Thursday, September 13, 2012

Celeb Ulangtahun perkahwinan @Zie Corner

Salam readers...

Ni kisah mase balik raya hari tu.
24 Ogos adalah ulangtahun perkahwinan mummy dan daddy.
So, aku decide nak ajak mummy & daddy kuar makan malam.

Memula nak ajak semua join tapi diorang ni macam tak amik tahu je.......
So, aku ajak mummy, daddy dan adik bongsu aku je, Shazrin.

Plan asal nak bawak daddy aku makan tutti frutti.
Yelah, mase raya ari tu daddy merajuk sebab kitorang pegi makan TF tak ajak dia....

Aku : Daddy nok dok aiskrim goreng ni?
Daddy : Takboh makan aiskrim muroh... nok makan tutti frutti...
Aku : Ari tu orang kabo doh nok gi makan TF, tapi daddy takboh ikut.
Daddy : Nok ikut gane orang dok ajok...

Adoyaiiii....
Terasa hati pulak orang tua nih.

Cadangan aku untuk makan kat TF cancel sebab mummy dan daddy kate tak kenyang.
Tapi aku janji dah lain kali nak ajak daddy makan TF.
Kang kempunan pulak orang tua tu nanti!

Last-last ajak dia makan kat Zie Corner.
Zie Corner ni adalah satu restoran yang agak femes kat Terengganu.
Bukan femes ape pun....... katenya makanan western kat situ sedap especially chicken chop.


Daddy...
Sensitip tul dia sekarang.


Shazrin...
Oleh sebab dia ni rajin dan baik (tak nakal macam sesetengah remaja sekarang), so aku ajak dia jugak.
Kemain lagi dia suke.... :)


Mummy...

Mummy ni tekak kampungdotcom.
Kalau gi restoran je, mesti nak order mee hoon bandung.
Kali ni ajak dia makan western pulak.
Aku tengok elokkk je dia telan chicken chop tu.
Heheheh....


Gambor aku mestilah ada.
Aku ni dah macam mummy jarum dah..
Penuh barang kemass...
Nasib baik tak kena ragut.


Aku dan Shazrin order ice blended chocolate.
Mummy dan daddy minum fresh orange.


Inilah rupe chicken chop nye...
Sedap tu memang la sedap.
Tapi service............. out!

Aku datang pukul 8.45 malam...
Dekat pukul 10 baru dapat makanan.
Itupun diorang selalu je silap hantar.
Paling buat daddy aku naik hantu bile orang yang baru sampai dah dapat makanan...
Please upgrade your service, ok!

Ada 1 peristiwa yang berlaku mase kat kedai tu melibatkan orang terdekat.
Tapi aku malas nak citer kat sini.
Kang nanti jadi gaduh pulak.
Cume benda ni buat aku terasa hati yang teramat dan buat aku berfikir banyak kali.
Takpe lahh...


Apepun,

Happy 40th anniversary, mummy & daddy.
Semoga family kite tetap utuh dan bersatu sampai bila-bila!
Amin...


4 comments:

Mimy Hamid said...

Bgtau zie corner kat nser leh bawak in law makan sini....

Anonymous said...

hai diana, yesterday i nampak u kat LRT Kerinchi. tapi segan nak tegur hahha. Take care :)

Girl Girl said...

mimy : bawak la mimy. mknn blh tahan... tp kne dtg awal sb sini mmg slalu rmai org n susah nk dpt tmpt duduk..

Girl Girl said...

anon : yeke? mok2 kan sy... hehehe... lain kali tegur je.. blh kenal2.. :)