Tuesday, August 30, 2011

Malam Raya

Sekarang nie dah pukul 12.20am.
Bunyi mercun pun still berbunyi lagi.
Haih... tak reti nak tido ke diorang nie ha?
Esok liat nak bangun awal pergi solat raya.

Saat aku menaip nie, dalam rumah aku memang sunyi sepi.
Tinggal aku dan 2 orang adik aku, Iwan dan Shazrin je yang tak tido lagi.
Yang lain dah selamattt dibuai mimpi..

Perghh... tadi penat gile.
Macam-macam aku buat lepas berbuke tadi.
Menyapu rumah, pasang karpet, masukkan kuih dalam balang, alih tu alih ni...
Huhuhu... patah pinggang ok.
Itu belum lagi sakit mental melayan karenah anak-anak sedara.
Time orang bizi, time tu la diorang ni sibuk menempel..
Kena cubit sekali, baru duk diam.

Pastu buat kerja dapur pulak.
Aku tak boleh tengok pinggan mangkuk dalam sinki.
Gatal tangan nak pergi cuci.
Sinki pulak memang selalu penuh.
Haihh... penat..penat...

Sekarang nie aku sibuk suruh adik aku bukak 4shared.
Cari lagu raya untuk aku buat ringtones dalam henset.
Hahaha... jenuh adik aku mencari lagu ikut selera aku.

Duit raya aku dah masuk siap-siap dalam sampul duit.
Semua dah diasingkan.
Mana untuk mummy daddy... mane untuk adik-adik.. anak-anak sedara.. nenek..
Fuhh... bangkrupsi aku..
Huhuhu...

Yalah, kalau zaman kecik-kecik dulu, aku duk sibuk menghitung duit raya yang berjaya dikumpul.
Pastu compare dengan adik-adik sape yang dapat lagi banyak.
Hehehe.. nostalgia sungguh.
Tapi sekarang nie.. huh... rasaiiinnn...
Giliran aku pulak kene bagi duit kat budak-budak.
Bagi singgit dikatakan koman..kedekut.
Terpaksa la bagi 2 hengget.
Takpe..takpe.. consider sedekah je laa..
Pastu bila balik KL, aku makan megi sebulan sementara tunggu next gaji masuk.
Tsk...

Eh, dah pukul 12.45 la...
Cepat je mase berlalu.
Adik aku pun dah dapat lagu raya mengikut spesifikasi aku.
Dan sekarang ringtone aku dah berbunyi lagu Siti Nurhaliza - Suasana Hari Raya.
Meriah sikit bunyi ringtone nie..

Ok la..
Aku nak masuk tido dahh..
Kang esok terlepas pulak solat raya.
Ok, selamat malam readers..

SALAM AIDILFITRI sekali lagi...
Muahhhhh!


Monday, August 29, 2011

Kuih-muih kegemaran saya

Kat luar rumah aku tuh, berdentam-dentum dah bunyi mercun, meriam dan segala bagai bunga api..
Bak kata FZ, dah macam berperang kat Bosnia...
Hahahaa..

Aku sampai K.Terengganu hari Jumaat pukul 10 malam.
Hari Sabtu aku dah menggelupur nak pergi ke bazar Ramadhan.
Sekaliiii hujan lebat daaa...
Frust menonggeng aku.

Kebetulan lak aku ada kirimkan daddy aku untuk beli kuih bom atau kat Terengganu panggil paung goreng.
Kat KL takde kot kuih nie sebab dah merata-rata aku cari, tak jumpe.
Daddy aku beli 2 hengget.
Dapat la 8 bijik.
Itu la pengubat duka lara aku.
Huhuhu...

Hari Ahad (semalam), cuaca pun tak berapa elok.
Hujan renyai-renyai.
Tapi aku tak kire. Aku nak pegi jugak bazar.
Nak cari kuih-kuih yang aku dah lama tak makan.


Pes, beli tart telur.
Kat KL memang takleh lawan laa tart telur Trg.
Tart KL keras... Pastu banyak tepung dari telur.
Tapi kat Trg, perghhhhh... rasa dierrr.. meleleh la air liur nie..
Makan 4 bijik pon tak cukup tau.


Yang bulat-bulat tu la kuih bom aka paung goreng.
Kat dalam tu ada inti isi ikan dan kelapa.
Sodappp wa cakap lu...

Yang berlipat tu pulak kuih tokyo.
Tapi adik-adik aku cakap orang-orang sini panggil kuih telinga kambing.
Hahaha.. lawak gile kan nama kuih tu.
Kita ada 2 pilihan sama ada nak inti sekaya ataupun kelapa manis.
Aku suke inti sekaya.
Kalau dulu RM1 dapat 10 bijik.
Sekarang nie RM1 dapat 8 bijik je...

