Monday, July 30, 2012

Kisah Baby Alya

Salam readers...

Bagi korang yang follow blog aku nih, kompem korang tahu aku jadi babysitter.
Just untuk weken je...
Tapi aku jaga sorang je la.
Bukan ramai pon.
Tak larat aihh nak jaga ramai-ramai.
Letih siot...

Aku dah jaga Baby Alya lebih dari 1 year.
Dah macam-macam karenah dia aku layan.
Paham-paham je la kannn budak kecik.

Rasa cam sekejap je dia besar.
Apa yang orang cakap, semuanya dia faham.
Tapi makin hari makin degil.
Ishhh... menduga kesabaran jiwa raga aku tul.
Aku kata "jangan sentuh", lagiii laaaa dia nak sentuh.
Nak marah lebih-lebih kang, kesian pulak.
Kang tak marah, makin menjadi-jadi.

Walaupun penat jaga dia, tapi seronok.
Nak-nak kalau kita marah, dia buat muka merajuk.
Aduhhh... time tu rasa cam nak gomol-gomol jekk...

Dia ni takut dengan pelekat & getah.
Kalau nakal-nakal sikit, aku usik la dia dengan dua benda tu.
Lepas tu kompem dia diam.

Nak tidokan dia punya la liat.
Kalau tak nangis, memang tak sah.
Kena paksa.
Kalau tak paksa, nanti 1 harilah dia tak tido.
Sekarang ni aku selalu letak dia atas riba aku.
Pastu goyang-goyang sampai dia tertido.
Sekali tertido, sejam lebih gak.
Time dia tido tu, boleh la aku rehat sama.

Kalau bab sepahkan barang, hmmm.... dialah nombor 1!
Habis bilik aku bersepah.
Kadang-kadang lantai bilik aku penuh dengan habuk biskut yang dia makan...
Haiyoohhh.... korang ingat senang nak jaga anak orang?


Ni gambar beberapa minggu lepas.
Kat dapur.. sibuk duk main fridge magnet aku.


Orang suruh pandang kamera, dia tak nak.
Comel tak aku ikat rambut dia?
Heheheh...

Rambut dia sekarang dah boleh ikat.
So, aku pepandai la bereksperimen dengan rambut dia.
Sekejap ikat macam tu.. sekejap ikat macam ni.
Dia pulak dah tahu dah..
Kalau aku nak ikat rambut dia, dia kena duduk diam.


Ini gambar hari Sabtu baru-baru ni.
Kitorang pergi ke Carrefour UOA Bangsar South.
Aku nak beli barang dapur sikit.


Dia ni kalau pergi shopping, senang je..
Letak je dia dalam troli.
Dia memang suka duduk dalam troli.
Pastu geledah barang-barang yang kitorang nak beli.


Haa... yang ini gambar semalam.
Semalam kan panas. Dia pun tak mandi lagi.
So, aku biarkan dia pakai pampers je.
Baby Alya ni memang kuat berpeluh.

Aku snap gambar ni pun secara curi-curi.
Time ni aku pesan kat dia...

Aku : Baby, baby tengok tv kejap ye.. umi nak gosok baju kat luar jap.

Dia angguk-angguk.
Kalau dia angguk maknanye dia paham la tuh...

Aku pun pegi la gosok baju.
Dari luar aku dengar bunyi gelang kaki dia.
Dalam hati aku, ni mesti dia duk usik-usik barang dalam bilik tu.
Aku risau dia main wire extension je.

Aku pergi la intai...
Rupa-rupanya dia tengah syok layan kartun sambil meniarap.
Bertuah punya budak..
Memang mendengar kata sungguh...


Ni kali kedua aku jenguk dia...
Lepas aku snap je, dia toleh tengok aku.
Pastu tersipu-sipu malu.
Hehehe...

Bile tengok baby, aku terfikir cemanalah ada orang sanggup pukul anak kecil dengan kejam..
Tergamak tul.
Aku ni tak sampai hati kott nak pukul budak. Kesian.
Semua budak-budak memanglah nakal, tapi hati kenalah sabar.
Setakat mana sangatlah nakal budak kecik nih.
Kita dulu pun lagi laaa nakal.
Tapi takde pun mak ayah kita pukul kite teruk-teruk kan?
Nak didik budak-budak ni, takyah secara kekerasan.
Ajar lembut-lembut pun, dia ok.


2 comments:

Mimy Hamid said...

Alia sok besar jgn lupa jasa ummi jaga yer..wlau bukan mak sendiri tp kasih sayang tuuu mahall tau

Anonymous said...

hey all diana1185.blogspot.com admin discovered your website via Google but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your website http://bestwebtrafficservice.com they claim they managed to get close to 1000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer most cost effective services to increase website traffic Take care. Mike