Sunday, July 31, 2011

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2011


First of all, aku nak ucap Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 
kepada semua pembaca blog aku ni.
Even blog nie tak berapa best, tapi aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab menjadi pembaca setia.

Segala salah silap, terkasar bahasa, perbuatan, perlakuan, terover mengata, mengumpat, mengutuk, mengeji dll harap dimaafkan.
Bukak buku baru, tutup buku lama.
Tak gitu?

Selamat berpuasa dan selamat berbuka...
Time berbuka tu kena beringat.
Jangan sampai ada yang menyesal sebab berat badan naik ye..
*Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Ok....
Entri kali ni diakhiri dengan pantun yang aku reka sendiri ye.

Ular tedung ular sawa
Sedang menyusur di dalam paya
Sudah tiba bulan puasa
Tak lama lagi dah nak raya...

Hahahahah...
Cam hape je kan pantun aku...
Hehehehe...
Babai..


Thursday, July 28, 2011

Khamis

Dah banyak hari mulut aku nie duk potpetpotpet membebel.
Dah macam mak nenek dah.

Ingatkan tanak update ape-ape hari nie dalam FB.
Sekali ter update status lak.
Tapi update status kat situ tak bunyi suara kan?
Consider aku senyap la tu kannn...
Kannn...kannn...kannn...

Nak tengok sesuatu yang seksi tak?
Kalau nak, skrol ke bawah ye...

-



-


-


-



-



-


-




-


-



-


-



-



-



-


-


-


-


-



-


-



-


-


-


-


-



-


-


-


-



-



-


-


-


-


-


-


skrol la lagi ye...
Ingat senang ke nak tengok benda seksi...

-


-


-


-

-


-


-


-


-


-

Adehhh.. letih la plak tangan...

Ok, tatap la korang gambor di bawah...

V

V



V



V





Amacam, seksi tak mulut mak?
Auuwwwww....
Pic nie tak edit ape-ape pun ok.
Edit tang frame n letak copyright je.

Hahahaha... poyo puji bibir sendiri.
Ader aku kesah?

*AKU TENGAH BOSAN NI WEHHH*


Wednesday, July 27, 2011

Kejutan

Last week, ari Selasa malam, aku dapat sms dari adik aku.
Dia suruh aku call rumah kat kampung.
Katanya mummy aku ada benda nak bagitahu.

Dupdapdupdap jantung aku.
Ape ke benda la yang nak dibagitahu.
Jangan hal-hal yang bukan-bukan, udah le.

Aku pon call.
Rupe-rupenye dia just nak bagitahu, daddy aku nak datang KL hari Khamis.
Owhh.. Ingatkan ape tadi.
Buat suspen je..

Tapi aku suspen la jugak sikitt...
Kenapa tetibe je daddy nak datang sini?
Biasenye seminggu sebelum datang, mesti daddy dah bagitahu.
Ini lagi 2 hari.

Uihhh... mane tak debor! 
Takut daddy aku tu buang tabiat je.
Yela, angin takde, ribut pon takde, tetibe nak datang sini.

Aku terus mitak izin dengan bos, ari Jumaat aku nak half day sebab nak luangkan masa dengan daddy.
Bos aku ok je.
Sporting kan bos aku.

Khamis, daddy datang KL dengan bas.
Aku punyelah risau keselematan dia sampai nak datang kije pon malas.
Bos pon perasan aku macam takde mood.
Bos suruh aku balik awal so aku boleh pick up daddy kat Stesen Putra.
Tapi Kak Long cakap Abang Zam yang akan pick up daddy nanti.
So, aku tak jadi balik awal.

Hari Jumaat, lunch hour, FZ datang amik aku kat opis.
Then balik rumah aku jap sebab nak amik beg pakaian dan laptop.

Mujurlah jalan tak jem.
Kalu tak, kompem aku tensi.
Masa dah sampai rumah Kak Long, Baby Fifi la yang paling excited.


Aku jejak je kaki masuk rumah, dia dah terjerit-jerit sambil meluru kat aku.

"Tayam anah.. tayam anah!"
*Sayang angah... sayang angah!

Pastu peluk-peluk kaki aku.
Rupa-rupanye memang dia tahu aku nak datang.
Kak Long dah bagitahu dia awal-awal.

Hari Sabtu, aku, daddy, Kak Long dan Alia kuar jalan-jalan kat Jalan Tar.
Rasa nak patah kaki aku berjalan jauh.
Lagipun hari tu ada pasar malam.
Ramai gile orang.

Paling menyampah masa aku lalu kat arkib.
Ade 1 family yenna tuh, berjalan macam hape je..
Habis orang-orang kat situ dilanggarnye.
Langsung tak nak mengelak.
Haihhh.... hangin je aku.
Nak je aku bagi penampor!

Petang, Kak Long ajak kitorang pergi ke Bangi.
Kak Long dah menggelupur sebab pokok-pokok dia kat sana dah seminggu tak siram.


Atuk dan cucu sulung.
Duk baca buku.


Cube cari mana Baby Fifi?

Daddy aku memang ulat buku.
Dia memang suke sangat baca buku, tak kire la buku apepun.


Alia..
Dah makin kurus pulak dia nie sekarang.


 Kalu datang sini, memang buat aku bosan sebab takde ape nak buat.


Senyum, tak perlu kata apa-apa.

