Saturday, December 31, 2011

Selamat tinggal 2011, Selamat datang 2012...

Aku rase tahun 2011 ni sekejap je berlalu.
Pejam celik pejam celik, dah nak masuk 2012 pulak.
Azam tahun 2011 pun masih ada yang belum tercapai.
Takpe..takpe.. boleh carry forward ke tahun 2012 nanti.
Hehehehe...

Babai 2011..
Welcome 2012!


Meh aku nak flashback ape yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2011.

Januari

Bulan bizi dalam kerjaya. Aku dapat bos baru.
Aku kena settlekan semua kerja yang berkaitan dengan dia.

Cabarannye, bile time deal dengan orang.
Kadang-kadang susah bebenor orang nak bagi pertolongan.
But alhamdulillah, aku berjaya buat dengan baik.
Bulan ni jugak aku bercuti ke Genting Highlands dengan FZ.
Dah lama sangat aku nak pergi sana tapi tak tercapai.
Cume aku frust mase pergi tu tak dapat main outdoor game sebab bad weather.
Apepun, aku seronok sangat bercuti dengan FZ.

Owh, lupe plak.
1st time FZ hadiahkan aku cincin.
Sekarang cincin tu aku pakai sepanjang mase kat jari manis sebelah kiri aku. :)

Februari

Balik kampung.......ho ho ho... balik kampung...
As usual, time raya Cina mesti aku balik kampung.
Kebetulan pulak kazen aku, Emma kawin.
Serentak pulak dengan wedding kazen aku sebelah daddy, Lieya.
Berbelah bagi nak pergi yang mane 1.
Dua-dua kazen yang terapat.

Sekarang ni Emma tengah mengandung.
Tak sure berapa bulan dah.
Lieya pulak maintain jelita...
Belum ada rezeki sampai sekarang. :)

March

Time nie aku kena dirty urine.
Tak pasal-pasal kena buat blood test.
Adoyaiii...
Dulu aku selalu gak kene dirty urine ni.
Tak tahan dowh.
Bayangkanlah korang rase cam nak kencing sangat-sangat but by the time ko dah duk mencangkung, air kencing kuar setitik dua je.
Ape perasaan korang?
Uihhh... aku ni sampai menangis-nangis korang tahu??

Bulan ni jugak kazen aku, Eizu, kawin.
Tapi aku tak dapat datang sebab takleh cuti.
Lagipun bulan 2 hari tu aku dah cuti lama..
Sekarang wife Eizu dah selamat lahirkan sorang baby comel yang bernama Engku Qaseh Qalesya.
Comel nama tu kan?

April

Bulan birthday FZ!
Susah bebenor aku nak cari hadiah untuk dia.
Last-last aku hadiahkan dia T-shirt berkolar jenama polo.
Dia tak minat baju-baju berjenama ni.
Kononnye membazir.
Last-last bile dia pakai baju polo yang aku bagi tuh, barulah dia tahu kualiti baju murah dengan baju mahal.
Sekarang ni dia dah ada baaanyyyaaakkk baju Polo.
Lagi banyak dari koleksi aku.

"Sayang laa yang ajar abang pakai baju jenama nih!" katanye.

Hahahaha....

Mei

Bulan seksa.
Hahahaha...
Bulan nie la aku diserang hama..
Berhari-hari aku takleh tido lena sebab kegatalan yang teramat sangat.
Mati-mati aku ingat tilam aku yang berhama.
Siap aku beli tilam baru.
Si dajal tu pun macam salahkan aku yang bawak hama tu.
Padahal penghuni bilik ni yang dulu pun pernah kena gigit dengan hama.
Katanye, hama tu datang dari tilam dan sofa dajal tu yang dah berkurun-kurun lamanya tak ditukar.

Bulan ni jugak ada fire drill session kat opis.
Seksanye aku kena turun tangga dari tingkat 51 sampai ke bawah.
Sampai terketar-ketar kaki aku time sampai kat lower ground floor.
Gile ahhh...
Itupun turun slow-slow..
Kalau betul-betul ada kebakaran, aku rase aku dah lama rentung.
Tinggi tuuuu nak turun tangga.
Ko mampu?

Bulan ni jugak la anniversary hubungan aku dan FZ.
Dah setahun hubungan kami.
Alhamdulillah.

Family aku ada jugak datang KL bulan ni.
Banyak habiskan mase dengan family jugak.


Jun

Aunty aku, Cik Rus., sakit dan terlantar kat hospital.
Dia ada ketumbuhan di pipi dan dahi.
Now, dia dah ok...
Makin berseri Cik Rus sekarang.

Bulan ni jugak aku ada bawak FZ jumpe kak Long kat rumah baru Kak Long di Bangi.
Itu pun FZ pergi sebab paksa rela.
Hehehehe...
FZ kan pemalu.

Julai

Start pegi gim.
Kengkonon nak dapatkan body yang vogue the vass.
Walhal, adoooo...
Makin kembang tubuh aku dibuatnye.
Huhuhu...

Bulan ni jugak la seluruh umat Islam di dunia menyambut Ramadhan.
Owh, rindunye bulan pose...
Beli makanan banyak-banyak kat bazar.
Huahahaha... Dasar membazir!

Ogos

Aku terkejut terima berita pasal arwah Aleesya Farhana aka Asyraf Hafiz.
Memule aku tak perasan dia tu sape..
Rupa-rupanye dia tuh kawan aku mase aku belajar kat Kolej Yayasan Trg dulu.
Eh, korang ingat tak Aleesya Farhana tu sape?
Alaa... lelaki yang tukar jantina jadi pompuan tuh...
Apepun, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Bulan ni jugak ada tournament bowling anjuran unit GIA.
Aku menang tempat pertama bagi kategori pompuan.
Berebut dengan Ika okeh.
Hahahah... mata Ika lagiii sikiiittt nak pintas mata aku.
Hehehe...

Hujung bulan, Rayaaaa...
Yeay...
Seronok tengok adik-adik dan anak-anak sedara kumpul duit raya.
Ceria je muke masing-masing. Hehehe...

September

Musim raya tak habis lagi.
Rumah terbuka sana sini.
Cume aku je tak join.
Bukan malas tapi takde mase.

Paling tak boleh blah, aku dipilih untuk jadi candidates Awek Cun TM.
Wakakaka....
Cun ke?

Bulan ni jugak pertama kali aku jejak kat Pantai Morib.
Mandi tengah panas sampai demam.
Hahaha.. Padan muke kat diri sendiri.

Oktober

Wahhhh...
Pes time jejak kaki kat Stadium.
Kengkonon nak merasai kemeriahan perlawanan bola sepak.
Time tu perlawanan antara N9 vs Trg.

Meriah la sangat kannn?
Sanggup bayar RM25/org.
Walhal adooo!
Bingit telinga aku dengar bunyi pompam sana sini.
Mujur jugak kepala aku tak kena botol air plastik yang orang atas stadium duk baling.
Aku sempat mengelak.
Kalau tak ngelak, kompem habis basah baju aku.

Sakit mata aku tengok bebudak laki macam takde akal kena rasuk bile time menang.
Tapi bila dah kalah, masing-masing duk diam tak terkata.
Padan muke.
Serik aku wehhh pergi stadium.
Pasni kalau nak tengok bola sangat, tengok aje dalam tv.
Selesa pun selesa...

November

Hepi besday to me!
Huhuhu... Aku dah masuk 26 tahun.
Alamak haiihhh... Dah tua wehhh...

Setelah bertahun-tahun lamanya tak sambut birthday, FZ suke rela nak buat parti untuk aku.
Terima kasih kepada yang datang.

Bulan ni jugak aku gaduh besar dengan Dajal tuhh...
Dia tuh bodo tak bertempat.
Ader ke patut pergi rendam periuk aku dalam kuali yang ada minyak.
Alasan, dia ingatkan dalam kuali tu air..
Bodo!
Takkan minyak dengan air pun tak leh beza??
Dah la minyak dalam kuali tu minyak aku.
Banyak pulak tuuu...
Dia ingat aku ni beli minyak murah ke?
Gune pasir??
Bangang punye pompuan.

Disember

Sekali lagi aku pergi ke Genting Highlands.
Kali ni puas hati sebab dapat main outdoor game.
Dapat harge murah lak tu.
Memang rezeki la kannn...

Bulan ni jugak la aku hepi sebab KPI aku dah settle dan markah yang aku dapat pun tinggi.
Alhamdulillah.
Bos aku memang tak lokek.

Tapi bulan ni jugak la aku diserang gastrik yang teruk.
Sekarang pun aku kena bergantung pada ubat-ubatan.
Doakan aku sembuh ye kengkawan...
Tak tahan la hidup dengan sakit perut sepanjang mase.


Ini je la flashback aku sepanjang 2011.
Kawin??
Aku dah lali dengan soalan ni.
And please, takyah la nak tanye selalu.
Muak laa nak jawab.
Kalau dah sampai seru, aku kawin la nanti.
Kalau dah ditakdirkan aku memang tak kawin, sampai bile-bile pun aku takkan kawin.
Just chill ok!

So far, alhamdulillah..
Sepanjang 2011 nie, banyak benda manis, pahit, masam, masin yang berlaku dalam hidup aku.
Ini semua telah mematangkan aku untuk menghadapi masa-masa yang mendatang. *chewahhh...hiks
Apepun, aku bersyukur sangat-sangat.
At least aku still dapat menikmati hidup hingga ke saat ni.
Alhamdulillah.


Gambar tuan punye blog mesti kene tepek jugak kan sini. Heheheh...
Jangan mareee ye kengkawan. :)

Wednesday, December 28, 2011

Alahai pompuan... Kesian sungguh!

Aku was-was jugak nak publish ke tak entri ni.
Kang nanti ader pulak yang kata aku ni tak pro pulak.
Sibuk nak amik tau hal kerja boypren.

Korang mesti dah sedia maklum boypren aku buat part time as swimming instructor.
Dah ramai orang dia ajar.
Budak-budak, orang dewasa, bebudak sekolah...
Dia mengajar tak kire jantina.
Lelaki...pompuan...semua dia ajar.

Kadang-kadang time dia mengajar, dia ajak aku pergi tengok sekali.
Nak-nak kalau time tu dia kena mengajar pompuan.
Aku tak kisah sangat kalau sekadar nak temankan dia.
As long as time tu aku free.

Kisahnya ada sorang pelajar FZ ni.
Pompuan. Umo sebaya dengan aku.
Dia belajar renang berdua dengan sorang lagi kawan pompuan dia.
Ok, aku bagi nama dia Nur dan kawan dia Nani.
Mase start kelas pertama, aku dah perasan Nur tergedik-gedik je dengan FZ.
Gedik dia tu semacam.
Aku sebenarnye malas nak amik kisah sangat.
Yang penting FZ tak layan.
Nani pulak aku tengok ada semangat nak belajar.
Dia ikut je ape yang FZ ajar.

Sebelum dia balik, dia ada cakap kat FZ...

"Muke diana tu garang la. Tak suke tengok muke garang dia".

Eh, garang ke?
Tak suke?
Kalau tak suke, aku nak buat cemana?
Ko nak boyfren aku halau aku ke?
Dah tu, dia pegi bagitahu boyfren aku pulak tuuu.
Rasional ke?

Pernah 1 kali dia sms FZ.
Katanya nak jumpe FZ lepas balik kerja.
Bile FZ tanya kenapa, dia cakap dia nak FZ tolong tengokkan kereta dia.
Katanya ada tayar kereta dia bocor.

FZ sendiri yang tunjukkan sms dia kat aku.
Aku marah-marah la FZ.
Kenapa pulak dia nak mintak tolong FZ?
Dia cakap dia dah ada boyfren.
Suruh je la boyfren dia yang tengok-tengokkan?
Ye dok?

Ada 1 kelas tu, FZ ajak aku join sekali.
Aku on je.
Time tu aku beat dengan Nani untuk swim dalam pool tuh.
1 round aku swim dengan Nani.
Bile sampai kat FZ dan Nur, aku ajak beat dengan Nur pulak.

Aku : Nur, jom laa kite swim.
Nur : Taknaklah.

Aku kerling kat FZ.

FZ : Tengok, Nani pun dah pandai swim. Awak tak pandai-pandai.
Aku : I dare u buat macam Nani. Boleh?
Nur : Biarlah!

Aku dengar FZ dah mengeluh dah.
Then aku biarkan dia fokus kat Nur je.
Aku pulak tolong Nani untuk betulkan teknik swim dia.

Bile dah habis kelas, aku dan FZ biarkan dua sekawan tu belajar lagi kat kolam.
Biasenye aku akan bersiap dalam opis FZ.
Selesa sikit nak tukar pakaian.

Lepas mandi semua, aku dan FZ pakat intai diorang dari tingkap bilik FZ.
Kitorang terkejut tengok Nur boleh berenang.

Itu satu hal la...
Ni ada lagi 1.
Ada satu hari tu, Nur datang kat kolam sorang-sorang.
Kononnye nak training swim.
Dia sms FZ dulu bagitahu dia nak datang.
FZ balas ok je la.

Time dia sampai kat kolam tu, aku ada dalam opis FZ.
Aku main game kat pc.
So, Nur ni tak tahu aku ada kat situ.
FZ pulak temankan aku main game.

Pastu hp FZ berbunyi.
Sms dari Nur.

"Kenapa sekarang ni awak balas mesej saya gitu-gitu je?"

FZ tak balas.
Tapi hati aku sentap jugak la kannn...
Girlfren mane yang tak jeles kalau ada pompuan lain mesej boyfren dia. Kan?
Tapi aku diamkan aje.

Pastu tak lama lepas tu sampai lagi 1 sms.

"Sombong!"

Adoyaii...
Pompuan..pompuan....
Ko ni betul ke dah ada boyfren?
Ke saje je cakap macam tu sebab taknak dikatakan tak laku?

Then tak lama lepas tu, dia sms lagi..

"Awak dah makan malam?"

Uikss....
Ini sudahhh lebihhh bhaiii..
Terang-terang sangat ko ni nak menggatal.
Aku ajak FZ kuar dari opis dan lepak kat luar.
Aku tengok Nur terkejut bile nampak aku.
Haaa... tau pun ko!
Haih.. nak je aku kasi tepuk sikit dahi ko tuh..

Eh, cerita tak habis lagi nih.
Selang beberapa hari, dia sms lagi.
Kononnye nak datang kat kolam.
Kebetulan mase tu aku tengah swim.
Bile dia sampai kat kolam, terus dia tak jadi swim.
Bile aku dah naik, barulah dia swim sensorang.

Dan kejadian yang last ni betul-betul buat dia fed up kot.
Kebetulan kawan FZ, Man, ada bawak baby dia.
Wife Man kerja sampai malam.
So, man kena jaga baby dia.

Aku kan suke baby.
Aku dukung je baby Man tu, nama Dania.
Orang-orang kat situ panggil Nia.
Nia ni nakkk je dekat semua orang.
Tak kisah sape yang dukung dia.

So, time FZ mengajar Nur dan Nani, aku sengaja menyakat FZ.
Aku suruh Nia panggil FZ papa.
FZ pulak layankan aje...
Nani dan Nur tak caya Nia tu anak FZ.
Paling kelakar bile Nur buat muke.

Nia pulak macam tahu-tahu je kitorang gunekan dia untuk menyamar jadi anak FZ.
Dia asik nak pegi kat FZ je.
Hahahaha...

Since that, no more sms dari pompuan tu.
Dia pun dah tak datang kolam untuk training.
Bukannye aku suke benda macam nie jadi.
Tapi beragak laa kalau nak menggatal pun.

Eh, petang ni ada lagi kelas dia.
Tapi tak tahu la jadi ke tak.

Aku ni kalau boleh nak la student FZ pandai berenang.
At least, tak la menjejaskan reputasi FZ.
Tapi kalau perangai student menggatal macam tu, nak salah siapa?
FZ takde pulak nak melayan ke ape.
Cume aku sebagai girlfren tetap rase tak sedap hati kalau boyfren diganggu macam tu.
Ye tak?




Tuesday, December 27, 2011

Apa yang korang nampak?


Korang tengok la gambar-gambar kat bawah ni.
Apa yang korang nampak?



Dinding yang bertiang atau kapal atau kedua-duanye?



Ni plak gambar 3D...




Ape yang korang nampak dalam gambar ni?


Acu korang kira...
Berapa bilangan muke orang yang korang jumpe?


Yang ni pulak ape yang korang nampak?


Menarik kan?

Kek coklat... Yummy!

Rase cam dah berkurun-kurun tak update blog ni.
Takde idea plus takleh transfer gambar.
Tak best la kannn buat entri takde gambar.
Apepun tetap kene tepek gambar walaupun sekeping.

Last week, aku kebosanan duk rumah.
Tak tahu nak buat ape.
Pi dapur ingat nak buat spaghetti tapi tak jadi pulak.
Daging takde.
Tomato puree pun takde.
So, cancel.

Pastu ternampak pulak tepung kek dan tin koko.
Tetibe datang kerajinan nak buat kek.
First time buat kek dulu, dah menjadi. Sedap.
So, kali ni aku nak buat lagi kek buat kali kedua.
Boleh bagi FZ dan kawan-kawan kat opis makan.
Uihhh... orang opis aku suke sangat dengan kek coklat ni.

30 minit je pun mase diambil untuk sediakan bahan-bahan dan adun kek ni.
Senang.
Then bakar suhu 180DC selama 45 minit...
Itupun kene check jugak kalau-kalau kek tak masak kat dalam.
Cara nak check, gunekan lidi atau toothpick. 
Kalau ada coklat yang melekat kat kek, itu tandanya kek belum masak.


Kat tengah kek tu aku letak honey star.
Saje buat hiasan.
Aku ni takde la kreatif sangat pun.



Alhamdulillah, menjadi jugak kek aku.


Muke orang puas hati sebab kek menjadi dan sedap.

Aku bagi FZ dan kawan-kawan kat kolam makan.
Pastu ada lebih, aku potong kecik-kecik masukkan dalam tupperware dan bawak pegi opis.
Takdan tengahari, kek aku habis diorang sapu.
Alhamdulillah...

Salah sorang opismate aku cakap,

"Untung sape dapat Diana. Pandai buat kek. Hari-hari boleh makan kek.."

Hehehehe...

Benda senang boleh la aku buat.
Acu kalau suruh aku masak kari...
Menggelupur ok!


Thursday, December 22, 2011

Korang pasan tak?

Korang pasan tak lately banyak entri aku takde gambar muke aku mahupun FZ?
Ataupun korang cakap "ader aku kesahh??" T____T

Ok...ok...
Ku sedar siapa diri ini... Tsk.

Ekceli bukannye aku takde gambor ke hape..
Ada..
Biasenye aku snap gune henfon experia X10 je.
Aku ni mane la ader duit nak beli DSLR macam yang korang pakai tu... T____T

Kisahnye, time nak transfer pic tu aku cucuk la kabel kat pc.
Takdenye aku nak bluetooth bagai.
Leceh.
Cucuk punye cucuk, akhirnye hp aku ni kene virus.
Siot tul laa...

Asal aku cucuk kat pc opis aku ni, takleh loading gambar-gambar.
Video pun apatah lagi.
Bile dah remove virus gune anti-virus, still pc takleh read hp aku.
Sakit tul la hati....

Aku nak tanye korang...
Bile aku bawak henfon ni kat kedai baiki henset, diorang leh baiki henset aku ni on that time tak?
Ke kene tunggu beberapa hari baru leh siap?
Ke henset aku ni kene format balik?
Kalau kena format, kompem semua data like gambar-gambar, videos dan all games yang ada akan dibuang kan?
Ke cane?
Fenin...fenin...

Wednesday, December 21, 2011

Adam Adli, jangan nak berlagak hero sedangkan spender yang ko pakai sekarang pun bapak ko yang belikan.. ok?

Adam Adli...
Satu lagi nama yang femes selepas Ariff Alfian.
Eh, pasan tak?
Yang nama berpangkal A ni banyak buat masalah?
Adam Adli (AA) dan Ariff Alfian (AA)...
Hmm.. kebetulan kot.

Mamat yang bernama Adam Adli ni bukanlah bermasalah sosial seperti Ariff Alfian tu.
Adam Adli ni bukanlah seorang gay (mungkin laa....).
Tapi dia adalah seorang remaja yang baru berusia 22 tahun yang takde adab langsung.

Biadap! Kurang ajar! Bodoh!
3 perkataan ni sangat sesuai bagi menggambarkan siapa budak yang bernama Adam Adli.

Baru pun 22 tahun tapi ada hati nak jadi hero.
Kok ye pun nak berpolitik, pi perabihkan pengajian ko kat UPSI tu dulu.
Pastu cari kerja. Pastu kalu ko nak berpolitik pun, politik laaa...
Takde sape nak marah.

Tapi apepun, itu tak menghalalkan ko untuk bersikap biadap bila masuk ke rumah orang.
Yang ko pegi turunkan bendera Najib kat PWTC dan naikkan bendera muke kegemaran ko tu kenapa??
Dah PWTC tu rumah Najib, opcos laa muke dia banyak bertempek kat situ.
Ni ko pepandai pulak pergi sane dan turunkan bendera tuan rumah.
Pastu bile orang ugut, tahu pulak ko pergi report polis.
Laaa.... penakut jugak rupanye..
Time ko biadap tu, takde pulak takut eh?

Ko tu dah la penuntut UPSI.
Bakal cikgu.
Bakal jadi pendidik di mase depan.
Tapi ini ke moral ko?
Aku taknak ko jadi cikgu kepada anak-anak aku nanti.
Cikgu macam ko ni bukannye mendidik tapi merosakkan anak bangsa.

Agaknya ko ni rase diri ko dah pandai kot.
Dah ada feeling nak jadi pendidik la katakan.
So, dengan cara macam ni la eh ko nak didik manusia-manusia semua?
Ko didik orang supaya mengamalkan sikap biadap dan kurang ajar.
Kan?

Common sense la bhaiii...
Kau masuk rumah orang, biarlah beradap.
Jaga tatasusila.
Bukannya pakat main redah dan buat sesuke hati mak bapak ko je.
Acu kalau orang pi rumah ko, pastu alihkan barang-barang ko sesuke hati, ko marah tak??

Uihhh... kalaulah aku jadi Najib, aku akan arahkan ko mintak maaf secara terbuka so that lepas ni ko takkan berani lagi biadap macam tu.
Dan kalaulah aku jadi pengarah/ pengetua or watever orang atasan UPSI, aku akan buang je ko dari UPSI.
Buat malu nama kampus je.

Ha.... sekarang ni rase hero sangat la eh...
Tak pasal-pasal hidup ko dah tak tenang. 
Tido pun tak lena.
Makan pun agak-agak nak tak nak je. Selera hilang terus kann...
Harapkan report polis tu je yang buat ko rase selamat sikit kan..

Tu la...
Sebelum buat, tak pikir panjang dulu.
Bila dah jadi macam ni, baru tahu nak menyesal.
Sekarang, padan muke ko.

Ko ingat ko buat macam tu, orang akan sanjung ko la eh?
Nak jadi hero tak bertempat!

Untuk cerita yang lagi detail, korang leh klik [sini]


Tuesday, December 20, 2011

Salam pagi yang errrr...... ngantukkk... v___v

Hai...
Korang ape cer pepagi ni?
Ok?

Aku mengantuk la..
Padahal semalam tido awal.
Pastu pagi ni datang opis mulalah rase malas gile.
Tambah pulak aircond opis ni,, mak aihhhh dia punye sejuk sampai tahap beku.

Semalam aku amik mc.
Tak tahan la sakit perut.
Melampau-lampau.
Pegi check kat klinik, doc cakap gastrik.
Aku mintak mc terus.
Memang nak balik rumah dan rehat.

Pas gi klinik, naik opis jap.
Ingat nak submit mc kat bos terus.
Tapi bos pulak sembang dengan opismate lain.
Takpe, aku tunggu.
Aku buat kerja aku dulu....walaupun bontot dah pedih balik.
Sial tul la!

FZ dah banyak kali tanya bila nak suruh dia datang amik.
Banyak kali jugakk la aku suruh dia tunggu.
Lepas je aku submit mc kat bos, ape lagi.... zassssss aku sms FZ suruh datang amik.

Ok, lega 1 kes.
Sampai rumah, baru aku teringat.
Paip air toilet rumah aku rosak!
Cis...cis..cis...

Aku baring je..
Trauma gile nak berak.
Makan ubat yang doc bagi tadi, then baring.
Tengok tv, layan citer hantu hindustan.
Sakit perut dah hilang sikit-sikit.
Tengok tv sambil layan sms FZ.

Lunch FZ ajak kuar pi Amcorp Mall.
Aku ok je. Lagipun perut tak sakit sangat dah.
Since doc cakap aku gastrik, FZ suruh aku makan nasik.
Sebenarnye dah banyak hari aku tak makan nasik.
Kononnye nak diet.
Badan dah gemuk dan aku rase better aku diet slow-slow sebelum terlambat.

Balik dar AmCorp, FZ temankan aku pi opis pengurusan apartment aku.
Nak bayar maintenance.
Settle kije, FZ hantar aku balik rumah.

FZ ada kelas renang dari kul 2 petang sampai 4 petang.
Aku pulak layan fesbuk kat rumah.
Tengah duk bersenang-lenang kat rumah, dengar ada orang balik kat rumah.
Aku memang dah tahu mesti pompuan dajal tu.
Eh, dah lama tak sebut pasal dajal tu kan?

Aku dah malas nak sebut sebab perangai dia tetap tak berubah.
Cenggitu la jugak.
Tak padan ngen tua.
Perangai macam budak-budak.

Aku still layan tv dalam bilik.
Tup-tup aku tertido.
Bangun tak bangun pukul 4.15.
Itupun sebab FZ sms.
Dia suruh aku turun lepak kat kolam.

Aku iyakan aje.
Seronok lepak kat kolam.
Leh sembang-sembang, leh main pingpong, leh main komputer, leh tengok movie.
Memang best.

Mujur lah perut aku dah tak meragam.
Pagi ni pun dia meragam sekejap je.
Pastu dah ok.
Fuhhh... aku tak nak sakit perut lagi dahh.
Bagi aku sakit yang paling sakit adalah sakit perut selain dari sakit gigi dan demam.


Monday, December 19, 2011

Perut oh perut... Kenapa asik meragam je pepagi?

Pic : Mr. google dot com.


Lately lepas bangun tido je mesti perut aku sakit.
Sakitnye tu bukannye sakit biase.
Sakit ala-ala cirit-birit gitu.

Korang pernah rase camni tak?

Masalahnye kes aku ni bukan kena sekali-sekala tau.
Tapi tetiap hari.
Ko mampu nak tahan?

Dah la aku kongsi bilik air dengan housemate lain.
Kadang-kadang sampai tak tertahan aku dibuatnye.
Meremang bulu roma semua.
Uihh.. terseksa sungguh bontot aku.

Aku dah banyak kali pergi jumpe doktor.
Asik-asik dapat ubat gastrik je.
Masalahnye aku ni gastrik ke?
Takkan la tetiap malam sebelum tido aku kena makan dulu so that esok pagi aku takkan kena gastrik?
Ye dok?

Korang ada ape-ape petua tak nak hilangkan sakit perut cam ni?

Help me, please.... 

Sunday, December 18, 2011

Ni la yang dikatakan "Belajar tinggi-tinggi tapi bodo bertingkat-tingkat!"... Ader yang terasa ke?

Ariff Alfian Rosli.
Sekelip mata je nama dia femes di negara kite.
Kenapa?
Artiskah dia? Pejuang ke? Atau sape eh?

Sedap sungguh nama dia kan?
Tapi nama sedap tak gune gak kalau perangai cam haprak!

Femesnye dia sebab kes dia kawin dengan orang yang sejantina dengan dia.
Means he is GAY!
Belajar tinggi sampai ke Dublin sane, tapi bodo nak mampsss!

To, Ariff Alfian Rosli,

Oit, ko ni macam kan dah takde pompuan kat dalam dunia ni.
Batang pedang tu jugak yang ko nak!

Dah la tu, menyusahkan family sendiri.
Tak pasal-pasal family ko kena bayar RM890K kat Petronas.
Ko ingat sikit ke RM890K tu?
Dekat sejuta ok???
Ko ada pikir tak family ko cemana? Kesusahan family ko?
Betapa malunya family ko nak hadap orang sekeliling disebabkan perangai ko!
Ko plak sedap-sedap pi tadah bontot kat mamat omputih tu!

Dasar bangang!


Muke hensem tapiiii....

Dah la pakai baju melayu, bersampin dan bertanjak bagai...
Bangga sangat la tuh bawak imej melayu kat negara orang.
Ko ni dah memalukan Islam, Melayu dan Malaysia.
Ko tahu takkk??

Takde benda yang ko nak bangga sangat!



Oooo... Kirenye Jonathan ni betina la eh?
Ko la jantan?
Geli aku wehhhhhh!
Geliiii...!!

Disebabkan nafsu, ko sanggup mengkhianati keluarga.
Sedangkan keluarga ko yang selama ni banyak bersusah-payah untuk membesarkan ko.
Keluarga ko yang berjaya mendidik ko dengan baik sehingga ko jadi pandai camni.
Tapi alih-alih, ini yang ko balas?

3 tahun family ko cari ko.
Sebanyak 8 kali dalm tempoh 3 tahun diorang datang ke Dublin semata-mata nak cari ko.
3 tahun jugaklah mereka tak lena tido sebab risaukan ko.
Tapi ape yang diorang dapat?
Tahu-tahu ko dah kawin dengan jantan!

Wehh,... kalau ko kawin dengan pompuan secara senyap-senyap pon family ko takde la malu sangat.
Ini dengan jantan okeh!!
JANTAN!
Benda alah dia same je dengan benda alah ko.
Ape yang menariknye hah??
Heeiii... tak paham betol la aku!

To Jonathan,

Congrats sebab berjaya heret seorang umat Islam khasnya dan seorang lelaki Melayu umumnye ke kancah kesesatan.
Tahniah!
Agama ko mungkin dibolehkan untuk main bontot sesame sendiri.
Tahniah sekali lagi sebab berjaya memesongkan akidah seorang umat Islam sehinggakan dia sanggup mengkhianati keluarga dia sendiri!

Ko berdua memang jenis bangang!


********************

Aku doakan semoga keluarga Ariff tabah menghadapi dugaan ni.
Ini mungkin ujian ALLAH SWT keatas umatnya di dunia.
Dan jugak aku tetap doakan semoga Ariff akan sedar dari kesilapannya dan kembali ke pangkuan agama dan keluarga.
Amin....

Friday, December 16, 2011

Sharing is caring :Nisbah Iblis vs Jin vs Syaitan


~ Klik untuk tumbesaran ~

Korang bayangkan lah 9 Jin bersamaan 1 manusia??
Banyaknye jin kat sekeliling kite....

Gelato Fruity

Ini entri lama sebenarnye.
Dah berkepam duk dalam kotak draf.
Dah berbulan-bulan dah rasenye.
Terlupa pulak nak sambung menaip pasal benda nie.

Korang pernah makan Gelato Fruity tak?
Gelato Fruity ni lebih kurang macam tutti frutti gak.
Tapi kalu tutti tu, frozen yogurt kan?
Tapi gelato ni Italian Ice Cream.

Biasenye kalau aku pergi ke MV, takat tengok je la outlet gelato ni.
Takde pun teringin nak makan ke ape..
Tapi beberapa bulan lepas, diorang ada buat promotion kat ground floor MV.

Aku memang suke makan aiskrim.
Aku ajak FZ try gelato ni.
Nanti boleh la compare dengan Tutti Fruity.


Harga Gelato Fruity ni tak jauh beza dengan Tutti Frutti.
Beza pun sen-sen je.
Tapi kalau kite beli Tutti Fruity, kite boleh letak sebanyak mana topping dan yogurt yang kite suke.
Kalau gelato nie, kita ada limit 3 scoop untuk 1 bekas besar.
Kalau bekas kecik, dapat 1 scoop je.
Topping pulak, kite pilih sendiri tapi diorang yang akan letak.
Kalau kat tutti frutti, kite letak sendiri kan...
Pastu boleh hias-hias dalam bekas tu kan...

Lepas pilih semua, barulah timbang.
Harge ikut berat.



Eh, terbiru pulak..


Sorry ye. Kualiti gambar tak memuaskan sebab amik dari hp nokia FZ.



Aku yang tembam.. T_________T

Bagi aku, Gelato ni sedap.
Lagi sedap dari Tutti Frutti.
Tapi bagi FZ pulak Tutti Frutti lagi sedap dari Gelato.
Selera masing-masing kan?

Kalau korang nak rase, outlets Gelato ada kat Mid Valley, 1 Utama, Jusco Cheras Selatan, KLCC, Pavilion etc.
Korang boleh klik [sini]

Thursday, December 15, 2011

Tak ada idea la dowh

Amacam? Bosan tak bukak blog aku yang dah berhari-hari tak ber update?
Hahahaha...
Sorry la ye kengkawan.
Aku bizi sangat akhir-akhir ni.
Plus tak de idea nak update ape.

2-3 hari ni aku asik la gaduh dengan FZ tu.
Bosan dowh..
Dia tak habis-habis dengan cemburu tak bertempat dia.
Huh!
Puas dah bagi nasihat.
Tetap cenggitu gak.
Fikir ikut kepala lutut.. bukan ikut otak.
Haihhh...

Semalam dah ok.
Itupun lepas aku ajar dia cukup-cukup.
Aku tak sms dia, tak call dari pagi sampailah petang...
Dia tu mane leh tahan kalau aku tak sms dia 1 hari.
Kompem menggelupur.

Tapi gaduh-gaduh pun, dia tetap jalankan tanggungjawab dia.
*Tanggungjawab? Blueekkk...
Petang semalam kan hujan.
Dia sukerela jemput aku kat opis.
Dia takut kalau aku kena hujan.
Sebab aku ni bangsa kalau kena hujan sikit, sure cepat demam.
Antibodi tak kuat langsung.

Ok, habis citer pasal FZ.
Kitorang pun dah berbaik semalam.

Pasal kije, aku makin bizi.
Sesuai la dengan markah penilaian yang aku dapat.
Nak buat cemane..
Nak markah tinggi, kerja pun kena lebih la kann..
Tak gitu?

Setiap hari ader je kerja yang aku kena buat.
Dan alhamdulillah aku boleh settlekan kerja tu tanpe bertangguh-tangguh.

Kesihatan aku ok sikit.
But 1 je yang buat aku risau.
Since aku balik dari Genting hari tu, aku rase semacam kat lutut aku.
Kalau time sejuk je, mesti lutut aku jadi sakit.
Time nak melangkah turun tangga pun sakit.
Nak-nak sekarang ni dah musim hujan.
Cuace kompem-kompem la sejuk.
Mulelah lutut aku nie sakit-sakit.
Adoyaiii...Aku rase cam orang tua dah.
Huhuhu...

Ini je la perkembangan aku sekarang.
Nak taip lebih-lebih pun dah tak boleh.
Jari-jari aku ni dah naik beku rasenye.
Aircond opis aku nie kuat sangat.
Huhuhu..

Ok, babai..


Monday, December 12, 2011

Kata tak minat tapi alih-alih dia pulak yang bergenang

Meletopp-letopp sungguh movie adaptasi dari novel ni.
Movie Ombak Rindu.

Pic : Gua.com.my

Dulu aku baca novel ni dalam Majalah Remaja.
Abang Yu aku suke sangat beli majalah Remaja tetiap bulan.
Aku pulak tumpang la baca.
Maklum la time tu aku still bersekolah lagi.
Mana ada duit nak beli novel-novel bagai.

Memang novel dia best.
Best sangat-sangat-sangat-sangat.

Tahun nie kuar pulak movie dari novel tu.
Opcos la aku nak pegi tengok.
Awal-awal lagi aku dah pesan kat FZ...

"Sayang nak tengok citer ni. Tak kire la apepun. Abang kene tengok jugak."

Nak tahu ape dia jawab?

"Ishh... Abang tak minat la nak tengok citer-citer Melayu jiwang ni. Tengok dalam internet je la nanti.."

Hek elehhh...
Tak minat konon..
Alih-alih dia pulak yang beriya-iya ajak aku pegi beli tiket.
Takut sold out katanya..

Hari Khamis lepas balik kerja, kitorang naik LRT ke KLCC.
Suke benor dia naik LRT.
Dia cakap penat asik naik kereta je.

Kitorang beli tiket untuk hari Sabtu.
Mujur seat ada banyak lagi.
Lepas beli tiket, kitorang pergi makan.
Itupun sempat lagi kitorang layan drama Tentang Dhia kat food court KLCC.
Eh, bukan aku dan FZ je yang layan tv kat situ.
Orang lain pun ada.
Masing-masing makan sambil layan drama popular tu.

Hari Sabtu, pukul 12.30 pagi kitorang dah terpacak kat KLCC.
Ape-ape hal, kitorang makan dulu.
Perut aku ni pun dah lapar sesangat.

Kitorang makan waffle.
Cookie Double Chocolate.


Best....
Asal datang KLCC je mesti aku makan waffle nie.
Lembut jek.. Sedap pulak tu.


Tiket Ombak Rindu...
Hoyehh...

So far, bagi aku laaa...
Movie ni best sikit kalau nak compare dengan Lagenda Budak Setan.
Mungkin sebab ada banyak elemen sedih dalam OR ni.

Tapi movie ni terlalu banyak sangat babak yang dipotong.
Mungkin nak memendekkan masa tayangan.
Dan jugak watak Izzah dalam novel nie agak berbeza dengan watak Izzah dalam novel.

Izzah dalam novel hanyalah seorang gadis biase lepasan SPM yang dijual di kelab malam oleh bapa saudaranya sendiri, Pakcik Taha.
Sedangkan Izzah dalam filem ini adalah seorang ustazah yang mengajar anak-anak kampung mengaji.
Kirenye Izzah dalam filem ni alim sikit laaa...
Watak Hariz dalam novel pun lagi kejam dari watak dalam filem..

Ha, lagi satu.
Watak Azizah Mahzan sebagai ibu kepada Hariz yang bernama Datuk Sufiah.
Memang tak dinafikan Azizah Mahzan berjaya menjiwai watak dalam filem tu.
Cumenye 1 benda je la..
Aku menyampah dengan sleng Azizah Mahzan.
Cam omputih gitu....
Erkkkk...
Lagi 1 pakaian dia amatlah menjolok mata tak sesuai dengan usianya yang boleh dikire sebagai orang tua.

Mungkin di alam realiti, masih ada orang tua yang berpakaian seperti Datuk Sufiah.
Tapi kannn... Ini kan filem.
Orang tua, orang muda, budak-budak sekolah pun ada tengok filem ni.
Tak malu ke dedahkan pangkal buah dada pada umum?
Kalau dada tu tegang lagi, takpe.
Ini dah layut cam buah betik tua.
Ishh.... Buruk ok.

Ok la...
Malas nak komplen banyak-banyak.
Yang penting jalan ceritanye best dan tak membosankan.
Tak rugi la kalau korang pergi tengok.

Lagipun filem ni ada moral yang tersendiri.
Ia menunjukkan ketabahan seorang wanita dalam mengharungi liku-liku hidup dan menunjukkan jatuhnya keegoan orang kaya yang bongkak.

Kalau tadi FZ kata dia tak minat nak tengok filem Melayu kan?
Alih-alih aku perasan dia nangis pulak mase tengok filem tu.
Aku gelak kat dalam pawagam tu..
Hahahahah... Siot je makwe gelakkan pakwe tengah menangis.

Kata FZ, dia sebak bile Hariz cakap dia rindukan Izzah selepas dia bernikah dengan Mila secara terpaksa.
Hahahaha...
Tak minat la sangat kannnn...
Tak minat pun, nangis jugak.
Hahahaha....


Selangor cuti... aku lak rase malas gile nak pegi opis..

Syiokk sakan orang-orang Selangor sebab bercuti hari ni.
Waaa... Nak cuti gak.
Huhuhu..

Pagi tadi bukan main liat lagi aku nak bangun tido.
Asik la duk teringat-ingat kot KL cuti gak hari ni.
Tak puas oohh cuti 2 hari je..
Hahaha... Melampau sungguh. *Panggg se dass..

Dah la pagi tadi aku sensorang je bangun pagi siap-siap nak pergi opis.
Housemates aku semua tengah membuta lagi kat dalam bilik.
Huhuhu.. jeles ohh..
Nak membuta gakk.
Nak cuti gak..
Nak golek-golek atas katil sambil peluk bantal golek gak..
Huhuhu...

Dan sekarang, aku dah ada kat opis.
Melangut depan pc dan melalut sensorang dalam blog ni.
Aku rase cam hape-hape lahh yang aku merepek meraban kat sini.
Korang layankan aje la ye..

Mata aku ngantuk sebenarnye.
So, lebih baik aku turun pi food court beli breakfast.
Pekena teh ais pun best gak kan?
Slurrrppp... :)

Chow!

Friday, December 9, 2011

Testing update blog through phone

KPI

Alamak aihhhh...
Bos ajak face-to-face untuk buat penilaian KPI lak...
Tadi dah buat separuh.
Pastu akan disambung lepas dia selesai solat Jumaat nanti.

Gulp...
Telan air liur banyak-banyak...

Bos, jangan lokek bagi markah ye.
Huhuhu...


*********************************

UPDATE...

KPI aku dah siap..
Hoyeh...hoyehh...

Sayam sungguh kat bos.
Pemurah gilosss...

Nanti saya dapat bonus nanti, saya belanja bos eh..
Hehehehe

Jenaka pagi

Anak : Ayah...ayah.. saya dapat 2 gol hari ni.. *melompat-lompat sambil tunjuk pingat emas.

Ayah : Hei... Anak jiran sebelah tu dapat score 9A tau tak??? *marah dengan muke yang bengis.


Beberapa tahun kemudian....


Anak jiran sebelah : Ayah..ayah.. Saya dapat score 12A.. *sambil tunjuk sijil.

Ayah jiran sebelah : Hei... Anak rumah sebelah tu umur baru 17 tahun dah ada RM30 ribu. Kau ape ade??


Thursday, December 8, 2011

Hensem sangat ke kau nak kritik-kritik orang??

Susah betul kalau ada orang poyo yang duk berdekatan dengan kita.
Tambah-tambah bile mulut orang tu suke komplen orang lain itu ini.
Macam kan dia tu perfect sangat.
Menyampah tul aku.

Ok, citernye cenggini.

Kengkawan opis aku kompem tahu cara pemakaian aku cemana kat opis.
Aku lebih gemor pakai baju kurung.
Selesa la pakai baju kurung kat opis.

Kisahnye, bos aku jenis pemikiran barat sikit.
Dia tak berapa gemor PA dia asik pakai baju kurung je.

Paling tak boleh blah bila bos aku tanya,

"Awak nak pegi kenduri kawin kat mana pulak hari ni?"

Adoyaiii...
Bos..bos...
Mementang la aku asik pakai baju kurung je kat opis kannnn.
Hahaha...

So, akhir-akhir nie aku try ubah cara pemakaian.
Cam semalam, kali pertama dalam hidup aku pakai skirt pegi opis.
Skirt labuh la kannn...
FZ pulak luluskan aku pakai skirt tu.

Dan semalam, bos aku puji...

"Ha, camni la bagus. Barulah saya boleh eksyen dengan orang-orang opis lama saya."

Aduhaiii.... Bos aku ni memang cenggini.
Layankan aje la..

Pastu hari ni pulak, aku pakai seluar.
Pun kena puji.

Entri kali ni bukannya nak citer pasal bos aku sebenarnye.
Tu baru introduction... Hehehehe..
Aku nak citer pasal someone yang poyo dalam opis aku ni...
Aku panggil dia 'G' je.

Benda ni start semalam laaa...

Kan aku citer tadi aku pakai skirt kat opis semalam.
Punyalah semua orang dalam opis ni puji aku termasuk bos aku.
Aku ni takde la bangga sangat pun kena puji.
Tak heran la kann...
Cumenye aku menyampah dengan G ni bila dia cakap,

"Dun u ever wear like this anymore. U looks older".

Aku boleh terime pasal older tu.
But ayat "Dun u ever wear like this anymore" tuu yang buat aku sentap.
Tambah pulak gaya dia bercakap tu macam mengarah.

Automatik laju je mulut aku balas, 

"Eh, apesal lak?? Ikut suke I la nak pakai apepun".

Bukan sekali tau dia ulang ayat tu.
Dua kali, ok. Dua kali!
Sekali depan manager aku, R.
Kali kedua time aku nak balik.

Time dia cakap depan R, R pun macam terkejut.
Tau la nak mengkritik.
Tapi beragak laaa...
Bos aku pun cakap,

"Lain kali u pakai la macam ni lagi."

So??
Kalau dah bos aku cakap macam tu, kenapa pulak G tu nak sibuk-sibuk??

Hari ni aku kena lagi.
Hari ni aku pakai baju hitam dengan seluar kelabu.

Awal-awal pagi aku datang opis dah kena dengan dia.
Bos aku takde pagi ni sebab attend meeting kat luar.

"I know u pakai baju warna hitam walaupun i tak tengok u lagi."

So what?
Salah ke aku pakai baju hitam?
Gaya dia cakap seolah-olah menyindir tu yang buat aku menyampah.
Eeeeiii...

Tengahari tadi, bos aku sampai opis.

"Nice la u pakai macam ni. Ada improvement".

Seeeee...
Bos aku pun tak komplen.
Tapi kau pulak yang lebih-lebih.

Time aku pakai kurung hari tu, kau sama naik dengan bos kritik aku.
Ni bile aku dah ubah, bos aku puji, tapi kau pulak tak habis-habis nak mengkritik.
Apehal kau?
Ada penyakit ke ape?
Macam la kau hensem sangat sampai ada hati nak kritik orang.

Baik aku ikut cakap bos aku dari ikut cakap kau.
Markah KPI aku terletak kat tangan bos.
Bukan kat tangan kau!



Berkarok di pertemuan pertama dia dengan adik-adikku.. :)

Hari Ahad minggu lepas, aku ada banyak sangat aktiviti.
Plan nak buat itu ini...

Ikutkan kazen aku, Kak Ja, ada buat kenduri doa selamat kat rumah dia.
At the same day, kawan aku Izzah ada buat majlis perpisahan kat rumah Amalina di Desa Sri Hartamas.
Izzah dapat kerja baru di Kemaman.
Dia suruh aku ajak FZ sekali.
Berbelah bagi aku nak pergi mana satu.

Last-last mummy dan daddy pergi rumah Kak Ja.
Aku pulak pergi ke rumah Amalina.
Yalah, lepas nie dah susah nak jumpe Izzah. T_____T

Lagipun adik aku Shahril sibuk ajak aku pi karaoke.
Plan punye plan, aku ajak Shahril dan Shazrin join pergi ke rumah Amalina.
Adik-adik aku tak kisah nak join sebab diorang memang dah kenal lama dengan Amalina.

Pukul 11.30 pagi, FZ datang jemput aku dan adik-adik kat rumah Kak Long.
Kitorang terus pergi ke rumah Amalina.


Sebelum kuar rumah, snap gambar feeling santekk sensorang dulu.
Santekkk ke? Huhuhu...

Dah sampai, lepak-lepak jap kat rumah Amalina sambil makan.
Menu hari tu sate, nasi impit dengan kuah kacang dan kek coklat moist.
Sedap jugak sate yang Izzah beli.

*Lupa nak snap gambar mase kat rumah Amalina.
Asik sangat duk sembang...
Nyesal tak sudah.

Pukul 2 kitorang bertolak ke Endah Parade.
Plan asal nak karok kat Red Box tapi tak jadi sebab FZ masuk kerja kul 6 petang.
So, karok kat E-box je la...
Itupun sekarang ni E-box dah upgrade sikit.
Dah banyak lagu-lagu baru yang diorang masukkan ke dalam list.


Amboiii...
Feeling nye Shazrin nyanyi..
Itupun malu-malu kucing.
Kihkihkih... :)


Oit, Shahril.
Rambut tu dah macam Wolverine dah Kak Ngah tengok.



FZ banyak sangat diam.
Adik-adik aku pulak yang banyak cakap.
Malu la kengkonon.
Inikan pertemuan pertama diorang...



Me

Pukul 5.30petang, aku akan adik-adik balik rumah Kak Long.
Aku pulak angkut barang-barang nak balik rumah Vista pulak..

Mujurlah aku sempat sampai kat rumah sebelum ribut.
Aku tengok berita kat Kajang banjir disebabkan ribut hari tu.
Takuttt...