Monday, August 6, 2012

Jom buat ais krim goreng!

 Salam readers...

Korang pernah makan ais krim goreng tak?
Kalu kat KL ni aku tak jumpa lagi la kat mana ada jual tapi kalau kat Kuala Terengganu, korang pergi je food court Pantai Batu Burok tu...
Kompem jumpa menu ais krim goreng.

Aku pun dah lama teringin nak buat ais krim goreng ni.
Tapi tak reti pulak nak buatnye.
Beberapa hari lepas, aku nampak 1 post dalam FB.
Resipi ais krim goreng yang senang.
Aku pun teruslah try buat.

Balik kerja, singgah kedai runcit untuk beli bahan-bahan untuk buat ais krim goreng.

Meh sini aku kongsikan dengan korang.

Bahan-bahan :-


1- Ais krim (tak kisah flavor apapun... tapi aku guna 3 flavor.)
2- Roti gardenia (nak ganti dengan roti jenama lain pun boleh)
3- Cawan untuk bentukkan roti.

Cara-cara :-

Amik sekeping roti, letakkan atas pinggan.
Tekapkan cawan atas roti tersebut secara lembut untuk dapatkan garisan bulat (jangan bentukkan roti tu lagi, step ni untuk kite dapatkan garisan je dulu).
Scoopkan ais krim dan letak di dalam bulatan atas roti tadi.
Ais krim tu kalau boleh jangan la letak terlalu banyak dan jangan pulak letak terlalu sikit.
Kalau letak banyak kang bocor pulak... kang kalu letak sikit, tak sedap pulak.

Dah letak ais krim dalam bulatan tadi, amik sekeping lagi roti dan telangkupkan atas ais krim.
Jangan penyet ye!

Pastu, amik cawan dan telangkupkan atas roti tadi sampai roti jadi bentuk bulat yang cantik.
Nak jugak cantik kannn.... pompuan la katakan...


Ni hasilnya bila kite bentukkan roti...
Dalam roti tu dah ada ais krim..
Pastikan tiada ais krim yang terkeluar dar roti ye.
Kalau ada, pepandai korang la penyet sikit supaya bahagian bocor tu tertutup.


Hari tu aku buat 4 biji je dulu... (gambar 2 bijik je)
Saje nak test...

Dah siap macam ni, masukkan roti ais krim tadi dalam bekas plastik dan bekukan dalam fridge selama 1 hari.

Cara menggoreng :-

Panaskan minyak dengan api yang besar.
(aku guna api besar sebab cepat sikit minyak panas... eden maleh nak nunggu lama-lama)

Dah nampak macam berasap je minyak tu, padamkan api.
Sambil tu, masukkan roti aiskrim tadi dalam minyak.
Goreng selama 5-10 saat sahaja!
Then, angkat dan bolehlah terus makan.



Inilah hasil ais krim goreng yang aku buat.
Nampak cantik kan?
Dan rasanya pon sedap!

Selamat mencuba ye! 

9 comments:

Anonymous said...

nnti abg pn nk bt jgk...hehe...nmpk mcm snang jer....

Jen Jen Izaicun said...

kt kl ada jual kt pasar malam pantai malam.. kat2 umah jen jen.. hehehe..

haah mmg senang jer buat ice cream goreng tu..

Mimy Hamid said...

senang nya la buat nyaaaaa....nak cuba la..cantik nya la ko goreng nana ..kemas jek

Girl Girl said...

Abg : try la bt ye.. Syg nk tgk jd ke x... :-)

Girl Girl said...

jen2 : yeke? Laa.. Ada rupenye.. Dkt dgn rmh lak tu. Hihi...

Girl Girl said...

mimy: cube la mimy. Sedapp... Senang lak tu.. :-)

Reena Kamarudin said...

la senang sangat pun nak buatnya. memang dasar pemalashhhh la saya ni :)

Girl Girl said...

Reena : time rajin nanti buat la ye... senang + sedap.. modal pon kecik.. bniaga singgit 1 pon org beli kot.. heheh

Jen Jen Izaicun said...

kat pasar malam ada jual.. sblm ni 1 = RM2.. skrg ni 1 = RM2.30 dah... huhuhu.. penah beli belum goreng 1 = RM1.8 msa harga 1 = RM 2 la