Wednesday, August 8, 2012

Tukar duit

Salam readers...

Hari ni korang puasa tak?
Jangan tak puasa tau! Berdosa. Nanti Tuhan tak suka. Tuhan marah!
Bila Tuhan marah, nanti masuk neraka.
*Ayat zaman budak-budak dulu.. kihkihkih...

Alhamdulillah, so far sehingga ke hari ni aku berpuasa penuh.
Tak ada tinggal lagi.
Syukur sangat-sangat walaupun kekadang Tuhan bagi dugaan gastrik kat aku, but aku still dapat tahan hingga ke waktu berbuka.

Eh, raya dah dekat kan?
So, korang yang bekerja nih dapat apply cuti raya ke belum?
Aku yang kerja kat TM ni memang kompem la cuti seminggu.
Sebabnya TM kan buat force leave.
Semua staff TM seluruh Malaysia kena cuti seminggu.
Tak kire la Melayu ke, Cina ke, India ke....

Seperti tahun-tahun sudah, memang dah jadi tradisi aku untuk bagi duit raya kat adik-adik dan anak-anak saudara.
Fuhhh...mujurlah aku ni ada 2 orang adik je lagi yang aku kena bagi duit raya.
Anak sedara pon baru 4 orang.
Takde la kopak sangat aku nak bagi duit raya nanti.
Macam kawan-kawan aku, ada yang punya anak sedara sampai 12 orang.
Pengsan okeh!

Tahun ni pulak ada duit baru.
Duit saidina, aku panggil.
Hahaha... yela, kalernye warna-warni macam duit saidina.

Masuk minggu kedua berpuasa, Bank Islam bawah opis aku ni dah boleh buat pertukaran duit raya.
Aku ni bajet nak tukar awal-awal la.
Sekali bila pergi bank, alamakkk... berderu orang kat situ.
Beratur panjang sampai ke luar bank.
Aku ni yang ado la kann nak menunggu lama-lama.
So aku decide nak pergi keesokkan harinya.

Tapi.... sama jugak. Ramai orang.
Sangat frust disitu.
Aku sabarkan aje.

Akhir minggu kedua berpuasa, aku pergi sekali lagi ke Bank Islam tu.
Uiksss... takde orang? Biar betul.
Tanya guard kat situ, boleh tukar duit raya lagi tak?
Guard tu kate, boleh.
Happy kemain.
Dalam hati duk cakap, "berkat bersabar selama ni..."

Bila sampai giliran aku, hambekkk!
Duit singgit je yang boleh tukar.
Duit lain dah habis stok.
*&^%$#%^%^$#!!!
Malaun tol la!
Tapi aku still tukar duit singgit tu.

Mengadu domba la kat FZ.
FZ cakap nanti dia bawak aku pergi Bangsar.
Kat situ kan ada banyak bank.

So, hari Isnin baru-baru ni aku pergi Bangsar dengan FZ.
Pergi Public Bank, staff situ cakap hari Selasa baru boleh tukar.
Pergi Bank Rakyat, dia cakap memang tak boleh tukar langsung.
(Teruk tul Bank Rakyat nih!)
Pergi Maybank, staff situ cakap hari Selasa boleh tukar. Sama macam Public Bank tadi.
Last choice, CIMB kat Lucky Garden pon cakap hari Selasa.
Aku balik opis semula dengan perasaan hampa.
Susah betul nak tukar duit nih kannn!
Grrrr....!

Hari Selasa (semalam), aku pergi ke CIMB Lucky Garden.
Alhamdulillah, orang tak ramai sangat.
Akhirnya aku dapat jugak tukar duit raya.


Agak-agak berapa ratus nih?
Hehehe...

Banyak sungguh dugaan nak tukar duit raya.
Tapi duit baru ni bau dia busuk sikit kan?
Macam bau plastik.
Bau duit dulu tu best.
Kalau dapat duit baru yang versi lama tu, aku suke hidu bau dia.
Sedap.
Hihihi...

Korang dah tukar duit raya?

3 comments:

Mimy Hamid said...

nana jgn lupa Fayel pun collect duit raya...heheh balik kg tganu kan?? raya ke4 kami serbu...

Girl Girl said...

Raya ke 4? ok, boleh2.. kite calling2 la nti ye..

Deqla manjew said...

hidu duit baru? sama la..suka bau jugak..hihi...