Tuesday, July 31, 2012

Perangai

Salam readers...

Lewat sikit hari ni aku update.
Bukan malas ke ape, cuma dari pagi tadi aku diserang gastrik.
Angin aku naik ke kepala sampai buat aku pening dan loya.
Tapi alhamdulillah, aku still berpuasa.
Cuma penat je la sikit menahan sakit.

Aku ni baru je balik dari bazar Ramadhan Kerinchi.
Ha, kalau korang nak jumpa aku, korang boleh la pergi bazar tu.
Sebabnya muka aku kompem ada kat situ tetiap hari kecuali weken.

Banyak jugak menu yang ada kat bazar tu walaupun bazarnya kecik.
Tapi yang aku tak suka, diorang ni start berniaga lewat.
Kul 4.30 petang baru terhegeh-hegeh nak bukak gerai.
Ada tu baru terhegeh-hegeh nak panaskan minyak untuk goreng ayam.
Setahu aku kalau bazar tempat lain, kul 3.30 petang tu diorang dah get ready dah berniaga.
Paham-paham je la...
Bulan puasa ni orang balik kerja awal.

Tadi aku singgah kat satu gerai nasi lemak.
Memang sedap nasi lemak kat situ.
Aku tunggu lama jugak kat gerai tu sebab diorang baru je nak goreng ayam.
Padahal masa aku pergi tu dah pukul 5.30 petang tau!

Ok la... mujur orang tak ramai sangat kat situ.
So, aku tunggu dengan sabar.
Masa aku sampai kat gerai tu, ada seorang pakcik yang dah sampai awal kat situ.
Dia nak beli nasi minyak.
Aku menyampah betul dengan dia.
Ada ke sambil dia order tu, dia baca risalah dari Pakatan Rakyat.
Bukan aku marah sebab dia baca majalah tu tapi aku marah sebab dia tak fokus nak membeli.
By the time dia order tu, orang ramai dah datang kat gerai tu.

Jurujual tu ada tanya pakcik tu,

"Pakcik, mau acar?"

Pakcik tu buat derk... fokus sangat duk baca risalah tuuu...
Jurujual tu tanya buat kali kedua.
Ehhh... pakcik tu tak dengar lagi.
Aku tengok mulut jurujual tu dah mengomel dah.
Customer lain dah pandang-pandang semacam.
Bongok tul!
Kalau rasa nak membeli, fokus la!
Risalah tu balik rumah pun boleh baca nanti.

Time dia nak bayar tu, dia boleh buang risalah tu kat tepi gerai.
Buang macam tu je!
Uihhh... takde kesedaran sivik langsung.
Serius aku menyampah dengan orang-orang macam tu.
Kalau nak buang pon, carilah tong sampah.

*Risalah tu diedarkan oleh ahli PR sambil memberikan kurma percuma kepada pengunjung bazar.

Tu perangai pakcik tua.
Yang kapel-kapel ni pun satu hal.
Dah la jalan lenggang-kangkung... bermesra alam pulak ditengah-tengah orang ramai.
Ni nak bermesra ke, nak beli juadah berbuka?
Kalau nak bermesra, please get a room!
Kalau tak boleh atau tak mampu, ko masuk je dalam semak.
Itu lebih baik dari kau menyemak kat bazar ni.

Sama jugak dengan gadis-gadis yang bajet ayu jelita.
Kalau melangkah tu, alahaiiiiii.............
Semut berjalan pun lagi laju dari kau la!
Ni bazar ok.... bazar.
Bukan tempat nak jaja muka kau kat orang ramai.
Boleh jalan laju sikit tak?
Sebab kau la laluan belakang jadi jem.
Ayu la sangat!

Pastu yang paling aku menyampah bila ada orang berhenti tengah jalan.
Padahal dia dah nampak orang berderu nak lalu kat situ.
Aduhaiii.... kenapa? Kenapa?
Kenapa korang pentingkan diri sangat?
Please la jangan buat perangai kat tengah-tengah orang ramai.
Kau nak membeli, orang lain pun nak membeli.
Kalau tak gedik, tak boleh ke?

Haih, emo aku dengan diorang ni.
Perangai pelik-pelik.

Hah, dah nipis pahala puasa aku hari ni sebab tetibe je emo-emo.
Better aku stop menaip sebab nanti kang ada je benda yang aku nak membebel.
By the way, selamat berbuka puasa uolss...
Makan kenyang-kenyang ye. :)


4 comments:

Emynz said...

hahaha....bab berenti tetengah tu memang cam harames sket...selalu aku maki jek terus. huh!

Girl Girl said...

Kannn... aku ni depan org ramai, aku jaga mulut. skali aku maki kang nanti ada pulak yang nangis tergolek2 kat tgh2 org ramai tu...

Mimy Hamid said...

ko ni macam macam la nana..hahahaha...rasanya puasa ni weekend je gi PARAM ..tak suke la sesak...macam hapa je berebut

Girl Girl said...

Kannn... paling tak suke sbnrnye bile kaum lain sibuk nk mmbeli jgk mcm kn dia tu bpuasa. eeiii.. kalu pegi bgsar tu lg la haram jadah. cina berlambak... sibuk jekk