Monday, August 6, 2012

Iftar

Salam readers...

Hari ni rase bosan terlebih duk kat opis.
So, haruslah jenguk blog dan up satu lagi entri untuk hari ini.

Ni kisah semalam.
Dah tatau nak beriftar kat mana...
Ewahhh... iftar bagai.
Dulu-dulu sebut 'berbuka puasa' je.

Memula plan nak makan kat The Manhattan Fish Market  kat MV.
Tapi tak jadi sebab leceh.. takleh nak booking through phone.
Kalau nak booking, kena pergi sana dulu.
Ahhh.. banyak cekadak pulak.
So, cancel!

Akhirnya kitorang booking kat Nara Seafood - Ayam golek 5 bintang kat Pantai Dalam tu.
Puas hati... boleh makan banyak.
Tak sampai seratus hengget pon.


Air laici ais aku punya dan tembikai ais FZ punya...


Poyo jek... hahaha....


Me...

Rambut tak berikat sebab aku naik motor.

Korang tau je la aku kannn mana suka naik moto..
Takuttt...
Kalau jatuh, kompem luka walaupun sikit. Huhuhu...

Tapi FZ cakap susah nak dapat parking kalau pergi dengan kereta.
Lagipun dekat je dengan rumah aku.
Ok..ok... aku mengalah.
Tapi cuak gila masa dia bawak moto... nak-nak bila dia cilok kat tengah-tengah kereta.
Ya ALLAH, hanya Tuhan je yang tahu perasaan aku mase tuh.
Takuttt....


Ni makanan yang kitorang order semalam.

Nasi putih
Siakap 3 rasa (terbaik!)
Tomyam seafood
Udang goreng tepung
Sotong goreng tepung
Kangkung goreng belacan
Telur dadar 

Semua sekali RM55++ je.
Kire ok la tu kann...
Kenyang sampai ke malam.
Nak sahur pun dah jadi malas sebab kenyang sangat.
Huhu..

3 comments:

Mimy Hamid said...

tak amik ayam bolek 5 bintang lak??

Anonymous said...

Hello, i think that i saw you visited my blog so i came to “return the favor”.
I'm trying to find things to improve my site!I suppose its ok to use a few of your ideas!!
Feel free to surf my page book

Girl Girl said...

x amik mimy sbb dh muak... Sbb tu ktorg amik siakap tu..