Monday, July 23, 2012

The Amazing Spider-man

Salam Ramadhan readers...

Korang puasa tak hari ni?
Jangan tak puasa tau. Berdosa.
Kan berpuasa ni salah satu daripada 5 rukun Islam.

Hari Rabu 2 minggu lepas (dah lama tapi sebab malas nak update kannn), aku dan FZ pegi tengok movie The Amazing Spider-Man.

Credit pic : google

Ingat nak amik midnight.
Tapi takut tertido pulak kang...
So, amik tiket kul 8.45pm.
Kitorang tengok kat GSC MidValley. Amik yang 3D punya.



Tetibe aku terbukak hati pulak nak pakai tudung malam tu...

FZ : Ayang ni buang tebiat ke? Tetibe je pakai tudung... Selama ni takde pulak.
Aku : Saje.... Abang tak suka ke?
FZ : Suke laa... Abang sebenarnya lagi suka kalau sayang pakai tudung.

Entahlah... Terasa jugak kekadang nak berubah ke arah kebaikan.
Terasa macam terbukak hati je nak pakai tudung secara full-time.
Yela, selama ni aku pakai tudung kat opis je.
Luar opis aku tak pakai.
Apapun, doakan supaya aku terbukak hati sepenuhnya untuk pakai tudung ye kengkawan.

Ok, back to the story.
Bagi aku cerita ni best jugak.
Cuma permulaan cerita je agak bosan (sampai aku menguap banyak kali sebab mengantuk) sebab banyak cakap dari action.
Movie ni bukanlah sambungan dari sequel yang lepas tapi ibaratkan seperti cerita permulaan how terjadinya Spiderman hingga ke Uncle Ben mati dibunuh hinggalah berlakunya pergaduhan antara Spiderman dengan The Lizard dan juga kisah cinta antara Spiderman dan Gwen Stacy.
Cara pengolahan movie ni memang simple dan senang difahami.
Takyah pening kepala nak fikir lebih.

Dan sangat berbaloi tengok 3D sebab memang banyak adegan 3D yang ditayangkan.
Terasa seolah-olah kita pulak yang bergayut dengan jejaring lelabah.

Eh, aku taknak la citer lelebih.
Kalau korang nak tahu best ke tak, korang tengok la sendiri.
Sekarang ni still ditayangkan di pawagam.
Kalau tak berkesempatan, korang tunggu je la dvd kuar nanti ye.

Rating for this movie : 4 out of  5.

4 comments:

Anonymous said...

You can definitely see your enthusiasm within the
work you write. The sector hopes for more passionate writers like you who are not afraid to mention how they believe.

At all times follow your heart.
Here is my page : spielen

Mimy Hamid said...

huwaaa bila nk tgk ni....dah la batman lak skrang ni..meh nana jaga Fayel..heheh


p/s: nanan nak hijrah mmg macam tu..thats why mimi nak cuba pakai tudung masa keje ..slow slow

Girl Girl said...

Meh2.. bg nana jaga fayel.... tp fulus....fulus.. hehehe

Anonymous said...

Whats up are using Wordpress for your site platform?
I'm new to the blog world but I'm trying to get started and create my own.
Do you require any html coding expertise to make your own blog?
Any help would be greatly appreciated!
Here is my website : wellies for women