Monday, October 31, 2011

Piala Malaysia Terengganu VS Negeri Sembilan

Ini kali pertama aku masuk stadium untuk menyaksikan perlawanan bola.
Selama nie aku langsung takde minat nak pergi stadium.
Tapi kali ni aku nak rase sendiri pengalaman tengok perlawanan bola.

Dan aku rase....,,,
Ini kali pertama dan terakhir aku pergi stadium.
Lepas ni dah tak nak pergi dah.
Kalau nak tahu sebab ape, nanti aku citer dalam next entri.

Kali ni aku ada citer bergambar.
Korang layan gambar je la eh..
Sambil-sambil tu aku citer.


Tiket RM50...
Tapi kerajaan Terengganu bagi subsidi 25%.
So, harga tiket jadi RM25.
Kerajaan N9 pulak kalau tak silap aku bagi subsidi RM20 per tiket.
So, harga tiket jadi RM30.

Baik kan kerajaan bantu rakyat.
Itupun orang banyak bunyi.

Tapi bile difikirkan balik, aku rase patut pon FAM letak harga RM50.
Kalau hari tu aku bangkang, tapi kali ni aku bersetuju pulak.
Kenapa?
Tunggu next entri ye... Heheh..
Jangan marah.


Ada 5 tiket kesemuanya...
Aku, Abang Yu, Abang Zam, Iwan dan Shahril.

Kitorang bertolak seawal pukul 2.30 petang.
Untuk elakkan jem.
Aku lak piyed. So, takdelah kisah sangat kalau pergi awal.

Sekitar pukul 3 petang, kitorang sampai kat perkarangan Stadium Shah Alam.
Ingatkan kitorang yang awal.
Rupa-rupanya ada lagi yang datang lagiii awal.
Ada yang datang seawal jam 11.30pagi.
Gile tul kan?


Aku, Shahril dan Abang Yu.


Shahril - sebelum muke di cat.


Aku


Iwan


Cuaca pun mendung je mase aku mula-mula sampai.
Risau gak kot-kot hujan.


Jalan-jalan tengok booth.




Jumpe port terbaiikk untuk cat muke Shahril.
Adik aku nie sibuk suruh aku cat muke dia.
Tapi best gak cat muke orang nie.
Hehehe...



Tadaa...

Mase jalan-jalan nak masuk dalam stadium, kitorang jumpe kain rentang ini :-


FAM jawab :

"Sama-sama.."
Heheh..


Dah masuk dalam stadium, takleh duduk lagi sebab cuaca panas gile pulak.
Semua orang berkumpul kat bawah.





Seee.. Panas gile.




Penyokong semua pakat berkumpul kat atas...
Teduh sikit.


Ishh.. kecik lak anak panah aku letak.
Iwan dan Shahril tengah cop tempat kitorang.
Aku snap gambor je.
Tak sanggup aku nak turun bawah.


Ganas nau adik aku nih!


Iwan biase-biase je...


Minah gedik sibuk nak join pergi stadium.
Pastu banyak merungut.
Hahaha...


Seawal jam 5 petang, penyokong Terengganu dah memenuhi stadium.
Mangat ngat orang Ganu!!!


Peteh Ganu Peteh!


Seee....
Diorang ni awal-awal dan bersorak-sorak.
Excited bebenor.


Budak kecik pon datang tengok bola okeh..
Makcik makcik pon ada.


Banners dari Terengganu!




Peteh Ganu Peteh WAKLUSSS...
Banner 'TERBAIK' dari penyokong Negeri Sembilan kepada Terengganu.
Baguss tul Nogori ni..


Perlawanan hampir bermula.


Dah nak start dah.....
Mase nie aku memang dah tak sabar nak tengok performance negeri aku.


Dan beberapa minit selepas tamat separuh masa yang pertama...


Tadaaa....

Negeri aku dapat 1 gol!


Dan penyokong nogori dengan 'bangganya' melempar mercun kaler kuning ke padang..
Hebat sungguh penyokong nogori nie...
Ekstrem sungguh.


Dan inilah saat-saat 'bahagia' yang tak terhingga...


Dan beberapa minit kemudian... :-


Huh!

Terengganu takde rezeki.
Piala Malaysia menjadi milik Negeri Sembilan.

Takpe...
Tahun depan ader rezeki boleh cuba lagi...
InsyaALLAH..


Friday, October 28, 2011

Kelakar tul

Awal-awal pagi dah ada benda lawak yang terjadi.
Wakakaka..
Rase cam nak gelak tergolek-golek.
Kelakar siot....

Adoyaiii...
Sampai terkeluar air mata aku sebab gelak.
Hahahhaha...

Macam-macam hal la...
Aku taknak citer terperinci.
Kang nanti ade yang terasa.

Apepun,
Moral : Jangan bergantung pada orang lain... Kelak menyusahkan diri sendiri.

Thursday, October 27, 2011

Pemandu yang kurang ajar

 This pictures was taken on Friday, 21 October 2011.


Korang nampak tak kereta ni?
Lokasi : Orang opis aku kompem cam jalan ni kat mana.

Uihhh... sangat kurang ajar pemandu kereta ni.
Dalam keadaan hujan lebat dan jalan jem, dia sempat main cilok sesuke hati macam kan KAU sorang je yang nak cepat.

Memule kereta ni duk belakang kereta FZ.
Ntah macam mana dia boleh cilok ketepi dan himpit-himpit kereta FZ.
Dah la tingkap kereta tinted sampai tak nampak hape sebelah dalam.
JPJ tak nak saman pulak kereta ni.

Kalau dah dasar pemandu kurang ajar, memang dah tak kisah kereta calar ke ape..
Yang penting dapat pintas kereta orang.
Side mirror dia dengan side mirror FZ tinggal suku jengkal je...
Kire kereta dia hampir nak berhimpit dengan kereta FZ.
Aku rase ader la dalam 3 inci kot jaraknye..

Bahabi sangat kan??
Last-last FZ bagi laluan.
Malas nak cari gaduh.

Itupun dia sibuk nak cilok depan kereta lain pulak.
Dan dalam keadaan jem tu, aku snap la gambar kereta ni.

Agak-agak korang kenal tak pemilik kereta ni?
Kalau ada yang tahu siapa pemilik kereta ni, KIRIM SALAM kat dia eh!
Cakap kat dia, jangan ingat ko je nak cepat!
Orang lain pun nak cepat jugak!
Bawak kereta tu jangan buat macam jalan tu MAKPAK ko punya.
Ko bayar roadtax, orang lain pun bayar jugak. 
So lepas ni sila bawak kereta secara berhemah.



Baru aku perasan ada lambang 'merah' di cermin belakang kereta dia.
Oooo... patut la kurang ajar....



Bola

Terengganu layak masuk ke FINAL Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan.
Wahh... Hebakk betullah Ganu ni.

Neway, masih terlalu awal untuk publish entri ni.
Tapi tak kisahla kan...

Aku memang bersemangat tahun ni.
Cadangnya nak pergi tengok kat perlawanan tu kat stadium nanti.
InsyaALLAH laaa kalau dapat tiketnye..

Aku tengok performance team Terengganu tahun ni memang luar biase.
Sebab tu aku sanggup nak jejak kaki pergi stadium nak bagi sokongan.



Nanti aku, Abg Yu, Abg Zam, Iwan dan Shahril akan pergi ke stadium.
Tapi kesian lak dengan adik bongsu aku tak dapat ikut datang KL sebab dia ada exam.

Takpelah, dik.
Lain kali boleh tengok lagi.
Exam tu lagi penting.

Dengar khabar, memandangkan Terengganu dah layak masuk FINAL, mummy dan daddy pun nak datang KL sekali.
Memula aku dengar khabar adik-adik aku je yang nak datang.
Tup-tup Kak Long call tadi, katanya mummy pon datang sekali.
Hoyehhh...
Happy..happy...
Boleh berkumpul ramai-ramai nanti.

Dan katanya diorang akan bertolak petang nie.
Wahhh... teruja betul aku!
Tak sabar nak jumpa diorang.

Aku dah mula was-was...
Nak cuti ke tak esok..
Tapi tadi aku kol mummy, dia tak kisah kalau aku tak cuti pon.
Lagipun cuti aku tinggal sikit je lagi.
So, memang sayang nak cuti.

Esok petang FZ akan hantar aku ke rumah Kak Long.
Aku cakap takyah, tapi dia tetap nak hantar.
Ok, senang kije aku takyah naik teksi.

Eh, alang-alang dah tulis pasal bola ni kann...
Aku nak sentuh sikit pasal harga tiket Piala Malaysia tahun ni.

Amboii..amboiiiiii...amboiiiiiiiiiiiiii....
Sesuke hati FAM je kan letak harga RM50.
Macam shialll kan?
Taikk betul la FAM ni!

