Thursday, August 30, 2012

Ceritera Syawal 2012

Salam readers...

Malam-malam cenggini barulah ada mood nak update blog.
Siang-siang tadi banyak sangat kerja.
Usahkan nak update blog, nak blogwalking pon kena curik-curik masa.
Itupun sempat bukak blog Kak Filla je sebab Mimy ada bagitahu adik Kak Filla meninggal.
Innalillah....
Takziah kepada keluarga arwah.

La ni aku nak berkongsi cerita hari raya aku di kampung.
Tahun ni aku memang amik cuti lama.
Kemain lagi kannnn excited betul nak raya.

Tapi tu la... aku tak sempat merasa berpuasa dan bersahur di kampung... sob..sob...
Salahkan Miss P sebab datang jenguk sehari sebelum aku balik kampung.
Kirenye start dari tu aku dah 'beraya'.
Mati-mati aku ingatkan puasa aku penuh tahun ni.
Ye la... tinggal 4 hari lagipun nak raya...
Tup-tup kantoii jugak bendera merah.
Geram betulll....

Aku balik kampung hari Khamis pagi.
Pagi Khamis tu aku jenguk la kejap opis.
Masuk kul 8.... kul 10 pagi aku dah blah dahhh...
Sebabnya Kak Long kata dia nak bertolak awal.

FZ datang amik aku kat opis, then balik rumah aku untuk amik beg.
Pastu bergegas ke rumah Kak Long.

Pukul 11pagi, aku dan family Kak Long bertolak ke Kuala Terengganu, kampung halaman aku.
Kul 3 petang, kitorang dah sampai kat kampung.
Itupun kitorang singgah jap rumah tailor amik baju raya dan singgah kat gerai jual kuih-muih tradisional.

Tahun ni pun aku tak jejak kaki kat bazar ramadhan.
InsyaALLAH tahun depan aku nak jejak kaki kat bazar.
Bazar kat K.T lagi meriah dari kat KL.
Lagipun kat situ lagi banyak makanan yang sedap-sedap.
Kat KL dah banyak diconquer oleh orang indon dah..

Kisahnya, pagi syawal aku bangun awal.
Yela, takut berebut bilik air dengan orang lain.
Bilik air rumah aku ada 3 buah.
Tapi masing-masing suka pakai bilik air kat belakang tuh.

Dah siap-siap, macam biase la aku suruh adik aku snap gambar.


Amboiii... pewooottt aku!!!
Obvious sangat dah kan perut aku tuh.. kan..kan...
Fuhhh... kena minum air masak banyak-banyak nih.
Bagi perut kempis!


Love them both!

Tema kitorang tahun ni adalah BIRU.
Gelombang biru la katekan.. hikhik...


Amisha arieana...
Tetibe je emo pepagi raya.
Aku pon tak tahu kenapa...
Tapi dengan aku sorang elok je.

Aku balik kampung kali ni memang dia manja sangat dengan aku.
Asik nak bertempek kat aku je.
Pelik jugak.
Even dengan Kak Long pon dia tak rapat sangat.
Pantang aku suruh ape-ape, dia buat je tanpa bantahan.
Dia rindu kat aku kottt.... ye tak?


Fifi...
Now, aku panggil dia cibibi...
Uikss.... nakal ya ampun!
Suke benor usik orang.

Aku senang je.... kalau dia nakal sangat, aku usik hantu.
Kalau memalam, dia takut la kalu aku jerit 'orang hitam'.
Sebelah rumah aku tu ada tanah kosong.
Kat tanah tu pulak ada semak-samun dan pokok.
So, aku cakap la kat Fifi, kat pokok tu ada orang hitam tinggal.
Malam-malam orang hitam tu akan cari budak nakal pastu culik.

Dah kena usik macam tu, barulah dia duk diam.
Hihihi...

Dia ni paling suka bila dapat duit raya.
Hadoii... lawak betul bila ingat gelagat dia.
Dia bersalam dengan orang sebab nak dapatkan duit raya.
Tapi kalau dia tengok kakak dan kazen-kazen dia tak dapat duit raya, dia akan mintak dengan orang tu.
Hadoii laa...
Mimy pun salah sorang mangsa.
Malu aku dibuatnya sebab dia ni memang tak segan nak mintak.
Hahaha...


Nur Alia Shahirah.

Anak dara dah ni.
Baru darjah 6.
Pemalas hampas nak study.
Dah la UPSR dah dekat.
Tapi bab gaya, serah kat dia la.
Budak baru nak up kannn... so ikut gaya remaja la.

Dia nih pemalu dengan orang ramai.
Penakut pun ya.
Hahaha....
Kan memalam astro citra tayang citer hantu.
So dia takut la nak tengok.

Kalau bab duit raya, dia segan-segan je nak amik.
Hehehe...
Dia suke kalau aku ajak kuar.
Sebabnya dia tahu kalau aku ajak kuar mesti aku bawak ke tempat yang best-best.


Alyssa Adriena.

Yang ni bolokss wokss orang Ganu kate.
Aku nak translet pun tak reti.

Raya tahun ni dia set rambut baru.
Rapat sangat la dengan Fifi.
Raya tahun ni dia ada bagi aku 2 keping surat.
Kreatif jugak anak sedara aku yang sorang nih.
Dia selalu nak temankan aku tido malam-malam.

Ada 1 malam tu aku tido dalam bilik mummy sebab ada air-cond.
Alyssa pun join sekali.
Kekadang dia berebut dengan adik dia sebab nak tido dengan aku.
Hadoii... mimpi indah ke kalau tido dengan angah nih?
Heheheh...

Aku malas nak tepek gambar banyak-banyak.
So aku skip eh....
Kalau tengok gambar aku yang selebihnya, pi kat FB aku ye.

Dah settle bersalam-salaman mohon ampun sesama ahli keluarga, kami bergerak ke rumah Cik Rus, adik mummy.
Itupun sebab nenek aku ada kat sana.


Baby yang Kak Long pangku tu namanya Haris Audi.
Kalau tak silap aku laaa...
Haris ni anak kazen aku, Emma.
Suke betul nenen...


Nenek dan mummy.

Nenek ni aku panggil as Mak.
Aku tak sure la berapa umur mak sekarang tapi alhamdulillah dia sihat walafiat.
Cumanya dia tak mampu dah nak berjalan jauh.

Setiap kali raya, memang aku akan bagi mak duit raya.
Yela, tanpa mak, aku takkan ada mummy.
Ye tak?
Lagipun masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu mintak duit dengan mak sebab nak beli jajan.
Nak mintak dengan mummy dan daddy?? Memang jangan haraplah dapat.
Mummy kan tak bagi anak-anak dia makan jajan.
Biasenya aku mintak dengan mak 20sen, mak bagi 50sen.
Kalau aku mintak 50sen, mak bagi singgit.

Uihhh... dulu singgit tu dah kire besar nilainye tau.
Dah boleh beli 5 jenis jajan tauu...


Beza betul aku dengan Kak Long kann...
Kak Long aku dari muda sampai sekarang selimmmm aje.
Aku jugak yang dah macam beranak saploh.
Huhuhu...


Alia pun dah sama saiz dengan aku.

Gambar ni di snap kat depan rumah Cik Rus.


Mummy - aku - daddy

Aku kan suka amik gambar.
Adik aku hangin je sebab asik kena paksa amik gambar aku.
Hahahah...
Aku kan kakak... so, gunalah kuasa veto untuk pakse adik.
Ape guna ada kamera mahal-mahal kalau tak snap-snap.
Tul tak?
Huahahahahah.... *gelak syaitoonn!


Shahril.

Kesian betul aku dengan adik aku yang sorang ni.
Bekerja keras cari rezeki sampai ke awal pagi.

Shahril ni dah bekerja as office boy kat 1 kompeni tu.
Malam pulak dia buat part time kat kedai makan jual satay kat area flat kolam, K.T.

Malam raya tu aku tido lewat jugak sebab tunggu Shahril balik.
Tapi last-last aku tido dulu sebab tak tahan ngantuk.
Seingat aku malam tu dia balik kul 4 pagi kot sebab katanya ada tempahan satay banyak kat kedai tempat dia bekerja.

Sebab tu la pagi raya tu kemain lagi dia mengantuk.
Asal singgah je rumah saudara-mara mesti dia tido.


Aku ni pun ngantuk jugak sebenarnye.
Tapi muka tetap nampak segar je.


Lihat la pinggangku...
Makin ramping kann...
Hahahaha.... korang mesti muntohh kan?



Kak Long's family.


Lepas berkunjung ke rumah Cik Rus, kitorang gerak ke rumah Ayah Chik Zul pulak.
Ayah Chik Zul ni adik daddy.


Ayah Chik Zul - daddy

Muke seiras kann...
Masa aku kecik-kecik dulu pun aku selalu kompius.
Sekarang ni Fifi pulak jadi bahan usikan.
Dia pun selalu kompius mana satu atuk dia yang sebenar dengan atuk sedara dia.
Hehehe..


Mummy dan daddy lagi.

Gambar ni aku yang snap.
Bukannya ape.. better snap gambar diorang banyak-banyak buat kenangan.


Ni gambar mahal kitorang 4 beradik yang masih bujang.
Hahahaha...
Bongok tul memasing kan...
Rasa cam kelakar gile amik gambar camni.
Dah siap snap, masing-masing duk gelak tengok muka sendiri.

Paling suka pergi rumah Ayah Chik Zul ni sebab dia hidangkan kuih sarang semut.
Sedapp ohh!
Sekarang ni dah tak banyak rumah yang hidangkan kuih sarang semut yang sedap.

Dah puas lepak kat rumah Ayah Chik Zul, kitorang beransur pulak ke rumah aunty aku sebelah daddy lagi.
Mak Dik Nab.
Mak Dik Nab ni adik kepada daddy aku.

Daddy aku ni ada12 orang beradik.
Tapi 2 orang dah meninggal... tinggal lagi sepuluh orang.
Itupun ada anak-anak sedara daddy aku yang dah beranak-pinak.
Memang banyak la rumah yang kitorang berkunjung setiap kali raya.
Sebab tu raya sebelah family aku ni meriah.

Gambar kat rumah Mak dik Nab aku tak masukkan kat sini.
Tapi menu raya Mak Dik Nab yang paling aku suka ialah nasi minyak.
Memang terbaekkk!

Then, kitorang pergi ke rumah aunty aku sebelah mummy pulak.
Aku panggil aunty aku as Ma.
Ma ni tauke besar kedai karpet kat Terengganu.
Sekarang ni kedai dia ada 2 buah.
1 kat Jalan Air Jernih, 1 lagi kat Jalan Pasir Panjang.
Dengar citer nak bukak 1 lagi cawangan kat Hiliran.
Jutawan dah sekarang.

Menu yang Ma hidangkan untuk raya kali ni sama macam tahun-tahun lepas.
Laksa dan nasi impit sambal ikan.
Nasi impit tu sedap.
Tapi laksa tu aku makan sikit je sebab aku tak minat sangat laksa sebenarnya.


Gambar mummy dan daddy lagi.
Mummy ni tak pernah nak senyum time amik gambar.
Haihh... tokmi...tokmi...


Daddy yang masih hensem... :)
Sayang daddy sangat-sangat!





Gambar tuan tanah haruslah berlambak kannn....


Dah puas tido agaknya, akhirnya Shahril bangun dan bertenaga.
Kalau tak, asik lembik je sebab ngantuk.
Hensem tak adik aku?
Available lagi ni...
Dah la boleh diharap, rajin.... baik lak tu.
Meh-meh isi borang dengan aku neh.


Ni la photographer pada hari itu.
Shah photography nama komersilnya.
Kemain lagi kannn...

Gambar awek kemain lagi rajin nak snap.
Sebab tu la aku asik paksa dia snap gambar aku je.
Kalau tak, pemalas hampagas!
Huahaha...


Ni adik bongsu aku.....
Juga boleh diharap, rajin.....
Kesayangan aku nih.

Setiap malam sebelum tido mesti dia mengemas rumah dulu so that bangun pagi esok hari rumah nampak dah kemas.
Pastu dia bukan macam budak-budak sebaya dia yang asik mintak mak ayah belikan itu ini...
Dia senyap je..

Macam ari tu dia ada bunyi nak amik lesen motor kat Kak Long.
Tapi Kak Long cakap tunggu la lepas SPM dulu.
Yela, takut jugak dia join mat rempit ke ape...

Tapi aku percayakan adik-adik aku.
Aku tahu adik-adik aku tak kan join benda-benda yang tak berfaedah.
1 day aku tengok fb dia.
Aku nampak gambar kawan-kawan dia pergi BBQ kat pantai buat adik aku tak dapat join.

Aku cam kesian pulak.
Aku faham jiwa adik aku.
Kebetulan pulak aku dapat bonus.
Aku bank-in duit kat dia untuk amik lesen motor.
Alhamdulillah, sekarang ni dia dah ada lesen.
Aku tengok, dia takde la keluar rumah sangat.
Keluar pun kalau aku suruh dia beli apa-apa.



Ha, yang ni pun jurukamera tak bertauliah.
Asik la amik gambar aku.
Hahaha...
Takyah disuruh, dia sendiri yang sukerela snap gambar aku.
Gambar orang lain dia tak snap sangat.
Dalam memory card dia, penuh dengan gambar aku je.
Hahaha...


Last but not least, gambar Alia- Shazrin-Shazrin dan Daddy.

Aku pun tak sedar bila masa diorang amik gambar ni.
Kalau aku tahu, mesti aku dah menyelit.
Hehehe....

Next rumah sape pulak yang kitorang serbu eh??
Tunggu tau entri seterusnya...
Aku dah penat menaip dah nih... :)



1 comment:

emi mohamad said...

shazrin mmg baik+encem...hihi..bagus nana tlg adik2..kita pon paham jiwa dorang kan..ada rezki lbih kita share dgn family :)