Thursday, July 5, 2012

Apa aku buat bila ada masalah?

Salam readers...

Hari ni aku nak kongsi dengan korang semua apa benda yang aku buat kalau aku ada masalah.

Lately hidup aku ditimpa masalah yang banyak.
Tapi apepun, aku senyum jugak.
Takde la nak mengelamun jek.
Mengelamun takkan selesaikan masalah.

Masalah aku ni pun berpunca dari orang luar.
Bukan diri aku sendiri.
Jadi masalah ni buat aku sakit hati.
Aku ni kalau sakit hati, mulelah darah naik.

Biasenye orang yang aku luahkan masalah adalah FZ.
Dialah jadi mangsa aku.
Tapi kekadang dia tu menyakitkan hati aku jugak.
Bila aku cerita masalah aku, nanti ada laa dia corner kat lain.

Contohnye,

Aku : Sayang geram betul dengan G tuu.... tak habis-habis nak buat perangai!
FZ : Kenapa? Ape dia buat? Ayang ni ada affair dengan dia ke?

Huh!
Aku ni dah la tengah bengang dengan G...
Tetibe dia tambah lagi pulak kebengangan aku tuh!

Ada jugak masalah yang aku pendam je.
Malas nak citer kat sape-sape.
Bukan ape, kekadang better kite diam je.
Simpan dulu.
Dah lama nanti, aku meletoopp la.
Tapi bila aku dah meletoop tuu, ko jangan lawan la.
Kalau ko lawan, lagi la aku meletoopp!
Meletoopp tu tak habis selagi aku tak puas hati.
Sebab aku takkan cari pasal dengan orang yang tak cari pasal dengan aku.

Contohnye, budak-budak rumah aku.
Uikss... si dajal dah makin menjadi-jadi kedajalannye.
Siap sekarang ni dah beranak sekor anak dajal.
Si dajal tu pulak dah pergi umrah... tapi perangai cenggitu jugak.
Hati busuk serupa macam dulu.
Yang anak dajal tu pulak sekor.
Getik nak mamp!
Yang ni aku tak cari pasal, tapi dia pulak yang lebih-lebih.
Tunggu masa je aku nak meletup depan muka dia.
Dia ingat aku takut agaknya!
Ni la aku cakap,...... solat 5 waktu, pakai tudung labuh kemain.
Tapi perangai sekor-sekor macam cibais!
Eh, ter emo pulak.
Ya ALLAH, ampunilah dosa hambaMU ini.

Baik laa roomate diorang yang 2orang lagi tuh.
Ok je.
Sebab aku tak buat masalah kat diorang, diorang pun takde masalah dengan aku.
So, okey.
Takde la aku nak marah diorang ke ape...
Aku pun suke kat diorang.
Diorang tak suka aku, tu belakang kire.
At least kalau dia jumpa aku, dia tegur.
Aku bukan mintak suruh hormat tapi jangan sibuk kalau aku tak buat pasal dengan kau, tetibe kau nak cari pasal dengan aku.
Itu memang aku tak tak suke. *contoh anak si dajal!

Ok, habis citer pasal dajal dan anak dajal bajet pandai tu.
Sambung citer asal.

Oleh sebab sekarang ni banyak masalah, cara terbaik untuk aku adalah TIDUR.
Yup, kalau aku rasa kepala terbeban sangat, aku akan tidur.
Tidur boleh buat aku lupe segala masalah.
Bangun tido, aku boleh jadi hepi macam biase.
Hepi macam orang yang takde masalah.
Haha... psiko tul kan?
Tapi itu la aku.

Orang lain kalau ada masalah, mesti tak lalu nak makan kan?
Mesti selera makan terbantut.
Nampak ayam kepsi pon, hmmm... buat derk aje.
Hidang kenny rogers depan mata pon tak lalu.

Tapiiiii, aku takkkk.
Makan tetap makan.
Masalah yang datang takde sangkut paut dengan selera aku.
Masalah tu masalah laa..
Makan tetap makan beb!
Nak-nak sekarang ni aku ada gastrik.
Kompem la kena makan kann..
Sebab tu berat badan aku makin naik. Tsk!

Kadang-kadang kalau aku ada masalah yang sangkut paut dengan CHENTA,
aku akan contact kawan-kawan aku kat Terengganu.
Kalau aku call Wahida, lepas tu aku akan call Sue.
Mulelah bergayut lama-lama.
Gosip sana-sini.
Diorang ni laa yang boleh mengubati duka lara aku.
Ceewaahh!

Tapi, macam aku cakap tadi laa...
Ada masalah pun, aku tetap senyum.
Gelak-gelak, suke ria macam biase.
Buat apa kita nak merintih, menangis berhari-hari?
Ada faedah ke?

Macam time aku putus cinta dulu-dulu.
Aku menangis la 5-10minit.
Menangis macam tahap nak bunuh diri.
Tapi dah habis nangis, aku hepi la balik.
Tak caya, tanya la kawan-kawan aku tuh.
Diorang tahu aku cemana.
Hati batu.

Semua orang ada masalah sendiri.
So, takyah la fikir sangat.
Ingat 1 benda je.
Masalah ni datang sebab ALLAH SWT nak duga sejauh mana keimanan kita kepadaNYA.
Sejauh mana kita redha atas ketentuanNYA.
Sedalam mana kite percaya pada Qada' dan Qadar NYA.
Dah setinggi mana kita percaya akan hikmahNYA.
Tuhan takkan uji diluar kemampuan kite.
Ingatlah, apa saja benda buruk yang berlaku, pasti akan diberi ganjaran yang baik.
Ingat, ALLAH SWT itu tak kejam.

Bak kata pujangga,

Kadang ALLAH sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan lebat.
Kite tertanya dimanakah matahari...
Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah..


:)

5 comments:

Mimy Hamid said...

mimi bila ada masalah tak suka pikir tp bila pikir tak suka susah kan orang..mampu menangis dalam hati saja

Girl Girl said...

bgus2 tu mimy.... mnangis dlm hati pon ok.

All About My Life, Love and Work said...

ya2 kn jelh...huhu

Girl Girl said...

Ye la bang...

ryzal alqubry said...

Klu syg da mslh, abg pasti cb settlekn...