Monday, July 2, 2012

Letih

Salam readers...
Korang ape khabar hari ni?
Aku monday blues..
Mata layan ngantuk.
Maklum la semalam tak tido dek tengok bola...

Ni aku baru nak up entri lama.
Pertengahan bulan lepas family aku ada datang KL.
5 hari jugak la diorang datang.
Itupun sebab daddy aku ada check up kat IJN.

Macam biase la....kalau adik-adik aku datang, mesti aku la jadi mangsa kena bawak diorang jenjalan.
Tensi mak!

Aku bertolak dari opis kul 3 lebih dengan keizinan bos.
Masa tu hari Khamis.
Aku dah apply cuti hari Jumaat sebab nak bersama family.
Balik rumah dulu, tukar pakaian...
Pastu bergegas aku turun pegi amik teksi.
Masa tu pun baru pukul 4 lebih.
So, memang banyak la teksi.

Sampai rumah Kak Long, rehat-rehat dan makan.
Seronok kalau family datang.
Mesti ada banyak makanan.

Malam, semua orang kuar kecuali aku, daddy dan Shahril.
Malas aihhh nak kuar.
Baik laaa duk rumah... boleh ngumpat-ngumpat dengan daddy. :)

Hari Jumaat, aku dah plan dengan adik-adik nak kuar.
Aku ajak FZ sekali.
Kitorang pergi Times Square.
Yela, adik-adik aku memang suka pergi sana.
Baju-baju kat sana kannn stylo mylo.
Murah lak tuu...
Tapi last-last duk kuar masuk butik Romp gakkk...
Apa-apa je laa dik.

Dari kul 11 sampai 4 petang, Shahril tak beli apa-apa pun lagi.
FZ dan Iwan dah borong banyak dah...
Aku pulak duk pilih baju kat Shazrin sebab dia tak ikut.
Kesian pulak nanti dia takde baju.
Sempat gak aku beli 2-3 helai untuk dia.

Kul 4 lebih, FZ balik sebab dia ada kelas.
So, tinggallah aku, Iwan dan Shahril.
Kaki aku kemain lagi bengkak sebab penat berjalan.
Kusss semangat.

Dan akhirnya setelah masuk ke butik hape ntah, barulah Shahril start membeli.
Mase dia try baju tu, aku dan Iwan kemain suruh dia try lama-lama sebab kitorang nak duduk dan rehat.
Hahahaha...


Depan bilik persalinan butik hape ntah.
Lupe dah aku....


Snap-snap la dulu....


Muka aku pun dah naik berlengas...
Adesss..... penangan Shahril punye pasal.



Ok, dahhh.....
Kite sambung jalan-jalan.
Cari baju kat kedai lain lak.....


Senyum macam hepi jekkk...
Padahal dalam hati meronta-ronta nak balik rumah.

Pukul 6 lebih, barulah kitorang balik.
Itupun aku naik teksi.
Jalan jem nak mamp!
Time orang balik kerja kannn....
Sampai rumah seingat aku kul 7 lebih. Dekat pukul 8.

Terlentang terus aku bila dah sampai rumah...
Penat gila.

Aku ada plan untuk family aku pada malam hari Sabtu.
Nak tahu ape??
Tungguuuuu entri seterusnya! :)

No comments: