Thursday, August 9, 2012

Pagi-pagi sudah stress.. apa sudah jadi?

Salam readers...

Minggu ni adalah minggu stress aku.
Bukan stress pasal hal peribadi tapi hal kerja.
Urgghhh! Nak meluahkan tapi tak terluah pulak.

Sakit hati, geram, tak suka... macam-macam perasaan negatif ada dalam hati ni.
Kurang pahala puasa aku sepanjang minggu nih.

Aku ni bukanlah seorang pekerja yang bagus tapi at least aku amik serius dengan kerja aku.
Once aku diberi tugas, aku akan buat sampai siap secepat yang mungkin.
Selagi tak siap, selagi tu la hati aku rasa tak tenteram.

Aku ni pulak jenis suka plan dulu.
Contohnya, kalau aku target nak siapkan kerja tu dalam masa 15 minit, then aku kena siapkan jugak dalam masa tu.
Jangan terlebih masa.
Kalau kerja tu banyak sangat, aku akan target date sekian-sekian untuk siapkan kerja tu.
Kalau tak, aku rasa macam aku ni failed!

Sekarang ni aku dah tak senang duduk.
Ada kerja yang aku kena buat dan due date adalah sebelum tengahari esok.
Kerja tu berlambak and normally it takes time at least 2-3 days before the due date.
Kerja ni tertangguh disebabkan orang lain.
Aku tak tau nak start buat kerja tu cemana sebab dokumen asal masih stuck pada orang lain.
Stresssss!

Asalnya ni bukan tanggungjawab aku pon.
Ni tugas secretary lain.
Tapi sebab orang yang buat kerja ni tertangguh rasa bersalah, then dia pass kerja ni kat aku.
Rasa cam nak maki pon ada.
Aku ni duk pujuk hati je suruh banyakkan bersabar.
Manalah aku tahan kalau buat kerja macam ni.
Nanti kalau aku lambat, aku jugak yang kena sembur dengan orang atasan.
Ikut mulut boleh je nak balas balik, tapi aku ni sedar la aku kan setiausaha cabuk je.

Nak tegur kang, nanti kata aku pressure dia.
Kalau tak tegur, gini la gayanya...
Lagipun aku ni sape, dia tu sape...
Kalau gini la caranya, serius aku rasa

No comments: