Thursday, July 26, 2012

Fefeeling Korea Menjelang bulan Ramadhan

Salam readers...

20 Julai baru-baru ni, yakni sehari sebelum Ramadhan, aku dan FZ plan nak lunch makanan lain selain dari masakan Melayu.
Tetibe je aku rasa bosan nak makan nasik.
Asalnya aku teringin nak makan makanan Barat tapi tengahari kottt... kat mana laa ada makanan barat kan?
Takkan la nak makan chicken chop pizza hut?
Asik pizza hut je.....
Takkan la pulak nak makan burger mekdi... muak dah.

Tetibe aku teringat Seoul Garden.
Ya, dah lama aku ajak FZ makan kat situ tapi sampai ke sudah tak pegi-pegi.
Kali ni memang kena pergi.
Walaupun bukan makanan western tapi still bukan nasik.
Aku muak dah makan nasik.
Nak makan benda-benda lain pulak.

Seoul Garden ni pulak dekat dengan opis aku.
Bangunan sebelah je.
Jalan kaki pon sampai.

Maka, tengahari itu kitorang kuar awal.
Takleh kuar lewat sebab nanti ramai orang.
Lagipun hari tu hari Jumaat.
Nanti takdan puas makan, FZ dah kena balik sebab nak pergi solat Jumaat.

Pukul 12 aku dah kuar opis.
Terus kami berdua terjah ke Seoul Garden.
Mujur time aku sampai tu takde orang lagi.
So, boleh pilih tempat strategik.


Daging ayam sedang dimasak.
Nyum..nyum....

Menggoda nafsu sungguh dibulan puasa ni...


FZ ni kemain lagi.
Dah sampai tahap macam main masak-masak pulak.
Dia la yang duk masak pastu hidangkan kat aku.
Aku ni makan je..
Tengok makanan dah kurang sikit, aku bangun pergi amik lagi makanan kat bahagian buffet.
Hahaha...


Mee tomyam...
Sedappp....

Ya ALLAH haiii... terliur pulak dah aku tengok makanan-makanan ni...





Ice cream...
Nyum-nyum....
Sejuk je tekak makan ice cream...
Ini pun aku tak amik semua flavor.
Flavor buah aku tak amik sebab tak gemorr...

Dari pukul 12 sampai 1.15pm kitorang makan.
Kenyang tak hengat!


Berpinggan-pinggan kitorang makan...
Itupun ada lagi pinggan kat tepi yang takdan nak snap...
Memang berbaloi la dengan bayaran yang dikenakan.

Lepas raya nanti nak pergi lagi la....
Cumenya kalau makan kat sini, nanti baju berbau asap sebab berkepam kannn kat dalam restoran.
Silalah bawak perfume dan sembur banyak-banyak kat baju nanti ye...

**Ha, korang mesti terliur dah ni kann...
Sabar-sabar....
Waktu berbuka tinggal beberapa jam je lagi nih.. :D

3 comments:

Jen Jen Izaicun said...

gulppp... dapnyerr

Mimy Hamid said...

la nana pegila time bulan pose kan seoul garden buat buffet...mimi mmg tak suka..sejak pregnant muntah bau ni terus tak suka smpi skrg..

Mimy Hamid said...

la nana bulan pose kan diorang ada buat buffet..lg berbaloi tak