Ramai yang tak setuju.
Baik pihak Terengganu dan jugak pihak Negeri Sembilan.
Ader ke patut bayaran tiket tu adalah untuk menampung kos pembaikan Stadium Shah Alam??

Vudussss!
Mana peruntukan yang diberi kerajaan?
Masuk poket sendiri ke?

Padahal kalau main kat Stadium Putra Bukit Jalil tu tiket baru RM30.
Stadium pun cantekk..
Ini stadium macam kandang lembu, ada hati letak RM50.

Last-last kerajaan Terengganu bagi subsidi 50% ke atas setiap tiket yang dijual.
Tapii itupun ada lagi yang banyak bunyik..
Haiiii.. Kerajaan tolong pon salah.
Tak tolong lagi laaa salah.
Bersyukur je dah laaa..
Manusia...manusia..

Lantak diorang la..
Yang penting, harga tiket dah jadi RM25 je..
Murah kan?

Tak sabar pulak nak jumpa family & tengok bola.
Terengganu, CHAIYOOKK!



Takde mood nak update...

Ada beberapa citer yang aku nak kongsikan tapi malas nak menaip.
Tunggu je la ehh.
Sampai mase nanti aku update.

Chow!
Salam.

Tuesday, October 25, 2011

Spaghetti

Hari tu aku ada try masak spaghetti.
Saje la kan nak ubah selera.
Alhamdulillah, spaghetti aku sedap walaupun pes time buat.
Pasni boleh la buat lagi. :)





p/s : Malas nak taip panjang-panjang.
Tetibe je hari ni kepala aku pening semacam.
Huhuhu...


Sunday, October 23, 2011

Peteh Ganu Peteh!

Alhamdulillah!
Syukur sangat-sangat.
Negeri kelahiran aku Terengganu layak ke Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan.
Alhamdulillah...

Minggu depan kompem semua ahli family lelaki aku datang ke KL.
Tadi Abang Yu ada tanya sama ada aku nak join ke tak pergi stadium.
InsyaALLAH aku akan join.

Yea!!!!!
Ganu nelang sokmo!
Hebakkk Ganu kiteeeee....

Hoyeh...hoyehh....
*sambil buat chicken dance.. hehehe...


Friday, October 21, 2011

Ultimate Cheezy 7 Pizza

Korang dah rase ke belom pizza yang terbaru di Pizza Hut?
Ultimate Cheezy 7 Pizza.
Mase aku tengok iklan kat tv, aku terus sms FZ.

Aku : Abang, ada mase nanti kite gi pizza..
FZ : Ok. Ni mesti teringin nak makan cheezy lava lagi kan?
Aku : Tak laa.. Sayang nak try pizza baru.
FZ : Pizza baru? Pizza ape pulak?
Aku : Topping pizza tu semuanya cheese. So, takyah order cheezy lava lagi dah..
FZ : Ok. Ada mase nanti kite gi makan ye.

Dan hari Rabu baru-baru ni aku dan FZ pergi ke Pizza Hut PJ.
Korang layan gambar je la ehh...



FZ dan rambut baru dia.
Aku bengang betul dia gunting rambut sampai pendek macam nie kat bahagian tepi.
Dah macam punk dah aku tengok.
Aku siap warning lepas nie kalau buat rambut macam nie lagi, aku takkan kuar dengan dia.
Korang tengok sesuai ke dia berambut macam nie?
Sekali pandang dah macam samseng kan?

Dia cakap tukang gunting tu yang silap.
Dia pun taknak rambut sependek nie..

Hmm.. watever la abang.


Mushroom soup...



Garlic bread


Hot platter


Honey BBQ Chicken Wings


Chocolate ice blended aku punye


Mountain dew FZ punye..


And the pizza...

Pizza nie ada 7 jenis cheese kat atas.
Romano, monterey jack, Parmesan, provolone, mozarella, cheddar dan cheese terbaru pizza, cream cheese.

Bagi aku pizza nie best la..
Tapi takde laaa tersangat best macam blogger-blogger upahan tulis.
Diorang di sponsor untuk mempromosikan pizza terbaru ni.
Kompem-kompem la diorang puji melambung.
Kan?

Honestly, aku lagi suke makan super supreme dan add cheezy lava dari makan pizza nie.

Tapi apepun, cream cheese tu memang sedap.

Ini pendapat aku je la..
Kalau korang nak tahu sedap ke tak, korang try rase sendiri ye.
Ok, selamat mencuba