Wednesday, July 25, 2012

Followers

Salam readers...

Entri ni khas ditujukan buat semua followers blog ini.

Ekceli, sebelum aku create blog ni, aku dah ada 1 blog yang mana aku dah tutup.
Aku tutup blog tu sebab dalam blog tu aku rasa terlalu jujur dengan diri sendiri sampaikan segala-mala benda luar dalam kain aku pun tersingkap sama.
Jujur tu memang la bagus.
Tapi benda yang terlalu lalu lalu private pon aku tulis kat dalam tu.
So, i was decided to close that blog demi menjaga nama baik sendiri.

So, ini bermakna this blog is the new ME.
Jujur tu jujur la jugak tapi bertapis.
Kekadang je terbabas jugak sebab penapis tu bocor... huhuh!

Kalau korang tengok gaya penulisan aku, mungkin kekadang macam budak-budak.
Straight to the point.
Takdenya nak kona-kona ke lain.
Hah, korang paham tak maksud kona-kona tu??
Kona-kona tu loghat Terengganu sebenarnye.
Perkataan asalnya corner, tapi di transletkan ke loghat Terengganu, terus jadi kona.
Hahaha...
Maksudnye belok ke lain.

Aku sebenarnya tak suka menulis secara berkias-kias.
Nanti susah orang nak faham.
Baik tulis direct je.
Readers pon tak pening kepala nak baca.
Tak gitu readers?

Follower aku setakat ni baru je 39orang.
Sebenarnya aku tak kisah follower aku ada berapa ramai.
Sebab aku tahu masih ada yang tak reveal identiti diorang.
Sebab based on my nuffnang account, blog aku ni dibaca lebih kurang 100orang 1 hari.
Bile weken je kurang sikit sebab mungkin diorang tahu aku jarang sangat-sangat update time weken.
Heheh...

Sepanjang aku terlibat menjadi penulis blog ni, aku ada dapat beberapa email dan mesej dari readers.
Tadi aku try jugak carik dalam yahoo mail aku.
1 je yang aku jumpa.
Itupun sebab email dia masih baru lagi.
Email-email lain semuanya yang awal tahun dan tahun-tahun lepas.


-Klik untuk tumbesaran-

Thanks to her.

Aku jugak pernah dapat email seseorang dari FB yang request aku untuk buat entri mengenai Islam.
Ekceli, aku ada jugak terfikir nak buat entri tu tapi aku takut.
Aku takut salah bagi fakta.
Yela, bab-bab agama ni bukannya boleh dibuat main-main.
Kang nanti tak pasal-pasal aku dapat dosa free.

Aku tahu sebenarnya aku bukanlah penulis yang baik dan bagus.
Aku tulis apa yang aku rasa dalam hati.

Terima kasih banyak-banyak sebab korang sudi baca blog aku yang suka mengarut dan merepek-raban ni.
Walaupun blog ni tak best, jarang ada humor dari aku, tapi korang tetap gigih jugak nak bukak blog ni semata-mata nak tengok entri dari aku.
Yela, aku ni kalau tak cerita pasal FZ, mesti cerita pasal politik...
Kalau tak cerita pasal politik, mesti cerita pasal budak-budak dalam rumah aku tuh.
Kalau tak cerita pasal diorang, mesti cerita pasal kerja.
Tu je la... 
Entri takde input namanye.. Huhuh...

Apapun, terima kasih kepada semua yang follow blog aku.
Setiap hari aku akan cuba update at least 1 entri.
Okeh?

Muahhh!! :)

3 comments:

Jen Jen Izaicun said...

betol2.. kite perlu jujur tapi biar bertempat.. bukan apa takut ada yang amik kesempatan....
blog awak ok what... menarik, best apa saya baca..... walau takde kona-kona... its u kan... kadang-kadang kias sangat pening mak jemah nak baca... kikiki.... keep it up... apa yang kite tulis ni tulus dari hati walau kadang merepek kerepek (tu jen2) tapi tak semua rahsia kite leh luah di sini kan... kadang2 biarlah hanya kita & Allah yang tahu.. tak berniat pung nak singgung mana2 pun kak.... hehehehe....

Girl Girl said...

Jen2 : Thanks, dear. btl2 tu.. nk tulis kias2 pon takut reader pening. heheh... blog awk pon best. sb ada jugak ilmu kat situ klu nk banding dgn blog ni... heheh

Mimy Hamid said...

jadi diri sendiri tapi bertapis...ok nana...muahh