Ada lagi 1 kuih kegemaran aku tapi takde gambor pulak.
Mini murtabak atau orang Ganu panggil Ropa.
Aku ingat nak beli yang segera pastu boleh bawak balik KL.
Sedap jugakk.. uhuhuhu...

Ini je la kuih-kuih bulan pose yang aku suke.
Korang suke kuih apa?


Lauk-lauk kegemaran sepanjang bulan puasa 2011

Hari nie hari last puasa kan?
Mesti sepanjang puasa, korang ada favvy lauk yang korang tak muak-muak makan, kan?

Aku kurang makan kuih-muih kat KL ni.
Sebab tak banyak kuih-kuih yang sedap kat sini.
Tapi kalau kat kampung memang banyak kuih yang aku suke.
Nak tahu ape favvy kuih aku, tunggu next entri ye..

Sepanjang bulan puasa 2011 nie, aku asik makan lauk dan kuah yang sama je..
Nak tahu ape dia?
Lets cekidaut!



Sup ayam.
Rempah sup segera aku beli kat bawah opis aku.
Senang je nak masak.
Panaskan air pastu masukkan rempah sup segera tu.
Kacau-kacau pastu masukkan ayam atau daging.
Tunggu sampai ayam atau daging masak, angkat.
Dan boleh terus makan.
Nak lagi best, letak laa daun sup dan bawang goreng.
Bau pun sodappp...


Daging kambing bakar.
Biasenye aku dan FZ beli daging mentah kat Carrefour atau Giant.
Pastu bakar kat rumah...
Kitorang memang suke sangat daging kambing.


Pajeri nenas.
Kuah yang paling aku suke....
Tetiap hari makan nasik dengan kuah nie pon takpe..
Aku makan kuahnye aje.. nenas nye aku tak makan.
Hehehe..


Ikan bawal masak sweet sour..
FZ suke sangat kalau aku masak sweet sour.
Pastu wajib letak ubi kentang.
Dia suke ratah macam tu je..
Aku pulak suke makan ikan.
Memang favvy aku.
Tak kisah la masak ikan tu macam mana.
Yang penting, masak. Bukan mentah.


Sambal ikan bilis..
Ni favvy aku jugak.
Selalu aku suruh FZ masakkan sebab dia pandai buat sambal.


Tomyam campur.
Favvy aku dan FZ bile pergi ke Yusof Tomyam.
Tomyam dia... perghhh... pekat, masam, pedas.. semua cukup.


Kailan ikan masin.
Sayur nie aku ratah macam tu je...
Perghh... kecur liur dah nie.
Sayur ni kalu takde dalam menu puasa aku, memang tak sah.
Ape-ape hal, aku mesti akan bungkus dan makan time berbuke atau ratah lepas berbuke.

Ader 1 lagi sebenarnye..
Nasi lemak lauk kerang masak sambal dan telur mata.
Gambornye tak ada...
Selalu gak aku makan nasi lemak ni.
Beli kat bazar depan rumah aku je..
Kalau nak beli, kena datang awal.
Kalau datang lewat sikit, mesti kena beratur panjang.
Nasi lemak tu sedappp....
Uihhhh.... terliur pulakk dahh nie.

Ha, korang pulak macam mana?
Ada tak makanan favvy sepanjang bulan puasa?
Apa dia?



Kerana Merdeka, kita dapat menyambut Aidilfitri



Sungguh istimewa sambutan Hari Merdeka tahun ini sebab disambut serentak dengan Hari Raya Aidilfitri.

Syukur alhamdulillah..
Kite masih berkesempatan untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.
Syukur alhamdulillah...
Kita masih dipanjangkan umur untuk menikmati kemeriahan sambutan hari raya tahun ini.
Dan syukur alhamdulillah...
Kita masih berpeluang merasai nikmat kemerdekaan yang dikecapi negara selama 54 tahun.
Syukur..syukur...syukur...

Tahun nie aku teruja nak sambut raya.
Paling teruje bila aku dapat balik kampung awal.
Sempat gak aku pergi bazar ramadhan Chabang 3.
Perghhh... meriahhh nye bazar tu.
Ramai betul orang.

Untuk pagi raya, kitorang tak plan lagi nak masak apa.
Kalau ikut tahun-tahun lepas, kitorang tempah nasi dagang je.

Apepun, sempena hari raya esok, aku nak ucapkan :

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ni.
Tak kire la pembaca yang memang terang-terang follow ataupun pembaca "senyap" ( silent readers. hehehe...) dan jugak pembaca yang TERsinggah kat blog nie secara tak sengaja.

Maafkan aku andai aku ada :

Terkasar Bahasa
Tersilap bicara
Termarah yang tak kena
Tertanya tak tentu hala
Terpukul kat mana-mana
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila-bila...

Dan bermacam-macam TERsalah, TERsilap dan TERkhilaf......

"SALAM ADIDILFITRI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN"

MAAF ZAHIR DAN BATIN.



                                                                                                            Diana

Saturday, August 27, 2011

Sudah selamat sampai...

Salam ramadhan uolls...
Aku dah sampai kat kampung aku iaitu KL...
Bukan Kuala Lumpur ye, kawan-kawan.
Tapi Kampung Losong....

Semalam... perghhh... sangat-sangat-sangat menguji kesabaran aku.
Nasib baik pose.. Kalau tak, maunye aku MELETOPP...

Pepagi, FZ dah kejutkan aku tido.
Ingatkan tak kerja, boleh la bangun lewat sikit..
Aku bangun kul 8.30...

Celik je mata, terus check beg sekali lagi.
Kot-kot la ada barang tertinggal...
Susun barang-barang elok-elok.

Pastu kemas rumah. Kemas bilik..
Angkat pakaian kat ampaian.
Semua dah settle.

Suiz-suiz semua dah off kan.
Arial tv aku dah cabut.
Temperature peti ais dah slow kan...
Ape lagi ehh?
Owh, extension mesin basuh dah disimpan so that takde yang pakai tanpa keizinan aku.
Pinggan mangkuk dalam sinki dah dicuci semua.
Tupperware semua dah disusun atas kabinet.

Ok, semua dah settle.
Pastu baru mandi.
Lepas mandi, FZ datang rumah.
Nak check apa-apa yang patut.

Tengah aku duk pakai baju, FZ komplen.
Katanya baju aku singkat.
Padahal baju tu aku biase je pakai depan dia.
Selama ni takde pon komplen ape-ape.

Katanya dia risau kalau-kalau lelaki duk sebelah aku dalam bas nanti.
So, dia suruh aku pakai baju labuh sikit.
Paling tak pon, aku kena pakai T-shirt.

Aku angin laa.. 
Ape hal lak nak kontrol-kontrol, kann?
Selama nie ok je..
Aku buat derk je kat dia.
Last-last dengan dia-dia sekali buat muka dengan aku.
Padahal aku dah nak balik kampung nie...
Sempat lagi cari pasal.
Haihhh.. geram aku.

Pastu bertolak dari rumah ke Hentian Putra pukul 11.30.
Plan nak merayap dulu kat The Mall.
Masing-masing still buat muka.
Bercakap pon tak..

Aku nak mengalah?
Takde maknanye!
Dia tu tak habis-habis nak komplen macam-macam.
Risau tak kena tempat!

Jalan-jalan kat The Mall, orang tak ramai sangat.
Kitorang masuk dalam Parkson.
Cari-cari baju, aku jumpe baju Applemints.
Cantik jugak.
Terus sambar, bayar dan pakai.

FZ suke laaa... sebab aku dah tukar baju.
Menyampah ok!
Tapi masa nak bayar tu,,, perghhhh... lembab!
Sorang customer 5minit.
Kaunter lain tak bukak..
Korang bayangkan macam mana hazab aku menunggu.
Tension ok..
Tau la pose, tapi jangan la buat kerja sampai lembab sangat!

FZ pulak beli baju Pierre Cardin.
Kemeja. Cantik gak.

Ok, settle shopping kul 1.15.
Terus bergegas balik Hentian Putra semula.

Bas sampai lewat.
Kul 1.45.
Aku dah start loya dan pening kepala.
Aku memang tak boleh naik bas.
Biasenye aku akan muntah.

Perjalanan dari Hentian Putra ke K.Terengganu semalam amik mase dalam 7 jam lebih.
Sepatutnya boleh sampai awal dari tu..
Bas banyak kali sangat berhenti.
Menyampah aku!

First berhenti kat Bandar Baru Chendor.
Mase tu dah pukul 5.
Aku bajet-bajet kul 7 lebih dah sampai Kuala Terengganu.
Rupe-rupenye takk..

Bas berhenti lagi kat Paka.
Lama lak tuu...
Ok sabar. Bagi peluang orang untuk berbuka puasa.
Aku just makan roti je kat dalam bas.
Tak turun pun.

Masa orang lain tengah berbuke kat kedai makan, aku terasa nak terkucil lak..
Haihhh.. macam-macam.
Aku intai dari dalam bas, tengok kot-kot ada tandas awam.
Pastu ternampak ada surau.

Cepat-cepat la pergi ke surau.
Komplen : Nama je surau. Tapii tandas busuk, kotor dan mengerikan.
Dah la takde lampu.
Bumbung pulak jenis zink yang lutsinar tu.
Dah la kat situ ada poko besar.
Tandas ala-ala macam dalam citer Karak tu.
Sebab tak tahan punye pasal, aku gune la jugak tandas tu.
Gune cepat-cepat pastu blahhh...

Kat dalam bas tu ada lagi 2 orang yang tak keluar.
Masing-masing malas nak turun sebab dah bawak bekal.

Pukul 8, barulah bas gerak semula.
Time tu barulah bas pecut.
Aku pulak perut kosong.
Ape lagii... dalam bas terus la loya dan pening.
Rase cam nak muntah tapi tahan.
Try pejam mata pon, dah tak boleh.

Kul 9 lebih, barulah sampai kat Stesen Bas Kuala Terengganu.
Leganya... Syukur selamat sampai,
walaupun lemau bontot aku duduk dalam bas tu.

Daddy aku pon awal-awal lagi dah tunggu kat stesen.
Terus dia bawak balik rumah.

Sampai rumah, terus melantak makan nasi.
Pening automatik dah hilang.

Mummy masak pajeri terung.
Favvy aku tuh..
Pastu nampak pulak ketupat palas goreng atas meja makan.
Makan 2 bijik.
Ok, dah kenyang.

Time nak tido, anak-anak sedara aku pulak sibokk..
Katanya nak tido sama-sama dengan aku.
Ingatkan boleh la tido sorang-sorang conquer katil queen dalam bilik tu.
Sekali kena kongsi 3 daaa...

Takpe..takpe..
Aku tau diorang rindu kat aku.
Maklum laaa dah 5 bulan lebih tak jumpe.
Aku kan aunty kesayangan diorang.

Eh, dah 7.12 laaa...
Dah dekat nak berbuke nie..
Ok laaa.. sat lagi ader mase aku sambung merepek lagi ehh..
Ok, Selamat berbuke uolls..!


Thursday, August 25, 2011

Checklist

Tak sabau la nak balik kampung.
Tiket aku tengahari esok.

Semalam dah kemas-kemas barang masuk dalam beg.
Aku duk risau kot-kot ada barang yang tertinggal.

Tapi sebelum packing barang, mati-mati aku ingat sikit je barang yang nak bawak balik.
Sekali......... penuh 1 beg uollss!
Padat. Sampai menggelembung beg aku.
Hahaha...

Ikutkan kalau boleh aku nak bawak balik 2 beg je.
1 beg baju. 1 beg kuih-kuih.
Semalam Kak Long datang rumah hantar kuih raya.
9 balang uollss! Pengsan aku nak bawak nanti.

Eh, sebelum aku merepek meraban, baik aku buat checklist dulu.

1) Baju raya polkadot (2helai) - Dah letak dalam beg
2) Dress hitam - Dah letak dalam beg
3) Kasut Guess -  Dah kirim kat Kak Long semalam.
4) Kasut Lewre - Dah letak dalam beg.
5) Baju kurung pahang - Dah masuk dalam beg.
6) Lingerie - Dah letak dalam beg
7) Baju Polo Daddy - Dah letak dalam beg
8) Jeans Romp Iwan - Dah letak dalam beg
9) Aksesori - Dah letak dalam beg

Hmm.... ape lagi yee??

10) Laptop - malam nie baru nak bawak masuk beg.
11) Deodarant, berus gigi, pencuci muke, listerine, dettol, dll - esok pagi masukkan dalam beg.
12) Gadget - Esok pagi masukkan dalam handbag.

Kuih muih dah letak dalam beg kanvas.
Kalau letak dalam paper bag, kompem koyak.
Berat kann...

Eh, ada ape-ape lagi tak eh yang tertinggal?
Huhuhu...




Wednesday, August 24, 2011

Berbuka puasa hari yang ke 22

 Hehehe.. Tetibe je buat hari yang ke-22 eh...
Hari-hari lain maknanye aku makan kat rumah ataupun aku malas nak snap gambo.
Macam la korang tak kenal aku kannn?
Memang dasar pemalas.

Ekceli last week adalah minggu "angin" aku dengan FZ.
Aku nie asik nak marah je...
Bangun tido, marah. Nak tido, marah... Berak pon marah. (Eh!)

Hormon tak berapa nak betul sangat.
Sebab tu aku jadi cenggitu. 
Kalau duk dalam kereta pon, aku diam je...
Pastu mata pandang kat luar. 
Tak tengok FZ langsung. Merajuk!
Mencik...mencik...mencik!

Eh, aku merajuk?
Kenapa?
Ader la citernye... Nanti lepas raya aku citer ehh..

Untuk memujuk hatiku yang berduka lara, FZ ajak aku berbuke kat Pizza Hut MV.
Itupun berebut sape nak belanje sape.
Padahal niat asal FZ yang nak belanja.
Masing-masing sibuk nak kumpul pahala sedekah.. *walhal...!

Dengan alasan dah banyak duit FZ habiskan hari tu, so untuk berbuke tu aku yang belanja.
Takpelah... bukan selalu pun aku belanja dia.

Hari tu kitorang order Set Selera Ramadhan.
Untung gak order set tu sebab jimat sangat-sangat.


Pizza pun best.
Aku add cheezy lava.
Favvy aku tuh... 
Kalau beli pizza, mesti add cheese kat tepi tu.


Garlic bread.


Yang nie pon termasuk dalam pakej.
Aku suke set nie.


Sweet and spicy chicken wing.
Mujur beli yang 2 ketul je.
Tak larat nak habiskan.


Aku tak minum air gas.
So order ice lemon tea je..


Dia dah makin kurus...
Jeles tul.... 


Aku pulak makin mengembang.
Huhuhu... Ingatkan time pose buleh la control makan dan diet.
Walhal... adooo...!


Saturday, August 20, 2011

Anda sudah menunaikan zakat? Saya sudahhh... :D

Tajuk cam poyo gile...
Macam kan ko sorang yang dah tunaikan zakat.
Padahal orang lain awal-awal lagi dah menunaikan rukun Islam yang ke5 nie..

Tapi tak pe...
Aku just nak ingatkan orang-orang yang belum tunaikan zakat lagi.
Bagi yang mampu tu, cepat-cepat la gi bayar zakat nie.
Bukannye banyak sangat.
RM7 je.. (bagi KL).

Shopping tu shopping la jugak.
Beli kasut beratus-ratus hengget, mampu je..
Tetibe bab nak bayar zakat nie, cakap tak mampu plak eh?
Tak baik tau..
Nanti Tuhan sekat rezeki, baru tahu..

Bukannye susah pon nak bayar.
Korang pergi ke kat kaunter zakat.
Pastu dia suruh korang lafazkan 1 ayat pendek.
Then, bayor...
Sonang ajo...

Ni bukti aku bayor zakat :-


Aku bayor kat kaunter zakat kat JJ Wangsa Maju petang tadi.
Mase duk jalan-jalan dengan FZ, aku ternampak kaunter zakat.
So, terus bayar je.
Kalau tak, bile lagi nak bayor. Ye dop?

Hari raya bakal menjelang 10 hari lagi.
So, tunaikanlah kewajipan anda sebagai orang Islam ye.
Jangan buat-buat lupe plak.


Friday, August 19, 2011

Berbuke puasa dengan housemates... dah lama tak kuar sama-sama kan?

Memasing bizi dengan hal sendiri.
Duk 1 rumah tapi jarang bertemu muke.
Masing-masing suke berkurung dalam bilik...

Aku ni lagi laaa...
Sejak-sejak tv dah bertempek kat dinding depan katil aku ni, langsung aku tak jejak ruang tamu.
Melainkan kalau aku nak pergi selongkar dalam peti ais cari makanan yang boleh dikunyah.
Itupun sekadar melintas je kat ruang tamu tu.
Takde pon nak lepak-lepak ke ape.

Semalam, memandangkan FZ tak berapa sihat dan dia nak berehat kat rumah, dapat la aku berbuke dengan housemates.
Biasenye dalam seminggu 4-5 kali gak la aku berbuke dengan FZ.
Macam dah takde mase nak melekat kat rumah.

Semalam housemates aku ajak berbuke kat luar.
Aku on je...

Lokasi pilihan : Ayam golek 5 star Lembah Pantai, Pantai Dalam.


Amacam, terliur tak?
Jangan bukak pose plak ye...
Tak baekkk..
Petang nanti korang beli la ayam nie ye.

Kitorang order :-


Daging masak merah - untuk 2 orang makan..


Kailan ikan masin.
Komplen : Sikit... Dah la harga RM9... Tak berbaloi..


Tomyam campur - untuk 1 orang makan.
Boleh tahan laa sedap....


Sotong goreng tepung.


Telur dadar...
Kitorang order telur dadar 2 bijik...
Aku tak tahu betol ke tak telur ni 2 bijik.. sebab diorang siap potong separuh telur dadar nie.
Tawar...


Penuh 1 meja kitorang..


 Aya dan Zaf.
Diorang nie kire budak baru la dalam rumah kitorang.
Ni pes time kitorang kuar sama-sama.


Zaf dan Ira..
Korang mesti pernah tengok Ira sebelum nie kan?
Dah lama gambor dier tak masuk dalam blog aku.


Kak Siti.
Lesu je dia..
Maklum la dia baru balik dari kerja.
Tak sempat rehat pon... pastu terus datang sini.


Last but not least :-


Aku dan Kak Siti...
Bolatnye muke aku.. huhuhu...

Semalam, ramai gile orang kat restoran nie.
Kawasan pon sempit.
Nak duduk pon kena berhimpit-himpit.

Paling aku menyampah, pasal tokey kedai nie.
Akak gemuk-gemuk pendek gitu...
Muke tak pernah nak senyum.
Macam nak mintak pelempang aku je...

Dah la servis lembab nak mampssss...!
Geram aku..
Nasib baik makanan sedap.
Lagipun, ni kan bulan pose..
Kena la sabar. Kan?


Thursday, August 18, 2011

Lawak petang

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia Langkawi, Menteri Jepun, Amerika Syarikat dan Malaysia sedang 'mengeteh'.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru sampai saja 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun telah mengenal teknologi robot.

Menteri Amerika Syarikat : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenali teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang berada di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu apa ada di dalam tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, kedua-dua tukang gali itu naik ke atas).

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa?
Tukang gali : Takde apa-apa..
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana?
Tukang gali : Takde Dato'.

Menteri Malaysia : (sambil menjeling kerek ke menteri Jepun dan Amerika), Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!


Hehehehe... Apepun, banggalah menjadi rakyat Malaysia.

Lawak petang





Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami 

bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!






*Dicedok dari blog cerita cerita lawak.





Lawak pagi yang pendek....

Sekadar untuk menceriakan pagi saya sendiri & pembaca...


Di suatu pagi yang buta (sahur daaaa....)

Mak : Alim... bangun Lim... Makan sahur nie..

Alim : Mak buat ho... ho... horlicks ehh?

Mak : Ho.. ho hotak ko! Dah! Bangun cepat....!!!


*Heheheheh...

P/s : Dicedok dari Fb.

Lawak pagi yang pendek....

Sekadar untuk menceriakan pagi saya & pembaca... :D



Di suatu pagi yang buta (sahur daaaa...)

Mak : Alim... bangun lim.. Makan sahur nie...

Alim : Mak buat ho ho horlick erk??

Mak : Ho...ho.. hotak engkau. bangun cepat...!!!!




Hehehehe...



Wednesday, August 17, 2011

Tak ada tajuk boleh?

Tangan rasa cam nak menaip.
Tapi tak tahu nak taip apa...

Aku ada la 2-3 entri yang nak dibuat.
Semua pasal makanan..
Sejak-sejak pose nie, blog aku dah macam blog makanan dah...
Sikit-sikit menu berbuke...sikit-sikit menu berbuke.
Macam dah takde modal nak update kan?

Takpe la..
Yang penting, blog ni tak bersawang.
Tak gitu?

Aku nak update sekarang.
Tapi gambor semuanye duk dalam pc opis aku.
Cane?
Tak best la update tanpe gambor.
Rase cam gosok gigi tanpa ubat gigi..
Tak best okeh.

Korang tunggu la esok lusa..
Kalu aku rajin, aku update.
Lately aku malas sikit.
Eh, bukan sikit. Malas banyaakkkk...

Kat opis pon, aku banyak bersembang.
Since pose nie, bos tak bagi aku kerja banyak sangat.
So, aku nie duk ajak orang bersembang dengan aku.
Nak elak bosan.
Kalu tak, mata aku ni macam ader batu..
Asik nak pejam je.. Ngantuk.
Asal tengahari je, ngantuk.. asal tengahari je, ngantukk.
Haihhh...

Mujur la aku ada bos yang memahami.
Dia ok je walaupun aku TERtido kat opis tu.

Minggu depan dia dah start cuti sampailah raya nanti...
Fuhh.. heaven okeh!
Lagi laa aku leh berjimba kat opis tu.
*Eh, dah lama tak guna perkataan berjimba, kan?

Aku akan balik Ganu kitee pada 26hb ni.
Itupun tiket aku tengahari.
Bos dah bagi kebenaran aku balik awal.
Tapi kemungkinan besar aku takkan datang opis sebab nak rehat dulu.
Dah lama sangat aku tak naik bas.
Takut muntah pulak nanti.
So, time sahur tu aku akan makan ubat anti-mabuk.
So that 1 hari tu aku akan rase mengantuk je..
Bile mengantuk, takde la aku mabuk sangat time dalam bas.

FZ dah cakap, dia akan hantar aku sampailah bas tu bergerak.
Now dia tengah bimbang kot-kot lelaki yang duk sebelah aku dalam bas nanti.
Yelah, aku beli yang double seat.
Nak beli yang single seat, tiket dah habis. :(
Nasib laaa...

Harap-harap pompuan muda yang duk sebelah aku.
Aku taknak yang tua-tua sangat sebab leceh.
Aku pernah duk sebelah pompuan tu mase naik bas dari KT ke KL..
Punye la banyak cakap sampaikan aku nie takleh lelap.
Yela, ader je benda yang nak ditanya.
Rimas okeh.

Aku risau gak kot-kot lelaki duk sebelah aku.
Ishhh.. tak mau.. tak mau...
Nanti nak tido pon kena cover-cover.
Silap haribulan tengah tido kuar plak air liur basi..
Ha, mana nak letak muke cun ai nie?

