Wednesday, August 8, 2012

Cekik darah

Salam readers....

Korang mesti pernah pergi bazar ramadhan kan?
Aku pun selalu pergi bazar.
Minggu ni pergi bazar sini, minggu depan pergi bazar lain pulak.
Terjah katenya.
Lain bazar, lain makanan yang dijual.
Setakat ni bazar yang selalu aku pergi adalah bazar Kerinchi, bazar Pantai Dalam dan bazar Bangsar.

Kalau kat bazar Kerinchi ni, ramai indon yang jual makanan.
Tak tau la cemana diorang dapat tapak.
Aku rasa ada bumiputra yang jual tapak kat diorang nih.
Tapi apapun, ader banyak jugak makanan yang sedap kat Bazar Kerinchi ni...
Nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang... nasi campur pun ada yang sedap-sedap.
Kuih pon banyak dijual kat sini.

Kalau kat Pantai Dalam pulak, banyak nasi-nasi.
Nasi beriyani, nasi dagang, nasi kerabu... lebih kurang sama je macam Kerinchi.
Tapi kat sini lebih meriah la sebab besar sikit.
Murtabak pon banyak dijual kat sini.

Yang aku nak tekankan kat sini ialah Bazar Bangsar.
Meriah tu meriah la sebab banyak jugak menu.
Nasi ambeng, nasi lemak, nasi kukus...
Kuih-muih pon banyak...
Rojak pon ada. Sedap.

Cumanya aku tak puas hati dengan harga makanan kat Bazar Bangsar ni.
Mungkin namanya pon BANGSAR, jadi haruslah makanannye mahal sikit, ye dak??

Last weken, aku dan FZ pergi beli juadah berbuka kat situ.
Aku memang teringin sangat nak makan nasi ambeng.
Masa awal Ramadhan ari tu, aku dah beli nasi ambeng tu.
Banyak dan sedap.
Siap kongsi makan dengan FZ lagi sebab banyak sangat.

So, hari tu kitorang singgah kat gerai nasi ambeng yang sama.
Aku tengok nasi ambengnya makin sikit.
Sama banyak dengan mee goreng yang kite beli RM2.
Memang sikit gila la...
Pastu harga tertera RM6 sekali dengan lauk ayam.
Ayam pulak diberi 2 pilihan sama ada ayam rendang atau ayam goreng rempah.
Aku tak berapa gemor ayam rendang, so aku pilihlah ayam goreng rempah.
Time nak bayar tu, penjual tu cakap,

"Bang, kalau amik ayam goreng rempah ni RM6.50. Kalau yang rendang ni baru RM6."

Aku pandang FZ, FZ pandang aku.
Menyirap jugak la darah aku.
Yela, harga kat banner tu ko tulis RM6.
Takde pulak ko cakap Nasi ambeng + ayam rendang = RM6;
Nasi ambeng + ayam rempah = RM6.50.
Tapi takpelah... dah teringin sangat kan.. so bayar je la.

FZ pulak teringin sangat nak makan popia sambal.
Dia kata kat Bazar Melawati ada yang best.
Harga pon RM2 untuk 5 bijik.
Kire ok la kann... Sedap lak tu.

Cari punya cari, ada la yang jual popia sambal.
FZ tanya harga dulu.
RM3 untuk 5 bijik!

Bagi aku la, harga camtu memang mahal.
Jual RM2 5 bijik tu pun dah banyak dah untung.
Ini RM3 untuk 5 bijik popia!!??
FZ terus tak jadi beli.
Dia cakap baik pergi Melawati je.
Harga murah. Rasa pon sedap!
Yang kat Bangsar ni, belum tentu rasa sedapnya.
Dah la kecik je.
2 kali gigit pon dah habis.



Gambar contoh dari google.

Macam nasi ambeng tadi tu laa...
Memula jual, kemain portion nya banyak.
Nak tarik pembeli la katakan.
Bila dah ramai pembeli, terus portion jadi sikit.
Harga pon naik...
Penjual Melayu kannn....
Bila dah untung sikit, mulalah kelabu mata.

Sama jugak dengan popia ni.
Orang lain jual gak popia.
Semua orang pun nak untung.
Tapi jangan la sampai cekik darah.

Orang kata, sambil berniaga sambil mencari keredhaan ALLAH SWT.
Ini tak, berniaga sebab nak cekau duit orang.
Benda cinonet macam tu pun nak jual RM3.
Kalau nak cari untung pon, janganlah melampau sangat.

Mungkin kat bazar lain pun ada popia sambal RM3 5 bijik.
Dan mungkin ada readers yang beranggapan itu harga standard zaman sekarang.
Tapi bagi aku, harga tu langsung tak munasabah.
Daripada nak beli, terus tak jadi beli.
Dari peniaga nak cari rezeki, terus rezeki tu tersekat.



8 comments:

Jen Jen Izaicun said...

setuju ngan awak... sangat tak munasabah rege 3bijik RM5... klu besar cam lengan jen2 ni takpe gak... heheheh... over kan...
kat bazaar leh tgk mcm2 jenis perangai manusia... yg mana betol2 ingin berniaga or saja amik kesempatan.. tak ke mana pung... biarlah... tp mmg tk support pung... alhamdulillah kat area pantai dalam tu masih ada lg yg jual kuih 5=RM2 sedap2 lagik...
selamat berpuasa & selamat berbuka

Emynz said...

paling sakit ati, dah ler mahal pastu rase taleh blah.
rase cam nak pegi jek kat penjual tu pastu cakap "kalo tak reti masak tayah nak meniaga"

Anonymous said...

Nice post. I learn something totally new and challenging
on sites I stumbleupon every day. It's always helpful to read articles from other writers and use something from other sites.
Also see my website :: stargames

Mimy Hamid said...

ala nak nasi ambeng...dah lama carik..frustttttttttttttttttttttttttt

Girl Girl said...

Jen2 : diorg ni sambil bniaga, sambil amik kesempatan.mnyampah dgn peniaga2 mcm ni.

Girl Girl said...

Emynz : tau xpe... letak hrge mahal tp xsedap... bt sakit hti je

Girl Girl said...

Mimy : kat bangsar tu ada la nc ambeng. tmpat lain nana xtau.. huhu

Anonymous said...

tahun dpan abg nk brniaga nasi ambeng dgn popia smbal lh...hehe