taman Tasik Perdana tuh.
Ni pes time aku masuk sini.
Kalu korang ada MyKad, tiket untuk dewasa RM20 je.
Untuk kanak-kanak lupe la... RM15 kot.. ke RM10.. gitu laa..

Tapi kalau korang orang asing atau takde MyKad, harga untuk dewasa RM45.
Budak-budak tak sure...
Hehehehe.. sorry eh,
Info tak lengkap.


Ape-ape hal, tangkap gambar dulu kat entrance.

Bila dah masuk dalam, first burung yang aku jumpe adalah ini :-


Comelnye tengok dia makan...
Dia makan jagung je... :D
Lapar sangat agaknye sampaikan aku tengok dekat-dekat pon dia buat derk je..


Burung-burung ni kena kurung...
Comel-comel...


Yang ni pon cantik.
Rasa macam nak pegang pastu penyet-penyet je.
Geramm...


Yang ni bangau.
Dia buat derk je orang tengok dia... 
Bangau ni management lepas macam tu je..
Takyah kurung-kurung.




Berdiri baekk punye ko kat atas tu...
Keras kejung je..
Macam tau-tau je ader orang nak snap gambo ko kan..
Pandai betul la ko ni, Bangau.

Jalan-jalan lagi, aku nampak 1 booth besar.
Rupa-rupanya booth tu tempat nak snap gambar berbayar dengan burung-burung.
Aku excited gile nak snap dengan burung walaupun takut...
Hehehe...


Burung-burung ni semua jinak.
Pastu pandai je duk diam macam dah terbiase buat kerja "modelling".
Yalah, bile penjaga tu letak je dia kat atas tangan dan peha aku, burung-burung tu duk keras je.
Bila penjaga tu cakap, "Tengok sini!", burung tu ikut je...
Pandai betul.

Paling berat, burung hitam atas peha aku tuh.
Perghhh.. sama berat macam baby 3 bulan kot..

Best tau amik gambar dengan burung-burung nie.
Aku tak tahu nak cakap perasaan aku macam mana.
Sebab takjub sangat aku tengok burung-burung ni sebab semuanye pandai.

1 keping gambar (gune kamera diorang) = RM30.
Mahal tapi kualiti gambar memang cantik.
Tapi kalau korang nak snap gune kamera sendiri pon boleh.
RM10 per orang. 
Burung korang takleh pilih yang mana satu.
Katanya sebab takut burung-burung tu gaduh.
Uihhh.. boleh pulak macam tu eh...

Tapi betul jugak kot.
Sebab aku tengok ade burung merajuk.
Penjaga dia cakap sebab penat kena tangkap gambar je.
Hehehe.. comel je tengok dia merajuk.
Dia asik sembunyi belakang pokok je...



Muka puas hati lepas dapat "buang" duit RM30.
Hehehehe...


Jalan-jalan, jumpe pulak burung merak nie.
Sombong.
Nak amik gambar pon susah...
Muke aku dalam gambor tuh memang takleh blah..




Cantik kan pemandangan kat sini?


Ha, dah kuar dah sign peace dia...!


Bila dah penat berjalan, aku duk rehat jap.


Merak nie pon jinak.
Aku bagi dia makan sweet corn yang aku beli kat kiosk yang ada dalam taman.


Muke FZ yang keletihan.
Kawasan taman memang besar.
Memang penat la nak berjalan.


Aku tetap excited.


Dalam 15 minit berhenti, kitorang sambung jalan-jalan.
Tak puas lagi ni.


Gambor berdua pose cenggini memang wajib ada.
Maklum la malu nak suruh orang tolong snap kan gambor kitorang...


Pose gedik cenggini pon semestinya ada...

Jalan-jalan lagi, pastu jumpa ini :-


Hok olohh...
Cantiknye kaler dia..
Merah menyala.
Burung ni pon sombong. Susah benor nak snap gambor dia.
Asik lari je..


Ce teka... ce teka..
Apakah benda di atas?
Burung besi kah? Burung gergasi kah?
Salah..salah...
Ini la tong sampah.
Comel, kan?
Rasa macam selalu nak buang sampah kat dalam tu..

Kitorang jalan-jalan lagi.
Pastu masuk dalam kawasan ini:-

Ni sebenarnye tempat itik...
Sebab tu ada kolam ikan..




FZ bagi ikan-ikan makan.
Itik pon makan jugak makanan ikan..


Ini burung enggang papan.
Kepala dia, fuhhhh... keras!
Patut pon nama dia enggang papan.
Jinak sangat...


Sempat lagi pose kat sini..
Cantik la pemandangan kat sini..


FZ kata aku gedik amik gambor pose camni.
Hehehehe...
Aku memang gedik pon...


Habis macho sangat la tuh...
Terkangkang-kangkang.. Uwekkk...

*Perjalanan dalam taman nie amik masa sekitar 2- 3 jam jugak...
Penat ohh jalan...