Harap-harap jugak bukan duk sebelah orang yang berpenyakit.
Sikit-sikit batuk... sikit-sikit batuk..
Haiyoohhh...

Banyak nau harapan aku nie.
Yelah.. naik bas nie macam-macam risiko kena tanggung.
Dibuatnye pencuri duk sebelah kite, tak ke naya.
Perjalanan dari KL ke KT tu lama.
Kompem-kompem la aku tido...
Takkan la aku terkedip-kedip mata sensorang dalam bas tu.
Manalah sedar kalau orang tu curi barang aku...
Huhuhu... serammm...

Eh, panjang pulak aku melalut malam nie kan?
Ok la.. nak cau dulu...
Nak sahur. Makan nc lemak.
Aku tak sahur awal pagi tu sebab malas nak bangun tido.
Padahal FZ tetiap hari kejutkan aku untuk bangun sahur.
Ok, babai..

Monday, August 15, 2011

Puasa hari yang ke-13

 Sebelum nie aku dah citer hari Sabtu aku makan nasi beriyani ayam madu kat Mahbub, Bangsar.
Aku memang teringin sangat-sangat nak makan nasi beriyani.
Teringin tu dah macam orang mengandung yang mengidam.
Over okeh!

Aku ingatkan tak ramai orang kat restoran tu.
Rupe-rupenye.... huh! Dah macam tin sardin.
Meja penuh.
Mujur aku sampai awal.

Kul 7.15, makanan semua da terhidang atas meja.
Tak sabarnye nak berbuke.
Lima minit terakhir tu laaa rase cam hazab menunggu.

Kitorang duduk kat meja luar je.
Panas la nak duk kat dalam.
Penuh sangat.
Nak duk bahagian air cond pon, meja dah penuh.


Muke orang keletihan.
Dari tengahari merayap kat Ikea, pastu pegi Tesco sampai ke The Curve..
Pastu kena drive redah jem kat Damansara.


Muke hepi sebab dah nak berbuke.
Perut tu dah berdangdut dari tadi.

  Nasi beriyani.
Sedap....!

Ni ayam madu aku punye..
Aku suke bahagian thigh.

Ini FZ punye.
Bahagian dada.
Dia suke sangat bahagian dada.
Katanya banyak isi.
Dia cakap aku rugi sebab makan ayam yang ada tulang je.
Motipp..!

Dua-dua air aku punye.
Teh ais dan ais kosong.
Teh ais dier best.
Cukup rasa..
Tak tawar, tak manis sangat..

FZ pulak nescafe tarik.

Kitorang tambah kari sotong.
Marveless gile kari sotong nie..

 Kuah dhal dan acar timun.

Habis je makan, kitorang lepak-lepak kat situ jap.
Aku main enset.
Korang nak tahu ape FZ buat?



-




-



-




-




-




-




-



-



-



-




-



-



-



-



-



-




-




-



-



-




-




-



-




-





-





-




-





-




-




-




-


Adesss..,, letih tangan aku.
Takpe..takpe.. korang skroll la lagi eh..

-



-




-



-




-





-




-




-




-




-



-




-




-





-



-




-



-




-



-



-




-



-



-



-



-



 Hisap 'madu' dia laaa...
Suke je membahayakan kesihatan sendiri.
Nak suh aku jadi janda cepat-cepat la tuh.

Hasil makan pada hari itu....
RM34.30 sahaja.

Yang penting, aku dah dapat makan nasi beriyani.
Sekarang aku rasa cam nak makan cheezy wedges KFC lak...
Huhuhu..
Tetiap hari ader je nak mengidam..

Selangkah mendekati ALLAH

2 minggu lepas, aku ada beli ini :-


Aku beli nie dengan niat aku dapat mendekatkan diri aku dengan ALLAH.
Daripada aku beli novel jiwang-jiwang, baik aku beli buku nie kannnn?

Aku pernah khatam Quran 1 kali.
Itupun mase aku darjah 6.
Lepas khatam, aku sambung mengaji lagi.
Itupun sampai separuh je.
Lagi separuh, aku tak sambung sebab naik je tingkatan 1, aku sekolah petang.
So, malas nak pergi mengaji waktu pagi.

Baru-baru ni aku ada tengok video dalam youtube.
Orang Arab menangis-nangis masa ustaz terjemahkan ayat-ayat suci al-Quran dan pengorbanan Nabi-nabi.
Sampai macam tu sekali diorang kann...
Orang-orang kite ada ke menangis mase dengar ceramah?
Takde kan?

Then aku baca komen-komen tentang video tu.
Ada 1 komen yang terkesan dalam hati aku.

"Diorang ni nangis sebab diorang paham isi kandungan Quran tu. Kita ni baca Quran semata-mata baca aje. Tapi tak faham apepun."

Kebetulan pulak ada budak baru masuk dalam opis aku.
Dia tu Islamik sikit.
Cara cakap pon sopan santun je walaupun dia tu lelaki.
Pengetahuan dia dalam bab agama, memang aku tabik springg laa..
Serba-serbi dia tahu.
Sampaikan aku dan kawan-kawan opis panggil dia, "ustaz".

Kehadiran dia ibarat menjentik hati aku untuk mendekati Tuhan.
Betul.
Aku suke dengar dia bercerita tentang Islam.

Sekarang nie kalau ada masa terluang, memang aku akan baca buku terjemahan tu.
Setakat nie aku baru baca 19 muka surat.
Slow gile kann...
Bukannye ape.
Aku nak paham betul-betul ayat suci Quran nie.

Baru aku tahu, surah al-Baqarah tu bermaksud lembu betina.
Ha, korang pun baru tahu kan?

Eh, walaupun aku dah terbuka hati nak berubah, tapi bukan totally tau.
Aku nak berubah tapi slow-slow.
Mungkin kali nie aku berubah macam nie.... esok macam tu pulak.

Tapi kalu bab bertudung, itu memang aku kalah.
Susah benor nak berubah nye..
Kawan-kawan yang terdekat memang dah tah aku nie jenis macam mana.
Kat opis bukan main lagi bertudung.
Tapi kat luar, payah tudung nak melekat atas kepala nie.

Moga-moga Tuhan akan bukakan hati aku untuk bertudung pulak lepas nie.

Sunday, August 14, 2011

Hikmah

Sejok sejok masuk bulan Ramadhan nie, tajuk aku macam Islamik je...
Kan..kan..kan...
Takpe. Ni kan bulan barakah. Bulan mulia.
So, perangai pon kena la bajet-bajet mulia gitu.. *walaupun...

Semalam dan hari nie adalah hari yang paling menyenangkan aku.
Kenapa?

FZ dah berubah..!

Kalau dulu, dia selalu syak wasangka yang bukan-bukan kat aku.
Kalau dulu, ader je benda yang tak kena dengan pakaian aku.
Kalau dulu, hampir tiap hari kitorang bertekak.

Apa korang ingat selama nie aku dengan dia takde gaduh-gaduh ke?
Ingat aku dengan dia hepi je ke?

Puas dah aku suruh dia fikir positif.
Tapi dia tetap macam tu.
Dah berbuih-buih mulut aku meyakinkan dia dengan kesetiaan aku.
Tapi dia tetap tak percaya.

Sampailah pagi semalam, aku dah sampai 1 tahap kesabaran dah tak dapat dibendung lagi.
Then aku cakap dengan dia, aku nak putus. *dalam sms.

Mungkin dia tersentak.
Dia tahu aku serius mase tu.
Then dia senyap.
Sampailah ke tengahari, barulah dia ajak aku kuar jalan-jalan.

Masa tu la aku nampak perubahan dia.
Dia dah cool. Tak seperti selalu.
Dia takde nak komplen itu ini pasal aku. Tak seperti selalu.

Tengahari, kitorang pergi ke Ikea.
Itupun atas permintaan aku sebab aku nak pergi beli barang rumah kat sana.
Masa jalan-jalan tu pun, dia tak banyak mengeluh.
Cuma dia asik mengadu penat sebab dia lapar.

Pastu kitorang jalan-jalan dalam Tesco dan The Curve.
Sampai la ke petang, kitorang berbuka kat Restoran Mahbub, Bangsar sebab aku teringin nak makan nasi beriyani.

Hari nie, pagi-pagi lagi dia dah sms.
Mase tu time sahur.
Aku nie memang tak bersahur sebab liat nak bangun.

Dia cakap dia mimpikan aku.
Katanya dalam mimpi tu kitorang putus dan dia nangis-nangis.
Dan tangisan tu terbawa-bawa sampai ke dunia realiti.
Kirenye macam mengigau la..

Aku gelak je mase baca mesej dia.

Hari nie dia bagitahu aku,

"Abang tak nak kite berpisah, sayang. Abang sayangkan hubungan kite."

Ha.. tau pun!
Ingatkan tak sayang.
Ingat aku nie boleh tahan ke tetiap hari kene tuduh benda-benda yang aku tak buat?

Tetiap malam before tido dia akan hantar mesej kat aku.
Tapi sejak peristiwa aku mintak putus tu, mesej dia mesti selit ayat :-

"Abang tak nak kita berpisah sayang.."

Ader hikmah jugak aku mintak putus kan?
Kalau tak, mesti dia tak berubah lagi.


**kadang-kadang kite kena ajar lelaki biar dia tahu menghargai kesetiaan kita dan tahu cara untuk menyenangkan hati kita...