Last-last, aku tertido kat situ sampai maghrib.
Diorang kejutkan aku masa dah nak balik.

*FZ meroyan sebab tak dapat jumpe aku weken tuh.
Hehehehe.. biar dia meroyan sorang-sorang.

Giant lagi

Tak habis lagi pasal Giant nie.
Aku memang tak puas hati sebenarnye.
Aku pantang sikit kalu ader yang main tipu-tipu ni.

Ari tu aku beli ini :-


Dan ini :-


Aku taknak cakap banyak.
Korang tengok sendiri dier punye resit.


Kompius tak resit dier?
Perlu ke letak tolak-tolak bagai??
Saje nak mengkompiuskan orang ramai.
Kengkonon nak tunjuk jumlah penjimatan yang kita dapat bila berbelanja kat situ.
Padahal.... . . . . 
Huh!


Monday, July 25, 2011

Hati-hati membeli-belah di Pasaraya Giant

Tajuk very straight to the point.
Malas dah nak berkias-kias dan buat tajuk super hot untuk tarik orang baca entri.

Semalam aku dan FZ jalan-jalan kat Amcorp Mall.
Saje je jenjalan habiskan masa kat situ.
Tengok ader flea market kat situ.
Tak ada pun yang menarik but aku dan FZ still jalan-jalan lagi.

Tetibe aku terfikir nak beli penimbang berat so that aku boleh tengok berapa berat aku tetiap hari.
First, kitorang masuk Watson.
But kakitangan Watson cakap kat situ takde tapi diorang suggest aku pegi tengok kat Giant.

Aku dan FZ terus la turun kat Giant.
Cari punye cari, aku beli 2 benda kat situ.
Giant cawangan PJ nie memang kecik je.
So, senang nak cari barang.

Aku beli 1 extension wire jenis bulat (yang kena gulung tuh) dan 1 penimbang berat badan.
Terang-terang kat rak, harga extension wire RM9.90 dan penimbang RM12.99.
Sekali masa pegi bayar, aku tengok masa scan harga untuk extension wire jadi RM19.90 dan penimbang RM18.99!
Aku ingatkan aku salah tengok.
Maklumlah aku ni kan rabun.
So aku diamkan aje.
FZ plak dah jalan ke depan nak keluar dar Giant.

Panas gak hati aku dengan FZ ni.
Tak dan-dan nak kuar!

Aku panggil FZ dan bagitahu pasal harga tuh.
FZ terus masuk ke dalam balik.
Kitorang check memang betul harga kat rak berbeza dengan harga masa bayar tadi.

Aku dan FZ ingat nak cakap kat kaunter tapi ramai gile org tengah beratur nak bayar.
Semua kaunter penuh.
Pastu kitorang cari security guard.
Kalau boleh kitorang nak suruh guard tu panggil pihak management.
Sekali guard plak bizi ikatkan beg plastik orang kat pintu masuk.
Ramai lak tu yang berdiri.

Aku dan FZ tunggu lagi.
Kot-kot ada peluang, boleh la mencelah kejap.
Tapi dah 15minit tunggu, orang makin ramai.

FZ cakap takpe.
Lain kali datang lagi.
Resit tadi simpan sebagai bukti.

Ni kali pertama aku kena.
Mummy dan daddy aku plak dah banyak kali kena.
Bukan kat sini tapi kat Terengganu.
Kes yang sama. Harga kat rak lain dengan harga bayar.
Bezanya kat Terengganu ada customer service.
So, kalau nak buat aduan ke ape, pegi je kat situ.

Even, masa mule-mule pembukaan Giant kat K.T pon, daddy aku dah terkena.
Harga setiap barang digenapkan sehingga ada barang dinaikkan 5sen dari harga asal.

Contohnye :

Roti harga RM2.95 (di rak)
Tapi bile time nak bayar, harga naik menjadi RM3.00.

Kalau sepuluh orang beli roti yang sama, tak ke diorang nie dah untung RM0.50??
Itu sepuluh orang.
Kalau seratus orang? Seribu orang?

Masa mummy aku kena dulu, dia terus je pegi kat customer service.
Settle kan kat situ terus.
Even 1 sen pon, mummy aku akan tuntut.
Bukannya sangap sangat nak duit 1 sen tu tapi kalau nak berniaga tu, berniaga la elok-elok.
Kalau tak silap aku masa tu mummy aku beli dount RM2.00.
Tapi bile bayar, kena RM2.01.
Amboiii... suke suki je tambah 1 sen!
Ni kejadian betol masa pembukaan Giant kat Terengganu.

*Masa tu kerajaan belum menggunakan sistem penggenapan nilai.

Dats why la aku lagi prefer Carrefour dan Tesco instead of Giant.
Orang berniaga, dia pun nak berniaga.
Tapi berniaga dengan menipu orang.

Jangan sampai aku buat report kat tribunal pengguna!
*Aku tak sempat nak snap gambar kat dalam giant tu tapi aku akan upload gambar resit barang yang aku beli semalam. Resit tu pun mengelirukan!

Friday, July 22, 2011

Kongkong, salah. Tak kongkong lagiii la salah.

Beberapa hari yang lepas, aku dan FZ ader la lepak-lepak kat gerai burger Ali.
Dah lama tak lepak kat situ.
Man (kawan FZ) pon ader sekali.

