Wednesday, August 15, 2012

Berbuka puasa di rumah anak yatim

Salam readers....

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang pengalaman kali pertama aku berbuka puasa dirumah anak yatim.
Benda ni berlaku di minggu pertama bulan Ramadhan.
Asalnya ni plan bos aku la..
Kononnye nak buat amal kebajikan.
Manager aku ditugaskan untuk cari rumah anak yatim yang dapat peruntukan sedikit.
Maksudnya rumah anak yatim yang struggle la.

Manager aku cari punya cari, jumpa 1 rumah anak yatim dan asnaf kat Tanjung Malim.
Aku dengar dah macam jauh sangat.
Tanjung Malim kat Perak kottt...
Takkan la nak pergi sana kan?

Memula aku memang berat hati nak pergi.
Merungut jugak la kannn....
Transport takde, nanti nak balik cane, balik lewat malam la..ape la.... 
Macam-macam alasan.

Tapi oleh sebab ni cadangan bos, so ikutkan aje.
Nak-nak aku ni PA dia.
Wajib la kena pergi kan...
Dah tu, aku kena korbankan janji nak berbuka dengan FZ hari tu semata-mata cadangan bos ni.

Hari Jumaat, 27 Julai 2012, aku dan 4 orang lagi opismate pergi ke Baitul Mahabbah dengan menaiki 1 kereta.
Pukul 4 kitorang bertolak ke Tanjung Malim.


Duit raya untuk anak-anak yatim dan asnaf yang kitorang berkunjung.

Otw ke Tanjung Malim tu, kitorang ada la singgah masjid untuk solat.


Aku pakai serba pink hari tu.... :)

Dah solat, kitorang sambung perjalanan ke Tanjung Malim.
Itupun tak pergi direct ke rumah anak yatim tapi kitorang singgah ke bazar Ramadan dulu.
Aku la yang duk bising sebab risau nanti takde makanan untuk sahur.
At least kalau pergi bazar, boleh la beli makanan sikit-sikit.


Ustaz Khairol....
Hahahaha..... dia la ustaz dalam unit aku.
Ada sebarang kemusykilan agama, aku akan rujuk kat dia.
Hahaha... jangan marah ye Khairol! Ngeeee....


Taiko tai pada hari itu...
Dia ni la driver kitorang hari tu.
Ya ALLAH, dia drive dah macam pelesit.
Aku yang duk belakang dah fefeeling naik roller coaster.


En. Zul - baju merah tepi sebelah kanan.

Bazar kat situ memang best.
Meriah.
Banyak gile kuih-kuih tradisional dan nasi campur Melayu.

Dah puas tawaf bazar Ramadhan, kitorang bergerak ke KFC.
Beli 1 bucket ayam goreng sebagai makanan tambahan untuk anak-anak yatim nanti.


Inilah rumah anak yatim tersebut.
Rumah batu setingkat - 2 lot.


Pusat Jagaan Anak Yatim dan Asnaf Zakat
Baitul Mahabbah.



Aku dan Leen yang comey loteyy.
Minah dari kelate tapi 'murtad' sebab duk kekal dengan family di KL. Hehehe...
Kitorang je la "bunga" dalam unit SAU.



Salah seorang kanak-kanak di pusat jagaan tersebut.
Iqram namanya.

Honestly, aku rasa bersalah pulak sebab merungut.
Sebenarnya ada kebaikannya juga datang tempat-tempat camni.
Sekurang-kurangnya aku rasa diri aku ni bertuah sebab still ada mak ayah.
Dari kecik aku dijaga dan ditabur dengan segala macam benda.
Tak pernah kurang kasih-sayang dari keluarga.


Budak-budak ni semuanya pemalu.
Segan-segan je aku nak tegur diorang.
Islamik pun ya...

Masing-masing nampak macam tak larat je sebab berpuasa.



Diorang ada buat persembahan untuk kitorang.
Suara pun boleh tahan. Sedap.


Masa diorang menyanyi, sayu je rasa hati aku.
Sedih.
Diorang hidup tanpa mak dan ayah kandung.
Membesar dengan kawan-kawan.
Hidup ala kadar
Tapi bab agama memang tiptop.
Diorang sangat disiplin.

Kita?
Hidup senang-lenang, serba-serbi lengkap.
Pakai pakaian mahal-mahal...
Makan pulak makanan yang sedap-sedap.
Itupun kite tak rasa bersyukur lagi.

Ini laman web pusat jagaan diatas :


p/s :- Korang dah tengok iklan raya Bernas?
O emm gee, aku melalak masa tengok iklan tu.
Sedih siot...


1 comment:

Jen Jen Izaicun said...

best kan buka puasa ngan anak2 yatim nih..
pink i like..