Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam readers...

Hari ni adalah hari last berpuasa.
Esok pulak dah masuk bulan Syawal.
Maknanya esok hari raya laaa...
Hooreeyyyy!

Ewahhh.. kemain seronok lagi nak berhari raya.
Uikss... opkos la hepi kan...
Nak melaram dengan baju baru la katekan. Hikhik...

Tahun ni aku rasa raya meriah sikit sebab 1 family aku berkumpul.
Tahun lepas Kak Long aku takde sebab balik kampung Abang Zam dulu.
So, tak cukup korum.
Lagipun tahun ni aku cuti lama.
So, bolehlah raya puas-puas.
Yea!

Raya tahun ni aku ada plan something new untuk family aku.
Tapi biarlah ianya rahsia dan biarlah ahli keluarga sahaja yang tahu.
Yela, selama ni setiap kali raya asik buat benda yang sama je.
So, tahun ni nak buat benda berbeza pulak.

Sempena raya kali ni, aku nak memohon ampun dan maaf andai aku ada terkasar bahasa, tersilap cara hingga ada yang terluka.
Aku manusia biase yang selalu membuat kesilapan dan kekhilafan.
Semoga lebaran kali ni membawa sinar dan mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama kita.


-Photo taken by Shah Photography-

Dari,

Diana Aziz :)