Thursday, September 29, 2011

Bulu-bulu yang berkaler-kaler

Sebut bulu-bulu, korang jangan plak pikir yang bukan-bukan eh...
Bukan bulu teeeeetttttttttt...
Bukan jugak bulu roma.
Jauh sekali bulu ketiak...

Yang aku nak tunjuk ni adalah bulu ayam.
Inilah jadinya kalau orang terlebih kreatif.
Benda yang tak berguna pon boleh dijadikan barang komersil yang berharga.

Dicedok dari email yang di hantar oleh Kak Long 2 hari lepas.
Lets cekidaut.









Layankan aje gambar ni boleh?

Aduuuhaii... Dah penat kepala otak aku pikir nak letak tajuk ape untuk kali nie.
Malaihh bebenor la haku nak pikir lama-lama.
Last-last dapat tajuk macam tu, kire ok la kann..
Yang penting bertajuk.. Ye dak?

Hari Rabu last week, awal pagi aku dah dapat call dari Ika.
Katanye nak ajak aku join launching CBE opis aku tuh.
Malaihh sungguh. 
Tapi bile teringat bos aku tu jadi salah sorang penceramah hari tu, aku join jugak ler.
Sepatutnye majlis tu start pukul 9 pagi.
Tapi biaselaa...
Memang jarang sesangat majlis start ikut waktu.


Terang pulak gambornye..
Sampai tak nampak tajuk ape..

Aku datang dengan Ika.
Mimy plak sampai lewat sikit.
But mase dia sampai tu, majlis tu tak start lagi.


Kurus dah minah ni sekarang..


Aku dan Mimy..



Sebelum majlis start kitorang snap-snap dulu.
Biase la..
Blogger mane boleh tinggalkan kamera.
Tak gitu?

Wednesday, September 28, 2011

Bila orang lain main kasar

Aku tak tahu perlu ke tak aku buat entri nie.
Kalau buat, nanti kontroversi pulak.
Tapi kalau tak buat, tak larat aku nak pendam sensorang..
Serba-salah jadinya.
Tapi ini kan blog aku.
Ini la tempat untuk aku meluahkan semuanya.
Kat sini la aku nak bersedih.. kat sini la aku nak berjiwang.. dan kat sini jugaklah tempat aku nak luahkan perasaan marah.

Semalam aku ada citer pasal seseorang yang berperangai 'pelik' dalam opis aku.
Biar aku kata "perangai pelik" untuk menggantikan "perangai macam s**l".
Aku malas nak taip bahasa-bahasa caci maki nie.
Biar la sopan sikit walaupun tak berapa nak sopan.
Eh, korang tak paham?
Takpelah.. korang buat-buat paham aje la ye..

Memule dulu aku masuk opis ni memang aku bersemangat.
Aku dapat bos yang baik dan team yang bersatu-padu... (kononnye laa..)
Tapi lama-lama the true colors semua kuar.
Kerani berlagak cam pengarah... manager berlagak cam CEO.
Bos aku pulak yang baik hati memahami secretary dia yang baru nak memulakan kerjaya.

Dulu aku nie langsung tak melawan.
Orang suruh buat A, aku buat A.
Orang suruh buat B, aku buat B.
Aku buat je walaupun tu bukan tugas aku.
Pastu semata-mata untuk menunjukkan aku bersemangat buat kerja, aku ada amik alih tugas orang lain dengan sukerela.
Ko adoo nak buat macam tu?

Tapi bile time aku tersilap buat kerja, bukan main lagi diorang kutuk aku.
Pastu siap ugut-ugut kononnye nak bagitahu orang atasan.
Biar aku kena marah kaw-kaw... kononnye laaa..
Padahal diorang kena la bagi support.
Tegur ape silap aku.
Bukannye terus hentam.
Padahal dah kire mujur dah aku amik alih tugas ko..
Itu lagi taknak berterima kasih sebab aku dah menyenangkan ko dari bebanan kerja yang kononnye berlambak tu.
Tapi alih-alih aku lak yang korang ugut.

Takpe, time tu aku sabar lagi.
Sape kata aku budak jahat?
Kalau aku jahat, aku takkan sesabar ni laaa...

Lepas tu ceo-ceo yang tak bertauliah nie pepandai buat aku macam kuli batak diorang.
Semua benda suruh aku buat.
Padahal admin ada tercongok kat meja...
Takdenye nak suruh admin tu buat kerja.
Kalau suruh pon, buat kerja yang biase-biase je.
Takpe... kata nak kerja kannn.. 
So, aku sabar lagi.

Sampailah bos baru aku ni sampai.
Bos kali nie tersangatlah sporting.
Dia jenis ikut buku sikit..
Tugas kau, kau buat. Jangan buat kerja orang lain.
Itu style bos baru aku.

Alkisahnya pulak, ada 1 task berkaitan dengan unit aku yang pending sejak bos lama sampai la bos sekarang.
Task tu memang penting pon.
Berkaitan dengan IT.
Benda tu pending disebabkan ada masalah teknikal.
And now, bos baru utarakan balik pasal task tu.

Dulu, ader la sorang nie....
Sibuk sangat nak in-charge.
Maklum laa orang nak tunjuk terror.
Semua benda dia pandai.. semua benda dia tahu buat.

Tapi sekarang nie orang yang bijak pandai tu tolak semua kerja tu kat aku.
Eh, secretary boleh jadi orang IT eh?
Kalau ada basic IT, lain citer.

Dulu aku pernah la pergi kursus berkaitan dengan benda tu.
Diorang ajar aku cane nak alihkan benda tu ke sane, cane nak alihkan benda tu ke sini..
Takde pulak diorang ajar cara nak buat template ke ape...
Lagipun, 'orang tu' dah cakap... semua template dia dah ada.
Nanti dia nak aku cedok dan letak je kat page tu.

Hari Isnin bos aku tugaskan manager baru opis aku untuk in-charge benda nie.
Dah namanya pon manager baru.
Mestilah dia nak rujuk benda-benda nie pada orang yang pernah in-charge benda nie dulu.
Korang tahu ape 'orang tu' cakap?

"Pegi tanya Diana. Dia pernah pergi kursus dulu..."

Perghhh... ayattttttttt....
Ko nak serahkan bulat-bulat benda tu kat aku.
Pastu bila aku dah buat semua, dah siap, ko akan claim yang benda-benda tu semua ko yang buat.
Apa yang aku dapat?
Zero!

Dulu ko suruh aku buat template gune Micr. Word, aku dah buat.
Siap aku buat 2 templates lagi...
Kengkonon nak bagi ko pilihan mana 1 yang lebih elok.
Tapi takde perkembangan.
Masa ko nak hari tu, bukan main lagi ko kata benda tu urgent.
Bile dah siap, ko biarkan benda tu jadi semak dalam mailbox ko.
Takpe... Yang penting bahagian aku dah settle.

Pastu sekarang nie ko nak suruh aku tukar layout benda tu plak?
Bukan ke dulu ko yang beriya-iya nak in-charge?
Pastu bila ko dah stuck, ko nak tolak benda tu kat aku balik?
Camtu?
Come on la bebss.. aku ni kalau bab IT setakat main fesbuk dan blog tu aku tahu laaa...
Tapi kalu nak buat benda jadah ni semua, mana la aku reti.

Nama ko pun still as a FULL CONTROLLER dalam task tu.
So? Bukan ke itu membuktikan yang ko adalah orang yang bertanggungjawab untuk task tu?
Tapi kenapa ko serahkan kat aku?
Aku boleh je nak tolong ape-ape yang patut.
Yang mana aku reti dan tahu buat, aku akan buat.
Tapi kalau semua benda aku kena buat, itu bukan tolong namanya.
Itu namanya KERAH, ARAH.
Tahu??

Dah la aku tengah sakit demam semuaaa...
Lagi la dia nak menyakitkan hati aku.


Hari tu bos dah cakap...
Benda nie ko yang kena buat...
Tapi ko cakap aku lagi terror sebab aku ni blogger...


Huh! Tergelak pankreas aku dengar dia cakap macam tu.
Ko ingat kalau jadi blogger ni, pandai semua ke bab IT?
Wehh, blog nie template semua dah sedia ada.
Tunggu nak pilih je.
Layout blog aku nie bukannye canggih manggih sangat pon.

Silap aku kot sebab awal-awal aku baiikk sangat sampai ada yang pijak kepala aku.
Tapi takpe..
Sekarang nie bila orang lain main kasar, aku rase aku kena main kasar gak.
Amacam?



Tuesday, September 27, 2011

Doa harapan si dia adalah jodoh kita



ihsan gambar dr mr. google..




Bismillahhirrahmannirrahim..

Allah yang Maha Pemurah.. terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.
Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, Ya Allah..
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu
Allah yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.


Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bagian hidupku, Ya ALLAH..


Amin..


Musim demam eh?

Sane sini orang demam...
Kawan-kawan dalam fb pun ramai yang demam...
Aku pun tak terkecuali.

Aku nie demam sebab berpanas kat Morib hari tu.
Semalam amik mc kat klinik bawah opis aku tu.
Time jumpe doktor, sejuk je rase badan.

Naik opis, bagi mc kat bos.
Pastu call FZ suruh datang amik dan hantar aku kat rumah.
Masuk je dalam rumah, terus badan aku jadi panas.
Suhu badan naik terus.

Selsema pon tetibe je serang.
Batuk pon sama..
Mesej-mesej jap dengan FZ sebelum aku tido.

FZ sebenarnye pergi ke bengkel sebab nak baiki kereta dia.
Pukul 4 petang barulah kereta dia siap.
Pastu dia datang amik aku dan bawak aku pergi makan.
Yalah, pagi tu FZ belikan aku nasi lemak je.
Pastu tengahari aku tak makan..
Perut lapar usah cakap laaa...

Time balik, FZ pakse aku makan ubat lakk..
Haiyoohh... Aku memang takut sangat makan ubat.
Eeeiii.. tak suke.
Kecoh kat koridor rumah aku sebab FZ bising aku taknak makan ubat.
Last-last aku makan jugak.
Huuhuhu..

Pagi tadi, aku liat gile nak bangun.
Suara pon tak keluar. Sakit tekak.
Tapi aku gagahkan diri jugak pegi kije.

Itupun pepagi ada orang dah buat angin.
Dah la aku tak sihat..
Memang dasarrr kannn...
Mentang-mentang la semalam aku mc, dia sibuk je mengata aku.

Hari tu bos dah sound cakap benda tu tugas dier..
Ini dia cakap kat orang baru, semua tu tugas aku.
Ingat aku ni pakar IT ke??
Aku nie secretary je tau tak!
Sesuke hati je cakap tu tugas aku.

Kau yang beriya-iya sangat nak in-charge benda ni.
Kau buat la!
Ni bile kau dah stuck, dah tak boleh buat, kau tolak benda tu kat aku pulak.
Once kalau aku dah buat semua, kau yang dapat nama eh??
Weii, aku tak sebodoh tu la!
Tugas kau, kau buat.
Aku buat kerja aku je.

Eh, TERlari dari topik plak.
Sekarang nie demam aku dah kebah.
Batuk dan selsema je yang tak baik lagi.
Huhuhu.. seksanye.

Hopefully esok semuanya akan sembuh.
Tak tahan la sakit macam nie.
Nak buat kerja pon tak senang.
Tambah plak ada orang yang perangai cam p**t*t.
Lagi la buat aku tak selesa nak pergi kije.

Ok la...
Malas nak merapu panjang-panjang.
Babai olls...


Monday, September 26, 2011

Berjemur berpanas tepi pantai... angin sepoi-sepoi bahasa gitu

Ce teka.. ce teka...
Apa nama pantai nie?


Ha... Inilah Pantai Morib.
Korang pernah jejak kaki tak kat sini?
Ini pes time aku datang ke pantai ni.
Jauh gile dowhh...
Naik bosan aku duk dalam kereta.

Aku rase dah agak lama FZ tak ajak aku jenjalan jauh-jauh.
Kali ni aku tak tahu la dia mengigau ke ape..
Tup-tup dia ajak aku datang sini.
Katanya dah lama sangat tak mandi laut.

Aku on je..
Aku pon dah lama tak mandi laut.
Last sekali mase pegi PD.
Akhir tahun 2009 kot...

Mujurlah mase otw ke Morib nie, jalan tak jem.
Kalau tak, maunye berjam-jam duk dalam kereta.
Lemau bontot aku.

Tapi bile dah sampai, puasnye hati...
Yeay... terjejak jugak kaki aku kat sini.



Cuaca kat sini.... perghhh.. panas gile..
Nak-nak time aku sampai tu pukul 2 lebih.
Kompem-kompem la matahari duk atas kepala.





Perut masing-masing dah lapar.
Aku memang dari pagi tak makan ape-ape.
Perut memang duk berdangdut je.
So, singgah kedai makan jap.




Order makanan punye la lama...
Dekat sejam jugak la kitorang tunggu makanan sampai.
Padahal FZ order nasi gorang ayam...
Aku pulak order nasi goreng belacan.
Simple je.
Tak tahu la ape yang diorang buat lama-lama sangat.
Nak kata ramai customer, takde la ramai sangat.
Ader la dalam 2-3 kerat.

Tapi mujurlah makanan tu boleh diterima tekak.
Kalau tak sedap, kompem aku dah mengamuk kat situ.

Selesai makan, kitorang pergi ke tepi Pantai Morib.
Aku tukar pakaian dalam kereta je..
Senang. 
Cermin kereta FZ tinted.
Pastu aku cover pulak dengan tuala dan kain batik...
Kompem orang tak nampak..

FZ pon sama... Salin pakaian kat seat belakang kereta je.

Cuaca memang panas sangat-sangat.
Tapi over excited sangat nak mandi kann..
Tengah-tengah panas redah je.

Air kat permukaan panas gile.
Tapi kat dalam sejuknye Tuhan je yang tahu.
Kaki rase nyaman je.

Orang pun tak ramai sangat.
Time nak tukar pakaian kat wash room, memang selesa.
Sebab takde orang.
Aku boleh mandi dengan senang-lenang.




Make up dalam kereta saje..

Oleh sebab berjemur tengah panas, hari Ahad aku demam.
Hari ni pon aku amik mc. 
Huhuhu...


Saturday, September 24, 2011

Awek cun TM? Cun ke?

Last week, syarikat tempat aku kerja ada buat Majlis Merdeka Raya 2011..
Meriah sangat-sangat.
Kebetulan pulak hari tu aku pakai baju raya..
Aku tak jangka pon nak join majlis tu.
Last-last bos aku yang paksa join..
Ok la bos... Hamba menurut perintah.

Aku dan team aku jalan-jalan kat ruang legar tempat majlis tu berlangsung.
Sekali tengah duk sembang-sembang, ader sorang pompuan pegang tangan aku.
Terkejut la aku kannn...

Pompuan itu : Akak, boleh tak kitorang nak amik gambar akak?
Aku (dengan blur) : Hah? Nak buat ape?
Pompuan itu : Kitorang pilih akak untuk jadi antara awek cun TM?
Aku (dengan blur lagi) : Hah? Awek cun? Eh, tak cun laa..
Pompuan itu : Cun la akak... Sekejap je amik gambarnye...
Aku (dah tak blur dah) : Nak amik sekarang ke?
Pompuan itu : Yalah kak. Amik sekarang. Tapi resultnye kuar kul 1.30 nanti. Akak datang la sini ye..

Time kejadian adalah 11.30 pagi.

Aku pon dengan pasrahnye merelakan diri diambil gambar depan orang ramai.
Background gambar tu adalah bendera Malaysia.
Patriotik gitu.
Hahaha.. Malu siott kena pose depan orang ramai...

Pas amik gambar, kena catat nama bagai.
Adoyaii...

Tapi, aku tak pegi pon tengok result tu.
Time diorang umumkan pemenang awek cun TM tu, aku tengah online kat opis.
Memule semangat la nak turun.
Tapi last-last rase berat hati nak turun.


Malas haihh...
Menang ke kalah ke, aku tak kisah.
Sebab aku tau aku nie bukannye cun pon.
Kang kalu menang, ader plak mulut-mulut pertikaikan.
Better aku cenggini.
Sedang-sedang aje, kata Iwan Dangdut tu...


Hari tu aku pakai baju tu laa.
Tak tahu la kat mana cun nye.
Amik gambor dengan team aku sebelum kitorang kuar makan sesama.

Muke yang di blur tu adalah bos aku.
Terpaksa di blur kan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.



Friday, September 23, 2011

Mek mek polkadot

Sekarang ni kan trend polkadot..
Retro gituu...
Aku pun tak terkecuali ikut trend itu untuk raya baru-baru nie...
Untuk raya, aku ader beli 2 helai baju polkadot.
1- kaler hitam putih...
2- kaler hijau putih.

Tapi yang baju hitam putih tu aku dah pakai before raya.
Tak sabar kannn sebab comey sangat.
Ingatkan orang-orang Ganu tak tahu aku dah pakai.
Sekali kantoi dalam fb daaa...
Kak Long aku pi tegur aku dalam fb....
Sebabnya aku de tulis status macam nie dalam fb:-

"Tadi ada orang puji my polkadot cantik"

Pastu tetibe Kak Long komen :-

"Aik.. kata nak pakai polkadot time raya"

Tak lama lepas tu kazen aku kat Ganu tu hantar komen kat status yang sama..

"Ha, kantoi..."

Halamakkkk...
Kantoi disitu.
Sebab tu aku menggelupur pi cari baju polkadot yang lain pulak.
Pegi ke Amcorp, jumpe la sepasang baju kurung moden.
FZ pun berkenan gak.
So, tak banyak cakap, terus je sambar.

Minggu pertama mule kerja selepas raya, Ika ajak aku dan Mimy pakai polkadot hari Jumaat.
Aku on je...
So, kami geng secretary audit, berpolkadot la hari tu...



Aku dan Ika..
Ayu sungguh si Ika buat mimik muke cenggitu.
Baju polkadot hitam putih aku tu sebijik cam baju Ika.
Tapi polkadot aku besar sikit..



Cun tak kami?
Hehehehe...


Cik Puan ibu mengandung pon pakai polkadot gak..
Hehehehe...


Mana 1 baju pilihan hati korang?
Baju kaler lain-lain...
Polkadot pun ada yang kecik, ader yang medium, ader yang besauu...

Thursday, September 22, 2011

Layankan aje la...

Aku dah takde topik nak citer dalam blog nie...
Dari tadi duk belek-belek folder dalam pc nie, terjumpe plak gambar-gambar yang aku transfer dari kamera Iwan.


Ini Iwan...
Tuan punye kamera DSLR Nikon... Model ape, jangan tanye aku sebab aku tak tau.
Korang gi tanya Iwan sendiri.

Malas nak taip panjang-panjang.
Takut nanti aku melalut ke lain pulakk...
Korang layan la gambar-gambar random kat bawah nie ye..




Uiksss... pakwe pakistan sesat mana pulak nie?

Ha, ni la daddy aku zaman muda-muda dulu..
Wahhh.. macam hero industan. Kihkihkih..
Rambut berombak-ombak gitu..
Tapi kan... korang pasan tak?
Orang dulu-dulu asal amik gambar je, mesti pose cenggini..


Siapa bilang gadis melayu tak menawan?
Tak menarik hati, tiada memikat...
Wah..wahh... Menyanyi lagu Jamal Abdillah pulakk..

Ni la Mummy aku.
Ayu-ayu gitu kan..
Siap ada bunga lagi kat telinga.
Uikss... mummy aku lagi comey dari aku laaa...
Patut la daddy terpikat.


Ha, ni gambor bile dah kawin...
Bila tenung lama-lama gambor nie kan, rase klakor pon ada.
Hehehehe...

Dari gambor lama, kite pegi ke gambor baru pulakk..


Ini Alyssa Adriena.
Anak sedara aku.
Anak kepada Abang Yu aku.
Hobi : Pose depan kamera. Hehehe..

Lokasi gambar diambil : Perkarangan Majid Kristal, Taman Tamadun Islam, K.Terengganu.


Kengkonon tengah mengenang nasib diri...


Amboi..amboi..
Lagi gedik dari Angah dia.



Kalau lighting kat muke alyssa tu terang sikit, baru cantik kan... 


Yang ni pulak Amisha Arieana.
Adik Alyssa tadi.
Kesian kat dia nie..
Selalu je kena lelah.
Dia nie ada asma..
Ader sape-sape tahu tak cane nak ubati penyakit asma ni?


Yang ni pulak adik aku, Shahril.

Sekarang nie kan trend bawak beskal Fixie.
Berkaler-kaler...
Adik beradik aku pon tak berkecuali ikut trend nie.
Kat belakang tu kakak ipar aku dengan abang aku..
Diorang nie siapp join pertandingan lagi.


Ni pon kat perkarangan Taman Tamadun Islam.
Korang pernah pegi sini?


Haaaaa... korang ingat kat Shah Alam je ke ader I-city?
Kat KT pon ader tau..
Tapi pokok-pokok ni je la yang ada...
Tak sebanyak kat S.Alam tu..
Tapi at least ader laaa kannn daripada takde..


Comey kannn..


Ni pulak taman permainan kat Pantai Batu Burok.


Dah lama tak jejak kaki memalam kat sini.
Rindu pulakk..



Ce teka..ce teka... Kat mana nie?

Haaa... betol pon.
Ini la Masjid Terapung K. Terengganu.




Kalau korang berkenan nak jadikan gambor-gambor masjid diatas as a wallpaper kat pc tu, boleh la amik...
Aku tak kisah pon walaupun kat gambor tu aku letak copyright..
Tapi gambor-gambor Masjid Terapung je tau.
Gambor lain takleh yeee...
Jangan pepandai nak cedok.


Ini pulak kereta daddy aku.
Sekarang nie Iwan yang pakai kereta nie.
Still in a good condition walaupun rasenye dah berpuluh tahun daddy pakai.
Sekarang nie daddy dah ada kereta baru.


Last but not least,,, gambor budak besauu nie mesti ada...
Heheheh..

Eh ader lagiii la gambar kat bawah.. 
Sila skrol ye...
Itupun kalau korang kuat iman...



-




-
-
-
-


-



-




-




-



-



-




-



-



-




-




-



-




-



-




-




-




-




-




-



-




-




-




-




-




-





-





-




-




-





-




-




-




-




-




-




-




-




-





-





-





-






-





-




-




-




-




-




-




-




-




-




-




-





-





-





-




-





-




-





-





-





-




-




-




-



-




-




-




-




-




-




-




-




-





-





-




-





-




-




-





-




-





-





-




-



-




-





Terliur tak?
Hehehehe....

*Tetibe menggelupur nak pegi beli cekodok pisang ni... Huhuhu...