Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan


Salam readers...

Esok dah masuk bulan Ramadhan.
Sekejap je masa berjalan kann...
Tup-tup, esok kita dah kena berpuasa lagi.

Sempena bulan Ramadhan al-mubarak yang barakah ini, aku menghulurkan tangan memohon ampun jika selama ni aku ada terkasar bahasa, terkasar perbuatan, terlajak bicara hingga ada yang terluka & terasa hati.

Kepada keluarga,
K.Ngah tahu adik sedang membaca blog K.Ngah ni.
Hopefully adik dapat memahami cemana K.Ngah yang sebenarnye dan how much K.Ngah sayangkan family kita.
So far, sejak K.Ngah bekerja, dah banyak sangat K.Ngah melabur untuk kesenangan family kita.
K.Ngah tahu K.Ngah bukanlah anak, adik & kakak yang baik tapi K.Ngah cuba untuk jadi yang terbaik dalam keluarga kita.
K.Ngah senang, K.Ngah takkan biarkan keluarga kite susah.
Biar kita susah sama-sama, senang sama-sama.

Kepada yang tercinta FZ,
Ini dah masuk ramadhan ke-3 dalam hubungan kita.
Perghh... dah lama rupanya kann, bang.
Macam biase mesti abang stress sebab setiap kali sahur abang akan kejutkan sayang tapi sayang tak bangun-bangun. Hikhik....
Tahun ni InsyaALLAH sayang akan bangun sahur.
Kan sayang ada gastrik. Kompem la kena sahur.
Abang macam biase kena kejutkan sayang yee...... Jangan putus asa.. hehe :D

Kepada saudara-mara,
Sebelah mummy atau sebelah daddy....
Nana sebenarnya tak berapa rapat sangat dengan sedara-mara kann... lebih-lebih lagi sebelah daddy.
Kalau sebelah mummy tu selalu jugak jumpa.
Sebelah daddy, kalau jumpa pon time raya atau ada kenduri.
Tapi apapun, Nana tahu nana bukanlah anak sedara atau kazen yang baik...
Segala teguran yang dibuat bukannye atas sebab nak tunjuk baik atau berlagak tetapi hanya untuk kebaikan bersama.
Mungkin tersilap cara dan gaya, tetapi lihatlah pada niatnya...
Itu lebih penting.
Semoga Ramadhan ini memberi kite sinar yang baru...

Kepada BFF (Sue dan Wahida),
Aku tau korang baca blog aku ni..... tapi tak pernah pon korang nak komen kannn!
Cit! Hehehehe....
Aku mohon maaf andai sepanjang persahabatan kite ni, aku ada buat korang terasa hati.
Aku sayangkan hubungan kite nih.
Raya ni kite jumpe eh!
Lagi best kalau jumpa ramai-ramai...
Pastu citer pasal kawin-kawin... hahaha...
Dan memang tak pernah miss untuk imbau kembali tentang zaman kite belajar dulu... :D

Kepada kawan-kawan TM,
Nana memang tak ramai kawan kat TM ni.
Almaklumlah opis nana ni terceruk kat hujung-hujung atas menara rebung nih.
Tapi sesape je kawan-kawan TM yang mengenali Nana, Nana nak mohon maaf jugak andai Nana ada buat silap.
Kite ni sama-sama bekerja dan makan gaji.
Masing-masing punya kesilapan sendiri.
So, kekadang kalau tercakap kasar dalam phone ke ape ke, Nana mintak maaf banyak-banyak.
But so far, rasenye takde kottt....

Kepada readers dan sesape saja yang mengenali diri Nana,
Nana tahu Nana bukan penulis yang baik dan bagus.
Kalau menulis tu gak, tunggang-langgang je.
Suke suki nak taip apa... ikut kata hati.
Kalu hati tengah suke, kemain berpuji-pujian.
Kalau marah, habislah dihamburkan kata-kata yang tak enak...
Nana tahu ada yang tak suka dengan penulisan Nana...
Takpelah, nak buat cane.
Nana tak boleh menulis dengan cara menjadi diri orang lain.
Myself is myself.
Apa yang Nana tulis, itulah perasaan sebenar Nana...
Nana takmo sorok-sorok.
Baik takyah ada blog kalau kite asik menulis sesuatu yang bukan diri kita...
Nana takmo jadi hipokrit.
Please fahami Nana...

Apapun, sekali lagi Nana nak ucapkan Salam Ramadhan.
Selamat berpuasa dan selamat bershopping untuk hari raya.
Sale dah start kott...
Baik gi shopping cepat-cepat terutamanya kasut.
Kang nanti takde saiz.

Oppss... terlajak topik lak...
Ok la.... Nak chow dulu.
Jangan lupa ya malam ni niat puasa....


Niat puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa

Doa Niat untuk sebulan sekali doa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala.

Lafaz Niat Puasa (harian)

Niat doa puasa untuk sehari sekali
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala.


Doa Berbuka Puasa

Doa semasa buka puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

Doa selepas selesai berbuka puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Biasenya aku baca niat puasa harian dan doa bukak puasa je...
Korang cane?



3 comments:

Anonymous said...

I am disturbed about the circumstances in Syria!

Mimy Hamid said...

happy fasting nana...salam kemaafan jugak...

Girl Girl said...

Ye mimy.... selamat berpuasa... :)