Tengah aku duk tengok orang lalu lalang, FZ dan Man duk berbisik-bisik.
Aku tengok je kat diorang.
Dalam hati ni dah syak bukan-bukan.
Haihhh... FZ buat hal lagi ke??

Aku : Ape bisik-bisik tuh?
FZ : Hal lelaki la, sayang.
Man pulak tersengih-sengih.

Aku tak puas hati.
Ni mesti ada rahsia nie!

Aku : Bagitau laa..
FZ : Hal lelaki la, sayang. Pompuan mana boleh tahu.

Haihhh...!
Memberontak terus hati aku.

Aku : Man, dia tanya awak something ke?
Man : Takde la, Cik Diana.
Pastu dia sengih-sengih.

Man memang dari dulu asik panggil aku Cik Diana.

Aku : Man, dia tanya awak, "girlfren dia dah lalu ke belum" eh? Baik cakap...!

FZ tergelak-gelak.

Man : Eh, takdelah Cik Diana. Takde apa-apa pun.

Aku pandang FZ.
Buat-buat merajuk.

FZ ajak aku pergi ke kolam.
Gerai burger tu duk depan kat pintu pagar tempat kije FZ je.
Aku ikut je laaa..... walaupon hati duk membengkak je.

Bila dah sampai kolam, aku tanya lagi.

Aku : Abang bisik ape dengan Man tadi?? Abang ada curang eh??
FZ diam.
Dia ajak aku duduk kat dalam opis.

FZ : Man bagitahu abang tadi, Z ada main dengan pompuan lain.

--> Z tu kawan kitorang.

Aku : Ha? Abang nie betul ke? Ke saje reka citer?
FZ : Sumpah dengan nama ALLAH, yang. Abang takde pon curang dengan sayang. Ni citer betul. Z buat hal lagi.
Aku : Z tu kenapa? Kan dia baru je kawin 2.
FZ : Ntah la sayang. Dia ni tak pernah nak berubah.
Aku : Abang tak nasihatkan dia ke?
FZ : Dah berbuih dah mulut abang nie, sayang.  Dia nie tak pernahnye nak puas. Tak pernah serik.
Aku : Abang pun macam dia gak kan?
FZ : Eh, eh! Macam tu plak. Abang nie dah serik. Cukuplah apa yang abang buat dulu. Abang tak pernah terfikir nak buat lagi..

Dalam hati aku : Yelah tuuuu.....

Z ni aku kenal sejak aku berkawan dengan FZ.
Memang aku tahu dia suke main pompuan walaupun dia dah kawin dan ada anak 3.
Setakat yang aku tahu, memang ramai pompuan yang rela serah diri kat dia.
Macam-macam rupa dan bentuk badan yang pernah aku tengok.

Yang aku pelik, Z tak pernah rasa takut buat benda-benda macam tu.
Terbaru aku dengar Z bermain dengan budak sekolah.
Mengucap panjang aku.

Aku terbayangkan wajah G.
Wife kedua Z.
G adalah seorang wanita yang bekerjaya besar.
Dia baik dan agak sopan.
Z berkahwin dengan G pun secara senyap di Thailand.
Wife pertama Z tak tahu suami dia dah berkahwin lain.
FZ bagitahu aku seminggu selepas dia berkahwin dengan G pun, Z dah main belakang dengan pompuan lain.
MasyaALLAH!

G memang sibuk dengan kerja.
Dia tak pernah nak mengongkong Z.
Wife pertama Z pulak aku pernah jumpe sekali dan kitorang pernah makan sama-sama di Jalan TAR.
Wife pertama Z cantik sangat.
Lagi cantik dari G.
Dua-dua tak mengongkong Z.

Aku terfikir, ape sebenarnye yang lelaki nak?
Kalau kite mengongkong dia, salah.
Kalau tak kongkong, lagiii la salah.
Kalau mengongkong, dikatanya rimas.
Kalau tak kongkong, liar pulak jadinye.

Dalam hal nie, nak salahkan sape?
Lelaki ke pompuan?

Tuesday, July 19, 2011

I'm not a racist!

Ewahh.. Semalam bukan main lagi aku marathon update blog.
Yalah, aku stress sebenornye.
Duk mikir nak kena audit lak.
Sekarang nie aku 'pemegang amanah saham' unit aku.
So, kenalah audit bagai kannn...
Bosan tul la audit-audit nih. Huh!

Sekarang nie sebenarnye aku bizi.
Ader je keja nak kena buat.
Aku deal dengan ramai orang.
Tapi dalam ramai-ramai, aku paling bosan deal dengan yenna yenni.

Owh, aku bukan racist ye!
Aku ader je kawan dari kalangan yenna yenni nie.
Even aku pun suke tengok movie diorang.

Tapi kalu bab kije, memang aku takleh blah.
Sesetengah dari diorang nie memang jenis tak sabar.
Paling aku benci bile time dia nak mintak tolong kite, bukan main manissss lagi mulut.
But bile kite tak tolong ataupun tangguhkan, perghhhhhh bahase diorangggg...
Menyengat!
Hantar email pon siap ader tanda seruan bagai.
Seolah-olah dia arahkan kita buat kerja tuh.

Aku ni hanginnnn je dengan yenni nih!
Dah la hantar email banyak-banyak.
Tak cukup dengan tu, siap call aku bagai.
Semak tahu tak??

Paling aku menyampah, dia nie tak tahu ke aku nie secretary je?
Yang nak push-push aku bagai nie, kenapa??
Yang in-charge pasal benda tu manager aku.
Yenna jugak.
Push la yenna tuh!
Duk sibuk push aku, ape yang aku boleh buat?
Takkan secretary nak push manager? Ye dok?

Hari nie aku nak tunggu lagi dia punya email atau call.
Nakkk je aku jawab,


"Dey yenni! Nī iṅkē iruntu pōkiṟīrkaḷ!!"

Korang paham?


Monday, July 18, 2011

Aset baru aku

Beberapa bulan yang lepas, aku ada beli mesin basuh dan tv.
Pastu atas nasihat FZ, aku beli 1 lagi aset baru.
Peti ais.

Kata FZ, dia taknak aku bergantung dengan barang-barang orang lain.
Susah katanya.

Sebulan lebih gak la aku pergi survey peti ais.
Bukan senang.
Lagipun barang yang aku nak beli ni barang yang aku akan pakai lama.
So, takleh main beli je.
Nanti rugi.

Lagipun aku consider tentang ruang yang aku nak letak peti ais nanti.
Bajet duit tu tak kisah sangat.

2minggu lepas, akhirnya aku beli peti ais yang diingini.


Mula-mula bajet nak beli yang 1 pintu je.
Tapi cam rugi la pulak.
Lagipun aku nie suke beli makanan mentah banyak-banyak.
Kalau beli yang 1 pintu je, bahagian freezer tu kecik.
Tak muat nak letak barang-barang aku.


 Aku beli jenama ini.
Spec dia best dan selamat.
Sebab tu aku pilih yang ini.


 Tengok sikit kat dalam...
Dah banyak barang aku letak.


View dekat sket...
Ada daging, aiskrim, nuget, ubi kentang.....


Ni bahagian bawah.
Macam-macam ada....

Lega dah tak payah nak kongsi-kongsi dengan barang orang.

Sekarang ni aku dah ada iron, mesin basuh, tv, peti ais, katil dan almari.
Kire dah cukup untuk hidup sorang-sorang kat rumah sendiri...

Ader rumah sewa yang kosong dan murah tak? :D

Harry Porter and the Deathly Hollows

 Korang dah tengok Harry Porter and the Deathly Hollows Part 2?
Kalau blom, aku sajess korang pergilah tengok.
Tak rugi beb!
Terbaekkk punye.

Ini adalah siri Harry Porter yang terakhir.
Dan jalan cerita dia memang best.
Pendek kata memang terbaekkk dan tak menghampakan.
FZ yang tak berapa minat HP nie pon boleh cakap citer ni best.

Aku dan dia pergi tengok hari Sabtu baru-baru nie.
Kitorang beli tiket hari Isnin seminggu sebelum tayangan.
Minat punye pasal kannnn...
Lagi best sebab aku tengok 3D version.


Citer kali nie memang ada part yang menyayat hati.
Sampai bergenang la air mata aku.
Korang nak tahu part mana, silalah pergi tengok sendiri ye..

Lepas nie, no more Harry Porter.
Mesti aku akan rindukan watak-watak dalam citer nie.
Tsk. T__T
Harry Porter.
Ahli sihir terhebat dan mashyur.

 Hermione Granger.
Ahli sihir yang bijak dan cantik.

Ron Weasley.
Lurus tapi dia banyak membantu Harry Porter melawan Voldemort.
 
Voldemort...
Musuh ketat Harry Porter.
Muke takdelah ngeri sangat pon.
Tang hidung dia yang kelakar tuh.
Heheheh...

Last episod nie macam-macam benda yang terungkai.
Semuanya ada kaitan dengan episod-episod yang lepas.
Sape Severus Snape, kenapa Voldemort nak bunuh Harry Porter.. dan macam-macam lagi la.
Sesape yang tak tengok episod-episod lepas, memang takkan faham la.

Nak tahu selanjutnya tentang movie nie, silalah tengok di pawagam ye.
Selamat menonton!

****
Elok sangat le tuhhh.... 
HP ni pon dah habis, Transformers pon habis jugak...
Kirenye citer-citer kegemaran aku semuanya dah tamat.
Pasni takkan la aku tak jejak panggung lagi kot?


 *images credited to Google.com

Soping moping baju raya

 Salam uolss..
Amacam weken?
Ok ke?

Semalam FZ ajak aku pergi ke Carrefour Wangsa Maju.
Saje je la nak jenjalan kat sana.
Lagipun tak lama lagi kita dah nak puasa dan raya.
FZ ajak aku pergi tengok baju-baju kat sana.

Aku nie jenis bangsa takleh tengok-tengok aje.
Kompem beli punye.
Sampai kat carrefour, aku terus suruh FZ carik mesin ATM.
Cash tak banyak.
Haruslah pegi cucuk dulu kann...

Kalau korang nak cari baju kurung, baju kebaya dan yang seangkatan dengannya, aku syorkan korang datang sini.
Baju semua cantik-cantik.
Tudung pun cantik-cantik dan updated.
Yang penting, harganya murah-murah dan boleh tawar.
Rambang mata aku dibuatnya.

Dulu aku biase pergi ke Ampang Park dan The Mall.
Banyak jugak pilihan.
Tapi mahal dan takleh tawar.
Kalau boleh tawar pon, sikit je dapat.

Semalam orang takdelah ramai sangat. 
So, best la sikit nak try baju.
Tak sesak.

