Wednesday, July 11, 2012

Kena dera lagi... pahtu kena pau pulakk.. sob sob..

Salam readers...

Korang sihat tak hari ni?
Ewahh... concern benor aku kat readers aku ye...

Hari ni aku tak berapa nak sihat.
Dari petang semalam sebenarnye... tekak aku start rase perit je.
Pastu batuk-batuk.
Menjelang malam, badan aku dah start rasa sejuk & menggigil.
Selsema pulak datang tapi nasib baik tak teruk sangat.

Hari ni aku rasa berat kepala.
Tapi aku datang jugak ke opis.
Selsema dah hilang. Batuk pon dah takde.
Badan sekejap rasa panas... sekejap rasa sejuk.
Suhu tak menentu.
Kalau pergi klinik pon tak gune sebenarnye...
Sebab bukannya doktor nak bagi mc. Aku pulak yang kena mintak mc sendiri.

Ntah la... 
Kekadang aku tak paham dengan doktor-doktor nih.
Dah tahu orang tu sakit, bagi je la mc.
Takyah la nak tunggu pesakit mintak, baru nak bagi.
Orang bukannya sakit tipu.
Memang sakit betul.
Nak tunggu sakit kronik baru nak bagi mc, mati la camtu...
Baik simpan je resit mc tu dalam frame klinik.

Eh, termelalut pulakk...
Emo pulak pepagi nih. Hehehehe....

Ok, tengok tajuk macam sedih je kann...
Sebenarnya takde la sedih sangat pon.

Aku tau kenapa aku demam.
Ni bukan sebab cuaca.
Tapi sebab aku kena dera. Huhuhu...

Aku ni asik kena dera je kann...
Tapi bukannya orang luar yang dera aku.
Adik-adik aku yang dera aku. Keji tul diorang...!
Sob...sob...

Gini citernye....
Minggu lepas, Kak Long call aku.
Katanya daddy, mummy, Shahril dan Shazrin nak datang KL sebab daddy aku ada check up kat IJN pada 10 July.
Kak Long cakap diorang akan datang hari Jumaat (6 July) dan stay kat KL sampai 10 July.
Aku pon ok je laa...

Hari Jumaat lepas dinner, aku bertolak ke rumah Kak Long.
FZ yang hantarkan.
Sampai rumah Kak Long sekitar pukul 8.30 malam.

Rehat-rehat jap..
Pastu adik-adik aku sibuk ajak pergi Uptown Danau Kota.
Ok la, sebagai kakak yang baik, aku ikutkan aje la...
Pergi berenam.
Aku, daddy, Abang Zam, Shahril dan Shazrin.
Padat kereta.
Mujur adik-adik aku kurus kering.

Jalan-jalan kat sana adik-adik beli baju, beli seluar...
Aku pulak beli aksesori.
Time tu sebenarnya badan aku penat gila.
Tak larat dah nak berjalan.
Pergi pukul 11, balik pukul 1 lebih.
Mata aku dah rasa mengantuk gila dah.

Sampai rumah, cuci muka, pastu terus tido...
Lena pulak tuuu.
Kata badan penat kannn...

Esok pagi kul 9 lebih baru bangun.
Hahaha... kate tido lewat.
So bangun pun harus la lewat....

Dah bangun, mandi dan siap-siap nak kuar dengan adik-adik.
Kitorang plan nak pergi Times Square.
Masa dapat tahu diorang ajak aku pergi TS tu, aku dah mengeluh dahh...
Mana taknye, kompem aku letih gila berjalan dengan diorang.
Aku yang pompuan ni pun paling lama shopping 3 jam je..
Diorang lebih daripada aku lagiiii...
Shopping dari pagi bawak ke petang...
Silap haribulan boleh sampai ke malam..
Tak ke pengsan aku dibuatnya??

Pukul 11 pagi, kitorang bertiga kuar dari rumah.
Amik cab ke TS.
Tak kuasa aku nak naik komuter & transit kat KL Sentral naik monorail.
Dah la komuter lembab nak mamp!
Service cam hape je!

Setengah jam je, dah sampai kat TS.


Ni la adik-adik aku yang dera aku nih...
Mujur ensem!

