Tuesday, August 14, 2012

Bertiga berbuka puasa - *(ubahsuai)*

Salam readers...

Agak kelewatan aku update blog hari ni.
Bizi gituuu.....

12 Ogos baru-baru, aku ajak FZ berbuka puasa di The Manhattan Fish Market kat MV tu.
Teringin sangat nak makan kat situ.
Memandangkan diorang tak terima booking through phone, kitorang awal-awal lagi dah pergi MV untuk booking tempat.
Bila booking tu, terus kena pilih nak makanan ape, then terus kena bayar.
Takde deposit ke ape... korang kena terus bayar amount keseluruhan.
Tapi leceh kannn...
Kita dah takleh ubah menu.
Apepun nak buat cemana kan... tekak dan perut panda aku ni asik teringin je nak makan kat sini.
Mujurlah FZ tu layan je permintaan aku nih.


No meja kitorang....


Side dish - Quad delight.
Ada sotong, ada udang, ader mushroom.... coleslaw pun ada.
Sedap jugak...
Si tecitt Alya suka sangat makan mushroom.


Si tecitt yang sentiasa menguji kesabaran aku.
Nakal tau dia nih sekarang. Grrrr...

Tuu dia tengah makan coklat jelly.
Nak pegang sendiri.
Makan pulak, gigit sikit-sikit...
Pastu bila manis coklat tu dah takde, dia ludahkan balik.
Manalah aku tak sakit hati kann...

Paling aku tak suka bila dia lap tangan kotor dia tu kat baju.
Eeiii... geram...geram...

Eeeiii... gomol kang baru tahu!


Tengok tuu...
Bila aku amik je, mulalah nak melalak.
Suara pulak nyaring.
Haiyoohhh! 

Nasib baik la kat situ ada ramai orang.
Kalau kat rumah dia buat perangai macam ni.... hmmm.... dah lama dah kena bebel.
Aku ni membebel sampai tahap dia merajuk tau.
Dia ni kalau merajuk mulalah kepala tertunduk-tunduk pastu jeling kat orang.
Bila orang sentuh dia je, mulalah dia tepis tangan kite nih.
Hok oloh.... kelakar tau!

Aku ni bukannya apa.
Tak suke tengok tangan dia berlengas.
Kotor...


Tapi melalaknye kejap je sebab aku usik patung.

Owh, lupa nak citer...
Baby Alya ni takut dengan patung-patung kat shopping mall.
Alaaa, patung orang yang tayang baju tuu...

Kalau dia start buat perangai je, mesti aku cakap...

"Syhhhh... jangan nangis. Nanti patung datang amik baby..!"

Pastu, dia mesti tak jadi menangis.
Biasenya aku tanya dia balik,

"Baby nak patung amik baby? Nak? Nak?"

Kompem dia akan geleng kepala, "Nanak!"

*Nanak = tak nak.

Hahahaha...
Tahu pon tak nak.

Paling dia takut kalau pergi kat kedai kasut sukan.
Sesetengah kedai kasut sukan patung dia kan kaler merah.
Nampak macam menakutkan je.
Boleh melalak dia tau kalau nampak patung tu.

Kalau kat shopping mall pulak, patung yang dia takut adalah patung yang jenis takde muka.
Maksudnya patung tu ada kepala tapi takde mata, takde hisung, takde mulut.
Kosong.
Agaknya dia nampak macam hantu kot..
Hahaaha...
Kelakar gila bila tengok reaksi dia time dia takut.
Kompem dia peluk aku kuat-kuat bila nampak patung macam tu.


Kan dah diam.
Dia ni jenis kene usik je selalu.
Barulah reti duk diam.
Kalau tak... hmmm.............. perangai mengalahkan budak lelaki.


Nakal-nakal dia pon, aku tetap sayangkan dia.
Telatah dia sekarang ni memang kelakar.
Asik buat aku gelak je.

Lagi 1 benda yang dia takut adalah penyapu.
Hahaha...
Kalau dia nakal kat rumah, aku akan amik penyapu dan sapu kaki dia.
Mulalah kelam-kelibut dia lari.

Aku : Eeeiii... penyapu datang.........
Dia : Nanak...nanak....

Hahaha...
Tu je la perkataan yang ko tahu, baby.
Nanak...nanak....nanak......
Nasib baik tak sebut Nang Nak... Huhuu...


Dah habis coklat jelly, umpan dia makan nasi pulak.
Mak dia ni ada mengadu katanya Alya susah nak makan.
Kalau makan nasi tu, 2-3 suap je.

Tapi hari tu banyak jugak dia makan nasi.
Agaknya sedap sangat kot nasi kat sini.
Sampai nak habis nasik aku dia makan.
Lagi satu aku perasan Baby Alya suka sangat makan ikan.
Bagi la dia ikan apapun, asalkan tak pedas, semuanya dia bedal.
Berselera je tengok dia makan ikan.


Dia ni puasa mengalahkan budak-budak.
Asik lapar je...
Hehehe....
Sebenarnya kitorang penat sangat sehari suntuk shopping raya.
Lepas raya nanti kompem masing-masing pokai...
Huhuhu....

Sebelum datang MV, kitorang pergi ke Bukit Bintang.
Nak pergi butik kasut sukan.
FZ teringin nak beli kasut Puma Ferrari yang femes sekarang ni.
Banyak design yang cantik-cantik.
Pilih punya pilih, dia sambar sepasang kasut.
Tercapai jugak la impian dia nak kasut tu.


Ni aku punya, small flame.
Sedappp.....
Udang tu memang terbaikkk.
Ikan grill tu pun sedap. Fresh dan juicy.

FZ order fish and chips.
Sedap jugak.


Ice cream.
Aku pilih flavor vanilla dan coklat.
Sedap.

Kire puas hati la makan kat sini.
Kenyang sampai aku pun tak sahur.
Nasib baik puasa esok harinya aku tak rasa lapar langsung.
Walaupun sesetengah orang rasa makanan kat sini mahal, tapi bagi aku ianya berbaloi dengan apa yang kite makan.

Tapi kata FZ,

"Makan mahal, nanti masuk dalam perut lama-lama jadi t**k jugak".

Cis..cis..cis.....
Kesitu pulak dia!



2 comments:

Mimy Hamid said...

manhattan pun penuh je kat MV tu...seaffod platter dia sedap...teringat masa peknen kemain galak nak makan ni...huhu..baby alya ada benda dia takut senang nana...reti diam sikit

Jen Jen Izaicun said...

bestnyerrrrrr....