So kesimpulannya, semalam aku sambar sehelai baju kurung dan tudung ala-ala siti. :D
Kopakk dowh! Raya punya pasal kann..
Hehehe..

 FZ plak sabor je tengok aku pilih baju.
Kebanyakan baju pilihan dia aku tak berkenan.
Yalah, dia pilih baju ala-ala makcik.
Ai bukan tahap makcik lagi tau, bang.

Soping-soping, makan tetap tak dilupakan.
Memandangkan dah lama rasenye tak makan sedap (diet punye pasal), so semalam aku gadaikan diet aku kejap.
Kitorang singgah kat Jombali.
Memang setiap kali datang Carrefour Wangsa Maju nie, aku akan makan kat Jombali.
Senang.
Sambil tunggu makanan sampai, aku cuci mata tengok baju-baju cantik kat luar.


Restoran nie selalu ramai orang.
Staff pun ramai.
Nak kata makanan sedap tu takdelah sedap sangat.


Sekarang ni aku tak tahu la kenapa aku asik nak pakai simple-simple je.
Dah takde mood nak bergaya sakan.
Mungkin sebab perubahan bentuk badan yang ketara.

Aku nangess ok bile tengok badan aku yang makin membesor nie.
Gerunnn...


Ini makanan FZ. 
Char Kueh Teow.
Banyakk... tapi tak berapa sedap.
FZ tak habis makan.


Ni aku punye.
Nasi kebuli. Banyakk gak.
Tapi rasanye cam nasi minyak tapi tak berkuah.
Tang nasik tu sedap.
Tapi ayam tu,,, tak tahu la dia pakai rempah ape.



Side order : Tauhu bakar.
FZ lah yang nak sangat.
Menggelupur dia nak habiskan sebab dah kenyang makan kueh teow.
Pastu paksa-paksa aku suruh makan gak.
Aku tak jamah langsung sebab aku memang tak makan tauhu.
FZ kata sedap.


Iced chocolate untuk aku.
FZ punye air I Love U.
Hahaha... pelik je nama air I love u.
Macam gabungan ribena dengan laici pastu dalam tu ada nata de coco tuh.

FZ : Manis sangat la air ni.
Aku : Ni kan air I love u. Cinta tu kan memang manis.
FZ : Hahaha.. ader-ader je jawapan dia nih.


Thursday, July 14, 2011

Aku nak dapatkan balik susuk tubuh asal... Tak kire la ape cara sekalipun..

Asalnya berat badan aku sekitar 48kg hingga 52kg je.
Masa mula-mula aku sampai KL, berat badan aku 52kg.
Tapi makin hari makin naik plak.
Paling tak tahan berat badan aku pernah mencapai 61kg.
Huhuhuu... Meraung disitu. T_________T

Pastu pertengahan tahun lepas - masa mule-mule jumpe FZ- berat aku turun sampai 54kg.
Wahhhh... mase tu punyelah aku suke.
Masa tu start pakai baju ketat tapi yang labuh punye.
Tutup vontot.

Tapiiii... makin lama berat aku makin naik.
Now, berat aku 58kg.
Dats why la aku diet sekarang ni.
Takut ohhh kalu jadi obesiti.
Sekarang ni pon dah payah aku nak bergerak sana sini.
Nak bangun dari kerusi selepas makan pon payah.
FZ kata aku banyak lemak sangat.
Sebab tu jadi macam tu.
T____________T

Semalam, waktu lunch aku dan FZ pegi ke gym kat pusat komuniti Pantai.
Dekat je dengan opis aku ni.

Seronok main kat sini sebab takde orang sangat.
Tiket masuk RM5/orang.
Disebabkan FZ staff DBKL, so dia boleh masuk free.
Sama gak aku.
Free jekk.. hehehe...


Apehal la serabai sangat muke aku nie?
Anak sape la nie?


Ok, aku gemuk...
T____T

Kat sini equipment banyak.
Aku just main treadmill dan dumbbell.
Pastu buat sit up.
Aku memang cadang nak kuruskan badan dan kempiskan perut dulu.
Pastu baru start shape kan badan.

Paling penting kat perut, peha dan lengan.
Banyak sangat lemaknye.
FZ memang dah biase main gym.
So, secara tak langsung dia jadi instructor aku.

Aku nak berat badan turun sampai 54kg je dulu.
Itupun dah memadai.
Yang penting, aku boleh pakai balik baju-baju kurung dan kebaya lama aku tuh.
Buat masa sekarang, terlalu banyak baju yang dah tak muat.
Tetiap hari gi kije, pakai baju sama je..
Tak sempat nak rotate 2minggu sekali pakai baju sama.
Cane tuh?

Mau berbicara tentang politik

Peringatan :

Sape yang nak baca, silakan.
Sape yang tak nak baca, sila tekan icon X yang terdapat di bahagian atas sebelah kanan skrin anda.
Terima kasih.

Aku tergerak hati nak menulis mengenai perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru nie.
Lagipun aku rasa ada pihak yang tak puas hati aku cakap perhimpunan tu adalah perhimpunan bodoh dalam entri sebelum ni.
Sebelum aku mulakan, aku nak ingatkan ini adalah pendapat dan pemerhatian aku sahaja sebagai seorang rakyat biasa.

Kenapa aku begitu lantang mengatakan perhimpunan tu perhimpunan bodoh?

1) Menyusahkan orang ramai. Weken adalah hari untuk orang ramai keluar berjalan-jalan, membeli-belah, bersantai, beriadah bersama family dan kawan-kawan. Disebabkan perhimpunan yang tak ada faedah ni la menyebabkan aktiviti orang ramai tersekat. Menyusahkan orang ramai untuk menjalankan aktiviti harian.

2) Menakutkan orang ramai untuk keluar dari rumah. Sebut pon demonstrasi, semua orang tahu ia akan menyebabkan kekecohan. So, orang ramai takut nak keluar rumah. Macam aku, 9hb tu aku kena attend 1 majlis kahwin anak kepada opismate aku. Tapi aku tak dapat pergi sebab takut nak keluar rumah. Kalau semua orang takut macam aku, ape jadi dengan majlis perkahwinan tu? Ader fikir tak keburukan demonstrasi tu? Ader??

3) Sesuatu yang tak berfaedah langsung. Melalak-lalak, menjerit-jerit macam hape je. Kalau rasa nak menyuarakan sesuatu, gunakan pendekatan lain. Bukan dengan demonstrasi! Perhimpunan haram macam ni sibuk nak join. Kalau perhimpunan Maulidur Rasul, masing-masing berat punggung nak ikut serta. Apehal? -** KALAU RASA BERFAEDAH SANGAT PERHIMPUNAN NI, KENAPA KO TAK JOIN? KO TAK JOIN SEBAB KO SENDIRI RASA TAKUT DAN RASA BENDA NI MEMANG TAK BERFAEDAH PON!

4) Orang bawah sibuk melalak, orang atas sibuk gelak. Kite rakyat biase sibuk nak berpecahbelah. Ramai-ramai sibuk nak lawan polis, nak lawan kerajaan. Pastu kena tangkap masuk lokap. Pastu mulalah nak salahkan kerajaan. Perangai mengalahkan terrorist. Even terrorist sendiri pon tak buat kacau kat negara sendiri. Kite plak sibuk nak jadi samseng. Orang atas pulak sibuk gelak sebab berjaya menghasut orang ramai untuk melalak demi kepentingan mereka. 

5) Nak jadi hamba si pompuan kutuk tu. Tahu tak sape yang mencetuskan Bersih 2.0 ni? Si Ambiga, tahu tak? Uihh... kata-kata & nasihat orang Melayu, kite taknak dengar. Bangkang ader la. Tapi bile kaum lain bagi nasihat, masing-masing tadah telinga nak dengar. Tengoklah sape yang ramai join Bersih 2.0 tu? 95% ORANG MELAYU! Weh, ape kena ni? Yang mengetuai perhimpunan ni keling. Tapi orang kite plak yang terlebih-lebih. Mana kaum lain? Cina? India? Diorang tak nak join sebab diorang tahu perhimpunan ni langsung tak berfaedah!

6) Macam takde kerja lain. Daripada korang sibuk berhimpun, terjerit-jerit macam orang sasau, baik laa korang berhimpun ramai-ramai, pakat pergi bersihkan masjid ke, surau ke... tak pon buat solat hajat untuk mendoakan keamanan negara. Kan lagii bagus. Dapat jugak pahala.

7) Menutup pintu rezeki orang. Ingat orang nak bukak bisnes ke time orang ramai buat demo? Orang tamak je yang bukak kedai on that day. Semua orang jadi takut nak keluar berniaga. Alangkan nak dapat untung, silap-silap semua barang dalam kedai tu lesap. Please laaaa.... kenyataan dalam Harakah mengenai demonstrasi menjana ekonomi negara tu langsung tak berasas. Kalau fikir logik, kalau aku la peniaga, aku takkan bukak perniagaan aku untuk mengelakkan kerugian yang lagi besar. Menyusahkan, tahu tak??

8) Nak jadi macam Singapura ke? Keamanan dah ada depan mata. Kite lagiii sibuk nak gadaikan keamanan sedia ada sebab ada 1 persoalan yang bermain dalam pemikiran kita iaitu, "MANA TAHU DENGAN KEPIMPINAN BARU, NEGARA KITA JADI MAKIN BAIK". Disebabkan persoalan "mana tahu" nie la, rakyat Melayu Singapura jadi kuli batak kaum lain kat negara sendiri. Ya, kite kene pentingkan agama. Tapi dalam sesebuah negara, kaum jugak penting. Kalau tak, takkan la ader istilah perbezaan kaum?  Agama tetap agama. Tetap penting. Begitu jugak dengan bangsa.

9) Tuntutan mengarut. Nak buat kat Stadium Merdeka? Tuntutan apekah ni? Mana sense of respect kite pada 1 tempat yang menjadi sejarah laungan 'MERDEKA' di saat negara kite mencapai kemerdekaan? Mana fikiran akal waras kite sebagai bangsa Melayu? Bila tak diluluskan, dituntutnya pulak nak jumpa Yang Dipertuan Agong kononnye nak hantar memorandum. Bile dah jumpa Agong, mana memorandum nye?? Dikatakan lupa nak bawak. WTH!! Kalau niat dihati memang nak mencetuskan kekecohan, memang macam ni lah gayanya. Banyak berdolak-dalih!

10) Ade agenda tersembunyi. Lakonan kematian Suhardi Mohd memang terbaekkkk... Kengkononnye mati sebab kena pukul dengan polis. Rupe-rupenye masih hidup. Yang mati betul ialah Baharuddin Ahmad. Itupun sebab sakit jantung. Bukan sebab kena water cannon dan gas pemedih mata. Ramai kawan-kawan FB aku tanya, sape harus yang dipersalahkan? Nakkk je aku jawab, diri sendiri la yang salah. Sape suruh join? Kat sini dah nampak ada agenda tersembunyi. Lakonan Suhardi kononnye dia mati hanyalah untuk meraih simpati orang ramai dan orang ramai akan menyalahkan pihak polis dan kerajaan. Sekarang sape yang guna taktik kotor?

**********  ************ **************

Setiap parti politik memang memerlukan pihak lawan yang kuat.
Kalau takde pembangkang, kerajaan akan jadi leka.
Tapi berpada-pada lah.
Jangan kite menggadaikan ketuanan Melayu kite di tanah air sendiri semata-mata kerana kite ingin perubahan yang belum tentu akan memberikan kita kebaikan.

Aku nak tanya 1 benda laaa...

ADA APA-APA PERUBAHAN KE SELEPAS PERHIMPUNAN TU?
*korang sokong gune air liur je tak gune bhaiii... join la skali.


Wednesday, July 13, 2011

Nak dapatkan badan yang berketul-ketul macam Malik Noor? Jom kite ke gym...

Selain dari diet pemakanan, aku dan FZ pegi ke gym untuk bersenam.
Aku pergi gym bukan untuk dapat body berketul-ketul tu...
Cume aku nak kecikkan badan aku nie.

Dahlah banyak lemak tepu.
Nak buat liposuction takde duit.
Bersenam kat gym aje la jawabnya.

Lagipun FZ kan kije DBKL.
So, dia dapat masuk free kat mana-mana gym under DBKL.
Biasenye kitorang pergi kat Kompleks Sukan DBKL area Damansara.
Tempat tu baru lagi.
RM5 je (kalau tak silap aku) sekali masuk.

Hari Isnin, FZ kata dia nak pergi.
Hari tu kan kije.
So, aku just temankan aje.
Gian je nak main treadmill.
Tapi takut berpeluh plak.


FZ dan Man.
FZ memang kena selalu pergi gym sebab badan dia pun naik mendadak.


Dia nie selalu paksa-paksa diri angkat berat.
Pastu mulalah mengadu sakit bahu la, pinggang laa...
Sepatutnya main la yang ringan-ringan dulu.
Lama-lama nanti barulah main yang lagi berat.


Man ni badan dah fit tapi lagi nak kata gemuk.
Aku ingatkan pompuan je yang takut gemuk.
Lelaki pun sama...

Kalau yang lelaki sibuk bersenam, aku plak buat ape?

v

v


v

v

v


v


v


v


v


v

v


v





Sibuk amik gambor...

Tournament bowling

 Last Sunday, aku ada tournament boling kat Brem Mall, Selayang.
Aku ingatkan dah tak jadi tournament tu memandangkan date tu 1 hari selepas perhimpunan bodoh BERSIH yang tak berapa nak BERSIH tu...

Kenapa aku kata perhimpunan bodoh?
Sebab memang bodoh pon.
Takde ape-ape perubahan pon yang berlaku.
Eh, aku nak tanya... ape dapat dari perhimpunan tu?
Dapat duit? Dapat pahala?
Aku rasa dapat penat aje laaa...
Melalak-lalak macam anjing kurap kat tepi jalan.

Yang peliknye tu 95% orang Melayu yang join.
Mana geng-geng Ambiga tu??
Ambiga tu tergelak-gelak je sebab orang Melayu kita duk dengar cakap dia.
Haihhh.. nape la kite jadi bodoh cenggitu?
Ikut kata si keling tuh...
Tak paham aku...

Ok, dah lari dari topik asal....
Emo sat... Jap, nak tarik napas.

Hari Ahad tu FZ datang amik aku.
Tournament start kul 11 pagi.
Kul 9 pagi FZ amik bawak aku gi bekpes kat Mahbub Bangsar.
Lepas je bekpes, terus pegi ke Brem Mall.

Time aku pergi tu dah ramai orang.
Tournament nie opis abang ipar aku yang anjurkan.
Katanya setiap pasukan nak sorang laki, sorang pompuan.
Abang ipar aku bajet nak ajak bini dia aka Kak Long aku.
Tapi Kak Long aku tau-tau je la..
Kalau dia baling bola boling tu, boleh tido 1 round sementara nak tunggu bola dia jatuhkan pin..
Kak Long aku kan cekeding je orangnye.
Mana larat nak angkat bola boling. Hehehe..

Sebab tu abang ipar aku ajak aku join.
Takut gak wehhhh...
Aku nie bukannye pandai sangat main boling.


Mamat nih sanggup kije shift petang semata-mata nak temankan aku main boling.
Rosak plan nak main mata dengan orang-orang opis abang ipar aku.
Hahaha...


Anak sedara aku... Alia.
Dia datang untuk temankan abah dia.

Seminggu sebelum tournament, Kak Long call aku sebab nak bincang nama kumpulan.
Aku plak blur. Abang ipar aku pun blur jugak.
Tak tahu nak letak nama apa.
Last-last kitorang decide letak nama FIFIE, sempena nama anak Kak Long.
Hahaha... ntah pape je nama kumpulan.


Aku hangin je FZ amik gambor blur.
Masa nie giliran aku nak baling bola.



Ni plak abang ipar aku. 
Gambar blur jugak.

Kitorang main 3 games sorang.
Dah la sehari sebelum tournament tu aku pergi practice dengan FZ.
Masa tu main 3 games jugak.
Patah pinggang aku...

Untuk 3 game tu, aku kumpul mata 300++ je.
Sikitt... :(
Abang ipar aku lagii laaa...
Tak sampai 200 pun.
Game mule-mule bukan main semangat lagi.
Bile game kedua & ketiga, hancusss...
Hahahaha...

Kecoh betul masa main.
Nak-nak group lane sebelah tu selalu buat lawak.
Pecah perut aku gelak.

Group kitorang sekadar menang cabutan bertuah je.
Takpela... main suke-suke je.

Sebelum balik, aku dan FZ pegi makan kat food court.
Lapor dowh.
Aku plak memang penat main 3 game.
Asik mengadu sakit pinggang & lutut je.


 Teh o dan teh ais...


Ni FZ punye.
Nasi putih + ayam masak rempah.
Ayam masak berempah nie favvy FZ.
Dia suruh aku belajar buat.
Tapi aku kannnn... malas la nak try.
Nanti kalu ada masa baru nak try buat.



Yang nie aku punye.
Nasi putih + ikan masak masam manis.

Masakannye takde la best sangat.
Tapi lapar punye pasal, bedal aje laa...
Lagipun murah je.
RM5.90 setiap makanan.

Lepas makan, aku tak balik rumah terus.
Giliran aku pulak temankan FZ kat tempat kije dia.
Padahal staff lain pun ada kat sane.
FZ buat kerja, aku terjongkang tido dalam bilik.
Penat la katakan...


Tuesday, July 12, 2011

Red box

Salam...
Apew kaba kowang semua?
Aq sihat jew... Cume rasew penat jew seket..
*Arggg...!! Geli aku gune bahasa cacat nih!

Ok..ok..ok....
Jangan nak buat loyar buruk pepagi ni, Diana!

Benda yang aku nak cerita nie dah lama sangat bersawang dalam draft box aku.
Gambor pun dah lama upload.
Cume nak menaip tu je yang buat aku jadi malas.

Tak tahu la kenapa dengan aku lately nih.
Nak datang kerja pon malas.
Bile dah sampai opis, nak buat kerja pon malas.
Aku nie paksa diri je buat kerja.
Langsung takde mood.

Itu kalau kat opis.
Kat rumah plak lain citernye.
Ada macam-macam masalah.
Malas dah nak hadap.
Bosan!

Aku dengan FZ plak lain citer.
Ha, yang ni pon menyakitkan hati aku jugak!
Tak habis-habis dengan peel dia!
Nanti aku citer kat entri lain eh....
Sabor...

Ok, bebalik kat citer asal.
Bulan lepas aku pegi Red Box The Gardens dengan FZ.
Saje nak lepas geram nak sumbang suara.

Hari tu memang ramai betul orang kat situ.
Ramai cina la...
Yang Melayu 2-3 kerat je.

Aku pergi pukul 1 tengahari.
Buffet start pukul 3 petang.
Wahhh.... yang buffet tu buat aku tak sabar.
Menu ape ntah kali nie.
Dah la perut memang tengah lapar.

Yang best tentang Red Box nie, dia punye lagu semua update.
Aku suke sangat nyanyi lagu ' Penanggung Sepi' - Ain AF.
Ntah la, bagi aku lagu tu best.

FZ plak suke sangat nyanyi lagu ' Jangan pernah berubah' - ST12.
Kitorang ada rakamkan video tapi takleh nak upload la..
Takes time.
Dari pagi aku try upload, bawak ke tengahari sampai la ke malam, still tak boleh.
Last-last, aku give up.

Punyelah kitorang sibuk menyanyi, sampai tak sempat nak snap gambor sendiri.
Gambor makanan je yang sempat amik.


Ni air milo panas - FZ punye.
FZ batuk tapi tak teruk sangat.
Pastu ada hati nak nyanyi lagu Amy Search.
Adoyaiii...


Ni mango juice. Aku punye.
Tapi tawor sikit laa airnye..


Ni FZ punye.
Perut tengah lapauu... So, sambar je semua.


Salad- aku punye..
Aku kan dah start makan sayur.


Ni adalah gaya aku nak mentekedarah.
Amik semua makanan tapi amik sikit-sikit.

FZ : Ayang, banyaknye amik. Ni nak makan ke melantak?
Aku : Abang, kite amik je semua sekaligus. Senang. Nanti takyah nak kuar banyak kali.

Ha, senang kan jawapan aku.
Padahal memang diri tu bangsa kuat melantak. 


Tidbits...



Ni plak kuih muih tradisional.
Tak sedap. Sentuh sikit je.



Ini bil nye..
RM32++ untuk seorang.
Semuanya RM85.85 ....

Sekali sekala karok kat sini boleh la..
Tapi kalau selalu, bangkrup la aku.

Tapi best la nyanyi kat sini.
Sound best, suasana best, lagu pun update.


Benda nie berlaku sebelum aku sibuk nak diet ye...
Masa nie aku kuat melantak tak hingat dunia.
Pastu sekarang ni dah insaf.
Terus diet ekstrem bile perasan banyak baju dah tak leh muat.
Huhuhu...