Thursday, July 19, 2012

Jalan-jalan sekeluarga di hari Ahad

Salam readers...

Korang cane hari ni?
Sihat walafiat?
Hari ni hujan la uollss...
Aku kemain lagi rasa malas gila nak datang kerja.
Yela, kalau tarik selimut baring atas tilam empuk time hujan, memang heaven gila kann...
Sejuk jekk...
Takyah nak pakai aircond segala. jimat lektrik katanya...

Hari ni aku ada masa terluang.
Kerja yang bos aku bagi tu dah siap.
Lega rasanya...
Itupun nanti bila dah submit, kena discuss pulak dengan dia...
Owh, sangat malas disitu.
Tapi keterpaksaan jua... dah namanya kerja kann...

Ok, aku nak sambung citer pasal kedatangan family aku kat KL awal bulan baru-baru ni.
Mummy, daddy, dan 2 orang adik aku (Shahril & Shazrin) datang KL sebab daddy aku check up kat IJN.
My dad was suspected of having kidney problem.
OMG!!
Terasa sebak jugak bila daddy menghidap banyak penyakit.
Cukuplah dia hanya ada masalah jantung.
Takmo dah tengok dia menghidap penyakit lain lagi..... tskkk

Kan aku ada cerita yang aku dalam keterpaksaan pergi ke Bukit Bintang sebab adik-adik aku nak shopping kat sana...
Dah la paksa aku pergi sana, pastu pau aku lak tuu...
Keji kann kamu, wahai adik-adikku.... :P
Rujuk entri ini (Bertajuk : Kena dera lagi... pastu kena pau pulakk...sob..sob..).

Hari Sabtu malam tu juga, adik-adik aku balik ke Terengganu dengan bas.
Maklumlah, hari Ahad kat sana hari kerja dan sekolah.
So, diorang takleh cuti.
Terpaksalah balik....

Tengah malam, time tu aku dah tido...
Tetibe henset aku berbunyi.
Ingatkan mesej dari Celcom ke ape....
Yelah, kekadang Celcom ni perangai cam cibaiss tau.
Tengah malam & awal pagi dah hantar mesej promote barang & services dia.
Tensi aku!

Tapi oleh sebab bunyi ringtones henset tu kuat, so aku gagahkan jugak pergi tengok.
Time tu henset aku cas kat dapur.
Tengok-tengok mesej dari Shahril.
Katanya, tayar bas pecah.
OMG!! Kejutan lagi!

Risau gila aku malam tu.
Yelah... sape yang tak risau kann...
Tapi nasib baik adik aku bagitau diorang selamat.
Bas pon takdelah tergolek terhumban kat mana-mana.
Just tersadai tepi jalan je....
Pagi tu, adik bongsu aku Shazrin tak pergi sekolah sebab diorang sampai kat kampung pon dah lewat.
Nak mampos pergi sekolah lewat.
Maunya kena denda.

Ahad menjelma........
Pagi tu aku terpaksa temankan mummy, daddy, Kak Long dan Alia pergi ke Jalan TAR.
Ini pun satu tempat yang aku susah sangat nak pergi.
Malas.... ramai sangat orang.
Pastu meluat menyampah tengok minah indon ramai sangat.
Aku tengok dah macam takde pekerja Malaysian dah kat situ.

Aku pulak pagi tu rasa tak sedap perut.
Gastrik kottt...
Tapi tahan jugak.. Nasib baik daddy yang drive.

Kalau pergi Jalan TAR, tak sahlah la kalau tak masuk Sogo dan jalan-jalan kat arkib kann...
Bosan gila....
Tapi bosan-bosan pon, aku sempat rembat tudung 2 helai.
Kihkihkih...

Ader la dalam 3-4 jam jalan-jalan, aku dan Alia mintak diri nak lepak dalam kereta je.
Dah penat kott jalan-jalan.
Tapi sebelum lepak dalam kereta, kitorang pergi beli ice blended kat depan Semua House tuu..
Sedap...
Dah beli ice blended, ternampak pulak keropok lekor...
Terliur pulak.... so, tak banyak cakap, terus je pergi beli.

Lepak dalam kereta sambil makan keropok lekor panas dan ice blended chocolate memang besttt!
Dah la time tu cuaca panas...

Bila diorang semua dah habis shopping, terus balik rumah.
Dah sampai rumah, apelagi melepekkk la aku atas katil.
Perut aku sakit bukannya sebab gastrik tapi rupanya miss P datang... hmmm....

Aku baru je nak lelap mata, tetibe mummy kejutkan suruh siap-siap sebab nak pergi Putrajaya.
Halamakkkk!
So, siap-siap balik. 
Aku packing barang siap-siap sebab lepas pergi jalan-jalan, aku nak balik apartment aku.
Yelah, Isnin kan aku kena kerja.

Jalan-jalan kat Putrajaya tak sahlah kalau tak singgah Alamanda...
Aku bosan sikit kalau pergi Alamanda sebab tak banyak benda menarik.
Kak Long singgah butik Guess.
Tengah diorang duk pilih baju, aku ternampak sepasang pasangan romantis sedang berdating-datingan.
Terus la aku snap gambar diorang...


Amboii... dating kemain yee............

Teruslah aku sound,

"Amboiii.... dating kat Alamanda..."

Diorang pon menoleh.
Laa... mummy dan daddy aku rupenye...
Hahaha...


Kemain senyum meleret daddy...
Haiii.... ingat masa zaman dating-dating dulu ke? Hehehe....


Pastu si kecik ni masuk line.
Dia ni memang pantang tengok orang amik gambor.
Ader je menyibokk.

Hmmm... yelah...
Snap aje la gambar kau.
Nasib baik la pandai posing...


Nah, up satu lagi gambar...

Fifi ni takyah diajar bergaya..
Dia sendiri yang pandai-pandai posing.
Baju dan aksesori pon dia pilih sendiri.
Haihh.... tak padan ngen kecik!


Pandai je kitorang atur kannn...
Dari kanan, paling tinggi sampailah kiri yang paling rendah... :D


Kan aku dah cakap dia ni penyibuk...
Aku amik gambar dengan mummy dan daddy, dia pon nak jugakk...
Apepun, comel!

Sekejap je pun pergi Alamanda...
Then kitorang bertolak ke rumah Kak Long di Bangi.
Tapi sebelum tu singgah makan kat restoran ape ntah...
Kat area Bangi jugak.



Daddy nampak letih je...
Yelah, hari ni banyak benor berjalannye....


Mummy ku yang sentiasa nampak muda...
Nak tau ape rahsianya?
Selalulah minum air panas.......


Alia...
My oldest niece.
Dia ni asik la nak berkepit ngen aku.
Maklum lahh aku kan mak sedara kesayangan.


Ni lah si kecik camwhore nih...
Eee... geram je tengok...
Comel!!


Me, Fifi, Kak Long dan Abang Zam....

Dah habis makan, terus ke rumah Kak Long.
Itupun aku tak rehat jugak sebab sibuk download software Zune.
Alia kan guna henset Nokia Lumia..
Ishh... leceh la guna henset tuu...
Kena download software bagai....

Baik guna henset cam aku ni... Experia.
Best pon best.
Tahan lasak, friendly user, kamera ok... design pon cantik...
Berbaloi....

Lepas maghrib, barulah Kak Long hantar aku balik rumah.
Fuhhh... lega boleh rehat.....
Terus malam tu aku tido awal.

No comments: