Wednesday, July 25, 2012

Kegilaan dia

Salam readers...

Korang apa khabar?
Puasa tak hari ni?

Aku bersyukur sangat-sangat sebab bulan puasa ni Tuhan menguatkan perut aku untuk meneruskan puasa.
Aku kan ada gastrik teruk.
Biasenya kalau aku makan malam, pastu esoknya aku tak lunch, memang perut aku akan kena gastrik.
So far, sepanjang bulan puasa ni aku just makan nasi time berbuka dan sahur.
Sahur pon bukannya macam korang yang bangun pukul 4-5 pagi tu...
Aku sahur pukul 2pagi.

Kenapa aku sahur pukul 2pagi?
Sebabnya kalau aku bangun pukul 4 pagi, nanti pukul 6 pagi aku dah kena bangun untuk pergi kerja.
Terasa cam tak cukup tido di situ.
Daripada aku mengantuk kat opis, baik laa aku bangun sahur awal.

Ok la, dah terlajak cerita pulak dahh...

Cerita hari ni adalah cerita yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Hahaha... lama gila kann...
Sekarang ni pun dah akhir bulan Julai dahh...
Tengok la betapa malasnya aku nak update.

Kalau korang follow blog ni dari awal, korang pasti tahu FZ ni suka main wau.
Memang kegilaan dia la..
Tapi disebabkan aku ni minat tak minat je dengan wau ni, so hilanglah mood dia nak main benda alah tu.

Dah lama jugak la dia tak main wau.
Nak-nak selepas aku start jaga Baby Alya.
Memang susah la kan nak main wau kalu ada budak kecik.

Akhir bulan lepas, kebetulan aku tak jaga Baby Alya.
Teruslah FZ sibuk ajak aku main wau.
Kesian la pulak kannn.... dah lama sangat dah wau tu terperap je dalam rumah.


Dah banyak penjaja yang menjual makanan dan minuman kat situ.
Pilih je apa yang korang nak.
ABC, nuggets, pisang goreng, ice blended.... uikss bermacam-macam la...
Aku ni pantang tengok makanan bergoreng ni.
Menggelupur la nak beli.


FZ dengan wau kesayangan dia.
Kemain lagi laa dia bawak 2-3 wau lain.
Tapi wau yang tu jugak dia suka main.
Huh!


FZ duk hepi sensorang main wau.
Aku pulak hepi sensorang snap-snap layan instagram.
Hahaha...

Aku sebenarnye bukannya tak minat langsung main wau.
Minat tu adalah sikit sebab dulu daddy aku pun main wau.
Even dulu daddy aku pernah beli wau bulan besar 2kali depa aku kott.

Cumenye...........main wau ni terdedah kepada cahaya matahari.
Nanti hitam kott kulit aku...
Dah la kulit aku ni memang jenis senang rentung....
Huhuhuh.....
Kalau dah rentung nanti, huduhla aku.
Tak pasal-pasal duit hantaran untuk aku nanti jadi kurang.
Ha, cane...cane..cane?

4 comments:

Mimy Hamid said...

okla nana kegilaan wau..kegilaan megat bola sepak...makan minum tido bola..mampu

Reena Kamarudin said...

hahaha. rentung katanya

Girl Girl said...

Mimy : Hahaha... bola ke wau ke same je. main tgh pnas... xsayang kulit tul diorg nih, kan?

Girl Girl said...

Reena : Hehehe.... rentung... hangus kulit.. :D