TS ni kan besar.
So, dia pergi ke setiap level tau.
Dari hujung ke hujung.
Pengsan mak!

Aku pulak tetibe datang penyakit beser...
Asik nak kencing je kijenya..
Sikit-sikit cari toilet.

Toilet kat sana pulak banyak yang takde paip tu.
Owhhh,,, me dun like.
Terus terbantut rase nak kencing.
Aku tatau cemana apek-apek tu kencing or berak without air.

*No wonder kekadang kalau naik LRT berdiri sebelah apek, terbau hancing...

Nasib baik aku ni rajin mulut nak tanya cleaner kat TS tu.
Katanye kat pusat bowling ada toilet yang ada paip.
Terus aku ajak adik-adik aku masuk pusat boling.
Leganya bila dapat kencing.

Jalan-jalan lagi pastu.
Tetibe aku ternampak Tutti Frutti.
Teruslah aku ajak adik-adik aku makan benda alah tu.
Lagipun diorang tak pernah lagi makan yogurt femes nih.



Muke berlengas gila...
Time ni aku dah rasa letih.
Mujur la aku pakai selipar jepun je...
Selamba badak je la kannn... bukannya aku pergi TS sebab nak mengorat.
Aku nak shopping.



Suke kemain adik-adik aku dapat makan TF nih.
Nak-nak Shazrin tu.
Aku dah lama berjanji nak belanja diorang TF nih.
Tapi tak berkesempatan.
Kali ni aku beli 1 kongsi 3 orang.
Bagi diorang rasa je dulu.
Pasni boleh la beli sorang satu pulak.


Aku bawak tab.
Tapi bukannya aku guna pon.
Last-last adik aku jugak yang pakai.


Stylo kemain adik aku yang sorang nih.

Dah habis makan TF, kitorang sambung shopping.
Tapi 1 barang pon tak beli lagi.
Alamakkk....

Tetibe kitorang ternampak pulak pusat hiburan.
Bukan disko ye.....
Tapi pusat permainan laa... yang kena beli token tu.

Sekali lagi aku belanje RM10 untuk beli token.
Dapat la dalam 20 keping token.
Ala... bukan untuk sesape kan... adik sendiri jugak.


Diorang main tembak-tembak.


Lumba basikal....

Ader 1 lagi... 
Diorang lumba kereta.
Tapi aku tak snap gambar.

Seronok bila tengok adik-adik happy.
Ha, bertuah tak dapat kakak cam aku nih?
Hahaha.... sape nak jadi adik aku sekarang?

Token dah habis, kitorang sambung jalan-jalan.
Aku ader la beli beberapa aksesori.
Murah-murah je....

Adik aku sehelai baju pun tak beli lagi...
Hmmm....

Dah letih berjalan, kitorang singgah makan kat Kenny Rogers.
Diorang pun tak pernah makan lagi kat KR nih.
Aku saje je bawak dorang makan kat sini.
Nak bagi diorang rasa sendiri cemana makan kat KR nih.


Ice blended coklat, aku punya.
Mango ice, Shazrin punya.
Ice lemon tea, Shahril punya.


Yang ni aku punye. 1/4 quarter meal original sauce chicken + mashed potato + macaroni cheese + aromatic rice. 


Shazrin punya...
1/4 quarter meal black pepper chicken + aromatic rice + mashed potato + coleslaw.


Ni pulak Shahril punya.

1/4 quarter meal bbq chicken + aromatic rice + mashed potato + coleslaw.

Phewww....
Mase nak order tu kemain lagi susah...
Aku la yang kena ajor diorang.
Takpe...takpe... kali pertama kan.

Dah habis makan, kitorang berlalu ke BB plaza & Sg. Wang.
Kat situ barulah start membeli.
Ada la 2-3 pasang baju yang diorang beli.
Aku pun ada gak beli sehelai.
Kebanyakkan baju yang diorang beli aku yang bayar...
Hamboiii...... dalam diam dia pauu aku rupenye..

Dekat pukul 7 barulah kitorang balik.
Dah naik pengsan aku dibuatnya.
Balik pon naik teksi.

Dah sampai rumah, terus la aku melepekkk.....
Rehat, tengok tv.
Heavennye!!

*bersambung next episode...
Ader lagiiiiiii... tunggu ye!



No comments: