Tuesday, July 24, 2012

Sangat tak suka

Salam readers,

Mood berblogging aku hilang kejap sebenarnye.
Sebab tu aku tak update.
Entahlah, rasa malas pulak nak menaip.

Sementara aku tengah menunggu waktu berbuka ni, ada jugak baiknya kalau aku update sekejap.

Eh, aku nak tanya korang ni especially secretaries?
Korang suka tak kalau bos orang lain sibuk kacau kerja korang?
Like korang ni secretary diorang?

Oo emm gee! Aku tersangatlah tak suka.
I have my own boss. I manage my boss. ONLY!
I obey to all my boss's instructions and  directions.
When my boss told me to do A, then I will do A.

Boss lain, you already have your own secretary.
Just disturb your secretary. But not me!
Aku bukannya apa.
Aku taknak nanti aku dikatakan tak efektif buat kerja just because of boss lain sibuk nak judge aku.
Yela, lain boss lain perangai.
Ingat senang ke nak manage boss?
Di awal-awal masa, kena fahamkan betul-betul cemana perangai bos.
Lepas tu kena fahamkan gaya kerja dia. Kena faham apa yang dia suka, apa yang dia tak suka.
Then adapt to it!

Sepanjang kerjaya aku as a secretary, aku dah jaga 2 orang boss.
Dua-dua punya perangai yang berbeza.
Tapi, mereka buat aku makin efektif bekerja.
Tapi bila ada bos lain yang menempel, stress la aku.

Please la...
Bulan puasa ni control la sikit your temper.
Kata ini bulan mulia... bulan tambah pahala.
Kalau asik marah je, cemana nak dapat pahala? Kan?
Aku pun tak pasal-pasal badan cergas, terus jadi lemah-longlai sebab hilang mood.

Ok, itu hal opis.
Hal rumah pulak memang tak habis-habis.
Kalau time bulan Ramadhan pon rasa nak khianat dan sakitkan hati orang, aku rasa tak guna la dia pergi Umrah hari tu.
Pesen tak puas hati kat orang sedangkan orang takde pun kacau life dia.
Jenis hati busuk tak habis-habis.
Tak malu ke umur dah tua tapi still buat perangai macam budak-budak??

Like sengaja tinggalkan potongan ayam mentah dan hati ayam dalam sinki sebab nak sakitkan hati aku.
Yela, aku je yang duk cuci sinki tu kalau kotor.
Ini bulan puasa... takkan nak khianat kat orang lagi?
Entahlah, tak reti dah nak cakap ape...
Kalau hati dah kotor + penuh dengan lendir hitam, memang payah nak jadi putih dan suci balik.
Pergilah umrah dan haji patploh kali pon, tetap macam tu jugak.
Insaf-insaflah wahai kakak tua.
Perangai tu takyah la kotor sangat.

Readers, korang suka ke dengan orang yang berhati busuk macam kat atas tu?
Tak suka kan?
Aku nak mintak tolong korang la..... tolong doakan supaya si kakak tua diatas tu insaf dengan perbuatan dia.
Doakan supaya Tuhan tunjukkan diri dia yang sebenar.
Aku ni bukannya apa.
Kesian kat dia... hidup tak tenang sebab duk sakit hati kat orang.

Ok, apepun SELAMAT BERBUKA PUASA kepada korang semua.
Makan sampai kenyang ye.
Jangan lupa niat berbuka puasa sebelum makan.
Jangan gelojoh tau! :D

4 comments:

emi said...

bakpe dok pindah umah lain je?bahya jgk dok seumah org gitu

Girl Girl said...

Emi : susoh nk cri rmh lain sbb kbykn rmh ada doh kelengkapan mcm peti ais n mesin basuh... so, kalu pindoh kekgi xtahu mne nk ltk peti ais n msin bsuh nana punye... tp sbnrnye, dia sorang je hok prangai pelik dlm rmh tu... org lain ok je.. :(

Mimy Hamid said...

my bos my responsible..kannnnnnnn

Girl Girl said...

Mimy : Kannn.... btl2...